Sunday 19 June 2016

APAKAH SEKARANG NAJIB MAKIN KUAT, TUN M MAKIN HILANG PENGARUH?


Keputusan dua pilihanraya kecil  semalam barangkali paling membingungkan untuk difikirkan. Bukan saja Pas dan Amanah tidak percaya dengan majoriti kekalahan sebanyak 9,191 di Sungai Besar dan 6,969 di Kuala Kangsar, malah UMNO dan BN sendiri tidak menduga sebesar itu kemenangan mereka.

Ia tidak saja bersandarkan majoriti pilihanraya 2013 lalu hanya 399 dan 1,082 iaitu masing-masing di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, tetapi juga melihatkan bagaimana sambutan hangat rakyat terhadap program-program anjuran Pakatan Harapan sepanjang masa berkempen diadakan.

Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Tun Mahathir Mohamad yang turun berkempen dan turut mendapat sambutan cukup baik penduduk tempatan, tiada sesiapa menduga kemenangan sebesar itu mampu diraih BN.

Apakah dengan keputusan ini menunjukkan Najib Razak semakin kuat dan Tun Mahathir makin hilang pengaruhnya?

Apakah ini menunjukkan harapan lebih baik untuk BN terus berkuasa dalam pilihanraya umum akan datang?

Di Sungai Besar, BN memperolehi 16,800 undi manakala Pas 7,609 dan Amanah 6,902 undi. Jika dicampurkan undi Pas dengan Amanah ia menjadi 14,511. Masih kalah kepada BN.

Tetapi dalam pilihanraya 2013 lalu, BN memperolehi 18,695 undi manakala Pas 18,296.

Bermakna undi yang diterima BN dalam pilihanraya kecil ini berkurangan sebanyak 1,896 dan undi blok pembangkang (Pas + Amanah) juga berkurangan sebanyak 3,785 undi.

Di Kuala Kangsar, BN memperolehi 12,653 undi, manakala Pas 5,684, Amanah 4,883 dan Bebas 54. Jika dicampurkan undi menentang BN ialah sebanyak 10,621. Juga masih kalah kepada BN.

Dalam pilihanraya 2013, BN di Kuala Kangsar memperolehi 14,218, Pas  13,136 dan Kamilia Ibrahim dari Bebas 447 undi.

Bererti undi BN berkurangan sebanyak 1,565 undi manakala undi blok pembangkang menurun sebanyak 2,962 undi.

Kesimpulan mudahnya, walaupun menang dengan majoriti lebih besar, undi BN tidak bertambah. Jumlah undi untuk pembangkang pula tentu saja jauh menurun kerana mereka kini sudah berpecah.

Di sebalik keputusan itu ialah pengundi Melayu tradisional terlihat masih memberi sokongan kepada UMNO dan BN. Walaupun ada isu 1MDB, wang RM2,600 juta, pembaziran Rosmah, GST dan sebagainya, pengundi tradisional dapat dilekakan dengan BR1M, wang saku, kain batik, kain pelikat dan meriahnya jamuan serta makan minum sepanjang malam kempen diadakan.

Lagi pula tidak ramai pengundi yang benar-benar faham mengenai putar belit 1MDB dan wang derma RM2,600 juta itu. Mereka lebih faham wang sebanyak RM100 atau RM200 yang masuk ke dalam saku sendiri.

Undi mereka kepada BN juga disebabkan perpecahan dalam blok pembangkang sehingga berlakunya pertandingan tiga penjuru. Kekeliruan mengenai perpecahan itu, atau sebagai isyarat bosan kerana berbalah sesama sendiri, pengundi akhirnya mencampakkan undi kepada BN.

Pengundi Cina juga mula menunjukkan sokongan kembali kepada BN. Namun,  trend ini hanya bersifat sementara.

Tidak mustahil pengundi Cina menunjukkan sokongan kepada BN kerana pilihanraya ini hanya untuk memilih Ahli Parlimen dan bukannya menukar kerajaan. Lagi pun janji dan tawaran pembangunan yang diberikan oleh BN kepada mereka dalam dua pilihanraya ini cukup lumayan untuk mereka tolak sehingga pilihanraya umum akan datang.

