Wednesday 27 June 2018

PROGRAM KU LI BERTEMU PERWAKILAN UMNO DAPAT SAMBUTAN HANGAT


Program kempen dan bertemu perwakilan yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh Hamzah ke beberapa negeri menjelang pemilihan UMNO pada 30 Jun terus mendapat sambutan hangat.


Antara negeri yang sudah dikunjungi oleh Tengku Razaleigh setakat ini ialah Wilayah Persekutuan, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor serta Sabah.

Esok 27 Jun, Ku Li akan meneruskan lagi kempennya ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.


Sambutan perwakilan terhadap Ku Li sehingga ini menggambarkan wujudnya keyakinan yang makin berkembang terhadap beliau dalam  percubaannya untuk memimpin UMNO berbanding dua lagi pesaingnya, Zahid Hamidi dan juga Khairy Jamaluddin.

Ku Li dilihat benar-benar serius dan ikhlas untuk memulihkan UMNO berikutan komitmennya untuk menjadi Presiden UMNO hanya selama sepenggal saja sebelum menyerahkan jawatan itu kepada penggantinya yang lebih muda dalam pemilihan yang seterusnya.


Dengan komitmen itu, beliau bukanlah seperti pencabarnya yang lain yang semata-mata mahu mengetuai UMNO bagi mengejar jawatan Perdana Menteri, termasuk ada yang sanggup memancing undi dengan janji kononnya mampu mengembalikan UMNO sebagai kerajaan semula sebelum pilihanraya akan datang.

Adakah wajar seorang bakal Presiden UMNO menjanjikan untuk menjadi kerajaan melalui pintu belakang tanpa komitmen kukuh untuk memulihkan kekuatan parti yang sebenar?

Dalam tempoh sepenggal itu, berdasarkan pengalamannya, Ku Li berharap dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO, melatih pengganti berwibawa, selain mengumpul dan menyusun semula semua aset parti bagi membiayai segala aktivitinya.

Berikutan kekalahan BN pada pilihanraya 9 Mei lalu, UMNO yang dipimpin oleh Pemangku Presiden, Zahid Hamidi telah memutuskan untuk menghentikan serta merta bantuan bulanan RM10 ribu kepada setiap bahagian dan RM5 ribu kepada sayap-sayap Wanita, Pemuda dan juga Puteri.

Keadaan itu memperlihatkan aset UMNO selama ini tidak diurus dengan baik sehingga sebaik saja ia hilang kuasa, UMNO dilihat terus miskin dan papa kedana serta tiada sumber kewangan untuk membiayai aktiviti parti di peringkat akar umbi.


Untuk itu, kehadiran Ku Li menawarkan diri untuk mengetuai UMNO menjelang PRU15 akan datang disambut dengan baik oleh perwakilan seluruh negara kerana dengan pengalaman luasnya dalam pelbagai bidang sebelum ini dipercayai mampu menggemilangkan parti berbanding kepimpinan sementara sedia ada. (ShahbudinHusin 27/06/2018)

67 comments:

  1. Replies
    1. Jahid n keri ni bukan sedar2 lagi tu.org nak ku li jdi presiden.

      Mcm sebelom pru13 dulu jgk..depa ni tak sedar rakyat nk tolak bn .hari2 dok laung sokongan semakin kukuh kononnya

      Delete
    2. Keri tu tanding timbalan ckup lah..pak jahid boleh balik bagan jaga orang sana je

      Delete
    3. Keri tu tanding timbalan ckup lah..pak jahid boleh balik bagan jaga orang sana je

      Delete
    4. Saya dengar ramai yang menyesal dan mereka mahu bangkit dari kesilapan. Nasihat saya jangan sesekali kita berdemontrasi jalanan untuk menumbangkan PH

      Mereka minta saya saman dan dakwa kerajaan Malaysia berkenaan isu 1MDB. JIka kes saya menang, Insya-Allah UMNO mampu tawan semula Putrajaya sebelum PRU15

      Dato' Sri Najib Razak

      Delete
    5. Hahaha hohoho hihihi

      Jenaka di pagi hari

      Nak saman n dakwa Kerajaan Malaysia

      Konon nya ada kemungkinan dia boleh menang

      Kepala hotak dia

      Delete
    6. Mungkin ada orang menyamar sebagai Geng Najib

      Keluarkan kenyataan Najib, konon

      Punca berita hapah pun tak sebut

      Komen nak menipu mcm budak budak

      Kepala Bapak dia

      Delete
    7. Nak saman kerajaan PH?
      Idea orang sasau satu wayar sudah putus....pi mampus na.....

      Delete
    8. Penglipurlara yang mashyur telah memulakan hibura pagi....

      Delete
    9. Mcm mana kes 1 mdb nak menang kalo najib sendiri mengaku terima 2.6 billion tapi tak de bukti datang dari raja arab...jho lo sendiri takut balik malaysia...kalo dia tak bersama merompak 1 mdb tentu dia tidak lari...

      Maknanye orang umno masih menyokong ketua prompak...

      Delete
    10. kesedaran diri itu aset paling bernilai

      Delete
    11. Kalo tak sedor diri tu makna nya tarak aset.

