Saturday 19 May 2018

DUA PERTUDUHAN BAKAL MENANTI, SELASA INI AKAN MENJADI SELASA YANG MALANG BUAT NAJIB


Walaupun kita sedia maklum bahawa siasatan pihak polis terhadap Najib Razak adalah berkaitan skandal 1MDB, tetapi penemuan sejumlah wang tunai yang agak banyak, barang kemas dan ratusan beg tangan mewah, tentu saja mengejutkan umat Islam yang baru tiga hari menjalani ibadah puasa.


Kekalahan BN dan hilangnya jawatan Perdana Menteri akhirnya memungkinkan semua ini menjadi tatapan kita semua. Jika tidak, hari ini kita akan terus disajikan dengan keangkuhan, keegoaan, kepura-puraan dan gaya ucapan Najib yang memual serta menjengkelkan, terutama dalam menyindir dan mempersenda Tun Mahathir Mohamad.


Di sebuah kondo mewah di ibu negara, sejumlah 72 beg yang mengandungi sejumlah wang tunai dan barangan berharga telah diangkut oleh polis malam semalam.


Itu baru penemuan di sebuah kondo dan menurut apa yang disebut oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Amar Singh Ishar Singh, keseluruhan tempat yang disasarkan untuk pemeriksaan adalah enam kediaman.


Sebuah peti besi lama yang kononnya sudah hilang kuncinya dan tidak pernah diusik sejak 20 tahun lalu, sudah pun berjaya dibuka melalui kepakaran tukang kunci dan di dalamnya ditemui lagi sejumlah wang serta beberapa dokumen peribadi.


Difahamkan, di Seri Perdana yang pernah didiami Najib dan Rosmah ketika menjadi Perdana Menteri, terdapat 8 peti besi ditemui serta belum diketahui apa isinya.


Menurut sebuah akhbar berbahasa Cina, penemuan di kondo di ibukota malam semalam itu saja adalah melibatkan wang tunai lebih RM100 juta serta emas seberat 100 kilogram. 


Bagaimanapun dakwaan itu enggan disahkan lagi oleh pihak polis dengan menyifatkannya sebagai pramatang dan terlalu awal untuk berbuat demikian.


Jika setelah selesai semua serbuan dan penggeledahan ke atas keenam-enam premis sebagaimana yang disebut polis sebelum ini, berapakah agaknya jumlah wang tunai, barang kemas dan beg tangan mewah yang akan ditemui?


Dalam hal ini, barangkali ada benarnya seperti yang diungkapkan oleh Anwar Ibrahim, nilai rampasan  harta yang dikaitkan dengan Najib mungkin mengatasi aset Marcos, bekas diktator Filipina yang digulingkan pada 1986 dahulu.


Sementara penyiasatan berkaitan semua yang ditemui itu mahu disahkan kaitannya dengan skandal 1MDB, penemuan wang tunai yang banyak itu tentu saja bakal "menjerut leher"  Najib di bawah kesalahan akta penggubahan wang haram.


Untuk apa beliau menyimpan sejumlah tunai yang banyak di kediamannya?


Daripada mana dan untuk apakah wang tersebut dikumpulkan?


Bolehkah Najib menjelaskan daripada mana beliau memperolehi semua wang tersebut?


Dengan itu, untuk waktu yang singkat ini, Najib sebenarnya sudah pun boleh didakwa di bawah kesalahan akta penggubahan wang haram.


Serentak dengan itu, hari Selasa ini juga Najib telah diarahkan untuk hadir ke pejabat SPRM untuk diambil keterangannya berhubung siasatan terhadap SRC International, anak syarikat 1MDB.


Hari Selasa yang sepatutnya Najib mengambil tindakan saman terhadap WSJ nampaknya akan bertukar menjadi Selasa yang malang buatnya.


