Friday 10 June 2016

SUDAH SAMPAI MASANYA ROSMAH PERLU DIBELIKAN JET KHUSUS


Selain mengenai barang kemas mewah, beg tangan mahal, pakaian gemerlapan, percutian hebat, berbelanja sakan dan pembaziran, isu lain yang kerapkali diperkatakan mengenai Rosmah ialah berkaitan penggunaan jet kerajaan. 

Sejak Najib Razak menjadi Perdana Menteri lebih tujuh lalu, sudah beberapa kali kaitan antara Rosmah dengan jet ini timbul dan menjadi bualan ramai.

Rosmah pula, sejak lakinya menjadi Perdana Menteri,  seolah-olah ada keghairahan tersendiri terhadap jet dan seperti tidak boleh lagi menaiki penerbangan komersil biasa seperti sebelumnya.

Bukan saja ke luar negara, bahkan dalam negara pun kenderaan biasanya ialah jet.

Jika menaiki jet bersama Najib yang memang mempunyai kelayakan menggunakan kemudahan itu, ia mungkin lumrah dan boleh diterima ramai, tetapi menghadiri program Permata pun, Rosmah tetap mahukan kenderaan istimewa membawanya.
Kadangkala bukan setakat isteri menteri-menteri yang turut dibawanya menaiki jet itu, bahkan juga anak-anaknya.

Melalui perbualan dengan beberapa bekas pemimpin UMNO, termasuk yang pernah menjadi menteri, semua mereka mengatakan tiada kelayakan khusus untuk isteri Perdana Menteri menggunakan jet kerajaan.

Yang layak hanyalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri saja. Isteri masing-masing hanya boleh menumpang jika si suami menggunakannya, tetapi tidak boleh menggunakannya secara sendirian.

Ini bermakna jika isteri Perdana Menteri mahu menggunakan jet kerajaan atas keperluan khusus, ia memerlukan kelulusan kerajaan atau kabinet mengenainya. 

Ketua kerajaan atau ketua kabinet ialah Perdana Menteri. Ini bermakna jika Rosmah menggunakan jet, ia adalah atas kebenaran kerajaan atau kabinet yang mana Najib adalah ketuanya.

Sebab itu, di zaman sebelum ini atau ketika Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri, tidak pernah sama sekali kedengaran isu jet ini timbul dan dikaitkan dengan isteri mereka.

Di zaman Mahathir lagi dahsyat, bukan saja Tun Siti Hasmah tidak pernah menggunakannya secara sendirian, anak-anaknya pun dilarang menumpang sama.

Cuma di zaman Pak Lah, walaupun isterinya turut tidak pernah menggunakan kemudahan jet secara sendirian, tetapi anak, menantu dan kaum keluarga dikatakan biasa menumpang sekali.

Perdana Menteri sebelum ini bukan saja tegas dengan prinsip bahawa isteri hanya boleh menumpang kemudahan itu, bahkan mungkin terasa malu untuk meminta kelulusan kerajaan atau kabinet bagi membenarkan isteri mereka menggunakannya.

Sebaliknya, keluarbiasaan ini hanya berlaku di era Najib. Tidak cukup dengan menaiki jet bersama Najib dan menggunakannya secara sendirian atas kelulusan kerajaan atau kabinet, Najib juga pernah pulang ke tanahair dari Hawaii untuk meninjau banjir besar di Pantai Timur pada Disember 2014 dengan menaiki penerbangan lain, manakala jet ditinggalkan bersama isterinya di sana.

Kita mungkin boleh memahami keghairahan dan keinginan Rosmah terhadap jet berdasarkan pakaiannya yang gemerlapan, barang kemasnya yang mewah, beg tangannya yang mahal dan penampilannya yang sentiasa menarik perhatian ramai, maka barangkali tidak sesuai untuk beliau menaiki pesawat komersil bersama penumpang biasa yang lain.

Untuk itu, sudah sampai masanya kerajaan segera menguatkuasakan peraturan bahawa isteri Perdana Menteri juga layak menggunakan kemudahan jet, sama seperti Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Najib yang memiliki sokongan kuat daripada kabinet dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian tidak harus teragak-agak mengusulkan perkara itu memandangkan seperti kata Rizal Mansor, Rosmah telah memberi sumbangan besar kepada negara melalui Permata yang diasaskannya.

