Thursday 16 June 2016

PEGAWAI KHAS ROSMAH KURANG ETIKA, BAGAIMANA KALAU SIDANG MEDIA NAJIB ATAU ZAHID HAMIDI DISERBU JUGA?


Rizal Mansor, pegawai khas Rosmah Mansor mungkin menganggap tindakannya menyerbu dan ingin hadir sama dalam sidang media Rafizi Ramli sebagai tindakan yang betul dan mampu menampilkannya sebagai hero.

Malangnya, tindakan itu lebih memperlihatkan imej kebudak-budakan, terdesak dan ketidakmampuan untuk terus melawan hujah dengan hujah dalam isu yang dibangkitkan oleh Rafizi iaitu berkaitan pembaziran isteri Perdana Menteri.

Dalam masa yang sama, perlakuan menyerbu sidang media itu juga secara tidak langsung turut  memalukan Rosmah yang merupakan bos dan payung tempatnya bernaung.

Meskipun Rizal mengatakan tindakannya dilakukan tanpa pengetahuan Rosmah, tetapi tanggapan umum tentunya mengatakan Rosmahlah yang meminta atau setidak-tidak menggalakkannya berbuat demikian. 

Dengan yang demikian, Rosmah yang sudah calar balar imejnya dengan pelbagai isu dan kelakuan, semakin koyak rabak gambarannya di mata umum.

Lebih buruk, jika benar Rizal mengatakan tindakannya hanya untuk hadir dan mencatat apa yang akan didedahkan Rafizi, mengapa perlu membawa puluhan pengiring yang seolah-olah mahu membuat kacau dalam sidang media itu?

Sidang media yang dibuat Rafizi untuk mendedahkan pembaziran Rosmah berkaitan penggunaan jet adalah isu politik yang hanya perlu dilawan dengan hujah dan penjelasan, bukannya dengan serbuan, tindakan ala samseng atau perlu dibahas secara berdepan.

Jika dalam sekian banyak pendedahan Rafizi sebelum ini Rizal boleh menjawab dan memberi penjelasan dengan tenang, mengapa tiba-tiba perlu untuk menghadirkan diri?

Apakah Rizal sudah tidak mampu lagi tampil dengan jawapan dan penjelasan atau semakin tertekan dengan satu demi satu pendedahan yang dibuat oleh Rafizi?

Mengapa cuba hadir dalam sidang media orang lain tanpa diundang dan turut  membawa ramai pengiring?
Walaupun Zahid Hamidi menggambarkan tindakan Rafizi itu sebagai tidak ada keberanian dan seolah-olah takut berdepan dengan kebenaran, etika mana yang digunapakainya?

Sudahkah sebelum itu Rizal terlebih dahulu memohon secara baik untuk hadir dalam sidang media itu?

Atau mengapa tidak diajak Rafizi mengadakan sidang akhbar bersama berkaitan isu Rosmah?

Namun demikian, jika pun semua permintaan itu tidak dilayan oleh Rafizi, dari segi etikanya tiada keperluan sama sekali untuk Rizal menyerbu dan hadir sama kerana beliau mempunyai banyak ruang untuk menjawab dan memberi penjelasan, tambahan lagi semua media arus perdana, media baru dan televisyen sedia menyiarkan jawapannya secara besar-besaran.

Biarkan saja Rafizi membuat sidang akhbarnya dan beberapa jam kemudian jawablah dengan tenang dan jika tuduhannya berupa fitnah, saman di mahkamah?

Jadi, kenapa perlu begitu kalut dan mempamerkan kepada umum dirinya yang berboskan Rosmah seperti sedang terdesak?

Dalam pada itu, jika Rafizi dikatakan tiada keberanian kerana tidak membenarkan kehadiran Rizal, adakah Rosmah sendiri sedia membenarkan Rafizi hadir dalam mana-mana sidang akhbar yang diadakannya?

Di masa yang sama, apakah Najib atau Zahid Hamidi sendiri misalnya begitu berani dan sedia membenarkan individu seperti Khairuddin Abu Hasan atau Anina Saadudin terpacul dalam  sidang media mereka?

Kenapa Najib  begitu takut dengan soalan-soalan media asing sehingga ada yang dihalau keluar meninggalkan negara hanya kerana bertanyakan soalan kepadanya?

Kenapa juga Najib sendiri tiada keberanian berdepan dengan Tun Mahathir dalam program NothingToHide sebelum ini?

