Thursday, 6 September 2018

PAS MASUK BN ATAU UMNO SERTAI GAGASAN SEJAHTERA?


Sebelum ini Pas ada mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu sedang mempertimbangkan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang akan diadakan hujung bulan ini.


Menurut kata Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, pihaknya sedia menghadiri PAU 2018 sekiranya menerima jemputan daripada UMNO.

Hari ini, UMNO pula, walaupun belum mendapat undangan rasmi daripada Pas, secara terbuka mengatakan akan hadir muktamar parti itu yang akan diadakan di Kuala Terengganu, hujung minggu depan.


Yang pastinya kalau UMNO dijemput ke Muktamar Pas, kita akan hadir, kata Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob.


Serentak dengan itu, Ismail Sabri juga memaklumkan bahawa UMNO akan menjemput Pas secara rasmi untuk menghadiri perhimpunannya kali ini.

Bermakna, satu lagi perkembangan menarik tentang hubungan UMNO dan Pas sejak kedua-duanya menjadi pembangkang sekarang ini.


Cuma, persoalan seterusnya ialah apakah Pas akan masuk BN atau UMNO akan menyertai Gagasan Sejahtera? (ShahbudinHusin 06/09/2018)

79 comments:

  1. Bubar aje umno dan masuk pas. Tu pun kalau sanggup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH = LGBT = UEC = RASIS = ULTRA KIASU = LIBERAL = SEKULAR = PLURAL = NEPOTISME = BOROS KRONI = KELENTONG KRASI = TERORIST = SYIAH = anti melayu = anti islam = ANTI RAJA = EVANGELIST = SUBAHAT KUASA ASING = SLOW SLOW TIPU ( SST )= SELECTIVE PROSECUTION = BN = SIS = G25 = MUNAFIK = KEDEKUT RAKYAT = anti hudud

      Delete
    2. Sampai bila kerajaan PH nak kaji Auku tanya Adam Adli



      PETALING JAYA: Seorang aktivis pelajar tertanya sampai bila Pakatan Harapan mahu mengkaji Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) kerana perdebatan mengenai undang-undang itu berlarutan sejak 1970-an lagi.

      Adam Adli berkata tempoh masa 5 tahun untuk memansuhkan akta itu tidak wajar dan terlalu lama, dan berita melaporkan hasrat mengkaji atau memansuhkan akta itu bukan perkara baharu.

      “Buat apa kaji perkara yang sudah siap dikaji dan didebatkan selama ini seolah-olah kita tidak tahu apa hendak buat?” katanya.

      Adam mengingatkan Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah semasa menjadi timbalan menteri pengajian tinggi tidak memerlukan masa 1 tahun untuk meminda Auku.




      “Saya tak tahu apa pendirian Maszlee Malik sebelum jadi menteri pendidikan tetapi timbalannya, Teo Nie Ching antara ahli politik yang lantang dan faham masalah Auku selama ini,” katanya.

      Semalam menteri pendidikan mengumumkan pentadbiran Tun Dr Mahahir Mohamad sedang mengkaji kemungkinan memansuhkan Seksyen 15 dan 16 dalam Auku yang didakwa menghalang kebebasan berpolitik di kampus.

      Maszlee berkata pemansuhan akta itu, jika ia dilakukan, adalah langkah jangka pendek kerana dalam jangka masa panjang kerajaan mahu menggantikan undang-undang itu.

      Adam menggesa Maszlee berhubung dengan kumpulan pelajar dan Saifuddin yang “fasih dengan masalah Auku”.


      Sementara itu, Anis Syafiqah Yusof pula berkata para pelajar harus diberi kebebasan bersuara sepenuhnya dan bukan “sebahagian penuh”.

      “Kerajaan perlu lihat aktivis yang disenarai hitam di universiti, diganggu atau dihukum, mengikut Auku,” katanya.

      Anis juga berkata pelantikan Maszlee sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bercanggah dengan kebebasan dan autonomi akademi.

      “Sepatutnya ahli akademi lain yang layak memegang jawatan presiden bagi mengelakkan pertikaian. Pelantikan Maszlee akan menyebabkan semak dan imbang terjejas kerana pertindihan tugas,” katanya.


      : Sepatutnya aktivis mahasiswa kena kembali kepada PAS sebagai base untuk perjuangan mereka....

      Delete
    3. melayu ph bacul


      Melayu dulu berani, kini penakut
      RIDAUDDIN DAUD 6 SEPTEMBER 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore811
      Melayu dulu berani, kini penakut
      Hanif ketika menjawab soalan daripada pemberita selepas konvensyen selesai.
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      SHAH ALAM - “Melayu yang begitu berani dulunya kini dah jadi penakut.”demikian kenyataan ‘pedas’ daripada bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar yang beranggapan orang Melayu kini tidak berani mempertahankan hak mereka.

      Mengambil contoh siaran akhbar berbahasa Cina daripada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Hanif menegaskan tindakan berkenaan harus diprotes kerana ia merupakan satu kesalahan.


      “Bila Guan Eng buat kenyataan rasmi dalam bahasa Cina, saya kena protes sebab dalam undang-undang memang tak boleh. Tun (Tun Dr Mahathir Mohamad) tegur, kata ini satu kesilapan.

      “Tapi dia (Guan Eng) kata ini Malaysia Baru, mana boleh, saya kena protes. Tua-tua saya pun, saya kena protes sebab undang-undang yang kata begini.

      “Kalau nak guna bahasa lain, kami kena nyatakan keperluannya dan kepada siapa kenyataan itu ditujukan. Kalau nak beritahu orang Cina, mereka orang sini (Malaysia) dan bahasanya adalah Melayu,” tegasnya.

      Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai menjadi panelis dalam program Konvensyen Karamah Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, hari ini.

      Dalam perkembangan lain, Hanif mendedahkan tanah rizab Melayu kini hanya tinggal 12 peratus berbanding 50 peratus selepas negara merdeka.

      Menurutnya, beliau dan beberapa pemimpin akan berjumpa dengan kerajaan tidak lama lagi dalam usaha membincangkan langkah penyelesaian untuk isu tersebut.

      “Bila kita tahu itu hak kita, kita mesti pertahankan. Tiada siapa nak pertahankan selain kita. Kita asyik beralah, beralah, sanggup ke asyik beralah.

      “Itulah masalah orang Melayu sampai dia takut nak mengaku Melayu sebab dicop rasis tapi dalam perlembagaan siapa yang disebut?

      “(Yang disebut) Melayu, Bumiputera, Sabah, Sarawak. Orang Cina tiada, Orang India tiada, disebut sebagai lain-lain kaum,” ujarnya.

      Delete
    4. Gabung jela...

      Jadi Barisan Sejahtera (PAS UMNO) + (MIC MCA)

      bankami.blogspot.com

      Delete
    5. ph kurang bantu BUMIPUTRA


      Kuota Bumiputera bukan punca rumah tak terjual
      NUR FARHANA ABDUL MANAN 6 SEPTEMBER 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore53
      Rizam Ismail
      Rizam Ismail
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      SHAH ALAM - Dakwaan yang mengatakan kuota Bumiputera menjadi punca projek perumahan di negeri ini tidak dapat dijual dibidas Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail.

      Mengulas kenyataan Adun Sg Pelek, Ronnie Liu, Rizam berkata, beliau tidak terkejut apabila bekas Exco Kerajaan negeri itu meminta kuota Bumiputera bagi projek perumahan dikurangkan di negeri ini.


      "Persoalan utama berkenaan masalah