      Ha nya ada RM2.6 bilion, hehe

      Delete
  2. baru syiok dulu kuli dlm 46 bertemu tdm...skang ni kuli bertemu tdm plak luar umngok

    ReplyDelete
  3. Jika kuli menang, bererti di pru15 calon pm adalah kuli, anwar dan hadi.
    Apa yang saya jangkakan, selepas pru14, akan ada sebahagian besar pengundi akan undi parti yang menawarkan siapa pm jika menang dan bukan bukan mengundi berdasarkan parti.
    Sebelum ini, pengundi takut untuk undi selain bm, mereka bimbang negara menjadi tidak stabil atau negara akan dikuasai dap.
    Tapi kini dap telah pun menjadi sebahagian dari kerajaan dan akan menjadi kayu ukur setakat mana gambaran yang menakutkan tentang dap itu benar atau tidak.
    Perjuangan politik bertunjangkan parti hanya disertai sebahagian kecil rakyat. Umno umpamanya, yang mempunyai 3juta ahli, namun tidak semua 3juta ahli itu berjiwa umno. Ada yang mendaftar jadi ahli sekadar suka-suka atau ikut kawan dan selepas itu tidak ambil tahu tentang umno.
    Sama juga dalam parti-parti lain.
    Selepas berjaya menjatuhkan najib sebagai pm melalui kuasa rakyat, dan melihat serta merasai sendiri "kekuatan kuasa" itu, maka perasaan takut untuk bertindak sudah tiada lagi dalam jiwa.
    Mana-mana pm yang "tidak berjaya" dalam menjalankan tugas akan ditolak dan tempiasnya akan mengena pada parti yang diwakili.
    Pemimpin dan penyokong boleh cakap apa saja, tapi fokus pengundi adalah kualiti bakal pm.
    contoh terdekat adalah indonesia, selepas kejatuhan suharto, rakyat indonesia tidak lagi memilih parti tapi siapa yang akan jadi presiden.

    ReplyDelete
    Replies
    1. di pru15 calon pm adalah kuli dan anwar saja.

      Hadi tak masuk kira, hehe.

      Anwar pun tak tentu. Kot Tun Mahathir di perlukan teruskan pegang jawatan PM. Dan sehat, sanggup membuat nya.

      Delete
    2. DAP tak boleh perintah negara dengan sendiri. Cina ha nya 23% penduduk. Campor India dll, 30%. Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak 70%.

      Delete
    3. kalau ku li menang calon pm pru 15 , maner pulak ku li, kan kuli nak sepenggal ajer. aper citer umno dan bn nak bersaing rebut jawatan pm. sebab umno dan bn akan kalah lagi teruk sebab banyak awasan dengan pelbagai strategi nak menang, termasuk permindahan pengundi, tambah pengundi, kawasan kem tentera, undi awal pasukan keselamatan, dan kakitangan awam.. persempadanan baru kawasan parlimen dan dun

      bila pru ke 15 perkara tue kemungkinan tiada. di simpulkan umno dan bn akan kalah lagi teruk kerusi parlimen dan dun

      Delete
  4. 6 Sebab Ku Li Paling Layak Menjadi Presiden UMNO.....


    1. KU LI PALING BERPENGALAMAN

    Ku Li paling faham sikap dan pemikiran Tun Mahathir. Ini amat penting dalam pencaturan politik UMNO.
    Beliau paling berpengalaman dalam mentadbir negara ketika krisis, berbanding calon-calon lain.

    2. KU LI SETIA DENGAN DASAR PERJUANGAN UMNO
    Jika jawatan Presiden jatuh ke tangan orang lain, belum tentu asas perjuangan UMNO akan terus dimartabatkan, kerana ada calon Presiden mahu mengubah prinsip asas UMNO.

    3, KU LI TAK SETUJU BUKA KEAHLIAN KEPADA BUKAN MELAYU
    Menghayati asas perjuangan parti, Ku Li faham bahawa UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu.
    Ku li tidak mahu membuka keahlian UMNO kepada kaum-kaum lain.

    4. KU LI TERBUKTI SEORANG PEMIMPIN YANG HEBAT
    Digelar "Bapa Pembangunan Ekonomi Malaysia", Ku Li adalah mantan Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang handal pada era Tun.
    Beliau juga MP Gua Musang (dahulunya Ulu Kelantan) sejak 44 tahun dahulu.

    5. SUMBANGAN KU LI KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA
    Digelar "Putera Minyak Negara";
    Pengasas, Pengerusi dan Ketua Eksekutif pertama PETRONAS;
    Pengerusi pertama Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS);
    Mantan presiden Malaysian Chamber of Commerce and Industry;
    Mantan Presiden ASEAN Chamber of Commerce and Industry;
    Mengetuai delegasi perdagangan pertama Malaysia ke China pada tahun 1971;

    6. KU LI DIHORMATI DI PENTAS ANTARABANGSA

    Pengerusi Asian Development Bank, 1976;
    Pengerusi International Bank for Reconstruction and Development (World Bank), 1977;
    Pengerusi Islamic Development Bank (Arab Saudi), 1978;

    Sokonglah TENGKU RAZALEIGH HAMZAH demi masa depan UMNO yang cemerlang! Aminnnn !!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini sekor lagi wayar putus.....
      Kesiannnn........

