Saturday 16 June 2018

APAKAH ZAHID HAMIDI AKAN MENEMUI TUN MAHATHIR SEKALI LAGI?


Tidak lama selepas kalahnya BN dan Zahid Hamidi dilantik sebagai Pemangku Presiden UMNO, beliau telah mengambil inisiatif menemui Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Menurut Tun Mahathir, Zahid Hamidi menemuinya untuk meminta nasihat berhubung apa yang berlaku kepada UMNO sehingga parti itu ditolak dalam pilihanraya yang lalu.

"Dia nak tahu macam mana nak uruskan UMNO. Jadi, saya berterus-terang bahawa UMNO sudah mengkhianati orang Melayu.

"Saya ingatkan kepadanya, kita tubuhkan UMNO untuk tolong orang Melayu, tetapi kini UMNO telah berubah dan lebih mengutamakan kekayaan diri.

"Sebab itu UMNO dibenci sekarang ini. Dulu UMNO dipandang mulia, kini sudah dipandang jijik," kata Tun Mahathir berhubung pertemuannya dengan Zahid Hamidi itu.
Hakikatnya, tindakan Zahid Hamidi itu memperlihatkan beliau tiada idea untuk memimpin dan memulihkan UMNO sehingga terpaksa berjumpa dengan Tun Mahathir yang telah berjaya mengalahkan UMNO dan BN tentang bagaimana untuk mengembalikan semula kekuatan parti itu.

Kini, Zahid Hamidi akan berdepan dengan Tengku Razaleigh yang sah akan mencabarnya bagi jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan pada 30 Jun depan.

Adalah dijangkakan pertandingan kali ini akan menyaksikan persaingan yang sengit.

Pada pemilihan jawatan Presiden UMNO pada 1987, Tun Mahathir telah berjaya menewaskan Tengku Razaleigh atau Ku Li dengan majoriti 43 undi.

Dalam hal ini, apakah Zahid Hamidi akan menemui Tun Mahathir sekali lagi untuk meminta petua dan cara bagaimana untuk menewaskan Ku Li? 
(ShahbudinHusin 16/06/2018)

43 comments:

  1. Replies
    1. Zahid ini macai Jibgor oi....sekumpulan fasiqin (karut) wa mufsidin (perosak)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Bagi pendapat teman.........UMNO udaaah layu dan lesu.

      Najib dengan skandal 1MDB udaah jadi liabiliti besar yg membebankan UMNO dan BN.

      Ini terang-terangan terbukti bila majoriti rakyat menolak UMNO dalam PRU14 dengan keputusan undi yg tak pernah terrrlintaasss dalam kepala setiap rakyat Msia.

      Pada mulanya ramai yg pikir PH akan menawan beberapa negeri saja tapi tak dapat membentuk kerajaan.

      Namun Allah maha berkuasa.....Dia yg memegang kalimah Kun Fayakun.......maka pada 9 Mei 2018 BN jatoh terrsungkor.........kemudian disusuli pulaak dengan parti2 Sarawak keluar dari BN........satu ketentuan Allah yg tak kita sangka.

      Selain dari skandal 1MDB.......rakyat mula membenci cara UMNO yg umpama mencengkam rakyat dengan kuku besi.........langsung tak boleh dikritik, tak boleh dikomen.....tak boleh ditegur....tak boleh dipersoalkan.

      Sape saja yg berani bukak mulot persoalkan 1MDB dan lain2 hal atau persoalkan pemimpin2 UMNO pasti teraniaya.

      UMNO umpama parti yg KEBAL.....sombong, angkuh dan bongkak dengan rakyat jelata.

      Yg jatohkan belon kuning.......yg lukis kartun......yg komen dalam FB, komen di You Tube atau instagram........dibawak ke balai soal siasat, denda dan ada yg ditangkap.

      Ada blogger yg anti-kleptokrat pon diblock......media2 yg tak sehaluan jugaakkk tak ketinggalan kena gantong dan denda.

      Bukan setakat tu saja.......malah UMNO bermati-matian, bersunggoh-sunggoh pertahankan kleptokrat dari mempertahankan rakyat.

