Monday 13 June 2016

SEKALI LAGI, SIMPATI DENGAN HISHAM...


Saya terpaksa bersimpati dengan Hishammuddin Hussein sebagai menteri kanan yang sekali lagi nampaknya dangkal dan tersasar jauh di sebalik keghairahannya yang terlampau untuk dilihat mempertahankan Rosmah Mansor berkaitan penggunaan jet kerajaan.

"Kalau jet peribadi itu jadi isu, saya dengar Tun Mahathir datang ke Kuala Kangsar pun naik jet peribadi.

"Jadi kalau nak tuding dan tuduh orang lain, kena tengok-tengoklah diri sendiri dulu," kata Naib Presiden UMNO itu yang memang diketahui dan menjadi percakapan umum diberitakan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Tidakkah Hishammuddin sedar bahawa sebagai bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir memang layak diberikan kemudahan jet kerajaan?
Bukan Tun Mahathir saja ada kemudahan jet kerajaan, malah Tun Abdullah Badawi yang tidak berapa menyumbang kepada negara selama menjadi ketua kerajaan pun turut menikmati kemudahan jet juga.

Kemudahan jet kepada mana-mana bekas Perdana Menteri tidak seharusnya menjadi pertikaian kerana ia diberikan sesuai dengan kedudukan dan status mereka.

Jika selepas ini Najib bergelar sebagai bekas Perdana Menteri, beliau juga layak diberikan kemudahan itu.

Isu melibatkan jet ini bukan berkaitan bekas Perdana Menteri atau Perdana Menteri, tetapi berkaitan Rosmah sebagai isteri Perdana Menteri yang menggunakannya tanpa suami terbang bersama-sama dengannya.

Yang layak ialah Najib, bukan Rosmah. Yang ada jawatan dalam kerajaan ialah Najib, bukan Rosmah. Isteri hanyalah menumpang kemudahan yang dinikmati oleh suaminya sebagai Perdana Menteri.

Jika Rosmah menaiki jet bersama-sama dengan Najib, ia memang tidak menjadi pertikaian. Begitu juga jika Najib ke sana sini dengan jet. Itu memang kelayakannya sebagai Perdana Menteri dan ketua kerajaan.

Isunya ialah Rosmah. Jika beliau menggunakan jet kerajaan, bermakna sudah tentu ia memperolehi kebenaran itu daripada kabinet atau kerajaan.

Siapa ketua kabinet dan ketua kerajaan? Bukankah Najib?

Tidakkah ini menimbulkan konflik kepentingan berkaitan kebenaran kepada Rosmah menggunakan jet kerajaan itu.

Dalam hal ini tindakan Hishammuddin membandingkan penggunaan jet antara Tun Mahathir dengan Rosmah, bukan saja tidak tepat, tetapi juga tidak kena sama sekali.

Tun Mahathir ada kedudukannya yang tersendiri, manakala Rosmah berada di kedudukan yang lain.

Kalau penggunaan jet oleh Tun Mahathir mahu dipertikaikan, perbandingannya yang sesuai ialah bekas-bekas Perdana Menteri juga, bukannya Rosmah.

Jika ini pun sukar untuk memahaminya, saya terpaksa bersimpati sekali lagi setelah sebelum ini mengatakan beliau pelik dengan kesanggupan Tun Mahathir turun berkempen untuk calon Amanah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Nampaknya Hishammuddin seperti ada gangguan untuk memahami sesuatu perkara atau isu dengan lebih jelas.

Malang bebenor jika orang seperti ini menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti. (SH 13/06/2016).

64 comments:

  1. Assalam Bro,Aku orang Johor malu jugak dengan kebangangan Si Hisham ni.Benda macam tu pun payah nak faham.Tun M tu sapa,Rosmah tu sapa.Bengong.Aduh ........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat pulak janji mamat nie nak letak jawatan klu tak lepas pusingan kelayakan bola ape dulu tu... nie dia buat lg, cakap dulu, baru pikir... brape pointer dia..? Keh3

      Delete
    2. Jangan lupa HARDIE AH WANG TUANG AMANAT 1981 ULARDALAMSEMAK YANG KAPIRKAN UMNGOK pun layak gunakan jet peribadi sebab menongkat kerajaan bijan sebagai penasihat parti 1MDB (PIS + UMNGOK) Ternyata bijan adalah pendengar nasihat Tuang Amanat apabila dia mengharamjadahkan pelda.Syurga makin dekat bila mulut HARDIE AH WANG semakin lebat melabel-fitnah rakyat marhaen (pengundi yang sah mengundi menurut haknya dalam perlembagaan)

      Delete
  2. Memang poyo otak singkat hisyam ni....x der point

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia jadi mcm tu sbb he is trying too hard
      akhirnya semua tak menjadi

      Delete
    2. Bukan hisham bro. Tapi Shima

      Delete
  3. Memang poyo otak singkat hisyam ni....x der point

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hisyamuddin poyo otak singkat lidak kontot itu yg menyebabkan akal selalu pendek bijak tak seberapa.

      Delete
  4. Hai,malang sungguh nasib negara ada menteri bahalol dan pondan mcm hisham keris lenkok,dia ini dah la bahalol perwakilan dan ahli umno yg undi dia utk naib presiden lagi 100 kali bahalol

    ReplyDelete
  5. Beliau kurang arif pasal the evidence is yet 'corroborated'..

    ReplyDelete
  6. Yg penting bg hisham ialah bodek Najib walaupun beri jawapan yg salah

    ReplyDelete

  7. Tun bekas Perdana Menteri
    Kelayakan jet sudah termetri
    Yang seorang tu hanya lah isteri
    Jet kerajaan bayarlah sendiri

    Sang sepupu dok lalok lagi
    Cakap mulut sesedap hati
    Lagaknya hebat seorang menteri
    Rakyat tahu takde kualiti

    Rakyat melihat rakyat menilai
    Ramai pemimpin perasan pandai
    Bila kari dikata gulai
    Tanda jawatan bakal tergadai



    ReplyDelete
  8. Inilah barisan kabinet hari ini. Isteri PM nak dibandingkan dengan orang yang pernah menjadi Perdana Menteri. Dengan kata lain taraf seorang isteri PM sama par dengan taraf bekas PM.

