Friday 3 June 2016

PAS DAH MACAM UMNO...

Dulu hanya pemimpin UMNO yang berpakaian macam ini.

Sekarang pemimpin Pas pun nak jadi pahlawan Melayu juga.


Dulu hanya Pemuda UMNO yang cium dan julang keris.


Sekarang Hadi Awang sendiri julang keris gergasi.

Dulu menjadi tradisi pemimpin UMNO potong pulut kuning.

Sekarang Pas pula potong pulut hijau.

Dulu,  slogannya "Pas ganti UMNO", rupa-rupanya sudah bertukar kepada "Pas mirip UMNO".

Dulu, didendangkan juga motto "Pas For All",  tetapi nampaknya sekarang sudah berubah menjadi  "Pas For U, Najib". (SH 03/06/2016).

75 comments:

  1. Menarik sekali prensentation kali ini tuan budin,Pas bukan saja mirip umno,tetapi terlebih dari umno,4 sekawan diatas berbaju zaman tok nadok,umno tak pakai keris,tapi pendekar mustar pas pakai 2 keris.Hishamudin auww kerisnya pendek saja,tapi Hadi kerisnya panjang...ntahlah ulamak yg dibanga-bangakan memotong pulut ala yahudi..ada ka nabi buat macam tu..nak tanya saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kebanyakan nabi2 semua keturunana yahudi! hanya nabi tersohor agama terbenar sekali didunia sahaja berbangsa arab padang pasir!!! LOL

      Delete
    2. Moleklah kalau PAS dah balik kapada asalusul Melayu nya ,dah tak jadi Arab lagi .

      Mungkin Melayu lebih mudah menerimanya .

      Undi Melayu harus dibagi kapada Melayu ,bukan Arab atau yang lain-lain.

      Delete
    3. Undi Melayu tidak harus dibagi kepada Melayu secara buta-buta. Kan yang mencuri duti rakyat berbilion-bilion tu menganggap diri Melayu Bugis keturunan bangsawan? Patutkah Melayu begini diberi undi?

      Delete
    4. Biarkan pemimpin PAS syok dgn ilusi masing2. Bebas mereka berkhayal apa yg mereka inginkan.

      Ayah pin dah xdak, lps ni buat teko pulak. Hmm x larat den nak tolong.

      Delete
    5. Apabila sifat irihati, riak dan takabbur menguasi pemikiran manusia, maka berlumba lumba lah mereka melakukan kerja kerja bodoh.
      Kasihan kpd pengikut2 dan penyokong PAS AND UMNO (PAU) yang semakin diperbodohkan.
      Ini lah bahayanya Musibah Dedak Beracun (MDB) yang dibawa oleh Presden UMNO dan disekongkoli oleh Presden PAS.

      Delete
  2. hahahah...kononnya PAS nak jadi penasihat kepada parti melayu.PAS dari parti islam dah terlebih melayu dari umno.Manakala umno bukanya jadi bertambah islam,malah umno melahirkan penyamun no1 dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS & UMNO berpisah tiada.
      PAS=UMNO

      Undilah yg lain selain PAS & BN.

      Delete
  3. Kah! Kah! Kah! Aku hanya boleh gelak. Nak komen pun buang masa. Baghal tetap bahghal.

    ReplyDelete
  4. Amboi .. tersenyum lebar tuan penasihat najib potong pulut hijau tuh eh. Betul2 macam bos dia.

    ReplyDelete
  5. KADANG2 AKU RASA PAS NI LEBIH BAIK XDE DARIPADA ADA KAT MALAYSIA NI... ULAMAK YG TERSOHOR (KONON) SEKARANG DAH MACAM BADUT DAH AKU NAMPAK...DIAORANG NI BERANI BUAT CAMTU PASAL ARWAH TOK GURU DAH XDE...KALAU ARWAH MASIH AD KOMPOM DIAORANG XBRANI PUNYA BUAT KERJA BODOH MCAMTU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kalau arwah TGNA masih hidup anaknya si Nik Buduh pun takkan berani merapu macam orang mabuk tak tentu pasal.

      Delete
  6. Past sudah jadi kek pulut menjadi santapan mudah parti umngok.Dengan keris yang lebih panjang dari keris umngok, kek pulut yang lebih besar dan lebih berat, lebih banyak keris dibawa dalam perhimpunan, membawa mesej lebih lagi melayu dan islam dari parti umngok tidak akan membuatkan parti umngok lebih baik dari pembangkang ataupun mencalarkan imej parti pembangkang dimata rakyat marhaen.

    Apa yang berlaku sekarang menunjukkan :

    Past parti
    kek pulut
    keris gergasi
    label-fitnah jelek
    Preview xxx
    Siku lutut
    Amanat tuang presideng
    Kertas chai
    Sotong u-turn
    Sedondon
    Sepenggal
    Tongkat umngok
    Parti dedak


    Isu yang penting ialah isu 1mdb tapi past seperti cuba menolong menutup skandal kewangan terbesar dunia dengan berbuat sesuatu yang pelik dan jelek.

