Friday 17 June 2016

ANGIN PERUBAHAN MAKIN KETARA


Baik di Sungai Besar mahu pun Kuala Kangsar, angin perubahan yang memungkinkan calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan mampu mencipta kemenangan, kelihatannya semakin ketara.

Dalam tinjauan singkat ke Sungai Besar pagi tadi, beberapa penduduk yang ditemui nampaknya memberi respon yang cukup baik kepada calon Amanah, Azhar Abd Shukur.

Malah ada pihak yang membuat tinjauan umum secara khusus mengenai trend pengundi turut memberitahu bahawa arus menolak UMNO dan BN yang dikaitkan dengan Najib juga menunjukkan perkembangan sangat positif.
Selain Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin juga berada di Sungai Besar hari ini. Tun Mahathir seperti biasa menghadiri beberapa program bersama pengundi, manakala Muhyiddin meninjau-ninjau di sekitar pasar dan pasar tani.

Walaupun Muhyiddin dikatakan bergerak sendiri, tetapi kalau bukan calon Amanah yang disokongnya, siapa lagi?

Lagi pun lawatannya itu diiringi oleh Gabungan Ketua-Ketua Cawangan Malaysia atau GKCM yang sudah pun mengisytiharkan sokongan terbuka kepada calon Amanah sebelum ini.

Di Kuala Kangsar, melalui maklumat yang diterima juga memaklumkan keadaan yang hampir serupa. Malah maklumat lain mengatakan, peluang untuk Amanah di Kuala Kangsar lebih baik berbanding di Sungai Besar.

Diharapkan momentum ini akan kekal atau terus bertambah baik sehingga ke hari pengundian hari esok. Teruskan bekerja dan memantau apa-apa yang perlu, tetapi jangan lupa bahawa "kepala Agong"  di pihak BN mungkin mula bermaharajalela pada malam ini. 

Momentum dan sokongan boleh saja berubah bila-bila masa. (SH 17/06/2016).

28 comments:

  1. Tuan Shahbudin cepat sangat bagi hint. Relax2 dah la. Patutnya ikut macam SunTzu art of war. Biar BN leka dan buat serangan mengejut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dak aighhhhh. Dia bukan nak buat jambatan kat deme. Dia buat jamban...tan.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. jangan lupa muslihat dari puak amno
    jangan lupa
    apa saja depa akan buat janji menang
    kalau tak dihalang denagn berrani memang
    depa akan terus menang
    bnayak dah kes yang lalu pun macam tu
    jangan terlalu suka

    ReplyDelete

  3. Perasuah itu adalah pen CURI
    Perasuah men CURI harta negara
    Perasuah pen CURI memfitnah memaki
    U-turn ponteng berbelit berdusta
    Perasuah pen CURI hodoh dan keji
    Rakyat yang waras TIADA yg suka
    Perasuah pen CURI itu ibarat api
    Yang membakar hangus noda dan dosa
    Semoga keinsafan menjelma dihati



    ReplyDelete
    Replies

    1. Amanah itu cahaya kalbu
      Tak hingin mencuri tak terniat menipu
      Cahaya yg terang menyuloh selalu
      Amanah bertakhta kehadrat Yang SATU
      Sejujur2 keikhlasan tak FITNAH merapu
      Rakyat disantuni rakyat dibantu

      Delete
    2. "Dan ada di antara manusia, orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang akibatnya menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. Dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan."
      (Quran, 31:6)

      Delete
  4. yang penting umno harus ditumbangkan dlm prk ni...mesej perlu disampaikan kepada DYMM Seri Paduka Najib Ibni Almarhum Razak...

    ReplyDelete
  5. Aku pun dapat rasa masa time Mahathir turun sembahyang Jumaat kat SB tadi. Semua orang duk lompat-lompat julur kepala jenguk macam tak percaya Madey datang semayang masjid kampung mereka. Mahathir punya aura dasyat. Berpuluh-puluh batu kawasan lingkungan. Pendek kata, Mahathir has lend his 'star power' to calon Amanah Azhar Abd Shukur to push him all the way towards finishing line tomorrow...

    ReplyDelete
  6. ...pengundi awal....?
    ...prngundi tambahan....?
    ...kiraan magik....?
    ...pusat kiraan undi~ gelap....?
    ...

