Wednesday 22 June 2016

INI CAKAP BEKAS KETUA HAKIM ATAU OTAK KETUA CAWANGAN UMNO DI CERUK KAMPUNG?


Tindakan Tun Mahathir Mohamad ingin menjatuhkan Najib Razak dengan berbaik-baik dengan DAP didakwa akan membawa kemudaratan besar kepada orang Melayu dan Islam di negara ini.

"Saya tak kisah jika Tun Mahathir berkempen untuk Parlimen meluluskan undi tidak percaya kepada Najib dan dengan itu memaksanya berundur sebagai Perdana Menteri.

"Tetapi saya tidak bersetuju apabila Tun Mahathir bersekongkol dengan DAP dan Amanah untuk mengalahkan calon BN kerana mudaratnya lebih besar.

"Janganlah hanya kerana tidak mahu Najib terus menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menyerahkan kerajaan kepada pembangkang yang diterajui oleh DAP."

Jika kita membaca kenyataan di atas tanpa mengetahui identiti orang yang bercakap,  tentunya kita dengan pantas mengatakan ia adalah kata-kata seorang ketua cawangan UMNO yang duduk jauh di hujung kampung, tidak terdedah kepada internet dan mungkin masih menggunakan telefon tangan jenis analog.

Isi-isi hujahnya sebiji dan saling tak tumpah macam otak ketua-ketua cawangan UMNO yang sentiasa menagih projek kelas F untuk gebang kehidupan.

Pertama,  di mana datang logiknya dia mengatakan lebih mudarat kepada Melayu dan Islam jika pembangkang yang mengambil alih kerajaan?

Di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang kini ditadbir oleh pembangkang, apakah Melayu dan Islam sentiasa terancam?

Di negeri-negeri lain yang dikuasai Najib pula, adakah kedudukan Melayu dan Islam bertambah baik atau lebih kurang sama saja dengan negeri yang ditadbir pembangkang itu?

Siapa yang selama ini banyak menggadai tanah, saham dan hak Melayu di negara kita?

Tidakkah disedari pemerintahan Najib sedang menjual satu demi satu aset dan tanah negara kepada negara asing melalui 1MDB, selain dirinya sendiri dicemari dengan skandal kewangan terbesar dalam dunia ketika ini?

Jika Najib dibenarkan berkuasa lagi, bayangkan apa yang seterusnya kepada negara kita?

Yang kedua, daripada mana dikutipnya fakta bahawa  DAP yang menerajui pembangkang sekarang?

Hanya ketua cawangan UMNO di bawah tempurung yang selalu mengatakan demikian, malah menambah-nambah kaitan Amanah dengan DAP.

Yang ketiga, jika Tun Mahathir sudah bersedia bersama pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang, sudah tentu ia juga akan disertai oleh sebahagian ahli-ahli UMNO yang tidak setuju dengan Najib, malah jumlah kerusi wakil rakyat Melayu turut menjadi lebih banyak di Parlimen.

Lagi pula, berdasarkan pilihanraya 2013, jumlah kerusi yang ditandingi DAP tidak melebihi 70 daripada 222 keseluruhannya.

Maka, di mana  alasannya suara Melayu makin menghilang melalui tindakan Tun Mahathir menyokong parti-parti pembangkang?
Sebab itu, lebih ramai yang percaya kenyataan di atas adalah kata-kata seorang ketua UMNO cawangan, bukannya lafaz kata seorang bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Seorang bekas Ketua Hakim sepatutnya mempunyai pemikiran yang terbuka,  luas, melihat sesuatu perkara daripada pelbagai sudut dan sentiasa objektif dalam pandangannya, bukannya sempit, tidak berpijak di bumi nyata serta selalu rasis.

Malangnya inilah yang kita dengar daripada seorang bekas Ketua Hakim Negara.

Orang seperti inilah yang lebih sesuai menghabiskan banyak masa duduk di atas sejadah dan kerap mengunjungi Kaabah seperti yang disebut oleh Nik Abduh,  bukannya Tun Mahathir. (SH 22/06/2016).