    Dengan secara tak langsung mereka bersetuju isteri PM boleh menggunakan kesempatan atas tiket suaminya sebagai PM.

    Maka rakyatlah yang bodoh jadi barua menanggung kos belanja kalau ada orang yang nak mengambil kesempatan dan menumpang 2 kaki faedah yang diberi pada seorang PM.

    Kalau dalam Islam sudah jatuh dosa tidak amanah pada rakyat. Tapi yelah ni perkara kecik je. Perkara yang lebih besar, duit berbilion lesap pun tak heran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak menteri semua dah anggap rosmah sbg PM

      Delete
  9. Tuan Shahbudin, bolehkah saya nak tanya sesuatu? Score IQ Encik Hishamuddin pernah mencapai berapa angka ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, aku rasa sama level dengan mat maslan kot 3.85

      Delete
    2. Takut 3.85 itu adalah gred sekolah yg dikejar-kejarkan egonya tapi martabat hikmah itu nampaknya terluput dari diri mereka.

      Delete
  10. Sayang oh sayang, Anak kepada Hussien Onn, cucu kepada Datuk Onn Jaafar.... Memang dangkal.... Sedih lihat kepada Hussein n Onn Jaafar... Kalau ade cucu Yang berfikiran luar biasa.... Sayang oh Sayang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oiii...Shima.
      Atuk kau dato onn tu sendiri pun keluar drp UMNO dan tubuh parti baru.
      Kau lupa ker?
      Bikin malu bangsa Johor saja kau ni.
      Kau ni Bumiputera ker Shima?

      Delete
  11. Inilah masaalahnya bila tembolok pakat2 penuh dgn agihan dari 2.6B.... bercakap macam orang mabuk pun reporter kena tulis jugak..

    ReplyDelete
  12. Din, hishamuddin adalah menteri amaran
    Hanya tau bagi amaran tapi tak ada teloq
    Kepada go fly kite...Esok SELASA....tak rasa nak peringat kat bos hang Najib Harami ka?

    ReplyDelete
  13. Kadang kadang saya hairan mengapa menteri menteri yang kita ada sekarang begitu ghairah berlumba lumba mengeluarkan kenyataan yang sangat bodoh dan tidak masuk akal.

    Mungkin KPI mereka ini di ukur mengikut kebodohan yang di tunjukkan oleh menteri menteri ini.Kalau lebih bodoh, KPI nya lebih tinggi dan reward yang boleh diperolehi adalah lebih baik.

    Tak tahu lah ada ke pemikiran saya ini betul atau tidak, hanya rasa pelik kadang kadang, memdengar kenyataan yang keluar dari para menteri menteri ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasil prinsip "loyalty lebih penting drp intelligence". Habis le kita yeop...

      Delete
    2. Budak hishamuddin onn ni memang bodoh 2x5 juga dgn mat maslan.
      Asal buka mulut saja memang siot. Dia ni pun takut bini juga.
      Tengoklah mcm mana dia handle kes kehilangan 2 buah pesawat penumpang MAS tu dulu.
      Lepas tu kes pencerobohan pengganas suluk di lahad datu pula.Kononnya pembangkang terlibat dan dgn berkobar kobar dia berjanji akan dedahkan nama pemimpin2 pembangkang tersebut
      Mana janji dia?
      Aku hairan mcm mana mat lembut mcm tu boleh jadi pemimpin umno dan menteri.

      Delete
    3. Kpi bodoh....manalah tahu dengan bercakap bodoh akan berjaya membodohkan orang lain.Percayalah ianya umpama seseorang yang suka bercakap bohong lama-lama akan jadi pencuri.itulah realiti politik melayu, ingatlah...bercakap rasis lama-lama akan jadi pembunuh.

      Delete
  14. Kalau si hisham nak banding jugak penggunaan jet rosmah, perbandingan seharusnya dgn tun hasmah...so nak banding tak?

    ReplyDelete
  15. Mana tak ada gangguan...ibarat pepatah "diluar mati beruk, didalam mati monyet"

    ReplyDelete
  16. DIDI KOTA BELUD13 June 2016 at 18:47

    Berita baru masuk.... Hehehehehehe...... Ranking ranking dan sebab sebab bakal PM malaysia...... Zahid hamidi... Dua tahun saja.. Sebab... Nakkan TUN.... HISHAMUDIN hussin... Sebagai batu karang yang menahan gelombang kapal sepupu dia dari tenggelam... Khairy jamaludin... Jadi tukun tiruan sebagai balas budi pada mr nice guy masa resign malu malu tungau dulu.... 3 ni pun kalau dibenarkan... Makan dekad untuk dimusnah kombinasinya..... Itu saja sekian tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya berita sudah masuk....
      Bahana sudah datang...
      Panas..panas punggong najib dah.
      Sekarang BN kenalah layan apa saja tuntutan drp sarawak fixed deposit mereka.
      Dr Sim drp SUPP sudah bersuara.
      Layanlah najib layan. Nak tegur tak boleh sebab kau ni terlampau pandai.
      Lantaklah kau najib.
      Kau ingat orang Sarawak makan dedak?

      Delete
  17. Sebenarnya dia orang ini bercakap tak pakai otak sebab itu dia cakap suka hati saja itulah dia mentaliti menteri malaysia ni hebat2 belaka

    ReplyDelete
  18. Sebenarnya dia orang ini bercakap tak pakai otak sebab itu dia cakap suka hati saja itulah dia mentaliti menteri malaysia ni hebat2 belaka

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang ajar sungguh kau ini
      Kau ni lslam ker kafir.???