Dengan menunjukkan seolah-olah mula kembali menyokong BN, pengundi Cina akan terus dilumayankan lagi sehingga 2018 nanti.

Secara umumnya, kedudukan UMNO dan BN masih belum selamat lagi dalam pilihanraya umum akan datang. Kembalinya sokongan pengundi, baik Melayu atau bukan Melayu kepada BN hanyalah bersifat sementara.

Jika blok pembangkang benar-benar bersatu dan pertandingan satu lawan satu menentang BN dapat direalisasikan semula, kecondongan pengundi Melayu lebih cenderung untuk sama-sama menjayakan perubahan. Realitinya undi menolak BN tetap besar dan bukannya ranap sama sekali.

Begitu juga jika gambaran menukar kerajaan benar-benar hampir terbayang sebagaimana pilihanraya 2013 lalu, sentimen pengundi Cina akan kembali menjauhi  BN. Tidak mungkin pengundi Cina gembira dengan Najib yang paling banyak onarnya itu dan "senyum" mereka hanyalah sementara.

Hakikatnya, Najib tidaklah semakin kuat dan Tun Mahathir juga tidaklah makin tak laku dengan keputusan pilihanraya kecil ini, tetapi banyak kerja dan usaha lagi harus dilakukan untuk menyelamatkan negara ini. 

Harapan perubahan masih belum hilang cahayanya. (SH 19/06/2016).

77 comments:

  1. sebab Singa tu duduk dalam jel... kalo tak lingkup Najib... Kalo TDM kata sokong Singa tu dan mintak maaf lebih elok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. PRU 13 yg kau kata singa tu masih bergetayangan di luar jel,siap nyanyi 'tanya sama Najib lagi',hasilnya tak kemana juga,Bangla yg di jadikan alasan tidak menang,tok sah cakap lah.Pakatan ni kalau terus guna bekas pemimpin Umno jadi pemimpin mereka,apa yg mereka ada ,apayg boleh di harapkan dari mereka,sudah tentu kesimpulannya mereka lebih tak berwibawa dari Umno/BN.Ini simple math je,kalau nak kira.

      Delete
    3. Isu pemerintahan PR dan PH tunggang langgang, berakhirnya PR, trend PRU Sarawak menjadi penyakit otak sawan babi masyarakat kita.

      PR atau PH juga PAS lebih banyak tonjolkan 1mdb, jet rosmah dan segala kebejatan BN, tak mampu menarik pengundi mengubah fikiran sbb pengundi kita ni jenis bangang sebangangnya. Dari penoreh getah hingga ke professor plagiat, sumernya bangang. Yg cerdik dan analitik, ada la x sampai 10 orang, lain2 matematika hampeh.

      Hentikan status wuo dedahkan kebejatan dan mainan isu agama. Tak ramai rakyat faham beban hidup dgn naiknya harga berbagai barang sehingga x mampu kita pikir logiknya. Rokok sekotak RM17, tapi ramai tetap beli. Ini satu contoh. Rege kete sampai berjuta, pun ada yg beli.

      Sudah tiba masanya PH perlu berubah, teroka perubahan baru. Kaedah sekarang sudah lapuk dan meletihkan utk menang.

      Formula melayu cina india jadi bangang dgn cetusan isu hudud dan agama, masih jadi masalah utk PH dan PAS pecahkan. Sebut akhirat, sabda nabi, api neraka, bidadari dsbg masih terpopular untuk membodohkan org ramai.

      Kerangka agama, bangsa perlu dijauhi PH. Permainan UMNO BN adalah isu2 bodoh dan bangang. Apa yg PH tiada ialah kuasa kewangan dan jentera parti yg x semengah BN yg penuh dgn warna helikopter dan jet, penggunaan badan2 kerajaan serta apa saja milik kerajaan adalah milik BN.

      Kemampuan kewangan PR-PH perlu setanding BN walau dgn berbagai ciptaan sekatan drpd BN sendiri.

      Banyak cara nak menang PRU nanti. Tapi dah PR-PH pakat2 nak tunjuk suci dah bakal ahli syurga, awal2 lagi aku cakap, berhentilah berniat utk menang dgn cara ini.