Dalam kes SRC International, Najib mengakui ada menerima wang RM42 juta selepas syarikat itu memperolehi pinjaman RM4 bilion daripada KWAP, tetapi mengatakan beliau tidak mengetahui ia berpunca daripada SRC kerana menyangka semua wang yang diiterimanya melalui akaun peribadi Ambank adalah datangnya daripada derma kerabat Diraja Arab Saudi.


Tidak mustahil, selepas keterangannya diambil Selasa ini, Najib akan terus ditahan reman selama beberapa hari sebagaimana hal yang sama pernah berlaku kepada Isa Samad dan Shafie Apdal sebelum ini.


Maka itu, untuk waktu terdekat ini, Najib paling mungkin akan berdepan dua pertuduhan iaitu berkaitan penggubahan wang haram dan penglibatan dalam rasuah.


Selepas itu, jika penyiasatan berhubung skandal 1MDB menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dan diselaraskan dengan bukti serta tindakan yang telah diambil di Singapura dan Switzerland terutamanya, lebih banyak pertuduhan lagi pasti akan menyusul terhadap Najib. (ShahbudinHusin 19/05/2018)

61 comments:


  1. TUN MAIN LANGGAR SAJA.......dia buat dahhh.....

    Tun telah melanggar perjanjian atau persepakatan Pakatan Harapan sebanyak dua kali:

    Pertama:

    Beliau melantik tiga menteri tanpa perbincangan dengan empat orang pemimpin utama Harapan. Ramai pemimpin PKR naik marah, ramai yang protes terutamanya Rafizi yang bijak. Bagus dan terima kasih..........Beliau kemudiannya berjumpa DS Anwar DAN BERBINCANG.......selesai masalah...

    Kedua:

    Beliau melantik dirinya sebagai MENTERI PELAJARAN. Katanya nak jadi PM untuk dua atau tiga tahun saja, mengapa pula nak jadi Menteri Pelajaran pulak...pelik kan? PM mana boleh pegang lain-lain jawatan.......dah janji dah.......tak aci la macam ni.....

    Ramai marah dan protes.....bagus........ Kemudiannya beliau menarik balik keputusan tersebut. Dr Maszlee kemudiannya dilantik....

    Ramai yang melompat dengan dua keputusan tersebut. Tun dah mula menjadi diktator, tak hiraukan persepakatan......apa dah jadi dengan Tun.......orang tua ni buat dah......

    NASIB BAIK RAMAI YANG BISING-BISING TERUTAMANYA PEMIMPIN PKR....BAGUS BAGUS DAN BAGUS PEMIMPIN PKR NI, MEREKA TAHU SALAH LAKU TELAH DILAKUKAN OLEH TUN. TAK BOLEH MAIN LANGGAR-LANGGAR SAJA..........


    BAGUSSSSSSS.............ALHAMDULILLAH.........


    Hey SHAYANG KU lagi anda marah "EMANG LAGI SYANTIK..TIK..TIK.." ......"LAGI SYANTIKKKKK"


    TERIMA KASIHHHHHHHH ya.........


    KAH KAH KAHHHH.......APA maksud TERSIRAT.........APA MESEJ beliau....

    Faham betul-betul mengapa Tun bertindak demikian.....

    Sekiranya nanti beliau melepaskan kuasa, maka penggantinya tahu apa yang boleh dan tak boleh di buat DAN pemimpin PKR juga tahu apa perlu mereka buat sekiranya ia berlaku iaitu:

    Pertama:

    Perdana Menteri tidak boleh membuat keputusan tanpa persetujuan Majlis Presiden.

    Kedua:

    Perdana Menteri tidak boleh pegang lain-lain jawatan.

    dan sekiranya penggantinya menyalahgunakan kuasa maka apa yang perlu PEMIMPIN-PEMIMPIN INI LAKUKAN?????????

    .....marah dan protes protes protes............jangan lupa jerit "REFORMASIIIIIIIIII........" kuat-kuat....

    Jadi, dah tahu apa kena buat kannnn......

    Ramai dah kena main nampaknya, DS Anwar juga terkena........kesiannnnnnn!!!!!!!

