Saturday 9 December 2017

PAU 2017 DIAKHIRI DENGAN PESTA AMPU-MENGAMPU SESAMA SENDIRI


Ada sesiapa menonton ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 petang tadi?

Apa perasaan anda selepas menonton pemimpin-pemimpin kanan UMNO itu menyampaikan ucapan mereka?

Masih mahu melihat Najib Razak dan barisan kepimpinan UMNO yang ada sekarang menerajui negara atau anda tiba-tiba jadi meloya dan hilang selera kepada mereka?

Seorang bekas Ahli Parlimen di sebuah negeri selatan tanahair berkata, beliau pasti ramai yang bukan saja hilang selera makan, malah hilang selera kepada BN selepas menonton ucapan penggulungan UMNO kali ini, khususnya isi dan cara penyampaian Najib berucap.

Kata beliau, Najib seharusnya lebih fokus kepada isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat berbanding serangan peribadi kepada Tun Mahathir dan Lim Kit Siang dalam ucapannya serta tidak terlalu mengada-ngada dalam cara penyampaiannya.

Jika kita lihat daripada ucapan Ketua Puteri UMNO sehinggalah kepada Najib sendiri, ucapan penggulungan PAU 2017 kali ini tidak lebih daripada pesta ampu-mengampu semata-mata.

Mas Ermieyati, Khairy Jamaluddin, Shahrizat Jalil, Hishammuddin Hussein, Zahid Hamidi - semuanya menjadikan pentas penggulungan PAU 2017 untuk memuji, memuja dan mengampu Najib semaksima yang mungkin.

KJ siap melabelkan Najib sebagai negarawan yang konon tiada tolok bandingnya. Shahrizat pula, tidak sekadar memuji dan mengampu Najib, bahkan dengan Rosmah Mansor sekali diangkat serta dijulangnya.

Hishammuddin juga begitu, manakala Zahid Hamidi siap beberapa kali meminta perwakilan agar bangun berdiri menunjukkan sokongan kepada Najib.

Najib pula, selain mengulangi pertolongannya kepada Zahid Hamidi dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO Bagan Datuk pada 1988 dahulu yang seperti ada maksud tersirat beliau berbuat demikian, sudah tentulah memuji dan menyanjung dirinya sendiri sebagai pemimpin yang harus dipilih lagi dalam pilihanraya akan datang.

Tiada apa-apa idea untuk kepentingan rakyat dan bagaimana usaha kerajaan meringankan beban mereka mendepani cabaran ekonomi yang mencabar dilontar atau diulas oleh Najib. Keutamaannya hanyalah untuk menang pilihanraya dan mengekalkan kuasa saja.

Tidak dilepaskan peluang juga oleh Najib ialah menyerang musuh ketatnya, Tun Mahathir dan juga Lim Kit Siang, meskipun isi serangannya tiada yang baharu sama-sekali.

Cuma yang janggalnya, jika ketika merasmikan mesyuarat MCA baru-baru ini, Najib menyatakan Lim Kit Siang tidak mungkin menjadi Perdana Menteri kerana DAP tidak mempunyai cukup kerusi, tetapi di penggulungan Perhimpunan Agung UMNO dan di depan orang Melayu, beliau menyatakan Ahli Parlimen Gelang Patah itu mahu menjadi Perdana Menteri pula.

Tidakkah itu sebenarnya menunjukkan watak Najib yang lidah bercabang, talam dua muka dan tidak boleh dipercayai?

Meskipun Tun Mahathir yang dipersendakannya sudah mencecah usia 93 tahun, namun sikap Najib yang sedemikian rupa tentunya lebih ditakuti oleh sesiapa saja.

Rakyat tidak lupa tentang sikap itu dengan janji Najib untuk menurunkan harga kereta dan tidak menaikkan harga minyak sebelum PRU 13 lalu telah tidak ditunaikannya sehingga ke hari ini.

Jika mengenai Lim Kit Siang saja pun Najib boleh berbeza nada di depan dua audien yang berbeza, sama seperti berbezanya beliau mengenai wang RM2,600 juta yang mula-mula dinafi, tetapi kemudian diakui,  tidakkah ia menunjukkan mungkin lebih banyak lagi  kata-katanya turut tidak boleh dipercayai? (ShahbudinHusin 09/12/2017).

78 comments:

  1. yeahhhhhhhhhhh ho
    no 1
    yabedabedu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah,
      Ini krn blog budin ditunggu Tunggu
      Blog budin terbaik,
      Ini bukan jilat ye,
      Ini ikhlas,

      Delete
    2. sama-sama bro
      slamat berdiskusi!
      PRU14 dah dokat nihhh!!!
      Pohon beri ayat-ayat yang power ye

      Delete
    3. Tuan Admin....ini samalah dengan kes dulu kata kalo ada sumbangan wang mesti dimasukkan dalam akaun rasmi parti untuk elak dari rasuah.....tapi lepas tu lain pulaakkk jadinya.

