Sunday 10 June 2018

RAKYAT AKAN LEBIH SAYANG JIKA PERBELANJAAN RAJA DAPAT DIBENTANG DI PARLIMEN


Di mana salahnya apabila blogger A Kadir Jasin mendedahkan tentang perbelanjaan sebanyak RM256.9 juta bagi seorang Raja untuk tempoh selama 16 bulan?

Adakah mendedahkan jumlah perbelanjaan itu mewajarkan beliau disiasat polis kerana dianggap menghina dan menghasut kebencian rakyat terhadap Raja-Raja Melayu?

Salah dan silapnya - jika ada - tidak lain ialah kerana kerajaan BN selama ini tidak menjadikan perbelanjaan Raja sebagai sesuatu yang perlu diketahui oleh rakyat jelata.

Suatu ketika dahulu saya pernah berbuka puasa di kediaman Anwar Ibrahim di Bukit Damansara dan dalam perbualan bersama beberapa yang lain di meja makan, beliau ada melahirkan kebimbangan tentang set pinggan mangkuk serta sudu garpu Yang Dipertuan Agong ketika itu yang ditempah khas dan disalut dengan emas.

Sekiranya, kita mengamalkan seperti apa yang berlaku di England dan Eropah misalnya,  di mana semua perbelanjaan Raja dibentang, dibahaskan dan didedahkan di Parlimen, pendedahan A Kadir Jasin, malah sungutan Anwar itu barangkali tidak berbangkit sama sekali atau tidak perlu dijadikan isu oleh sesiapa.

Apabila perbelanjaan Raja sudah menjadi keperluan Parlimen, bermakna ia adalah telus dan terbuka, boleh disiarkan dalam media dan diketahui oleh seluruh rakyat jelata.

Dalam konteks Malaysia, kita memang memerlukan Raja-Raja Melayu, malah kedudukan itu sudah pun dijamin oleh Perlembagaan. Tidak ada sesiapa yang dapat mengubah kedudukan itu.

Cuma, sesuai dengan dunia terbuka dan kedudukan rakyat yang semakin cerdik sekarang ini, isu-isu berkaitan Raja ini hendaklah ditangani dengan bijaksana serta disesuaikan dengan perkembangan semasa.

Lebih-lebih lagi, kerajaan yang memerintah sekarang adalah Pakatan Harapan yang tentunya mahu menzahirkan sesuatu yang lebih baik untuk semua, termasuk mengukuhkan lagi kedudukan Raja-Raja Melayu.

Oleh itu, kerajaan baru ini boleh memulakan inisiatif agar setiap tahun perbelanjaan Yang Dipertuan Agong harus dibentangkan di Parlimen, manakala perbelanjaan Sultan atau Raja di peringkat negeri pula hendaklah dibentangkan di DUN masing-masing.

Dengan yang demikian, semua perbelanjaan Sultan dan Raja adalah dalam pengetahuan rakyat pada setiap tahun serta tidak berbangkit lagi rakyat tidak mengetahui butiran dan jumlahnya.

Dalam sebuah negara demokrasi, apatah lagi masyarakatnya berbilang kaum seperti Malaysia ini, langkah menjadikan Parlimen sebagai institusi tertinggi untuk membentangkan perbelanjaan Agong dan DUN untuk perbelanjaan Sultan dan Raja, dengan sendirinya akan menjadikan kedudukan Raja-Raja Melayu lebih dihormati serta dipandang tinggi.

Tahun demi tahun hingga akhir zaman, tidak ada sebab lagi untuk rakyat tidak menambah rasa sayang mereka kepada Raja sebagai payung negara.

Berbanding tulisan A Kadir Jasin berkenaan perbelanjaan Agong itu, sikap yang ditunjukkan oleh Shahidan Kassim yang melawan titah Raja dalam soal perlantikan Menteri Besar Perlis serta mempersoalkan tindakan baginda dan mempersenda maksud murka, ia sebenarnya adalah kebiadapan yang lebih terang lagi nyata. 

Jika mahu dikata ada elemen menghina dan menghasut untuk membenci Raja, Shahidanlah orangnya dan bukan A Kadir Jasin. (ShahbudinHusin 10/06/2018)

63 comments:

  1. Kenape Kadiaq tak bentangkan perbelanjaan najib dan PMO yg berbilion2 setahun?..

    kadiaq paparkan perbelanjaan istana negara termasuk kos pengurusan dan gaji kakitangan...ape tujuan kadiaq yg tersirat?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo istana tak ganggu pebtadbiran kerajaan untuk tujuan peribadi istana wajib di hormati...

      Krisis tahun 88 dan 90 kerana ade kepentingan peribadi...Jadi kadiaq patutnye tahu perbezaan ini...

      Delete
    2. KBB,

      Sekadar bertanya....

      Atas inisiatif seorang warga wanita, Kerajaan PH telah menubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk terima derma rakyat untuk membantu kedudukan kewangan negara - kini dah terkumpul lebih RM51 juta.

      Berapa agaknya sumbangan dari pembesar2 istana, Raja2 dan Yg di Pertuan2.......??

      Takkan Kerajaan & rakyat saja payung Raja, pembesar2 Istana & Yg Di Pertuan2, bila pulak mereka nak memayung negara yg dicontohi oleh rakyat jelata.

      Delete
    3. Hurm....kereta pun ada yg 300 biji dalam garaj

      Delete
    4. Daulat Tuanku, kita hormat dan sanjung Raja Raja kita dan berharap sentiasa mrnjadi payung rakyat di kala rakyat susah dan senang. Dengar lah rintihan rakyat melalui Deklerasi Rakyat yg pernah di usul oleh Tun. Lihat contoh Mendiang Raja Bhumiphol, hormat dan kasih rakyat berpisah tiada.

      Delete
    5. Sudah tiba masa nya rakyat patut tahu perbelanjaan seorang raja.
      Rakyat tak perlu lagi berlapik lidah untuk bercakap soal raja.

      Delete
    6. Aku dah rasa dah. Bila Tun M kata sesuatu berkaitan pendirian sesetengah Raja dari segi kedudukan mereka di Perlembagaan negara, rakyat juga akan keluor suara.

      Tun M ckp dengan paling tepat -

      Tak tolak raja, hanya jaga kemuliaan institusi, kata Dr M
      FMT Reporters | June 8, 2018

      Dr Mahathir menjelaskan semua tindakan sebelum ini ada lah untuk melindungi raja-raja daripada kemarahan rakyat.

      Dr Mahathir berkata raja tidak seharusnya terlibat dengan benda-benda yang tidak disukai rakyat.

      PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak menolak raja-raja Melayu dan semua tindakan sebelum ini ada lah untuk menjaga kemuliaan institusi itu.

      Dr Mahathir menjelaskan langkah seperti menghapuskan kekebalan raja-raja dan penubuhan mahkamah khas kerana tidak mahu melihat raja-raja Melayu melakukan perkara yang mengundang kemarahan rakyat.