      Delete
  20. Ini bukti Hisham gagal untuk menjadi menteri kabinet yang bijaksana. Persoalan mudah pun gagal digarap dengan kemas untuk memberi reaksi yang akhirnya hanya menjelaskan ketidakbijaksanaan, kematangan, kejujuran apatah lagi berdasarkan kebenaran.

    ReplyDelete
  21. Ramai skrng pemimpin2 dan menteri yg sudah tak tukang belakang seta kewibawaan. Jiiwa membela rakyat sudah takde sebaliknya lebih membela diri tembolok sendiri dan kroni. Semua kerana jawatan dan kuasa. Tun Hussein sanggup lepaskan jawatan kerana prinsip Dan amanah.

    ReplyDelete
  22. Saya pun kesian sebab dia seorang lelaki yang dayus dan bacul sama seperti sepupunya yakni suami perempuan pendek tua tak sedar diri yang dilindunginya.

    ReplyDelete
  23. Ini mintri auw,auw,auw
    ......eee takut you bila dia mula bersuara. Blh mampus anak Cucu aku kalu dia ni jadi PM negaru ku.

    ReplyDelete
  24. Shima ko jgn bandingkan tun.m dgn badak ya.tun bangunkan malaysia jebong plak jahanamkan negara dgn skandal kewangan yg paling teruk dlm sejarah negara dan dunia.shima ko juga kena kangkang rosmong ka smlm pelik hari ni pliak.ko jaga bini ko lgi baik bodyguard jdi selera plak pasai hang da jdi dayus.

    ReplyDelete
  25. Dah lama perasan dia ni macam tak betul sikit. Pernah dengar2 yg dia ni kaki betina sama macam sepupunya sama juge mcm KJ... Kalau dia ni lah jadi PM habis terus negara ni kong kalikong habis.

    ReplyDelete
  26. "Auw..auw..hu..hu..hu.hu.auw..auw..
    ..lihat dia..cover pupunya auw..auw.."
    (Lagu sudirman laa..)

    Lagu : Akulah penyamun
    Filem: Nujum Pak Belakang
    " laa..la..laa..laaa.lala..lala..lala..
    Akulah Penyamun di dalam negeri..
    Aku Penyamun di dalam ini negeri, kerja merompak, menipu dan mencuri, semua Ku kebas, Ku sorok bawak lari..aku penyamunnn..Penyamun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat sungguh P.Ramlee ni, ya.
      Awal-awal lagi dia dah tahu
      Di Malaysia ni terlalu ramai
      penyamun, merompak, penipu dan pencuri.

      Delete
  27. Mat Hunus Keris perasan, "Kalo isteri PM tiada masalah dengan pengunaan jet sekarang, isteri aku pun kemudian begitu juga lah".

    ReplyDelete
  28. Hishamuddin sudah tiada modal lain melainkan merapu tentang Tun M,dia tidak usul periksa dahulu sama ada bekas Perdana Menteri ada mendapat keistimewaan untuk menggunakan jet kerajaan,,bonggok punya menteri yang di asuh oleh sepupunya Najib

    ReplyDelete
  29. Lagu P.ramlee ' dimana kan ku cari ganti'
    versi baru: ' dimana kan Ku Cari MP'

    " di mana..kan ku cari dedak..nak tanyaaa Mak badakk..
    Tak sanggup ku berpisah, dedak dah Ku sesah, akuu sokong lahhh..
    (Chorus.)..kualaa Kangsar..jugak Sungai Besar, undi jangan sasar, pilih calon sesuai...pilihan hati Kuuu.. parti bang mat sabuu..parti jibbo itu, kita buang gitu...
    dimana..kan ku cari MP, pilih deklarasiii....untuk kawan mengundi, tetapkan dihati, jibbo diturunii.."

    ReplyDelete
  30. Ingatlah wahai melayu ( sama ada melayu original atau melayu penumpang dari indon filipina india pakistan atau yang sewaktu dengannya) ingatlah 3 pesan ini :

    1. BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA JADI PENCURI

    2. BERCAKAP BANGANG LAMA-LAMA JADI TUANG PENASIHAT

    3. BERCAKAP RASIS LAMA-LAMA JADI PEMBUNUH

    ReplyDelete
  31. Pak menteri pak menteri Malaysia yg ada sekarang hamper semuanya tak ada kelas , tak ada integrity , tak ada kredibilti .

    Masing masing hanya sibuk untuk menonjolkan diri siapa yang lebih hebat serta serba tahu .

    Inilah masaalahnya kalau cabinet di ketuai olih perdana menteri TAPI HAKIKATNYA DI TERAJUI OLIH BINI .

    Selama aku hidup , dari zaman tunku hinggalah ke zaman Mahathir , belum pernah aku dengar bini PM guna jet kerajaan bersendiri . Tapi di zaman najis ni semua bolih jadi .

    PM pergi Hawaii bercuti serta main golf . Di sebabkan hal emergensi , balik naik kapal jet komersial sendiri . Jet peribadi kepunyaan Malaysia serah untuk kegunaan bini bercuti ... Hebat , memang hebat si ketot sorang ni .

    ReplyDelete
  32. SEPAK BOLA KEGAWANG GOL SENDIRI.

    ReplyDelete
  33. Orang2 Kuala Kangsar dan sg besar serta orang2 felda tahu ker kenal ker siapa hishamudin Onn lembut aka Shima ni?

    Minta mengucap byk2 dan berfikir betul2 dan tanya diri sendiri apa jasa mereka bertiga selama ini (Tun Mahathir, najib dan hishamudin) Kpd rakyat dan negara.

    Kalau orang pernah berjasa kpd kita apa pula balasan daripada kita?
    Pernah ucapkan terima kasih kpd Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah?

