Friday 24 June 2016

MUHYIDDIN & MUKHRIZ DIADILI MACAM MAHKAMAH RIMBA, SEBAIKNYA SHAFIE SEGERA KELUAR UMNO TANDA SOLIDARITI


Kedudukan Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal yang menjadi perhatian dan tanda tanya sejak hampir setahun yang lalu berakhir hari ini. Muhyiddin dan Mukhriz dipecat serta merta daripada UMNO manakala Shafie digantung jawtannya sehingga laporan mengenai salah lakunya disiapkan oleh Jawatankuasa Disiplin.

Di ketika yang sama Najib juga mengumumkan pemberhentian segala bantuan kerajaan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana yang diterajui oleh Tun Mahathir Mohamad.

Pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz walaupun menurut Najib mendapat persetujuan sebulat suara  Ahli MT UMNO, tetapi ia secara jelas menggambarkan ketidakberanian Presiden UMNO itu untuk berdepan secara anak jantan dengan kedua-dua pemimpin tersebut.

Tidak seperti Tun Mahathir yang memberi ruang seluas-luasnya kepada Anwar Ibrahim membela diri sebelum MT UMNO bersetuju memecatnya pada 1998, Muhyiddin dan Mukhriz sebaliknya tidak diberi sebarang ruang untuk berbuat demikian.

Tengku Adnan sebelum ini ada mengatakan kes Muhyiddin dan Mukhriz tidak diproses oleh Lembaga Disiplin, tetapi dikembalikan kepada MT UMNO untuk membuat keputusan kerana ia dianggap kes berprofil tinggi.

Oleh itu, mereka tidak diberi sebarang surat tunjuk sebab, tidak diberi peluang membela diri, bahkan dikeluarkan beberapa bulan sebelum ini daripada MT UMNO dengan Muhyiddin digantung jawatan Timbalan Presidennya dan Mukhriz terlucut sebagai ahli MT sebaik jawatan Menteri Besar Kedah tidak lagi disandangnya.

Dalam erti kata lain, mesyuarat MT yang memutuskan pemecatan mereka hari ini tidak lebih umpama mahkamah rimba di mana hanya ada Najib selaku Ketua Hakim dan mungkin Tengku Adnan sendiri selaku pendakwaraya yang membariskan beberapa senarai pertuduhan terhadap Muhyiddin dan Mukhriz. Ahli-ahli MT pula umpama juri yang akan mengundi secara angkat tangan dan tidak mungkin berani berbeza pendirian di depan Ketua Hakim.

Yang dituduh bukan saja tidak ada peluang membela diri, tidak tahu secara spesifik apa dan berapa kertas pertuduhan, bahkan tidak diberitahu pun tarikh perbicaraan. Tahu-tahu diumumkan sudah dipecat dengan persetujuan semua juri-juri,  itu pun beritanya hanya diketahui melalui maklumat daripada portal berita dan media sosial yang paling awal menghebahkannya.

Begitulah hebatnya Pahlawan Bugis menguruskan UMNO sekarang ini.

Dalam kes Shafie Apdal, Najib mengumumkan Naib Presiden UMNO itu digantung jawatannya dahulu sementara menunggu Jawatankuasa Disiplin UMNO menyiapkan laporan mengenainya.

Kenapa kes Muhyiddin dan Mukhriz diadili berbeza dengan Shafie?

Mengapa Muhyiddin dan Mukhriz terus dipecat tanpa dihadapkan kepada Lembaga Disiplin, tetapi Shafie digantung terlebih dahulu sementara laporan mengenainya disiapkan?

Mengapa Shafie tidak terus dipecat, sama seperti Muhyiddin dan Mukhriz? 

Kalau Shafie ditunggu laporannya, adakah Muhyiddin dan Mukhriz disediakan laporannya juga?

Dalam hal ini, adalah terpuji jika Shafie terus mengumumkan segera keluar daripada UMNO kerana tiada gunanya lagi beliau berada bersama parti Najib itu. Lambat laun beliau akan dipecat juga akhirnya.