      “Raja janganlah terlibat dengan benda-benda yang rakyat tidak suka. Rakyat tiada kuasa, tetapi bila dia dah marah, dia akan memberontak. Jangan jadi macam ini,” katanya kepada Sinar Harian.

      Beliau berpendirian raja-raja Melayu juga perlu mematuhi undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti semua orang.

      Dr Mahathir berkata kerajaan perlu campur tangan untuk menyelamatkan institusi itu jika raja-raja Melayu didapati melakukan kesalahan.

      “Kita kena elak raja dengan kebesarannya itu supaya tidak tercemar. Saya bukan menolak raja-raja tetapi saya berpendapat kalau raja buat sesuatu yang salah, patutlah kita ambil tindakan iaitu menyelamatkan raja,” katanya.

      Ditanya mengenai kelewatan angkat sumpah perdana menteri di depan Agong selepas memenangi pilihan raya 9 Mei lepas dan isu sekitar pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara, Dr Mahathir berkata masalah seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

      “Kita kena akur kepada undang-undang. Kita nak kembali kepada ‘kedaulatan undang-undang’. Apabila sesuatu yang berlaku tidak mengikut undang-undang, maka akan menimbulkan kemarahan,” katanya.

      Menurut Dr Mahathir, dalam kalangan raja-raja Melayu sendiri sedar akan isu berbangkit dan kelewatan diselesaikan atas nasihat raja-raja sendiri.

      Delete
    7. Apa tujuan "kadiaq paparkan perbelanjaan istana negara termasuk kos pengurusan dan gaji kakitangan"?

      Dia nak tunjuk gomen jaga kepentingan dan keperluan istana. Jadi, istana perlu jaga kepentingan gomen dan rakyat.

      Persetujukan calon Peguam Negara yang di kemukakan PM. Ikut Perlembagaan yang kata "YDPA bertindak di atas nasihat PM".

      Tarak masalah kalo buat gitu.

      Delete
    8. "Kalo istana tak ganggu pebtadbiran kerajaan untuk tujuan peribadi, istana wajib di hormati.."

      Soal nya bukan ganggu pentadbiran.

      Soal nya tak ikut peruntukan Perlembagaan. Yang kata "YDPA bertindak di atas nasihat Perdana Menteri". Contoh nya, persetujukan calon Peguam Negara yang PM kemukakan.

      Negara ini ikut sistem "negara berperlembagaan" - constitutional monarchy. Mcm Englnd/ Britain. Bretes kolonial yang derap Perlembagaan negara ini. Di luluskan Parlimen di masa Merdeka.

      Queen di Englaaaand ikut aje kehendak Perdana Menteri dia.

      Delete
    9. memang perlu rakyat tahu belanja raja2 melayu tp cara kadiaq tu tak perlu kerana ph baru saja tadbir negara bnyk isu lain yg
      perlu diselesaikan dulu prt penuhi janji 100 hari ph..kritikan sexara terbuka pd agong akn dijadikan peluru hidup utk ditembak kpd kerajaan oleh pihak pembangkang.

      Delete
  2. kekalkan ketelusan dan kejujuran

    ReplyDelete
  3. TPM: Jaga tutur kata, hormati Raja Berperlembagaan

    Bernama
    9 Jun 2018, 10:09 malam (Dikemaskini 9 Jun 2018, 10:13 malam)

    A A
    Hormati sensitiviti sebelum keluar kenyataan terbuka, kata Wan Azizah ulas A Kadir Jasin letak jawatan dalam majlis penasihat.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan mana-mana individu supaya menghormati sensitiviti negara sebelum mengeluarkan kenyataan secara terbuka.

    Beliau berkata walaupun Malaysia mengamalkan konsep kebebasan bersuara, namun ada sesetengah perkara yang perlu ditapis demi memastikan keamanan negara sedia ada sentiasa terpelihara.

    "Kita perlu jaga tutur kata, hormati tatasusila dan juga institusi Raja Berperlembagaan," katanya pada sidang media selepas menghadiri program Iftar@Kuala Lumpur 2018 di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, malam ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, terutama DS Anwar & budak suruhan dia Rafizi.....!!

      Delete
    2. Pakatan Harapan cuba lindungi A. Kadir hina Agong – PMB
      June 10, 2018


      Tindakan sesetengah pihak yang meminta polis menghentikan siasatan terhadap Ketua Media dan Komunikasi bagi Jawatankuasa Peralihan Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin seperti membenarkan sesiapa sahaja di negara ini memfitnah dan menghina Yang di-Pertuan Agong.

      Presiden Penaja Pemantau Malaysia Baharu (PMB), Datuk Lokman Noor Adam berkata, kerajaan juga dipersoal kerana tidak jelas dengan konsep kebebasan bersuara yang sebenar di negara ini.

      Malah, katanya, kerajaan baharu ini turut dianggap berusaha untuk membuang institusi raja-raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebuah negara republik.






      “Peguam PKR, Latheefa Koya dan Maria Chin hari ini mendesak polis menghentikan siasatan ke atas A. Kadir. Adakah hari ini kerajaan Pakatan Harapan sudah mengubah polisi dengan menghalalkan sesiapa jua untuk memfitnah, menghina dan memperlekeh Yang di-Pertuan Agong?

      “Adakah ini maksud kebebasan bersuara? Adakah kebebasan bersuara bermakna fitnah dihalalkan, cerita boleh direka untuk menghasut rakyat membenci raja-raja Melayu? Bagaimana kalau rakyat macam saya memfitnah Tun Dr. Mahathir Mohamad?, tanya beliau dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

      Beliau mengulas kenyataan A. Kadir menerusi catatan blog peribadinya yang mendakwa Sultan Muhammad V membelanjakan kira-kira RM257 juta dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.

      Menurutnya, purata RM16 juta sebulan dibelanjakan antaranya untuk penginapan, kediaman, barangan peribadi, pesawat, pe­ngangkutan, pakaian Agong, ha­diah dan cenderamata, kunjungan luar negara serta gaji kakitangan istana.

      Lokman berkata, beliau mencabar kerajaan Pakatan Harapan supaya melaksanakan referendum rakyat.

      “Jika lebih 50 peratus rakyat negara ini menolak mengundi untuk menamatkan institusi beraja, maka tukarlah negara ini kepada sebuah republik. Tetapi jika rak­yat mahu sistem raja berperlembagaan kekal atau jika kalian tidak ada keberanian untuk mela­kukannya, belajarlah menghormati raja-raja Melayu,” katanya.

      Katanya, pengundi muda Mela­yu memberi undi kepada Pakatan Harapan supaya menjadi peme­rintah lebih adil dan saksama, bukan untuk menghalalkan tindakan kalian menghina institusi raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada rakyat dan agama Islam.

      Utusan

      Delete
    3. Hurmm...kereta pun ada 300 biji dalam garaj

      Delete
    4. Ade ker sultan beli kereta 300 bijik mintak duit kerajaan?..

