Thursday 30 June 2016

PENDAKWAAN TERHADAP LIM GUAN ENG LEBIH MENYUBURKAN INGATAN BAGAIMANA NAJIB DISELAMATKAN


Hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan dihadapkan ke  mahkamah atas dua pertuduhan rasuah di bawah Seksyen 23 dan Seksyen 165, Akta Pencegahan Rasuah.

Tuduhan pertama berkaitan pertukaran status sebidang tanah pertanian kepada kediaman oleh sebuah syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd dan tuduhan kedua berhubung pembelian banglo di bawah harga pasaran.

Peguam Negara, Apandi Ali sendiri akan mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Lim Guan Eng.

Bersama pendakwaan terhadap Lim Guan Eng, tidak mustahil akan dilakukan Najib ialah mengadakan pilihanraya mengejut sama ada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Seiring dengan perpecahan dalam pembangkang, Pas lena dalam dakapan, aura kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar masih diperkatakan, penentang-penentang dalam UMNO sudah dibuang, pendakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak mustahil dianggap pelengkap kepada ramuan untuk membolehkan rakyat memberi sokongan yang lebih padu kepada BN serta membuatkan Najib mampu terus berkuasa dengan lebih lama.

Dan kalau pun tarikh pilihanraya tidak diawalkan, Najib dan para pemimpin BN sekurang-kurangnya akan menggunakan isu berkaitan Lim Guan Eng itu untuk tujuan melemahkan DAP dan sebagai senjata untuk menawan Pulau Pinang pada pilihanraya akan datang.

Berdepan dengan sekian banyak isu berkaitan skandal kewangan dan rasuah melibatkan Najib yang juga disiasat SPRM tetapi ditutup kes oleh Peguam Negara, memalitkan pihak musuh dengan pendakwaan di mahkamah adalah strategi terang-terangan untuk mengaut keuntungan politik.

Memang sesiapa pun menyokong segala usaha SPRM menangani dan membanteras rasuah, tetapi  yang diharapkan juga ialah agar ia dilakukan secara menyeluruh dan tanpa pilih bulu.

Jika Lim Guan Eng boleh ditahan serta didakwa dan sebelum ini Khir Toyo sudah pun dipenjara, persoalan umum tentunya ialah berkaitan Najib yang bukan saja dalam akaunnya ada wang sebanyak RM2,600 juta atau mungkin meningkat kepada RM4,200 juta, tetapi juga pengakuannya sendiri berkaitan dana RM42 juta daripada SRC International, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan yang masuk ke akaun bank peribadinya.

Apakah alasan tidak tahu wang itu daripada SRC International tetapi membelanjakan sebahagian wang itu, antaranya untuk membayar kad kredit, merupakan alasan yang boleh diterima untuk melepaskan Najib?

Begitu juga dengan Jho Low yang sekarang sudah disahkan Good Star Ltd yang menerima RM1,030 juta wang 1MDB adalah milik mutlaknya, mengapa playboy muda itu terus dilindungi?
Sama seperti kes Lim Guan Eng, SPRM sebenarnya sudah menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin berkaitan Najib dengan difahamkan turut mencadangkan beberapa pendakwaan, namun ia ditolak atau diketepikan oleh Peguam Negara.

Jika kita masih ingat, pegawai SPRM juga ketika itu turut dikacau-ganggu dengan mereka sendiri turut disiasat dan digeledah oleh pihak polis.

Peguam Negara akhirnya bukan saja menolak untuk pendakwaan, bahkan mengarakan SPRM menutup terus kes dan menghentikan sebarang siasatan mereka terhadap Najib.

Selepas syor pendakwaan ditolak, khabarnya SPRM mahu membuat rayuan kepada Peguam Negara agar ia dikaji semula,  namun yang kita dengar kemudian ialah dua pimpinan tertinggi badan pencegah rasuah itu yang akhirnya dibersarakan.

Sebab itu, dalam kes Lim Guan Eng ini, meskipun semua orang faham sebarang pendakwaan mesti mendapat lampu hijau Peguam Negara, SPRM dalam kenyataannya sekali lagi menyebut bahawa tindakan mereka adalah atas arahan Peguam Negara.

Ini sekali gus, sementara Lim Guan Eng didakwa di mahkamah atas arahan Peguam Negara dan Peguam Negara sendiri mengetuai pasukan pendakwaan, orangramai juga akan turut mengingati bagaimana Peguam Negara yang sama menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan Najib sebelum ini.

