Monday 6 June 2016

SALLEH, MENTERI YANG TERTINGGAL BAS


Menjadi seorang menteri seharusnya membuatkan seseorang itu lebih ke depan dan banyak tahu berbanding orang lain, lebih-lebih lagi jika peranan dan tanggungjawabnya berkaitan soal komunikasi dan multimedia serta agensi berita seperti Bernama dan RTM berada dalam genggamannya.

Tetapi nampaknya semua kelebihan itu tidak dimiliki oleh Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang semua orang tahu  sebab apa dia dilantik menjadi anggota kabinet - bijak mengambil kesempatan dalam kesempitan dengan mengampu dan membodek di sebalik serangan terbuka Tun Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak.

Agaknya jika Tun Mahathir terus menyokong Najib sehingga hari ini, Salleh langsung tiada ruang untuk menonjolkan diri, jauh sekali ada harapan untuk menjadi menteri.

Dalam serangan terbaru Salleh kepada Tun Mahathir, sesuai dengan upah jawatan dalam kabinet yang sudah dihadiahkan kepadanya, tidak terlihat beliau sebagai seorang menteri yang betul-betul meletakkan maklumat dalam genggamannya.

Seumpama tidak berbeza dengan politikus taraf kampungan, Salleh seperti masih "ketinggalan bas", lopong maklumat dan membuat cabaran yang tidak relevan.
Semua orang tentunya kehairanan apabila Salleh mencabar Tun Mahathir untuk mengulangi dakwaan berkaitan 1MDB dalam kempen pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang sudah disahkan akan disertai oleh bekas Perdana Menteri itu

Apa relevannya cabaran itu? Bukankah sudah banyak kali Tun Mahathir menyebut mengenai bala 1MDB yang disebabkan oleh Najib selama ini?

Isunya ialah bukan sama ada Tun Mahathir akan terus mengulangi dakwaan yang sudah beberapa kali sudah disebutnya, tetapi yang lebih dinanti-nanti apakah respon Najib terhadap dakwaan-dakwaan itu?

Adakah jika Tun Mahathir berani mengulangi lagi dakwaan berkaitan 1MDB terhadap Najib dalam kempen pilihanraya Sungai Besar dan Kuala Kangsar nanti, maka Najib akan segera menyaman bekas Perdana Menteri itu?

Kiranya Salleh sekadar berani mencabar Tun Mahathir, tetapi tidak berani memaksa Najib untuk mengambil tindakan saman, apa gunanya cabaran beliau itu?

Lagi pun, seperti yang Salleh sendiri perkatakan, Tun Mahathir tidak pernah menarik balik dakwaan atau memohon maaf kepada Najib berhubung dakwaan berkaitan 1MDB yang dibuatnya sebelum ini, lalu untuk apa dicabar untuk diulangi?

Saman sajalah berdasarkan dakwaan-dakwaan lama itu?

Andainya Tun Mahathir membuat dakwaan tidak benar, Salleh seharusnya juga berani mendesak Najib menyaman WSJ kerana media antarabangsa itu sudah banyak kali membuat dakwaan yang bukan saja tidak mampu dinafikan oleh Najib, malah juga oleh menteri-menteri yang lain.

Dalam serangannya yang "sekadar ada"  kepada Tun Mahathir, Salleh juga menempelak bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu kerana didakwanya mengelak untuk bercakap berkenaan isu tandatangan palsu dalam Deklarasi Rakyat yang kini sedang dalam siasatan pihak polis.
Inilah yang dinamakan penonjolan paling ketara menteri "ketinggalan bas" dan ditinggalkan oleh ledakan maklumat, sedangkan Tun Mahathir sudah menjawab isu berkenaan sejak semalam lagi.

Jika Salleh belum membaca jawapan Tun Mahathir sepertimana yang disiarkan Sinar Harian, diperturunkan sebahagian intipatinya yang berbunyi, "Saya tahu ada usaha untuk menipu, ada yang tandatangan satu, ada tandatangan lima hingga enam yang  guna kad pengenalan sama.

"Semua itu kita sudah buang dan hampir 300,000 borang yang terlibat dengan penipuan dan perkara itu dilakukan secara terancang dan kita tahu ada orang yang rancang," katanya lagi.

Sebelum ini, Ketua Sekretariat Deklarasi Rakyat, Kamaruddin Jaafar juga turut memberi penjelasannya yang mengatakan pihaknya tidak berurusan atau mengenali orang yang didakwa membeli atau menjual senarai nama-nama tersebut.

Kalau Tun Mahathir dan Kamaruddin Jaafar sudah memberi penjelasan, apa isunya lagi atau Salleh memang benar-benar sedang memalukan dirinya dari segi kepantasan maklumat yang tak terkejar olehnya.