51 comments:

  1. Kalau dah terkena virus MDB(Musibah Dedak Beracun) begitulah jadi nya...
    Fikiran jadi bercelaru harubiru ketahap IQ JKKK saje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila melayu makin menunjukkan bodoh, takan pada masa itu rakyat malaysia yang berbilang agama dan bangsa masih mengharap tadbiran carcamabra melayu.janganlah yang semakin bodoh tu menentukan halatuju negara?

      Dedak boleh makan, rasuah boleh telan, tipu dan tamak seumpama anjing dengan bayang2 boleh, puk* boleh jilat dan entot tapi babi x pula nak makan? Berubahlah wahai melayuku.

      Delete
  2. Ketua yang suka makan dedak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah mabuk dedak.bekas ketua
      hakim jadi jurucakap umno.lebih
      baik dia jadi calon umno dalam
      pilihanraya ke 14

      Delete
  3. Bekas Ketua Amno Cawangan Mahkamah.

    ReplyDelete
  4. Din, otak dia nie sama level dengan Mat Maslan 3.85, said keruak kaki bodek,and rahman dahlan bahalol....

    ReplyDelete
  5. Tuan bloq,cina atau dap sekarang sedang memegang kuasa ekonomi.jika mereka dpt memegang kuasa pemerintahan habislah kita jd singapork.mng sorak kg tergadai.mmg koata cina diparlimen setakat itu sj tp bila parlimen dipenuhi manion manion dap yg sangup menurut perintah demi kuasa n kepentingan sendiri.agaknya dimana islam n melayu akan berkelana selepas itu.pkr punya kuasa tp mereka sgt takut kehilangannya sehingga sangup tunduk kpd dap tdk spt pas.pas mmg berharap kpd kuasa juga jika tdk knpa masuk bertanding.cuma kuasa biarlah dgn keredhaan Allah.jika tdk apa gunanya berkuasa.dalam islam matlamat tak bleh menghalalkan cara.samalah mcm org kata tak perlu mencuci najis dgn masuk kedalamnya.masalah pembangkang sekarang adalah krn dap yg dilihat lebih dominan n berkuasa.pkr atau pas perlu menunjukkan mereka lebih berkuasa utk menyakinkan pengundi melayu memihak kpd pembangkang.rafizi dilihat bersuara lantang tp berperwatakan lembut.azmin dilihat lebih bertegas.jika lebih bijak bermain politik tdk mustahil kesepakatan utk satu lwn satu boleh dicapai.pan pula spt telah mendapat dua batu nisan di dua prk gara gara berdegil utk jd minion dap.keputusan prk sudah menjelaskan pembangkang akan masalah jika tiada kesepakatan.pas mungkin boleh menjadi kuat ditempat majoriti melayu.pembangkang perlu meneliti ini utk mendapat sokongan rakyat.dap dilihat terlalu angkuh sebelumpun dpt berkuasa lg.kita perlu mencari helah perdamaian spt yg pas lakukan.kita tak suka dgn salah urus negara
    namun kita perlu melakukannya dgn cara yg benar n dpt diterima masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dok gadai kampung..duit tabung haji..duit amanah pencen..duit kwsp sapa dia. Takkan DAP kot.

      Delete
    2. Cina dapat memegang kuasa ekonomi atas kelemahan pemimpin Melayu yang kamu dan tok nenek kamu pilih selama lebih 65 tahun tu. Kalau pemimpin UMNO mementingkan rakyat dan negara tentunya mereka tidak mengadai aset dan harta negara kepada bangsa lain. Kamu masih nak pilih parti Melayu yang telah menunjukkan kegagalan mereka selama 65 tahun tu..? Tak cukup lagi apa yang selama ini mereka gadaikan..? Tak habis-habis dengan bangsa kamu yang pemalas tu.

      Delete
    3. 1crony,taip jgn ikut sdp tgn..jgn disebabkan pemimpin,psl bangsa pulak ko nak kaitkan..apahal kau ni?

