Thursday 23 June 2016

MASIHKAH SPRM DIYAKINI LAGI?


Spekulasi pengunduran Abu Kassim Mohamed sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang kedengaran sejak awal tahun ini akhirnya disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa dengan mengatakan ia adalah atas permohonannya sendiri dengan memberi sebulan notis.

Bermakna beliau akan mengundurkan diri bermula 1 Ogos depan.

Bagaimanapun kata Ali Hamsa, Abu Kassim akan terus menyumbang kepada negara sebagai Pegawai Perkhidmatan Pencegahan Rasuah sehingga bersara wajib pada 6 Disember 2020.

Soalnya, apa jawatan dan peranan Abu Kassim di SPRM selepas 1 Ogos 2016 hingga 6 Disember 2020 nanti?
Meskipun SPRM menafikan pengunduran Abu Kassim kerana menerima tekanan daripada mana-mana pihak, namun perkara itu terus menjadi bualan hangat, lebih-lebih lagi penggantinya dilaporkan ialah seorang pegawai kanan dari Jabatan Peguam Negara.

Sebelum ini, Gani Patail juga ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba  sebagai Peguam Negara pada 27 Julai tahun lalu dan digantikan dengan Apandi Ali yang ketika itu salah seorang hakim di Mahkamah Persekutuan.

Gani bagaimanapun terus dikekalkan sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga bersara wajib pada Oktober 2015 lalu.

Dalam hal ini, ramai yang tidak menolak kemungkinan Abu Kassim dan Gani Patail ditekan dengan cara yang berbeza.

Serentak dengan pengunduran Abu Kassim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull turut dilaporkan akan bersara pada bulan depan, manakala tiga panel utama SPRM dibiarkan kosong ssjak beberapa bulan lalu.

Panel Penilaian Operasi dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah tidak diisi sejak 24 Februari lalu, sementara Jawatankuasa Khas Pencegahan Rasuah pula kosong sejak bulan lalu.

Maka, apa jadi dengan SPRM selepas ini?

Apakah rombakan SPRM ini ada kaitan dengan penyiasatannya terhadap 1MDB, derma RM2,600 juta dan dana SRC International sebelum ini yang ditolak untuk dibawa kepada pendakwaan oleh Jabatan Peguam Negara serta diarahkan ditamatkan penyiasatannya?

Apakah dua jawatan tertinggi agensi pencegahan rasuah yang kosong itu akan diisi oleh orang luar SPRM belaka?  

Jika pengganti Abu Kassim dikatakan didatangkan dari Jabatan Peguam Negara, pengganti Mohd Shukri akan dibawa daripada mana pula?

Masih adakah keyakinan masyarakat terhadap SPRM atau mungkinkah nantinya tanggapan umum terhadapnya tidak ubah seperti Jabatan Peguam Negara sekarang ini? (SH 23/06/2016).

28 comments:

  1. Dijadikan suku pengampu rosemak mansuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang terbaik untuk Parti Lebai menghantar punasihat punasihat untuk mengisi banyak kekosongan dlm SPRM...

      Ke guaner Din???

      Delete
  2. Fungsi sprm hanya tangkap pegawai bawahan saja.lebih baik dibubarkan saja. kita Ada 2 undang-undang.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa SPRM tak menyiasat BALAK Kelantan?sedangkan beberapa aduan RESMI telahpun dIHANTAR ,inilah salah satu sebab nya PAS,pARTI aJARAN sONGSANG,SUPPORT UMNO/BN.Sedangkan LGE,hanya bungalow,tak sampaipun 5 juta,hebuh seantaro dunia,sementara,najib, songlap 2.6billion penasihat dedak PAS,membisu 1000 bahasa.

      Inilah Parti Ajaran Sesat dan MENYESATKAN.mENGUBAH-UBAH aJARAN AL-QURAN,seSUKA-HATI ,MEREKA,Seperti yg diceritakan dlm alquran Pendita2 /Rabii Yahudi,meminda-mindat ayat-ayat Allah semata-mata untuk kesenangan dunia.

      Delete
    2. Menang pun atas PR nak ngaku kerusi PAS. Meroyan x tentu pasal...

      Delete
  5. Percumbuan Pas dan Umno nanti akan melahirkan anak luar nikah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Galak sekali....lawak...but a reality. Malaysia will sink or Najib and his lackeys....sure a scary scenario!