Secara umumnya, semua tindakan yang dihadapkan terhadap Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz hari ini membuatkan mereka tidak ada pilihan lain lagi selain terus berperang secara terbuka untuk menyingkirkan Najib dengan apa cara dan dengan segala kekuatan yang ada.

Jika Najib gagal disingkirkan sebelum pilihanraya, usaha seterusnya ialah PRU 14 yang kira-kira dua tahun lagi tempoh masanya dari sekarang. Dengan apa cara sekali pun, ketiga-tiga mereka mesti terus berjuang bersama Pakatan Harapan untuk memastikan UMNO serta BN berjaya dikalahkan dan Najib akhirnya dapat disingkirkan.

Hanya itu satu-satunya cara yang tinggal jika mereka masih kekal dengan keyakinan bahawa Najib adalah beban dan perosak kepada negara ini. (SH 24/06/2016).

48 comments:

  1. Kah kah kah...walhasil balek kepada diri mereka sendiri. Balasan utk Najib belum tiba mase ag. Mahathir kena Halau, Muhyidin n Mukriz mati beragan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hal dipecat tu hal peribadi diorang. Takde kena mengena dgn rakyat. Rakyat awal2 lg dah rasa musibah berPMkan najib..patutnya diorang join rakyat sejak mula dipinggirkan umno. Prestasi BN pada pru 2013 lebih teruk dari 2008, ingat senang2 ke najib nak buat magic capai kejayaan macam tahun 2004? Jgn mimpi la..menteri umno siap bg kenyataan nak pilihanraya awal berdasarkan keputusan di sg bsr & kk. Kahkahkah..betul2 tak cermin diri.

      Delete
  2. Sdr budin,
    Nampak sangat najib dan pemimpin rasuah dlm umno dah naik bongkak dan riak sebab menang prk yg lepas,dgn yakin terus memecat kedua dua TS muhyidin dan muhkriz tampa beri tunjuk sebab.Rasa nya memang tiada faedah pun mereka tunggu dlm umno yg bukan parti umno tp parti menjarah harta negara.

    Cuma selepas ini apa langkah seterusnya utk mereka berdua terus survive dlm politik,ada kah nak buat parti baru atau bersama sama pembangkang.

    Saya rasa ini lah pertama kali dlm sejarah umno pemimpin dipecat tampa diberi peluang bela diri,walau pun Tun M pernah dipecat Tengku tapi Tun M ketika itu bukan la pemimpin atasan,Anuar dipecat diberi ruang untuk bela diri,malah beliau pun ketika itu sudah ada kes polis dan ditudoh bawah salah guna kuasa beliau marah sebab Tun M tak mahu tutup kes ini dan mula lah episod tertubuh PKR.

    Begitu juga dgn musa hitam dia berhenti atas perletakan jawatan,tg razaliegh pula keluar umno kerana kalah PAU dan memang tiada kejadian seperti apa yg berlaku pada muhyidin dan muhkriz.

    Harap insiden hari dpt menjelaskan lagi rupa umno bawah najib dan kuncu kuncunya,begitu juga berkenaan menarik balik semua kemudahan pd Tun M bagi saya tiada kesan kepada individu yg ada maruah yg berjuang semata mata kerana negara,kalau Tun M mahu senang dan mewah lebih baik duduk diam macam pak lah,tapi jenis org bermarwah dan tidak boleh melihat mungkar berlaku keatas negara maka perjuangan beliau tidak pernah selesai,sejak dulu zaman tg sehingga la sekarang saya rasa Tun diakhir hayat akan sentiasa hidup berjuang.

    ReplyDelete
  3. Sdr budin,
    Nampak sangat najib dan pemimpin rasuah dlm umno dah naik bongkak dan riak sebab menang prk yg lepas,dgn yakin terus memecat kedua dua TS muhyidin dan muhkriz tampa beri tunjuk sebab.Rasa nya memang tiada faedah pun mereka tunggu dlm umno yg bukan parti umno tp parti menjarah harta negara.

