Wednesday 15 June 2016

BERBANDING ARUL, KENAPA TIDAK DIBAWA ROSMAH DAN RIZA AZIZ SAMA UNTUK BERKEMPEN?


Berikutan isu 1MDB merupakan salah satu topik dalam masyarakat yang dibimbangi menjejaskan peluang BN memenangi pilihanraya kecil Sungai Besar, BN telah membawa Presiden dan CEO syarikat pelaburan itu, Arul Kanda Kandasamy untuk berkempen sama.

Arul menjadi salah seorang jurucakap dalam majlis wacana isu semasa bersama penjawat awam di Sekolah Menengah Pasir Panjang, Sungai Besar pada pagi Rabu.

Kenapa Arul yang didatangkan ke Sungai Besar? 
Bukankah Najib yang menubuhkan 1MDB lebih wajar berdepan dengan rakyat, manakala Arul hanyalah individu yang dibayar gaji untuk menguruskan syarikat itu sahaja?

Selain itu, jika alasan membawa Arul ialah untuk beliau menjawab dengan lebih jelas berkaitan 1MDB, kenapa tidak dibawa Rosmah Mansor dan anak tiri Najib, Riza Aziz untuk datang berkempen sekali?

Tidakkah bermacam isu berkaitan Rosmah dan pemilikan hartanah mewah oleh Riza Aziz turut sama menjadi perhatian rakyat dan barangkali ingin diketahui kebenarannya oleh penjawat awam?

Pemilikan harta Riza itu juga, menurut media antarabangsa, adalah berpunca daripada wang yang dilencongkan milik 1MDB, maka sudah tentu kehadirannya  amat dinanti-nantikan.

Rosmah, jika dibawa berkempen dan dibenarkan ditanyakan soalan, setidak-tidaknya boleh berterus-terang mengenai jet, berapa jumlah dan isi beg yang dibawanya ke lstanbul baru-baru ini serta bermacam-macam isu yang dikaitkan dengannya selama ini.

Lagi pun berbanding Arul, tentunya lebih ramai yang teruja untuk bertanyakan soalan kepada Rosmah dan Riza. Kalau BN  boleh membawa Arul, kenapa tidak Rosmah dan anaknya? (SH 15/06/2016).

25 comments:

  1. Biar lah umno/BN bawak Jin....sekali pun....aku & klrga TIDAK akan mengundi umno/BN.
    Cukup2lah....rakyat hidup susah, ada yg melarat,kerja siang mlm pagi petang demi klrga. Pemimpin diatas seronok2 naik jet peribadi, sopping sana sopping sini....rakyat nak dpt sebiji motor 2nd pun payah. Pirahhhh.....bila praya dtg merayu, menipu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PARTI BARU IAITU PARTI 1MDB, PRESIDENG BIJAN, PENASIHAT PRESIDENG TUANG AMANAT 1981 DAN SETIAUSAHA KAK SEMOH.BARISAN PENCACAI PAK KADUK, MAT JENIN ,PAK PANDIR DAN ULARDALAMSEMAK.

      Delete
    2. Sesungguhnya kumpulan ini amat memalukan budaya Melayu.

      Delete
  2. Kenapa tak bawa Jholok ke kuala kangsar dan sg besar?
    Rakyat nak tahu apa yg sebenarnya berlaku.
    Ini tidak. Tiba tiba rakyat yg tidak tahu apa2 pula yg dijadikan penjamin kpd hutang RM6.5 bilion ni.
    Come on najib. Rakyat bukannya bodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 23:19 ....
      bukan nya RM6.5 billion .. sebetulnya USD 6.5 billion ( lebih kurang RM26 billion ).

      Delete
  3. Biar lah umno/BN bawak Jin....sekali pun....aku & klrga TIDAK akan mengundi umno/BN.
    Cukup2lah....rakyat hidup susah, ada yg melarat,kerja siang mlm pagi petang demi klrga. Pemimpin diatas seronok2 naik jet peribadi, sopping sana sopping sini....rakyat nak dpt sebiji motor 2nd pun payah. Pirahhhh.....bila praya dtg merayu, menipu...

    ReplyDelete
  4. Haaa...haaa...haaa . nak bawa si nenek kebayan pergi berkempen ?

    Bagus jugak idea tu . Nanti dia bolih nasihat kan pengundi jangan boros ..