    ReplyDelete
  34. Pernah tengok gambar Shima ni dok tonggang tin Anchor dalam party.. Duduk pun atas lantai je dah xlarat berdiri dah mabok gamaknya

    ReplyDelete
  35. Diny..mana boleh bini dia balik naik jet komersial masa tu..mesti bini dia dah sound..."ajib..manaleh naik jet komersial..ni brg2 shopping banyak2 ni nak bawak camner..susah lar..nnt kena cukai kastam lagi..brp banyak troli kat epot nak guna nnt...huhu.."...tu lah akhirnya ajib mengalah...terpaksa nai komersial...sama mcm yang baru2 ni...dah tentu nak berbelas biji beg...kalau naik komersial..brp banyak punya xcess luggage tu....kan..?

    ReplyDelete
  36. "Lim Kit Siang adalah seorang yang paling licik. Kita harap harap orang-orang Cina berhenti daripada mempercayai kata-kata yang hanya untuk kepentingan politik diri dan keluarganya sahaja,".


    Itu tegas Ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Ng Kok Chuan yang meminta kaum Cina supaya tidak lagi mempercayai Kit Siang dan partinya sekali yang disifatkan sebagai zalim dan sentiasa berniat jahat.



    "Saya dulu memang ahli DAP tetapi sekarang tidak lagi kerana saya lebih yakin dengan perjuangan Pas.



    "Walapun ia parti yang memperjuangkan Islam, tetapi hak rakyat tetap dilayan sama rata dan adil.



    "Dah lima tahun saya bersama Pas dan sokongan saya adalah ikhlas kerana Pas sangat ikhlas.



    "Berbanding dengan DAP, selama saya menjadi ahli parti itu, semua yang dicakap tidak ada yang benar langsung, sebaliknya mereka suka menipu orang ramai untuk capai impian mereka.



    "Kalau perlu orang Melayu bergaduh sesama sendiri demi mencapai hajat DAP, Kit Siang lakukannya asalkan dia puas," katanya ketika berbual dengan wartawan MalaysiaGazette pada siri kempen Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.



    Kata Chuan, jika dia boleh mendapat pahala berjihad, orang pertama yang akan menjadi mangsanya adalah Kit Siang.
    Rakannya, How Kok Tee memberitahu, isu hudud yang dipertahankan Pas sebenarnya bukanlah isu besar bagi orang Cina kerana ia hanya untuk orang Islam.



    "Disebabkan DAP mahu pecahkan perpaduan di kalangan kaum di negara ini, maka mereka pun mainkan isu tersebut sehingga erjaya menarik perhatian orang Cina.



    "Sebenarnya, memang hanya isu hudud sahaja usaha yang ada untuk DAP perbesarkan bagi tujuan memecahbelahkan pelbagai kaum di negara kita.



    "Kit Siang selaku penasihat DAP adalah orang jahat dan dia tidak pernah ada niat baik sedikit pun untuk kerajaan Malaysia hingga sanggup guna orang lain untuk punahkan keharmonian negara kita, dakwanya.
    Seorang lagi ahli DHPP, Raymond Wong berkata, tindakan Pas tidak menyertai Pakatan Harapan disifatkan sangat bijak dan ada pendirian.



    "Keputusan Pas membuatkan DAP tak senang duduk sebab mereka ingat Pas akan ‘mati’ kalau bergerak sendirian sedangkan hakikatnya kedudukan Pas semakin mantap dan lebih dihormati apabila tidak lagi bekerjasama dengan DAP," katanya. - MalaysiaGazette

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum,,,,
    Khalid Samad nak tunjuk hebat, lebih hebat dan lebih berilmu dari TGHH sehingga dia sanggup berkata TGHH bukan wakil Tuhan, TGHH hanya nak mengelirukan pengundi.Untuk ingatan Khlaid Samad saya ingin mengulangi pengajian asas penciptaan manusia yang sepatutnya sudah diketahui oleh Khlaid merujuk kepada tulisan tulisan hebatnya semasa dia berada dalam PAS.Saya ingin sebut semula secara rengkasnya di sini untuk Khalid kembali kepada pengajaran penciptaan manusia kepada asasnya in case Khalid terlupa.


    Pertama saya ingin sebut tugas kepada terciptanya manusia ialah untuk tunduk beribadat kepada ALLAH.Perkara ini sudah cukup jelas dnyatakan dalam QUran dan keduanya tugas tugas manusia diberikan oleh ALLAH ialah untuk memakmurkan dunia mengikut apa yang ALLAH perintahkan dan tugas ini jelas dari ayat ALLAH menyatakan manusia dicipta untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ALLAH. Tugas tugas khalifah termasuk memastikan semua perintah ALLAH dan Rasulnya terlaksana atau dengan kata lain manusia ditugaskan untuk menjadi wakil Tuhan di atas muka bumi ini.

    Barangkali Khalid terlupa mengenai pengajaran ini. terlupa bahawa dia sendiri sebenarnya wakil Tuhan yang sudah menyimpang dari melaksanakan perintah ALLAH yang qatie. Khalid mungkin lupa bahawa dia seperti TGHH adalah wakil Tuhan.

    Tetapi Khalid juga mungkin tidak lupa tetapi kerana kehendak pilihanraya partinya PAN, dia sedia berbohong dan buat buat lupa tentang wakil Tuhan ini.Dia sudah tidak boleh melihat akan ilmu yang dimiliki oleh TGHH kerana dia amat benci kepada PAS parti yang menjadi musuh nombor wahid partinya.Dia lupa bahawa TGHH hanya memberi peringatan kepada kemungkinan bala ALLAH yang bakal menimpa kalau pengundi salah pilih wakil yang akan melawan percubaan memartabatkan Islam.Peringatan ini datang dari panduan panduan yang digarap oleh TGHH dari alQuran dan Hadis serta kupasan para ulamak yang disesuaikan dengan situasi semasa dalam negara.Tapi Khalid samada sudah dibutakan mata hatinya atau sengaja membutakan mata hatinya mengenai fakta ini, sebaliknya menganggap TGHH hanya mahu megelirukan pengundi.