    Cuma selepas ini apa langkah seterusnya utk mereka berdua terus survive dlm politik,ada kah nak buat parti baru atau bersama sama pembangkang.

    Saya rasa ini lah pertama kali dlm sejarah umno pemimpin dipecat tampa diberi peluang bela diri,walau pun Tun M pernah dipecat Tengku tapi Tun M ketika itu bukan la pemimpin atasan,Anuar dipecat diberi ruang untuk bela diri,malah beliau pun ketika itu sudah ada kes polis dan ditudoh bawah salah guna kuasa beliau marah sebab Tun M tak mahu tutup kes ini dan mula lah episod tertubuh PKR.

    Begitu juga dgn musa hitam dia berhenti atas perletakan jawatan,tg razaliegh pula keluar umno kerana kalah PAU dan memang tiada kejadian seperti apa yg berlaku pada muhyidin dan muhkriz.

    Harap insiden hari dpt menjelaskan lagi rupa umno bawah najib dan kuncu kuncunya,begitu juga berkenaan menarik balik semua kemudahan pd Tun M bagi saya tiada kesan kepada individu yg ada maruah yg berjuang semata mata kerana negara,kalau Tun M mahu senang dan mewah lebih baik duduk diam macam pak lah,tapi jenis org bermarwah dan tidak boleh melihat mungkar berlaku keatas negara maka perjuangan beliau tidak pernah selesai,sejak dulu zaman tg sehingga la sekarang saya rasa Tun diakhir hayat akan sentiasa hidup berjuang.

    ReplyDelete
  4. Langkah Najib lps ni...
    Adakan pemilihan dlm parti.
    Kekal @ naikkan Zahid.
    Semuanya dilakukan tanpa takut nama TSMY dicadangkan semada pemilihan.
    Sebenarnya Najib masih takut pada pengaruh TSMY dlm UMNO.

    ReplyDelete
  5. tiada siapa yg bolih mengongcang kedudukan najib kecuali ds zahid sekarang. jika dia keberatan maka tiada jln melainkan menjatuhkan regim rosmah/najib dlm pru 14 nanti.

    usaha menggempur kawasan parliament Pekan perlu d mulai dari sekarang. saya sudah nyatakan bahawa selaku anak kelahiran Pekan, saya bersedia membantu . jika tiada calun yg sesuai maka saya rela menawarkan diri utk menentang najib melalui PKR atua pun PAN.

    menjadi 'arm chair critic' sudah tidak memadai lagi. kita harus sama2 membanting tulang dan berkorban apa saja utk menyelamatkan UMNO n Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jauh dari Pekan dan tidak ada apa-apa jawatan dalam mana-mana parti. Jadi saya cuma mampu doakan semoga usaha encik diperudahkan Allah. Amiiin.

      Delete
    2. Saudara Rahman.
      Maaf bertanya, saudara ada berapa juta Rm dalam akaun bank? Jika ada banyak Rm insyaAllah ada peluang untuk menang. Jika taak ada, baik lupakan saja niat tersebut.

      Delete
  6. Nampak gayanya pemerintah ni dah jadi lagi teruk dari zaman firaun !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini yang sepatutnya dilakukan. Sapa2 pun akan buat begini. Sekarang Najib sudah menguasai Umno 100%. Cash is king. Semua sudah jadi pak turut. InsyaAllah keadaan ini akan kekal sehingga PRU 14.

      Delete
  7. Ayuh bangsa Johor...bersolidariti dan memberi sokongn kpd TSMY, jelmakan 'Muafakat Johor' penegak kebenaran..
    Hancur negara jika dibiarkn berterusan dek pemimpin rasuah dan skandal terbesar 1MDB merentasi sempadan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua dah kenyang. Muhyidin jatuh pun dia orang peduli apa. Muhyidin sudah terlambat 1 tahun yg lalu.