      Delete
    4. Anon 14.52,
      Saya dari pulau pinang,sejak DAP memerintah negeri ini,saya tak rasa ada perubahan yg amat sgt berbanding Gerakan zaman BN ,peringkat awal byk publisiti yg gerai melayu di roboh tapi mereka ini yg terbabit sekarang telah berniaga semula secara halal dgn ada lesen permit.Masa BN dibiar secara haram.

      Tanah melayu yg diambil sebenarnya tanah persedirian atas perintah makamah utk dikosong kan ini byk terbabit di kawasan pulau.

      Sebenarnya byk kawasan melayu yg dimaju oleh UDA zaman nur jazlan sebagai pengurusi dibuat rumah kos mewah yg melayu tak mampu beli biasa la mereka cari komisen,begitu juga dgn ketua bahagian UMNO yg terlibat dgn perniagaan pembangunan perumahan byk beli tanah melayu dan buat rumah mahal utk org cina dan org kaya raya ,ada yg jadi broker jual pada pemaju asing dgn harga mahal.

      Sebenarnya cerita UMNO membantu melayu hanya cerita lama,UMNO zaman sekarang sebok bersama sama taukey cina mencari laba projek kerajaan utk kaya,tapi masa menagih kuasa mereka dtg mencari org melayu dgn cerita bab berkauman,bila dapat kuasa mereka kembali bersama taukey cina buat harta untuk diri dan keluarga.

      Sudah la wahai melayu kita wajib tendang parti UMNO zaman ini yg tiada faedah untuk negara kerana kesemua pemimpin yg ada adalah perasuah dan lemah.Kita wajib juga kuburkan parti yg memakai label islam tapi hakikatnya perjuangan mereka tiada membawa kemajuan utk islam malah menjadikan umat islam sebagai umat yg sentiasa berpecah,keliru dan hanya mengharapkan surga palsu bagai fatamogana.

      Akhir kalam sekiranya org melayu rela minda di lacur oleh perasuah dlm umno dan ulama politik dlm pas maka sampai bila bila la kamu akan ditipu .

      Delete
    5. Anon 14.52,
      Saya dari pulau pinang,sejak DAP memerintah negeri ini,saya tak rasa ada perubahan yg amat sgt berbanding Gerakan zaman BN ,peringkat awal byk publisiti yg gerai melayu di roboh tapi mereka ini yg terbabit sekarang telah berniaga semula secara halal dgn ada lesen permit.Masa BN dibiar secara haram.

      Tanah melayu yg diambil sebenarnya tanah persedirian atas perintah makamah utk dikosong kan ini byk terbabit di kawasan pulau.

      Sebenarnya byk kawasan melayu yg dimaju oleh UDA zaman nur jazlan sebagai pengurusi dibuat rumah kos mewah yg melayu tak mampu beli biasa la mereka cari komisen,begitu juga dgn ketua bahagian UMNO yg terlibat dgn perniagaan pembangunan perumahan byk beli tanah melayu dan buat rumah mahal utk org cina dan org kaya raya ,ada yg jadi broker jual pada pemaju asing dgn harga mahal.

      Sebenarnya cerita UMNO membantu melayu hanya cerita lama,UMNO zaman sekarang sebok bersama sama taukey cina mencari laba projek kerajaan utk kaya,tapi masa menagih kuasa mereka dtg mencari org melayu dgn cerita bab berkauman,bila dapat kuasa mereka kembali bersama taukey cina buat harta untuk diri dan keluarga.

      Sudah la wahai melayu kita wajib tendang parti UMNO zaman ini yg tiada faedah untuk negara kerana kesemua pemimpin yg ada adalah perasuah dan lemah.Kita wajib juga kuburkan parti yg memakai label islam tapi hakikatnya perjuangan mereka tiada membawa kemajuan utk islam malah menjadikan umat islam sebagai umat yg sentiasa berpecah,keliru dan hanya mengharapkan surga palsu bagai fatamogana.

      Akhir kalam sekiranya org melayu rela minda di lacur oleh perasuah dlm umno dan ulama politik dlm pas maka sampai bila bila la kamu akan ditipu .