      Delete
    5. TPM nak buat "one-upmanship" ke?

      Tak boleh. Dia bukan man pun, hehe.

      Jangan marah gua gunakan bahasa Englaaaaand "one-upmanship". Di sini, ada yang kata nak cucuk jarum. Orang tua2 kot kata nak tijak pala.

      Delete
    6. Encik geng najip,
      Boleh tolong highlight kan mana yang AKJ menghina agong, dalam tulisan dia?

      Delete
  4. Agak agak nape perlantikan pm lewat sampai kul 9.30 mlm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila spr umumkan keputusan pru?...bila spr hantar keputusan pru kpd istana negara?...

      Delete
    2. Itu dah tunjukkan betapa pihak istana tidak berperikemanusiaan terhadap seorang tua yg dah berusia 93 tahun dibiarkan/bo layan.

      Apakah itu contoh teladan baik dari istana.....??

      Delete
    3. 10 JUN: GENAP SEBULAN PAKATAN HARAPAN BERKUASA, APA ADA?
      Email This
      BlogThis!
      Share to Twitter
      Share to Facebook
      Share to Pinterest



      Hari ini, 10 Jun 2018, maka genaplah sebulan Pakatan Harapan berkuasa sebagai Kerajaan Malaysia. Tahniah saya ucapkan kerana "Malaysia masih aman"...

      Sejak berkuasa, dalam usaha mengotakan manifesto PH, pelbagai polisi atau dasar telah diperkenal, dilaksana dan di"rebranding"kan oleh pihak kerajaan. Walau bagaimanapun, ada yang masih diperingkat "cadangan" dan ada pula yang masih di peringkat "test market". Ada "suri rumah" yang "sangkut" sebab tak kaji undang-undang sedia ada sebelum berjanji?

      Kabinet negara belum lagi lengkap. Entah bila akan lengkap, kita tidak pasti. Namun TPM kata, 50% daripada manifesto PH itu telah pun terlaksana. Saya tak pasti kenapa kenyataan itu dipertikai majoriti rakyat. Mungkin mereka dapat merasai, berfikir dan menilai sendiri peratusan tersebut.

      Selain itu, macam-macam perkara yang telah berlaku. Siasatan demi siasatan terhadap pemimpin kerajaan lalu telah dijalankan, menepati manifesto 100 hari. Ada yang bertepuk tangan, tapi nampaknya lebih ramai yang mencemuh dan menyedari apa sebenarnya yang berlaku. Macam "dejavu" 1998, bukan?



      Mudah kata, nampaknya Kerajaan PH lebih bertumpu pada soal politik, namun hanya memberi sedikit tumpuan terhadap soal kebajikan dan kesejahteraan hidup majoriti rakyat. Malah, diperkenalkan pula dasar "merayu sedekah dari poket rakyat".

      Baru beberapa hari berkuasa, puluhan ribu hilang kerja sekaligus hilang pendapatan. Bantuan Hari Raya pula hanya Gred 41 ke bawah saja yang merasa, itu pun hanya RM400. Tak tahulah nasib mereka yang lain seperti ibu tunggal, pesara, OKU, imam, bilal, siak, golongan asnaf dan rendah pendapatan pada tahun ini. Selama ini, Allah beri rezeki mencurah-curah pada mereka setiap kali menjelang Ramadhan dan Aidilfitri, bukan?

      Penjawat awam tidak dinaikkan gred seperti yang direncanakan. Maksudnya, gaji tak naik. Elaun untuk penjawat awam tertentu dipotong pula 10%. Malah khabarnya penjawat awam negeri tertentu terpaksa "sedekah" sebahagian wang bonus mereka ke tabung kerajaan? Saya cuma geleng kepala memikirkan "sedekah tanpa rela" itu. Ikhlaskah? Atau dipaksa ikhlaskan diri? RM100 pun lepaslah nak isi minyak kereta berhari raya nanti, bukan?

      Dalam pada itu, harga minyak langsung tak turun-turun? Pelik bin ajaib, bukan? Padahal, sebelum PRU14 khususnya ketika berkempen, itulah yang disebut-sebut. Hampir setiap hari PH kata akan turunkan harga minyak jika menang PRU. "Kasihanilah rakyat" kata mereka sambil bunyikan hon...



      Mansuh tol? Ada satu tol yang dimansuhkan, tol KL-Seremban kalau tak silap. Itupun sebab perjanjian konsesi dah tamat. Untuk raya kali ni, Kerajaan PH umum tol percuma 2 hari.. ehh.. silap.. diskaun tol 50% untuk 2 hari. Memandulah secara berhemah, mungkin tiada diskaun jika anda disaman nanti...

      Dalam tempoh ini juga, kita boleh lihat #MalaysiaMemilih makin berani bersuara. Ada yang sangat berani "usik" hal ehwal agama Islam ada pula yang "gagah berani" mempertikai Yg DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu terutama di media sosial. Begitu juga dengan soal cadangan lantikan AG yang mencetus kontroversi. Itu belum lagi soal LGBT, kan? Maklumlah, bukankah kuasa kini memihak mereka, maka bertambah kuatlah mereka bersuara...

      Terus terang saya katakan, secara peribadi saya berpendirian bahawa kuasa kini berada di tangan mereka. Kuasa itu diberikan oleh #MalaysiaMemilih kepada PH pada 9 Mei 2018 dan sah pada 10 Mei 2018. Kuasa itu sah dari sudut perlembagaan negara.

      Delete
    4. Saya yakin, kita tidak seperti mereka yang memfitnah dan memaki hamun SPR setiap kali bila kalah PRU. Kita tidak salahkan peti undi. Kita juga tidak menimbulkan isu "pengundi hantu". Malah tiada sebuah pun pesawat jumbo atau bangla dipersalahkan. Kita hormat pada keputusan dengan penuh semangat demokrasi yang subur di Malaysia.



      Oleh itu, saya lebih senang untuk tidak mengkritik, menyerang atau menghina Kerajaan PH mahupun para pemimpinnya. Kuasa berada di tangan mereka, maka lakukanlah apa saja yang mereka suka. Kerajaan PH pimpinan PM ke-7 berhak untuk berbuat apa saja.

      Lagipun, saya hanya rakyat biasa. Apatah lagi saya menyokong UMNO, golekkan diri akan terluka, digolek pun terluka. Namun begitu, masa masih panjang. Kita ada 5 tahun untuk dihadapi dalam penggal ini.

      Apabila suatu dasar atau polisi itu diumum atau terlaksana, maka sudah tentulah akan ada kesannya, bukan? Setelah itu, berkonsepkan "freedom of speech" yang dilaungkan oleh PH dan BN selama ini, ia memberikan saya hak kebebasan untuk mengkritik, bukan?

      Tapi jangan risau. Saya tidak mengamalkan kata-kata kesat, berbohong, menipu atau mereka-reka cerita, jauh sekali memfitnah. InsyaAllah, saya akan mengkritik secara berhemah, adil, membina dan mengutamakan prinsip hukum-hakam Islam serta perundangan negara.