    ReplyDelete
  7. Anti melayu islam. Memalukan. Admin please stop it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam diturunkan memecah amalan assobiyah Arab Jahiliah. Almarhum Tuan Giru Nik Abd Aziz Nik Mat masa hidupnya menegah assobiyah sehingga beliau dicintai masyarakt bukan Islam. Hari ini dua parti Melayu utama berlumba menghidupkan semula assobiyah, yang satu menggunakan nasionalisma yang satu lagi menggunakan agama. Siapa yang lebih memalukan?

      Delete
    2. Tak payah la sanjung tok guru yang semasa hidupnya juga merupakan pemecah belah ummah.

      Delete
  8. Pasngok dah hilang cahaya.jadi lebih
    mendung dan muram.pemimpin se
    makin hilang arah.lebih mirip dengan
    cara umno.pulut dan ketlris jadi budaya
    baru dalam pas.ditambah pakaian tradisi
    dan keris dipinggang serta tengkolok
    dikepala.tiada lagi ikrar untuk mendaulat
    kan Islam.

    ReplyDelete
  9. Jangan meroyan, PAS hanya membuat percubaan yang mencabar minda egois Melayu dan sandiwara ini hanya untuk populariti dikalangan Melayu. Apa yang UMNO tawarkan PAS boleh sambut. Apa yang DS Najib buat TGHH juga mampu....

    ReplyDelete
  10. Kah!..Kah!..Kah!...baginilah sandiwara dunia akan bertukar-tukar lakunanya bagi menghiburkan penonton.Diatas kelekaan penonton apa saja tipu helah mudah disogok,kelentong demi kelentong akan dijanjikan.Maka itu sebab Melayu mudah lupa dengan kelentong Melayu juga.Kelentong Melayu bangsa lain yang untung.Dulu kelentong Melayu untuk mendaulatkan BM,sekarang BM telungkup kita Melayu mendaulat bahasa lain?.Mungkin juga dalam agama pun Melayu akan bersandiwara juga.Tunggu dan lihat dok tengah bentang reka jalan cerita.Lebeh suka melalak dari memujuk.

    ReplyDelete
  11. Makin bersebab dan jelas tagline ASAL BUKAN UMNO dan PAS (ABUP). Mereka makin menggila mempamerkan mereka lebih Melayu (assobiyah) dari UMNO dan lebih Islam (beriman) dari orang Arab. Makin Taliban!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isle mereka tercampur dengan nafsu amarah yang bertujuan kuasa dunia dan harta. Dulu mengkafirkan orang Melayu sekarang angkat keris gergasi! Kalau aku dan keluargaku bukan kafir maka Hadi itu kafir gergasilah!!!

      Delete
  12. PAS nak masuk kedalam kolam tahi untuk melakukan kerja2 pembersihan? Biarkan dan jangan dihalang. Lebih elok lagi rakyat tolong kasi tolak PAS supaya masuk cepat kedalam kolam tahi itu. Ini adalah perkembangan yang baik iaitu menjadi teladan kepada rakyat agar dapat membezakan antara tindakan yang bijak dan perbuatan bodoh sombong. PAS sudah mula buat kerja2 bodoh akibat melantik orang2 yang bengong menjadi pemimpin.

    Ini ibarat PAS ingin keredhaan Allah SWT dengan hanya bergantung kepada " kerap doa dan suka solat sunat" tanpa mengerjakan perkara2 fardhu seperti menimba ilmu, bekerja keras, jujur, adil, bijak dalam pekerjaan dan bertanggungjawab kepada tugas serta amanah yang dipikul. Tindak-tanduk kepimpinan PAS masa kini lebih kepada mat2 lepak yang tak tahu apa yang perlu dilakukan untuk memajukan diri sendiri. Asyik2 dok lepak ramai2, berseronok2 dengan aktiviti buang masa dan langsung tak ada keinginan untuk memajukan diri sendiri dengan merancang dan berstrategi . Bagaimana mungkin lebai2 yang langsung tak reti nak mwntadbir parti mereka mampu mentadbir negara dengan jaya? Kelantan pasca ATGNA, Kedah dan terutamanya Terengganu adalah bukti nyata "ketidakmampuan" PAS sebagai politican dan kerajaan.

    Adalah lebih baik PAS jadi Parti "tupperware" yang jauh lebih menguntungkan daripada menjadi parti politik yang membebankan rakyat dan negara (Islam tu lagi dah tercalar dek perangai pemimpin2 PAS)! Memang dengan isu2 dan tindak tanduk terkini pemimpin2 PAS, adalah lebih baik bagi rakyat apabila PAS dibubarkan sahaja. Negara lebih sejahtera, rakyat lebih harmoni dan Islam pun tidak lagi diperlekehkan oleh tindakan2 "tak berotak" orang2 yang menggelarkan diri mereka ulamak yang duduk dalam "dewan ulamak" dalam parti yang dipimpin oleh "ulamak".