Maka, tidak banyak laba politik yang boleh UMNO dan BN harapkan daripada kes Lim Guan Eng ini, sebaliknya ia akan menyebabkan kemarahan dalam diam rakyat terus membuak-buak terhadap Najib dan institusi-institusi penguatkuasa yang melindunginya. (SH 30/06/2016).

47 comments:

  1. Tuan Shah, bukankah perilaku peguam negara boleh disebutkan sebagai bersifat munafik?...pengadilan kes Najib guna syarat lain pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka dgn politik UMNO gini.. rakyat pula syok lena dalam dedak..datang PRU, undi BN mutlak..

      Keep it up bro.. keadilan hanyalah ilusi manusia sahaja. Di dunia pun x selamat, apatah lagi di akhirat. Kebenaran bukannya secara mutlak boleh membawa kita ke syurga.. ini semua ilusi..

      Hidup tersiksa didunia dan akhirat.. pi mai pi mai.. kita tetap jadi ahli nuraka secara kekal..

      Delete
    2. Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka.”
      (riwayat MUTAWATIR)

      Harap Apandi dan Ahjibgor jangan lagi sebut pasal agama Sayyidina Muhammad s.a.w. kelak.

      Delete
  2. Tanda2 pilihanraya dalam bulan 3 ni. Semua kepala pakatan ditangkap dipenjara sekurangnya 1 tahun. Modus operandi sama dgn kes khir toyo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak setuju. Walau pun Tun Dr mahathir kata kalau PRU sekarang, Najib akan menang. Tun cakap gitu sengaja nak cocok najib supaya buat PRU sekarang. Supaya kalah dan Najib di gantikan cepat.

      Lebih ramai yang tak sukakan Najib selepas pecat TSMY dan MM. UMNO brpecah begitu besar antara Protun dan Projib. Tsunami Cina di PRU13 tak gerenti tak timbul lagi di PRU14. Siap silap Tsunami Melayu pulak. Sebab Najib lebihkan kepentingan Cina, tak giiat pertahankan dan majukan hak dan kepentingan Melayu saperti UMNO bersumpah membuat nya.

      Macam macam bukti boleh di keluarkan pasal ini. Siapa mahu, cakap saja di sini.

      Delete
  3. Peguam Negara, Apandi Ali sendiri akan mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Lim Guan Eng?

    Nak tebus nama dah begitu busuk sebab tak dakwa Najib, sebalik nya kata tak bersalah, ye?

    Tapi kalau Pandi dapatkan Guan Eng dan pompuan Phang tu masuk penjara banyak tahun, ok, boleh lah tebus banyak nama busuk dia tu. Tapi, selagi isu 1MDB dan berbilion Ringgit masuk ekaun Najib, bini dan anak tiri dia, nama busuk dia tak boleh jadi wangi.

    ReplyDelete
  4. Dah nyata, alasan2 yang di beri dek Najib dan pemakan dedak dia itu mengarut. Kupra worak nak mengatakan tak tahu wang SRC International itu, belanja kredit kad macam nak gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok nenek moyang orang Bugis terkena sumpah jahat bahawa akan lahir sesuatu Si Mappadulung Ahjibgor yang akan membusukkan nama keturunan Bugis.

      Delete
  5. Takda jalan lain nak selamatkan Malaysia - dakwa Najib di mahkamah.

    Tapi selagi Apandi pegang jawatan Peguam Negara, dia tak akan dakwa.

    Jadi, dakwa Si Pandi.

    Ooops, dalam Perlembagaan negara ha nya Peguam Negara yang ada kuasa mendakwa.

    Nasib lah kita. Tersengeh sengeh aje. Geram kesumat yang tahu Tuhan saja.

    ReplyDelete
  6. Puak walaun pasti gembira kerana kapir harbi dah kena tangkap.

    ReplyDelete
  7. Gajah depan mata tak nampak.
    Dedak-dedak,nampak pulak.

    Dunia-dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ultra kiasu, ungrateful ingrate Cina Bukit boss DAP anti-Melayu anti-Islam cetuskan pergaduhan kaum 1969 bukan dedak, Beb.

      Tapi setuju, gajah depan mata tu mesti di dakwa. Tunggu dapat Pendakwa yang tak buta.

      Delete
    2. Le ni, apa yg kite takut akan terjadi jika di pimpin orang Cina Kristian telah menjadi nyata dengan tindak tanduk Najib Razak - banyak seleweng khazanah negara sampai tabung haji pun tidak dikecualikan mahupun jual aset negara macam lelong kepada pihak asing!