      Delete
    2. Dah expired. Sidang dewan pun Selalu ponteng!

      Delete
    3. ku li da lepas zaman keemasan , ku li memerintah umno , maner ader kelas nak lawan tun m

      Delete
    4. bila nak dakwa azmin ali, sebab dier dah sediakan pasukan peguam nak saman blog yang kluarkan citer tak betul berkenaan dier

      Delete
  5. Rakyat Msia yang waras masih tertanya2....Kenapa syarikat 1 MDB ni masih ujud lagi sehingga sekarang ni ????


    Itu diantara perkara yang menjadi persoalan dikalangan rakyat pada ketika ini. Kenapa syarikat yang sarat dengan kontroversi dan didakwa menjadi punca kejatuhan Kerajaan BN itu masih beroperasi?


    Padahal sebelum ini, Rejim Pakatan Haprak menjadikan syarikat kewangan strategik itu sebagai sumber bahan fitnah nombor satu mereka untuk menjahanamkan kredibiliti Kerajaan BN.


    Pelbagai bahan fitnah dikaitkan dengan syarikat yang ada kaitan dengan Kementerian Kewangan Malaysia itu. Saban hari, rakyat dimomokkan dengan isu penyelewengan syarikat berkenaan.


    Tapi sehingga ke hari ini, Kementerian Kewangan dibawah Rejim Pakatan Haprak masih tidak mengumumkan pembubaran syarikat tersebut. Malah mereka tidak menggantung operasi syarikat itu sendiri.


    Soalnya, kenapa perkara itu tidak dilakukan? Kenapa syarikat yang menjadi bahan sumber fitnah dikalangan masyarakat itu masih dibiarkan beroperasi sehingga boleh melantik Pengerusi yang baru?


    Jangan bagi alasan kononnya syarikat itu masih tidak dibubarkan kerana masih belum dapat bukti nak kaitkan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan skandal penyelewengan.


    Sesungguhnya alasan itu hanya sekadar Retorik Politik Longkang Rejim Pakatan Haprak itu sahaja semata - mata. Sampai hari ini, bukti penyelewengan itu masih GAGAL diperolehi. Penyudahnya, Macai Pakatan Haprak tu juga yang hancing kena kencing pemimpin atasan kerajaan !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yg waras tahu syarikat ini masih ujud kerana hutang masih menimbun yg perlu dibayar oleh kerajaan...dan syarikat ini masih dlm siasatan...

      Delete
    2. kalau syarikat tu ditutup maka tutuplah kes. nak bersoal jawab dgn org yg masih hidup bukan dgn org yg dah mati.

      Delete
    3. dlm siasatan mne leh bubar ag.. npe arr mangkok sgt..

      Delete
  6. BANYAK AGENSI ISLAM DITUTUP DAN SEMAKIN RAMAI ORANG MELAYU ISLAM DIBUANG KERJA!!!




    Dalam satu surat pembaca di portal Malaysiakini, sudah dinyatakan ura ura kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menutup lebih banyak agensi di bawah kementerian tertentu dengan alasan untuk melaksanakan penjimatan perbelanjaan kerajaan.

    Ada cadangan melalui surat itu untuk menutup atau menggabungkan sesebuah kementerian dan agensi serta ada juga agensi yang dicadangkan untuk diletakkan di bawah agensi lain yang akan ditubuhkan kemudian. Agensi yang besar seperti Lembaga Tabung Haji (TH), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga mungkin akan ditutup.

    Penulis surat itu, Gerard Lourdesamy mencadangkan agar agensi berkaitan agama Islam di bawah kerajaan ditutup dan dipindahkan di bawah kementerian berbeza kononnya untuk memudahkan pengurusan kementerian berkenaan dilaksanakan. Dengan Kementerian Kewangan kini diketuai oleh pemimpin dari DAP, kemungkinan ia strategi licik untuk memansuhkan perkara berkaitan hak keistimewaan orang Melayu.

    Menurutnya, selepas 13 kementerian sudah diumumkan oleh Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, kini ada baki 11 kementerian yang wujud di zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) masih tidak diumumkan pelantikan Menterinya. Baki kementerian itulah yang dicadangkan untuk diubahsuai pentadbirannya.



    Dia mencadangkan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sudah sekian lama mengawal selia perkara berkaitan umat Islam di negara ini terutamanya dari aspek pensijilan halal dipindahkan di bawah satu entiti baru iaitu Bahagian Hal Ehwal Islam (IAD).

    Ia tidak akan lagi diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti dahulu yang mana Perdana Menteri berkuasa dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam ketika zaman pentadbiran BN. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan juga dicadangkan untuk diletakkan di bawah IAD.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Jabatan-jabatan besar yang menguruskan hal ehwal orang Islam akan diletakkan di bawah satu unit atau bahagian yang lebih kecil serta akan dikawal dengan lebih ketat lagi oleh IAD dan bukan lagi di bawah JPM. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) juga akan diletakkan di bawah IAD.