      Di Amerika dan UK, tiada merapu dlm hal syurga neraka bila nak menang pilihanraya. Selagi PAS dgn syurganya nerakanya.. tak boleh kluar dari kepompong akhirat, titian sirat, wajiblah kita berhenti berpikir hal politik mulai hari ini.

      Ilusi2 bodoh syurga neraka ini mmg payah nak dibuang dalam dunia mitos melayu. Mmg benda ini benar, tetapi jika isu syurga neraka dan holier than thou ini dimainkan, percayalah, BN akan terus menang sehingga kiamat.

      Kajian ttg khabaran Rasulullah yg kita berada di zaman keempat dari lima zaman sebelum datangnya Dajjal mampu mengubah pemerintahan BN kpd PH. Susah nak hadam yg ni, selagi itulah BN tetap memerintah. Gua bagi hint saja, lain2 tu, pikiaq sendiri la. Sorila.. panjang sikik ya.

      Delete
    4. Tepat. Seandainya Dr Mahathir Mohamad meminta maaf kepada rakyat dan mengakui 1998 adalah konspirasi lantas mengiktiraf keperibadiannya dan memudahkan proses pengampunan DiRaja, Anwar Ibrahim mampu 'membunuh' Regim pada PRU14. Hanya Anwar harapan rakyat

      Delete
    5. Tak mau lah pemimpin yang dua alam.

      Delete
    6. Tapi EAH amat mengidam singa tu

      Delete
    7. Ini satu contoh kebodohan Melayu.

      Delete
    8. Singa gay!Ramai yang bertuhankan singa gay ini.Kononnya kalau dia di luar dia boleh jatuhkan Najib.Semasa di luar dia tak boleh buat apa pun,...dia hanya enjoy ke sana sini memburukkan Malaysia dan menjamu 'selera' sahaja.Kalau dia hebat,dari dalam penjara pun dia dapat jatuhkan pemerintah.Raja Liwat bukan seorang pejuang tulen seperti Mandela.

      Delete
    9. dah tak relevant la singa ka kucing siam ka yg dlm resort sg buloh tu
      dia hanya perjuangkan matlamat peribadi dia nak jd pm saja
      kami mau yg perjuangkan hak rakyat yg berhak merasai kemakmuran negara ni

      Delete
    10. Tuan Shah
      Org2 kampong....makcik2 dan pakcik2 hanya tengok berita tv dan baca suratkhabar je.

      Mereka tak surf internet, google untuk dapatkan info lebih detail tentang penyelewengan yg berlaku.

      Mereka berpendapat apa yg keluar di tv dan apa yg ditulis dalam suratkhabar tu semuanya betul.

      Itu sebab peranan yg efektif dimainkan untuk mengekang berita2 yg detail dari keluar melalui media tempatan. Maka itulah ada media cyber yg kena block, yg gulung tikar pun ada, yg digantung pun ada.

      Kebanyakan yg tahu akan berita2 detail internet ni ialah mereka yg educated dan yg expose pada internet saja. Golongan inilah yg sepatutnya memberi penerangan kepada golongan yg kurang berpengetahuan.

      Apa pun Allah maha mengetahui. Segalanya dicatit dan tidak sekali2 terlepas dari pandanganNya. Mati itu benar, soal jawab mukar nakir itu benar, azab kubur itu benar.

      Buatlah sesuka hati kamu selagi kamu ada nyawa, bermegahlah kamu di atas dunia ini dgn kuasa kamu. Berjalanlah kamu di atas bumi Allah ini dgn penuh kepura-puraan.

      Tahun berganti tahun umur kamu semakin ke penghujung......maka tunggulah hari penyesalan kamu akan tiba wahai munafik. Sanggupkah kamu hidup dalam ketakutan di barzakh nanti???? Sesungguhnya janji Allah dan RasulNya itu benar belaka.

