Tuesday 14 June 2016

JIKA RAMLY ZAHARI TERUS TERKILAN, MASIH TERJAMINKAH KEMENANGAN MASTURA?


Ini ialah luahan hati bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Ramly Zahari yang sebelum ini namanya dicadangkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz untuk dipertimbangkan sebagai calon atas alasan ia lebih mudah untuk BN mengekalkan kemenangan di Kuala Kangsar.

UMNO bagaimanapun akhirnya memilih Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khair-il Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak sebagai calon dalam pilihanraya kecil yang pengundiannya pada 18 Jun ini.

Katanya, beliau tidak merajuk, cuma terkilan dengan sikap dingin Mastura terhadapnya.
Beliau turut mendedahkan satu peristiwa mengenai dirinya diminta beredar oleh ahli keluarga Mastura ketika menghadiri majlis tahlil arwah Wan Khair-il  yang diadakan di Kuala Kangsar, baru-baru ini.

Pelbagai versi kedengaran mengenai siapa yang sebenarnya  "menghalau" balik Ramli Zahary itu. Ada yang mengatakan ia dilakukan oleh salah seorang anak Mastura dan dan ada juga mengatakan ia dilakukan oleh ahli keluarganya yang lain atas permintaan Mastura sendiri.

Mengapa perkara itu boleh berlaku? 

Adat Melayu mana yang mewajarkan tetamu dalam majlis tahlil diminta beredar oleh ahli keluarga si mati?

Memang dalam pemilihan UMNO 2013 lalu berlaku pertembungan antara Wan Khair-il dengan Ramly Zahari bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, tetapi bukankah semua itu asam garam dalam politik?

Yang bermusuh hanyalah antara Wan Khair-il dengan Ramly Zahari, itu pun hanya berkaitan soal politik, kenapa ia mahu diteruskan lagi oleh keluarga yang masih hidup?

Tidak bolehkah bersikap memaafkan, jika pun ada perkara yang mengguris hari demi memberi ketenangan kepada roh yang berada di alam lain?

Sebelum tidak lagi dipilih bertanding pada pilihanraya 2013 lalu dan kemudian kalah kepada Wan Khair-il bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Ramli Zahari pernah menjadi Adun Manong sejak 1995 dan dilantik menjadi Exco Negeri Perak selama empat penggal.

Kenapa bekas pemimpin yang pasti masih ada ramai pengikut dilayan sebegitu rupa?

Sudah begitu terjaminkah kemenangan mampu diraih calon BN itu sehingga mahu bermusuh dengan orang lama seperti Ramli Zahari, walaupun majoriti kemenangan suaminya dulu hanya 1,082 undi saja? (SH 14/06/2016).

39 comments:

  1. Apa komen nazri aziz bila orang kuatnya dipinggirkan? Terkilan jugak? Tak mungkin kot...sbb nazri ni jenis salam cium tangan.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shah padam komen bangsat ni...

      Delete
    2. nenek hang lah bangsat aka hang pun bangsat, ni sah muka KODOK! LOL

      Delete
    3. oh ya shah, tlg jangan jadi pemadam bangsat ....

      Delete
  3. Sabaqlah naaaa...

    ReplyDelete
  4. menang tetap menang bial dedak ditabuur
    kesana kemari
    dun wori amno menang
    banyak lagi lombu rela terus jadi lombu

    ReplyDelete
  5. Bukan aku nak buat cerita. Aku tau luar dalam keluarga dia orang ni. Kalau Ramly kena halau masa tahlil adalah bukan satu yg mengejutkan. Keluarga dia org bangsawan dan kita ni bangsat pada dia. Maki hamun ni memang dah biasa. Janganlah tertipu dengan riak muka mastura ni. Dia dah dapat besok barulah org kuale kenal siapa dia Mastura Yazid ni. Bab memperlekehkan org ni dah jadi amalan dia. Anak-anak dia pun bakal mewarisi perangai mastura ni. Org buat tahlil dan sedekah fatihah banyak2 kat arwah bapak. Ni tak buat lagu pulak. Inilah budaya puak bangsawan. Percayalah cakap aku ni. Mastura ni takkan paham derita org macam kita ni. Masa mati suamilah rasa susah sikit tapi diganti dengan cepat bila dia jadi calon bertanding. Ya Allah ..kau selamatkanlah kawan2 aku di Kuale

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salaam.
      Harap cerita ni BENAR. Jika ini lah sifat yg nak memimpin di kuala kangsar,abis lah melayu sana di bangsatkan. Wayang tinggi puak keluarga diorang ni....muka mati laki seposen je... biar org simpati. Yg penting kuasa mesti diwarisi. MANA BELAJAR TU?
      Ni bidalan org "rombau serombau2 eh,pokong sado alah eh....benar ke tu ? Pencerahan sikit......

      Delete
    2. betul...sya knal ngan mmrka org nie...mak sya nak salam pun dia x sambut....bongkak n dengki pisah tiada....msa PRK mnangis2 mraih simpati....pas PRK...ntah ke mna la org nie...

      Delete
  6. Sekali lagi saya pohon agar komen yang ditulis berdasarkan tajuk penulisan dan tidak berupa penghinaan kepada mana-mana bangsa atau agama. Semua kita adalah manusia yang sama, yang ada akal dan fikiran.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. Maafkanlah anon 0050 dia tu tak siuman. Terlepas daripada hospital bahagia tanjung rambutan sampai sekarang tak jumpa jalan pulang

      Delete
    5. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    6. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  8. Umur pun dah 50an patut Datin Mastura ni layak duduk rumah jaga anak2 sampai anak2 berjaya. Tak gitu.nak kejar apa lagi.Ramai lagi Lelaki anak tempatan.kuala kangsar boleh jadi pemimpin.