      Biarpun saya seorang pejuang UMNO, kita semua tetap bersahabat dan wajar mengamalkan politik matang. Apa yang penting, majoriti orang Melayu dan masyarakat Malaysia yang hormatkan Kontrak Sosial akan bersatu-padu, bangkit untuk meraih kembali kuasa di negara ini.

      Akhir kata, kini Melayu hilang kuasa di bumi sendiri, nantikanlah masanya kami merdekakan kembali "Persekutuan Tanah Melayu" ini! Itu tekad saya... Wallahu'alam.

      Delete
    5. Betspa munafiknya kamu bila kamu kata....

      "Kita hormat pada keputusan dengan penuh semangat demokrasi yang subur di Malaysia.



      Oleh itu, saya lebih senang untuk tidak mengkritik, menyerang atau menghina Kerajaan PH mahupun para pemimpinnya. Kuasa berada di tangan mereka, maka lakukanlah apa saja yang mereka suka. Kerajaan PH pimpinan PM ke-7 berhak untuk berbuat apa saja.

      Lagipun, saya hanya rakyat biasa. Apatah lagi saya menyokong UMNO, golekkan diri akan terluka, digolek pun terluka. Namun begitu, masa masih panjang. Kita ada 5 tahun untuk dihadapi dalam penggal ini".

      Betul ker, boleh kita berbahaskannya...??

      Delete
    6. Tak abis2 sikap busuk geng najib ni mengadu domba...sudah sebati ajaran umno di hatinya dan keluarganya aku rasa

      Delete
    7. Setuju dgn pendapat Othaman Ahmad at 12:51.

      Itu dah tunjukkan betapa pihak istana tidak berperikemanusiaan terhadap seorang tua yg dah berusia 93 tahun dibiarkan/bo layan.

      Tunggu 5 jam, Beb. Duduk di balai yang sejuk hingga tangan Tun M menggegar, kata Tun Siti Hasmah.

      Sekurang kurang nya habaq lah. Nak tunggu SPR kasi tau keputusan PRU14 ke, apa ke.

      Aku rasa kot ada pindaan Perlembagaan di masa akan datang. Gomen PH ada majoriti 2/3 di Parlimen ke untuk pindaan Perkara sensitif dlm Perlembagaan?

      Delete
    8. Kita orang islam dituntut HANYA MEYEMBAH ALLAH. Selain dari Allah kita perlu menghormati sahaja, bukan menyembah.
      Budaya melayu lama ternyata membuat orang melayu mewarisi sifat rendah diri kerana diajar menyembah manusia.
      Bermula dari kita, kita mesti mengajar anak cucu kita supaya HANYA ALLAH BERHAK DISEMBAH DAN TIDAK SELAIN NYA.

      Delete
  5. Tulisan kadiaq muncul selepas wujud masalah lantikan AG....Kadiaq seolah2 tak puashati masalah lantikan AG...

    adekah maksud kadiaq untuk nenimbulkan persepsi megatif kpd istana negara supaya tidak timbul lagi masalah?...kadiaq tak hormat istana?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa perlu di perturunkan lagi kata2 Tun M -

      Tak tolak raja, hanya jaga kemuliaan institusi, kata Dr M
      FMT Reporters | June 8, 2018

      Dr Mahathir menjelaskan semua tindakan sebelum ini ada lah untuk melindungi raja-raja daripada kemarahan rakyat.

      Dr Mahathir berkata raja tidak seharusnya terlibat dengan benda-benda yang tidak disukai rakyat.

      PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak menolak raja-raja Melayu dan semua tindakan sebelum ini ada lah untuk menjaga kemuliaan institusi itu.

      Dr Mahathir menjelaskan langkah seperti menghapuskan kekebalan raja-raja dan penubuhan mahkamah khas kerana tidak mahu melihat raja-raja Melayu melakukan perkara yang mengundang kemarahan rakyat.

      “Raja janganlah terlibat dengan benda-benda yang rakyat tidak suka. Rakyat tiada kuasa, tetapi bila dia dah marah, dia akan memberontak. Jangan jadi macam ini,” katanya kepada Sinar Harian.

      Beliau berpendirian raja-raja Melayu juga perlu mematuhi undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti semua orang.

      Dr Mahathir berkata kerajaan perlu campur tangan untuk menyelamatkan institusi itu jika raja-raja Melayu didapati melakukan kesalahan.

      “Kita kena elak raja dengan kebesarannya itu supaya tidak tercemar. Saya bukan menolak raja-raja tetapi saya berpendapat kalau raja buat sesuatu yang salah, patutlah kita ambil tindakan iaitu menyelamatkan raja,” katanya.

      Ditanya mengenai kelewatan angkat sumpah perdana menteri di depan Agong selepas memenangi pilihan raya 9 Mei lepas dan isu sekitar pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara, Dr Mahathir berkata masalah seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

      “Kita kena akur kepada undang-undang. Kita nak kembali kepada ‘kedaulatan undang-undang’. Apabila sesuatu yang berlaku tidak mengikut undang-undang, maka akan menimbulkan kemarahan,” katanya.

      Menurut Dr Mahathir, dalam kalangan raja-raja Melayu sendiri sedar akan isu berbangkit dan kelewatan diselesaikan atas nasihat raja-raja sendiri.

      Delete
  6. KBB...aparahhh kau ni..takkan lah tak tau lah DAKJ tu adalah orang kepercayaan Tun M. Segala apa yang diperkatakannya tu adalah kata Tun..sebijik, saling tak tumpah. Dah tentu DAKJ takkan berani menyentuh isu 'Taboo' ni kalau tak dapat perkenan dan arahan dari 'higher up'lu pn tau sapa lah kan.

    Jadi apa nak heran..dari maas Tun jadi PM dulu, kejenya takde lain..asyik cari gaduh denagn Istana hingga timbul krisis perlembagaan tu. Lagilah emosinya terganggu bila majlis akad sumpahnya sebagai PM ke 7 dilambat2kandan abru2 ni pulak lambat dapat perkenan YDPA dalam isu lantikan AG baru. Mana lah dia tak berasap satu badan..dan pastinya konfliknya denagn Istana masih belum tamat lagi..ibarat kata2nya dulu..Perjuagan yang belum selesai.

    Timbul pulak telahan dan cakap2 nakal yang mengatakan ini semua adalah 'pre emptive' strike yang juga didalangi oleh puak2 dalam PH yang begitu gigih memperjuangakn gagasan Malaysian Malaysia. Matlamat akhir ialah terbentuknya pemerintahan Republik, seperti di jiran kat selatan tu.

    Memang kontras yang amat sangat watak dan peribadi DSAI dengan Tun. DSAI dilihat sebagai pejuang dan champion untuk memastikan hak2 melayu, Islam dan Institusi kesultanan terus kukuh , subur terpelihara di negara tercinta ni. Hubungan akrab dan rapat dengan Istana amat2 perlu untuk sesapa saja yang menjadi PM....malangnya tidak begitu memberangsangkan dan meyakinkan rakyat jika dilihat pada tindak tanduk Tun.