      Dalam surat itu, dia mencadangkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pun akan diletakkan di bawah IAD. Bayangkan dek kerana mahu perubahan dengan undi PH, kini umat Islam menanggung akibatnya dan kesannya. Jika ia dilaksanakan, habis jabatan dan agensi milik umat Islam akan dihapuskan atau kuasa mereka akan menjadi lebih terhad.

      Seperti yang dimaklumkan tadi, TH yang menjadi tempat simpanan pendeposit yang hendak pergi menunaikan haji yang berjumlah berbilion akan dipindahkan ke bawah IAD. Entah ada entah tidak Tabung Haji selepas ini. Bagaimana jemaah haji dari Malaysia hendak pergi menunaikan ibadah itu di Tanah Suci.



      Peruntukan khas Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri juga akan dipindahkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ini cadangan yang melampau kerana mahu bertindak tanpa rujuk terlebih dahulu pada Raja Raja Melayu.

      FELDA juga yang banyak membantu orang Melayu akan dipindahkan kuasanya di bawah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, iaitu Azmin Ali. Amanah Raya Berhad (Amanah Raya) tempat orang Melayu buat wasiat juga akan dipindahkan. Ini adalah satu bencana besar untuk orang Melayu dan Islam jika ia benar benar berlaku.

      Ingat balik apa yang Penang Institute dan DAP pernah cakap dulu sebelum mereka berkuasa. Mereka hendak buang penjawat awam. Ramai tidak percaya. Kini bukan sahaja penjawat awam Melayu yang ramai kena buang pada bulan Ramadhan ini, institusi berkaitan Islam juga mahu dibuang oleh kerajaan PH.

      Ternyatalah apa yang DAP hendak diikutkan sahaja. Benarlah kata Hew Kuan Yaw, Supermaan DAP bahawa DAP mahu perkudakan Tun Mahathir sahaja.

      17,000 kena buang, 3,600 guru agama kena buang dan semua ketua ketua kampung di seluruh negara turut kena buang.

      Selepas ini Tok Imam, Tok Siak dan bilal masjid pula menunggu masa. Entah entah kami pun tidak dapat elaun lagi kerana kerajaan PH hendak berjimat. Ikut sangat cakap DAP sampai habis orang Melayu kena buang keje !!!!!!

      Delete
    2. Kalo ostaz Jakim bernama zamihan seorang kakitangan awam boleh kutuk kerajaan elok Jakim di kaji semula..

      Delete
    3. So adakah saudara maksudkan sesiapa sahaja yg bekerja dibawah kerajaan tidak boleh mengkritik kerajaan?Jangan sampai muka saudara kena lempang dgn rakyat nanti...

      Delete
    4. yg membazir duit elok di nyahkn je.. xkira arr dlm jbtn pe pn..jgn guna agama utk wat pmbzrn..

      Delete
    5. raden, lempang ye? Pemanas tabi'at Bugis ye?
      Ada kaitan dgn Raden Matapelaong apekebende Najib ke?

      Kalo keroje gomen, komen sikit2 bole le.

      Kalo jawatan tinggi, nak kondem gomen, baik letak jawatan le.

      Nanti kena papan disiplin, kena renti keroje, besor kemaluan, Bang.

      Delete
  7. ANWAR BOLEH KOMEN, TAPI BUKAN DALAM KERAJAAN


    MAHATHIR MOHAMAD



    Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh memberi sebarang komen tetapi beliau bukan dalam kerajaan.

    Perdana Menteri berkata demikian dalam wawancara bersama Channel News Asia yang disiarkan semalam.

    Dr. Mahathir memberitahu, sekiranya sesuatu perkara itu telah mencapai persetujuan Kabinet, kerajaan akan tetap dengan keputusan tersebut.

    “Orang lain yang tidak berada dalam Kabinet boleh buat komen masing-masing. Mereka boleh kata apa yang mereka suka tetapi kami adalah kerajaan.

    “Anwar seperti orang lain, beliau boleh beri komen, buat sebarang komen. Beliau tidak berada dalam kerajaan,” kata beliau.

    Dr. Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai komen Anwar berkenaan polisi kerajaan termasuklah mencadangkan supaya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhenti mendedahkan skandal-skandal kerana kenyataan beliau memberi impak kepada pasaran.

    Sumber

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang itulah prinsip sebuah kerajaan...jika sesiapa yg tak bersetuju dgn kerajaan boleh berkempen untuk pru akan datang...ato parti gabongan boleh kluar dari satu pakatan...

      Delete
  8. Benarkah The Razak Exchange (TRX) Di'Bail-Out' Kerajaan Seperti Didakwa Ah Beng?




    Seperti biasa Sidang Media yang diadakan oleh Menteri Kewangan semalam dengan diiringi oleh burung-burung kakak tuanya, yang angguk-angguk dan geleng-geleng, tidak lebih sekadar memberikan info separuh masak dan separuh tepat.

    Rumusan daripada Sidang Media berkenaan adalah kononnya Kerjaan PH telah menyelamatkan atau 'bail-out' projek The Razak Exchange (TRX) dengan memberikan dana RM2.8 billion untuk meneruskan projek berkenaan.