      UMNO lebih utamakan PEMIMPIN dan bukannya rakyat.

      Padahal rakyat dah nampak dan sedar ada yg tak kena dengan 1MDB, kewangan negara dan kepimpinan atasan.

      Semua itu secara tak disedari UMNO........mereka mula mengumpul MUSUH di kalangan rakyatnya sendiri.

      Suara rakyat ditolak dan dipinggirkan..........signal atau isyarat dari rakyat Msia langsong tak dihiraukan..........dengan angkuh dan bongkak UMNO tetap sanjong dan pertahankan kleptokrat.

      Tanpa disedari.........UMNO menanam KEBENCIAN dalam hati majoriti rakyat Msia.

      Akhirnya.........apabila rakyat menemui JALAN BUNTU memberi teguran dan amaran kepada UMNO............maka majoriti rakyat Msia mengambil langkah BERSUARA MELALUI KERTAS UNDI.

      Ini satu gelombang yg amat BAHAYA kepada semua parti2 yg wujud dalam politik Msia.

      Therefore.......TO ALL PAKATANS.......PLEASE DO NOT TAKE THE RAKYAT FOR GRANTED.

      Kalo rakyat boleh letak kamu di atas.........maka rakyat jugaakkk boleh jatohkan kamu ke bawah.

      5 tahun satu jangkamasa yg pendek saja.

      Contoh dah jadi depan mata........tolong ambik iktibar yeooppp.........jangan ulangi KESILAPAN-KESILAPAN UMNO.

      Jalan terrrbaiikkk ialah....
      KESAN salahguna kuasa...pecah amanah...rasuah.
      BERTINDAK dengan cepat sebelom jadi BARAH.
      Dan CANTAS dahan yg burok sebelom merebak habis satu pokok.

      Seperkara lagi yg perlu diberatkan ialah yg diundi rakyat tu ialah PEMIMPIN-PEMIMPIN..........BUKAN isteri2 pemimpin.

      Maka kepada para isteri2 pemimpin.......tolong SEDAR akan kedudukan anda.
      Contoh kita dah nampak jelas........tolong celik Puan2 sekalian.
      JANGAN LEBIH SUDU DARI KUAH sehingga menanam rasa MELUAT dan BENCI dalam hati rakyat.

      Sila contohi BONDA TUN DR SITI HASMAH ALI........yg teramat BERENDAH DIRI, BERSEDERHANA dan BERSOPAN-SANTUN.
      Tak pernah sekali beliau melebih-lebih mendahului suami..........dan jauh sekali bersikap angkuh, sombong dan bongkak.

      Begitu jugak dengan TPM DS WAN AZIZAH........amat bersederhana dan sopan dalam semua hal.

      Tolong yeoooppp PAKATANS ambik iktibar........CONTROL isteri memasing...
      INGAT.......LELAKI BOLEH JATOH KERANA SORANG PEREMPUAN....
      Tolong ambik iktibar yeopppp.....

      The most important thing is......
      If we keep doing the same thing....
      We will keep getting the SAME RESULT.
      Sama2 kita pikior yeooooppp.....

      Delete
  2. woi barua..apa kena kau haramjadah sibuk sgt tak henti2 dgn hal dalaman bn umno..pakatan haram kau dah bagus sangat ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... dlm peperangan, musuh klu dah lembik, kena henyak sampai tak bole bangun lg. Bagus Budin. Keep it up. Biar puak² UMNO ni kojol.

      Delete
    2. Sungguh memalukan . Inikah cara2 serta tindakan kepada macai2 UMNO didalam menangani kemelut yang berlaku di dalam UMNO ??

      Jika inilah saja serpihan yang tinggal didalam UMNO , lagi baik UMNO berkubor terus .

      Jika para macai dan walaunta bolih memberi pandangan sinis serta analisa carca marba terhadap Pakatan Harapan , mengapa ia berlaku keatas UMNO , manusia saperti Mohd Azam Mohd Yusof terjungkang jungkit ??

      Rileks sahabat , Tn Budin hanya memberi pandangan saja . Jauhkan perangai serta tabiat Kepala Bapak Kau tu .