      Delete
  2. Budin,
    Apa yg saya lihat byk pengundi yg tinggal diluar tidak pulang kali ini,sebab itu peratusan turun banding 2013, ini bermakna undi org muda kurang.
    Kemudian isu yg dimainkan oleh PH,masih tidak difahami oleh penduduk tempatan terutama org melayu.Walaupun GST membebankan tapi mereka tak peka apatah lagi isu 1MDB,saya berharap dgn byk pendedahan dari luar negara dlm tempoh menjelang PRU 14 byk lah penyelewengan Najib didedahkan dan berharap pengundi dibawah 45 tahun yg menjadi pengundi majoriti di PRU 14 kelak akan menjadi penentu keatas Najib dan kuncu kuncu nya bukan lagi golongan golongan luar bandar yg mengharap dedak dan rasuah politik.

    Saya berharap kumpulan Tun M dan pakatan Harapan akan terus berusaha menentang penyelewengan dan pemimpin tak Amanah ini tampa henti sehingga rakyat keseluruhan sedar.

    Diharap pakatan harapan dan blok pembangkang mengambil iktibar dari kekalahan ini dengan melakukan strategi baru serta wajib kurangkan pergeseran.PAS kalau boleh pada pemilihan agung kelak mesti menyingkir Hj Hadi dan Haron Din yg sudah termakan dedak Najib mereka adalah penyokong kepada penyelewengan Najib.

    Sekiranya blok pembangkang tidak bersatu keadaan amat sukar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengundi BN pun ramai yg tak pulang.Blok Pembangkang memang tak boleh bersatu,tambah pulak bila masuk Mahahtir kaki pemecah belah.Umno pun dia pecah belah,S46 dan PKR tu semuanya hasil dari pecah belah Mahathir.

      Delete
    2. Terimalah kenyataan PRK memang payah nak menang, lebih-lebih lagi penyandang kerusi ialah BN. Ini cuma PRK - BN dah berbelanja entah berapa puluh juta untuk ulur envelop, beli kain batik dan beras di samping jamuan setiap malam. Mampukah BN buat begini dalam skala besar PRU14 nanti.....?????????

      Delete
    3. Anon 11.44
      Salah tu ,kalau dicampur pengundi luar jumlah akan jadi macam pilihanraya 2013 dimana samada BN manang tipis atau kalah tipis kerana antara 2000 ke 3500 pengundi kurang faham ini.

      Salah tu ,punca UMNO pencah belah pada 1988 apabila tengku razaliegh dan kuncunya bawa kes umno ke makamah dan makamah haramkan umno kemudian tg razaliegh tubuh parti S46 jadi tengku razaliegh dan musa hitam pengkianat umno pada 1988 ,jangan buta fakta. Pada tahun 1998 Anuar disingkirkan sebab terlibat kes salah guna kuasa dan rasuah dengan memaksa polis menahan dua saksi secara zalim dan salah Anuar didapati bersalah jadi dipenjara kemudian dia tubuh PKR bukan kehendak Mahathir salah fakta kamu dan Anuar lah punca politik wang dalam UMNO sejak tahun 1993 kamu buta fakta.

      Insaf la semua melayu bahawa ,Malaysia bukan lah pada tahap masyarakat Madani (ikut Islam) atau civil soceity seperti dinegara maju,kerana walau pun pemimpin utama dalam BN jelas perasuah dan penyeleweng masyarakat melayu dan malaysia am nya masih boleh menerima kepimpinan seperti ini kerana keutamaan lebih kepada pemberian dan janji janji bantuan ketika hari kempen pilihanraya ini adalah tahap pemikiran negara negara afrika mundur yang masih diperintah oleh ditiktor dan perasuah ,walau pun negara kita cukup banyak infrastruktur moden peninggalan Tun M tapi masyarakat masih banyak minda kelas 3.

      Jadi tak salahlah kita mendapat perasuah dan penyeleweng sebagai PM kerana masyarakat umumnya boleh menerima rasuah politik dan boleh hidup dengan cara ini .Jadi walaupun ramai orang melayu terlalu obses dengan islam tapi masyarakat malaysia terutama yang islam jauh dari konsep madani yang diamalkan oleh negara maju walaupun mereka kafir,kerana apabila terdapat penyelewengan pada pemimpin mereka secara automatik pemimpin malu letak jawatan malu kepada rakyat yang menentang pemimpin tidak amanah.