      Delete
  8. Najib sudah menjadi maharaja Lela,,sama macam Namrud,Fir'aun,Abu Lahab dan Abu Jahal tiada beza,,jahatnya minta ampun luar biasa sangat-sangat,,mempunyai hati kaudu Yahudi Laknatullah,,moga-moga datanglah bantu dari pencipta kita Allah Azza Wajallah segera....!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam bulan Ramadan ini, terbukti akhlak hina yang ditunjukkan oleh Najib ini datang daripada hawa nafsu jahat dirinya sendiri. Dia tak boleh nak salahkan syaitan yang kena ikat dalam bulan yang mulia ini.

      Delete
    2. Inilah yang sepatutnya dilakukan Najib jika ingin kekal berkuasa. Sekarang musuh sudah tiada. Di samping itu ia juga menjadi amaran kepada sesiapa yg berani menentang beliau. InsyaAllah, Najib akan selamat sehingga PRU 14.
      Silap2 boleh continue sehingga PRU 15 sebab pembangkang juga dalam keadaan kucar kacir.

      Delete
  9. Kalu nak bersatu lawan najib biar cara melayu. hanya melayu jgn ada komunis DAP diajak lawan melayu, sbb melayu di kampung tak suka tu. Melayu mesti lawan dengan melayu jgn bawa musyrik cina DAP, MCA dan Gerakan. Cina ni semua serupa cuma kulit je lain lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu mental mcm nie tak yah bagi komen lah pak anon 0203 bodoh oii...habis yang melingkupkan negara segala macam bagai org cina punya pasal ke?? bodo tak boleh di ajar...

      Delete
  10. Ayuh johor keluar malaysia

    ReplyDelete
  11. Negeri negeri di malaysia patut keluar malaysia

    ReplyDelete
  12. bukan britain je exit brexit tu muhyiddin dan mukhriz pun di muhyiddxit dan mukhrizxit jgk.johor dan kedah bile nak follow johorxit dan kedahxit dari bn?ke nak terus mereput bawah bn umno mca mic gerakan sampai mampus dan jahanam malaysia ni?tepuk dada tanya selera masing2.pru 14 lepas raye kate jibby razak.tahun ni mmg taklah tahun depanlah tu.bile nak mengundi tu nanti gunelah otak dgn bijak bukan dgn lutut dan bontot.dah tau parti umno dan pas tu jenis perkauman tak payah pergi undi lagi.selagi ade pengundi seperti anda yg undi parti rasis perkauman umno dgn hidup melayunya dan pas dgn gule2 islam dan hududnya sampai bile pun bn takkan tumbang dari memerintah negare ini.jgn komplain itu tak betul ini tak kene jike bn masih terus berkuase membabi bute lps pru 14.anda yg undi andalah yg tentukan.biar rugi sekarang janji malaysia ni untung jangke panjang bebas dari cengkaman bn.

    ReplyDelete
  13. Yg aggressive Skrg mahathir je Yg lain Mcm lepas batuk Kat tangga, mungkin masih Ada Sisa dedak lagi
    Ayohhh geng Yg di Pecat be a hero or zero

    ReplyDelete
  14. Muhyiddin dan Mukriz harus bangkit segera dan bertindak jangan dok termenong 24jam tak akan datang kan hasil

    ReplyDelete
  15. Kes anwar dan muhyiddin/mukhris berbeza

    Memanglah Anwar dipanggil untuk memberi penjelasan sebab kes dia masa tu tak semua org tahu.

    Tapi kes 2 org ni terlalu obvious!!Tak perlu panggil pun org dah boleh buat keputusan...

    Lepas tu kata Najib atau MT tak berani...apa punya komen la si shahbudin ni...tak cerdik!!!

    ReplyDelete
  16. Din, bangsa johor yg dok kata depa org johor and bangga dng bangsa johor senyap Aja ?
    Mana pie suara org johor ???
    Amatlah memalukan sekali Kalau umno JOHOR pun jadi cam mat maslan !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payahlah nak kenegerian sangat...

      Org Johor bukan bodoh..kalau dah pengkhianat memang patut kena singkir.

      Bukan belakang belakang, buat depan depan. semua orang tahu....

      Mahathir lagi cerdik. Dia keluar UMNO dulu baru duduk dgn pembangknag. Tapi yang dari Johor ni, memang tak tahu malu.

