Thursday 2 June 2016

INGATAN YANG LEBIH SESUAI DITUJUKAN KEPADA BAPA SENDIRI


Timbalan Ketua Pemuda Pas yang juga anak Hadi Awang,  Muhammad Khalil Hadi mengingatkan rakan-rakan seperjuangannya agar tidak main-main dalam perjuangan di jalan Allah yang sedang dilalui bersama parti itu.

Ini kerana, jelasnya, janji yang dibuat untuk perjuangan itu bukan saja di depan manusia, tetapi juga di depan Allah.
Dalam masa yang sama, beliau juga menasihati rakan-rakan yang telah keluar daripada Pas, khususnya yang memegang jawatan wakil rakyat, yang dianggapnya tiba-tiba khianat kepada perjuangan, mengenai janji yang sama di depan Allah nanti.

"Mereka lari dari perjuangan. Jawablah di depan Allah di hari akhirat nanti,"  katanya dalam ucapan penangguhan di Muktamar Pemuda Pas, semalam.

Woww.....hebatnya ingatan dan amaran!!

Benarkah perjuangan Pas sentiasa di jalan Allah, dahulu dan juga sekarang?

Jika benar di jalan Allah, kenapa Pas sekarang yang dipimpin Hadi Awang makin bersekongkol dengan seseorang yang sah diketahui terpalit dengan skandal kewangan paling besar dalam dunia?

Adakah persekongkolan itu sebahagian daripada perjuangan di jalan Allah? 

Bagaimana agaknya mahu menjawab di hari akhirat nanti?

Bolehkah juga menawarkan diri menjadi penasihat kepada pemimpin yang pernah mengaku, "kalau saya nak menyamun pun, takkan saya guna akaun bank peribadi", namun akhirnya semua penafian terbukti benar belaka?

Kenapa semua ingatan dan amaran hanya ditujukan kepada orang lain, tidak kepada diri sendiri?

Lantaran itu, ingatan dan amaran Muhammad Khalil ini barangkali lebih baik diselitkan ke pintu bilik tidur ayahnya terlebih dahulu sebelum ditujukan kepada sesiapa yang lain.

Ingatlah, Allah juga sedang melihat lakonan demi lakonan yang sedang dipentaskan sekarang. (SH 02/06/2016).

48 comments:

  1. kata2,perbuatan perilaku yg jelas dangkal dan jelek pemimpin PAS di sandarkan dgn agama. Tuhan pun di heret sekali. Tinggi kedudukan geng2 agamawan PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja2 agamawan PAS sekarang, bukan saja membodohkan orng ramai. Malah membodoh2kan Allah juga.

      Delete
    2. Allah maha Besar
      Allah maha Gagah
      Allah maha bijaksana
      Allah maha mengetahui
      Allah maha segala galanya.

      Jadi tiada sesiapa yang boleh untuk membodoh2kan Allah .
      "Anon 2 June 2016 at 18:00 " tolong jaga bahasa . Banyakan istighfar .

      Delete
    3. Memilik Allah adalah satu kelebihan. Memiliki agama Islam juga mempunyai kelebihan.

      Apa kelebihannya? Tak lain dan tak bukan ialah untuk membodohkan orang lain. Khalas.

      Delete
    4. Kebenaran bukan untuk dimonopoli. Dah otak beku nak berpikir dan curahkan idea, mulalah nak monopoli Allah.

      Sesudah memonopoli Allah, diclaim pula apa yg dilakukan mereka adalah benar.

      Hahaha.. apakah ketahian ini?

      Delete
    5. Wahai lembu lembu semua tolonglah jangan campur adukan politik dengan agama. Kamu akan memburukan nama agama sendiri saja dengan kejahilan kamu. Otak karut.

      Delete
    6. Wahai lembu lembu semua tolonglah jangan campur adukan politik dengan agama. Kamu akan memburukan nama agama sendiri saja dengan kejahilan kamu. Otak karut.

      Delete
    7. Tabib Hadi sudah dapat dedak dari orang yang pernah beliau kata kafir dulu. Tabib Hadi sudah jilat najis sendiri. Dulu UMNO dia kata kafir sebab masa tu tak dapat dedak!

      Delete
  2. Din, depa nie tak sedaq apa depa cakap and apa depa dah buat. dulu umno kapiaq la umno nu la umno nie laa, laa nie, jilat bukan main lagi.
    cam nie nak pimpin kejalan islam ?
    cam nie nak caya ulamak ?
    Din, jangan jangan ada habuan kut dari jalan belakang ? tak tuduh tapi pelik jugak...tiba tiba baik dengan pencuri no 1 dalam dunia and penyangak antarabangsa ? terlibat dengan Jho Lo pun dah tak kata apa apa dah...yg aku heran nama ulamak tapi kawan dng najib harami, sepatutnya ulamaklah nasihat najib kamjat nie....
    nampak gaya Din, kena sokong pati lain lah...but for sure bukan UMNO and BN...that' confirm.
    Go fly Kite...Lagi 3 hari hari SELASA OK....
    jng lupa bagi tau boss kamjat hang naaa....Najib Harami susahkan rakyat !!!