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  13. tok hadi dah lupa amanat dia kot???awat la ni boleh kaleh!apa dah jadi dengan sembelihan,iman orang umno?

    ReplyDelete
  14. Mu dok tahu ke tag line baru... Dengey harape dpt mentadbir ore isley melayu... Tunduk kejap dgn bangse takppo... Hahahaha dulu kutuk lebeh... Jgn lebih sudu, sudah tok sarban ooii...

    ReplyDelete
  15. PAS semua pun boleh ,pakai baju dewa cina pun boleh ,takkan baju melayu tak boleh??

    ReplyDelete
  16. UMNO n PAS, dua2 parti melayu. Satu terkenal dgn salah guna harta dan duit awam. Satu lg terkenal dgn salah guna agama dan pengikut wala`..... Takkan melayu hilang di dunia.

    ReplyDelete
  17. Hasil pejuangan cash is king umno.

    ReplyDelete
  18. 'Potong pulut hijau ke...pulut biru ke' yang dipersoalkan sekarang adakah ini amalan dalam Islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. "You can't have your cake and eat it"

      maksudnya kalau diorang mahu makan dedak (kek hartabenda) diorang akan hilang kehormatan (kek simbolik)

      Delete
  19. “takkan melayu hilang di dunia“
    Najib dah buktikan dgn penangan 1mdb dan 2.6 bil

    “PAS ganti UMNO“
    PAS ganti kerja UMNO, tepat dan precise

    ReplyDelete
  20. Apa macm PKR masih nak 'beromen' dengan PAS ni ke?

    Kalau kamu benci UMNO, sekaang kamu kena benci PAS juga sebab dah terang lagi disuluh kamu ni dipermainkan depan/belakang!



    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR dah lama nyampah... cuma azmin jer kot yang masih sayang kan pas ni, sebab pasal kerusi MB dia tu.

      Delete
  21. PAS semua pun boleh ,pakai baju dewa cina pun boleh ,takkan baju melayu tak boleh??

    ReplyDelete
  22. Elok bubarkan saja pas. Semua ahli pas masuk um no. Tak payahla dok tiru2 um no bagai. Strategi apa yg depa pakai entah. If you cannot defeat them, join them. Mcm tu ka?

    ReplyDelete
  23. KO APA MASALAHNYA PAS MCM UMNO?KO DENGKI APAHAL TAHIT CICAK? BUKAN KE KITA SEPATUNYA SUKA BILA MELAYU BERSATU? HAIRAN..MKIN BODO RUPANYA KO NI TAHIT CICAK..SPESIS MCM KO NI BAIK DOK DLM DAP JE..ASAL SEMUA BNDE ORG MELAYU BUAT SEMUA SALAH DI MATA KO..CIBAI PNYA SPESIS TAHIT CICIAK! HAKTUUIITTT SEKALI KAT MUKA SPESISI NI!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dgn adanya melayu macam kolah,melayu terkenal seantaro dunia,terkenal dgn the wrong reason,sebagai penyamun no1 dunia.

      Delete
    2. Anonymous3 June 2016 at 08:32 Hoi Bodoh..kau ni memang jenis tahap IQ rendah bawah sikit pada monyet... Ini bukan melayu bersatu untuk rakyat! Ni pemimpin melayu bangang nak cuba bersatu supaya dapat kekal kuasa dan terus bodoh2 kan orang macam kau ni laa.

      Delete
  24. P.A.S Parti Auta Semelaysia

    Hadi 1981: Kita menentang umno bukan kerana dia umno,tapi dia mengamalkan undang2 penjajah.Oleh itu marilah tuan-tuan,adik,abang,kakak kita BERJIHAD.
    TAHUN 80AN..Lahirlah umat islam sembahyang 2 imam,laki-bini ramai yg bercerai,sembelihan orang umno tak halal.Peristiwa memali,Pembunuhan pengikut ibrahim libya,termasuk dirinya sendiri berlaku mati-katak.

    Tahun 2016: Tuan-tuan semua,marilah kita bersedondon dgn umno,walaupun mereka mengamalkan sistem penjajah.umno dah benarkan kita bentang hudud..ooops ruu355 di Parlimen.Tuan-tuan DAP sangat jahat menentang undang2 islam. pssst diam-diam bila MCA/MIC/gerakkan dan parti sabah/serawak menentang..

    ReplyDelete
  25. PAS + UMNO = PASUMNO...dah bunyi macam PASEMBUR...memang sah dah jadi parti rojak!