    ReplyDelete
  9. Banyak kali dah saya tulis....dan kali ini nak bagi tau sekali lagi JANGAN sekali2 beri undi pada umno/BN,nanti nyesalll....cukuplah.... kalu dia menang kerja dia di parlimen hanya angguk2 geleng2. Dia bertambah kaya@mewah.
    Rakyat meniarap, melentang, menggelupur cari rezeki utk keluarga.

    ReplyDelete
  10. Banyak kali dah saya tulis....dan kali ini nak bagi tau sekali lagi JANGAN sekali2 beri undi pada umno/BN,nanti nyesalll....cukuplah.... kalu dia menang kerja dia di parlimen hanya angguk2 geleng2. Dia bertambah kaya@mewah.
    Rakyat meniarap, melentang, menggelupur cari rezeki utk keluarga.

    ReplyDelete
  11. Dunia beb. Belum apa2 lagi dah mendongak ke langit. Bongkak. Baru aku dengar orang halau sesama yg ingin turut mendoakan simati. Sombong. Kalau dah menang esok entah macamana agaknya. Orang KK fikir betul2 jangan tertipu muka sposen datin mastura. Esok nanti nak jumpa dia pun susah. Dihalaunya.

    ReplyDelete
  12. Kenapa ank2 datin mastura semuanya pakai baju putih mcm budak sekolah. Setahu aku baju putih utk org cina berkabung..budaya melayu moden kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. supaya nampak suci dan bersih pd masa sama nampak segak. taktik keterampilan. klu ke kubur pulak yg pompuan semua pakai baju hitam. dulu2 takdalah mcm ni. kami kat kampong pakai baju warna apa pun ok je asal tutup aurat tu. ni org kaya ke kubur pakai smart hitam putih tapi rambut nampak.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. Kesian budak 0053 ni. Muda2 lagi dah gila.

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  13. Makin serabut 1 mdb
    Gst celaru

    Rakyat jom sokong pembangkang

    Guling bn
    Guling najib

    Guling najib

    Jemu tengok najib dan kroni

    Serabut kerajaan bn

    Johor keluar malaysia


    ReplyDelete
  14. cuba tuan tanah tengok2 sikit komen di bawah ni... Setat dari 2059 bersambung sampai 0305. Harap di delete dan di ban terus bagi yang menghina tak kiralah walau apa agama pun yang wujud di dunia ni. Hal politik jangan nak di seret sekali dengan hal agama... buruk bacanya. Tolonglah tuan tanah, hapuskan cepat2 dan tapis2 lah sama komen yg masuk sini.. TQ

    ReplyDelete
  15. ada yang sengaja gila komen sensitif supaya blog ini disenaraihitam atau tidak dilawati oleh mereka yang masih rasional.

    provokasi atau jholok ini dilakukan kerana kegersangan idea untuk menjawab secara fakta
    Duit dedak dah sapu, kerja kena buat. Provoke lah kerja mereka.

    ReplyDelete
  16. Tuan Shah ,saya setuju saya yg kaum hawa & mak aji ni pun loya nak muntah belilah baca komen @#$%%&* ...mohon bg Shah tlg pantau sikit...kita semua sgt mengharapkan tulisan dan idea bernas dari tuan setiap hari,bila ada geng jholok ni,malas nk redah blog tuan..hilang pahala ibadat puasan ni

    ReplyDelete
  17. Apakah tujuan shahbudin ni melepaskan komen2 yg jijik ini ? Utk menunjukkan mentaliti atau utk melihat jumlah pelawat? Jgn jadi blog putra.....dah mcm tong sampah,nak lawat pun malas. Siapa rugi? Buka la minda...
    Come on la shah....apa ni

    ReplyDelete
  18. ditengok pada tajuk popular posts dan lain2, nampak sangat banyak fitnah ditaburkan.

    ReplyDelete
  19. Tuan Shah, Tun M tunaikan permintaan tuan untuk turun sekali lagi ke SB dan KK. -Mahathir akan membuat penampilan kedua di Kuala Kangsar : http://m.malaysiakini.com/news/345320

    ReplyDelete
  20. Sudah 4 penggal menjadi adun dan exco Negeri, cukuplah. Bagi peluang le pula kepada kawan kawan lain yang ingin juga duduk di kerusi itu.

    ReplyDelete
  21. Din.. Felcra(K.Kangsar) settler received 1k interim dividen...dedak disiang hari...komenla psal ni Din.

    ReplyDelete
  22. Saya nak undi Amanah pulak..naik nyampah dengan umno ni.yg kaya terus kaya rakyat di bawah melingkup..aritu teman tgok amanah kat lemboh kemain bijok isu2 yg tepat dimainkan siap fakta bagai sampe teman pun bleh pikior betui tak betui depa cakap..udohnye hati teman troih nok pangkoh amanah..bior suara ahli parlimen kita dengor kat parlimen bukan senyap tunduk setuju atau amik sikap berkecuali mcm pas..udohnya nanti rakyat melingkup

    ReplyDelete
  23. priiittt, bungkus lah blog ni. penipu dan fitnah saja. macam badot sarkas kepala dongga. apa punya tuuurrr.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...