Monday 20 June 2016

INI LAGI HEBAT DARIPADA LANUN, DUIT LANUN PUN BERANI DILANUNNYA


Ketika di Malaysia segala-galanya masih misteri mengenai sama ada wang RM12 juta yang berjaya dikumpulkan dibayar atau tidak kepada kumpulan Abu Sayyaf sebagai syarat pembebasan empat rakyat negara kita yang diculik, lanun itu sendiri akhirnya tampil bersuara.

Menurut berita Manila Times, kumpulan Abu Sayyaf dilaporkan marah dan kecewa apabila mengetahui sebanyak P130 juta (RM12 juta) berjaya dikumpulkan sedangkan mereka hanya menerima P100 juta (RM8.8 juta) sahaja.

Jadi, ke mana hilangnya RM3.2 juta lagi? Siapa menyonglapnya?
Memang hebat dan berani siapa yang melakukan ini, mereka ternyata lebih hebat daripada lanun lagi.

Lanun berusaha mendapatkan wang dengan menculik mangsa sebagai tebusan, tetapi mereka ini sebaliknya berupaya melanun wang yang sepatutnya diserahkan kepada lanun.

Tanpa belas kasihan kepada keluarga mangsa yang bersusah payah mengumpulkan wang serta tiada rasa takut kepada lanun Abu Sayyaf, orang tengah inilah lanun yang sebenar-benarnya.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar ini sebelum ini mengatakan tiada wang tebusan dibayar untuk pembebasan empat pekerja kapal yang diculik itu.

Keluarga mangsa bagaimanapun berkeras mengatakan sejumlah RM12 juta telah diserahkan kepada polis cawangan khas sambil memberikan maklumat lengkap mengenai cara bayaran dan juga bank yang terlibat.

Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi kemudian menjelaskan, wang tersebut bukanlah tebusan yang dibayar kepada Abu Sayyaf, tetapi sebagai sumbangan kepada badan-badan Islam yang tidak dinamakan di Filipina.

Jawapan Zahid Hamidi menimbulkan reaksi tidak senang banyak pihak kerana selain badan Islam itu dirahsiakan namanya, persoalan juga timbul bahawa jika tiada tebusan yang dibayar, bukankah wang itu sepatutnya dikembalikan dan siapa yang memberi hak untuk ia diserahkan kepada badan-badan Islam tersebut?

Sejak itu sehingga hari ini, Zahid terus diam seribu bahasa. Tiada lagi penjelasan lanjut daripadanya mengenai wang RM12 juta itu.
Khalid kemudian tampil lagi mengatakan tiada anggota polis atau cawangan khas yang terlibat, sebaliknya keluarga mangsa menyerahkan wang tersebut kepada pihak ketiga.

Dengan timbulnya pendedahan bahawa sebanyak  RM8.8 juta telah dibayar kepada kumpulan penculik, ia hampir pasti ada wang tebusan telah dibayar.

Cuma, apakah penculikan demi penculikan yang berlaku di Sabah selama ini sebenarnya merupakan sejenis perniagaan yang amat menguntungkan bagi pihak-pihak tertentu?

Selain lanun Abu Sayyaf yang memperolehi wang, adakah lanun-lanun di darat juga turut mengutip labanya?

Apakah selepas mengetahui wang mereka turut dilanun, kumpulan Abu Sayyaf akan menjadi lebih agresif lagi melakukan aktiviti melanun mereka selepas ini?

Selain membanteras lanun dan memastikan Sabah benar-benar selamat, satu lagi tugas pihak berkuasa nampaknya ialah mengenalpasti pihak ketiga yang sebenarnya lebih merbahaya dan jijik daripada lanun sebenar yang berada di lautan. (SH 20/06/2016)

47 comments:

  1. Lanun-lanun dan kepala lanun masih bebas berkeliaran.

    Ramai yang suka berkawan dengan lanun-lanun kerana boleh dapat syer sama-sama.

    Tak hairan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Punasihat punasihat lanun kpd lanun tu mesti hebaattt!

      Ke guaner Din?

      Delete
    2. Oiiii..Keruak kenapa kau diam ha? Ini kedaulatan dan maruah negeri ko.

      Delete
    3. Di Filipina memang ramai lanun laut tapi d Malaysia ramai lanun darat. Dia songlap habis harta rakyat.

      Delete
  2. Negara lanun-lanuan.

    ReplyDelete
  3. .......apabila ketuanya lanun pilihan ramai maka itu perkara biasa.

    ReplyDelete
  4. Pemerhati babi20 June 2016 at 15:23

    Biasanya zahid tahu siapa dalangnya, tp bg isu ini dia tak tahu pulak dalang yg melanun..kenapa ek??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lanun yg dah derma tu mati dah slps Zahid jumpa.

      Bab menipu dan kelentong, serah saja pd menteri2 BN dan UMNO.

      Delete
    2. Melanun, menyamun, merembat dah jadi perkara biasa dalam Malaysia ni. Dari yang atas hingga ke bawah semua suka melanun merembat. Makan duit haram tu halal.