    ReplyDelete
  26. Dewan Persidangan Muktamar Tahunan PAS Kali ke- 62 gamat seketika apabila wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memetik beberapa ayat al-Quran semasa menyampaikan ucapan di hadapan lebih 1000 hadirin.

    Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Dr Balachandran G Krishnan berkata penganut agama Hindu, Buddha dan Kristian akan menjadi lebih baik apabila mereka bersama PAS berbanding parti lain.

    Ini kerana nilai murni yang diterapkan oleh parti itu akan meningkatkan kefahaman agama masing-masing.

    “Menjadi seorang Islam adalah hal Allah, yang penting kita ditarbiah sebagai seorang yang baik, Hindu yang lebih baik, Kristian yang lebih baik itu yang penting (apabila mereka bersama PAS berbanding menyertai parti lain).





    “Nilai murni yang diterapkan pemimppin PAS boleh meningkatkan kefahaman agama masing-masing. Ini akan menjadi seorang bukan Islam menjadi seorang yang lebih baik,” katanya ketika berucap di persidangan Muktamar Tahunan PAS di PUTIK hari ini.

    Tidak cukup dengan kata-kata tersebut, Balachandran berkata, parti yang membawa perjuangan perkauman tidak akan selamat berbanding PAS yang membawa perjuangan Islam.

    “Kenapa kita (bukan Islam) bersama PAS? Kita bersama PAS sebab akidah perjuangan PAS berteraskan agama, bukan perkauman. Hidup Melayu takkan janji Islam selamat, tapi hidup Islam kita semua selamat.

    “Kekuatan PAS bukan dengan Pakatan Rakyat, bersama DAP atau PKR. Ramai percaya begitu ,kekuatan kita adalah dengan Islam. Sebab tu kita boleh pergi berseorang, sebab itu Allah bagi kita rahmat DHPP dalam PAS,” katanya.

    Beliau dalam masa sama turut membidas tindakan Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam sebagai individu yang lembab susulan ugutan melepaskan jawatan Jemaah Menteri sekiranya undang-undang hudud dilaksanakan

    “Kita sokong penuh pembentangan RUU Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) sebab kita faham, bahawa ia untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

    “Ramai bukan Islam tak faham sebab itu bila Subramaniam ugut nak letak jawatan, Subramaniam ini seorang pemimpin lembab. Kalau nak faham Islam boleh panggil kita (DHPP), kita boleh ajar dia,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nilai murni yg diterapkan oleh pemimpin pas kpd org islam dan bukan islam ialah perkataan spt:-

      Tolol
      Babi
      Anjing
      Jebon
      Barua
      Jebon
      Pil kuda
      Kominis
      Broker

      Itulah antara nilai2 murni yg DHHP dpt dpd pemimpin hulamak pas!!

      Delete
  27. Pembangunan di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lalu mencerminkan penghapusan etnik secara halus, dakwa perwakilan PAS Pulau Pinang hari ini.

    Berucap di Muktamar PAS Pusat ke-62, Yaakob Omar mengulangi sentimen yang dibawa perwakilan Pemuda PAS Pulau Pinang semalam yang menuntut undang-undang tanah rizab Melayu yang baharu di negeri itu.

    Yaakob mendakwa pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang susut daripada 28% pada 2010 kepada 20% dalam masa sesingkat lima tahun sahaja.

    “Kita boleh salahkan orang lain, adakalanya kita perlu salahkan diri sendiri.”





    Yaakob mengutarakan beberapa sebab yang membawa kepada kesusutan pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang, antaranya orang Melayu mudah terpikat dengan janji-janji manis pemaju dan orang tengah berbangsa Melayu supaya melepaskan tanah mereka.

    Beliau mendakwa agensi kerajaan tidak membantu orang Melayu, terutamanya di Pulau Pinang, dimana dasar-dasar pembangunan kerajaan negeri tidak melindungi masyarakat Melayu.

    “Kemudian, terdapatnya juga isu kepimpinan yang tidak jujur, yang hanya berminat dengan projek-projek.

    “Kita boleh simpulkan bahawa pembangunan tanah di Pulau Pinang adalah penghapusan etnik secara halus. Saya tidak boleh bayangkan apa yang akan berlaku kepada orang Melayu di Pulau Pinang dalam masa lima ke 10 tahun.”

    Yaakob turut menggesa saki-baki tanah yang dimiliki orang Melayu Pulau Pinang dilindungi, dan menyeru dasar tanah rizab Melayu baharu di negeri itu.

    Yaakob turut membidas kerajaan negeri pimpinan DAP kerana gagal melindungi alam sekitar, antaranya penggondolan bukit-bukit di pulau.

    Beliau turut mendakwa projek Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang boleh merosakkan alam sekitar dan memberi impak negatif keatas kehidupan masyarakat nelayan Melayu di Teluk Kumbar.