    Pelik juga memikirkan otak si Khalid Samad yang sanggup membutakan matanya dengan tugas wakil Tuhan yang TGHH sedang komited melaksanakannya serta Khalid sendiri yang sudah mengkianati tugas wakil Tuhannya sebaliknya mengambil tugas wakil DAP yang melawan perintah Tuhan begitu lantang ketika menentang usaha mengembalikan perintah Tuhan kedalam kehidupan umat Islam.

    In case Khalid lupa, diringkaskan sekali lagi tugas manusia di atas muka bumi ALLAH ini yakni tugas beribadat kepada ALLAH dan tugas khalifah yang ringkasnya tugas wakil Tuhan untuk memakmurkan bumi ALLAH ini malah ALLAH ada mencabar manusia yang enggan menerima perintah ALLAH supaya mencari bumi lain untuk hidup. Khalid mahu menyahut cabaran ALLAH itu ker?

    ReplyDelete







  38. Mengapa PAN terlalu sensitif perkara remeh temeh?


    Akhirnya Parti Amanah Negara (PAN) sudah hilang sabar. Ia tidak boleh lagi terima dirujuk sebagai PAN dalam laporan kebanyakan media.


    Pengerusi PAN Perak Asmuni Awi, mengeluarkan kata dua pada media supaya menggunakan nama “Amanah” dalam laporan mereka atau berdepan tindakan “Masih ada media yang merujuk kami sebagai PAN. Tidak kira apa kecenderungan anda, sebagai media marilah kita bersikap profesional.



    “Jika tidak, mungkin kita perlu kecualikan sebahagian daripada anda daripada (membuat liputan) sidang media kami yang akan datang. Harap dapat sampaikan kepada editor anda,” katanya.



    Asmuni berhujah, “Amanah” adalah nama yang diiktiraf Pendaftar Pertubuhan dan penggunaan “PAN” mengelirukan pengundi.



    Sebenarnya sudah agak lama juga parti itu menjeruk rasa tidak mahu disebut sebagai PAN. Beberapa pemimpin PAN secara peribadi menegur pihak media supaya merujuknya sebagai Amanah.



    Perkara ini pernah disuarakan secara sopan oleh Timbalan Presiden, Salahuddin Ayob tetapi nampaknya pihak media lebih selesa merujuk parti itu sebagai PAN.



    Namun protes lebih serius pernah dibuat oleh pemimpin PAN dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kerusi Hulu Kelang, Saari Sungib. Beliau mengingatkan pihak media supaya merujuk dan memahami maksud ayat ke-11 surah al Hujurat demi menghindar kemurkaan Allah di akhirat kelak.



    Soalnya, adakah singkatan PAN bagi Parti Amanah Negara itu satu tindakan mempermain-mainkan atau mencela parti yang ditubuhkan tahun lalu itu?



    Sayugia diingat bahawa memang satu kelaziman media menggunakan singkatan abjad dalam laporannya.Begitu juga dengan Parti Islam seMalaysia disebut PAS; Democratic Action Party disebut DAP; Parti Bersatu Sabah disingkatkan kepada PBS sahaja.



    Amalan lazim media ialah, sebelum digunakan sebarang singkatan kepada apa jua nama Khas, ia perlu disebut dengan penuh pada rujukan pertama.



    Rujukan kedua dan selanjutnya barulah digunakan singkatan sahaja seperti United Nations High Commissioner for Refugees dirujuk sebagai UNHCR sahaja. Ini amalan media sejagat.



    PAN adalah parti baru dan mungkin mahu meniupkan satu protokol media baru. Namun yang menjadi kemusykilan adakah singkatan ini bermakna satu penghinaan atau mempermainkan PAN?



    Mengapa PAN angkuh mahu mengubah protokol media? Mengapa PAN berprasangka terhadap media? Tidakkah PAN sebuah parti Islam? Mengapa ia tidak menghormati kebebasan media memudahcara tugasnya?



    Lebih penting lagi mengapa PAN hanya memetik ayat dan mesej Quran sebahagiannya sahaja? Tidakkah pemimpin-pemimpin PAN membaca ayat berikut daripada yang petiknya?
    “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah daripada berprasangka. Sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di kalangan kamu yang mengejek sebahagian yang lain.



    “Apakah ada di antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu berasa jijik. Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al Hujurat ayat 12).



    PAN parti Islam. Kenapa PAN berprasangka terhadap media? Apakah unsur buruk pada pemikiran PAN tersirat di sebalik singkatan PAN itu? Agak mustahil media boleh mengelirukan rakyat jika hanya menyebut parti itu sebagai PAN. Ada insan yang didaftarkan sebagai Muhammad dengan Jabatan Pendaftaran Negara tetapi lebih dikenali dan disenangi disebut sebagai Mike Tyson sahaja.



    Sebagai parti politik PAN harus mesra rakyat, khususnya pengundi. Jika dipaksa dipanggil parti Amanah, rakyat mungkin musykil dengan kemiripan logo PAN dengan logo sebuah stesen televisyen di India.



    Jika ada keberangkalian kemiripan itu sesuatu yang disengajakan, boleh jadi nanti parti itu akan digelar Parti Tidak Amanah.

    ReplyDelete
  39. Ketua ahli-ahli parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menjadi Perdana Menteri tatkala Pakatan Rakyat menuju pilihan raya umum tahun 2013.

    Justeru, apabila DAP dan PKR tidak menyokong keinginan beliau itu, adalah tidak mengejutkan apabila Abdul Hadi menyebelahi Umno walaupun jika itu bermakna menutup mata kepada salah laku yang didakwa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya.