Jauh untuk dilihat sebagai berani, Rizal sebaliknya melalui tindakannya itu umpama membaling "boomerang" yang lebih mengingatkan orangramai mengenai beberapa siri ketidakberanian Najib dan sekaligus juga menambahburukkan lagi  imej Rosmah. (SH 16/06/2016).

50 comments:

  1. Assalam Bro,Apa yang dihairankan.Najib berani cakap belakang takut nak berdepan dengan Tun M.Sama juga dengan si Bengong ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mintak naik gaji / bonus raya kot tukang angkat beg ni..tu pasal tetiba kena sawan

      Delete
    2. Mana cukup RM500 saja

      Delete
  2. Inikah sikap orang Melayu....Inikah sikap orang Malaysia? Mana yang terdahulu?

    Nak cari makan...kalau disuruh 'makan t..i' terpaksa makan juga gamaknya!

    ReplyDelete
  3. Katanya berani kerana benar
    Nothing to hide kenapa langgar
    Cakap saja berdegar degar
    Nampak Tun lutut pun longgar

    Rakyat ketawa menjadi hakim
    aksi pemimpin membuat gelak
    Dua PRK rakyat bermukim
    Pemimpin penakut wajib ditolak

    Di tabur dedak rakyat pun kenyang
    Selamat dia nak tutup pekong
    Ketika undi rakyat pun ganyang
    Pengkhianat negara jangan disokong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan bini pun dia takut.semua
      kehendak bini diikut.pemimpin
      umno diluar tapi dirumah?

      Delete
  4. Bicara najib sebelum keluar TV3 suku pun kena edit atau sunting dulu.
    Mana berani berdepan dengan soalan terbuka dari wartawan.
    Mamak....roti najib satu.

    ReplyDelete
  5. hidup dunia buat sementara
    penghuni syurga atau neraka?
    kumpul wang dan permata antara
    langit dan bumi
    di mana kebajikan buat sana?

    ReplyDelete
  6. Ada tulur ka tada tulur? Dua bijik cukup kaa?
    Siapp...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi mau tanya....telur ilek la....hahaha

      Delete
    2. lagi mau tanya....telur ilek la....hahaha

      Delete
  7. Bro Budin,nothing to shout about apa yang si Rizal buat! Kita dah tengok cara Ah Jib Gor dengan Arul Kanda mejawab isu isu 1MBD. Lain yang orang tanya ,lain yang mereka jawab lepas tu bising satu pekan mereka dah menjawab soalan2 yg di lempar kepada mereka walau pun tak jawab TEPAT isu yabg di bangkit kan!!!

    alfie

    ReplyDelete
  8. alamak budin, kan ke piji tu org kuar pkr. pkr dah biasa dgn adegan serbu sepak terajang lambung kerusi ni. apa ada hal kalau setakat officer rosmah datang tak diundang begitu. tu kira sopan lagi apa. bukan datang bawak mercun atau bom atompun! biar ajelah officer bini pm tu datang. nak kasi sedap, hantam bini pm kaw2 depan officer dia. baru la jantan ada telur. ni yang mencicit lari macam tak cukup bijik apa hal.....
    kata pemimpin besar pkr, baru kena provoke sikit macam tu dah macam kura2 sorok kepala....lawak betul la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. Tak tahu apa tujuan Mat Sabu Presiden PAN datang berceramah di hadapan Markah PAS. Mengikut sumber PAN cuba provokasi penyokong PAS untuk bertindak sekurang-kurang menjadi berita dimana mereka tahu bahawa PAS tak akan dapat menangkis berita ini jika menjadi viral kerana masa agak singkap 2 hari sebelum mengundi.

    Yang menjadi pelik kepada tidak diceramah di hadapan markah UMNO kalau benar-benar mahu menjatukan UMNO.

    Tahniah kepada penyokong dan pendokong PAS yang bersifat tenang semasa provokasi oleh parti PAN.

    ......

    "Ke timur sudah ke barat sudah....ke utara sudah ke selatan sudah....bukan menambahkan sokongan, semakin keluar adalah....last2 berceramah dpn markas Pas.
    Syukur petugas Pas sudah masak dgn provokasi murahan sebegini malah boleh rehat sekejap melihat aksi live lawak senario di hadapan mata. -
    Zubir Abdullah


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa? Dalam banyak2 petugas PAS di situ tak ada yang jadi pengundi di situ ke? Ini bermakna PAS telah lumpuh di situ sehingga terpaksa import petugas2 luar.