    ReplyDelete
  7. bukan senang n tidak mustahil Harapan menang d kedua prk. jika berlaku ia nya bolih d sifat kan sebagai 'upset' n tamparan hebat kpd najib/BN.

    pada kiraan saya jika BN menang dgn undi d bawah 50% maka ia nya bolih d anggap kalah dari segi moral.

    tidak bolih d nafikan bahawa kehadiran tun m banyak membantu. sebalik nya ketiadaan najib dlm berkempen secara tidak langsung membantu BN juga.

    namun kita sama2 lah mengucapkan selamat mengundi kpd penduduk KK n SB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika boleh, pastikan PAN menang sebagai tamparan untuk pemimpin Umno menolak Najib turun dan menggantikan dgn orang yg lebih berwibawa. Ini adalah peluang terakhir bagi rakyat.

      Delete
  8. in shaa allah...umno akan kalah

    ReplyDelete
  9. Ammo akan menang besar...percayalah...

    ReplyDelete
  10. Wahai pengundi, ingat GST, kos Sara hidup yg tinggi tapi gaji kita rendah, harga barangan & perkhidmatan yg tinggi, anak2 kita yg menganggur ramai,harga getah & padi rendah tidak mcm negara jiran,sikap ego sombong pemimpin BN bila dh menang. Dia orang pandai janji Saja.

    ReplyDelete
  11. Wahai pengundi, ingat GST, kos Sara hidup yg tinggi tapi gaji kita rendah, harga barangan & perkhidmatan yg tinggi, anak2 kita yg menganggur ramai,harga getah & padi rendah tidak mcm negara jiran,sikap ego sombong pemimpin BN bila dh menang. Dia orang pandai janji Saja.

    ReplyDelete
  12. Mat Sabu dari dulu buat ramalan yg mnyebelahi dia giler2 punya tapi semuanye hampeh. Bg dia brckp mmng dunia ni dia boleh twn. Aku mmng hrp pmbngkang menang tapi pnglamn bkerja dgn umno dah tau dah tektik diarang nak mnng secara haram. Dulu DS Nizar dah mng di kuale, alih2 ada pulak peti undi last minit boleh potong. Hampeh UMNO ni. Org2 PKR sgt arif tektik ni.

    ReplyDelete
  13. UNDI AMANAH BAGI MENUNJUKKAN KITA MENENTANG RASUAH !!!!!
    UNDI AMANAH MENENTANG PENYALAHGUNAAN KUASA YANG BERMAHARAJALELA.

    TUMBANGKAN NAJIB DAN ROSMAH, INILAH PUNCA PEROSAK NEGARA SEKARANG.

    ReplyDelete
  14. Jaga jaga kotak undi dan undi hantu hoi, sebab apa takut takut kalau BN main kotor macam PRU 13,,luka lama terjadi lagi hati-hati semua.....!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blackout dan peti undi ready-made.

      Delete
  15. Hah! Sekarang Najib sudah tahu dan akan ke Kuala Kangsar dan Sungai Besar sembur dedak secara besar-besaran. Duit GST tak habis guna ....

    ReplyDelete
  16. jangan lupa,PH jaga petugas PACAnya,takut dapat tawaran juta2 last minute.Selalu dlm kes macamni petugas yg jaga peti undi dibayar ratusan ribu,dibayar stagert,separuh,sebelom undi,dan balance akan dibayar jika bn menang.Terutama yg jaga borang 14,bORANG 14LAH YG Di minupulate oleh BN,sebab last-last minute peti undi yg datang entah dari mana,ianya tercatit dlm borang 14,kalau PACA yg jaga borang 14,di HULUQ 1 juta tak terbeliaq biji mata.Minta2 yg jaga borang14,ORNG YG TAKUT TUHAN.

    ReplyDelete
  17. Ada solat hajat tak untuk calon2 amanah menang esok?

    ReplyDelete
  18. Harap Amanah/PH menang..both KK & SB insyAllah..

    ReplyDelete
  19. Ya allah kau berilah kemenangan kpd calon Amanah aaammmiiinnnn

    ReplyDelete
  20. Ya allah kau berilah kemenangan kpd calon Amanah aaammmiiinnnn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...