      Delete
  5. Dalam banyak-banyak statement, statement TPM paling jauh menyimpang. Sumbangan kepada badan-badan Islam di Filipina tetapi tidak dinamakan badan Islam tersebut. Lanun Abu Sayyaf pun boleh dikira badan Islam. Kira duit yang dibagi kepada kumpulan penculik tu perlu dilihat sebagai sumbangan, bukan bayar wang tebusan. jadi rakyat Malaysia perlu faham konteks ini ya. Jangan tersilap faham. Sumbangan, bukan bayar wang tebusan.
    Sama macam isu penderma Pak Arab. Beliau sudah bertemu dengan penderma Arab tersebut. Kemudian lebih dari satu penderma. Last sekali Raja Saudi yang dah meninggal tu yang pagi. Poning den..Seronok sebenarnya menjadi politikus di Malaysia. Boleh keluar statement semborono tanpa sumber yang sahih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab putar belit,serah saja pada puak-puak umno BN.
      Dah biasa..

      Delete
  6. Jihad memerangi orang tengah..

    ReplyDelete
  7. Semua yg berlaku adalah atas nasihat dari tuan penasihat PIS.

    ReplyDelete
  8. Duit lanun pun ko rembat .... apalagi duit rakyat!!!

    ReplyDelete
  9. Alangkah hinanya Islam ini duit lanun pun diagibkan kpd mereka dan amat hi a dan memaluman budaya kerajaan meliasa membujur lalu melintang patah jaji duit tidak kira apa cara pun yg penting sapu songlap hebat satu malaysia nevara rasuah penyamun dan pengangak

    ReplyDelete
  10. KOS PENTADBIRAN.... INGAT STUDENT SAHAJA PERLU KOS PENTADBIRAN? LANUN PUN PERLU BAYAR KOS PENTADBIRAN PLUS GST.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...yg ni rasanya logik. Maknanya dah tolak siap2 kos pentadbiran dan gst...hehe patut la dpt 8 miliun jee. Hebat tak hebat nya Malaysia...lanun pun dpt di gst kan.......

      Delete
  11. Tuan Shahbudin,

    Saya sudah lama meragui kes penculikan dan wang tebusan yang tak henti henti berlaku melibatkan Abu Sayaf dan kumpulan pemisah Islam di Filipina. Kegagalan pihak keselamatan Malaysia khususnya PDRM untuk mengekang isu yang dikira besar dan melibatkan nama baik Malaysia sebagai destinasi pelancungan yang selamat bagaikan ada yang tidak kena. Kes penculikan berterusan berlaku dan sekian banyak wang tebusan bertukar tangan. Apa yang didedahkan baru2 ini tentang RM12 juta wang tebusan yang tidak pasti entah ke mana pergi dan serta percanggahan jawapan pihak polis, KPN dan Zahid Hamidi selaku yang mengemudi soal keselamatan bagaikan menjelaskan bahawa ada sendiket dikalangan pihak keselamatan negara yang mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi. Percanggahan keterangan pihak bertanggungjawab tidak ubah apa yang berlaku dalam isu 1MDB. Malaysia kini layak disebut Malay Sial saja kerana perkara yang hina dina begini diizinkan berlaku di Tanah Melayu dan tidak syak lagi pelakunya adalah Melayu sendiri. No wonder Melayu makin layu kerana Melayu melantik lanun untuk memerintah negara.

    ReplyDelete
  12. RM 3.2juta tu kos pengurusan untuk menjalankan perniagaan perdagagan manusia di Malaysia. Ini termasuk GST 6%. Pihak ketiga adalan kroni kroni yang pakar selok belok dalam menjalankan rundigan dengan lanun-lanun kerana sifu mereka adalah kepala lanun bugis. Di syorkan pihak Abu Sayyaf menyaman mereka yang terlibat dalam muslihat ini jika tidak puas hati. Mungkin esok kerana esok hari Selasa. Ada berani ka ?

    ReplyDelete
  13. RM 3.2juta tu kos pengurusan untuk menjalankan perniagaan perdagagan manusia di Malaysia. Ini termasuk GST 6%. Pihak ketiga adalan kroni kroni yang pakar selok belok dalam menjalankan rundigan dengan lanun-lanun kerana sifu mereka adalah kepala lanun bugis. Di syorkan pihak Abu Sayyaf menyaman mereka yang terlibat dalam muslihat ini jika tidak puas hati. Mungkin esok kerana esok hari Selasa. Ada berani ka ?

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. Libang libu libulibu juta sudah lesap lagi mau angkat komisyen sama lanun...... upah consultation jutajuta jugakka????