    DIBAWAH PEMERINTAHAN TUN......JANGAN CEPAT MELATAH......

    --------------------------------


    Maaf,

    iNGAT LAGI SAMA mBAH dUKUN?????....masakan udah lupaaa........

    Mbah mau tanya nii.......DUTA kamu udah dipanggil pulang ya.......

    Rosmah dengarnya dulu suka pakei tas tangan BIRKIN, sekarang dengarnya cuma pakei BIrKINI....

    Kita dangdut dulu ya......jangan pusing pusing....kita puter aja.......

    GOYANG DUA JARI - Sandrina

    ........three..four....

    ayo kita happy happy
    kita goyang dua jari
    kanan kiri kanan kiri
    puter puter jari

    ayo kita goyang dua jari
    biar kita happy
    goyang sampai pagi

    ayo kita goyang dua jari
    biar kita happy
    goyang sampai pagi......


    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu ni penting ke berbanding duit yg ditemui kat rumah najib?

      Delete

    2. DS Anwar sepatutnya mendapat pengampunan dan bebas pada hari Selasa tetapi ditangguh pada hari Rabu.......

      Ini petikan dari Malaysiakini:

      Lembaga Pengampunan akan bermesyuarat mengenai pembebasan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu ini berbeza dengan laporan media sebelum ini yang mengatakan mesyuarat itu berlangsung esok.

      Ini petikan dari FMT:

      Beliau berkata, mesyuarat itu yang pada awalnya ditetapkan pada Selasa ditangguhkan ke 11 pagi Rabu ini atas permintaan Pejabat Perdana Menteri.

      Kenapa ya.......

      Faham tak apa sebabnya.....fikir-fikirkanlah.....

      Delete
    3. lambat lah ko ni batu api. anwar ngan tun elok saja. pakatan harapan berselisih faham biasalah..bukan mcm BN ,umno yg dictate semua. ini barulah demokrasi sihat. jgn lebih kuah Dari sudu la.

      Delete
    4. Rafizi bukan bijak tapi terlampau amat bijak

      Delete

    5. Kekalahan BN dan hilangnya jawatan Perdana Menteri akhirnya memungkinkan semua ini menjadi tatapan kita semua. Jika tidak, hari ini kita akan terus disajikan dengan keangkuhan, keegoaan, kepura-puraan dan gaya ucapan Najib yang memual serta menjengkelkan, terutama dalam menyindir dan mempersenda Tun Mahathir Mohamad.

      Delete
    6. Awat panjang sanagt komen hang, fauziasmara? Nanti jadi macam Geng Najib komen panjang panjang dah takda orang baca dia, ha nya scroll over saja.

      Komen kamu perlu di counter-comment. Akan aku buat berikut ini.

      Delete
    7. Korang tak boleh melenting saja nak marah Tun, mengata dia tak runding dengan Presidential Council dengan tak beri fakta atau selidek dulu, fikirkan apa sebab, umpama nya, Tun mahu pegang jawatan Menteri Pelajaran itu.

      Anwar dan Lim Kit Siang dah kata tarak masalah jika Tun nak buat begitu. Pahal pun, Tun ambil kira teguran di manifesto PH dan dia tak jadi buat begitu.

      Pasal jawatan 3 Menteri itu, kamu tahu apa yang di bincang depa di mesyuarat sebalom Tun umumkan lantikan 3 Menteri itu? Bukan kah depa bincang lantikan Menteri?

      Tun ada kata bahawa Mat Sabu yang parti nya paling kecil jumlah kerusi Parlimen pun mahukan sama jumlah jawatan menteri. Kalau di bincang, tak akan habis habis,

      Di nana mana pun, PM ada kata pemutus. Bila dah dengar pendapat semua pihak di Mesyuarat itu, dia buat keputusan lah. Mengarut lah sesiapa mahukan dia jadi posman saja.