Sesuai dengan sumbangan besar Rosmah itu juga, kerajaan perlu membeli sebuah jet lain yang khas untuk Rosmah. Ia hanya untuk kegunaan Rosmah saja dan tidak boleh dikongsi dengan sesiapa. 

Perbelanjaan untuk jet itu juga mesti dibuat tanpa had dan boleh terbang sehingga ke sisi langit sekali pun. Sesiapa juga boleh dibawa menaikinya, tidak kira kawan-kawan, keluarga atau anak menantu.

Cat luar dan kemasan dalaman jet itu juga mesti memenuhi segala citarasa Rosmah serta mampu memberi lebih inspirasi kepadanya untuk membangunkan lagi peningkatan anak-anak bangsa melalui Permata itu.

Yang lebih penting lagi, dengan adanya jet khas itu, Rafizi Ramli tidak akan ada isu lagi untuk mengaitkan Rosmah dengan kemudahan tersebut yang setiap kali ia dibangkitkan, pasti akan membuatkan riuh rendah seluruh negara memperkatakannya.

Rosmah takkan tak setuju dengan idea ini kan, kan, kan....SH 10/06/2016).

36 comments:

  1. Dah dikatakan...duit kerajaan bukan duit rakyat lagi...so...pemimpin kerajaan bolehlah enjoy duit tu....rakyat biar mampus...itu punya macai BN tak sedar lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan marah2 bang, inilah bekalan dan persediaan Rosmah dan Najib untuk Hari Akhirat mereka. Yang ni dia memang laki-bini cari untuk dibuat bekalan, kita boleh berbuat bising sajalah, dia orang yang syok buat bekalan persiapan akhirat.

      Dah dia nak bekalan dia begini, berbuatlah dia sesuka hati semahu laki-bini ni. Teman dah takder kuasa nak larang lagi dah.

      Delete
    2. Betul tu bang!bekalan ka hari akhirat dapat restu penasihat agama pula tu

      Delete
    3. Bekalan, bekalan jugak..
      Ini hak rakyat, dia dok godam pasai apa.
      Nanti Anak Cucu kita jugakkk yg susah.

      Delete
    4. Bekalan, bekalan jugak..
      Ini hak rakyat, dia dok godam pasai apa.
      Nanti Anak Cucu kita jugakkk yg susah.

      Delete
  2. Kepada kerajaan malaysia pimpinan penyangak muntri tlg beli jet yg tidak pernah dinaiki oleh mana2 istri ketua kerajaan dan jgn lupa logo badak dgn birkin.mudah mudahan nasib mh17 atau mh370 dtg ke jet satu ni.

    ReplyDelete
  3. Satu lagi tun dr.siti hasmah dilindungi allah taala.amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun Siti Hasmah wanita yang dihormati. Tidak pernah ambil kesempatan atas nama suaminya, walaupun ketika itu suaminya mempunyai kuasa.

      Cara Tun Siti Hasmah berpakaian sederhana saja, tak bergemerlapan. . Walau tak pakai berlebihan tapi beliau tetap nampak anggun, menarik dan cantik.

      Wanita yang sederhana, suka diamkan diri melainkan ditanya saja. Beliau pandai membawa diri, tak putus beri senyuman, mesra dan sopan dengan masyarakat.

      Tun Siti Hasmah ialah "bonda" kepada masyarakat Malaysia.

      #Respect Bonda Tun Siti Hasmah.

      Delete
  4. guna jet untuk bawa barangan mahal yang dibeli..kargo biasa takut pecah rahsia pulok..

    ReplyDelete
  5. Beli le, apa susah, minyak naik sepoh sen pun cukup bayar ansuran, Tak cukup, ambil dari GST, baru ade style, macam tu pun dapat cabut kalo apa2 terjadi macam zaman marcos, senang gi jumpa anak di America...kalau masuk penjara... Beli je, tak usah pikir panjang 2, bukan tak mampu... Jual Petronas da boleh dapat commission...