    ReplyDelete
  28. Dewan Pemuda PAS memberi kata dua kepada sekutunya, PKR untuk menyuarakan pendirian sama ada masih mahu bersama parti Islam itu atau membawa diri bersama Pakatan Harapan (PH).

    Wakil Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadli Shaari berkata, PKR tidak boleh terus menjalin kerjasama dengan kedua-dua pihak, apatah lagi DAP dan AMANAH dalam PH yang merupakan musuh politik parti Islam itu.

    “Dewan Pemuda mengajak semua untuk menilai hubungan kita (PAS) dengan PKR, kita faham ramai rakan kita dalam PKR yang masih sayangkan kita.

    “Namun, mana mungkin cinta ini dapat bertahan sekiranya DAP dan PKR masih duduk bersama bahkah menjalinkan hubungan mesra dengan parti satu lagi (AMANAH).





    “PKR perlu jelas dengan siapa mereka mahu bersama, dengan PAS atau DAP? Kalau keli katakan keli, tidak hamba katakan haruan, kalau kuali katakan kuali, tidak hamba katakan rembulan,” katanya semasa sesi perbahasan ucapan dasar Presiden PAS di Muktamar Tahunan PAS Ke-62 semalam.

    Nada sama juga disuarakan Dewan Muslimat PAS kelmarin, apabila menerima usul mendesak parti Islam itu mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR, terutama pada pilihan raya umum akan datang.

    Bagaimanapun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan meneliti usul memutuskan hubungan dengan PKR sebelum keputusan muktamad dibuat.

    Ahmad Fadli yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS dalam ucapannya turut menjawab tohmahan pihak lawan, termasuk AMANAH berhubung pendirian parti dalam membuat keputusan.

    Katanya, segala tohmahan yang dibuat parti serpihan PAS itu merupakan perkara biasa dan pernah berlaku kepada orang Yahudi dengan umat Islam ketika zaman Nabi.

    “Soal tohmahan itu satu perkara biasa, kita (PAS) pakai tanjak orang kata kita terlampau Melayu, kita pakai jubah orang kata kita Arab, serba tak kena.

    “Kita bentang RUU 355 (Rang Undang-undang Persendirian Akta 355) orang kata kita bersatu dengan UMNO, kalau tak bentang orang kata kita ditipu UMNO. Inilah dia politik pak pandir yang sedang diamalkan pemerhati politik hari ini,” kata Ahmad Fadli yang membidas pengkritik politik tempatan.

    ReplyDelete
  29. MENURUT satu sumber, dua pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor akan dipanggil susulan laporan "imbuhan perempuan" yang dibuat Naib Presiden/Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Difahamkan, seorang staf kepada pegawai khas terbabit yang telah menyampaikan perkara ini ke pengetahuan Rafizi hingga membawa kepada tindakan membuat laporan SPRM.
    Staf itu dikatakan memberitahu Rafizi, rasuah melibatkan perempuan itu melibatkan beberapa YB PKR di Selangor dengan bos syarikat Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan Berhad (DEIG).

    Nama seorang YB yang melepaskan kerusinya untuk “langkah Kajang” turut dikaitkan selaku orang tengah dengan pengarah syarikat terbabit. – MYNEWSHUB.CC

    ReplyDelete
  30. Enam tahun lalu, Pulau Pinang adalah Kerajaan Negeri yang pertama menolak hasrat Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan program pertaruhan judi dalam arena bola sepak di tanah air ini.

    Dalam nada yang kesal, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bagaimanapun berkata Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta DAP sehingga hari ini terus difitnah anti Islam dan anti Melayu.

    Katanya lagi, PAS yang pernah menjadi sekutu DAP dalam blok Pakatan Rakyat dahulu sepatutnya tidak mengfitnah DAP sebagai 'babi', yang 'memberi arak' sehingga tertubuhnya Amanah.

    "Bukan saja difitnah 'beri arak' kepada Amanah, malah jual tanah Melayu di Pulau Pinang...paling dahsyat Kerajaan Negeri Pulau Pinang difitnah mengiktiraf LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

    "Mengapa tak sebut Kerajaan Negeri buat baik untuk Islam...kenapa tak sebut Pulau Pinang negeri pertama haram judi bola yang nak direstui Kerajaan Pusat," soal Guan Eng.

    Setiausaha Agung DAP itu berucap sedemikian pada Majlis Umum Calon Pakatan Harapan Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dekat Kota Lama Kanan di sini malam ini.

    Ketua Pembangkang Parlimen Malaysian merangkap Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah Tuan Haji Mohamad Sabtu dan Penasihat Amanah Ustaz Ahmad Awang antara pemimpin yang berucap pada majlis ceramah mega malam ini.

    Mohamad mengumumkan ahli akademik Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli, yang juga anak jati tempatan sebagai calon Pakatan Harapan daripada parti Amanah.