      Masih jadi UMNO tapi duduk sama pembangkang nak jatuhkan pemimpin Malaysia /UMNO secara tidak sah...

      Nak bukti apa lagi??? kes macam ni perlu panggil dia ke?? dah jelas sangat!!!

      Delete
    2. nampak sangat hang nie drp golongan pemakan dedak yg melahaq....
      kami ingat org johor akan bangkit lawan penamun and penyangak no 1 unfortunately....nampak sangat bangsa johor hanya pandai bersuara gah saja....NO ACTION !
      silap silap dedak pun dah ditabur disekitar pagoh ???
      menteri amaran hisham, pengkid, 3.85, kaprawi bengong khalid and a few others...boleh di ikiraf bangsa johor lagi ka ???
      pemecatan cara yg well known....serupa cam nak saman hari selasa....tak ada teloq and penakut .
      kita akan pastikan UMNO dikuburkan soon....

      Delete
  17. Malaysia jadi huru hara sebab org pengkhianat macm ni...anak bapak pun sama....ingat anak boleh nasihat bapak yg dah nanyuk, tapi dia pun sama..

    sedih!!...org melayu bercakaran dan menjatuhkan pemimpin yg dipilih oleh rakyat...

    Tunggu ajelah PRU 14....

    kepada shahbudin, tak perlu lah jadi batu api...

    Kalau tak suka dgn Najib, itu lu punya pasal lah

    Mana ada pemimin yg perfect 100 %

    Kau ingat Mahathir tu bagus sgtke???

    Zaman dia semua media dia control. Tak ada internet. Semua kesalahan/salah laku tak tersebar dan rakyat tak tahu...Kalau nak diungkit kembali mungkin Mahathir akan masuk penjara...

    Tapi nasib baiklah, org zaman skrg ada hati dan perasaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tu anon 6.10 Tun M la zamannya intenet di diperkenalkan secara meluas, tiada satu pun berita portal disekat dan ditarik lesen macam najib buat sekarang keatas the edge.Kalau Tun M memang melakukan jenayah dan salah takbir dah lama dah Anuar bawa keluar bukti terutama dizaman pak lah kerana Tun M tiada kuasa dan pak lah pun memang meluat dgn Tun M tapi malang nya semua fitnah dan ciptaan Raja petra kamarudin di jaja PAS dan puak anuar sehingga sekarang pun Najib takut nak bawa Tun kemakamah.

      Delete
  18. Dah jangka.. Di pecat lepas pilihan rya supaya tak beri kesan pada pilihanaya kecil.. Dan dibuat dibulan ramadan yg org ramai lebih sibuk dgn amalan ramadan. Dan fakus raya.. Mahathir.. Muhyidin dan mukhris patut tumpu pada siasatan terhadap najib.. Sekarabg masa dedah segala2nya tentang masalah najib (bukan peribadi).. Kalu ada bahan2 surat atau bukti jelas kesalahan najib.. Pamerkan dikhalayak umum.. Serang dgn lebih keras.. Buat kerjasama dgn negara luar yg ada lebih maklumat.. Dedah semuanya.. Wujudkan lebih byk persoalan.. Tumpu

    ReplyDelete
  19. PRU14 Mohd Najib Abd Razak dan Regimnya akan kekal berkuasa. Ini kerana:

    1. Akta 355 membolehkan UMNO mendapatkan kerjasama PAS menyokong usaha persempadanan semula. Masjid-masjid di seluruh Malaysia (di negeri dikuasai BN mahupon PH) mula mendendangkan (ketika khutbah dan tazqirah Ramadhan) keperluan menyokong usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah dan RUU (Persendirian) Haji Abd Hadi Awang. Yang peka akan sedar khutbah dan tazqirah tersebut tujuannya menyelit agenda permusuhan. Secara halus jarum 'penyatuan ummah' diguna untuk meningkatkan kebencian umat Islam terhadap 'penentang' pindaan Akta 355. Ia tidak lain ditujukan kepada pemimpin DAP dan parti-parti yang bekerjasama dengannya (Amanah dan PKR) sekalipon bukan rahsia parti-parti kafir dalam BN lebih awal menentang pemerkasaan Undang-Undang Syariah di Malaysia. Malapportionment dan gerrymandering terbukti sentiasa memenangkan BN. 1 kerusi Parlimen Seputeh bersamaan 7 kerusi Parlimen Putrajaya. BN akan berusaha mewujudkan kerusi baharu untuk mengimbangi kekuatan pembangkang. PAS ada sumbangan besar ke atasnya!