    ReplyDelete
  6. If you don't have a voice that forces you back to basics, you're a dangerous person. Or to put it another way: You're at risk, and the people with you are at risk. I'm not a daredevil. I don't fly without a safety net.
    - Steve Wynn

    ReplyDelete
  7. nanti masuk kubur, tanam sekali dengan jet tu..jadi kubur luas..takla rasa sempit sangat kan? ok tak??
    jangan marah..sekadar beri idea je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang paling besar di bumi ini bukan gunung dan lautan, melainkan hawa nafsu kita yang jika gagal dikendalikan maka kita akan menjadi penghuni neraka. (Al-Ghazali)

      Delete
    2. Jangan lupa tanam sekali dgn Birkin2...emas,intan
      permata..pearl...etc...rambut sarang tebuan...jam..
      kasut...apa punya nafsu gelojoh,tamak...spesis
      unik ni??

      Delete
  8. Papan iklan yang menempelak BN dan PAS di Sekinchan telah dibuat dan dinaikkan oleh DAP , akui pengerusi parti itu bagi negeri Selangor, Tony Pua.

    "Ia dibuat oleh kami. (Kami meletakkannya) petang ini, " kata Pua kepada Malaysiakini.

    Tony mempertahankan tindakan tersebut, terutama bagi papan iklan yang memetik ungkapan kontroversi Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.

    "Kami hanya menonjolkan fakta bahawa apa yang dia (Jamal) sebagai Ketua Umno Sungai Besar katakan mengenai orang Cina."Kami mahu mengetengahkan isu-isu ini . Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan ia melanggar peraturan pilihan raya selepas menerima adun dan papan iklan telah diturunkan," kata Pua.

    Papan iklan Jamal itu memaparkan perkataan 'Panggil Cina babi tidak salah' dalam Bahasa Melayu dan Cina.

    ReplyDelete
  9. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mendakwa AMANAH bertanding di PRK Kuala Kangsar semata-mata untuk melawan PAS.

    Katanya, ia berbeza dengan pendekatan BN yang mahu berkhidmat untuk rakyat dan meneruskan perjuangan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

    “Saya rasa AMANAH ini bertanding untuk melawan PAS sebab dia serpihan daripada parti itu kerana dia tidak setuju dengan parti itu. Jadi bila lawan PAS dia juga lawan BN, dia nampak PAS dan BN macam bersama. Itu sahaja.

    “Bukan kerjasama, sebab PAS pun bertanding. Jadi pada saya itu masalah dia.





    “Pada kita di BN kita bertanding sebab pengundi dan niat untuk teruskan kerja-kerja Allahyarham. Bagi kita tidak fikir sesiapa pun lawan kita,” katanya selepas meninjau Bilik Gerakan BN di Kuala Kangsar hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas papan iklan gergasi berundur provokasi dan fitnah menunjukkan BN dan PAS seolah-olah bergabung.

    Papan iklan itu tertera logo syarikat 1MDB dengan slogan ‘BN PAS Sehati Sejiwa, Rasis Rasuah Sama Sekali’ di atas kepala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

    Dalam pada itu, Ahli Parlimen Muar itu berkata, AMANAH dan PAS juga dilihat cuba menarik pengundi untuk menewaskan pihak lawan.

    “Dia sedang berebut undi sesama dia. Siapa yang bekerja lebih dan membuat strategi betul dia akan dapat, tetapi dalam kumpulan yang tidak sama,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah masalahnya dengan pihak PAS dan BN ,isu sekarang ialah rakyat hidup dalam desakan kos hidup tinggi tapi pemimpin negara dengan sikap tiada AMANAH melakukan pembaziran dengan membiar isteri dan anak nya mengunakankan JET pribadi yang ditangggung rakyat melalui kerajaan bernilai RM 47 juta kos perjalanannya ,Tapi malangnya pihak PAS yang melacurkan agama utk perjuangan parti mereka memekak telinga dengan mengalih isu cerita pasal Amanah lwn Pas.