      Delete
    2. Kerusi roda mau?

      Delete
  10. Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) sebenarnya yang menjadi pengacau kerana turut sama bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar.


    Menurut Iskandar, Pas mempunyai harapan besar setelah parti berkenaan menamakan calon terlebih dahulu untuk bertanding dalam PRK Sungai Besar namun tindakan Amanah yang turut sama bertanding adalah sangat tidak adil.

    “Saya nak tegaskan ini adalah kerusi kita (Pas) dan kita pernah bertanding di sini.

    “Bermakna kita yang terlebih dahulu masuk dan pernah bertanding di sini jadi tak adil kata kita pengacau. Amanah yang pengacau,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Markas Pas Sungai Limau hari ini.

    Iskandar berkata demikian bagi menjawab kenyataan Penasihat DAP yang mengatakan bahawa Pas adalah pengacau kerana turut serta dalam PRK kali ini dan sekiranya para pengundi memilih parti Islam itu sama seperti memilih BN.

    Dalam perkembangan lain, Iskandar yang juga Pengarah PRK Pas Sungai Besar turut menggesa agar pengundi luar dapat pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih parti yang bertanding PRK kali ini.

    “Saya menggesa pada pengundi luar untuk balik mengundi sepertimana saya nyatakan sebelum ini bahawa PRK ini penting bukan untuk kedua-dua kawasan tapi secara keseluruhan rakyat negara ini sebab ia beri mesej pada BN,”katanya.

    Tambah Iskandar, Pas kini sudah bertemu lebih 80 peratus pengundi di Sungai Besar bagi membawa mesej agar mereka dapat menolak BN untuk kesejahteraan seluruh rakyat.

    “Sekiranya BN menang besar hari ini, ia akan menyebabkan rakyat rugi dan kita nk beri mesej pada BN yang kita tak restui tindakan mereka,”katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ideologi Islamist PAS itu sebenarnya dah mengacau sociopolitik Malaysia selama berpuluh tahun. Diorang impot membabi buta ideologi religio-politik Pan-Arabism yang ditaja oleh Arab Saudi yang berkaya-raya pada waktu itu dengan minyak petroleum. Sejenis keganasan dan kedungguan telah menjelma pada tiap2 masyrakat yang terima suapan tajaan negara pak badawi itu.

      Delete
  11. Terpulang pada mereka untuk menyertai parti lawan, itu kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim.


    Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan berkaitan kemasukan lima orang ahli Umno dalam Pas, petang tadi.

    Katanya, kemasukan mereka sedikitpun tidak melemahkan semangat parti untuk melihat calon BN PRK Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

    “Terpulang pada mereka yang pasti perkara tersebut tak melemahkan semangat parti untuk melihat calon BN menang di kawasan parlimen Sungai Besar,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama media, sebentar tadi.

    Katanya, perkara tersebut adalah bukti kebebasan demokrasi yang diamalkan oleh negara kita.

    “Paling penting bagi saya adalah disiplin dan perkara tersebut adalah perkara yang menjamin keutuhan dalam BN,” katanya.

    Petang tadi, lima ahli Umno termasuk seorang bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Muara Sungai Limau, Rosli Semin mengumumkan menyertai Pas di Markaz Pas Simpang Lima.

    Rosli berkata, selain mereka, beberapa lagi ahli terutama pemuda Umno dijangka untuk menyertai parti itu kerana yakin dengan perjuangan Pas yang berprinsip dan berlandaskan syariat Islam. - SH

    ReplyDelete
  12. Undi PAS = Undi UMNO. Pengundi tolong jgn bersekongkol dan bersubahat.

    ReplyDelete
  13. Cer tanye pah zahid. Adakah dia turutmaksudkan bos dia juga xde keberanian sbb x bagi reporter ostolia cover pc dia ari tu??

    ReplyDelete
  14. Cer tanye pah zahid. Adakah dia turutmaksudkan bos dia juga xde keberanian sbb x bagi reporter ostolia cover pc dia ari tu??

    ReplyDelete
  15. Dengan kempen pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar berbaki dua hari sahaja lagi, PAS hari ini berkata parti itu yakin akan menawan kedua-dua kerusi parlimen berkenaan.


    Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata ia berdasarkan kajian yang dilakukan pasukannya dan kajian Institut Darul Ehsan (IDE) yang didedahkan semalam.