    Seperti biasa, tanpa mengemukakan sebarang bukti, beliau telah membuat tuduhan membuta tuli di dalam Sidang Medianya bahawa projek TRX telah diseleweng oleh 1MDB. RM3 billion diseleweng oleh 1MDB takkan Ah Beng hanya cakap guna air liur? Mana buktinya?

    Kedua, sebenarnya projek TRX memberikan pulangan yang besar kepada Kerajaan yang dimliki oleh Kementerian Kewangan. Namun, demi menjaga air muka Kerajaan PH, dakwaan 'bail out' dan dana diseleweng oleh 1MDB (bukti mana Ah Beng?) Teroaksa dimainkan. Rujuk sahaja pelan rasionalisasi yang dibuat oleh 1MDB.

    Ketiga, aset TRX berada di kawasan yang bernilai tinggi. Kementerian Kewangan seharusnya membuat pelaburan menerusi KWSP atau seumpamanya yang dapat memberikan pulangan keuntungan yang baik kepada pelabur. Bukan dengan membuat Kenyataan Media negatif sehingga KWSP kerugian RM6.09 billion!

    Keempat, Menteri Kewangan, Ah Beng berkata projek TRX diteruskan bagi menangani kebimbangan pelabur-pelabur tempatan dan antarabangsa.Kerajaan akan suntik dana RM2.8 bilion. Jadi lu orang akhirnya mengaku projek TRX sebenarnya membuat untung?

    Kelima, saja hendak beritahu Ah Beng bahawasanya yang membuat pelan rasionalisasi 1MDB dan TRX adalah PAKAR PENSTRUKTURAN KORPORAT / HUTANG, BERLATAR BELAKANG UNDANG-UNDANG DAN BEKAS PENGURUSAN BANK DENGAN PENGALAMAN GLOBAL. Bukan Menteri Kewangan yang mendakwa beliau bukan 'stock broker' atau 'property agent' bila kenyataan beliau nampak tidak cerdik.

    Keenam, walaupun telah diberikan jaminan bahawa nama Tun Razak Exchange (TRX) akan dikekalkan, namun janji dan manifesto PH selalu dicapati dan ditomatokan. Rakyat selalu kena kencing. Jadi adalah diharapkan sangat nama tersebut akan kekal dan tidak ditukar kepada Tun Mahathir Exchange (TMX).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko masih nak ulang cerita yg telah disiarkan...tak de modal keer?...TRXC dah buat repot polis 1 mdb sapu dana TRXC 3 billion..

      Delete
    2. Bro kbb...GN najib ni penglipur lars aje... Dia aje yang masih dapat dedak. GN suka nak cari salah orang. Bukan nak buat yang betul....

      Delete
    3. Spesis najibrosmah..berkebun sayur..pembiayaan peruntukan sleweng..siapa yg x tau bhai..umno totok..berniaga brg haram..pasal tu syg sangat kat najibrosmah...

      Delete
  9. Janji Perkhidmatan Jalur Lebar Oleh Kerajaan PH Pula Dicapati




    Kerajaan PH memang mudah berjanji. Namun, kebanyakan janji mereka dicapati. Begitu juga dengan Manifesto di dalam Buku Harapan. Manifesto selalu tinggal manifestomato.

    Terbaru adalah penggunaan internet jalur kebar. Di dalam Buku Harapan PH menjanjikan penurunan kos internet jalur lebar kepada separuh (50%) daripada sekarang.

    Namun, hari ini Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo hanya memjanjikan penurunan harga sebanyak 25% sahaja. Lagi 25% dicapati.

    Kedua, Buku Harapan juga berjanji akan mempertingkatkan kelajuan internet jalur lebar kepada dua kali ganda. Namun, yang ini Menteri yang berkenaan diam seribu bahasa.

    Ketiga, perlu diingat, janji 25% penurunan harga internet jalur lebar ini hanya akan berkuatkuasa pada hujung tahun. Kerajaan PH mempunyai masa lebih 6 bulan untuk membuat 'u-turn' dan tidak menunaikan janji.

    Kesimpulan, Rakyat selalu kena kencing beb! Hancing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pon ko ulang cerita...dah kering modal....hihihi..

      25% di kurangkann lebih baik dari tidak dikurangkan langsung oleh BN...

      Kalo ko menang ada kemungkinan caj akan dinaikkan untuk bayar utang... Harga minyak dan barang2 keperluan turut naik...nasib baik PH menang...selamat aku...

      Delete
    2. http://pahang-ku.blogspot.com/2018/06/harga-barang-terus-naik.html

      Delete
    3. Harga saham 1MDB terus naik ke, Bang?

      Delete
    4. Menang je kuli pemilihan nnti..gn salin kulitlh..Geng KuLi pulak..eloklh tu ko jd kuli umno..hahahaharamjadahkepalabapako..

      Delete
  10. Rosmah’s lawyers rubbish WSJ report

    June 27, 2018 Raggie Jessy



    Datin Seri Rosmah Mansor’s lawyers have slammed a report by the Wall Street Journal (WSJ).