    Mungkin ada hikmahnya DAKJ meletakkan jawatannya tu...ialah untuk tidak menimbulkan pelbagai persepsi negatif kepada umum. Ada kemungkinan teguran dan nasihat bernas dari DSAI termasuk di benaknya. Tentunya kita tak mahu DAKJ menjadi liabiliti dan bukannya aset lagi kepada Tun dan council of elders. Apa2 pun , kita tabik dan angkat topi padanya...sekaarng dia bebas untuk terus menegur dan berkomentar atas kapasiti sebagai rakyat marhaein yang perihatin..seperti aku dan cai2 Haprak PH yang bersepah2 kat sini !!!!!!!!

    keh..keh..keh...Kikiokikihkikikikiikoikhkikiki.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Another bullshit & cow dung from geng najis that self exposed his endless hypocrisy & flip flops.

      Delete
    2. Politik 'PM 20 Kerusi' Seperti Meroyan Atau Terkeliru?

      PERCATURAN POLITIK PERDANA MENTERI 20 KERUSI PARLIMEN

      Kedudukan PKR Dalam Malaysia Baru.



      Presiden parti dapat pangkat Timbalan Perdana Menteri yang tidak bermakna, tiada kuasa dan tidak dalam perlembagaan...



      Paling besar kuasa Kak Wan ialah Menteri Hal-Ehwal Wanita dengan projek utama mahu alihkan simpanan 2% caruman KWSP suami kepada bini...

      Nak agihkan kipas pada kaum ibu, Kak Wan tak cukup budget sebab budget kementerian Kak Wan ciput.....

      Dasyat kerajaan Malaysia Baru, budget kementerian untuk orang nombor dua sikit jer dapat...



      Timbalan presiden parti yang juga merupakan anak buah PM Mahathir dapat jadi menteri yang kawal Petronas, Khazanah, FELDA, Tabung Haji dengan dana masing-masing bernilai lebih dari RM1.5 trillion...

      Dia juga di tugaskan untuk mengawal semua hal-ehwal perdagangan luar negara...





      Ketua Umum parti pula dapat pangkat suami kepada Timbalan Perdana Menteri dan dapat duduk diam-diam bertahun2 sambil berharap Mahathir mungkin tunaikan janji dia...

      Baca di sini :



      Telan aje lah kan....

      Inilah nasib parti PKR dalam Malaysia Baru...

      Mahathir Cuba Dapatkan Sokongan Dari Luar Pakatan Harapan



      Ada maklumat Mahathir jumpa Zahid utk minta sokongan dia nak cadang Melayu sebagai Speaker Dewan Rakyat.



      Tersebar niat DAP dikatakan mahu letak Hannah Yeoh sebagai Speaker.







      Tun M pun jumpa Ku Li minta sokongan sama.



      Mungkinkah Mahathir dah mula fed-up dgn DAP arah2 dia terutama ketika PC dan nampak muka dia fed-up.

      Sementara tu, dia cuba pecah belahkan PKR dan jika Speaker pilihannya itu PKR Melayu, itu lagi usaha Mahathir pecahbelahkan PKR ketika sama dia sedang mula nak berlaga dengan DAP.

      Permainan politik apa yg PM 20-kerusi sedang main?

      Politik Kebencian Formula Mahathir Untuk Terus Berkuasa




      Dia gaduh dgn semua orang...

      Dengan Najib & BN dia gaduh !!!

      Dengan UMNO dia gaduh !!!

      Dengann Anwar dia gaduh !!!

      Dengan DAP dia gaduh !!!

      Dengan PAS dia gaduh !!!

      Bila dah tersepit, dengan muka tak tahu malu cuba minta sokongan dari Zahid dan Ku Li.

      Kerja dia gaduh saja.

      Semua orang tak betul.

      Dia sorang saja betul.

      Satu Malaysia jadi rosak kerana dia!!!!!!!

      Delete
    3. Sudikah kamu berbahas dgn saya atas nukilan kamu di atas itu......??

      Delete
    4. Kerajaan PH mengamalkan tindakan politik balas dendam.
      June 9, 2018 rhg


      KENYATAAN MEDIA

      1. Langkah Kerajaan Pakatan Harapan meletakkan tekanan dengan memberi alasan kerajaan terdahulu tidak berintegriti dan mempunyai hutang yang banyak sehingga membebankan negara adalah satu tindakan yang tidak berhemah dan cuba memanipulasikan fikiran rakyat.

      2. Perletakan jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia, diikuti perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia serta bakal disusuli penggantian Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia dan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilihat seolah-olah ada hubung kait dengan tekanan tangan ghaib dalam kerajaan.






      3. Rakyat melihat semua tindakan PH yang mengaitkan semua mereka yang meletakkan jawatan itu dengan Dato’ Sri Najib Razak seolah-olah sebagai satu usaha kerajaan mahu memasukkan ‘orang-orang tertentu’ ke dalam setiap jabatan dan agensi.

      4. Ini adalah satu usaha untuk mengaburi mata rakyat. Dengan mengaitkan semua ini dengan ‘salah laku’ kerajaan terdahulu, pihak-pihak tertentu dilihat menggunakannya sebagai cara perbersihan ke atas BNM, TM, Bursa Malaysia malah syarikat-syarikat lain.

      5. Sain itu, kami juga berasakan wujud satu usaha mengenakan tekanan ke atas Institusi diRaja sehingga hampir menimbulkan krisis dengan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baru. Agak pelik juga, baru-baru ini Thomas dengan pantas memperkatakan bahawa 1MDB adalah keutamaannya.

      6. Rakyat memerhati dan pasti bertanya dengan serius motif tulisan Datuk A Kadir Jasin yang menukil ‘RM257 juta dibelanjakan untuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam 16 bulan’. Apakah ini berniat memalukan Institusi Raja-Raja Melayu serta menghasut perasaan rakyat agar membenci Institusi Raja-Raja Melayu?

      7. Ini tidak seharusnya berlaku, kecuali Pakatan Harapan ada niat untuk memperlekehkan Institusi Raja-Raja Melayu. Kerajaan memerintah sepatutnya bertanggungjawab memelihara nama baik Institusi Raja-Raja, integriti pelbagai institusi kerajaan dan kepentingannya, bukan semakin merosakkan imejnya.

      8. Rakyat juga tertanya-tanya apakah perlantikan Thomas sebagai tindakan yang berkemungkinan menjadikan institusi kehakiman (judiciary) sebagai ‘pelindung’ kepada dakwaan salah laku beberapa rakan yang rapat dengan kepimpinan PH , baik di dalam mahupun di luar Kabinet.

      Delete
    5. 9. Dengan pembebasan Rafizi Ramli daripada hukuman penjara, mungkin akan wujud pula usaha untuk melepaskan Lim Guan Eng daripada hukuman atas kesalahan rasuah, sedangkan kesnya seakan-akan sama dengan kes rasuah bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo.