    Pada bulan Jun 2010, Ascort Sdn Bhd mendapat lesen daripada Kementerian Persekutuan untuk menganjurkan pertaruhan judi dalam arena bola sepak tanah air, tetapi paling awal ditolak oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP.

    ReplyDelete
  31. Sebahagian orang bukan Islam memilih untuk menyertai PAS menerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kerana perjuangan parti itu berteraskan agama dan bukan perkauman, kata wakil dewan itu, Dr G. Balachandran.






    Justeru katanya, adalah penting untuk PAS sentiasa melibatkan DHPP dalam pelbagai program parti bukan saja untuk menarik sokongan orang bukan Islam, tetapi lebih kepada menangani persepsi 'negatif' daripada orang bukan Islam terhadap parti itu.


    "Tolong bawa kita bersama supaya orang nampak kita. Sebab ramai yang tak boleh terima yang orang bukan Islam boleh bersama PAS. Sebab mereka diajar yang penting adalah bangsa. Bila jadi begitu, orang bukan Islam lagi takut.



    "Kenapa kita bersama PAS? Kita bersama PAS sebab akidah perjuangan PAS berteraskan agama, bukan perkauman. Hidup Melayu takkan janji Islam selamat, tapi hidup Islam kita semua selamat," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-62, di sini, hari ini.



    Tambahnya, orang bukan Islam tidak perlu menjadi 'Islam' apabila bersama PAS.



    Sebaliknya kata wakil berbangsa India itu, apabila bersama PAS, seseorang itu ditarbiahkan menjadi insan yang lebih baik.



    "Kita tak perlu jadi org Islam dalam PAS. Menjadi seorang Islam atau tidak, itu adalah hak Allah. Yang penting kita ditarbiahkan menjadi insan yang baik. Nilai kita sebagai Hindu, Buddha dan Kristian, kita jadi seorang yang lebih baik. Itu yg penting. Bila kita baik tiada tempat untuk kejahatan," katanya lagi.



    Menyentuh soal pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian, kata beliau, pihaknya memahami bahawa ia adalah untuk meminda Akta 355 bagi mempertingkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.



    Beliau dalam pada itu mengkritik tindakan segelintir pihak yang menolak pembentangan pindaan akta berkenaan, kerana menyifatkan golongan berkenaan tidak memahami tujuan pembentangan RUU itu.



    "Walaupun sukar nak faham Islam, boleh panggil kita, kita boleh ajar dia.Sebab itu penting untuk kita diperkasakan," katanya.- antarapos

    ReplyDelete
  32. Golongan IKRAM yang dahulu IRC yg banyak kali mengkhianati PAS. Jadi tak hairan jika IKRAM sentiasa mencari jalan merosakan PAS. Golongan ikram adalah pengerakan utama Parti PAN @ AMANAH yg dilihat seolah-olah ramai ahli Pas keluar parti masuk PAN sedangkan yg berlaku ahli Ikram yg menyusut dalam Pas kini telah keluar dan mengukuhkan Parti Pan. Tak hairan kalau kata2 kononnya ramai ahli pas yg masuk Pan di Johor pada hakikat sebahagian besar adalah puak atau geng ikram yg menyusut dalam pas kembali ke PAN. Berita di bawah menyerlah lagi sikap buruk IKRAM.

    ReplyDelete
  33. Perwakilan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Dr G Balachandran menggamatkan dewan Muktamar Tahunan PAS ke-62 yang berlangsung di Kota Bharu hari ini.

    Dalam ucapan perbahasan dasar presiden, Balachandran bukan sahaja mengkritik pihak yang tidak dapat menerima Rang Undang-undang (RUU) untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah, malah turut menyifatkan PAS sebagai parti berkonsepkan wahyu.

    "Mereka tak faham niat parti PAS, adalah parti yang berwahyu. Berteraskan al-Quran dan sunnah.

    "Kita ada dua cawangan (bahagian) iaitu politik dan dakwah," katanya.

    ‎Beliau berkata, pihaknya faham bahawa RUU itu untuk memperkasakan mahkamah syariah, bukan untuk enakmen Hudud.

    Bagaimanapun katanya, ramai orang bukan Islam memahami ia adalah untuk melaksanakan Hudud.

    "Sebab itu presiden MIC (Datuk Seri S Subramaniam) menyatakan ‎mahu letak jawatan, bagi saya (dia) seorang pemimpin yang lembab.

    "Kalau dia rasa susah (faham) boleh panggil kita, boleh ajar dia sikit," jelasnya.

    Tambah Balachanran kekuatan parti Islam itu bukan kerana Pakatan Rakyat yang disertainya sebelum ini, tetapi kerana 'Islam'.

    ‎"Sebab itu kita boleh keseorangan, sebab Allah bagi kita rahmat DHPP dalam PAS. Kalau tidak, tak ada makna PAS rahmat, Islam rahmat untuk semua," katanya.