      Mula2 kata tak der duit yg masuk akaun peribody.......alih2 lepas tu dah ada pulaakkk tapi derma.

      Sama jugak dengan hal freehold dikatakan leasehold....

      Benda sorong tarik ni dah jadi macam salin seluar/baju.

      Hhmmmmm......hantam sajalah Laabuuuu....!!

      Delete
    4. Ape jer si bijan ni menipu caiii anjing tetap jugakkkkkk nak sokong...atas dasar perpaduan umah...sial kau rosmah

      Delete
    5. najib, zahid, kj, sarizat tidak bersalah. Yg bersalah adalah rakyat yg mengundi mereka. Dlm pru 14, buat lah pilihan yg tepat

      Delete
    6. Kaki pengampu dgn kaki penipu bertemu
      Pau yg terakhir menjulang cash is the king?

      Delete
    7. Betul kata kata rakan komen,
      Suara najib makin teruk meloya aku dengar,
      Semua org tahan gelak,
      Tapi yg tak dpt tahan terburai jgk gelak,
      Siapa berani gelak depan najib,
      Berani kau hilang meja dan jawatan,
      Mmg betul PAU kali ni di arah dan di director dgn baik,
      Tugas ahli semua setiap text ucapan utk ampu jilat tungging tahi anjing semua licin,
      Ampu yg tak boleh aku tahan dengar,
      Kalau ada samurai dengar mahu bunuh diri krn tak tahan,
      Siaran ampu mengampu ini segaja dibuat utk konon nya najib ada sokongan,
      Betul ke ada sokongan,
      Yg sokong tu pengampu tgh berucap tu hoiii bodoh kepala bapak kau najib hamjatdah,
      Rakyat 99% tak sokong kau,
      Termasuk perwakilan dlm dewan tu,
      Yg amat benci dgr live suara meloya lendir hanyir najib hamjatdah,
      Kesian perwakilan dengar,
      Nasib kau lah labu,
      Siapa suruh dtg,
      Kan dah menyesal,
      Rakyat tunggu kau hoiii najib mampos pd pru14 ni,
      Kau tak berani umum tarikh pun,
      Jilat dan ampu lah mcmana pun pd najib kepala bapak kau hamjatdah,
      Kalah tetap kalau kau hoiii najib umnobnpas kepala bapak kau unggu...

      Delete
    8. Jamal yunos,
      Jari hantu utk kau nahhh...
      Kepala bapak kau unggu... Suka hati ugut org,
      Bodek boss tahap hirup air basuhan tahi najib, maksud nya selepas najib atau rosmah berak dia celop duduk aje Buntut dlm baldi,
      Air baldi tu lah air basuhan tahi najib yg di hirup Jamal yunos kepala bapak kau unggu,
      Dan juga MT umno dlm tu,
      Hoiii Jamal yunos lagi baik kau sumbat kepala kau dlm lubang Buntut najib sng cerita

      Delete
    9. AAH 2311...BETUL TU...JANGAN JADI MACAM PENANG, SELANGOR DAN KELANTAN...

      Delete
    10. Dlm UMNO, rata2 melayu spesis sengkek ja. Mmg duit beratus juta dlm akaun, tapi kaki berniaga atas angin. Modal berniaga cuma guna kuasa, kedudukan dan air liur. Untung adalah persen atas angin. Ini cara UMNO berniaga. Modal wang perlu orang lain top up dan keluarkan.

      Kalo berani kluarkan modal wang dan harta, itu bukan dari UMNO namanya. Yg mereka tahu, jual lesen ali baba dan makan persen atas angin. Inilah bezanya Cina dgn Melayu berniaga.

      Sbb tu mereka takkan rela orang lain atau guna nama bangsa asing takutkan rakyat sbg bakal memerintah negara. Rata2 99% dlm UMNO, bukannya mampu berniaga pun. Modal bisnes guna juta2 dana rakyat pun, bisnes boleh lingkup. Masakan nak bawa kluaq modal poket sendiri. Kahkahkah.

      Delete
  2. Replies
    1. Kena tengok photo finsih!

      Delete
    2. Pau adalah syurga bagi pengampu
      Jila jgn tak jilat

      Kan terus terang lgi baik

      Delete
  3. Pesta jilat menjilat
    Jilat sampai bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. jilat-jilat jangan sebut

      NANTI KOJOLLLA "NAIK STIM"

      //ho...ho...ho//....

      Delete
    2. Kita tah yah bayangkan pau tu jadi apa
      Geng najib agaknya dtg pau
      Penat menjilat agaknyer
      Bukan ngumpat tanda ambil berat sesama rakyat

      Kahkahkah

      Delete
    3. Aku tunggu tentera umno gempur kempen. Nak duga sikit masa tu.
      Najib dgn labunya akan tenggelam masa pru 14 ni.
      Aku dah tak tgk liputan atau laporan tv ttg pau. Dah tekad undi selain bn dan pas.
      Issh...bila nak mengundi nih..tak sabar nih.