      10. Walaupun rakyat berasakan memang menjadi tugas peguam negara untuk menjalankan siasatan ke atas kes 1MDB dan kes-kes lain, rakyat lebih tertanya-tanya apakah pendirian peguam negara yang baru apabila beliau menyatakan kepada media untuk “menguruskan kes-kes terpilih. ”

      11. Bagaimanakah status siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai tukaran asing (forex) ketika Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri keempat, RCI peristiwa Memali dan isu pemberian kad pengenalan di Sabah?

      12. Bukan setakat itu saja, apakah Kerajaan PH akan memastikan tiada siasatan dibuat ke atas tiga individu ‘billionaire’ yang ada pertalian keluarga dengan kepimpinan PH? Bagaimana pula siasatan ke atas skandal yang meruntuhkan Perwaja?

      13. Di samping itu apakah siasatan tidak perlu dilakukan terhadap bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz mengenai isu pemberian permit import (AP) serta punca yang mendorong perlambakan masuk kereta dari China dan Korea Selatan, yang mana Dr Mahathir sendiri menyatakan tidak bersetuju beliau pada waktu itu?

      14. Rakyat berharap mereka tidak dipermainkan dengan janji-janji manis sebelum pilihan raya. Selepas gagal mengotakan janji manifestonya, Kerajaan PH dilihat sengaja mengalihkan persoalan rakyat dengan pelbagai helah dan membentuk persepsi. Paling menyedihkan apabila mereka menghina negara sendiri dengan menerima ‘campur tangan asing’,

      15. Sudah sampai masanya rakyat berfikir secara kritis mengenai sokongan mereka terhadap Kerajaan PH ini. Adakah kerajaan sekarang benar-benar ingin berkhidmat kepada negara dan rakyat, atau sekadar mahu berkuasa dan meletakkan semua sistem di bawah tapak kaki mereka?

      16. Dalam erti kata lain, apakah mereka hanya mahu membongkar kesalahan yang dilakukan oleh orang lain tetapi enggan diri sendiri disiasat? Adakah ini juga menunjukkan Kerajaan PH mengamalkan tindakan politik balas dendam?

      Unit Komunikasi Strategik
      Ibu Pejabat UMNO
      Kuala Lumpur

      Delete
    6. Oleh sebab geng najis takdak telor nak berbahas (hanya tahu kopipes saja) -
      lebih afdal ZZZZZZZZZZ....., tak gitu?

      Delete
    7. Apa? Tun Mahathir 'gaduh' dengan semua orang?

      Komen balas saya ialah, faktanya betul tetapi komennya adalah salah.

      Saiyidina Ali kw pernah menyebut pernyataan sebegini sebagai 'kalimah yang haq, digunakan secara bathil'.

      Memang benar Tun M telah melalui pertempuran dengan begitu ramai pihak baik individu mahupun berkumpulan.

      Lebih benar lagi ialah di dalam kesemua pertempuran yang telah dilaluinya, Tun M telah muncul sebagai pemenang.

      Ini menjadikan Tun M sebagai satu-satunya calon yang mempunyai ciri-ciri seorang pembela di akhir zaman yang telah dikhabarkan di dalam hadith2 Nabi saw yang disebut sebagai pembawa panji hitam @ pemuda Bani Tamim @ Shuaib bin Salleh.

      Mengambil kira fakta bahawa Tun M adalah seorang pemimpin di sebuah negeri di Timur, arkitek bandaraya Putrajaya yang memiliki ciri-ciri ibukota kaum Muslimin di akhir zaman dan fakta bahawa Malaya adalah salah sebuah daripada dua negeri yang berhadapan dengan sebatang sungai (iaitulah Selat Melaka dan negeri satu lagi ialah Sumatera), maka kesimpulan akhirnya mengatakan bahawa Tun M sebenar-benarnya adalah 'orang itu'.

      Individu inilah yang telah dikhabarkan lebih 1400 tahun yang lalu bahawa ia akan berjuang menentang fitnah dan kebathilan sepanjang berlakunya zaman fitnah, dan ia menang di dalam kesemua pertempurannya sehinggalah zaman fitnah berakhir dan digantikan dengan zaman akhir bagi umat ini iaitu zaman khilafah manhaj Rasulullah (saya suka menyebutnya sebagai zaman baru).

      In shaa Allah, saya sangat yakin Tun M adalah orangnya, dan demikian Tun M akan memenangi kesemua pertempurannya termasuklah pertempuran klimaks yang bakal berlaku di antara 'anak bangsa yang cekal dan tabah' dengan golongan yang memiliki pemerintahan ke atas pasukan bersenjata.

      Dengan izin dan kehendak Allah Tun M tetap akan memenangi pertempuran klimaks tersebut.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  7. "Moving Forward "Tiada keterisan.From top to bottom.Not 4 bottom only maa..where go got road.You always eat eat wind obersea maa.Wa only eat ikan sadin mahal maa....

    ReplyDelete
  8. Kali ini saya memilih untuk tidak bersetuju dengan Saudara Shahbuddin dan sesetengah pemimpin PPBM. Kemenangan PH dalam piliharaya baru-baru ini bukanlah tiket untuk segalanya. Politik tertib dan berhemah amat dihargai rakyat selain dari tuntutan menifesto yang harus dipenuhi. Sejarah perjuangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan dari UMNO/BN harus dirujuk oleh saudara Shahbuddin dan Kadir Jasin. Jangan kerana kita terlibat dalam "pecutan terakhir" maka kita merasakan kita layak 100% dalam menentukan hala tuju kejayaan manis ini. Rujuk dulu mereka yang pernah bergolok bergadai dalam perjuangan ini. Jangan lupa sosok seperti Tian Chua, Hishamuddin Rais, Wan Azizah, Mat Sabu dan Lim Kit Siang. Janganlah kita berpolitik seperti "menggegar pokok untuk menjatuhkan buah yang masak ranum", kerana pokok yang kita gegar bukan sahaja menjatuhkan buah yang ranum, putik buah, pucuk, ranting semuanya turut jatuh. Dan akhirnya pokok yang kita gegar "mati meragam" kerana hilang sifat sempurnanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlembagaan, Bang. Hormatkan Perlembagaan. Ikut Perlembagaan.

      Itu undang2 tertinggi dalam negara. Semua undang2 lain timbul dari nya. Tak boleh bercanggah dengan nya. Kalo tak, di kata ultra vires, tak jadi, null and void.

      Sapa pun kena hormatkan dan ikutkan Perlembagaan negara, Bang.

      Baca lah kata2 Tun M yang aku dah salin 2 kali di atas ini.

      Delete
    2. Setuju 100% dengan saudara Isa.

      Jawatan YDPA adalah creation daripada Perlembagaan Persekutuan. Sebelum negara ini mempunyai perlembagaan dengan seluruh Semenanjung Tanah Melayu bersatu membentuk Malaya, jawatan YDPA adalah tidak wujud.