    'Hidup Islam kita semua selamat'

    Sementara itu beliau berkata, perjuangan PAS berteraskan agama bukan perjuangan bangsa seperti mana Umno.

    "Hidup Melayu ‎tak jadikan Islam selamat, hidup Islam kita semua selamat," katanya.

    "Jangan jadikan bangsa sebagai akidah perjuangan. Keadilan dalam PAS merangkumi semua kaum.

    "Menjadi seorang Islam adalah hak Allah, yang penting kita ditarbiah sebagai seorang yang baik. Hindu yang lebih baik, Kristian yang lebih baik. Itu penting," katanya sambil memetik surah al-Maidah ayat kelapan.

    Ucapan Balachandran menerima tepukan gemuruh perwakilan dan laungan takbir.

    Malah, sebaik selesai berucap semua perwakilan berdiri memberi penghormatan kepada beliau.

    ReplyDelete
  34. Semenjak Tuan Guru Hadi Awang membentangkan Rang Undang-undang (RU) persendirian mengenai hudud baru baru ini, suasana politik negara makin hangat.

    Yang Berhormat-Yang Berhormat (YB) dengan cepat mengeluarkan kenyataan menolak RUU tersebut dan pelaksanaanya. Malahan, YB mengugut untuk meletakkan jawatan seandainya Hudud dilaksanakan. Itu memang hak YB untuk membantah.

    Masalah nya,

    Begitu pantas reaksi YB sedangkan RUU itu belum lagi dibentang secara rasmi di peringkat pertama. Ia belum lagi dibahaskan. Ia juga belum lagi diluluskan oleh Parlimen dan belum lagi diluluskan oleh mana-mana DUN. Katanya kerana pelaksanaan RUU tersebut akan menyalahi Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  35. Sebagai rakyat yang prihatin, saya mohon YB jawab persoalan saya, sekiranya benar YB ingin melindungi kedaulatan undang undang negara.

    Di manakah YB ketika Perlembagaan Persekutuan yang menjadi payung undang undang Malaysia dicabul?

    Ketika Peguam Negara (AG) diberhentikan tanpa sebarang sebab yang munasabah?

    Ketika SOSMA disalahgunakan untuk menghukum mereka yang berlainan pendapat?

    Ketika cadangan dari SPRM dan Bank Negara diketepikan dan ditolak bulat-bulat?

    Di manakah YB ketika kegawatan politik dan isu 1MDB merobek maruah negara dan menjejaskan masa depan negara?

    Di manakah YB ketika laporan Ketua Audit Negara berkenaan isu 1MDB dirahsiakan dan disorok dari pengetahuan rakyat? Sedangkan laporan seperti itu amat penting dikongsi secara meluas bagi memastikan ketelusan dan kejujuran dalam pentadbiran.

    ReplyDelete
  36. Di manakah YB bila 1MDB menanggung liabiliti sebanyak RM53 Billion yang datang dari poket rakyat Malaysia?

    Sedangkan wang sebanyak itu mampu digunakan untuk membiaya kos penuh bagi lebih daripada 1 ribu mahasiswa ke universiti universiti terhebat dunia.

    Sedangkan wang sebanyak itu mampu menjamin pembanguan negara yang lebih pesat.

    Sedangkan wang sebanyak itu mampu meningkatkan taraf hidup rakyat lebih lebih lagi bagi mereka yang hidup dalam kemiskinan.

    Di manakah YB ketika lebih kurang RM4.2 juta disalurkan ke syarikat Good Star Limited yang dimiliki oleh Jho Low? Sedangkan YB sudah sedia maklum tentang hubungan persahabatan antara YAB PM dengan Jho Low yang kini sedang disiasat oleh kerajaan Amerika berkenaan pembelian harta menggunakan sumber yang mencurigakan.

    ReplyDelete
  37. Di manakah YB ketika BSI, sebuah Bank yang berpusat di Switzerland ditutup oleh Kerajaan Singapura kerana penglibatan dalam isu 1MDB?

    Sedangkan sudah jelas dalam laporan MAS bahawa BSI terlibat dengan penyalahgunaan wang yang sangat serius.

    Di manakah YB ketika semua ini yang sememangnya menyalahi undang-undang dan menconteng arang ke atas nama baik negara terjadi? Mengapa YB duduk berdiam diri, mendiam seribu bahasa?

    Sedangkan perbuatan YB boleh mencetus satu tanggapan bahawa tidak kira apa jua yang berlaku, sebesar mana pun kesalahan yang dibuat, ahli-ahli politik yang mentadbir negara akan terselamat dari sebarang liabiliti.

    Sekali lagi, juga sebagai rakyat yang prihatin, saya memohon kepada YB.

    Sekiranya YB mampu bersuara lantang "memperjuangkan rakyat", menentang RUU yang belum lagi dibahaskan, mengapa tidak bersama kami memperjuangkan kebenaran, menuntut ketelusan dalam pentadbiran negara.