    Beli baju setakat dua pasang aje untuk sambut raya .. si nenek pula gi borong satu tingkat kain baju kat Jakel .... untuk buat hadiah konon ??

    Kaum hawa pula belilah beg "berjenama" kat jalan Masjid India manakala sinenek gi order dua tiga biji beg 'birkin ' .

    ReplyDelete
  5. Riza Aziz tengah busy buat masa ini . Anak tiri Najib ni tengah sibuk mengolah filem terbaru ...Werewolfs of Tun Razak Street >>>>

    Tayangan perdana akan di adakan di London , Singapore dan Switzerland ..

    ReplyDelete
  6. Nenek bukan sebarang nenek
    Nenek elegant rambut sebakul
    Pendek bukan sebarang pendek
    pendek masyur si pakar control

    Atok bukan sebarang atok
    Pakar ekonomi pengasas emdibi
    Negara rugi rakyat terlentuk
    Hutang berbillion let it be..

    Arul bukan sebarang Arul
    Arul datang untuk berkempen
    Ingat rakyat boleh dikontrol
    Dia jutawan rakyat dah miskin


    ReplyDelete
  7. Umno ni parti puaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang pergi mekah buat ibadat umrah. Dia pergi mekah beli toyol bawa balik ke Malaysia.
      Patutlah sistem imigresen di klia senang saja dibolosi.
      Woiiii...keruak kau pun bela hantu juga ker?

      Delete
  8. Arul kandasamy muka sangat sardine,, Tony Phua pelawa debat tak berani dan beri macam macam alasan yang tak musabah, bila suruh turun kempen dia ligat,besar punya haramjaddah ini mamak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arul main lidah cabang
      Sandiwara ekonomi buat wayang
      Kalau bukan bogeys perlu sayang
      Nasi kanda pasti hanyut layang

      Delete
  9. Dalam UMNGOK dan PAST ada PAK PANDIR, MAK ANDEH, MAT JENIN , SI TANGGANG, LEBAI MALANG dan PAK KADUK.

    ReplyDelete
  10. SDR,
    Saya nak sentuh sikit pasal calon umno k.k. Nama saja dlm edah tapi kalau mukanya setiap hari muncul diTV, APA maknanya. Satu Malaysia nampak Dan kenal. Kepada orang kuale, kome fikir la sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak fikir apa benda,,dedak Maha kuasa tahu tak??

      Delete
  11. Bawakla apapun
    Tumbang bn
    Lingkup najib

    Jom rakyat guling najib
    Yumbang bn

    ReplyDelete
  12. Senang je..kempen.
    Gst rakyat merana

    Semua jabatan kerajaan
    Semua dana glc perbadanan di guna najib buat bayar hutang
    Semua bajet kementerian di potong

    Rakyat tiada kuasa beli wang

    Semua tarif air letrik tol dll naik

    ReplyDelete
  13. Pentadbir perihatin gst batal
    Cukai koporat sahaja

    Kenapa rakyat tanggung cukai?

    Syarikat yg untung berniaga bukan rakyat

    ReplyDelete
  14. Penasihat ekonomi pun dah lari ke koporat semula
    Sebab gst gagal

    ReplyDelete
  15. Rakyat perlu disedarkan undi mereka adalah palsu

    Bn gunakan kuasa nya untuk desak rakyat ikut telunjuk
    Duit masuk poket kroni

    ReplyDelete
  16. Kenapa Rosmah tak turun ke SB dan KK?

    Kalo lah Rosmah boleh cakap loghat Perak, macam ini lah jawapan dia agaknya:

    "Tak ku sior eeh.. kat mana jet teman nak landing? Selain tempoyak dan ikan bakar, tak kan dema juai beg tangan Hermes juga kat sana kot!".

    ReplyDelete
  17. Bawa arul kanda ke yg penting bn umno mesti ditumbangkan nak tanya dia ni org mana ya

    ReplyDelete
  18. Bila pulak 1mdb ni jadi parti politik kalau ia patutnya masuk lah bertanding hidup Amanah aaammmiiiinnnn

    ReplyDelete
  19. Bila pulak 1mdb ni jadi parti politik kalau ia patutnya masuk lah bertanding hidup Amanah aaammmiiiinnnn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...