    ReplyDelete
  3. Lawan dulu rasa tamak haloba hawa nafsu dgn tamak kuasa sebelum citer pejuangan yang tak kemana..kalau PAS hebat sgt g masuk pedalaman sana dakwah islam pada yang betul..bkn duk dlm meting kutuk sana sini..

    ReplyDelete
  4. Shabudin...macam Ruhanie...lepas Pak Lah jatuh..dipuja Najib.Yg pasti puak puak UMNO marah Najib kerana tidak dpt projek...bela rakyat konon...penyamun tetap penyamun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat tuduhan biar ada fakta, checklah dengan Najib pernah tak saya minta apa-apa projek. Checklah juga dengan SSM, ada tak nama saya dalam mana2 syarikat.

      Delete
    2. Din, Kan budaya ahli umno mmg gitu....suka creat cite sensasi. Betul atau slh tlk tepi.

      Delete
    3. Din, Kan budaya ahli umno mmg gitu....suka creat cite sensasi. Betul atau slh tlk tepi.

      Delete
    4. Yg benci najib berjuta2 di malaysia. Adakah semua disebabkan tak dpt projek. Baru kelusr dari gua kot dasuki ni

      Delete
    5. En dasuki ini mengiakan bahawa org org umno Yg masih menyokong Najib adalah mereka mereka Yg ada kepentingan @ pemakan dedak...bukan menyokong Najib atas keiklasan

      Delete
  5. Buka aje mulut terus pakai topeng agama.Janganlah buat macam ni.Perbuatan tidak sama dengansesedap mulut bercakap.Yang mungkar merompak duit rakyat depan mata jangan buat buta.TGNA pun tidak dappat mewarisi iman kepada anaknya, apalagi nak dikata kalau bapanya pelabel-pelabel jelik dan terkenal dengan amanat 1981.Manusia lain boleh berfikir dengan baik tak akan la ular dalam semak yang hendak menjadi pemimpin berfikiran cetek dan dangkal.

    ReplyDelete
  6. Dalam Muktamar ke-61, olamak jadi jadian menggunakan chai memaksa ahli2 memilih yang kononnya berstatus ulama sebagai pemimpin. Mereka singkirkan golongan profesional dan progresif dalam parti. Sedangkan golongan tersebutlah yang sebenarnya melonjakkan parti mereka hingga ke tahap yang tak pernah dimimpikan sepanjang 55 tahun usia parti. Apabila golongan ini terasa dipinggirkan dan dihalau secara hina oleh mereka yang tak kenang diuntung dalam parti maka golongan tersebut mengambil langkah drastik meninggalkan parti secara berkumpulan. Maka yang tinggal dalam Pas hanyalah agamawan yang separuh masak dan kalau ada ulama pun semuanya yang jenis matekedarah dedak yang ditabur Najeb. Sekarang hanya tinggal dalam Pas adalah golongan yang hanya pandai berkata-kata tapi tak pandai langsung melaksanakannya (munafik), malah kalau disoal dan diajak berdebat maka yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin separuh masak ini hanyalah maki hamun dan menuduh kafir kepada lawan.

    ReplyDelete
  7. Seseorang yang takut kepada Allah pun tidak akan pasti akan diterima amalan dirinya diakhirat kelak.Beramal dan tunduk kepada tuhan tiada penghujung, janganlah perjalanan amal yang masih jauh ini , ada pula manusia boleh menilai orang lain sama ada orang itu masuk neraka atau syurga.Inilah contoh yang sangat jelas apabila seseorang yang sangat riak, segala politik manusia disandarkan pada Allah.Apakah allah tidak maha mengetahui dunia politik manusia sehingga manusia seret agama dan tuhan kedalam politik.

    ReplyDelete
  8. Lakonan org2 Pas yg bertopeng agama mmg hebat! First class acts, boleh berlakon dlm filem di bawah Red Granite.

    ReplyDelete
  9. ..bab bapak kamu sokong pengamal rasuah antarabangsa Najib yg mencuri duit 1MDB, yang pasti akan ditanya Allah dihari akhirat, tak nak komen ke, oiii lebai?????...kalau setakat keluar dari Pas yg penuh kesesatan sekarang...jgn babitkan nama Allah....Allah tu Mahasuci..jgn babitkan kekotoran politk Pas dgn Keagongan dan Mahasuci Allah...