      Sebenarnya Amanah mewakili deklirasi rakyat dan menentang mungkar yang dilakukan pemimpin BN dan disokong PAS. Sedar la sikit wahai pemuja dan pengikut PAS dan tolong ada rasa malu la sikit kepada negara negara luar yang mana imej islam tercemar dengan perbuatan najib ini kerana nilai nilai daulah islamiah atau kenegaraan islam yang digariskan oleh sarjana islam iaitu bapa ilmu antropologi dan politikus islam Ibn Kaldun mengariskan bahawa kenegaraan islam berpaksikan kepada AMANAH ,KEADILAN dan KEBAJIKAN rakyat faham ini bukan perkara perkara cabang yang boleh dijalankan kemudian setelah tiga cabang utama tersebut dilakukan dengan sempurna dan menyeluruh,
      Tapi PAS faham kita tak mampu lakukan maka diikut cara khawarij untuk menentang saidina Othaman dengan mengutamakan Hudud yang mereka tahu boleh menganggu gugat pentadbiran khalifah Othman,ini lah puak puak pengkianat dalam islam kerana ingin merebut kuasa.

      Malangnya umat islam sering tertipu kerana tiga cabang utama yang digariskan oleh Ibn Kaldun tersebut diamalkan oleh negara negara maju yang kita kata negara kafir ini seperti Finland ,Switzerland,Jepun ,Norway ,Sweden d.l.l pemimpin mereka berintegriti akan letak jawatan sekiranya ada tomahan bukan lagi tuduhan dimakamah ,Negara mengamalkan keutamaan kebajikan rakyat yang tinggi dan sistem keadilan yang cukup telus dan instituisi undang undang yang tidak tercemar.

      Malangnya kebanyakan negara islam sekarang mengamalkan etika kufar zaman jahiliah ,dimana kepimpinan detiktor diamalakn ,pemimpin boleh sesuka hati melakukan pembaziran keatas harta negara untuk isteri dan keluarga ,mengaut kekayaan dengan tamak(negara arab dan Najib)walau pun sedar sebenarnya hasil negara adalah juga hak rakyat ,melakukan penyelewengan undang undang dengan bertindak zalim memecat dan mengambil tindakan undang undang keatas sesiapa yang menjalankan siasiatan keatas penyelewengan yang dilakukan.Malah hanya pemimpin saja yang duduk diatas undang undang dan rakyat dikianati.
      ini lah rupa negara islam ditambah pula golongan agamawan membantu menutup segala penyelwengan dengan cuba mengalih isu kepada perkara lain seperti hudud dan sebagainya perkara paling utama yang wajib diperjuangkan cuba ditutup dan dilupakan adakah ana pun menjadi pemakan dedak.

      Delete
    2. Ini lah masalahnya dengan pihak PAS dan BN ,isu sekarang ialah rakyat hidup dalam desakan kos hidup tinggi tapi pemimpin negara dengan sikap tiada AMANAH melakukan pembaziran dengan membiar isteri dan anak nya mengunakankan JET pribadi yang ditangggung rakyat melalui kerajaan bernilai RM 47 juta kos perjalanannya ,Tapi malangnya pihak PAS yang melacurkan agama utk perjuangan parti mereka memekak telinga dengan mengalih isu cerita pasal Amanah lwn Pas.

      Sebenarnya Amanah mewakili deklirasi rakyat dan menentang mungkar yang dilakukan pemimpin BN dan disokong PAS. Sedar la sikit wahai pemuja dan pengikut PAS dan tolong ada rasa malu la sikit kepada negara negara luar yang mana imej islam tercemar dengan perbuatan najib ini kerana nilai nilai daulah islamiah atau kenegaraan islam yang digariskan oleh sarjana islam iaitu bapa ilmu antropologi dan politikus islam Ibn Kaldun mengariskan bahawa kenegaraan islam berpaksikan kepada AMANAH ,KEADILAN dan KEBAJIKAN rakyat faham ini bukan perkara perkara cabang yang boleh dijalankan kemudian setelah tiga cabang utama tersebut dilakukan dengan sempurna dan menyeluruh,
      Tapi PAS faham kita tak mampu lakukan maka diikut cara khawarij untuk menentang saidina Othaman dengan mengutamakan Hudud yang mereka tahu boleh menganggu gugat pentadbiran khalifah Othman,ini lah puak puak pengkianat dalam islam kerana ingin merebut kuasa.