    2. Memperdaya pengundi Melayu dengan agenda 'negara Islam' versi UMNO-PAS. Sekalipon Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat berulang kali mengingatkan partinya agar berhati-hati tidak dipatuk ular dilubang yang sama dua kali, Haji Haron Din dan Haji Hadi tidak menghiraukannya. 'Istiqamah dalam perjuangan' hanya terletak di bahu penyokong buta sedang pemimpin 'ulama' mencari dan menggunakan jalan pintas untuk berkuasa (baca memenuhi matlamat peribadi) dan ke syurga!

    3. Api perkauman disemarakkan dengan hebat sedang pemimpin UMNO bercium mulut dan berpelukkan mesra dengan tauke kaum Cina dan India. Seluruh jentera kerajaan digunakan untuk melaga-lagakan kaum secara hipokritnya. Rakyat dibawah diasuh bercakaran ketika pemimpin Melayu beragama Islam UMNO (tidak terkecuali sebahagian dari PAS) tidur sebantal dengan pemimpin dan saudagar kafir. Perkauman juga senjata terbaik BN untuk kekal berkuasa dan kali ini PAS juga ada sumbangan besar ke atasnya! Mereka menjadi agen baharu Regim bukan sahaja menghasut dan mewujudkan permusuhan kaum malah agama.

    (bahagian 1)

    ReplyDelete
  20. 4. SPR, SPRM, PDRM dan Jabatan Kehakiman akan dirantai lebih hebat selepas ini. Penjawat awam yang jujur dan setia kepada tanggungjawab dipindah, dibersara awal, diberhentikan, diugut dan paling malang ditamatkan riwayat dengan tujuan menghalang mereka untuk terus amanah. Yang tinggal adalah si dungu jelak yang tidak mampu berfikir kesan baik buruk tindakan dengan mengia dan melaksanakan segala suruhan.

    5. Hutang negara membarah ke tahap malignant. Najib akan terus meminjam untuk digunakan sebagai dedak ditabur kepada pengikut setianya, penagih dedak dan warga terdesak. Regim mengekalkan budaya meminjam dan berbelanja di luar kemampuan sehingga negara menjadi 'next Greece'. Sekali lagi PAS ada sumbangan besar ke atasnya (sepertimana mereka memuji Belanjawan 2016 dan mempertahankan kerosakkan fiskal yang dimulakan Najib).

    6. BN kembali mendapatkan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Mewujudkan pertandingan 3 penjuru hanya memecahkan undi pembangkang dan ia terbukti cara terbaik memenangkan Najib. Kalah pilihanraya tidak semestinya kalah mendapat kuasa. Pemimpin PAS akan diberi akses seluasnya melalui pintu belakang. Belumpon PRU14 sudah ada pemimpinnya mendapat habuan jawatan. BN mendapat suara besar di Parlimen PAS ada sumbangan besar ke atasnya!

    7. Pengaruh Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yasin dan Muhkriz Mahathir tidak ke mana. Mereka kini bukan sahaja kehilangan sokongan bangsa Melayu malah tidak lagi berpengaruh di peringkat antarabangsa. Kekuatan mereka akan membesar dan kuat jika bergabung bersama Singa Renaissance Asia Anwar Ibrahim. Sanggupkah Dr Mahathir memulakannya dengan mengakui kesilapannya tahun 1998? Tidak cukup sekadar mengatakan tiada permusuhan antara mereka, konsensus Anwar penganti terbaik Najib adalah kunci.