    According to the report, the former premier’s wife had played a central role in the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) scandal.

    According to a statement by her lawyers, Rosmah stayed away from matters dealt with by her husband Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Her lawyers said that Rosmah will continue to cooperate with authorities probing the matter.





    PETALING JAYA: The lawyers of Datin Seri Rosmah Mansor have slammed a report by the Wall Street Journal (WSJ) which claimed that the former premier’s wife had played a central role in the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) scandal.

    “We would like to reiterate here, that our client had no links, nor any direct and indirect role with the day-to-day operations of the said company, more so its financial management, or those who were appointed to oversee the firm,” Datuk K Kumaraendran and Datuk Geethan Ram Vincent, the lawyers of Rosmah said in a statement.

    According to the statement, Rosmah stayed away from matters dealt with by her husband Datuk Seri Najib Tun Razak. It stressed that Rosmah had never influenced the outcome of any executive decisions made.

    “Therefore, linking Rosmah directly to 1MDB, and piling accusations against her, we are afraid, is an attempt to influence the outcome of the investigations which are currently underway, and at worst, to tarnish Datin Seri Rosmah’s image.

    “We are of the opinion that this is a pure trial by media, expounded further by the court of public opinion.”

    Her lawyers said that Rosmah will continue to cooperate with authorities probing the matter.

    Source: The Star Online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rosmah's lawyyers are rubbish to rubbish WSJ. It's one of the leading news organizations in the world.

      They are stupid appearing not aware that what WSJ reported on Sarawak Report's info has been proven true by the declassified 1MDB info.

      No wonder that they and Rosmah don't dare threaten to sue anybody, especially WSJ.

      The old story: Najib did not dare to sue WSJ, New York Times etc until now. Rosmah? She'll be booed if she talks that suing lingo.

      Delete
    2. Ape yg WSJ tulis kalo fitnahb boleh saman...

      Delete
    3. Sudah diketahui ramai siapa di belakang tabir yg kawal najib...

      Delete
    4. Spesis apa ua cakap tadi mlm..aah..o ya..spesis celaka..

      Delete


  11. Mungkin TR mmenang n jadi Presiden Umno. Tak khuatir dia jadi ketua pembangkang di dalam dan di luar Parlimen.

    Dia tarak rekod menang lawan Tun Mahathir. Paling baik, kalah 43 undi bila tanding sengit jawatan Presiden Umno lama dulu.

    Mana tau Tun Mahathir masih sihat dan lawan dia di Pru15. Kalah lagi dia, rasa nya.

    Gua tak caya TR boleh selesaikan isu Raja2 bertindak selaian dari "di atas nasihat PM atau MB". Yang ramai rakyat dah bersuara. Sehingga ada kumpulan coba demo depan Mesjid Negara nak pertahankan institusi Raja2. Tapi ha nya 50 orang aje yang demo.

    Tarak siapa nak coba lenyapkan intitusi Raja2. Haram buat begitu. Salah besar. Menghasut, melanggar Akta Hasutan. Rakyat ha nya mahu lihat "Raja2 bertindak di atas nasihat PM atau MB". Umpama nya, tidak bikin Tun Mahathir tunggu 5 jam, menggigil dalam balai berhawa sejuk, sebelom di benarkan angkat sumpah sebagai PM.

    Dan tidak mahukan lebih satu nama bagi jawatan2 yang di pohon restu lantikan nya. Dan tidak "dabble in politics," kata bekas menteri Umno Nazri Aziz di masa "spat" dengan TMJ. Ada butiran lanjut dan punca berita itu, siapa nak tahu, kasi tahu di sini.


    ReplyDelete
  12. Apa yg bapok tua ni mampu buat ? Skandal !MDB pun bapok tua ni diam tak berani nak komen. Mula tu adalah dia bersuara sikit tapi bila Najib suap dedak terus jadi bisu dan pekak. Bapuk tua ni tak lebih dari lalang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju bang. Bukan setakat nak berbunyi...bersembunyi adalah.. Bukan dedak aje kot...siap gertak langsung bisu.

      Delete
  13. Umno dah tak ade pemimpin yg berkaliber lagi....jadi orang umno hanye boleh memilih yg terbaik di kalangan yg teruk...orang terbaik dikalangan yg teruk ialah Ku li...

    Ku li tak boleh handle isu2 kronik kerana sifatnye yg suka play safe...Zahid hanye boleh bercakap berdegar2 dan mengejar kekayaan...KJ gila kuasa tapi tak ade visi untuk kesahjeteraan negara...

    Siapa pon pimpin umno pru15 umno kekal pembangkang...

    ReplyDelete
  14. Saya mengulangi pendapat saya bahawa di bawah Najib, UmNo telah melakukan beberapa perkara yang telah menjadikannya parti yang bathil, dan demikian ia perlu dilenyapkan.

    Kekalahannya pada PRU14 hanyalah langkah pertama. Perkara-perkara yang berlaku selepas PRU akan mewajarkan lagi untuk UmNo dilenyapkan.