      Delete
    3. Kesian... Orang makan lemang, ketupat, dodol musim raya ni. Kau masih makan dedak lagi ke.

      Delete
    4. Bro Diny.......aterrr udah putuih orat malunya.

      Gitu lerrr tebiat deme turon temouron yeoooppp........tak boleh ditegor......pior punya tebiat tuuuu....

      Kalo ditegor.......nyelap sador, hangat pijor.......ngelupor deme....

      Memang tak sior teman yeoooppp....

      Delete
    5. Jgn meradang bro aman ala kazam..perbersihan zahir dan batin baru 2 hr berlalu..tenang2..
      Umno dah tertonggeng..kamu pulak melenting..dipg yg hening..mcai2..hahahaha

      Delete
  3. Jika masa banyak terbazir hanya utk berpolitik tak habis², waktu bila pulak nak luangkan masa utk mula bergerak, berubah & mentadbir dgn lebih baik...?

    Hasrat utk menang dah tercapai.
    Tak usah nak ambil pusing hal² dalaman mereka yg telah menjadi pembangkang.

    Stay fokus kpd pemulihan negara.
    Stay fokus kpd bina semula negara.
    Stay fokus kpd pembentukan sahsiah & keperibadian rakyat yg jauh lebih baik.
    Stay fokus kpd pembinaan peradaban & ketamadunan negara hingga menjadi buakan & contoh.
    Sebagai rakyat marhein, stay fokus utk support & laksanakan dasar² kerajaan baharu ke arah Malaysia yg lebih sejahtera.

    Jika sikap terlalu ambil kesah & sama menyibuk hingga menyebabkan diri sendiri sakit hati, pening + sakit kepala hanya utk memikirkan hal dalaman lawan yg seharusnya tidak perlu..., kita tidak ubah seperti regim UMNO terdahulu juga...
    Tidak jijikkah kita utk terus mengamalkan sikap² yg kita sendiri pandang jijik sebelumnya utk dijadikan darah daging sebati dlm badan...?
    Perlu lagikah DNA UMNO masih tebal melekat dlm genetik Malaysia baharu...?
    Inilah masanya utk kita berubah.
    Hijrah ke arah yg lebih baik.

    Biarkan sahaja si luncai terjun dgn labu²nya...!
    Fokus utk sama² buktikan bahawa "Malaysia Baharu" adalah pilihan tepat utk menjadikan Malaysia berlipat kali ganda lebih baik....!!!

    ReplyDelete
  4. Bukan kata Najib tidak ditegur tentang skandal 1MDB, malah yang menegur pun kena pecat. Sikap tidak menerima teguran terus berlanjutan hingga akhirnya BN tumpas dalam PRU14. Kalau UMNO bawa sikap terbuka, izinkan orang dalam UMNO dan orang luar UMNO kritik dan beri pandangan, UMNO dapat pulih semula.

    Ahli dan pemimpin UMNO/BN perlu sedar untuk menang pilihanraya seterusnya PRU15, tidak boleh semata-mata bergantung kepada undi dari ahli UMNO sahaja.

    Pengundi-pengundi sekarang sedang memerhatikan tindak tanduk dan gerak geri UMNO. Kalau masih tutup pintu kepada kritikan baik dari dalam mahupun luar, besar kemungkinan prestasi UMNO/BN PRU15 dijangka lebih teruk dari PRU14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf bro, menjadi pembangkang yang berwibawa dan menerima kritik orang tak ada dalam DNA UMNO versi Najib regime. Ia adalah kerana merasa punya hak istimewa, keangkuhan, tinggal di dalam bilik gema. Oleh kerana mereka telah lama bullshitting around, mereka mula percaya kepada omong kosong mereka sendiri.

      Delete
    2. Kami bersama bro arung..GH..namun hasrat kami..kuburkan je tanpa nisan..kalas!!

      Delete
  5. zahid tak akan main isu keturunan dgn ku li spt mana dia mengHINA tunM. siapalah keturunan zahid jika dibandingkan dgn ku li.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu sebab terbitnya kebencian dalam hati majoriti rakyat Msia ialah KEBIADABAN menghina keturunan Tun M........cobaan untuk menghapuskan dan menghakis legasi Tun M.