      Delete
    3. Kupra teek cakap apa kite takut akan terjadi jika di pimpin orang Cina Kristian.

      Ko Red Bean Kacang Merah DAP ke?

      Delete
  8. Terimakasih sprm kerana berani bertindak atas kuasa yang ada. TETAPI tindakan sprm mencari populariti murahan amat memalukan. Tindakan sprn hanya umpama menangkap pencuri susu dipasaraya tetapi tidak berani bertindak terhadap pegawai kerajaan yang lesapkan berbilion duit negara. Bila dulu sprm buat solat hajat, ramai yang bersimpati dan menaruh harapan yang tinggi agar sprm bebas dari telunjuk dan bertindak atas dasar profisional sebagai badan bebas. Namun apa yang terjadi kebelakangan ini menghilangkan rasa hormat banyak pihak pada sprm walaupun bertindak mendakwa lim guan eng (pemimpin dap yang dibenci dan disumpah seranah oleh orang melayu). Sekali fikir macam nak menyejukan hati orang melayu yang dalam kepanasan terhadap kedurjanaan kepimpinan melayu itu sendiri.

    ReplyDelete
  9. Saje2 nak alih isu.... kurang sikit rakyat bckp isu 1mdbiikk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak paham apo ko kato. Ko Protun ke Projibo?

      Delete
    2. Sangat Setuju. Hari ini, 30 June 2016. 1MDB sepatutnye serah kan asset kepada IPIC, dimana 1MDB telah gagal memenuhi segala perjanjian mereka. Memalukan... Malaysia, a failed state..

      Delete
  10. Guan Eng sudah didakwa,Najib bila lagi nak didakwa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila Pandi dah takdo.

      Delete
    2. Najib sebagai "god" kepada orang ME-layu UMNO dan yang sengakatan dengan mereka sudah pasti tidak akan di dakwa di dunia ini, mentelah si Mamak Bedukan yang menjadi his "GUARDIAN ANGLE". Tetapi jangan lupa bahawa "MAHKAMAH ALLAH" pasti akan mengadili mereka termasuk Rosmah dan mereka yang melindunggi mereka.
      "YA ALLAH TAMAT DAN HINA-LAH AKAN PEMERINTAH YANG MEMPORAK PERANDAKAN NEGARA INI, KEPADA KAU,AKU BERSERAH".

      Delete
    3. Tak tentu tak di dakwa di dunia, Bang. Melainkan depa semua gol dari dunia besok lusa.

      Tapi hang dok cakap mahkamah Allah saja, nak tunggu hang dah mampuih baru nak tu depa kena dakwa ke?

      Kena kira jugak mahkamah di dunia ni, Mamat. Doakan Jibo tu kena dakwa di dunia jugak.

      Delete
  11. Shahbudin...inilah dunia, jika dikejar sangat , makin menghimpit... makin menyusahkan. semakin hari semakin memperdaya, tak ada hentinya hingga kiamat. elok shahbudin cadangkan TSMY dan TM bersara dari ingat hal dunia, kejar dunia... umur mereka umur bonus, bermanja dengan Allah dan menyerahkan urusan sunia ini pada Allah itulah yang terlebih baik bagi mereka. Kenyataan ini mungkin akan dihentam...tak apa, biasalah dihati anda masih penuh boncit dengan dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaah, address pemunya blog pakai nama dia saja, takda guna sdr ke hape bagi orang yang dah terbikan 6 buku bestseller. Baik mcm pengkomen lain, tak sebut nama langsong.

      Mengata pulak TSMY dah umur bonus. Awak mengaddress pemunya blog begitu membayangkan awak jugak berumur bonus. Kalau gitu, mengapa awak masih nak sibuk masuk sini? Duduk diam diam main dengan cucu aje kan baik.

      Tak faham politik, tak faham hak kebebasan manusia di dunia sekarang. Tak setuju apa TDM & TSMY buat ke tak buat, kasi hujah dan fakta lah. Apa nak go personal pulak?

      Ke kamu yang di panggil Jing Projibo jugak, dia pandai menyamar pakai macam macam nama dan nada bercakap.

      Delete
    2. Habis, kalau Tun M, TSMY dan lain2 bersara, adakah kita kena relakan saja Najib dan Rosmah bermaharajalela?

      Delete
    3. Awal awal dah tahu nak kena hentam jd lebih baik dok diam,sebenarnya kau tu hati penuh najis dedak najib masa prk ka apa kah,sampai tulis benda merapu.