      Delete
  4. Biarkan si luncai terjun dgn labu2nya..

    ReplyDelete
  5. Najib bukan mengada-ngada

    Dia tongah action !

    Itulah ketrampilan semua ahli umno menjelang PRU14

    KAN AMANAT ZAHID-JAJAN 3A

    ReplyDelete
  6. Bukan saja hilang selera makan, selera yang lain-lain pun turut hilang sama. Apalah punya sial UMNO ni kepada rakyat Malaysia, satu yang aku nak kata pada Najib, kepala bapak kau!

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan saudara Budin. Sudah sewajarnya PAU itu dijenamakan semula sebagai Pesta Ampu & Umpat. Pengisian kosong, hasil pun kosong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. PJ Lat....

      Cantik tuu.....

      PAU
      Pesta Ampu & Umpat

      PAU
      Perhimpunan Auta Umno

      Delete

    3. PERWAKILAN AKAN U-TURN

      Delete
  8. Bukan dia saja lidah bercabang, yang gulung pun serupa.

    ReplyDelete
  9. Najib2 , dah tsk ingat dunia kata apa kat dia, yg dia tahu dapat pujian dari program sendiri yg diatur pada PAU , sedangkan rakyat sedang menghakimi mereka pada PRU yg berada depan mata sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam cerita dongeng kanak2....Raja tanpa baju.....

      Delete
    2. Tapi cerita tengku palsu terlondeh seluar mmg betul

      Delete
  10. BOSS : TERIMA KASIH KOJOLLA
    .......KRANA YOU HURU-HARAKAN
    .......BLOG BODIN TU

    .......INI UNTUK KO SE GONI
    .......MAKAN-MAKAN SAMPE KONYANG
    .......TIDOR DONGKOR KO MALAM NIH

    KOJOLLA : TQ,BOSS!KONYANG!KONYANG!

    ReplyDelete
  11. Terpulang lah kpd pembahas d sini utk menilai ucapan2 penggulung mereka.

    yg kritis mesti mengangap mereka ini sudah menjadi 'd three stooges'(tolol) n yg pekak, buta n tuli masih mengangkat mereka sebagai 'd three muskiteers'(pendekar).

    pd saya lebih selesa samakan mereka dgn character2 dlm filem 'pendekar bujang lapok'.

    tahun depan insya'allah saya akan tengok filem 'The Last Emperor' pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak anak anjing penjilat level macai bawah2 ni pun terkedu nak komen bila tgok najib berucap kat pesta mengampu diri sendiri di pwtc.kosong langsung pengisian persidangan.sekdar bergelak ketawa kegembiraan sesama sendiri.itu lah budaya umno islam hadhari yg disanjung mrj dah caiiii bingaiiii umno yg lain

      Delete
    2. Saya sarankan pada Pak Rahman untuk menonton The Last 'Samunrai' Dibintangi oleh Tom Keris dan Ken Cing. Mungkin akan ditayangkan dalam waktu terdekat.

      Delete
    3. pak rahman...tengok 'the last king of scotland'.

      agak2 sama tak dgn king umno ni?

      Delete
    4. Haha cite jason king tgh berak dubuk tukang kutip
      Ini baru cite kepala bapak
      Salam perjuangan

      Delete
    5. Pak Rahman......teman lagi minat tengok cerita Pak Pandir dan Mak Andeh.......cerita yg tak lapok dek zaman......relevan hingga kini.

      Delete
    6. Cerodik ler sikit yeooopppp....!!

      KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...KEH.

      Delete
    7. Park jee lat ni kelakar la : )
      The Last Samunrai hahaaha

      Delete
  12. Memang tidak diragui lagi bahawa Najib Razak kaki auta dan temberang besar, jenis putar belit terang2 lagi nyata. Bukan sekali dua temberangnya. Ingat lagi, ketika mula isu duit ratusan juta yang masuk ke akaun bank nya di Ambank?, mati matian dia tak mengaku. Hanya satelah tak mampu lagi berselindung, baru terpaksa mengaku. Itu pun disusuli dengan auta selanjutnya, kononnya duit derma dari Raja Arab. Sampai sekarang dia tak boleh sebut nama Raja Arab yang derma malah tak berani tunjukkan bukti transaksi akaun dari siapa. Kemudian ditukarkan Peguam Negara (AG) kepada sahabatnya. Tup tup AG istihar Wang yang masuk ke akaun bank Najib itu wang derma hanya berasaskan bukti air liur, tanpa hitam putih Dan dokumen berkaitan. Nampak tak? Para perompak, pembelian dan penyangak sesama mereka berpakat untuk menutup segala sopak, kurap dan hanyir busuk ditubuh mereka. Sampai bila rakyat Malaysia nak jadi bodoh Dan baghal, sanggup gadai negara kepada puak penyamun ini hanya kerana sikit sogokan spt BR1M dan bonus sesekali yg hanya timbul slps berbillion2 duit negara dilesapkan. Puak penyamun ini kutip lebih 42 billion darI GST tapi BR1M yang diberi hanya peratusan kecil saja dari jumlah itu. Mana selebihnya? Kambus HUTANG Wang yang dlesapkan. Mereka lesapkan dan balun duit, anda suka tanggung beban nafsu serakah mereka.