    Berkenaan pertembungan jawatan Presiden saya berpendapat Zahid akan menang sebab Zahid adalah calon paling buruk. Kemenangan Zahid akan mewajarkan UmNo dilenyapkan.

    Andaikata Ku Li yang menang, maka saya mengatakan apa yang berlaku selepas kemenangan Ku Li pula yang akan mewajarkan UmNo untuk dilenyapkan.

    Ku Li sendiri pernah sebabkan UMNO dibatalkan hanya kerana ia tidak boleh menerima kekalahan di tangan Tun M (semasa itu masih Dato Seri), maka tidak mustahil Zahid akan melakukan perkara yang sama kepada UmNo sekiranya ia tewas. Apatah lagi pemilihan kali ini adalah satu tindakan yang bersifat 'ultra-vires' (boleh google untuk melihat maksudnya).

    Banyak senario boleh berlaku, dan ada di antaranya yang akan berada di luar jangkauan pemikiran kebanyakan manusia sebelum ia berlaku, tetapi akhirnya apabila UmNo benar-benar lenyap, majoriti besar orang Melayu Islam termasuklah ahli-ahli UmNo yang masih bersama UmNo semasa pemilihan Presiden berlaku, akan bersetuju bahawa itulah yang sebaik-baiknya untuk bangsa ini bergerak ke hadapan dan meninggalkan zaman fitnah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  15. Wartawan mula 'berkampung' di Langgak Duta, spekulasi Najib akan ditangkap

    Ramai wartawan mula berkumpul di Jalan Langgak Duta kerana terdapat ura-ura bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan ditangkap di kediaman peribadinya itu hari ini.
    Kira-kira 30 wartawan kelihatan berjaga-jaga di persimpangan berhampiran rumah Najib yang dihalang daripada dimasuki dengan garisan polis berwarna kuning.
    Empat anggota polis dipercayai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul juga dilihat berjaga di pintu masuk tetapi ia merupakan pemandangan biasa semenjak BN yang dipimpin Najib dikalahkan pada PRU14 bulan lalu.
    Bagaimanapun, setakat jam 9 malam tadi tidak ternampak kenderaan polis mahupun pelawat yang memasuki atau datang dari rumah Najib.
    Beberapa orang pemberita berkata, mereka telah diminta untuk bersiap sedia di Langgak Duta disebabkan para penyiasat akan menyiapkan siasatan ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam sedikit waktu lagi dan pihak berkuasa dijangka menangkap Najib dalam masa terdekat.
    Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pasukan penyiasat kini 'memiliki kes yang hampir sempurna' terhadap suspek utama skandal 1MDB, lapor Reuters pada 19 Jun lalu.amai wartawan mula berkumpul di Jalan Langgak Duta kerana terdapat ura-ura bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan ditangkap di kediaman peribadinya itu hari ini.
    Kira-kira 30 wartawan kelihatan berjaga-jaga di persimpangan berhampiran rumah Najib yang dihalang daripada dimasuki dengan garisan polis berwarna kuning.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok jangan tangkap dulu...beri pluang najib beraya sakan dulu kerana masih dlm bulan syawal..tahun depan beraya di sungai buluh inn daa..

      Takkan lari gunung di kejar..

      Delete
  16. Anwar hargai ziarah Dr Mahathir
    Jun 26 2018 / Keadilan Daily
    Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana meluangkan masa untuk menjengah beliau di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PMUM) semalam.

    "Terima kasih dari saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah atas kelapangan masa Tun Dr Mahathir berkunjung menziarah saya di PPUM tatkala saya menerima rawatan.

    "Meski terkekang jadual yang padat, kami bersyukur atas keprihatinan beliau. Semoga Allah mengurniakan kemudahan & kesihatan yang berterusan," kata Anwar menerusi Facebook.

    Anwar dikejarkan ke PPUM kerana kesakitan di bahu serta bahagian belakang selepas pulang dari Turki pada 23 Jun lalu.

    Kunjungan Anwar ke Turki sebelum itu adalah atas undangan Presiden Recep Tayyip ErdoÄŸan.

    ReplyDelete
  17. Justo disoal SPRM lebih 5 jam
    27 Jun 2018, 8:26 pagi (Dikemaskini 27 Jun 2018, 9:22 pagi)

    A A
    Bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Andre Justo menghabiskan masa selama lima jam ditemuramah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berkaitan siasatan terhadap 1MDB.

    Menurut The Star, warga Switzerland itu berjanji untuk terus membantu Malaysia dalam segala cara, termasuk memberi keterangan dalam perbicaraan di sini.

    "Anda memerlukan orang seperti saya, yang tahu kronologi peristiwa dengan baik dan individu yang terlibat dalamnya, untuk menapis data.

    "Terdapat maklumat yang sangat penting seperti dokumen urus niaga yang berguna untuk siasatan, serta mesej peribadi antara kakitangan yang kita tidak perlukan," katanya.

    Maklumat itu berkaitan tugas Justo dengan PetroSaudi dan 230,000 e-mel yang diperolehnya sebelum meninggalkan syarikat pada tahun 2011.