    "Dalam keadaan ini, bukahlah suatu kejutan apabila Hadi tidak berminat untuk menggasak Najib walaupun bekas Perdana Menteri, (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) bertemu beliau tiga bulan lalu untuk menjelaskan mengenai 'salah laku' Najib," kata Lim dalam kenyataan, hari ini.

    Aku malas nak ulang panjang pasal kenyataan Lim Kit Siang ni. Rasa terlebih makan DEDAK Tun Matahir jadi macam ni.

    Kalau Hadi nak jadi PM memang dia layak pasal dia Melayu Islam. Entah engkau nak jadi PM ada pasang niat nak jadi PM. Itu engkau boleh usahakan dengan parti PAN agar bila boleh tawan Putrajaya nanti engkau pinda pelembangaan Malaysia bersama Mat Sabu engakau jadi PM Mat Sabu dia selalu cakap nak jadi Menteri Dalam negeri aje.

    Belum lagi undi PAN mengatasi undi PAS dalam PRK, DAP dah pesta arak sehingga Lim Kit Siang mabuk-mabuk buat kenyataan.



    Haji Hassan Omar

    ReplyDelete
  40. Mohamad Nizar ketika berceramah di hadapan 50 orang mendakwa kononnya PAS Pusat meminta PAS Perak bergabung dengan UMNO bagi mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan di negeri ini tetapi Ustaz Ahmad tegas enggan menerimanya.

    Katanya lagi PAS memang secara sulit ada perancangan bekerjasama dengan UMNO sejak 2008 lagi dan usaha itu bertambah ‘kuat’ selepas Pakatan Rakyat dibubarkan oleh DAP pada 2015 dan digantikan oleh Pakatan Harapan.

    Kata Nizar DAP ketika itu memang mahukan calon PAS sendiri menjadi Menteri Besar ke-10 untuk mengambil alih jawatan berkenaan daripada Tan Sri Tajol Rosli Mohd. Ghazali.

    Cerita bohong ini telah dimainkan banyak kali kononnya PAS dan bergabung dengan UMNO. Semasa Muktamar PAS 2015 kempen Nizar dan geng PAN sekarang kononnya kalau ulama menang dan menguasa AJK PAS Pusat akan mudah mereka bergabung dengan UMNO.

    Tapi ahli PAS tidak bodoh maka geng PAN sekarang ini tersingkir. Sekarang dah 2016 tapi masih tak wujudpun gabungan seperti yang mereka sebarkan. Itu memang FITNAH yang jahat.

    Sekarang pun isu gabungan UG dimainkan sehingga ramai orang menyangka perkara itu benar melainkan mereka yang ada akal berfikiran terbuka boleh memikirkan benar atau salah.

    Nizar putar beli cerita kononya DAP rela hati nak berikan PAS Menteri Besar sedangkan perkara yang sebenarnya DAP yang memiliki jumlah kerusi terbanyak iaitu 18 berbanding PKR pula 7 dan PAS hanya 6 pada masa itu mengadap dan memujuk Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika itu agar melantik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, untuk menjadi Menteri Besar yang pertama bukan Melayu bukan Islam dan beragama Kristian.

    ReplyDelete
  41. Sultan Perak menolak cadangan tersebut yang bercanggah dengan undang-undang tubuh negeri Perak yang menetapkan Menteri Besar mesti juga seorang Melayu Islam bahkan baginda bertitah mahukan calon dengan pernah mempunyai latar belakang kerjaya sebagai profesional.

    DAP secara kebetulan langsung tiada ADUN Melayu manakala pelan pilihan alternatif kedua ialah memilih calon daripada PKR, namun semua ADUN Melayu PKR pula hanya berkelayakan akademik setakat tingkatan lima sahaja.

    Oleh itu, Mohammad Nizar sebagai jurutera dan juga memegang jawatan tertinggi dalam PAS dipilih menjadi Menteri Besar bersifat bidan terjun daripada kalangan semua ADUN PAS kerana Ustaz Ahmad pula bukan seorang ADUN.

    Siapa kenal Nizar ketika itu??

    Nizar yang pada asalnya dijadualkan mengangkat sumpah pada 13 Mac 2008 namun, pemimpin DAP, Lim Kit Siang menyatakan bahawa DAP akan memboikot majlis angkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

    Ini kerana PAS bukan parti utama memenangi PRU 2008 peringkat DUN Perak.

    ReplyDelete
  42. Kit Siang juga menyelar PAS dan berpendapat bahawa ADUN Melayu PKR yang harus dilantik sebagai Menteri Besar, sekiranya calon DAP ditolak.

    Susulan itu, pihak istana membatalkan istiadat angkat sumpah serta meminta DAP, PKR dan PAS bermesyuarat sekali lagi sebelum menghantar surat rasmi sokongan bersama ditandatangani kesemua 31 ADUN mereka sendiri.

    Oleh kerana terdesak, Nizar akhirnya atas ihsan DAP (istilah sekarang dedak DAP) dan PKR bersetuju MB dikalangan PAS.

    Akhirnya Nizar berjaya mengangkat sumpah Menteri Besar secara rasmi pada 17 Mac 2008 di hadapan Pemangku Raja Perak ketika itu, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah.

    DAP memaksa Pakatan Rakyat memberikan enam jawatan Exco dalam kerajaan campuran Perak tersebut berbanding kuota Exco daripada PKR hanya tiga dan PAS pula seorang sahaja.

    Bukan itu sahaja, semua keputusan Nizar mestilah mendapat keputusan DAP. Pentadbiran Nizar ‘dibayangi’ DAP

    Nizar lebih menjaga kepentingan DAP daripada kepentingan Melayu antaranya pemberian geran tanah 999 tahun. Ini juga termasuk mengadai 1000 ekar tanah untuk DAP yang didedahkan dalam ceramah baru-baru ini.

    Keputusan ini diluar pengetahuan kepimpinan tertinggi PAS.