      Delete
    4. Anon. 11:44 adalah penyokong Raja Liwat.Liwat tetap liwat.

      Delete
    5. Cik minah oii,PRK susah nak menang?.Kami dulu selepas PRU 2008,ada satu PKR di Parlimen di KTerengganu,kami mampu rampas kerusi tersebut dari BN.PRK Bt Gantang kami pun menang,PRK Bt Selambau kami menang juga.Itu dulu masa Pas bersama Pakatan.Sekarang yg bersama Pakatan ialah Amanah dan Mahathir,mana nak menang walaupun di kawasan yg memang gelap bagi Umno/BN.Kau orang tak kenal siapa Mahathir,22 tahu Mahathir di benci oleh penyokong Pembangkang ,tetiba nak jadi boss Pembangkang,mana jalan.Cik Minah dan penulis blog ni pun penyokong Umno tapi keraan terpinggir terpaksalah berbaik dgn Pembangkang,Hipokrit tahap tinggi nama nya tu.

      Delete
    6. nak kekalkan kuasa senang jer
      biarkan org melayu terus layu dan bodoh. salah satu cara batalkan ppsmi. maka jauh ketinggalan la anak melayu generasi kini dan akan datang.

      Delete
    7. Bergantunglah di sebelah mana kamu berada.
      Kalau kamu di sebelah Perompak negara, kamu rasa kamu tidak hipokrit. Bagi saya, saya memang tidak suka pencuri - tak kira peragut di tepi jalan, pencuri telor ayam apatah lagi pencuri wang rakayat sehingga negara berhutang beratus Billion dan anak cucu saya bakal menanggungnay. Saya tidak percaya, pencuri beratus billion wang rakyat akan terus menang. Allah maha adil - kita tidak tahu perancangannya. Tak kalah di pilihanraya, mungkin tak semena-mena rebah dan tak bangun-bangun dari ICU macam Aerel Sharon yang LAPAN tahun koma tak bangun-bangun. Dan Isrel masih berkuasa, Arab masih kalah.

      Delete
    8. Betapa bodohnya mereka yang bertuhankan wang ringgit.

      Si munafik fikir dia boleh terlepas dari hukum Allah.

      Tidakkah dia tahu dia bakal dibakar dan diazab kerana memberi rasuah dan menerima rasuah.

      Sedangkan hidup di dunia ini hanya singkat saja.

      Apakah agama dia yang sebenar dan apakah yang disembah oleh munafik itu?

      Delete
  3. Budin,
    Apa yg saya lihat byk pengundi yg tinggal diluar tidak pulang kali ini,sebab itu peratusan turun banding 2013, ini bermakna undi org muda kurang.
    Kemudian isu yg dimainkan oleh PH,masih tidak difahami oleh penduduk tempatan terutama org melayu.Walaupun GST membebankan tapi mereka tak peka apatah lagi isu 1MDB,saya berharap dgn byk pendedahan dari luar negara dlm tempoh menjelang PRU 14 byk lah penyelewengan Najib didedahkan dan berharap pengundi dibawah 45 tahun yg menjadi pengundi majoriti di PRU 14 kelak akan menjadi penentu keatas Najib dan kuncu kuncu nya bukan lagi golongan golongan luar bandar yg mengharap dedak dan rasuah politik.

    Saya berharap kumpulan Tun M dan pakatan Harapan akan terus berusaha menentang penyelewengan dan pemimpin tak Amanah ini tampa henti sehingga rakyat keseluruhan sedar.

    Diharap pakatan harapan dan blok pembangkang mengambil iktibar dari kekalahan ini dengan melakukan strategi baru serta wajib kurangkan pergeseran.PAS kalau boleh pada pemilihan agung kelak mesti menyingkir Hj Hadi dan Haron Din yg sudah termakan dedak Najib mereka adalah penyokong kepada penyelewengan Najib.

    Sekiranya blok pembangkang tidak bersatu keadaan amat sukar.

    ReplyDelete
  4. Melayu kampong tak paham 1mdb, SRC, IPIC, Aabar. Cina pulak buat tactical switch.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu kampong ni bagi mereka rasuah itu tak
      berapa nak haram...yg haram adalah makan babi,
      arak.