    Justo akhirnya menyerahkan e-mel itu kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan seorang pengamal media dari Malaysia dalam usaha mendapatkan semula sejumlah AS$ 2 juta yang dihutang oleh bekas majikannya.

    Berikutan itu, laporan mengenai AS $ 1 bilion yang dilaburkan oleh 1MDB mula terbongkar, termasuk AS$ 700 juta yang diseleweng dari usaha sama dengan PetroSaudi, yang mencetuskan siasatan mengenai perjanjian itu.

    ReplyDelete
  18. Ku Li: Umno rosak teruk akibat politik wang
    26 Jun 2018, 8:47 malam (Dikemaskini 26 Jun 2018, 9:19 malam)

    A A
    Calon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah berjanji untuk menghapuskan politik wang daripada parti itu.

    Beliau menjelaskan kerosakan yang dibawa amalan politik wang terhadap Umno dalam wawancara bersama stesen radio BFM hari ini.

    Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata ada antara ketua Umno bahagian yang menyalahgunakan hubungan mereka dengan kakitangan kerajaan negeri atau persekutuan, seterusnya mengekalkan kedudukan mereka malahan enggan memberikan peluang kepada pemimpin muda parti itu.

    "Ia telah merosakkan parti dengan teruk sekali kerana kami tidak mempunyai barisan pengganti.

    "Sebelum ini, saya masih ingat lagi bagaimana saya dan teman-teman (diberi peluang memimpin) semasa zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak Hussein," katanya kepada BFM.

    Orang tengah jaja kontrak

    Beliau berkata 'orang tengah' ini tidak ada kepakaran selain 'menjaja' sehelai kertas kepada sesiapa yang mahu membeli kontrak yang didapatkannya, suatu hal yang menurut ketua Umno bahagian Gua Musang itu sebagai tidak berguna kepada parti dan individu berkenaan juga.

    "Ia tidak membantu orang ini dalam jangka masa panjang kerana dia tidak mendapat tambahan pengetahuan atau kepakaran selain menjaja kertas atau kontrak hanya untuk imbuhan yang sedikit yang tidak akan bertahan lama, kerana dia akan berbelanja untuk mendapatkan dukungan penyokongnya," katanya.

    Semasa berkempen bagi pemilihan Umno kali ini, Ku Li berkata beliau mendapat tahu terdapat perwakilan yang menolak tawaran wang sementara ada pula yang menerima wang tanpa sebarang janji sokongan.

    "Jadi terdapat kesedaran umumu bahawa politik wang tidak bagus untuk mereka dalam jangka masa panjang dan saya fikir ia pelajaran yang baik ketika tempoh berkempen ini.

    Golongan muda ambil alih kepimpinan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno guna wang untuk dapat kuasa politik....Guna kuasa politik untuk dapat wang..

      Itulah visi dan misi pemimpin umno...slogan umno bela melayu untuk capai cita2 peribad sejak daru dulu sekarang dan selamanye..

      Delete
    2. Ape komen Geng Najis dan albanjari dengan kenyataan Ku li ni?..

      Biasanye nye Geng Najis takut nak buat komen...

      Delete
    3. pertalian apakebende geng najib x pastilh tp soesis najibrosmah..pendusta..

      Delete
  19. Asyraf Wajdi mahu contohi Syed Saddiq

    Faiz Zainudin
    ShareTweetPinMail

    Asyraf Wajdi Dasuki berkata Khairy Jamaluddin dan Sahar Abdullah akan mewakili suara anak muda di Parlimen.

    PETALING JAYA: Tidak bergelar ahli parlimen bukan halangan untuk membawa suara anak muda ke Parlimen, kata Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

    Ketua Pemuda Umno yang baru dipilih itu mengambil contoh pemimpin Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mampu menyampaikan mesej dan menarik golongan muda walaupun belum bergelar ahli parlimen sebelum pilihan raya lalu.


    “Dulu Syed Saddiq bukannya ahli parlimen, jadi saya bukan ahli parlimen tidak menjadi masalah bagi Umno untuk membawa suara anak muda. Yang penting Pemuda ini kita kena perkasa, Pemuda Umno perlu diperkasa jati dirinya,” katanya kepada FMT selepas kemenangannya baru-baru ini.

    Asyraf berkata demikian mengulas kritikan kononnya kemenangan beliau sebagai ketua Pemuda tidak memberi sebarang makna kerana bekas timbalan menteri itu bukannya seorang ahli parlimen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ingat asyraf nak contohi kebolehan saddiq bercakap mengenai isu semasa dan saddiq tidak membela ketua prompak..

      ostaz asraf yg cair pasal hukum halal dan haram tidak amalkan ilmu agamanye yg pertahankan ketua prompak...ostaz cap ayam togel jugak ketua pemoda umno...mcm mana nak vela uslam dan melayu?

      Delete
    2. Aik aper sudah jadik dengan bi t n, dulu siap berkobar mengapikan smenagat melayu last last tumbang pasal dit juga

      Delete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Nasib baik orang macam Ku Li masih ada dalam UMNO,kalau tak memang mampus terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik orang mcm geng najib ada dlm umno..kalau x memang hidup terus..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...