      Ini semua buat rakyat bertambah bencikan UMNO.

      Menghina orang tak menjadikan kita mulia.

      Dan dah terpahat dalam ingatan rakyat Msia......Wak Jahid hina......Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty.

      https://youtu.be/7ewIiLE1TxQ

      Delete
    2. Kami bersama bro Phantom..sifat terlarang itulh maka dorang x sedar diri..banyak iktibar bro berlawanan dgn kekuasaan Tuhan..tiada pemulihan atau reformasinya melainkan..kuburkan

      Delete
  6. payah zahid nk menang...kalau ikut situasi semasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak Jahid dan Najib tak banyak beza dari segi kepimpinannya........jadi paham2 sendiri lerrr yeoooppp...

      Delete
  7. Soal nya: apa kah Wak Jahid fikir dia boleh mengambil hati ahli2 Umno dengan menjumpai Tun M? Ketepikan hal apa yang dia ckp kpd Tun dan apa Tun kata kpd dia. Fikirkan bahawa dia ingat ramai ahli Umno masih respek Tun dan dia akan dapat plus point kalau pigi jumpa Tun?

    Dia tahu bahawa Tun M tak akan simpan rahsia apa dia ckp kpd Tun dan apa Tun jawab kpd dia. Sebab dia pernah buat kang ajor sesangat mengungkit keturunan Tun, nuduh nama bebukan dalam i/c dsb nya.

    Itu saja dah menunjukkan Wak Jahid tak bijak. Bila Tun ckp dia mintak nasihat mcm mana nak pulihkan Umno - dari Tun yang dah baham Umno di Pru14 - mesti ahli2 Umno nampak Wak Jahid tu bodoh. Tak usah kira lah rakyat yang bukan ahli Umno - depa tentu fikir Wak Jahid bangang buat gitu.

    ReplyDelete
  8. Wak Jahid sepatut nya pikior sendiri apa yang dia perlu buat atau cadangkan untuk memulihkan Umno. Tak payah tanya Tun Mahathir.

    Kalau tak larat nak mikirkan nya, cari kawan2 rapat yang pandai dan sanggup kasi buah fikiran. Yang sanggup biorkan dia tuntut itu buah fikiran dia sendiri. Takda yang mcm gitu? Asyik nak bertumbuk aje hingga takda yang nak rapat dgn dia? Nasib kamu ler, Wak.

    Punya bangang punya Wak, diakan Pemangku Presiden parti. Kan dia boleh tubuh Think Tank, panggil ahli2 Jemaah Professor yang Tun M dah bubar tuh. Mintak depa kasi pendapat. Apa? Termasuk professor kangkung UIA yang dakwa Tun dah tua sangat untuk memimpin? Professor kangkung tuh dah masuk longkang, pedulikan. Cari yang lain2.

    Kalo itu pun Wak Jahid tak boleh pikior, apekedarahnye ahli2 Umno nak pilih dia sebagai Presiden? Mampuih le Umno kalo depa dapat Jahid sebagai Presiden. Lantak le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin mereka di Umno sudah lihat begitu banyak masalah dalam parti hingga tiada sesiapa yang boleh memikirkan macam mana mahu mengatasi masalah itu.

      Delete
  9. Aku pikiaq Wak Jahid takkan berani pigi jumpa Tun Mahathir lagi. Sebodoh bodoh dia, dia mesti sedor sentimen rakyat tak menyebelahi dia crawling, kesut menghesut (mcm wong Jowo kuno), melutut, menyembah musuh yang dia pernah kata Mamak.

    Dayus bebenor le kalo dia buat gitu lagi.

    Tapi aku tak pasti. Sebab dia desperate kalo, nak menang lawan Ku Li. Dia tahu Tun Mahathir dapat kalahkan Ku Li dalam tempuran sengit hingga Tun menang ha nya dengan lebihan 43 undi di PAU lama dulu.

    Kot Wak Jahid nak tanya gulungan mana antara ahli2 Umno yang nak di sasar, apa jenis gula2 yang nak di sua, dsb nya.