      Rasuah dalam apa pun bentuk untuk masyarakat
      melayu umum nya adalah perkara yg sudah di-terima sebagai tidak haram...terutama nya kalau datang dari
      "cash is king".

      Delete
    2. Setuju 12:10!Pasal duit,orang Melayu sanggup gadai segalanya.Itu lah yang Najib lakukan,dan itulah juga sifat pengundi Melayu.Majoriti budak Melayu gemar berniaga vape.Bayangkanlah kalau ganja,syabu,ketum dan pelacuran dihalalkan oleh kerajaan,....maka Melayu akan berpusu-pusu melakukannya,termasuk yang 'warak'.

      Delete
  5. Seperti kata tun m ...cash is king

    Rasuah depan mata...janji janji politik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pas kata rasuah haram. Skrng ni harus dah kot

      Delete
  6. Di abad ke 21, jurang pendidikan di antara rakyat bandar dan luar bandar masih tinggi. PRK ini buktinya. Kalau orang kampong berpendidikan tinggi; tau baca lebih dari utusan dan BH, tau tengok lebih dari rtm dan tv3, tau reject cash is king, BN akan tumbang. Tapi apa nak buat, pilihan rakyat sendiri samada nak majukan minda dan diri, atau kekal di takuk lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ksu ni berpendidikan tinggi mana weh,MA,Phd?.Cer gi kat Sg Besar dan KKangsar tu berlambak orang yg lebih tinggi pendidikannya dari kau orang.Terimalah hakikat kekalahan yg di alami adalah kerana msuh kita lebih bijak dari kita dalam menangani pengundi(rakyat, itu lebih betul dari merendahkan taraf pendidikan pengundi.

      Delete
    2. Rakyat yang mengundi tu penduduk luar bandar yang terdiri daripada petani dna nelayan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bantuan rm500 kepada penorih getah dan rm50 inggit dalam envelop sudah lebih daipada mencukupi dengna takat memangkah BN. Inilah realitynya. Dalam PRU14 kenalah pikir cara untuk bersaing dengan 'envelope' rm50 inggit ni.

      Delete
    3. Anon 11.50, ni abad ke 21. Definasi pendidikan kau ialah pergi U, ada MA, PhD, masih di takuk lama. Definasi pendidikan aku bukan belajar takat mana, lulus form 3 pon ok, tapi keupayaan membaca, mendapatkan maklumat, dan berfikir. Realitinya, graduan kita kurang membaca, terutamanya dari luar bandar, berbanding budak bandar. Orang kampong lagi laaa, baca utusan jerrr. Budak bandar baca cnn, bbc, wsj, the edge, national geographic, the economist, etc. Sebab tu laaa ramai graduan luar bandar menganggur. Kalau kau nak tengok sendiri, senang jerrr. Join HR masa dia orang interview calon, ada beza antara graduan luar bandar dan bandar (kalau kau kerja swasta la).

      Delete
    4. Cik minah, tidak akan berlaku pembaharuan di luar bandar walau 100 tahun lagi. Mahathir selama 22 tahun dapat tukar pemikiran orang bandar jerrr. Ini realitinya.

      Delete
    5. Cik minah, tidak akan berlaku pembaharuan di luar bandar walau 100 tahun lagi. Mahathir selama 22 tahun dapat tukar pemikiran orang bandar jerrr. Ini realitinya.

      Delete
    6. anon 1414,Habis ,berpendidikan difinasainya darjah 6 tapi undi Pembangkang.Kah,kah,kah tingginya ilmu kamu. dah kalah sudah lah .