    Kelangsungan politik Najib dan Regim bergantung kepada Langkah Terakhir Dr Mahathir. Tun tahu kaedahnya cuma beliau masih berat untuk mengakui dan melakukannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau asyik Tun M saja kena akui kesalahan dan Anuar asyik nak dimade up macam hero ,alamat Najib jadi PM bukan 22 tahun mungkin 44 tahun la ,demi negara itu wajib didahulukan mesti ada pengorbanan ,seperti Tun M dengan pemecatan Muhyidin dan mukhriz jelas la sekarang kenyataan mengatakan mereka ada agenda tersebunyi adalah pembohongan kerana apa yang di lakukan oleh muhyidin ,muhkriz dan Tun M sudah tentu mereka tahu akibatnya kalau ada agenda lebih baik ampu najib dan kemudian dan bertindak bila najib sudah terdesak dengan skandal ini dan dibenci rakyat.

      Delete
  21. Hidup najib.....najib world....usaha Tun M adalah sia-sia belaka. Teruskan usaha mu Najib....

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 7.26 banyak mana dedak hangdapat drp penyamun and penyangak no 1 dlm dunia, najib laknatullah ?
      ingatlah, umno and najib akan dikuburkan tak lama lagi...

      Delete
    2. UMNO dan Najib akan dikuburkan? Hahahahha...lupakanlah lamunan tu. Realitinya adalah sebaliknya. Lihatlah PRK baru-baru ni. Siapa menang? Pengikut Tun M dan konco-konconya tak payah berangan ler....

      Delete
  22. Kata diorang bahwa si kafir DAP buat kerja pecat ahli dalam parti dengan kuku besi. Hari ini Sanrabone dan syarikat macai sudah menjatuhkan marwah Melayu dengan cara zalim yang serupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah dulu mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim."
      (Ali'Imraan 3:86)

      Delete
  23. Habis... Lingkup.... Johor Harus bangkit kalau Muh nak, tapi dalam bahasa kafir, what goes around come around...

    ReplyDelete
  24. Terima kasih banyak kepada ahli MT yang telah menjual maruah dan roh mereka kepada najib hingga membolehkan najib berbuat apa saja.
    Najib memang bijak.....duit adalah segala galanya.

    ReplyDelete
  25. Terima kasih banyak kepada ahli MT yang telah menjual maruah dan roh mereka kepada najib hingga membolehkan najib berbuat apa saja.
    Najib memang bijak.....duit adalah segala galanya.

    ReplyDelete
  26. Backhand compliments pengundi cina sarawak, k kangsar dan sg besar menjadi. Mereka nak lagi ramai tinggalkan umno. Sapa bodo sekarang?

    ReplyDelete
  27. Kita tengok apa kafir spore, swiss, new york, hong kong, london buat nanti. Bandingkan pula dengan islam abu dhabi dan riyadh

    ReplyDelete
  28. Pelik. Ahmad Said, tak berani pulak dia pecat. Lepas 24hb. June, tak perlu adakan PRK dah. Pasal tu dia berani pecat Muhyiddin & Mukhriz.

    Kalau di Negara lain, jalan-jalan di Kota Besar, dah kecoh. Hebat Cash is King nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab rakyat Malaysia ni majoritinya bodoh. Lantak la nak jadi apa pun, janji aku boleh makan pakai macam biasa. Tak boleh makan nasi dgn ikan, makan nasi dengan kicap pun tak pe.

      Delete
  29. Chikgu Bard pun di pecat PKR. Tak de pulak budin kata PKR guna mahkamah rimba. Pelik betul. Kesalahan orang lain dia nampak. Kesalahan kawan dia buat buat tak nampak. Ini kah prinsip orang berintegriti?

    ReplyDelete
  30. Jangan harap sangat kepada PR 14. Mungkin ianya tak akan tiba. Kalau Tun Razak boleh menggantung Parliament, kemungkinan anaknya berbuat demikian tidak boleh dipandang remeh. Malah kalau alim ulama pun dah masuk ke kandang dedak, tak kan yang lain juga tidak boleh dijinakkan.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...