    Ayuh jom tendang keluar Najib Razak dan UMNO BN dlm GE 14 akn datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrj nampak tu...tapi dedak sekampit depan mata buat tak tahu je la auta si bugis tu

      Delete
  13. Ucapan penggulungan PAU yg ideal & yg sepatutnya:
    "UMNO SILA MENINGGAL"

    ReplyDelete
  14. sopak kurap dan hanyir...eh tu yang j dan geng A9 suka tu,dijilat setiap hari sehingga menjilat jari u.

    ReplyDelete
  15. Tadi ada juga le dngr ajib brucap,,tu pn dr siaran berita jam 5ptg..intonasinye meloyakan lobang telinga je dngr,,,bunyi orang tgh meneran najis keras pn ade..

    ReplyDelete
  16. Hehehe lepas pau cam ilang semangat juang jer
    Tak dapat cium keris ker tak dapat cium hehe sendiri mau ingat

    Mandat dah nak over
    Dedar dah sampai
    Macam mana nak cover
    Ulah dah nak terburai

    Byebye

    ReplyDelete
  17. the amount they spent on uniforms and free gourmet food is mind boggling...someone is making lots of money...doubt if they will be using the same uniforms next year...they sure know how to generate wealth among themselves....if you notice, every umno event also they will have matching uniforms....very smart

    ReplyDelete
  18. Senang hatiku nak bercuti hujung tahun ni... Semua perwakilan masih bongok. Aku mengayat saja ttg perpaduan & menang PRU14.

    Nasib baik takdak perwakilan yg menyanggah pasal KPI aku yg tak reti memimpin. GLCs yg melingkup pun takdak yg bangkitkan. Kalau ada perwakilan yg pandai pantun mcm arwah dari Langkawi dulu, hurmmmm mmg hangus lah aku perwakilan jeghe biji mata kat aku.

    Monolog Najib sblm lelap mata mlm ni.

    ReplyDelete
  19. Demokrasi terpimpim le katakn...ha,,ha,,yg duduk kat atas tak payah ditanding...(selamat aku)..pahlawan ape kebende mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha....pahlawan bu..is hampehhhhhhh asyik menang tampa bertanding

      Delete
  20. Pesta licking good

    Hingga menjilat jari..kaki najib

    Mmmm lazatnya lembu goreng feedlot

    Jilat sekali pasti nak lagi

    Meleleh2 air liur lobai mengidam pesta licking

    ReplyDelete
  21. DEMOKRASI DAH MATI DI MALAYSIA

    Setelah menunda-nunda, menangguh-nangguh bertahun-tahun proses pemilihan UMNO, Najib kini telah melantik dirinya bagai seorang Presiden Seumur Hidup untuk terus kekal bersemayam di singgahsana PWTC ibu pejabat UMNO. Dia menganggap jawatan itu tak perlu dipertandingkan atau dipilih melalui pungutan suara maupun proses undian kerana dia rasa itu hak mutlak dirinya yg tak perlu dipertikai atau dicabar.

    Itu baru peringkat di parti UMNO. Dah ada tanda2 dia Gila Kuasa nak kekal sebagai Ketua Negara Seumur Hidup, iaitu jawatan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

    Ada kemungkinan besar, menurut sesetengah pihak, walau apapun keputusan PRU 14 nanti, dia tetap tidak mahu turun takhta dan mahu terus memegang tanpuk pemerintahan negara sepanjang hayat.

    Nawaitu jahatnya sudah amat menyerlah bila dia menyingkirkan mana2 individu yg tidak sehaluan atau yg menentangnya. Indidividu2 berkenaan akan ditangkap, soal siasat dgn alasan rasuah, sabversif sebagai pengganas, mengelak membayar cukai, malah ada yg dilenyapkan selama-lamanya.

    Mungkin jika keputusan PRU 14 tidak memihak pada KERA-taJAAN Borosmah Najib, dia akan mengupah orang2 seperti Jamal Pak Tongkol membuat huru-hara memberi dia alasan untuk mengistihat 'Dharurat' dan terus memegang tampuk pemerintahan.

    ReplyDelete
  22. BERITA YANG AMAT MENAKUTKAN:

    PETALING JAYA: There are currently 200,000 unemployed graduates in the country – not including those who have just completed their diplomas, certificate programmes and Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    According to the Malaysian Employers Federation (MEF), last year alone, some 26,000 people were retrenched and more expected this year.

    "Job seekers are not picky and they are more than willing to take up jobs, said MEF executive director Datuk Shamsudin Bardan.

    During these hard times, he said people are not choosy about jobs they do as long as they can earn a decent wage.

