Wednesday 1 June 2016

KALAULAH BUDIMAN MENANG DI SUNGAI BESAR....


Saya bukanlah penyokong Jamal Mohd Yunus, tetapi saya simpati apabila beliau tidak terpilih sebagai calon di Sungai Besar, lebih-lebih lagi yang dipilih ialah Budiman Mohd Adun yang sudah pun menjadi Adun Sungai Panjang.

Tidak terpilihnya Jamal seolah-olah kedudukan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian telah didiskriminasi dan dianiaya semata-mata kerana kekurangan tertentu serta imej dirinya selama ini.

Hakikatnya, Jamal adalah pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh ahli-ahli UMNO Sungai Besar sendiri untuk mengetuai bahagian tersebut, malah kemenangannya dicapai dengan keringat dan titik peluh. 

Maka, keutamaan untuk dipilih sebagai calon perlu berpihak kepadanya.

Jika tidak, apa gunanya diamalkan konsep parti menguasai kerajaan?

Kenapa apabila dalam soal calon untuk pilihanraya, beliau diketepikan sedangkan dalam sistem  UMNO selama ini memang memberi keutamaan kepada penjawat Ketua Bahagian untuk bertanding dalam pilihanraya?

Memang benar Jamal ada menyatakan beliau tidak berminat untuk bertanding, tetapi memang orang politik selalu bercakap begitu. Sudah banyak contoh perlakuan orang politik seperti itu.

Najib dulu pun ketika mula-mula wujudnya gerakan menjatuhkan Pak Lah, turut lambat menyatakan minatnya. Hanya setelah terdapatnya usaha untuk menonjolkan Tengku Razaleigh untuk digandingkan dengan Muhyidddin Yassin dan seseorang telah menyampaikan maklumat itu kepadanya, barulah Najib mula menonjolkan diri dan minatnya.

Begitu juga ketika pemilihan 1993, Anwar Ibrahim turut menyatakan tidak berminat untuk melawan Tun Ghafar Baba. Akhirnya dilawannya juga.

Sebelum dapat, memang orang politik selalu cakap tidak berminat, kalau diberi atau ketika peluang terbuka, tidak pernah pula mahu ditolak.

Orang seperti Jamal yang dianggap degil, keras kepala, suka buat kecoh dan terkenal dengan perhimpunan baju merah,  adalah watak yang perlu dalam mana-mana parti politik.

Ia adalah watak yang menambahkan ceria dan menjadikan parti itu sentiasa hidup dan disebut ramai. Kehadirannya dibenci, tapi diperlukan.

Dalam PKR, dulunya watak itu milik Tian Chua dan Golabakrisnan. Akhirnya kedua-duanya menjadi Ahli Parlimen Batu dan Padang Serai. Tian Chua kini sudah matang dalam gerak laku politiknya, walaupun Gobalakrishnan terbuang kerana pertelingkahan dalaman.

Dahulunya juga, dalam Pas, ada Mohamad Sabu manakala di dalam UMNO, antaranya ialah Ibrahim Ali yang punya watak seperti Jamal sekarang. Tetapi kini kedua-duanya sudah bertaraf presiden dengan mengetuai Amanah dan Perkasa.

Begitu juga dengan Jamal, dengan peredaran masa dan jika diberi peluang bertanding dalam pilihanraya, lebih-lebih lagi jika sudah bergelar YB nantinya, kematangan akan datang sendiri dalam dirinya.

Tetapi dengan awal-awal lagi UMNO sudah mengenepikannya, kelibat Jamal mungkin akan berkubur lebih awal.

Sekiranya Budiman menang dalam pilihanraya kecil 18 Jun depan, beliau bukan saja menjadi YB Berganda, malah kebarangkaliannya ialah namanya akan terus menonjol dan menjadi sebutan serta menenggelamkan Jamal.

Najib yang sedang berhempas pulas untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, tentu saja akan mengekalkan lagi Budiman untuk bertanding di kerusi Sungai Besar dalam PRU 14 akan datang,  manakala Jamal mungkin akan diberi peluang bertanding di DUN Sungai Panjang.