    Sekiranya YB mampu, kenapa pilih untuk membisu?

    SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN Jurucakap Gerakan CHALLENGER

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan syed... Yb dari kalangan BN mencontohi BN sarawak...ugut ugut ugut... Sebab itu semasa pilihanraya sarawak isu 1mdb 2.6b 44m tidak disentoh...dgn senang hati pm akan mengikut kehendak mereka... Tunggu dan lihat pm mengalah isu RUU

      Delete
    2. Kononnya mengaku bangsawan tapi membisu bila terdedah sebab terlalu bangsat kepada ugama dan bangsa.

      Delete
  38. Pas semakin hari semakin sexy.
    Inilah yg dikatakn rebranding
    Lepas ni boleh tiup lilin pula
    Kipidap mr eddie ah wang!!!!
    Bila nak main golf?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kelompok munafik walaupun pakai jubah ataupun pakai pahlawan yakni segumpal daging hati itu dah rosak busuk. Untuk kelompok munafik ini, politik mengatasi prinsip, kuasa membatalkan kesantunan.

      Delete
  39. Ini amaran kepada bangsa melayu umat islam.Perhatikan gelagat umngok dan past, ianya menunjukkan bukti samaada melayu atau non melayu, samaada muslim atau non muslim wajib bijak memilih seseorang sebagai ketua dan pemimpin kepada rakyat Malaysia.

    1. Jangan pilih penyamun harta rakyat marhaen

    2. Jangan pilih penyesat akidah rakyat marhaen

    Pilihlahlah pemimpin yang ada nilai ekonomi kepada keharmonian dan kemakmuran rakyat berbilang bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  40. It is the umnonisation of pas - hadi, haron and the gang's legacy for pas when they are no longer around! But actually it is for short term basis too - they are hoping that the Malay voters in KK and Sungai Besar will vote for them in droves after seeing how much pas these days is in love with being malays and nothing but malays (instead of trying to be like the arabs of old!). Even if pas is not going to win the parliamentary seats, they are hoping that they will still get a respectable number of votes from malays who believe that being malays is all that is needed to save the country and themselves. Truly, if only the Malays know what is good for them: surely these pas leaders are just as bad their buddies in putrajaya!

    ReplyDelete
  41. Kan dah dekat PRK. Mulalah gimik "melayu islam".

    Tak ada modal lain lah PIS ni.

    Nak pilihanraya saja mula balik dendangan "negara isle hadi". Dah berpuluh tahun hadi weih...

    TGNA pun dah meninggal. Masih lagi dengan cite 30tahun lepas.

    Udah2 le tu. PIS oii..

    ReplyDelete
  42. dulu aku pi muktamar pas di kuala selangor,org pas pakai jubah,tapi kini semua dah pakai baju melayu pulak dah....dah terbalik pulak...dah terlangkah air ludah syaitan ke...kahkahkah....dah tebiat le tu

    ReplyDelete
  43. Good morning this morning may provide very interesting information thanks.

    ReplyDelete
  44. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  45. Ramai jgk BAHALOL kt sini yer...

    ReplyDelete
  46. Yang duduk berkumpul kat muktamar tu lebih teruk dari bahalol! Parti politik memperagakan senjata? Ni mana pun politik sesat yang korang tiru ni? UMNO tu jangan ceritalah sebab UMNO tu anak didik penjajah yang megamalkan politik pecah dan perintah. Tapi pak2 lebai tak pasal2 nak jadi serupa dan sama macam anak2 didik penjajah tu apahal?

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  47. Jangan khuatir kekawan....Hudud yang PAS/UMNO dok gong-gong ni hanya Hudud Liberal.

    Kalau Hudud Berat....mampus UMNO sepak terajang dah.

    ReplyDelete
  48. Pas dah jd parti yg byk melalut skrg.. Daripada mula aku mengundi smpi skrg, memang undi pas.. next time mintak maap la.. meluat aku dgn pas..

    ReplyDelete
  49. Knp cik gu tak undi umno? Nanti kena tukar ke pendalaman Sarawak baru tau.

    ReplyDelete
  50. Dah tak boleh kata apa dah..

    ReplyDelete
  51. Tahniah PaS, Berani membawa perubahan memartabatkan melayu. Melayu bayak jasanya. Ulamak seperti Mat Kilau dan Tok Maharajalela, Dol Said ulamak dan pahlawan sekaligus, berpakaian melayu. PAS serius mahu menggantikan UMNO yg sudah rapuh.

    Admin dan ramai org melayu yg tak faham pAS. Biarlah mrk nak kata apa pun.

    ReplyDelete
  52. Hargadiri PAS: hanya RM 90 juta atau USD 22 juta. Nak beli se orang pemain bolasepak professional EPL pun tak cukup. Awatlah murah sangat hargadiri parti Islam ni?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...