    He pointed out that the formal job sector can only take about 6.5 million workers and at present there are two million foreign workers and with the rehiring programme another two million are expected to register.

    "This makes it four million foreigners in the formal job market while under the 11th Malaysia Plan it was supposed to be capped at 15%," he said.

    Shamsudin was responding to reports that that not many Malaysians were willing to work in the dirty, difficult and dangerous (3D) fields.

    ps: Extracted from MEF Report. Datuk Shamsudin Bardan is a close friend of mine since 1984.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali untuk belanja hidop.....gunalah tabong babi......ehhh silap.....tabong baby yg boleh menyelamatkan ekonomi sejagat.

      Dah terrrrbuktii mereka yg mengguna tabong babi......aissayy man silap lagi lerr.....tabong baby ni gerrrrentiiii hidop senang lenang, mewah dan stailo.

      Nak hidop senang petik jari sumer dapat.......belajarlah menabong duit sen sejak dari anda masih baby montel, kusss-semangat, tembam dan bulat-bundar.

      Delete
    2. Cerodik ler sikit yeooopppp....!!

      KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...KEH.

      Delete
  23. Kenyataan Tun Faisal yang menyatakan Jeff Sessions tidak memahami fakta berkenaan 1MDB ketika berucap di World Forum on Asset Recovery adalah satu percubaan menidakkan apa yang telah terurai setakat ini .

    Dengan mengeluarkan kenyataan saperti itu , jelas menunjukkan bukannya DoJ serta berbagai badan penyiasat yang tidak menemui fakta serta bukti , sebaliknya Tun faisal yang tidak faham atau tidak mengikuti perkembangan penyiasatan 1MDB.

    Tun Faisal kena faham . Memanglah penyiasatan keatas 1MDB adalah berdasar dari aduan serta dari maklumat2 yang bocor . Saya ingin bertanyakan kepada Tun Faisal ...adakah penyiasatan di jalankan tanpa sebarang aduan atau laporan ?? Saya perhatikan , perkara sebaliknya yang banyak berlaku di Malaysia ketika ini . Walaupun laporan serta aduan telah di buat , penyiasatan akan di jalankan secara tidak menyeluroh atau di pendamkan terus .

    Jikalau Tun faisal ini rajin membaca berita2 yang di laporkan olih akhbar2 luar Negara , dia akan sedar bahawa pihak FBI serta beberapa badan penyiasatan luar masih lagi menjalankan penyiasatan ke atas skandal 1MDB . Tiada gunanya dia membuat konklusi bedasarkan fakta dari JASA , akhbar2 utama tempatan kerana faktor2 yang hanya tuhan saja yang tahu ! Bagitu juga jawapan yang dia perolihi dari Thomas C Goldstein . Sudah tentunya TCG akan berkata sesuatu yang enak didengar olih walaunta yang melantik dia .

    Tun Faisal juga dengan gahnya ingin tau , siapa 'mangsa yang terlibat' ? Terus terang saya katakan , 'mangsa yang terlibat' adalah rakyat Negara ini . Jikalau tidak , Tun Faisal tolong buktikan bahawa 1MDB tidak akan menggunakan kantong MOF untuk membayar hutang2 yang bertimbun . Perlu diingat , 1MDB adalah satu entity yang terletak di bawah MOF . Ini di tambah dengan kenyataan Gabenor BNM yang mengatakan masa'alah 1MDB akan ditangani serta diselesaikan olih kerajaan .

    "1MDB tidak pernah mengadu duit hilang".
    Satu kenyataan atau pertanyaan dari seorang yang tidak waras serta berfikiran dangkal ! Sekiranya 1MDB mengaku ada duit yang hilang , ini adalah saperti 'membuka pekong didada'. Ia akan dengan sendirinya mengiakan apa yang di perkataan selama ini adalah benar . Bukan maksud saya mengatakan tanpa aduan ,segala salah laku keatas 1MDB tidak benar , hanya ia mengambil masa untuk membuktikan .

    Selanjutnya , Tun Faisal juga mengajukan soalan " siapa yang kehilangan wang , IPIC atau 1MDB? "
    Bagi orang yang bingung saperti Tun Faisal , memanglah dia berkata IPIC yang hilang wang . Tetapi individu2 yang bersangkut paut dengan 1MDB lagi bingung serta bodoh teramat sangat kerana pergi menggantikan wang IPIC yang hilang itu !! Berhentikanlah kenyataan putar belit dengan mengatakan bayaran itu adalah urusan urur niaga . Urus niaga apa yang 1MDB jalankan bersama IPIC ?? Adakah ia satu 'joint venture' atau pun pembelian ekuiti di dalam IPIC ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Diny, dulu semasa mengulas tentang 4 pendedak A9 iaitu Kejora, Unknown Sahabat, Mr J dan Virgo saya pernah sebutkan bahawa Mr J ni kaki putar belit yang tanpa segan silu akan terus memuta-mutar lidahnya hingga berbelit-belit dan dah terbelit pun dia tetap akan terus membelit. Saya pun sebutkan bahawa Mr J punya karakter yang kuat iaitu ia tahan lasak apabila dikeji dan kejian ke atasnya langsung tidak akan membawa sebarang bekas dan malahan lagi banyak orang mengejinya, maka lagi dia akan merasa 'menang' dan 'puas' disebabkan itu tandanya kewujudannya telah memberi kesan.