    Hadi tak bagi dia pil kuda ni sebelum dia bukak mulut...tu fasl jual nama Allah utk politik sempit bapak dia...

    ReplyDelete
  10. Mohd dasuki awak mana mari
    Tuduh orang ada kah bukti
    Entah berlaku kat diri sendiri
    Jangan amalkan sifat busuk hati..

    rakyat dibela bukan nya projek
    Negara disayang lebih dari cek
    Bukan semua bergelar kaki jack
    Adakah dasuki jibbo dah reject?

    Sayang negara bukan nak kira
    Bukan kerana pangkat dan harta
    Sumbangan kecil selamatkan negara
    Atau yang merana anak cucu kita...



    ReplyDelete
  11. Orang yg ikhlas berjuang jalan tuhan senang di kenal akhlaknya. Ssh benar nak mangaku dia sentiasa di jalan tuhan. PAS mcm confirm pegang kunci syurga, yang x sebulu semua seolah di laknat dan mendapat restu tuhan. Hebat....

    Najib lega dgn 2.6bil dalam akaun peribadi tanpa soalan keras seperti zaman TGNA. Restu pemimpin PAS!? Sambil2 menyangkal skali skala dalam ketawa

    ReplyDelete
  12. kepada md dasuki kalau anda lemah dan malas berfikir janganlah beri komen yg menggambarkan fikiran negati diri sendiri

    ReplyDelete
  13. Hanya orang cacat akal sahaja yang menjadi ahli PAS.Sekarang orang UMNO Najib berada pada tahap kecacatan yang sama.Oleh itu,sempurnalah kerjasama antara kedua-dua golongan munafik.

    ReplyDelete
  14. org paling mulia pas, musyidul am, hafiz pula tu, skrg duduk bwh ketiak zahid... hahahaahahaaa

    itulah taraf ulamak pas...

    ReplyDelete
  15. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.

    belajarlah cakap sarupa bikin

    ReplyDelete
  16. Puak2 pas ni perasan parti pas tu membawa jalan islam yg benar. Setakat berjubah dn berkopiah bukan bermakna dia insan kamil.sedangkan dari segi perbuatan pemimpim pas sekarang bukan melambangkan ciri2 islam pun. Suka memaki hamun membuat tuduhan melulu. Memusuhi bukan islam macam dia dah ada cop kat dahi masuk syurga.

    Sepatutnya pemimpin yg kununnya parti islam memberi contoh yg baik yg dapat menarik bukan islam supaya minat kpd islam. Ini lagi menjauhkan org bukan islam untuk merapatkan diri kpd islam.

    Sikap2 pemimpin pas.skrag langsung tidak mencontohi nabi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong seratus peratus komen onon 21:21 yang bernas ini.

      Delete
  17. Tiada pemimpin PAS yang dapat diketengahkan sebagai pemimpin nasional. Mereka adalah pengikut dan lantaran itu UMNO berasa selesa dan ketidakupayaan pemimpin PAS membaca permainan politik menjadikan mangsa yang mudah digunakan. Teori pemimpin PAS yang mengatakan UMNO akan memberi laluan kepada mereka di Kelantan, Terengganu dan Kedah adalah angan-angan Mat Jenin. Hj Hadi adalah pemimpin yang telah hilang keberkatannya kerana semakin lanjut usianya semakin ramai yang membencinya. Semakin banyak beliau berkata-kata semakin banyak fitnah yang terungkap. Semakin beliau berbicara tentang akhirat semakin terlihat kecintaannya terhadap harta dunia dan pangkat. Memang tepat peribahasa kalau ayah kecing berdiri anaknya pasti kencing berlari.

    ReplyDelete
  18. Pas dah jadi pasembur basi.
    Pas = parti ajaran sesat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang sudah biasa mengkafirkan orang muslim melayu . . . sekarang dakwaan mereka balik menghantam kepala hotak mereka sendiri.

      Delete
  19. BAPA MANGKOK HAYUN, ANAK MANGKOK HAYUN

    ReplyDelete
  20. Anon 18:00 terikut ikut skrip filem hollywood dan buku barat yg penerbitnya adalah yahudi dan kristian pro zionist. Hati hati bila guna ayat anda yg akan menampakkan kejahilan.

    Admin, jgnlah kerana TGHH tak sehaluan dgn kita dlm cara dia menghadapi kerenah Najib kita anggap dia bersetuju dgn jenayah Najib. Walhal dia sendiri tidak pernah menyetujui rasuah dlm BN.
    Hadi cuba bersikap matang bila berdepan dgn UMNO dan parti org Melayu. Kena kenal siapa musuh sebenar dan siapa kawan sebenar. Najib bukan musuh tapi dia adalah pemimpin korup.