Katalah kedua-duanya menang bertanding dalam bergelar wakil rakyat, ketika itu hampir pasti Budiman akan menentang Jamal untuk merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar kerana taraf dan status sebagai  Ahli Parlimen lebih tinggi berbanding Adun.

Oleh kerana taraf dan status yang lebih tinggi itu, peluang Budiman menewaskan Jamal juga turut tinggi.

Akhirnya Jamal hanya akan menjadi Adun biasa dalam kerajaan Pakatan Harapan yang biasanya akan tenggelam dan tidak berperanan, sama seperti watak Adun-Adun UMNO Selangor yang ada sekarang.

Jamal mungkin ada kekurangannya yang tertentu, tetapi jika beliau dikuburkan lebih awal, watak pengganti sepertinya tiada lagi dalam UMNO. UMNO akan terus sepi dan hilang keceriaannya.

Oleh itu, Sungai Besar tidak seharusnya menjadi permulaan kepada kegelapan  UMNO itu. (SH 01/06/2016).

27 comments:

  1. Jamal jd abu ikan bakar je la muka samseng taik minyak..dia lebih layak jual ikan je..sori jamal tp aku benci sikap kamu yg mcm haramjadah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi sg besar skrg, survey & rata2 penduduk bg komen umno pasti kalah prk ni..

      Delete
  2. Aku tngok muka jamal sebijik mcm ninjaturtel

    ReplyDelete
  3. Semua ditangan si Bos besar
    Juga mem yg buat dasar
    Calonkan Jamal sudah tersasar
    Mungkin dalaman dah buat onar?

    Takpelah Jamal Cuba lah lagi
    Lebih kan banyak burger free
    Jangan abaikan si Bos isteri
    Burger tak main, Berkins yippee..!!

    Dalam partinya ramai begitu
    Bohong, khianat si buruk laku
    Ramai pengampu perangainya hantu
    Kau tak berjaya bagi Kat aku..



    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih kih kih. I like the fantun :)

      Delete

    2. Undi Melayu jadi rebutan
      Umno bersaing dgn silutut-Siku
      Begitulah Misteri TAKDIR Suratan
      AMANAH pun muncul mengambil teraju
      Akibat dek 'hudud' undi cina kehilangan
      Umno dan Pas kan lopong termangu

      Delete

    3. Umno dan Pas memasang jerat
      Lobang digali menjerat babi
      Hudud pun dicanang konon2nya idea yg hebat
      Tup2 terjerobos lubang trtusuk diri sendiri




      Idea yg miracle idea yg jujur
      Idea yg lurus tulus dan kudus
      Onar FITNAH menipu dan takbur
      Begitulah idea penCURI yg rakus


      Delete
  4. Selagi najib ada dalam umno letaklah budiman, suparman, posman, botman, foreman, basman, ultraman sekalipun taubat aku tetap tak akan undi sehingga ke liang lahad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Undi ko satu ja bro. Undi dari melayu bodoh dan bebal terlalu ramai. Akhirnya UMNO juga yg terus memerintah negara.

      Delete
  5. Ingat hati org umno baik ke kalau boleh seorang itu naik yg lain akan dipancong dia org tak akan kasi org lain naik itu nak pilih umno lagi org lain akan papa kedana bodohnya org melayu yv terpikat dgn umno tu

    ReplyDelete
  6. Ingat hati org umno baik ke kalau boleh seorang itu naik yg lain akan dipancong dia org tak akan kasi org lain naik itu nak pilih umno lagi org lain akan papa kedana bodohnya org melayu yv terpikat dgn umno tu

    ReplyDelete
  7. salam sdr shah,

    bagi kawasan parliament Pekan Pahang, saya bersedia menawarkan diri utk bertanding jika mana2 parti politik bersedia memberi 'platform'

    insya'allah dgn pendedahan,(xposure), pengalaman serta maklumat2 yg saya ada maka saya yakin akan d pilih olih pengundi.

    drpd dato hj Abdul Rahman b hj mohd noor. anak kelahiran kpg parit Pekan Pahang.

    ReplyDelete
  8. Jom kita sokong Dato Rahman..lawan tok jgn tak lawan!