      Delete
    8. i don't trust the brader nuar. he is good at main wayang and no one better than him.

      hypocrite and definitely a self adulation guy. he behaves that the pm post is his and him alone. this is a polluted thought that he has been keeping in him all the while. he beliefs that he is a godsend to take up the pm post.

      God save us all.

      Delete
    9. Dengan dakwaan dan bukti yg diperolehi nanti........rakyat akan bukak mata dengan lebih luas kepada kerosakan dan kemusnahan yg dibawa oleh BN

      Dulu2........awal2 lagi Tun M dan rakyat Msia dah bagi "signal" pada UMNO dan BN tentang kerosakan, penyelewengan yg dah mula nampak.

      Tun M bagi pendapat supaya PM dulu diturunkan.........tapi keselurohan orang BN menyanggah, membantah..............malah mereka dengan SOMBONG dan BONGKAK menegakkan benang basah.

      SIGNAL yg dibagi Tun M dan rakyat Msia tidak diendahkan dan diperdulikan.............lebih terok lagi dia orang tambah dengan macam2 tohmah dan penghinaan kepada Tun M.

      Akhirnya sekarang..........dari kepalanya hinggalah ke ekor2 mereka jatoh terrrgolekkk bersama-sama di depan mata rakyat.

      Kita masih ingat dan tak mungkin lupa dengan penghinaan "MAHATHIR ANAK LELAKI ISKANDAR KUTTY" yg konon guna platform Melayu.
      Anak dibinkan kepada datok.......mana letak akal yeoooppp...???

      Sekarang........dimana kedudukan orang yg menghina Tun M tu dulu......???
      Kan ke dah ditolak oleh majoriti rakyat Msia...???

      Tak ketinggalan segelintir rakyat Msia yg jadi mangsa ditangkap dan didakwa kerana berani bukak mulot mempersoalkan money laundering 1MDB dalam FB, You Tube, Instagram dll.

      Ada jugaaaakkk yg jadi mangsa tangkapan sebab jatohkan belon kuning........berani bagi kritikan pedaaassss......lukis kartun dan berbagai-bagai cara aniaya yg dikenakan atas rakyat.

      Tak cukop itu......blog2 pon banyak diblock.......media2 dikekang.
      Ketika itu Msia umpama German yg duduk di bawah DIKTATOR HITLER.

      Mentang2 kuasa ditangan........segala macam akta dan undang2 diguna untuk kekang rakyat supaya takot dan tunduk kepada kerajaan yg lepas..........sehingga menimbulkan KEBENCIAN dan menjadi meluat di mata rakyat marhaen.

      Kuasa bukan diguna untuk mencari KEBENARAN...........tapi diguna untuk melindungi KEROSAKAN......PENYELEWENGAN dan PECAH AMANAH yg berlaku.

      Ini macam rakyat nak percaya...??

      SIGNAL sudah dibagi kepada mereka...........tapi mereka reka DUNIA FANTASI mereka sendiri yg mereka akan menang PRU14 dengan bergaya.

      Daaahhh jatoh baru terngadah......udaaahhh terrrlaambat yeoooppp.......buatlah kaji selidik apa pon rakyat udah tak caya lagi dah.

      TO ALL PAKATANS.......dari yg di bawah hinggalah yg di atas..........perlu diambik IKTIBAR akan sikap SOMBONG dan BONGKAK kerajaan yg dulu.

      Jangan TANAMKAN KEBENCIAN dalam hati rakyat Msia.........kerana ia hanya akan merebak jadi BARAH dan akan menerbitkan TSUNAMI RAKYAT.

      ALL PAKATANS.............tolong jalankan tanggungjawab dengan RENDAH DIRI dan RENDAH HATI TANPA SOMBONG dan BONGKAK kepada BOSS anda yakni RAKYAT MSIA.

      Tak sia2 yeoooppp........Allah menjanjikan KEJAYAAN kepada orang yg adil dan berendah diri.