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belah lah....menyemak aje

      Delete
  8. Tinggal sekor ag..musang berbulu ayam

    ReplyDelete
  9. Kenal komisi pemberantasan korupsi(kpk) sprm?antasari azhari dan abraham samad??muhammad nazaruddin,anas urbaningrum,sutan bhatoegana,surya dharma ali mereka ini memegang jawatan dlm parti demokrat susilo bambang yudhoyono tetapi mereka didakwa dan dipenjara harra di sita tetapi di sini sya mcm nak muntah tgk keja sprm.amanah dan integriti???????

    ReplyDelete
  10. Bukan kah ini ada kena-mengena dengan "Pegawai Penyiasat" yang mengesahkan kenyataan BNM bahawa pemilik Good Star, iaitu syarikat paling masyhur di sebelah dunia timur sekarang ini, ialah tak lain dan tak bukan Putera Arab Al-Jolo ibni Al-Suka Holywood?Dah jatuh di timpa tangga pula bila tup tup tup Petrosaudi jua berkata perkara yang sama.

    ReplyDelete
  11. Semuanya ini hampeh.

    SPRM,PDRM,PAC,Peguam Negara...
    Semuanya melindungi lanun-lanun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan nanti nak pergi kejar kes orang curi lembu dikampung...tak malu kah?

      Delete
  12. Wahhh... dah tak ada apa lagi yang tinggal... yahoooo kepada yang mempunyai kuasa.... selamat bermaharaja lela.... tahniah yerrrrr..... huh.

    ReplyDelete
  13. Jaga-jaga bilis-bilis sekalian... jerung dah jeling tu... yelah... yang ada kena juga bekerja nanti apa pulak orang 'buta' kata... jerung kompom tak dapat bilis dihidang depan mata... suka hati lah nak buat apa pun labu....

    ReplyDelete
  14. Pelek juga ya seorang penjawat awam yang merupakan ketua pesuruhjaya MACC boleh pula memohon perletakan jawatanya dengan memberi sebulan notis. Kebiasaan nya notis tiga bulan diperlukan bagi pegawai yang telah disahkan dalam jawatannya kalau sebulan notis dikenakan dengan membayar balik sebulan gaji. Ini pun dalam kes ingin terus berhenti dari perkhidmatan. Belum pernah lagi dalam sejarah perkhidmatan awam seorang pegawai memohon untuk meletak jawatan sebagai ketua jabatan dengan rela. Yang banyak berlaku adalah mereka yang memohon untuk melanjutkan perkhidmatan selepas umur sara wajib.(60 tahun sekarang)Yang terbaru kes PAT (Panglima Angkatan Tentera). Timbalan timbalan mereka sering menggigit jari bilalah aku nak rasa jawatan ketua jabatan ni.

    Yang mungkin berlaku adalah Abu Kassim diletakkan dalam jawatan kumpulan (pool) di JPA selepas ketua perkhimatannya membawa kesnya untuk dipekenan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong untuk dilucutkan dia dari jawatanya. Tugas dia selepas ini mungkin membuat serta menjalankan kajian akademik keatas isu isu pentadbiran dan pengurusan yang hasilnya nanti akan di campak kedalam laci KSN.
    Dalam perkara pentadbiran saperti ini pun pihak berwajib tidak mahu ceritakan yang sebenarnya. Ini hanya mengundang berbagai spekulasi dari rakyat. Tidakkah boleh berterus terang berkenaan perkara ini ? Banyak sangat yang hendak dirahsiakan entah dengan tujuan apa ?

    ReplyDelete
  15. Pelek juga ya seorang penjawat awam yang merupakan ketua pesuruhjaya MACC boleh pula memohon perletakan jawatanya dengan memberi sebulan notis. Kebiasaan nya notis tiga bulan diperlukan bagi pegawai yang telah disahkan dalam jawatannya kalau sebulan notis dikenakan dengan membayar balik sebulan gaji. Ini pun dalam kes ingin terus berhenti dari perkhidmatan. Belum pernah lagi dalam sejarah perkhidmatan awam seorang pegawai memohon untuk meletak jawatan sebagai ketua jabatan dengan rela. Yang banyak berlaku adalah mereka yang memohon untuk melanjutkan perkhidmatan selepas umur sara wajib.(60 tahun sekarang)Yang terbaru kes PAT (Panglima Angkatan Tentera). Timbalan timbalan mereka sering menggigit jari bilalah aku nak rasa jawatan ketua jabatan ni.