      Delete
    6. betul encik roslan
      saya pun dari p.pinang dan mempunyai pertalian keluarga dgn org besar umno di sini
      dan saya tahu apa mereka buat

      Delete
    7. Terbaik tuan, puak munafik umno ni, ingat dialah pembela Melayu. Perasan. Malah umno jugalah yg menjahanamkan Melayu! Senyap bro umno ! Butolah korang melayu sangat lah konon!

      Delete
  6. Bekas Hakim yang terkilaf penghakiman akan lebih memudaratkan tertegaknya keadilan dan kebenaran.Ternyata hujah yang sangat prejudis dan prasangka.Barangkali otak tidak mempunyai pertimbangan akal yang waraa.

    ReplyDelete
  7. Percaya dan yakin lah bahawa malaon yang berkata bodoh ini pasti ada projek projek besar di belakang tabir sana huluran tuan besar yang diampu dan dibodek. SPRM boleh siasat. Dan kata kata bengong yang mendakwa begitu sedang mengharapkan dedak huluran seterusnya. Kalau tak yakin...siasat dan selidik syarikat2 dan projek atas nama malaon ini dan kaum kerabatnya. Tak semudah itu dia mahu membodohkan diri dengan dakwaan itu melainkan ada habuannya.

    ReplyDelete
  8. Ini Tun Hamid sudah nyayuk

    ReplyDelete
  9. Bekas Ketua Hakim ini dah menningal. Yang dia cakap ini rasanya dlm konteks isu lain.

    ReplyDelete
  10. Nabi s.a.w. pernah bersabda bahwa kita perlu buka mulut dengan lafaz yang baik dan benar; jika tidak diam saja.

    ReplyDelete
  11. Dulu lama sgt jadi hakim, pergaulan dia tak boleh bebas. Tak boleh bercampur sebarangan. Tu pasal bila dah pencen kata2 dia mcm katak bwh tempurung.

    ReplyDelete
  12. Pendirian berbelah bagi sama spt Perkasa dalam isu Najib-Mahathir.

    Tapi semua tahu mamak ni org kuat Perkasa.

    Perkasa dgn dedak UMNO x boleh dipisah sama jadi sekarang geng2 siku dan lutut PAS dgn dedak UMNO. Tiap kali melalak mesti ada habuan.

    ReplyDelete
  13. Dia di lantik zaman tun abdullah org sekampung..warak pernah dpt tokoh maal hijrah

    ReplyDelete
  14. Hakim ini mencuri jawatan CJ dari Tun Salleh.

    ReplyDelete
  15. In the very first place, he should not have been appointed as the chief justice... But due to reasons which we all know best (ahem, ahem), he was given the post. And since he is no longer holding the post, we have been given the proof time and again through remarks such as those dear Din raised above. Truly if Malaysia were to be a country such as Singapore or one known as the first world (instead of a third world or a developing country) this person would not even be considered meritorious for a post of supervisor of the restrooms of a court complex!

    ReplyDelete
  16. adakah benar rakyat Melayu di bawah pemerintahan Pakatan Harapan tidak terancam? mengapa adun Melayu di Pulau Pinang terpaksa meminta simpati kepada kerajaan Pulau Pinang untuk membela rakyat Melayu di sana? sokongan terhadap Perdana Menteri semakin kuat dan lagipun, adakah DAP sanggup berkongsi kemenangan dengan orang-orang Tun Dr Mahathir sekiranya mereka menang dalam PRU 14?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ini tentu lebih bodoh dari lembu. Itulah politik kedai kopi yang akhirnya salah nasihat kepada makcik dan pakcik kampung membuatkan mereka mengundi tanpa mengetahui baik dan buruk setiap calon. My advice to u is please update n upgrade yourself. Asshole

      Delete
    2. Kau ini tentu lebih bodoh dari lembu. Itulah politik kedai kopi yang akhirnya salah nasihat kepada makcik dan pakcik kampung membuatkan mereka mengundi tanpa mengetahui baik dan buruk setiap calon. My advice to u is please update n upgrade yourself. Asshole

      Delete
  17. Anon 18.42
    Kalau ini la melayu berfikir maka Rosmah aka Najib tersenyum lebar,kerana mereka berdua akan cari cina kapitalis utk menjarah harta negara depan melayu cerita cina jahat bila ujud najis bagi saja kepada melayu utk tanggung beban,melayu sentiasa bodoh dan bangang.