    Katanya, berdasarkan dapatan yang diperolehi, PAS masih mempunyai peluang untuk menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar berikutan rasa tidak puas hati yang tinggi di kalangan pengundi Melayu terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    "Sekiranya rasa tidak berpuashati ini dapat dikekalkan seterusnya diterjemahkan sebagai undi protes di atas kertas undi, PAS ada harapan memenangi kedua-dua kerusi.

    "Jentera PAS dalam tempoh dua hari terakhir ini perlu berusaha mewujudkan gelombang protes itu," katanya pada kenyataan media hari ini.

    Menurutnya, berdasarkan kajian PPP Perak, sebanyak 59 peratus tidak bersetuju dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan 89 peratus tidak berpuashati dengan langkah kerajaan mengatasi kenaikan harga barang.

    Manakala hanya 38.7 peratus berpuas hati dengan Najib Razak, katanya.

    Di Sungai Besar, katanya, kajian IDE menunjukkan 47.4 peratus responden tidak berpuashati dengan Najib dan akan mendorong mereka untuk tidak mengundi BN kali ini.

    Bagaimanapun dapatan kajian tersebut menunjukkan ketidakpuasan hati rakyat di Sungai Besar masih belum mendorong pengundi melakukan protes di atas kertas undi.

    "Kajian itu mendapati BN masih memperolehi majoriti tipis di Sungai Besar disebabkan ayunan (swing) pengundi Cina kembali kepada BN," katanya.

    Piihan Raya Kecil Sungai Besar 18 Jun ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PAS, BN dan AMANAH, manakala di Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan seorang calon bebas.

    Kerusi tersebut kosong berikutan kematian dua penyandangnya dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak.

    ReplyDelete
  16. Pas dan Hadi ni mabuk pil kuda ke.
    Mana boleh menang, kan dulu kalah.
    Kini, pasti lingkup dan terlungkup.

    ReplyDelete
  17. Nape En Rizal aje yang adakan majlis khas sidang akhbar, habis cerita.

    ReplyDelete
  18. Naib Presiden PKR Tian Chua mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas ahli Parlimennya, S. Manikavasagam.

    Sehubungan itu, katanya kepimpinan tertinggi PKR akan memanggil bekas ahli Parlimen Kapar itu secepat mungkin bagi mendapatkan penjelasan sebab beliau ditahan.

    “Kami dengar berita beliau ditahan malam tadi dan sudah diikat jamin pagi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat2 terkejut la tu. kan ke ramai dah mengadu, aktiviti begitu dah lama berlaku sejak beliau jadi adun kapar lagi...

      Delete
  19. SPRM menahan seorang bekas ahli Parlimen PKR kerana didakwa menerima RM30,000 rasuah daripada seorang kontraktor.

    Manikavasagam turut disiasat kerana didakwa menipu simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik beberapa orang kurang upaya.

    Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mendedahkan butiran kes.

    Berita penahanan ahli Parlimen itu mulai tersebar menerusi aplikasi WhatsApp semalam yang antara lain mengaitkannya dengan dakwaan rasuah.

    Ia dikatakan berkaitan urusan pembinaan bagi membolehkan syarikat milik kontraktor tertentu mendapat tender baik pulih kemudahan awam bernilai hampir RM1 juta.

    ReplyDelete
  20. ... budak rizal ni x balek kampong ka raya kali ni...budak kampong mana...haa..hhaa..haa

    ReplyDelete
  21. Rosmah hantar pembantu dia aje Hero PKR dah kecut telur! Bila malam dan tak nampak kelibat Datuk Rizal telur rafizi tiba tiba kembang kembali dan memanggil Datuk Rizal "pembawa beg" Tapi bila berdepan dengan Datuk Rizal satu perkataan pun tak berani keluar. Pandang Datuk rizal pun tak berani! Che gu Bad selamba aje bagi Ratu Naga serbu press conference dia. No problem apa! Berani kerana benar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bro, aku setuju. yb piji hanya berani dalam kelompok sendiri aje. kiri kanan depan belakang orang dia, berani macam singa. bila ada pihak lawan walau setakat 'pembawa beg', telur dah kecut...

      Delete
    2. La Si Khalid ni pun makan dedak juga ke?

      Delete
    3. Chegu butt lagi la penipu besar

      Delete
  22. Kalau Rizal kurang ajar ni
    benar-benar anak jantan
    ajaklah Rafizi berdebat.
    Tapi jangan bawa bguard ramai2.
    Satu lawan satu. One by one.
    Tajuk: Apa isi dalam beg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rizal mana ada teloq nak debat.
      Lagi pun Rosmah guna jet tu
      terang-terang sudah menyalahi.
      Tidak mengikut peraturan.