Bah, bah....jangan kasi malu orang Sabah bahhh....(SH 06/06/2016)

25 comments:

  1. Tentang pilihan raya kecil.. Saya rasa bn tak risau sgt dlm berkempen.. Sbb pas yg ambil alih tugas umno berkempen mengkritik amanah.. Platform yg digunakan adalah isu ruu hudud.. Sbb amanah belum lg membantah atau menyokong isu ruu yg di bawa pas.. Modal kempen di bulan ramdan ni selain bekenaan bulan ramadan adalah isu ruu hudud yg akan di main2kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seperti biasa pas selama lamanya jadi keldai tunggangan

      Delete
    2. Betul tu, umno hanya perlu tabur dedak, yg buat kerja menyerang PAKATAN HARAPAN nanti Tuan Punasihat, Pendekar Mustar dan hulubalang hulubalang bujang lapok ....dedak is king!!!

      Delete
    3. Parti past takut kepada parti serpihan (Amanah) walaupun sebagai parti 1mdb (gabungan umngok be end & past).

      Delete
  2. Sudah lama dan berkali-kali sudah dia kasi malu orang Sabah bah..

    ReplyDelete
  3. Apa le tahu, makan gaji buta.....tapi takpe....janji ade dedak.....

    ReplyDelete
  4. Kabinet najib dah jadi kabinet borneo...antara kabinet terbesar di dunia dari segi bilangan menteri. Nak byr gaji, elaun mewah menteri & timbalannya, rakyat dipaksa tanggung gst.

    ReplyDelete
  5. salleh sudah tidak punya kemaluan lagi bahh

    ReplyDelete
  6. Sudah lama dan berkali-kali sudah dia kasi malu orang Sabah bah..

    ReplyDelete
  7. Sesuai di lantek 'Menteri Bodek tak Berfotpo...'

    ReplyDelete
  8. Sesuai di lantek 'Menteri Bodek tak Berfotpo...'

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,,,

    Abang Mat kata sapa sapa yang bersendirian akan tewas. Itu politik Malaysia di mana hukum politiknya berkata orang orang yang bersendirian bertanding dalam pilihanraya akan tewas.Abang Mat berpegang kepada hukum ini untuk menyimpulkan PAS akan tewas kerana memilih bertanding bersendiran, bukan hukum Allah yang abang Mat ikut setelah berkawan baik sehingga jadi terlalu baik dengan ultra kaisu DAP yang telah mengesahkan sikap anti Islamnya.Bagus abang Mat sehingga boleh menasihati pengundi pengundi PAS agar tidak mengundi PAS kali ini kerana undi PAS jad sia sia kerana PAS tak boleh menang, hukum poliitik kata gitu!


    Abang Mat tak sebut pulak yang PAS akan kalah kerana adanya PAN yang akan sentiasa kacau PAS dalam setiap pilihanraya, PAN akan usahakan agar hukum politik akan jadi betul dan PAS tak akan menang selamanya.Hakikat sebenar hukum politik ini ialah samaada PH atau BN akan menang pilihan raya dan membentk kerajaan, PAS akan sentiasa ada bersama tak kiralah PAS menang atau kalah pilihanraya.Contohnya jelas kalau kita melihat apa yang berlaku di Serawak sekarang, PAS kalah teruk pilihanraya, tetapi kerja kerja wakil rakyat tetap diteruskan olih calon calonnya yang tewas teruk.Malah fenomena sebegini sudah lama berlaku di mana mana kawasan yang PAS tewas, akan ada sentiasa ada wakil rakyat PAS yang tewas berkhidmat.Abang Matpun tahu pasal itu sebab dia pernah jadi Timbalan Presiden PAS.Abang Mat ingat perkara ini boleh dibuat oleh calon calon PAN?

    Sama samalah kita tengok.Sebab PAS menang atau kalah bukan persoalan sekarang tetapi kemenangan kepada PAN dan PH menjadi tumpuan kerana kalau mereka gagal, BN akan terus berkuasa dengan kehadiran PAS seperti biasa.BN mungkin boleh ditewaskan oleh PAS tetapi hakikatnya dengan adanya PH yang meletakkan PAN di kesemua kerusi tandingan PAS, kemungkinan ini mungkin tidak terjadi dan kemenangan akan berpihak kepada BN walaupun yang nak menang tu ialah PH dan PAN.Abang Mat ketika mengumumkan calon PAN bagi Sungai Besar berkata kita nak menang tetapi apa yang Abang Mat sebut ketika berkempen ialah pengundi PAS mesti mengundi PAN tetapi tidak pernah menyeru pengundi BN supaya mengundi PAN.Kalau pengundi PAS lari kepada PAN sedangkan pengundi BN tidak lari dari BN, apa hukum politik kata Aabng Mat? Bolehkan PAN dan PH menang? Menang dalam mimpi barangkali.