    ReplyDelete
  9. Jamal atau Budiman atau PM..... mana satu pilihan anda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry...umno hari ini ada lah umno yg lupa diri.

      Delete
  10. dun wori amno akan tetap menang
    dodak amno banyak lagi untuk ditabur menjelang raya ni
    dodak amno maseh sodap

    ReplyDelete
  11. Mudah saja jamal oi. Kau kasi budiman lingkup. Jika dia tewas pun yb sg panjang tak terjejas.

    ReplyDelete
  12. Mudah saja jamal oi. Kau kasi budiman lingkup. Jika dia tewas pun yb sg panjang tak terjejas.

    ReplyDelete
  13. Pengorbanan yg ada imbuhan atau menerima kehendak dgn ikhlas. Mungkin ada undi protes atau BN akan kalah? PRK di Sg Besar mahu pun Kuala Kangsar adalah demokrasi untuk rakyat utk memilih bukan menentukan siapa pemimpin dr UMNO.... dulu lain sekarang lain.

    ReplyDelete
  14. Kalau sesapa ada cermin muka berlebihan atau dah buruk....hantarkan pada kawan kita ni.

    ReplyDelete
  15. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah dinasihatkan oleh pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak hadir pada Majlis Pengisytiharan Calon Pakatan Harapan (PH).

    Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat bagi menjaga keharmonian pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang masih lagi bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

    “Kita tahu PAS masih lagi dalam kerajaan dulu yang dipilih oleh rakyat. Sebab itu parti buat ketetapan ini adalah pilihan raya di peringkat Parlimen.





    “Azmin Ali kita tahu dia mesti menjaga kerajaan beliau. Azmin adalah Menteri Besar. Itu kita memang faham, dia ada satu kedudukan untuk menjaga kerajaan Pakatan yang dulu,” katanya dalam sidang media di Dewan Sri Sekinchan, malam tadi.

    Ujar Wan Azizah, isu Azmin tidak hadir bukan isu besar memandangkan beliau yang juga merupakan Presiden PKR turun bagi mewakili Pakatan Harapan

    “Saya ada untuk mewakili Pakatan Harapan, semalam kita ada bincang, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain juga mengetahui dan memahami,”ujarnya.

    Pada majlis itu, antara pemimpin PKR yang lain ternasuk Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, dan juga beberapa pemimpin tertinggi daripada DAP.

    ReplyDelete
  16. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan kepercayaan penuh terhadap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dalam berdepan tuduhan terhadap kerajaan negeri itu.




    Azizah dipercayai merujuk dakwaan 'permintaan wang dan wanita' ketika berurusan dengan kerajaan Selangor dan yakin Azmin tidak akan melindungi pihak terlibat sekiranya terdapat bukti salah laku berkenaan.



    "Saya dan pimpinan PKR meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah Datuk Seri Azmin Ali, menteri besar Selangor.




    "Kami yakin sekiranya terdapat bukit yang kukuh berkenaan apa jua salahlaku oleh sesiapa pun di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, menteri besar akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan sebarang kebejatan tidak akan dilindungi," katanya pada kenyataan media.




    Sebelum ini Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendedahkan terdapat permintaan 'wang dan wanita' dalam berurusan dengan kerajaan Selangor melalui satu perbualan dalam aplikasi WhatsApp yang bocor.




    Biro politik PKR kemudian mengarahkan Rafizi membuat laporan dan mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM).




    Bagaimanapun Azmin menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai kempen memburuk-burukkan pentadbiran beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PIS Chai...dah dapat dedak dari tuang presideng???

      Delete
  17. sy sekampung daerah sg.besar akan menolak umno prk ini unsyaallah.

    ReplyDelete
  18. Nak sokong umno buat apa kalau benda yg dia buat tak betul. Kalau benda betul sekalipun datangnya drp pembangkang atau tukang sapu sampah kat tepi jalan aku tetap akan sokong dan berterima kasih kpd nya

    ReplyDelete
  19. Kalau umno x letak jamal, aku akan protes. Aku mahu jamal. Dia bagus. Tak ada pemimpin umno yg sehebat jamal. Hahaha... mimpilah kalau ada org ckp mcm tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...