      Delete
    2. Rosmah mengikut peraturan.
      Tapi peraturan makbapak dia.
      Kerana dia anggap duit rakyat tu
      makbapak dia yang punya.

      Delete
  23. apalah guna dapat jawatan tinggi kalau setiap hari
    kena jadi barua mempertahankan kemungkaran

    ReplyDelete
  24. Rizal ni memang camtu. Adap takde demi membela org yg terang2 buat salah. Kalau cakap lebih2 nanti, abg din kita ni gam komen kita. Tapi itulah hakikatnya. Apa pun saya penyokong kuat blog abg din yg mencerita kebenaran dan bukan sekadar membodek tak tentu arah. Abg diharapkan faham jelah kengkawan yg komen overboard. Kita ni manusia biasa yg kalau berterusan ditindas, pastinya akan hilang sabar. Apapun tahniah abg din kerana berjaya mengawal kengkawan kita yg terlepas cakap walaupun saya yakin dia tahu semuanya benar

    ReplyDelete
  25. Hidup mesti bertolak ansur
    Baru kita disenangi orang
    Itu lah kisah rosmah mansor
    Buat salah dlm terang !

    Bukan satu bukan lima
    Dtg berjalan berduyun2
    Terasa sudah terlalu lama
    Kisah duit berbilion2

    Selagi bernyawa...ANDA terus dibenci RAKYAT,sedarlah wahai pemimpin khianat.

    ReplyDelete
  26. maksud budin ni...tindakan yg mereka ambik sekat rizal sama la macam tindakan umno akan ambik...duh????

    ReplyDelete
  27. Semua yang kau orang bergaduh di atas ini di sebabkan oleh Najib dan Rosmah selaku pengkhianat ulung Negara

    ReplyDelete
  28. Ckp kt zahid, media asing tanya jib lg teruk kna tangkap. Berani kerana benar la tu

    ReplyDelete
  29. Tindakan Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR mencadangkan agar PAS kembali ke meja rundingan bersama Pakatan Harapan (PH) bagi mengukuhkan kembali kuasa pembangkang membuktikan parti Islam itu memainkan peranan besar dalam meraih sokongan rakyat.



    Penganalisis politik, Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata PKR, PAN malah DAP terpaksa mengakui pengaruh yang ada pada PAS tidak mampu diganti oleh mana-mana parti dalam Pakatan Harapan.



    "Apabila Amanah (PAN) membuat cadangan sebegini, sebenarnya ini menunjukkan Amanah (PAN) yang terdesak dan bukannya PAS.



    "PAS mempunyai kedudukan yang agak lebih berbanding dengan Amanah (PAN) yang ketika ini berada dalam Pakatan Harapan.



    "Sebenarnya dalam perkara ini, dua PRK yang lepas menunjukkan PAS itu berbanding Amanah (PAN) mereka adalah lebih hebat dari segi sokongan terutama sekali daripada pengundi Melayu," katanya kepada Antarapos.



    Kelmarin Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta agar PAS kembali bersatu sebagai satu pasukan di bawah Pakatan Harapan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada PRU14.



    Pandangan yang sama juga disuarakan Timbalan Presiden PAN Salahudin Ayub yang mahu mengukuhkan kembali pakatan pembangkang.



    Gesaan itu bagaimanapun tidak begitu mesra disambut pemimpin PAS.



    Bagi timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, adalah mustahil untuk PAS bergabung dengan Pakatan Harapan namun beliau bersetuju jika ditubuhkan mekanisme baru bagi mengukuhkan parti pembangkang.



    Ujarnya mekanisme itu punya dua syarat. Pertama jaminan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan kedua, jaminan bahawa tiada mana-mana parti politik hilang kerusi dalam proses agihan kerusi.



    Tuan Ibrahim tidak pula mengulas bagaimana PAN akan mendapat peruntukan kerusi pada PRU14 nanti.



    Mengulas lanjut, Azmi berkata, saham politik PAS terus memuncak selepas DAP sendiri terpaksa akur bahawa PAN masih belum mampu menggantikan peranan yang ditinggalkan PAS sebelum ini.



    Pada awal penubuhan PAN, parti itu sering disebut-sebut sebagai pengganti PAS. Malah pemimpin PAN juga sering mencanang keyakinan mereka untuk memainkan peranan yang pernah dipikul PAS dalam Pakatan Rakyat.