      Delete
    7. tak kuasai bahasa inggeris maka anda ketinggalan di dlm pembacaan media bahasa inggeris yg mempunyai cara kupasan isu yg berbeza dimana dpt lebih membuka minda dan fikiran anda.
      itu yg tiada di kalangan ramai melayu
      setakat srp je pun dah boleh jd menteri besar
      pm kita abis ke degree dia

      Delete
    8. Anon 15.12 - Memang payah nak ubah mentaliti subsidi orang kampung. Nak dapat undi mereka pun kena bagi subsidi dan duit RM500 macam yang Najib buat di Sg.Besar dan Kuala Kangsar. Menteliti subsidi ni, samalah juga dengan menteliti perempuan yang dipukul laki lebam birat, tak sanggup nak buat laporan polis sebab hidup bergantung kepada jantan keparat ni. Takut siapa nak beri makan anak, bayar sewa rumah dan perbelanjaan sekolah anak-anak.....???????
      Jadi, terima jela sepak terajang sampai kojol.
      Dan perempuan ni bukan semuanya takda pelajaran. Hehehehe.......begitulah cara pemikiran orang Melayu kampung.

      Delete
    9. PS: Adakah semua ni salah Tun Dr.Mahadir kerana sangat memanjakan orang Melayu semasa 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri......??????
      Kalau kamu kata Ya, saya setuju.
      Sepatutnya sudah lama subsidi dan segala bantuan di hentikan. Sudah lama kita patut diGSTkan. Sudah lama orang Melayu di galak menyimpan wang atau beli insuran untuk pendidikan anak-anak dan juga hospital. Mungkin Najiblah orangnya yang akan mengajar orang Melayu supaya berdikari. Tapi bila buat begitu, jangan pulak salahkan Tun Mahadir setiap kali Tol dan GST dinaikkan.

      Delete
  7. 1- Amanah-PKR-DAP kalau nak menang gunakan satu lambang sahaja. Pengundi tak pening kepala dan keliru terutama orang kampung.
    2- Semasa kempen penerangan perlu mudah untuk orang kampung...supaya mereka senang faham.
    3- Tengok tempat dan mentaliti penduduk setempat.
    4- Ceramah isu semasa dan untuk masa hadapan.
    5- Jangan komen dan mengejek parti lawan melampaui batas.
    Walau bagaimana pun tahniah kepada AMANAH kerana berjaya berdiri sama tinggi dengan parti yang telah lama bertanding dalam PRU, walaupun tak berniat untuk menang dan memerintah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas tolong tutup kedailah. Bikin semak saja politik tanah air

      Delete
  8. tahniah kpd yg menang n kpd yg kalah, jangan putus asa jika yakin berada d jalan yg benar.

    tiada siapa bolih menutup perbuatan engkar kerana kebenaran akan menjelma juga akhir nya - insya'allah.

    buat sementara waktu, UMNO/bn, wajib memperbetulkan apa yg sumbang dlm parti utk menghadapi cabaran yg lebih getir d masa mendatang.

    bagi PH/pembangkang usaha utk mendedahkan kepincangan dlm kerajaan pusat wajib d terus n d perhebatkan. 'untruths by its nature itself hv a shelf live'

    ReplyDelete
  9. Jd dapat le juga kak mah anak beranak naik jet lagi.tak do sapopun nak kisah piji.keputusannya malah lebih mengecewakan

    ReplyDelete
  10. Tahniah BN kerana berjaya mengekalkan kerusi.
    Tahniah juga kepada AMANAH kerana mendapat tempat dihati pengundi.

    ReplyDelete
  11. "Cash is King" penyebab kemenangan itu saja ceritanya....!!!