    ReplyDelete
  10. Agaknya berapa nilai puasa hari ini puak atau geng AMANAH @ PAN? Setelah menjadi kuda DAP parti PAN @ IKRAM/IRC mula pandai menyebar fitnah untuk menang. Hairan puak IKRAM ni, berusrah tapi sikap dan perangai tidak mengambarkan seperti orang Islam apabila facebook, whatsapp mereka penuh dengan bahan fitnah. Apa mereka nak jawab dihadapan Allah nanti?


    Satu lagi yang kita hairan IKRAM ni pun menyerang PAS bukan UMNO@BN seolah-olah kerja mereka nak matikan PAS.

    IKRAM telah lari daripada matlamat asal penubuhannya.

    Dengan Sekeping Gambar...
    Mereka Mula Melancarkan Fitnah..
    Inilah Kesan Bertuankan DAP...

    ReplyDelete
  11. Kau ni Salleh memang kasi malu orang Sabah. Kau ni macam monyet dapat bunga. Untuk info yang lain orang Sabah sendiri tidak suka sama si Salleh Keruak yang kami tahu hanya kuda tunggangan Najib.

    ReplyDelete
  12. sungguh pun saya amat berharap parti bukan UMNO memenangi kedua prk, namun ia nya amat sukar untuk d capai. besar kemungkinan pembahagian undi adalah 40:30:30. jika ini berlaku UMNO kalah dari segi maruah.

    PH tidak harus putus harapan n wajib teruskan usaha utk menginsafkan seluruh rakyat Tanah air tentang peyamun bugis yg tlh merampok khanazah Negara.

    najig tidak langsung berminat utk melepaskan jawatan PM n dengar kata kata pemutus pun bukan d tangan beliau.

    olih demikian saya sarankan PH mulai aktiviti perang saraf terutama sekali d parliament Pekan Pahang sebaik sahaja selesai prk nanti. ini adalah persediaan utk mengalahkan Najib dim pru14 kelak.

    sekali lagi saya selaku anak kelahiran Pekan bersedia membantu.

    ReplyDelete
  13. Rakyat Sarawak tunggu n lihat keputusan prh d kedua2 kawasan tersebut...

    ReplyDelete
  14. RUU355 dijadikan gimik politik untuk mengabui mata rakyat supaya melupakan isu rasuah dan songlap duit 1MDB.

    Juga untuk mengalihkan pandangan ahli ahli dan penyokong PAS supaya melupakan perbuatan beberapa org pemimpin PAS yang terlanjur bercumbu2 secara haram dgn pemimpin UMNO untuk menubuhkan kerajaan perpaduan sejak PRU2008.

    Bertaubatlah ...sudah sudah lah menipu dan berbohong kpd rakyat,dan ahli ahli PAS.

    Kalau betul betul ikhlas nak laksanakan pindaan RUU355 tu, kerajaan umno/bn kena ambil tanggungjawab bawak ke Parlimen.

    ReplyDelete
  15. Ini koboi Kota Belud adalah pemimpin recycle dan katak. Pernah jadi KM Sabah pada tahun 1995, tak sampai setahun pasal tak cekap dan hanya mengayakan dirinya saja, itu sebab dia dendam dgn TunM. Pernah kalah bertanding di DUN KB, pernah lompat parti dari parti Berjaya ke PBS dan lompat lagi ke UMNO. Orang Sabah malu bah dgn dia ni, tapi mcm itu kerbau di KB bah, kulit dia sangat tebal dan tidak tahu malu. Jadi, apa yg kita boleh harap pemimpin mcm dia ni.

    ReplyDelete
  16. Salleh ni memang bodoh. Dah lama aku bagitau tapi kau org tak percaya. Org keliling dia dari sabah pun sama bodoh. Nak menyamun je. Tapi taktau apa nak samun. Kan ke bodoh sangat tu

    ReplyDelete
  17. People used to say, Ignorance is no excuse. These days, Ignorance seems to be no problem. After all, you have a right to your own opinion - and your self-esteem to boost isn't it Mr. Keruak?

    ReplyDelete
  18. Salleh ialah salah satu nama rasul yg wajib diimani ole muslim. Keruak mungkin bunyi pintu terbuka ditiup angin. Hihihi. Kena tanya org bajau apa itu keruak?? Hihi. Memang bodoh sangat menteri kipas ni. Hihi

    ReplyDelete
  19. Salleh kruak ni kalau betul jantan bantu je najib saman Tun.
    saya filir dia menteri yang paling cerdik.

    ReplyDelete
  20. orang sabah bodoh bah

    ReplyDelete
  21. lagi banyak cakap, lagi jelas ketidakbijaksanaannya, Malulah kalau nak cabar Tun, umpama langit dengan bumi.

    semoga Said Keruak muhasabah diri, siapalah awak nak banding dengan Tun, apatah lagi cabar.

    Akhirnya memalukan orang Sabah.

    ReplyDelete
  22. Kemaluan saya sangat2 lah besar tak dapat disembunyikan lagi dengan sikap Salleh ni.sungguh besar kemaluan yg patut ditanggung,inilah level menteri dibawah najib.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...