      JAGA langkah para ISTERI anda.......jangan umpama suami baru jadi sarjan tapi isteri dah naik tocang jadi Jenderal..........ambik iktibar yeoooppp.....lelaki boleh jatoh kerana PEREMPUAN.
      Ini SATU IKTIBAR....!!

      5 tahun bukan masa yg panjang yeeeooppp........rakyat akan mengadili kamu...!!

      Delete
    10. Pandailah kau dad buat andaian!! Tak yah la nak tunjuk terrer kononnya kau tau sgt psal nuar! U know nothing bro!!!

      Delete
    11. Fahami betol2 apa yg dikatakan fauzi asmara tu..

      Baca sampai habis..

      Baca separuh dah nak melenting..
      Rilek brader..

      Baru nampak check and balance..

      Kepada DAD 1613..ada benarnya..setuju dgn komen anda..tp SABAR..kita perhatikan dulu..byk lg masa..tempoh 5 tahun bkn jangka masa yg pendek..

      Beri peluang..

      Delete
    12. This comment has been removed by the author.

      Delete
    13. Fauziasmara, kau mmg betul,
      Memang betul kepala banar kau,
      Mcm sial batu api,
      Bantu lah tun mahathir dulu, kan baru beberapa hari tun jadi pm, ingat senang nak settle tahi tahi najib, tahi tahi menteri banggang yg beterabor sekian lama 9tahun total, hari hari najib mencuri, kau ingat tun ada Harry Potter punya holly wood kayu sakti tu, sebut aje siap settle,
      Kepala banar kau batu api,mcm cerita p ramlee,
      Ini kepala bapak kau, ini kepala bapak aku, kepala bapak banar kau mana, udah,
      Jgn batu api lagi,

      Delete
    14. This comment has been removed by the author.

      Delete
    15. Yo la Budin2 takdo layi ko coghito yg molek2 .... Yg sudah tu sudah lah. Ko jo sorang mcm malaikat.

      Delete
    16. Kerjaan Pakatan baru saja bermula.......tolonnggg sumer bagi ruangan kepada mereka dulu.

      Bila udaaaahhh cukop ruang dibagi baru kita buat analisa dan kajian yeooopppp.....

      Sabor yeop sabor....!!

      Delete
    17. Yo Betul tu yengge porrngge,
      Ini baru terbukak akai semua org umno bn, kato org Penang...baru ada akai, bapak penyamun laki bini dgn menteri penyamun tunggu masa aje masuk jail...

      Delete
    18. ipman...ko ada kat mana pada tahun 1974? ko ingat apa nuar buat kat jalan pantai baharu waktu? atau ko masih hisap puting lagi???

      Delete
    19. Setuju dan sokong sesangat pendapat dad di 6:13.

      Nuar nampak asyik tak sabau, tak mahu tunggu giliran.

      Ingatkan dah banyak tahun dalam penjara dia dah reti sabau. Tapi nampak macam tak.

      Kena awaskan dia dan kutuk dia tiap kali kita nampak macam dia tak sabau, nak tunjuk pandai, bukan nak buat cadangan ikhlas untuk PH.

      Delete
    20. Bro Dad.....teman paham dengan rasa kamu tu yeopppp........cuma teman nak cakap.........kalo deme masih buat benda yg sama macam dulu.........maka hasil yg sama jugaaaklah yg akan diterima.

      If they keep doing the same thing.......they will keep getting the same result.

      So they better CHANGE for good.

      Delete
    21. Dad! Aku ada kat skolah nape? Kalau ko nak korek benda lama2 cam tu, sampai bila ko nak maju kedepan! Ingat kalau Anwar dok korek citer Tun dulu2 ko rasa ada x pakatan yg ada skang? Boleh x azizah tu duduk semeja ngan Tun klu dorg dok nak korek dan ingat citer dulu2? Krajaan skang ni masih lagi rapuh. Umno dah x payah upah org utk cucuk lgi sbb adanya moron cam kau ni yg tlg buat kejer utk dorg ni. Ko expect nak dapat apa sbenarnya bgi pandangan negative pasal anwar atas sesuatu yg ko based kan kejadian thun 1974? Nak dpt medal? Org kat atas sana tungkus lumus nak yakinkan bahawa mereka telah pilihan yg betul, here u r bawak citer yg langsung x bawak apa apa menafaat pun pada PH!