      Delete
    4. ..statement mcm ni satu kapal dgn statement mufti Pahang. Dia fikir diri sendiri shj..rakyat yg susah sebab kerakusan dan jenayah rasuah Najib tak peduli.
      Saya nasihat baik duk diam rumah shj. Kalau isteri org..pi layan suami shj.

      dlm keadaan sekarang jasa Budin pd Msia lebeh besar dari komen melalut puan.

      Delete
    5. Shahbudin...itulh menunjukkan awak bercakap ikut aqal.. bergantung sgt pd asbab untuk suatu tujuan. Mereka dh terlalu tua untuk kerja kerja gini. Ramai lg yg muda.. dn jgnlh hnya bergantung pd asbab.. ingatlah USAHA SIKIT PUN TIDAK MEMBERI BEKAS PD TAKDIR ALLAH. pd yg back up shahbudin, maaflah ya, saya tk berminat nk berhujah dgn anda.. tiada added value pun. Sy hnya berminat pd si penulis. Penamya tajam, tajam islami yg sy harapkn..

      Delete
    6. Politik ini, kemiskinan dn kepapaan akhlaq pemimpin ini, ketandusan iman pemimpin ini...adalah sandiwara yg tk berkesudahan.. dia tetap akn jatuh, belebuk.. tk bgn bgn, dgn izin Allah... berkat doa rakyat yg dizalimi. Srkuat mana pun usaha TDM tp jika Allah tk izin tk akn jd jugak.. tu lh sebb nya sy nk sgt TDM hnya fokus pd persediaan menuju barzakh. Hes 90 already.. masa dia utk berjuang utk dh over...

      Delete
  12. Aku ni takdelah sokong LGE ni. Tapi prosecution paper cepat betul siapnya berbanding dengan kes 1mdb yg tah mana peginya. Jelaslah AG ni memang amalkan selective prosecution. Sekarangnya aku fahamlah betapa pentingnya pegang kuasa. Bila ada kuasa benda2 yg tak masuk akal pun boleh buat. Punahlah negara aku ni nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat, Idi Amin Presiden Uganda punya gunakan kuasa dia hingga di beritakan makan orang - literally makan daging manusia, kot geram sangat dengan musuh dia.

      Hah kau, penghabis nya terbuang dari negara dia sendiri, kalau tak silap merempat ke Arab Saudi dan mampos di sana.

      Jadi, kita tentukan pemimpin di Malaysia ini tak gunakan kuasa hala ke Idi Amin. Macam mana nak buat? Satu cara kita keji dan caci dia setiap masa.

      Delete
  13. Hahaha, Guan Eng kata,

    "Humiliate me, charge me, but you can't break my spirit" - Malay Mail Online

    Kalau dah hari hari di dalam lokap (tak tau berapa hari on remand), hari hari di Mahkamah, di soal, di counter-soal, di bambu dengan berbagai fakta dn testimony dari 50-60 saksi, kalau dah pasukan pendakwa di ketua dek Peguam Negara Apandi sendiri, dan kalau dah di penjarakan bertahun tahun, mana tak pecah kau punya semangat, wahai si Tokong Lim.

    Apandi pulak ada motivasi kuat kali ini. Dia nak tebuskan nama dia yang busuk sebab dia tak dakwa Najib, kata najib takda wrong doing. Rakyat semua nak tengok bebenor dia menang dan dapatkan si apek itu di penjara selama mana yang boleh.

    Lepas itu pun, rakyat masih belom hilangkan pemikiran perlu nya Najib di dakwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sebab kenapa dia dipanggil tokong lim....semangat dia waja. Dulu pernah didakwa, tetap waja, tak patah, tak mengaku salah, tak buat deal, tak lompat parti, tak lari overseas, tak ada kabel. Masok jel...no problem. Keluar jel, tak dapat tanding, no problem. Sekarang jadi CM, kena dakwa lagi, terus lawan. Contoh semangat waja terbaik.

      Delete
    2. Setuju belum lagi di uji lebai lebai PIS dah menyerah kalah nak harta dunia dari UMNO Pork Jib

      Delete
  14. SAH DAN CONFIRM BAHAWASANYA PEGUAM NEGARA ADALAH DAJAL BESAR KPD NAJIB RAZAK, PENYELAMAT KEPALA BAPAK KORUPTOR MEGA DI DUNIA

    ReplyDelete
  15. Kalau yang beli banglo tu ahli UMNO mesti semua pemakan dedak di sini termasuk Sdr. Budin akan meroyan supaya ahli UMNO di tangkap dan didakwa. Tapi sebab pembeli banglo itu adalah LGE orang kesayangan PH maka semua pemakan dedak tutup mata. Apa lain nya korang dari UMNO?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain nya ia lah UMNO akan sondol orang yang nak menyamar Khalid Harapan tat.