    ReplyDelete
  16. Hehehehe............LANUN kena LANUN.
    Hanya di Malaysia sahaja boleh berlaku.
    Ini membuktikan LANUN Malaysia lebih cerdik dari Lanun
    Abu Sayyaf

    ReplyDelete
  17. En Shahbudin yg saya hormati:
    Rm 12,000,000. Wang yg dikata di serah oleh keluarga mangsa,
    Tolak Rm 8,800,000. Wang yg dikata diterima kumpulan Abu Sayyaf
    Baki Rm 3,200,000

    Pecahan baki:
    20% dari Rm 12,000,000 ialah Rm 2,400,000
    6% GST dari Rm 12,000,000 ialah Rm 720,000
    Jumlah : Rm 3,120,000
    Komisyen bank, kos tukaran wang asing 0.67% Rm 80,000

    Jumlah Besar : Rm 3,200,000.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mcm tu senanglah polis tangkap abu sayyaf ni bila dia pergi ke bank untuk cash duit tu
      Sedangkan di atas dunia ni wang tebusan di hantar secara tunai
      Betul2 bodohlah abu sayyaf ni kan.

      Delete
  18. Kalau ada apa2 kemusykilan lanjut, sila aju soalan kepada bank Negara Malaysia yg mungkin telah luluskan transaksi tersebut.

    ReplyDelete
  19. Isu lanun ni tak pengaruhi minat pengundi nak sokong bn, tunggu bala besar bila sampai ke peringkat Papa kedana macam Greece baru sedar nak tukar kerajaan, hakikat nya tak lama pun akan sampai jugak

    ReplyDelete
  20. Dunia dah hampir kiamat, Yakjuj Makjuj kecil sedang bermaharaja rela.

    Rakyat menderita,
    tetapi tak berani bersuara,
    takut dituduh sebagai penderhaka, jebon, barua dan broker mabuk pil kuda.

    ReplyDelete
  21. Lanun di darat berlogokan KERIS TELANJANG.....semuanya ditranning oleh Mahathir kah kah kah.
    Si Najib pandai..lawan tokey..akhirnya Si Bapa Lanun marah kat dia....kah kah..betul Budin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tengok muka kau pun dah ketawa. kahkahkah.
      Buruk sungguh muka kau di dasuki oii. Patutlah perangai kau pun buruk juga.
      Muka kaki melancap

      Delete
    2. expert siot kau ni, dah biasa tengok muka laki kuat melancap ke? LOL

      Delete
    3. muka macam anwar al-juburi wajah sombong dgn lidah tajam pandai lancarkan fitnah

      Delete
    4. Kasian sungguh dsai dok penjara pun di kutuk barua dan balaci lanun satu masia.ini puasa la agak2 la ko ni apa manusia ka binatang 2340

      Delete
  22. Ini semua adalah fitnah ... grrrr
    I still love PM :D

    ReplyDelete
  23. mahyuddin al-burritti20 June 2016 at 23:11

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  24. Dah jadi macam bahan lawak jenaka...kes yg tak akan terungkai jawapan nya...macam biasa la...

    ReplyDelete
  25. Dah jadi macam bahan lawak jenaka...kes yg tak akan terungkai jawapan nya...macam biasa la...

    ReplyDelete
  26. Lanun mmg sinonim dgn 6% cukai haha

    ReplyDelete
  27. "Cuma, apakah penculikan demi penculikan yang berlaku di Sabah selama ini sebenarnya merupakan sejenis perniagaan yang amat menguntungkan bagi pihak-pihak tertentu?"

    Adoi, Tuan Shahbudin, dengan sikap bathil dan tamak haloba begitu Melayu akan lama kelamaan hilang atas dunia ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Ia Maha Mengetahui.

      Allah menganugerahkan al Hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As-Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).

      Apa saja yang kamu nafkahkan atau apa saja yang kamu nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat Zalim tidak ada seorang penolongpun baginya(pada hari kiamat)."
      (surah Al-Baqarah: 268-270)

      Delete
  28. Baik derma ke Palestin pun dikebasnya, apalagi duit wang tebusan. Negara ni dipimpin oleh kepala lanun kpd semua lanun2 sedunia. RM 2.6 bilion disebat oleh kepala lanun pun rakyat/ org melayu masih sokong.Sedih.......

    ReplyDelete
  29. Nampak nyata bahawa Abu Sayaf Filipin dapat diperdayakan oleh Abu Sayap dari Malaysia. Hebat betul Abu Sayap Malaysia.

    ReplyDelete
  30. Lanun masia sekarang ranking nomor satu dlm carta lanun melanun.setelah wang negara hilang wang tebusan kena cukai juga ini gomen cash haram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, lanun masia no 1. lanun tahap tinggi, lebih lanun lagi. siap ada ag sendiri, pdrm sendiri, sprm sendiri, penasihat sendiri dan court sendiri.

      Delete
  31. Hancur Malaysiaku nampaknya.
    #usryabdullah.blogspot.com

    ReplyDelete
  32. Lanun islam pun ader ???? Kah kah kah...

    ReplyDelete
  33. ini bukan perbuatan lanun.....lanun ada code of honor sesama sendiri....ini dinamakan GST......setiap transaksi melibatkan pembayaran atas barangan dan perkhidmatan....family mebayar lanun melalui perkhidmatan orang tengah....GST itulah namanya...cuma berapa persen diorg amik korang kira laa sendiri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...