      Delete
    22. Aku yakin tun tidak dipanjangkan umurnya oleh Allah dengan sia sia..

      Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

      Al-Baqarah 2:(164)

      Delete
  2. najib..you area checkmate!!!

    ReplyDelete
  3. hari selasa ni najib boleh tunjukkan bukti derma dari pak arab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro dulu teman ingat Selasa udah hilang dari kalendar....ropenye Selasa masih wujud yeoooppp......

      Delete
    2. dia da booking hari selasa la bro phantom sebab tu nak kena soal dia pun kena hari selasa..hari lain takde ar.hehehe..

      Delete
  4. Replies
    1. hanya kerana tamak-haloba kepada material dan kuasa.

      Delete
    2. Bukan zero.

      Minus zero.

      Di Penjara Sg Buluh.

      Delete
  5. xsabar rasa nya nak menikmati minyak yang murah dari jajni kerajaan baru,hihi

    ReplyDelete
  6. Udah udah la fauziasmara terima la hakikat yg BN dh tak memerintah.....kau jadi saudagar mimpi je lah...

    ReplyDelete
  7. Hoi bahalol kes pembebasan Anwar tertangguh ke hari rabu berkait dgn hal Peguam Negara yg disuruh cuti berihat dan perlu diganti oleh Peguamcara. Bahalol ni cuba nak spin dan tunjuk seolah olah Tun yg sengaja melengahkan. Taik anjing punya orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn pendapat di atas ini.

      Delete
    2. Fauziasmara Besar punya laknatullah hil haram punya manusia........!!

      Delete
    3. Tindakan dari Pejabat Perdana Menteri tidak boleh dibuat oleh PM sorang ajerrrr yeooppp.........ia akan diputuskan oleh sumer panel2 Pakatan jugaaakkk.......jadi tak perlu nak melatah soal ni.

      Kalo tak silap teman ada terbaca yg mesyuarat 3 menteri kabinet yg dilantik dulu......mula2 pihak PKR datang tapi mereka balik sebelom meeting bermula dan kemudian meeting diteruskan saja.

      Delete
  8. Mak Badak komplen: trial by media, sememeh nama keluarga dia, kata dia.

    Kalau dia dah membadak tak pedulikan sesiapa, siapa nak peduli dia komplen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sendiri buat sendiri tanggung.
      Tu pasal sebelom buat tu pikir dulu masak2.

      Delete
  9. Kalau orang yang bagi komen hendakkan itu ini secepat yang mungkin memang dia ni adalah macai atau walaun tegar yang tidak boleh menerima kekalahan. Kalau penyokong PH dia mesti faham segalanya perlukan masa. Tapi jika sudah 100 hari satu pun tidak dilaksanakan kerajaan PH itu memang patut didesak. Sepatutnya penyokong PH yang perlu mendesak kerana mereka ini yang mengundi ph sebab hendakkan manifesto ph yg memberi manfaat kepada mereka sendiri. Bagi yg mengundi BN dan pas tidak layak untuk mendesak atau memberi komen terutama celaka yg mendokong dan menyokong najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JARUM pasti berjalan yeoooppp.....

      Banyak penyamaran dibuat untuk jalankan JARUM.

      Delete
    2. Maklom lah - nak tajamkan jarum

      Delete
  10. Najib pernah kata ...saya bukan penyangak.... Rupanye perompak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencuri, pelanun, jugak, bro.

      Pencuri tuh buat dengan senyap2, senjata nya - 1MDB.

      Rompak tuh senjata nya: Pandi yang kata no wrong doing, SPRM, PDRM yang diamkan.

      Lanun tu merompak di laut. Lupa aku di lautan mana dia rompak kita - lautan sekeliling Malaysia gamak nya.