    ReplyDelete
  18. Guling najib
    Tumbang bn

    Rakyat mesti di jelaskan dengan nyata
    Semua perkara bukan rekaan

    Contoh GST

    Rakyat bayar 60sen setiap rm10
    Jika berbelanja rm100 GST rm6

    Kononnya untuk pusingan perbelanjaan kerajaan tetapi rakyat yang tanggung

    Sepatutnya pendapatan rakyat dibelanjakan untuk jana ekonomi negara

    Kenapa penasihat ekonomi negara berenti dan masuk koporat semula? Silap kajian la tu..

    ReplyDelete
  19. Anon 18.42
    Kalau ini la melayu berfikir maka Rosmah aka Najib tersenyum lebar,kerana mereka berdua akan cari cina kapitalis utk menjarah harta negara depan melayu cerita cina jahat bila ujud najis bagi saja kepada melayu utk tanggung beban,melayu sentiasa bodoh dan bangang.

    ReplyDelete
  20. Contoh 2
    PERMATA rosmah

    Kenapa nak tubuhkan?
    Sebab duit nak masuk compony dia bina supply barang

    Logiknya ..beratus tadika kemas
    Pra sekolah seluruh negara

    Adakah kewujudan tadika dan prasekolah dan sekolah swasta tidak menjana modal insan sejak tahun 70an?

    Berapa ratud juta digunakan untuk PERMATA?

    sedangkan sekolah sekolah sedia ada bangunan semakin uzur rosak tiada satu pun bajet diturunkan..

    Bajet turun bila ada undi..sekolah tertentu sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. komputer rosak dah bertahun tak berganti

      Delete
    2. Kalau saya tak silap , bajet untuk permata adalah sebanyak RM 850juta setahun .

      Bajet itu termasuk duit sewaan kapal terbang utk "juragan" permata si Rosmah Mansor pergi menerima anugerah di Istambul baru2 ini .

      Delete
  21. Contoh 3
    Berhebtikan peguam negara
    Dato ghani patail

    Logiknya

    Selepas digantikan najib tak terlibat skandal

    Jadi skandal siapa nak selesaikan?
    Singapore. Swiss. Usa. ?

    ReplyDelete
  22. Contoh 3
    Anggota kabenet serang penentang najib di media kerajaan

    Hakikatnya apa yang di cakap diputar belit dan tiada bukti atas kertas yang disahkan oleh badan bebas

    ReplyDelete
  23. Mereka-mereka yang bercakap tidak menggunakan akal mungkin elok kita adakan kelas tusian yang mengajar ialah TDM.boleh beliau ceritakan bagaimana bentuk dalaman kabah dan apa yang terdapat didalamnya,supaya mangkuk-mangkuk hayun ini sedar sikit dimana mereka berada.Betul apa yang saudara SH katakan bercakap seperti kontrator kelas F yang hilang pencarian.

    ReplyDelete
  24. berapa KG Budin makan dedak Mahathir?

    ReplyDelete
  25. Budin....kau akui sendiri UMNolah yg gadai tanah Melayu....itulah parti kau UMNO.Bila Najib undur,UMNO juga perintah negara..lanun juga!

    ReplyDelete
  26. Bodoh@Bahlol@Barghal punya Hamid.
    Mahathir bersekongkol dengan Dap tak boleh.
    Najib bersekongkol dengan Mca boleh pulak.
    Oi... Hamid tidak semua ahli Dap Cina tahu!
    Kalau dah terlebih makan dedak begitulah jadinya.
    Bekas Ketua Hakim yang bernada songsang.
    Kah... kah... kah...

    ReplyDelete
  27. Pas sudah jadi Pis.
    Dulu, Parti Islam SeMalaysia (Pas).
    Kini, Parti Islam Songsang (Pis).
    Kek... Kek... Kek...