    Berbaik dgn Najib bukan bermakna bersekongkol tapi berbaikbdgn kerajaan yg dipimpin BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politik matang adalah politik yg penuh strategi dan mendambakan keuntungan jangkapanjang. Politik Hj Hadi adalah politik yg memusnahkan, politik bersandarkan ego, sukar mentafsir strategi lawan dan terlalu bergantung kepada tuan penasihat. Politik Hj Hadi adalah politik kebelakang dengan mengharapkan sentimen kemelayuan sebagai tonggak kekuatan. Mana perginya PAS For All dan mana hilangnya Amanat Hj Hadi yg mengharamkan politik suku agama suku. Memang Hj Hadi tidak menyokong rasuah tapi berkompromi dan menjalinkan ikatan walaupun sedikit dengan puak yang mengamalkan rasuah seolah-olah kita mengiktiraf perbuatan mereka. Memandang sepi kerenah puak yang membawa mudarat kepada rakyat serta negara bukanlah politik matang tetapi adalah politik oppotunis. Politik yg gagal mendefinasi makna sebenar pengkhianat. Sebenarnya politik PAS lebih matang tanpa Hj Hadi

      Delete
    2. Anon 22:16

      MYR 50,000,000,000.00 hutang 1MDB boleh membina semula Kelantan dan Terengganu; memberi rumah baharu kepada ribuan mangsa malapetaka banjir, memberi makan dan pakai kepada fakir dan yatim, meningkatkan syiar Islam kepada bangsa Melayu berugama Islam yang menjadi penagih dadah dan penghidap HIV nombor 1 di Malaysia. Ada TGHH berhujah sematang ini di Parlimen sebagai WAKIL RAKYAT? Menyelamatkan Najib lebih aulia dari membantu rakyat, khususnya di kawasannya sendiri. Itulah kefahaman matang baginya

      Delete
  21. pas patut istiqomah denagn perjuangannya
    tak perlu bersokongkol denagn puakpuak yang terangan menentangnya
    jangan gila undi sanggup gadai prinsip
    tinggalkan semua puak tu
    mulakan kembali langkah yang dulu
    jangan lagi tertipu bnayak kali denagn habuan dunya yang dijanjikan
    lebih baik dimatikan oleh Allah dalam kedaan memperjuangkan hak hak Islam
    daripada dimatikan dalam kedaan bersekutu dengan puak puak yang membenci semua itu

    ReplyDelete
  22. Hey budak ;dulu pak mu wat AMANAT tuju ko ore UMNO.Mu masa tu tak kenal tahi lagi.La ni mu kecek banyak.Mu betul Pak mu dulu.Aku sapa nak betetak dale Mesjid gara2 AMANAT PAK mu .Biar gheti Baso getek.Aku tak MAAF Pak mu sapa mapuh.Bodo..

    ReplyDelete
  23. Dulu-dulu..

    Kerana pulut santan binasa,
    Kerana mulut badan binasa

    Lain pulak sekarang...

    Kerana kek pulut pas binasa,
    Kerana mulut hardie suka mencerca

    Jebon

    broker

    Pil kuda

    Cawat

    Dan banyak lagi....

    Amanat...

    ReplyDelete
  24. Dulu, setiap kali Pru aku sentiasa pangkah Pas.
    Kini, tengok bendera bulan hijau Pas aku menyampah.
    Teringat, Hadi@Laknatullah@PilKuda@UTurn 1,000% aku meluat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu aku xpernah pangkah PAS

      Cuma dalam setahun dia ni dah mula teringin nak pangkah PAS

      Tapi dek perkembangan terkini ni..

      ..nampak gayanya bukan PAS jugakla yg aku akan pangkah..

      Delete
  25. Apabila kepentingan politik mengatasi kepentingan agama islam, maka otak menjadi celaru harubirruuu....

    ReplyDelete
  26. Pendapat saya lebih baik para ulama dalam pas jadi mcm jemaah tabligh..nasihat org ke jalan Allah sudah. Dok diam2 buat amal ibadat je. Tak usah involve dlm politik dah. Laagi org sanjung.

    ReplyDelete
  27. Good morning this morning may provide very interesting information thanks.

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  29. Kata dulang paku serpih kata orang aku yang lebih dia orang ini tak cermin diri sendiri agaknya tak payahlah cakap pasal agama kubur nasing2 tuhan yg tentukan bukan parti

    ReplyDelete
  30. Kata dulang paku serpih kata orang aku yang lebih dia orang ini tak cermin diri sendiri agaknya tak payahlah cakap pasal agama kubur nasing2 tuhan yg tentukan bukan parti

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...