      Delete
    2. Ko ni posa2 pun mulut pot pet pot pet pot pet!! Lanunlah! Rompaklah! Itulah...inilah. semua x betul..ko sorang jer betul!! Mat bawang tul la ko ni!

      Delete
    3. Ko Mat apa? Mat Kentot?

      Delete
  11. Dihari perbicaraan tentu ramai penyokong najib akan hadir...tapi berapa orang akan iringi najib ke sungai buluh inn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhirnya dia bertemu juga selasa yg dicarinya.

      Delete
    2. Fuuuhhh......ingat Selasa udaaah hilang dari kalendar yeooppp....

      Delete
  12. "Najib telah diarahkan untuk hadir ke pejabat SPRM."

    Anwar kata treat Najib with dignity. Jangan pulk dia kata "arahkan" Najib ke pejabat SPRM itu tak dignity.

    Dignity apa nya bila Najib sudah tak pegang jawatan, boleh di arah ke sana sini pasal siasatan jenayah dia.

    Itu pun SPRM sudah tunjuk respek sebagai bekas PM - depa hantar beberapa pegawai pergi ke rumah dia di hari sebelom "mengarah" itu.

    Anwar nak tunjuk pandai ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib telifon Anwar 2 kali pada malam 9 Mei 2018 yang lalu selepas Najib mengetahui BN kalah teruk dan meminta pandangan DS Anwar,,"cash is King"

      Delete
    2. Tiada dignity bagi orang yg gagal memegang amanah yg diberi.

      Delete
    3. Jadi, apa pulak Anwar nak Najib treated with dignity?

      Delete
    4. Yg ko sebuk tu pehal!! Itu lah sikap yg perlu ada sbg mukmin!! Ada belas kasihan walaupun teruk dia kene dulu!! Tambahan lagi bulan posa ni! Sekian tazkirah utk ari nie!!

      Delete
    5. Ip man, aku dah tanya ko Mat Kentot ke. Ko jawab mcm setuju. Bagus kita pengge ko Mat Kentot sekang.

      Pasal bulan poso tu, ada yang dah kata Nabi Muhammad pun lawan musuh di bulan poso, di Battle of Badr. Menang.

      Kalo ko cakap mcm musuh, takpe perangkan ko.

      Delete
    6. Itu musuh la ngok! Kau tau beza x antara musuh ngan jenayah biasa mat isa pussy!! Aku panggil pussy la ok! Mmg sesuai ngan ko! Dlm prang ngan musuh pun ada etika dia, nikan pula jenayah biasa yg blum didapati bersalah.. selamat berbuka ye mat isa pussy!!! Kikikiki

      Delete
    7. Ip man Mat Kentot, aku dah siap tugas aku sebelom buka poso.

      Ada masa sekang nak perangkan ko.

      Pahal ko bodo sangat, Mat? Bakpa cakap "jenayah biasa yg blum didapati bersalah".

      Musuh tu aku & ko, Mat. Aku bukan sebut Najib ke siapa. Mulut ko busuk mcm kentot .. dah nyata ko di dapati bersalah. Jadi musuh aku.

      Ko sekola mana dulu Mat Kentot? Teruk sangat ko, itu pun ko tak tahu.

      Delete
    8. Apa ko membebel ni pussy? Nak pusing pusing pulak! Aku dok citer psal najib mangkuk. Yg ko ni pehal pulak nak personal ngan aku ko nak apa puki???

      Delete
  13. Sebagai bekas perdana menteri, sy begitu sedih dgn bahan bukti yg diperolehi dari simpananny... Mmg betulah, klu bertuankn org tamak Dan ego, mmg inilah hasilny.. Semoga perkara yg berlaku, mmpu meletakkan Malaysia atas landasanny semula...

    ReplyDelete
  14. nampak nyer mereputlah dia turun naik mahkamah

    ReplyDelete
  15. Kah..kah..kah..mampus ko najib!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...