    Yang mungkin berlaku adalah Abu Kassim diletakkan dalam jawatan kumpulan (pool) di JPA selepas ketua perkhimatannya membawa kesnya untuk dipekenan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong untuk dilucutkan dia dari jawatanya. Tugas dia selepas ini mungkin membuat serta menjalankan kajian akademik keatas isu isu pentadbiran dan pengurusan yang hasilnya nanti akan di campak kedalam laci KSN.
    Dalam perkara pentadbiran saperti ini pun pihak berwajib tidak mahu ceritakan yang sebenarnya. Ini hanya mengundang berbagai spekulasi dari rakyat. Tidakkah boleh berterus terang berkenaan perkara ini ? Banyak sangat yang hendak dirahsiakan entah dengan tujuan apa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada yg pelik zaman skarang... Smua x payah ikut pekeliling @ peraturan....yg aku x ska slalu kacau kna cantas. Yg paling lawak dah brapa kali selasa tp x saman2 pun.klau x salah knapa x saman dan buat press statement.

      Delete
  16. Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyadarinya.

    Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?

    Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.

    insaflah wahai manusia

    ReplyDelete
  17. Jika kita kaki jilat,maka boleh tunggu sampai melebehi 60th walaupun berpenyakit,tetapi bukan kaki jilat mereka akan cari pasal untuk dibuang walaupun anda sihat dan boleh buat kerja dimana usia masih muda.Sekarang ini semua top brass hanya sebagai pion yang menerima arahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jilat menjilat demi pepaduang Melayu, halal lagi suci.

      Ke guaner Din???

      Delete
  18. Selama ini says sentiasa bersangka baik dengan orang Melayu ISLAM MALAYSIA berkenaan dgn prinsip dan pegangan akidah dan kekuatan iman mereka terhadap ugama yg di banggakan mereka terutama orang orang berdakwah,guru guru ugama,pencermah ugama,ulamak ulamak serta ketua ketua ugama seperti mufti mufti dan begitu jua dgn ketua ketua keselamatan,pertahanan,perundangan,perlembagaan dan cap moho raja raja yg sememangnya saya pasti mereka mereka ini menyembah ALLAH lima kali sehari dan jua amat sepatutnya TAKUT DGN KEKUASAAN ALLAH tapi kebelakangan ini dan sejak 2 menjak ni mereka lebih bersifat TAKUT PADA KUASA MANUSIA DAN KALAU SAYA KATAKAN MEREKA INI BERKEMUNKINAN MENYEMBAH MANUSIA YG BERKUASA adalah sangkaan yg TEPAT tanpa ada perasaan was was ...mengapa saya kata gitu sebabnya manusia yg di sembah ada di depan mata dan boleh bergerak tapi bukan ALLAH yg kita tidak nampak tu..
    Sekarang baru saya faham mengapa orang menyembah patung boleh bersifat serta bersikap lebih berilmiah kerana mereka takut akan tuhan yg mereka sembah sayangnya tuhan mereka tidak boleh bergerak seperti manusia.BAK KATA AMIR KHAN..orang melayu islam Malaysia telah ada WRONG NUMBER dalam menggenali erti ISLAM yg di amalkan dalam diri mereka setiap hari..atau masih ada kewujudan sifat Melayu yg paling popular iaitu perangai "TAK APA"kot..sia sia ke masjid dan bangun awal pagi kalau seorang manusia yg di cipta ALLAH yg tidak beza acuannya dgn manusia lain bernama NAJIB RAZAK paling di geruni dan susah di didik maruahnya menjadi amalan sembah dalam diam bagi kepentingan diri sendiri selebih baiknya batalkan niat menyayang yg Maha mencipta kita dari setitis air mani kedua orang tua kita yg telah banyak mengajar erti HORMAT..BIADAP...SOPAN..dan MARUAH serta BERPEGGANG PADA RUKUN UGAMA yg kita anuri selamanya...DUIT TU RAJA ATAU MARUAH DAN AKAL ALLAH KUNIAKAN KEPADA KITA ITU SEBENARNYA RAJA KITA...maaf kalau pandangan saya agak tersasar dari skop TAJUK BERITA..saja nak ingat ingat kan..sebab ESOK belum tentu kita ketemu ESOK lagi jika kita asyik NERKALAU dan BERHARAP tanpa usaha yg ALLAH letakan AKAL selain NAFSU utk kita BERTINDAK tanpa ada KEKUASAAN IMAN KITA PADA YG KITA YAKIN IAITU ALLAH YG MAHA PENYAYANG LAGI PEMURAH SERTA DI KASIHI.

    ReplyDelete
  19. SPRM nak jadi apa ???

    SPRM nanti jadilah Suruhanjaya Penjilat Ratu Montel !!!!

    ReplyDelete
  20. Mungkin juga Syarikat Perkongsian Rosmah Mansor

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...