    "Dua PRK yang lepas adalah petunjuk popular atau tidak Amanah (PAN), ia juga menunjukkan isyarat bahawa DAP menggunakan Amanah (PAN) dalam menarik pengundi Melayu atau Cina tidak berjaya.



    "Jadi itu salah satu pengajaran yang dapat diambil daripada dua PRK lalu, DAP juga dikatakan walaupun masih berkeras tidak mahu menerima PAS tetapi mereka kena akur Amanah (PAN) setakat hari ini masih tak mampu menggantikan PAS. Apa yang mereka lakukan dalam PR sebelum ini," ujarnya.

    ReplyDelete
  30. DAP mengakui kekalahan parti cawangannya (Parti PAN) di dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar disebabkan sokongan masyarakat Cina yang kembali kepada Barisan Nasional (BN).

    Lim Kit Siang, Tony Pua dan Nga Kor Ming selari dalam membuat kesimpulan ini.

    Timbul persoalan kenapa pengundi Cina beralih kepada BN sedangkan isu 1MBD, GST dan kenaikan harga barang makin mencerkam? Adakah mereka memaafkan BN?

    Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dalam mengulas peralihan pengundi Cina mengatakan bahawa mereka mulai percaya kepada kepimpinan Najib dengan memberi contoh pembinaan Jambatan Manong.

    Saya rasa gelak jika Menteri atau Timbalan Menteri UMNO buat ulasan. Mengalahkan budak sekolah tadika 'kelentong' mereka.

    Manakala Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki pula berkata berdasarkan pengamatannya, pengundi Cina akan beralih arah untuk menyokong parti lain selepas dua penggal.

    “Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan PRU 2013, mereka menyokong Pakatan Rakyat (PR), sekarang mereka akan kembali menyokong BN.

    “Pola pengundian pengundi Cina sepanjang sejarah PRU di Malaysia saya perhatikan seperti itu,”

    Saya setuju tapi kenapa?

    Ada penganalisis luar membuat analisis perkara ini mendapati bahawa pengundi Cina beralih kepada BN kerana mereka kurang percaya dan yakin dengan parti PAN @ AMANAH.

    Antara dapatan daripada kajian ringkas kumpulan ini kepada pengundi sasar selepas PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar mendapati

    1. Pengundi Cina bosan dengan Pakatan Harapan yang mana dikatakan berebut kuasa apabila mendapatkan kuasa sama seperti BN.

    2. Mereka tidak percaya kepada calon daripada PAN @ AMANAH kerana mereka berpecah daripada PAS dan sikap mereka selepas perpecahan itu yang melanggar janji dengan PAS dan membawa bersama kerusi yang dimenangi. Mereka ada keraguan mungkin calon ini akan kembali kepada PAS atau bertukar kepada parti lain.

    3. RUU 355 dipercayai mungkin akan disokong oleh MP parti PAN @ AMANAH dan sebilangan kecil beranggapan mereka berpura-pura dalam isu ini (menyumbunyikan sikap)

    4. Tekanan ekonomi dan juga beberapa sekatan oleh BN kepada masyarakat Cina membuatkan mereka rasa mereka perlu memberikan sokongan kepada BN untuk mendapatkan keselesaan dalam isu ini.

    Jadi 30% pengundi Cina tidak lagi sokong BN bukan kerana mereka suka BN tetapi mereka sebenarnya tidak suka kepada PAN @ AMANAH.

    Saya rasa dapatan ini akan membuka mata mereka (baca puak PAN/IKRAM) yang mendabik dada Cina sokong mereka dan menolak PAS.


    ReplyDelete
  31. Seorang pemimpin Gerakan mempertikaikan ketaksamaan kos projek terowong dasar laut Pulau Pinang dan tiga jalan berkembar, seperti yang dilaporkan di laman sesawang sebuah syarikat China yang dilantik untuk membina terowong itu.




    Pemanku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang berkata makalah di laman sesawang China Railway Construction Corp (CRCC) menyatakan kos reka bentuk dan kebolehlaksanaan ditetapkan pada RM87.8 juta (USD22 juta) berbanding RM305 juta yang diumum kerajaan Pulau Pinang.



    “Pengunjung yang baca laman sesawang CRCC mungkin terkeliru kerana angka RM305 juta oleh kerajaan negeri dan RM90 juta yang diumum oleh CRCC tersangat berbeza.