    Kalo dia jumpa Tun M lagi, reaksi Tun mungkin bergantung kpd nilaian nya bagaimana kuat pengaruh Ku Li sebagai Presiden Umno (jika menang pemilihan) bila menentang PPBM dan gomen PH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ku Li nmpak dah tarak umphhh. Tak tau ler Umno banyak duit lagi ke tak. Atau Ku Li banyak duit ke tak, boleh ke keluor duit sendiri.

      Sekurang kurang nya duit untuk Bahagian dan Cawangan Umno (yang ada beribu) nak bayor sewa opis, teh tari dan kuih muih bila mesyuarat. Kedai Mamak di bawah atau di sabelah dah tak kasi kredit lagi kot.

      Duit RM114 juta yang Polis rampas dari rumah Najib/ anak nya tuh tak usah harap dapat lagi ler.

      Kot Tun M biorkan Umno merana, mati segan hidup tak mau, biorkan Ku Li menang jadi Presiden, kalo dia tak banyak duit lagi. Wak Jahid ada RM160 juta dulu, kot berganda bila bersubahat dengan Najib sebat duit 1MDB dll.

      Delete
    2. Betullh kalo gitu bro isa3..2 komponen seteru politik..apa barang nak ngadap lg..nasihat..kalo kita cakap dia dah meyasau..x terima..apa2 pun mungkin nak ucap Slamat Hari Raya serta mohon ampun dan maaf kot..

      Delete
  10. ... umno sekarang dah 'no um'. Mantan² `Yang.Bersara' selamat bersara. Tumpukan kebahagian muka.

    ReplyDelete
  11. ... umno sekarang dah 'no um'. Mantan² `Yang.Bersara' selamat bersara. Tumpukan kebahagian muka.

    ReplyDelete
  12. Akar umbi umno yg meminta ku li bertanding kerana Zahid tidak berwibawa dan mewarisi sifat cah is king...

    Ahli2 umno mahukan orang lama memimpin umno kerana yg lebih muda telah ada rekod kurang bersih dan tiada visi untuk umno dan malaysia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno susah nak jadi parti yg berendah diri.
      DNA angkuh, sombong dan bongkak sudah sinonim dengan mereka.

      Ini boleh dilihat dalam kenyataan2, ucapan2 dan aksi gelagat mereka.
      Itu sebab umno dikatakan parti "keramat"........tapi akhirnya tamat setelah 60 tahun memerintah.

      Delete
    2. Jika begitu bro kkb..karamkanlh senang..kalas..kaput..
      Masih nak guna kkb ke..munkin sipolan tu aa..iye tah dmana..

      Delete
  13. Orang2 Umno dan penyokong2 depa jarang sekali masuk blog ini.

    Depa tau ini blog pro-PH. Tapi yang terasa nak masuk bikin counter-comment atau nafikan ruduhan2 di sini pun dah tarak fakta dan hujah2 yang boleh di guna.

    Nak pertahan Najib pasai 1MDB pun dah tak boleh. Tun Mahathir dah kata kpd WSJ akhbar US kita dah ada bukti cukup untuk dakwa Najib di mahkamah. Peguam Negara Thomas pun dah kata begitu.

    Nak kata Ku Li ke Wak Jahid ke yang baguih, dah tarak selera, kot sebab semua depa dah tak baguih.

    Sapa cakap Ku Li baguih? Apa alasan2 nya? Kalo baguih, awat tak menang lawan Chedet dulu? Walau pun masa itu ramai ahli2 Umno pikiaq Tun M dah lama sangat jadi Presiden/PM.

    ReplyDelete
  14. Maaf, saya mesti mengatakan bahawa tiada pemimpin yang bersaing untuk jawatan Presiden boleh menyelamatkan UMNO. Zahid dengan 'saya berjumpa tuk Arab yang memberi sumbangan sebanyak 2.6 bilion ringgit', sementara Ku Li juga cuma berdiam diri sambil menonton kerajaan dirompak oleh Najib didepan mata kita sendiri. Tindakan diam Ku Li sangat mengecewakan rakyat.