    ReplyDelete
  28. saya percaya banyak yg kurang faham perjuangan tun m. dia masih amat sayangkan UMNO n Negara.

    saya pernah membuat satu analogy saperti berikut - 'jika kita tahu manusia yg merogol anak kita masih bebas n ada kemungkinan dia akan merogol anak kedua kita, tidak kah menjadi tanggong jawab utk menghindar perkara terus berlaku n perogol d bawa k muka pengadilan ?'.

    sama lah dgn keadaan Negara kita sekarang. kalau kita masih tak ambil peduli maka jgn salah kan sesiapa jika insiden 'rogol' kedua ,ketiga n seterus nya terus berlaku.

    ini lah apa yg tun m sedang perjuagkan sekarang.


    ReplyDelete
  29. Jauh sekali persepsi dan tuduhan begini.Berkali kali diterangkan bahawa ini adalah untuk menyelamatkan masa depan negara dari terus dirosakkan oleh Najib.Tujuan dan fokus adalah satu,menyinkirkan Najib daripada jawatan Pm.Gabungan daripada pelbagai parti politik dengan pelbagai idealogi untuk satu tujuan,mereka membawa misi ini sebagai rakyat Malaysia diketuai oleh YB Tun.Contoh mudah umpama masyarakat satu kawasan dengan satu tujuan menangkap pencuri ,walaupun ada antara jiran tidak bertegur sapa dan perang dingin tapi semua besatu hati dalam misi menangkap dan mendakwa pencuri kemuka pengadilan.....Najib takut melepaskan jawatan kerana takut didakwa sebab itulah segala daya dia gunakan untuk selamatkan jawatan.....Najib tidak penting,masa depan negara lebih penting,selagi dia masih di situ,hala tuju negara,polisi serta pertumbuhan ekonomi akan terbantut dan sukar dipulihkan dalam masa pendek.....pemimpin cuai,tidak amanah,seleweng dan salah guna kuasa ,menuai budaya rasuah serta lemah seperti beliau sememangnya mudah dimanupulasi....


    ReplyDelete
  30. Najib berkata " kemenangan BN di SB dan KK adalah atas berkat doa dia di makbulkan olih Allah swt ."

    Lihat tu ??? Berapa power nya manusia bernama Najib ni ??

    Sedikit masa lagi dia akan kata ... dia menerima wahyu dari Allah swt .

    Bandingkan .... Najib lagi nyanyuk ke Mahathir ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saperti pernah berkata seorang ustaz yang popular "Dia ingat Allah tu pak sedara dia ka?"

      Delete
    2. Saperti pernah berkata seorang ustaz yang popular "Dia ingat Allah tu pak sedara dia ka?"

      Delete
  31. Hahaha...perkara d zaman empayar najib,satu soalan,plbgai atau bnyk jwpan yg tdk masuk akal akan kita dngar..
    Derma 2.6 itu pun mcm2 jwpan yg mmbuat otak kita pusing2..

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. Tarzan yg berasal dikutip dr hutan. Disusukan oleh kera

    ReplyDelete
  34. Korang ni tak reti bahasa ke? Bekas Hakim ni kata dia setuju kalau najib diturunkan, itu maknanya dia berani mengatakan najib dah tak relevan. tapi dia tau DAP amat bahaya lebih bahaya dari Najib. Jadi kalau nak jatuhkan najib boleh tapi jgn kasi chance pd DAP. Jauhi DAP laknat. DAP adalah monster perosak masa depan bangsa melayu.

    ReplyDelete
  35. Saya amat setuju agar Dap dpt memerintah malaysia dlm pru akan datang org melayu tak rugi dan tak untung apa pun hanya org umno dan melayu yg bangang dan bodoh saja akan katan klu bn umno kalah org melayu akan rugi dan merempat sebenarnya pemimpin umno lah yg jadi penyagak penyamun kaki rasuah jadi doakan agar dap menang lagi baik

    ReplyDelete
  36. Ni je ke standard fikiran hakim melayu malaysia? Ee blh percaya ke kalau hakim jenis ni yg mengadili kes2 mahkamah?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...