      Maka seharusnyalah YDPA bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang mewujudkan jawatan ini.

      Delete
  9. umno belum pernah rasa kalah secara total. ini pertama kali terduduk macam nangka busuk.

    tu yang dia tak tau nak buat apa....jadi bengong. dah kalah pun masih takde rasa malu......masih nak komplen sana sini! kalau kerajaan sekarang nak penjarakan semua anggota umno pun, klu terbukti, apa yg ko nak komplen?

    face the reality!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekalahan total UmNo?

      Coming soon... Very very soon..

      Delete
    2. Jika Tun M dapat pegang PM sampai akhir penggal, saya percaya UMNOBN akan berkubur terus. Kelebihan kerusi yg depa dapat sekarang pun banyak yg menang kerana undi terbang disaat akhir pengiraan.
      Bila PRU15 nanti, depa tiada lagi kelibihan menambah undi terbang dan saya percaya bila semua kes 1mdb terbongkar, mungkin TIADA KERUSI LAGI UNTUK DIMENANGI.

      Delete
  10. Heran jugak...KP RoS orang baru...Menteri KDN telah berganti dgn presiden Bersatu...apekah status umno yg langgar perlembagaan adalah halal bawah akta pertubuhan?....menteri KDN dan KP RoS senyap jer...patutnye umum lah statusnye halal ato haram...

    Kadiaq dan penyokong2 tun semua senyap...




    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa senyap kot sebab arini hari Ahad, hujung minggu. Puasa pulak tu.

      Besok depa keluaq la.

      Tapi pasai RoS dan Umno kot tak mustahak lagi. Ramai yang kata depa nak mampuih pun, lantak lah.

      Delete
    2. Sabor bro semua......
      Bior Tun buat satu satu.....he...he...
      KPN pun belum tukor lagi....

      Delete
  11. Kadang2 terfikir jugak.apa yg majlis raja2 bersidang saban thn..bg hal2 raja2 kita ni mcm suatu kerahsiaan..main sorok2 yg x sepatutnya..mau ada jg transparentcy serta accountabality..kan.
    penampakan oleh kadir jasin hal perbelanjaan agong tu sedikit sebanyak membuka mata kami serta sebhgn rakyat yg selama ni merasa cemburu..biasalh..
    Bang Shah.. X nak komen lebih2 hal perihal raja2 kita..sensitiflh..
    ketika datang thn2 kehadapan nnti tiadalh raja2 berkonsepkan feudalisma modern ni melainkan nama saja diselimuti zaman..bang x caya..tanya pak kiyai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sensitif tapi kalo tak ikut Perlembagaan negara, kena ckp mcm Chedet ckp tuh.

      Dulu bekas menteri Ameno Nazri Aziz pun ada kata depa di Johor "should not dabble in politics". Saya sangat setuju.

      Delete
  12. Anwar: Non-Muslims have a right to weigh in on syariah laws

    Will Muslims have a right to weigh in on Christian, Buddhist and other religions' laws?

    ReplyDelete

  13. Analyst tips ‘golden days’ of Dr M to return in two years

    Peter Minos also likens Harapan seizing Putrajaya to divine intervention.

    3h ago by Bernama

    Baguih Bernama nih. Dah sokong TDM dan gomen PH nampak nya.

    Keepidap, guys.

    ReplyDelete
  14. Izinkan saya berkata bahawa saya berada bersama-sama DAKJ dan Sdr Shahbudin di dalam perkara ini.

    Apabila wujud konflik kepentingan di antara institusi YDPA dan individu yang mengisi institusi itu, maka institusi itu yang mesti diutamakan dan bukan individu yang menduduki kerusinya.

    Lihat saja apa yang berlaku kepada UmNo hari ini. Disebabkan ahli-ahli UmNo mempertahankan habis-habisan Presiden parti yang khianat, hari ini institusi UmNo dan presidennya sendiri yang tercampak daripada persada kuasa.

    Ikhlas,
    John Doe the Mad Monarchist.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Majlis Raja Raja boleh memainkan peranan bagi mendapatkan semua ahli nya patuhi peruntukan peruntukan di dalam Perlembagaan negara berkaitan tugas, fungsi dan tanggung jawab mereka.

      Terutama nya peruntukan di mana mereka "bertindak di atas nasihat Perdana Menteri". Atau Menteri Besar.

      Delete

  15. Ini rencana menarik -

    Kepimpinan PKR berpecah kerana Anwar?
    FMT Reporters | June 10, 2018

    Mereka berasa gelisah kerana orang yang sekian lama mereka perjuangkan sebagai calon perdana menteri mengecewakan jangkaan mereka.

    Ahli PKR sejak sekian lama berkempen untuk Anwar sebagai perdana menteri tetapi tindakan ahli politik veteran itu baru-baru ini menghakis kepercayaan mereka, kata sumber parti.

    PETALING JAYA: Kepimpinan tertinggi PKR tidak sehaluan dengan tindakan dan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menurut mereka seperti melobi sokongan daripada golongan elit berpengaruh, sebulan selepas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 Mei lepas dan pembebasannya seminggu selepas itu.

    Mereka berkata individu yang mereka kempenkan sebagai perdana menteri sejak 2 dekad lalu menunjukkan dia tidak layak untuk memegang jawatan itu, berdasarkan kepada tindakannya baru-baru ini.

    Sumber dalam parti berkata ramai pemimpin termasuk golongan dalaman yang menanggotai biro politik PKR berkata pertemuan Anwar dengan raja-raja Melayu dilihat sebagai usaha untuk memenangi hati golongan diraja, lebih 2 dekad selepas dia menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad melucutkan kekebalan raja-raja daripada undang-undang.

    “Mereka berkata sejak dia dibebaskan, dia tidak menunjukkan kelakuan seorang perdana menteri menanti, tetapi seorang yang tergesa-gesa,” kata sumber PKR yang rapat dengan golongan dalaman itu.

    Anwar, yang akan berusia 71 pada Ogos, dibebaskan pada 16 Mei, selepas diberi pengampunan diraja yang dinanti-nantikan. Pengampuan itu membolehkan dia kembali aktif berpolitik. Beberapa jam selepas pembebasannya, dia dipanggil ke Istana Negara untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

    Anwar kemudian bertemu raja-raja Melayu di beberapa istana negeri, menyebabkan pengkritik tertanya sama ada dia cuba melobi sokongan raja-raja untuk memastikan Dr Mahathir menunaikan janji untuk memberi laluan kepadanya dalam tempoh masa 2 tahun.

    Tetapi kunjungan lewat malamnya ke istana di tengah-tengah kebuntuan tentang pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara, yang menyebabkan penyokong PKR, termasuk pengikut setia, mempersoalkan motif beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. " .. gelisah kerana orang yang sekian lama mereka perjuangkan sebagai calon perdana menteri mengecewakan jangkaan mereka."

      Jika ramai di dalam PKR yang tidak senang Anwar menjadi Perdana Menteri ke 8, itu serius.