    Sekiranya ahli-ahli Umno sanggup menendang Najib daripada UMNO dan mengutuk Najib dengan 1mdbnya dan mengutamakan orang ramai, Umno tidak mempunyai peluang untuk mendapat kepercayaan orang ramai. Tidak sekarang atau pada masa akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keangkuhan umno menolak tepi suara2 rakyat telah mengakibatkan umno hilang kepercayaan rakyat.

      Hakikatnya rakyat takkan bagi mandat kepada parti yg sombong tak mendengar suara rakyat.

      Delete
    2. Ya bro..apa barang pemilihan..tendang je umno dr percaturan politik tanah air ini..kalas!
      Bang Shah kempen jatuhkan zahid khas nya umno amnya..betul x bang..
      Tanam je tanpa nisan dkuburan parti kalut tu..tulisan lebih tajam dr pisau tu bang Shah..kelar2..ricih2..potong2..kapak2..exit..

      Delete
  15. Tengku Razaleigh punya cara bercakap pun sudah tidak berbunyi tegas, mencabar dan menginspirasi. Mungkin kerana saya lihat video dia bercakap di bulan puasa.

    Di Hari Raya dia bahru membuat keputusan menceburkan diri dalam politik Umno, bertanding dengan Ahmad Zahid. Namun demikian, tidak nampak cergas nya bercakap, memikir, memberi jawapan kapada soalan soalan yang di kemukakan kapada nya.

    Ini ada lah pandangan saya. Tengku Razaleigh mungkin menang dan menjadi Presiden Umno. Tapi tidak setanding dengan Tun Dr Mahathir yang 12 tahun lebih tua dari nya. Dari segi bercakap, clarity of ideas and purpose, dan semangat. Walau pun Tun bercakap dengan suara dan nada sederhana sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid Hamidi kurang bijak berbanding Ku Li.
      Kita boleh perhatikan dari ucapan2 dan kenyataan2 ygdibuat oleh Zahid........banyak yg kurang bijak dan dibuat semberono.

      Paling utama.......dia ngaku dah jumpa dengan penderma Tok Arab dan jugak penghinaannya Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty.

      Dan kita jugak tak lupa pada sumpah wala' yg dibuat Zahid Hamidi menyokong Najib tanpa berbelah bagi.

      5 Ogos 2017.
      Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berikrar akan terus setia kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ia akan diterjemahkan dengan kerja keras membantu presiden Umno itu.

      Katanya, taat setia yang dilafazkan itu bagi menangkis dakwaan yang dilemparkan ke atasnya iaitu mahu menggulingkan Najib.

      “Wallahi, wabillahi, watallahi selagi saya diberi kepercayaan saya akan membantu yang amat berhormat presiden parti yang juga perdana menteri Malaysia.

      "Saya akan terjemahkan kewalakan, ketaatsetiaan dan kerja keras untuk Datuk Seri Najib Abdul Razak, Insha Allah,”katanya dalam ucapan yang disiar secara langsung menerusi Facebook.

      Zahid berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Alor Setar di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzham Shah, Kolej Insaniah Alor Setar Kedah hari ini.

      Kata Zahid, rakan dalam Umno termasuk mereka yang telah meninggalkan parti Melayu itu tahu mengenai rekod baiknya mempertahankan Najib.

      ===============================

      Errrr......ada nampak kelibat Wak Jahid di majlis rumah terbuka Raya bekas PM di Pekan baru2 ni....???

      Dan kebanyakan kenyataan2 atau komen2 yg dibuat oleh Najib atas satu2 perkara pon tak disahut atau tak disokong oleh mereka2 yg dulunya setia dan wala' kepadanya.

      Majoriti rakyat menolak Najib dalam PRU14...........jadi sekarang masih adakah orang UMNO yg sanggup memperjudikan nasib UMNO hanya kerana wala' mempertahankan bekas presidennya....??

      Delete
  16. Malaysian domain outage

    Websites in the country bearing the .my domain were hit by an outage.

    MYNIC Bhd, an agency under the Communications and Multimedia Ministry (KKMM), confirmed a 'broken chain of trust' between the servers in MYNIC and Internet Assigned Numbers Authority (IANA) caused the outage.