      Malangnya umat islam sering tertipu kerana tiga cabang utama yang digariskan oleh Ibn Kaldun tersebut diamalkan oleh negara negara maju yang kita kata negara kafir ini seperti Finland ,Switzerland,Jepun ,Norway ,Sweden d.l.l pemimpin mereka berintegriti akan letak jawatan sekiranya ada tomahan bukan lagi tuduhan dimakamah ,Negara mengamalkan keutamaan kebajikan rakyat yang tinggi dan sistem keadilan yang cukup telus dan instituisi undang undang yang tidak tercemar.

      Malangnya kebanyakan negara islam sekarang mengamalkan etika kufar zaman jahiliah ,dimana kepimpinan detiktor diamalakn ,pemimpin boleh sesuka hati melakukan pembaziran keatas harta negara untuk isteri dan keluarga ,mengaut kekayaan dengan tamak(negara arab dan Najib)walau pun sedar sebenarnya hasil negara adalah juga hak rakyat ,melakukan penyelewengan undang undang dengan bertindak zalim memecat dan mengambil tindakan undang undang keatas sesiapa yang menjalankan siasiatan keatas penyelewengan yang dilakukan.Malah hanya pemimpin saja yang duduk diatas undang undang dan rakyat dikianati.
      ini lah rupa negara islam ditambah pula golongan agamawan membantu menutup segala penyelwengan dengan cuba mengalih isu kepada perkara lain seperti hudud dan sebagainya perkara paling utama yang wajib diperjuangkan cuba ditutup dan dilupakan adakah ana pun menjadi pemakan dedak.

      Delete
    3. Parti Amanah yg tak Amanah ni mcm bini kena cerai. Bila kena cerai talak tiga, mula la die menjajah keburukan ex-husban kepelusok kampung.

      Delete
    4. Lan,
      Berapa gaji dpt dari PAN? Rajin sangat promote "frying" PAN..

      Delete
  10. Elok benar Najib letak jawatan...n Rosmah jd AP dan Perdana Menteri Malaysia.

    ReplyDelete
  11. En din tak berasa loya ke bila menulis cadangan beli jet utk rosmah. Kita yg baca ni pun dah nk muntah dengan kebejatan ini.

    ReplyDelete
  12. Idea yg sangat baik abg din. Nak elak dari kak long terus dikutuk dan difitnah berterusan. Elok sangat kak long rosmah dibelikan sebuah private jet. Senang dia nak kehulu kehilir merata dunia. Takyah pakai jet kerajaan. Dia pun banyak award nak terima lepas ni atas kejayaan permata. Rizal Mansor pun boleh jadi chief stewatd.
    Rakyat bangsat buat foundation atau NGO kena raise fund sendiri utk tampung activiti tapi Permata ni ada allocation dari kerajaan. Tak hebat ke permata ni. Yearly budget to spend. Permata nilah kurniaan kak long rosmah kat kita rakyat semua. Bersyukurlah kita dengan adanya kak long rosmah ni. Dengan itu kita patut desak najib dan kerajaan utk belikan isterinya jet peribadi. Kalau kita lambat desak, menteri2 yg prihatin macam Mat Maslan, Rahman Dahlan, Nazri Aziz dan yg terhebat sekali Salleh tak Keruan akan desak dulu. Cepatlah wahai rakyat !!!!

    ReplyDelete
  13. Din, knp nk krajaan belikan pulak. 4.3 bil ade dlm akaun pribadi. Dia boleh beli jet sendri utk wife dia nk kehulu kehilir. Rete tu xabis mkn dek anak cucu. Jdi sy cdgkn beli sendri tuk kgunaan peribadi elak fitnah. Mcm najib.. tringin 'the beast' bknnya xmampu. Sgt2 trmampu. Bila lg nk tunjuk kekayaan kt serata dunia? Rakyat miskin ni tringin nk tgk jet n the beast atas jln malaysia.. bla lg??