      Kesimpulan yg saya buat pada masa itu ialah Mr J punya karakter yg betul-betul sama dengan Tun Faisal dan kebarangkalian yang Agak tinggi ialah Mr J sebenarnya adalah Tun Faisal sendiri.

      Mr J = Mr JASA

      Delete
  24. Pertunjukan SARKIS MELAYU AUTA MELAYU dah berakhir. Jom dengar mesej lagu SARKIS MELAYU TIPU MELAYU! Sila klik UMNO AUTA!

    ReplyDelete
  25. Adoiii. Tak sabarnya nak pilihan raya. Tak sabarnya nak lihat kerajaan bertukar. X sabarnya. Ya Allah, permudahkanlah... amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. SABAR...SABAR...KALAU YE PUN NAK MELINGKOP ....SABAR...SABAR...BAWAK BERTENANG...

      Delete
  26. Aku ini sebagai bekas ahli umno.pada pendapat aku rata rata ahli dan ketua umno besar dan kecil tahu keadaan sebenar situasi malaysia dan sikap dato seri daeng tu.cuma sikap dan ideologi ketuanan melayu yang menebal setebal dinding konkrit jambatan pulau pinang tu la mereka menidakkan kesalahan dato seri pujaan mereka.rata rata pun bukan kaya sangat pun,bukan jawatan besar,bukan mampu beli itu ini.


    Cuma ketakutan mereka pada bangsa lain di malaysia terutamanya bangsa cina yang dianggap lebih maju dan berjaya dari kaum sendiri telah diterapkan dgn jayanya sejak zaman berzaman.padahal semua pun tahu mustahil di malysia ni majoriti rakyatnya orang melayu islam akan dikuasi bangsa cina.isu menjatuhkan raja2 ,sultan dan agama juga kerap dimainkan oleh pihak kerajaan.


    ReplyDelete
  27. Mr. J yang sering bertanya , mengapa tiada saman terhadap pesalah laku 1MDB walaupun sudah bertahun DoJ menjalankan penyiasatan ?

    Apa yang saya fahami , Kleptocracy Asset Recovery Initiative atau KARI tidak mensasarkan secara khusus keatas mana2 individu . Ia lebih kepada 'merampas dan mengembalikan' asset2 yang didapati hasil duit yang di selewengkan . Olih yang demikian , tidak usahlah tertanya Tanya mengapa DoJ atau mana2 badan penyiasat tidak memulakan saman terhadap individu2 tertentu .

    Di sebalik itu , berhentikanlah dari membuat andaian penyiasatan telah menemui jalan buntu serta diberhentikan .

    Mr. J . Untuk kes2 penyelewengan menyeberangi sempadan , masa yang di perlukan adalah panjang . Ia perlu kerjasama antara badan berkuasa dari negara2 yang terlibat terutama pusat penyelewengan itu bermula . Didalam skandal 1MDB ini , Malaysia adalah tempat dimana segala galanya bermula . Tetapi pihak berkuasa di Negara ini telah menutup terus pintu kerjasama itu . Anti Money Laundering Acts atau AMLA yang turut ditandatangani olih Malaysia telah di perbakul sampahkan olih Anak Gampang Malaysia .

    Untuk pengetahuan Mr. J , kes2 penyelewengan ini memang mengambil masa yang lama . Saya berikan dua contoh nyata di sini :

    1. Kes Sani Abacha .
    Setelah dictator Nigeria , Sani Abacha di gulingkan pada tahun 1999 , kerajaan yang mengambil alih telah memulakan penyiasatan keatas semua penyelewengan yang dilakukan olih beliau serta ahli keluarganya .
    Bermula dari tahun 2000 , pihak Nigeria telah meminta bantuan kepada hampir 10 buah Negara menerusi AMLA . Dimana , sehingga kini , sebahagian dari harta2 itu telah pun dikembalikan kepada Nigeria . Walaupun sudah mencecah 17 tahun , penyiasatan dibeberapa Negara masih di teruskan .

    Untuk maklumat lanjut , lawati link ini :

    https://forum.assetrecovery.org/asset_recovery/cases

    2. Victor Yanukovich
    Berikutan penyingkiran President Ukraine ini pada February 2014, kerajaan Ukraine telah meminta bantuan antarabangsa untuk mencari harta2 yang di selewengkan keluar Negara .
    Sehingga kini , sekitar USD 400juta telah di temui . Penyiasatan masih di jalankan di beberapa Negara .