      Protun pulak beza nya sodok dan songkit orang mcm kau tuh.

      Delete
    2. pemaakan dedak???? yg semua org tahu yg pemakan dedak ialah semua pemimpin Umno. Dedak disumbat olih Najib hasil duit curi US$4billion dari 1MDB. apa??? tak puasa hari ke????? melalut nampak...

      Delete
    3. Woi khalid, tak semua orang sanggup menghina diri dan keluarganya dengan dedak, paham? Lagi pon, non-umno mana ada dedak nak tabur? Kalau tabur, dah lama kena cekup. Kalau pemikiran tahap kota belud, pergi mykmu la.

      Delete
  16. Menurut tuan Punasihat, LGE akan didakwa berdasarkan kpd fatwa hijau.

    Kes 2.6billion ditutup berdasarkan fatwa kitab biru. .. ke guaner Din?

    ReplyDelete
  17. SPRM perlu ke hadapan mengapa LGE ditahan semalaman di pejabat SPRM Penang sebelum didakwa pagi ini. Beliau memberikan kerjasama sepenuhnya sebelum ini. His goodwill should be compensated. Beliau juga merupakan KM Pulau Pinang. Ketua kerajaan Pulau Pinang, Penang head of government. He should be accorded with respect and dignity as the leader of people of Penang. The highest office bearer in Penang. If you treat him the same as criminals, yoi're not only insulting him but you're insulting the people of Penang who have chose him as their leader. The same goes to head of government around the world who travel overseas who will never be detained or arrested while being abroad no matter how crook they are because it is an insult to the dignity of the country they represented.

    ReplyDelete
    Replies
    1. And this means LGE must be treated differently compared to Najib. So LGE since he is from the opposition, they should never have investigated, arrested, and charged him in the first place..and sure should not find him guilty. (From MT)

      Delete
  18. Semoga org yg melindungi perasuah penyamun penyangak ini akan dihisab diakhirat dan dimasukkan keneraka jahanam sebagai balasanya aammmiiinn

    ReplyDelete
  19. Salam Saudara semua

    NOBODY IS ABOVE THE LAW!

    Satu ungkapan power dari IGP...Tangkapan dibuat atas ARAHAN Peguam Negara. Memang berkuasa benar Peguam Negara AG Pandir ni...dan Peguam Agung ini akan mengetuai pendakwaan dalam kes LGE ni.

    Syabas AG...kerana selective prosecution anda. Bukan saya sokong LGE...biar beliau menjelaskan segalanya di Mahkamah. Itu yang kita mahu.

    Tapi yang jahanamnya AG Pandir dan IGP ni. Kenapa sampai sekarang PDRM belum lagi buat siasatan tentang 1MDB...walhal berpuloh laporan polis telah dibuat. Dulu cakap tunggu laporan Audit Negara...dah masuk OSA...so PDRM pun senyap. Macam tu ke PDRM buat kerja?...Kalau tahap tu kecekapan PDRM...memang patut rakyat pandang serong. Nak salahkan siapa?

    AG Padir...kamu nyenyak tido ke?

    "Power corrupts; absolute power corrupts absolutely"

    ReplyDelete
  20. Wahai Hakim yg akan mengadili kes LGE atau mana2 kes...

    Ingatlah...
    Pesanan Nabi Muhamad SAW...
    2 dari 3 hakim pasti dihumban ke neraka...

    Ingatlah...
    Azab Allah itu benar...
    Mati itu terlalu hampir...
    Sebaik sahaja nyawa melepasi halkum...
    Tiada apa2 yang boleh dilakukan...
    Malaikat Mungkar Nangkir, Ular Bisa, Kala Jengking, Himpitan Tanah dan Azab Pedih tidak sabar menerkam kamu sebaik sahaja 7 langkah meninggalkan jasad kamu di liang lahad...

    Ingatlah...
    Berlaku Adil Lah...
    Peganglah Tali Allah seerat-eratnya...
    Bebaskan dirimu dari sebarang telunjuk manusia dan syaitan...

    Ingatlah...
    Allah Memerhatikan kamu...
    Allah Maha Berkuasa...
    Azab Allah Sangat Pedih...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...