    ReplyDelete
  14. Para-para pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kasi ajar sama UMNO/PAS/BN ini kali!

    ReplyDelete
  15. ROSMAH terpaksa menggunakan executive jet kerana TANDAS pesawat komersial terlalu kecil mangkok tandas nya. Tak muat untuk bontot yang size XXXL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai ..nasib tak terbatal puasa saya bang. Terlalu unik pandangan abg tu. Betul jugak sekali pikir. Tulah pasal kena beli jugak jet ni. Memang kena customized mangkuk tandas tu bang.

      Delete
  16. Rakyat terusan di perbodohkan politik rasuah wang

    ReplyDelete
  17. Salam ramadan,

    PM Najib dng.tegas menyuruh anak perempunnya dan isterinya turun dari kapal terbang tersebut sebab ia adalah hak negara perlu minta kebenaran rakyat.

    Dengan nada sedih tetapi tegas PM Najib berkata kpd isterinya semasa aku menarik tangan anak ku suruh turun dari kapal terbang aku seolah menghumbankan mereka kelaut tetapi aku lebih takut azab api neraka.

    Macam cerita khalifah Omar Abd.Al Aziz (717-720 H) Bani Umaiyah, dgn. anak bongsunya dan sebiji epal dari baitulmal.

    PM Najib semestinya tahu bahawa api neraka itu bukan warnanya merah atau biru atau putih tetapi warna hitam.Api warna ini tidak terdapat dimuka bumi kerana terlalu panas dan boleh mendatangkan bencana dan kerosakan.

    ReplyDelete
  18. Salam ramadan,

    PM Najib dng.tegas menyuruh anak perempunnya dan isterinya turun dari kapal terbang tersebut sebab ia adalah hak negara perlu minta kebenaran rakyat.

    Dengan nada sedih tetapi tegas PM Najib berkata kpd isterinya semasa aku menarik tangan anak ku suruh turun dari kapal terbang aku seolah menghumbankan mereka kelaut tetapi aku lebih takut azab api neraka.

    Macam cerita khalifah Omar Abd.Al Aziz (717-720 H) Bani Umaiyah, dgn. anak bongsunya dan sebiji epal dari baitulmal.

    PM Najib semestinya tahu bahawa api neraka itu bukan warnanya merah atau biru atau putih tetapi warna hitam.Api warna ini tidak terdapat dimuka bumi kerana terlalu panas dan boleh mendatangkan bencana dan kerosakan.

    ReplyDelete
  19. Sudahlah Najib & Rosmah you all nak buat apa saja lantaklah,rakyat nak marah pun tak guna kami tak ada kuasa,,you all hebat nak buat apa saja pun boleh kami tak ada kuasa untuk melarangnya tapi percayalah you berdua akan turun tahta kerajaan dengan cara yang paling hina sekali...!!! The day will soon come...!!!!

    ReplyDelete
  20. Dicadangkan agar isteri pm di beri kemudahan sama dgn pm layak dibayar gaji isteri pm layak luluskan projek layak hadir mesy kabinet bahkan apa juga rancangan kerajaan mesti diluluskan oleh isteri pm baru hebat pm dan menteri ikut saja semoga berjaya

    ReplyDelete
  21. Dicadangkan agar isteri pm di beri kemudahan sama dgn pm layak dibayar gaji isteri pm layak luluskan projek layak hadir mesy kabinet bahkan apa juga rancangan kerajaan mesti diluluskan oleh isteri pm baru hebat pm dan menteri ikut saja semoga berjaya

    ReplyDelete
  22. Aku tak faham dengan penyokong Umno ni,dah nampak terang lagi bersuluh kemungkaran,kejahatan pemimpin termasuk ahli keluarga,tapi masih jugak nak sokong undi Umno. Tapi apa nak dihairan kan,kebanyakan ahli perwakilan umno ni semua kontraktor pemakan dedak,dapat bisnes pakai kabel saja bukan atas kebolehan sebenar. Dah nama pemakan dedak,terpaksa sokong bontot pemberi dedak baru dapat kemewahan yang dorang nak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...