      Apa kah bagus untuk negara ini jika di pimpin orang yang berwatak demikian?

      Delete
  16. Anwar bertemu Sultan Johor, pengkritik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

    “Apabila dia secara terbuka mengumumkan dia sedang bertemu Sultan Muhammad V ketika timbulnya cerita Tommy Thomas, ia seolah-olah mengatakan dia yang mendapatkan persetujuan diraja,” kata sumber itu.

    “Ini secara tidak langsung cuba menguatkan perspesi dalam fikiran tentang adanya perselisihan antara Dr Mahathir dan istana, dan Anwar yang menyelamatkan keadaan. Seorang ahli politik berpengalaman dan kanan tidak sepatutnya berkelakuan seperti orang baru nak naik,” katanya.

    Anwar mempertahankan dirinya daripada dakwaan mengatakan dia cuba melobi sokongan raja-raja.

    “Setelah 60 tahun, ini kali pertama raja-raja berdepan dengan kerajaan berbeza,” katanya dalam temubual oleh badan berkaitan PKR, Invoke Malaysia baru-baru ini.

    “Kerajaan Pakatan Harapan ditubuhkan ditengah-tengah propaganda mengatakan gabungan ini diketuai DAP, yang akan menghakis kuasa raja-raja dan orang Melayu. Jadi saya ke sana untuk beritahu mereka bahawa maruah dan kedaulatan raja-raja akan didukung.”

    Kenyataan itu dicabar oleh bekas pemberita berpengaruh, Datuk A Kadir Jasin, yang menganggotai majlis tertinggi PPBM dan merupakan pengikut setia Dr Mahathir.

    Kadir dalam satu catatan blog berkata berkata tiada keperluan untuk memberi jaminan kepada raja-raja kerana mereka dijaga dengan baik, termasuk RM257 juta untuk perbelanjaan Agong dalam tempoh 16 bulan lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar segera mengkritik Kadir, mengatakan bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu tidak menjaga tertib. Kadir sudah meletakkan jawatan daripada Majlis Penasihat Kerajaan.

      Sumber PKR mengatakan pemimpin parti juga tidak berpuas hati dengan kenyataan Anwar baru-baru ini yang mengatakan dia tidak akan meminta isterinya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengosongkan kerusi Pandan untuk dia bertanding dan kembali ke Parlimen.

      “Sudah tentu dia juga tidak akan minta anak perempuannya mengosongkan kerusinya,” kata sumber itu, merujuk kepada Nurul Izzah yang menang di Permatang Pauh, kerusi yang pernah diwakili Anwar dan dikosongkan isterinya pada 2008 untuk membolehkan dia kembali ke berpolitik.

      “Ini bermakna kita akan menyaksikan bapa, ibu dan anak dalam kerajaan,” kata sumber itu.

      “Ini mengesahkan apa yang Umno katakan selama ini, yang kita ini parti ‘anak pinak’,” katanya.

      Delete
  17. Sekarang Kadir Jasin dan Zainudin Maidin bukan main lagi galak dok tibai Anwar Ibrahim dalam blog mereka masing2. Dan komen2 dari yg diterima dlm blog mereka menyatakan Anwar sudah tidak layak untuk PM ke 8 dgn alasan mereka sendiri. Jarum sedang dimainkan untuk merendah2kan dan menidakkan keupayaan Anwar Ibrahim. Ingatkah siapa Kadir Jasin dan Zainuddin Maidin, kalau bukan orang Kanan Dr. Mahathir dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak semesti nya Kadir Jasin dan Zainuddin Maidin "tibai" Anwar di atas arahan Tun Dr Mahathir.

      Mengeluarkan pendapat pendapat yang sesuai dengan kehendak atau keperluan Tun Dr Mahathir tidak salah.

      Delete
    2. Jika kita ingin melantik orang menjadi ketua kita, kita mesti menilai sejarah latar belakang mereka. Adakah mereka layak diberi kepercayaan.
      Kita ada mata pernah lihat.....kita ada telinga pernah dengar. Jangan sampai orang berkata......MATA SAHAJA BUKA TAPI HATI BUTA.

      Delete
    3. Mohd Samsudin ..tersangat2 setuju dengan pendapat kau. Logik akal, dah tentu DAKJ dan ZAM takkan begitu berani begitu bebas mengeluarkan pendapat mereka tanpa restu dari Numero Uno dalam pentadbiran Msia. DAKJ kan adalah ketua media council of elders dan jurucakap mereka, dan COE ni pula tugasnya menasihati PM dalam pelbagai bidang pentadbiran negara, jadi segala apa yg mereka sebarkan di media adalah mendapat green light dari PM dan COE. Saya tetap mengatakan memang ada agenda untuk terus 'berkrisis ' dengan pihak istana melalui tulisan2 kedua tokoh kewartawanan tersebut.

      DSAI dilihat seolah2 mendapatkan sokongan dari Istana untuk memastikan Tun menyerahkan jawatan PM ke 8 akan diberikan kepadanya dalam masa 2 tahun atau pun kurang dari itu..itu kata2 musuh2nya dalam PH. Rakyat tidak merasakan DSAI seperti itu, dia bukannya sorang yang gila kuasa dan mengejar pangkat. Tengok aje lah kenyataannya sebaik dibebaskan..dia lebih selesa untuk terus memberi sokongan penuh kepada Tun melaksanakan tugas2nya dan menjadi back benchers. Malah dia menyeru kepada rakyat agar terus bersaam2 dengan kerajaan PH...cuma jika ada yang tak betul, patut ditegur agar tidak lari dari landasan yang ditetapkan.

      Ini lah yang dikatakan pejuang rakyat yang sejati..malah rakyat setuju dengan tema FB nya...The Legend is Back...DSAI tak pernah menuntut sesuatu yang bukan haknya, cuma dia ni berpegang pada janji..InsyaAllah..jika telah ditakdirkan jawatan PM ke 8 tu haknya, takde sorang atau sesuatu pihak pun yang boleh menghalangnya. Yang rakyat tak faham..kenapa DSAI ni melambat2kan proses untuk jadi MP, dah tak sabar kami menunggunya. Kalau dapat angkat sumpah PM sebelum akhir tahun ni nanti kira cannntiiik lah kan !!!!!!!!

      Delete
  18. LGE cakap Duit tabung buluh Harapan akan digunakan hanya unuk bayar hutang negara aje. Sekarng kutipn dah melebehi RM 50 juta. Boleh caya ke kalu main cakap kosong macam tu. Rakyat nak tengok pembentangan auditnya dibuat secara telus di parlimen nanti dan kemudian dibahskan denagn panjang lebar. Sepatutnya dah buat audit setiap hari untuk tunjukkan sapa yang menderma dan beraap banyak..kan PH ni kerajaan yang amlkan ketelusan..ingat..RM 50 juta yang dah dikutip tu bukannya sikit, takut2 masuk tabung kocek orang lain pulak bebbb !!!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...