    Untuk maklumat lanjut ,lawati link ini :

    star.worldbank.org/star/node/729

    Kepada Mr. J ( juga Tun Faisal ) , anggapan kamu yang mengatakan siasatan keatas 1MDB telah menemui jalan buntu adalah tidak benar .
    Tanpa kerjasama dari kerajaan Malaysia , ia hanya akan menyukarkan lagi perjalanan siasatan , itu saja .

    Hanya dengan menukar tampuk pemerintahan , barulah titik noktah skandal 1MDB ini akan segera di temui .

    End of the day , it's all up to the people of this country . Either you all show them who is the 'king' or you are still the "haprak yang terus kena kencing"!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Diny,

      Saya rujuk semula komen balas saya ke atas komen balas Pak Diny di atas.

      Sambungannya ialah komen pak Diny yang penuh fakta spt di atas ini adalah cara yang betul untuk menghadapi seorang kaki putar belit macam Mr J.

      Orang-orang yang menggunakan kata-kata kesat ke atas Mr J, percayalah bahawa komen sedemikian hanya akan menaikkan semangat Mr J sbb ia membuatnya berasa kemunculannya memberikan kesan.

      Cuma cara pak Diny ini Agak memenatkan. Ia perlukan komitmen menaip fakta demi fakta selain pengetahuan pada fakta yang mahu dibentangkan untuk menyokong hujahan.

      Apa pun hakikatnya kemujudan dan kemunculan pak Diny jauh lebih memberikan kesan berbanuing Mr J disebabkan Mr J berhujah berdasarkan auta sedang pak Diny berhujah berdasarkan fakta.

      Sebab tu apabila pak Diny bentangkan fakta dan hujahan dan Mr J gagal menjawab balas maka ia akan 'menghilang dulu'. Kelak apabila dirasakannya 'sudah selamat' ia akan muncul kembali dan memutar belit lagi lidahnya pada perkara yang sama yang ia jelas telah tertewas sebelumnya.

      Ia adalah kaedah yang sama digunakan oleh unknown sahabat (sudah lama tak muncul, insaf dan bertaubat agaknya drpd makan dedak haram golongan A9).

      Beza Unknown sahabat dan mr J ialah Unknown sahabat adalah pembenci kebenaran kaedah beralasan sedang Mr J adalah pembenci kebenaran kaedah memutar belit.

      By d way, Kejora menggunakan kaedah memperolok-olokkan sedangkan Virgo pula menggunakan kesemua kaedah 3 dalam 1 sekaligus dan malahan menggunakan satu kaedah yang tidak diceritakan di dalam al-quran iaitu merepot polis apabila gagal berhujah. Sentap dan no class pendedak seorang ni (Virgo adalah pendedak A9 yg apabila berhujah dgn Pak Diny akan mengulangi panggil pak Diny bengap sebab ia hidup dalam dunia sindrom penafian', mahu memujuk hatinya bahawa ia bukan seorang yang bengap padahal hati kecilnya sedar bengap itu sifat dirinya).

      Apa pun syabas dan teruskan perjuangan pak Diny.

      Saya dapat merasakan setiap kali pak Diny beri komen dengan fakta (ye lah, kaedah orang korporat bila menganalisa di dalam proses memutuskan), semangat Mr J akan dilemahkan sebab bagi golongan sepertinya semangat mereka akan dilemahkan apabila diberikan butiran terperinci membuktikan mereka adalah pendusta.

      Keep it up and on otai pak Diny.

      Salam perjuangan.

      Delete
  28. Tegur sultan


    Yang kena tangkap bukan zaid tapi jamal jamban sampah masyarakat. Rakyat jangan sekali layan titah raja nanti tak berbaloi.

    Kalau macam singapura aman dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 0645...TOLONG BERI NAMA PENUH ...ALAMAT DAN NO H/P...

      Delete


  29. NAJIB PERDANA MENTERI YANG TERLAMPAU..

    ReplyDelete
  30. KESIMPULANNYER...AL BUDIN DAN CAI-CAI HAPRAK DOK JEALOUS DGN KESEPAKATAN AHLI2 DAN PERWAKILAN UMNO PADA PAU 2017.

    MELINGKOPLER FUKATAN HAPRAK...KIHKIHKIH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO sudah jadi brainwashed gangster Cult. Nenangis,ketawa,jerit,lalak,lupa diri, besar kepala.....abuse kedudukan dan kuasa, yg dipinamkan oleh Rakyat.
      Tak noleh terima teguran,DIKTATOR dan ZALIM.

      MAKA MENJADI HARAM UTK SOKONG PENYONGLOP2 DAN PENIPU2 LICIK.

      Ustaz mana,Kitab mana yg kata, tidak menjadi HARAM utk sokong yg MUNGKAR?

      705 cercitacepat

      Delete
  31. WAK SUMAN MASIH TERINGAT KISAH LAMA
    LEKAT INGATAN MEMORI KAT PALA BANA DIA
    KO DAH KENA TERAJANG KELUAR UMNO YER..!!
    TERIMA LAH KEKALAHAN DENDAM KESUMAT MASIH MEMBARA......