    “Berita ini dilaporkan di laman rasmi CRCC, sepertimana kerajaan negeri menyiarkan berita dan dan maklumat melalui platform rasmi kerajaan negeri – Buletin Mutiara,” kata Jason Loo dalam satu sidang media hari ini.




    Kerajaan Pulau Pinang sebelum ini mengumumkan kos kebolehlaksanaan Terowong Dasar Laut George Town-Butterworth dan tiga jalan berkembar sebanyak RM305 juta. Kajian kebolehlahsanaan terowong itu sahaja sebanyak RM20 juta.




    Terowong akan dibina oleh Consortium Zenith-BUCG Sdn Bhd, dan CRCC yang mempunyai pengalaman luas membina terowong merupakan rakan usahasama projek ini.




    “Sekiranya kos kebolehlaksanaan dilaporkan di laman sesawang CRCC sebanyak RM90 juta, kemana perginya baki RM205 juta?




    “Jika kerajaan negeri mempertikaikan kandungan laporan oleh CRCC di laman rasmi mereka, maka rakyat Penang perlu menilai kebenaran semua berita yang dilaporkan dalam Buletin Mutiara,” kata Jason.




    Sementara itu, Pengerusi CZBUCG Zarul Ahmad Mohd Zulkifli menyangkal kenyataan Jason sebagai tidak betul.




    “Mereka bersandarkan kepada laporan 2013 oleh Pengerusi CRCC.




    “Beliau berbahasa Mandarin dan pastnya disalah petik. Itu sahaja sumber mereka. Saya telah hubungi CRCC dan mereka tidak diminta untuk memberi penjelasan.




    “Bahkan kontrak CRCC untuk kajian kebolehlaksanaan dan rekabentuk terhad kepada rekabentuk terperinci.




    “Kita akan ambil tindakan undang-undang kerana ia berniat jahat,” katanya ketika dihubungi FMT.

    ReplyDelete
  32. Beliau meninggal dunia pd 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pd jam 10.30 pagi.


    Jenazah Al marhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah sesuai dgn wasiat beliau. Masa jenazah beliau hendak disemadikan ribuan rakyat hadir memberi penghormatan terakhir sehingga jalan raya sesak sehingga 20km. Al Fatihah..

    Beliau memilih PAS sejak muda dan meninggal dalam perjalanan perjuangan PAS yg menjadikan Islam sebagai dasar dan prinsip perjuangan. Beliau pernah memberi amaran akan adanya sekumpulan orang yang gila kuasa dalam PAS yang akan keluar PAS dan menubuhkan jamaah baru, dan beliau mengatakan tidak boleh ada dua wadah perjuangan Islam dalam negara ini. Amaran beliau benar berlaku. Mereka yang tewas jawatan dalam pemilihan, keluar PAS dan tubuh PAN.

    ReplyDelete
  33. Tindakan Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR mencadangkan agar PAS kembali ke meja rundingan bersama Pakatan Harapan (PH) bagi mengukuhkan kembali kuasa pembangkang membuktikan parti Islam itu memainkan peranan besar dalam meraih sokongan rakyat.



    Penganalisis politik, Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata PKR, PAN malah DAP terpaksa mengakui pengaruh yang ada pada PAS tidak mampu diganti oleh mana-mana parti dalam Pakatan Harapan.



    "Apabila Amanah (PAN) membuat cadangan sebegini, sebenarnya ini menunjukkan Amanah (PAN) yang terdesak dan bukannya PAS.



    "PAS mempunyai kedudukan yang agak lebih berbanding dengan Amanah (PAN) yang ketika ini berada dalam Pakatan Harapan.



    "Sebenarnya dalam perkara ini, dua PRK yang lepas menunjukkan PAS itu berbanding Amanah (PAN) mereka adalah lebih hebat dari segi sokongan terutama sekali daripada pengundi Melayu," katanya kepada Antarapos.



    Kelmarin Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta agar PAS kembali bersatu sebagai satu pasukan di bawah Pakatan Harapan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada PRU14.



    Pandangan yang sama juga disuarakan Timbalan Presiden PAN Salahudin Ayub yang mahu mengukuhkan kembali pakatan pembangkang.



    Gesaan itu bagaimanapun tidak begitu mesra disambut pemimpin PAS.



    Bagi timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, adalah mustahil untuk PAS bergabung dengan Pakatan Harapan namun beliau bersetuju jika ditubuhkan mekanisme baru bagi mengukuhkan parti pembangkang.