    Paling teruk Nizar bersama Ahmad Awang telah membuat perjanjian Pangkor II yang membuat akur janji tidak akan melaksanakan undang-undang Islam.

    ReplyDelete
  43. Perkara ini telah didedahkan oleh Nordin Ali dalam blognya.


    Apa yang Mujahid tak menulis ialah bagaimana PAS Perak di bawah Ustaz Ahmad Awang pada masa itu telah membuat perjanjian untuk tidak melaksakan Undang-undang Islam. Penjajian ini dikenali sebagai PENJAJIAN PANGKOR II.
    'Perjanjian Pangkor II' antara PAS Perak dan DAP terbocor pada tahun 2008 apabila abang kepada Mohamad Nizar iaitu Fadhil Jamaluddin telah mendedahkan perkara ini kepada umum dan menyebut adiknya tidak layak menjadi MB kerana menepikan Islam.




    Katannya Mohammad Nizar telah terikat dengan perjanjian bersama DAP sebelum bersetuju dilantik sebagai menteri besar dengan syarat-syarat yang telah ditekankan oleh DAP kerajaan Perak tidak boleh membuat keputusan terutama perkara yang menyentuh soal Islam tidak boleh dilaksanakan walaupun sekadar disebut.


    Lebih melengkapkan dakwaan tersebut Fadhil menganggap adiknya, Mohammad Nizar tidak layak menjadi Menteri Besar kerana menandatangani 'Perjanjian Pangkor II' bersama DAP yang antara isi kandungannya melarang Menteri Besar menyebut negeri Perak diperintah oleh lslam. Dalam perjanjian itu juga didakwa, Mohammad Nizar tidak dibenarkan menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.

    Nordin Ali menulis lagi;

    ReplyDelete
  44. (Gambar: Nizar cuba mengelak dari wartawan berkaitan Pangkor II. Mengapa mengelak?)Setelah serangan daripada abangnya sendiri. Nizar mengelak diri menjawab pertanyaan Wartawan. Sekali lagi Nizar berdalih selepas membisu dalam isu Pangkor 2 yang dibangkitkan oleh abangnya sendiri. Para wartawan menunggu Mohammad Nizar memberikan reaksinya mengenai isu ‘Perjanjian Pangkor II’ selepas satu program di Pulau Banding, Gerik pada 9 Julai 2008, tetapi Nizar enggan ditemu ramah. Nizar juga khabarnya jarang pulang ke DUN Pasir Panjang selepas itu untuk berjumpa dengan rakyat. Dua kali pulang tetapi rakyat diminta pergi ke stadium untuk jumpa Nizar. Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak (Julai 2008), Mohammad Nizar secara jelas mengelak untuk menjawab soalan wakil rakyat BN mengenai prinsip negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.
    Pendedahan Nordin lagi,


    Oleh kerana tiada bukti secara mutlak dan hitam putih isu ini hampir mati.
    Allah s.w.t. mentakdirkan dengan bukti baru tentang perjanjian yang hampir sama dengan penjanjian Pangkor II yang menjadi titik tolak penyelewengan dakwah Islam dalam PAS. Allah s.w.t. akan pasti membantu Jamaah Islam dan mereka yang menyeleweng pasti akan gugur dalam misi dakwah sebagaimana tulisan Fathi Yakan. Tak hairan penulsi wahyu Rasulullah sendiri pun muktad. Sebab hidayah itu Allah yang punya. Jangan kita sombong dan takabur dengan Allah menepikan hakNya.

    ReplyDelete
  45. Nizar sekali lagi dengan persetujuan Ahmad Awang dan menepikan Pesuruhjaya PAS Perak yang baru untuk membuat penjajian tidak melaksakan hukum Hudud, Qisas dan syariat Islam. Dengan wujudnya perjanjian bertulis ini maka apa yang disebut oleh abang kandungnya adalah BENAR belaka!!

    Sebagai hujah Mujahid Yusof Rawa, Tuan Guru Ustaz Ahmad Awanglah yang mencetuskan penolakkan hukum hudud di bumi Perak!

    Ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Perak jatuh. Siapa dan bagaimana kita menjawab di hadapan Allah bahawa kita tak nak buat hudud?? Mana kita nak letak muka kita yang sombong dengan Allah ini di akhir nanti. Adakah anda nak bersama mereka untuk menjawab di sisi Allah nanti?
    Kesimpulan pengkhianat Melayu dan agama Islam di PERAK dengan mengadai tanah dan agama ialah NIZAR JAMALUDDIN, USTAZ AHMAD AWANG dan geng PAN@AMANAH yang dodokong oleh puak IKRAM. Sikap Nizar dan Ahmad Awang menyebab nama baik PAS sebagai gerakan Islam tercemar!!


    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum,,

    Setelah membaca apa yang Prof Redzuan Tee Abdullah tulis pasal DAP atau ultra kaisu yang semakin biadap nak mengajar orang Islam cara berugama sehingga turut mencetuskan kesedaran dalam diri Prof Redzuan Tee Abdullah untuk menulis mengenainya dan juga respon dari parti parti politik Cina yang lain seperti MCA yang seakan akan setuju dengan ultra kaisu.


    Saya sudah lama perasan perangai DAP yang mahu jadi boss kepada semua rakyat di bawah prinsip perjuangannya Malaysia Malaysian yang kali pertama saya dengar dari mulut mendiang P.Patto ketika berdebat di DTC, UM sewaktu masih bergelar mahasiswa.Peluang diperolehi oleh DAP dengan terbentuknya pakatan pembangkang atau PR yang diilhamkan oleh TGHH dengan seruan mari kita berpakat berdasarkan persamaan yang ada sambil perbezaan kita ketepikan dulu.Setelah merasakan diri mereka semakin kuat, DAP sedkit demi sedikit menunjukkan belangnya dan dalam masa yang sama berjaya mempengaruhi sejumlah pemimpin Islam dalam PAS untuk turut menyokong mereka.Sokongan yang tak berbelah bagi sehingga tertubuhnya sebuah parti serpihan dari PAS yang dikenali sebagai parti amanan negara.Walaupun tahap amanah sebenar di kalangan pemimpin mereka boleh dinilai dengan tindakan mereka tetapi sokongan kepada DAP sudah dinyatakan dengan jelas, mewakili parti Islam yang menyokong usaha DAP menerusi prinsip Malaysia Malaysian untuk menentukan bagaimana orang Islam mesti berugama.