    Ada sesiapa tahu apa makna "a broken chain of trust" tuh?

    Najib menyebabkan nya ke?

    ReplyDelete
  17. M'kini sebut

    Former Malacca chief minister Idris Haron distanced himself from the chief minister's residence, which the new Pakatan Harapan government had described as an example of the previous government's excesses, stating that it was built before his time.

    Kalo gitu rumah Gabenor mesti mcm Istana Kayangan? Sedap lah Khalil Yaacob bekas MB Pahang diam di situ di zaman Najib.

    Dah resign ke dia? Protokol lantikan/ pemergian Gabenor - depa resign ke? Atau ha nya pack their bags and leave quietly?

    ReplyDelete
  18. Budak Azam dah nampak marah
    Cai AmeNo tak mahu menyerah
    Marah nanti dijual murah
    Dua darham di pasar Basrah!

    Sebut'barua' memang dia suka
    Sebab AmeNo punya budaya
    Sombong,khianat,terlalu leka
    Kini dah masuk lubang buaya!

    Hidung tinggi namanya sombong
    Banyak masyuk perutnya kembong
    Makan western tak makan rebung
    Akhirnya AmeNo tinggal kepompong!

    Cai perit hati dah sakit
    Tak boleh tegur walau sedikit
    Masa berkuasa,sombong membukit
    Kapal mewah dah tinggal rakit!

    ReplyDelete
  19. Saya kurang faham mengapa laporan "Umno bidas Dr M anjur rumah terbuka besar-besaran, tak hormat Agong" itu tidak di benarkan di terbitkan sepenuh nya.

    Bila di google tajuk berita itu, keluar kata kata "403 Forbidden".

    Ha nya terdapat ringkasan berita itu -

    "Unit Komunikasi Strategik Umno berkata, Agong tidak mengadakan rumah terbuka di Istana Negara mungkin kerana 'jauh hati' dengan tindakan... (Datuk A Kadir Jasin mengungkit perbelanjaan istana negara)"

    Bukan kah Menteri Gobind Singh Deo telah umumkan pembuangan Anti Fake News Law dan kebebasan bercakao di negara ini?

    Apa kah penerbitan berita itu sepenuh nya melanggar Akta Hasutan? Tetapi berita itu di benarkan terbitan nya dengan sepenuh nya di dalam bahasa Inggeris bila di google kepala tajuk berita itu di Google News.

    Apa kah berita dalam bahasa Inggeris kurang jaringan censorship? Apa kah motif nya tidak mahu pembaca di luar bandar (yang biasa nya fasih ha nya dalam Bahasa Melayu) membaca berita serupa itu?

    ReplyDelete
  20. Apa dia itu "Unit Komunikasi Strategik Umno" yang mengata "Agong tidak mengadakan rumah terbuka di Istana Negara mungkin kerana 'jauh hati' .."?

    Apa yang strategik dan siapa dia mereka itu? Masih lagi A Rahman Dahalan yang dulu gunakan jawatan Pengarah Kumukikasi Strategik Umno/BN? Sekarang tidak lagi?

    Apa kah unit itu di ada kah sekarang ketuai seorang yang tidak bijak? Sudah tidak ada lagi rotan, akar pun jadi .. mengeluarkan komen yang mengarut. Berdasarkan perkataan "mungkin .." sahaja. Tidak bertanya setaf Istana Negara pun.

    Apa kah "Unit" itu mahu menggeselkan YDP Agong dan Perdana Menteri yang mengadakan Rumah Terbuka di Hari Raya? Apa jenis "Unit Komunikasi Strategik Umno" yang bertindak saperti itu?

    Mengarut. Tidak bertanggung jawab.

    ReplyDelete
  21. Zahid dn Ku Li..2-2 mmg xlayak lsg utk jd leader UMNO coz 2-2 sdh trbukti memusnahkan UMNO..!!!. UMNO xprlu berkubur krn mereka2 ni. Ramai lg yg bagus dn tiada kerajaan mna2 dlm dunia ni bolh claim mereka yg trbaik tp yg pasti yg bebal dn sombong serta rakus akan musnah..sndri mau igt..!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...