    Ujarnya mekanisme itu punya dua syarat. Pertama jaminan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan kedua, jaminan bahawa tiada mana-mana parti politik hilang kerusi dalam proses agihan kerusi.



    Tuan Ibrahim tidak pula mengulas bagaimana PAN akan mendapat peruntukan kerusi pada PRU14 nanti.



    Mengulas lanjut, Azmi berkata, saham politik PAS terus memuncak selepas DAP sendiri terpaksa akur bahawa PAN masih belum mampu menggantikan peranan yang ditinggalkan PAS sebelum ini.



    Pada awal penubuhan PAN, parti itu sering disebut-sebut sebagai pengganti PAS. Malah pemimpin PAN juga sering mencanang keyakinan mereka untuk memainkan peranan yang pernah dipikul PAS dalam Pakatan Rakyat.



    "Dua PRK yang lepas adalah petunjuk popular atau tidak Amanah (PAN), ia juga menunjukkan isyarat bahawa DAP menggunakan Amanah (PAN) dalam menarik pengundi Melayu atau Cina tidak berjaya.



    "Jadi itu salah satu pengajaran yang dapat diambil daripada dua PRK lalu, DAP juga dikatakan walaupun masih berkeras tidak mahu menerima PAS tetapi mereka kena akur Amanah (PAN) setakat hari ini masih tak mampu menggantikan PAS. Apa yang mereka lakukan dalam PR sebelum ini," ujarnya.

    ReplyDelete
  34. DAP mengakui kekalahan parti cawangannya (Parti PAN) di dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar disebabkan sokongan masyarakat Cina yang kembali kepada Barisan Nasional (BN).

    Lim Kit Siang, Tony Pua dan Nga Kor Ming selari dalam membuat kesimpulan ini.

    Timbul persoalan kenapa pengundi Cina beralih kepada BN sedangkan isu 1MBD, GST dan kenaikan harga barang makin mencerkam? Adakah mereka memaafkan BN?

    Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dalam mengulas peralihan pengundi Cina mengatakan bahawa mereka mulai percaya kepada kepimpinan Najib dengan memberi contoh pembinaan Jambatan Manong.

    Saya rasa gelak jika Menteri atau Timbalan Menteri UMNO buat ulasan. Mengalahkan budak sekolah tadika 'kelentong' mereka.

    Manakala Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki pula berkata berdasarkan pengamatannya, pengundi Cina akan beralih arah untuk menyokong parti lain selepas dua penggal.

    “Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan PRU 2013, mereka menyokong Pakatan Rakyat (PR), sekarang mereka akan kembali menyokong BN.

    “Pola pengundian pengundi Cina sepanjang sejarah PRU di Malaysia saya perhatikan seperti itu,”

    Saya setuju tapi kenapa?

    Ada penganalisis luar membuat analisis perkara ini mendapati bahawa pengundi Cina beralih kepada BN kerana mereka kurang percaya dan yakin dengan parti PAN @ AMANAH.

    Antara dapatan daripada kajian ringkas kumpulan ini kepada pengundi sasar selepas PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar mendapati

    1. Pengundi Cina bosan dengan Pakatan Harapan yang mana dikatakan berebut kuasa apabila mendapatkan kuasa sama seperti BN.

    2. Mereka tidak percaya kepada calon daripada PAN @ AMANAH kerana mereka berpecah daripada PAS dan sikap mereka selepas perpecahan itu yang melanggar janji dengan PAS dan membawa bersama kerusi yang dimenangi. Mereka ada keraguan mungkin calon ini akan kembali kepada PAS atau bertukar kepada parti lain.

    3. RUU 355 dipercayai mungkin akan disokong oleh MP parti PAN @ AMANAH dan sebilangan kecil beranggapan mereka berpura-pura dalam isu ini (menyumbunyikan sikap)

    4. Tekanan ekonomi dan juga beberapa sekatan oleh BN kepada masyarakat Cina membuatkan mereka rasa mereka perlu memberikan sokongan kepada BN untuk mendapatkan keselesaan dalam isu ini.

    Jadi 30% pengundi Cina tidak lagi sokong BN bukan kerana mereka suka BN tetapi mereka sebenarnya tidak suka kepada PAN @ AMANAH.

    Saya rasa dapatan ini akan membuka mata mereka (baca puak PAN/IKRAM) yang mendabik dada Cina sokong mereka dan menolak PAS.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...