    Kita mendengar sebelum ini upacara makan setalam antara gadis dengan pemuda kafirun yang ajnabi dan upacara ini disebut oleh penganjurnya, DAP adalah sunnah yang sebenar yang mesti diamalkan oleh orang Islam.PAN sebagai penyokong mereka hanya berdiam diri melihat sahaja malah mungkin juga mengiyakan promosi DAP kepada umat Islam ini.

    Kemudian kita juga mendengar upacara memegang anjing yang mungkin DAP tidak terlibat secara langsung tetapi tetap turut menyokong upacara ini kerana inilah umat Islam yang nak DAP lahirkan setelah mereka menguasai Putra Jaya.

    Maka tidak hairanlah mereka menentang dengan cukup kuat RUU pindaan akta 355 sehingag pada tahap LKS mewakili suara DAP boleh memberitahu umat Islam bahawa akta ini dan enakment Hudud Kelantan adalah undang undang ciptaan manusia bukan hukum ALLAH yang mesti ditentang kerana ianya dibawa oleh PAS.

    Hakikatnya bukan PAS yang ditentang DAP tetapi Islam.Islamlah yang mahu DAP ubah supaya Islam versi DAP akan menjadi amalan umat Islam Malaysia.Hal ini juga disedari oleh Prof Redzuan Tee, seorang Cina yang menukar akidah kepada Islam, tapi malang sekali ramai lagi Islam dari keturunan melayu terutama yang masih menjadi ahli DAP dan yang berada dalam PAN yang tidak sedar atau sedar tetapi setuju mahu mengubah carahidup Islam kepada yang dibawa oleh DAP.

    Sudah banyak kali juga kita cuba mengingatkan mereka mereka yang masih mahu menyokong DAP merealisasikan agenda mereka tetapi tetap masih ada yang tidak bersedia mendengar peringatan kita.Mereka lebih berminat mendengar LKS daan LGE sehingga ada yang sanggup menghina ulamak sendiri.

    Apapun bagi majoriti umat Islam di Malaysia, seruan untuk bersatu perlu disahut segera, bersatu dengan tali ALLAH bukan bersatu dengan PAS atau UMNO.Masing masing masih boleh bebas memilih parti yang nak dikuti tetapi apabila sampai kepada perintah Islam, seharusnya kembali kepada Islam.Yang jadi ahli Umno umpamanya, perlakuan dan tindakan pemimpin Umno yang tidak Islamik, perlu ditentang dan pemimpin begini wajar diturunkan.Pemimpin yang mendekati Islam sahaja yang perlu dinaikkan.Begitu juga dengan PAS, semuanya perlu mengikuti panduan Islam tak kira apa yang kem DAP dakwa dan kita kena ingat DAP hanya mahu mengubah cara kita berugama, Bak kata Prof Redzuan Tee,jangan biar Islam dipijak...........

    ReplyDelete
  47. Sama ada terdesak atau mungkin tidak sengaja terlepas cakap, calon Parti Amanah Negara (PAN), Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli nampaknya sudah mula belajar mencetuskan kontroversi sensasi.


    Ini dapat disaksikan ketika beliau menyampaikan ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di Taman Seri Manong di sini lewat Rabu yang dihadiri hanya 30 orang termasuk petugas media.

    Barang kali teruja dengan sambutan penduduk yang cukup luar biasa, Ahmad Termizi memberi amaran kepada pengundi di situ agar tekad memilih beliau pada hari pengundian 18 Jun depan dan bukan tiga lagi calon lain.

    Sambil menyifatkan beliau sebagai manusia biasa yang hanya mampu merancang dan berikhtiar, Ahmad Termizi pada mulanya bercakap ‘lapik’ apabila berkata jika kalah ia dianggap sebagai menerima ketentuan qada dan qadar.

    Namun kemudian mendakwa bahawa sesiapa yang tidak mengundi beliau, bersiap sedialah untuk menjawab di hadapan Allah pada hari Akhirat kelak kerana memilih parti yang kononnya sering berlaku zalim ke atas rakyat.

    “Ingatlah kita akan dipertanggungjawabkan di depan Allah nanti. Kenapa abah, atuk tidak berbuat sesuatu semasa diberi peluang untuk membuat perubahan,” tegas Ahmad Termizi seolah-olah mahu memberi tazkirah agama pula.

    Ceramah kemuncak beliau yang juga merupakan penceramah terakhir bermula pukul 11.05 malam dan berakhir kira-kira 11.11 malam itu nyata gagal mendapat sambutan penduduk kawasan perumahan majoriti Melayu tersebut.

    Ini menimbulkan persoalan kerana Naib Ketua PAN Kawasan Kuala Kangsar itu mendakwa ramai saudara-mara beliau menetap di sekitar kawasan Manong yang bukan asing lagi bagi dirinya sendiri. – Mynewshub.cc

    ReplyDelete
  48. Aku tak pasti siapa si hisham ni syok ngan tapi sampai bodoh kayu dia mau membela perbuatan si isteri yang memang tidak ada sebarang jawatan dalam kerajaan, mahupun bekas.

    Dan Budin, aku tengok blog sdr ni mmg dah sangat popular sampaikan ada mamat prop mahu menggunakan blog sdr untuk berkempen. Untuk siapa aku tidak pasti. Tapi untuk bukan siapa sudah terbukti ! Syabas DR !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...