    KIKIKIKIKKI......

    INI LAH JENIS TYA RENTA TAK SEDOR DIRI
    KALAH UMNO MAJUK BAWAK HATI YG LARA
    PEGGI DAHH ..ELOK BERAMBOS DRI JADI BATU API
    SKG MERENYEH TERHEGEH MCM BABI PULA...


    DAH TUA RENTA NAK.MAMPOS WAK SUMAN KALAH PEMILIHAN BAHAGIAN UMNO SMPI SKG TAK TAK BOLE TIMA KENYATAAN... PAS TU BERLAGAK JADI JAGUH KOMENTATER ITU INI..... PANTEKKKKK LAH KO WAK SUMAN AAIIII.......!! PUIIIII...


    KIIIKIKIKI.... BERAMBOS BARUA2 DAP@SINGAPORK BERAMBIS DAN MOHON MENINGGAL TERUS...

    PRU SINGAPORK PENSABOTAJ EKONOMI MALAYSIA

    TUNGGU KAMI DATANGGG


    INI KALI LAH....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak Suman Tempe dok kata Geng2 dia ramai kat PWTC...Rindu ler Tew...kihkihkih...

      KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...KEH..

      Delete
  32. mr j..u r talking thru yr ass.

    ReplyDelete
  33. NAJIB only ACTS n Talks very BIG. Uses media to fake n Blow up his support.Tie up enemies hand and hit them.
    Uses his brainless cytro to shoit down opppnents. Pretend in vontrol but continues to hide his intrrnational crine.

    Behaves like a MEGALOMANIAC DICTATOR using the Race and Religion card to the maximum.

    ALL THIS JUST TO SAVE HIS ARSE.

    Rakyat can see thru it all.
    NAJIB is nothing BUT a scared FOOL.
    ...and his shit is already all over him and UMNI, for the World to see he and UMNO is UNFIT to run this nation.
    AND HIS TIME IS..UP.NOTHING LAST FOREVER.

    ReplyDelete
  34. SARKIS AMPU SAMA AMPU SINI, MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI sudah berakhir. Jutaan rakyat yang ternonton ramai yang loya, mual dan muntah muntah, sebahagiannya sampai cirit birit dan demam menyampah.

    ReplyDelete
  35. Cakap le apa saje dlm pau tu,rakyat tahu mereka pemimpin2 yg disebut2 tu,rembat duit negara/rakyat bukan sikit2,ratus2 juta beb.....
    Yg pasti pru kali ni rakyat vs beend
    Aku confirm satu keluarga dan seluruh sukut sakat akan undi PH,buat apa kita nak terus2an diperbodohkan segelintir elit tersebut,fikirkan masa depan kehidupan anak cucu kita....

    ReplyDelete
  36. Ampu mengampu....selamat menyelamat antara satu sama lain...biasalah..politik..ttp jgn lupa kebajikan rakyat...bukan nak minta jadi kaya raya cuma sedikit keselesaan ..jgn tertekan..Usahlah jadikan rakyat ibarat tikus makmal..jadi alat mencapai tujuan...

    ReplyDelete
  37. Pinjam dialog Filem 'DO RE MI' dan dijelmakan
    kepada situasi politik hari ini.

    Kopi O satu!(Bila nak buat PRU ?)

    COPEK LAH!!!!
    COPEK LAH !!!
    COPEK LAH !!!

    Pengulas upahan KEJORA sendiri bila diungkap
    bila nak buat PRU ?, dia pun "sentap semacam !"

    Sepatutnya ginilah jawapannya..
    "SAYA JUGA TAK SABAR MENANTI PRU"


    PENDAPAT PERIBADI AKU.

    LEBIH BAIK PRU DIPERCEPATKAN...
    BULAN 1 LAGI BAIK! tak yah ditangguh-tangguh

    kita terima saja sapa yang menang
    kerana itulah pilihan rakyat!

    agar tidak banyak lagi isu-isu
    yang membuang masa rakyat nak fikir

    sepatutnya wawasan 2020 kita udah jadi negara maju
    tapi pada 2017, dah mula undur ke belakang.

    Syarikat Proton, sepatutnya dikekalkan,tidak dijual..
    kerana merupakan eset ke status negara maju

    90 % status ukuran negara maju
    adalah yang berunsurkan teknologi mesin

    apa yang nak di cemburukan
    Kalaupun ianya idea TDM,
    TDM pun dah letak jawatan sebagai pengerusi PROTON
    yang ambil alih "perbaikilah" mana yang tak kena"

    IKHLAS, TANPA SABOTAJ
    Pendapat Rakyat Marhein

    ReplyDelete
    Replies
    1. KALAU RUNTUH KOTA PUTRAJAYA
      PAPAN DI JAWA SAYA SORONGKAN
      KALAU SUNGGUH NAK UJI UPAYA
      PRU-14, JANGAN TANGGUHKAN


      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...