    ReplyDelete
  12. Sungguh pun kalah namun parti Mat Sabu
    sudah dapat menunjukkan taringnya.
    Mulai sekarang Pkr Dap dan Amanah
    jauhi Pas dan kuatkan pakatan pembangkang.
    Jadikan gabungan macam Umno Mca dan Mic.
    Contohilah Amerika, ada Republican dan Democrat.
    Silih berganti menerajui negara atas pilihan rakyat.
    Janganlah nak berkelahi sepanjang masa.
    Azmin Ali kata lain, Wan Azizah kata lain,
    Mat Sabu kata lain, Lim Guan Eng kata lain.
    Masing-masing mahu tunjuk kekuatan dengan
    ego yang tidak berbaloi, mengalah tidak mahu.
    Akulah, kalau jadi pengundi Sungai Besar
    dan Kuala Kangsar aku pun pangkah Bn/Umno
    walaupun aku tahu mengenai 1mdb dan
    macam-macam lagi skandal yang dilakukan
    oleh Najib Razak beserta konco-konconya.
    Ini disebabkan pakatan pembangkang tidak
    bersatu dan sentiasa saja berkrisis yang
    membuatkan aku meluat dan pilih Bn/Umno.
    Kalau pakatan pembangkang masih tidak
    berubah dalam Pru14 nanti aku pangkah Bn/Umno
    yang mana selama ini aku sering pangkah Pas.
    Diperingkat inilah kalau aku mati kemudian hidup
    balik aku haramkan pangkah Pas disebabkan
    Hadi@Badut@PilKuda sudah mengkhianati undi aku.
    Aku undi Pas suruh jatuhkan Bn/Umno ini mereka bersekonkol pula dengan Najib dan geng-gengnya.
    Mereka yang kaya raya dapat dedak, aku dapat apa.
    Kalau Pkr Dap dan Amanah masih mengharapkan Pas
    sah selama-lamanya aku akan undi Bn/Umno.
    Biarkan Najib dapat RM2.6B lagi, puas hati aku.
    Pergi mamposlah Pas, pupuslah hendaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru keluhan seorang rakyat biasa.
      Sebenarnya ramai lagi macam Anon 12:31.
      Berhati-hati Pkr Dap dan Amanah.

      Delete
  13. Najib Betul.....CASH IS KING.

    bg org kampung, lps saja undi terus tanya kawan, kamu dah ambik rm50?. BELUM!, hah cepat pergi berbaris. tapi kena undi BN le yop !

    sudah berapa undi BN dapat dari situasi mcm tu? org kampung tak peduli 1mdb ke rosmah ke? dia pilih rm50 dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasar bangsa pariah, RM50 ringgit dan sekampit beras bolih menghalalkan perbuatan haram pemimpin. Gelap masa depan anak cucu tidak dipedulikan. Fakir membawa kekufuran memang tepat untok menerangkan sikap kufur mereka. Cuma babi arak tidak disentuh.. yg lain halallun...cai

      Delete
    2. Bila bangsa itu tidak suka membaca,samalah seperti buta huruf.Tiada apa yang mereka boleh fikirkan sangat.Isle yang diamalkan tidak perlukan kemahiran berfikir,cukup dengan berketayap,berjanggut,bertudung dan berjubah sahaja untuk menjadi warak.Najib adalah pemimpin yang paling sesuai untuk orang Melayu.Selepas Najib nanti,kita akan dapat PM yang seperti ini juga dan begitulah seterusnya.

      Delete
  14. Budin, memang ayat pertama anda membingungkan amat sesuai dgn anda dan orang yg syiok sendiri, tak nak menerima kenyataan dan dah terlampau lama berpolitik lapok.

    Kena keluar dari kotak lama Budin. Mesti balik kpd perkara basic.

    Rakyat sebenarnya tak bodoh. Wlwpun hanya penoreh getah tp Rakyat ada otak yg waras dan mampu lagi berfikir dgn mesej sekeliling. Gst bebannya tetap dirasai mrk. Rasuah pun depa tak suka. Tapi ada perkara basic yg menjadi masalah dan tajuk besar iaitu "krisis keyakinan".

    Mcmna nak yakin kalau cara lawan BN sama petangai macam BN? Timbul parti baru pun org yg sama dgn perangai yg sama. Iaitu:

    1)muncul hanya bila musim pilihanraya tiba. Baik org kampung pilih BN yg dah tentu ada duit nak tabur.
    2)perangai suka tuduh menuduh bila berkempen. Suka kata orang, baik pilih BN yg lebih kurang sama malah BN nampak buat kerja, hidup pun tak susah mana sgt. Org melayu wlwpun ramai yg suka mengata tapi hati tetap tak suka perangai suka nengata ni. Cara ni dah lapok dan rosakkan peribadi penyerang.
    3)kempen takda idea bagus utk beri formula kemajuan dan solution, yg idea trsbut jauh meninggalkan BN. Asyik cerita buruk orang sahaja. Baik BN lg, BN tak pyh ckp idea sbb BN dah bangunkan negara.
    4)Parti alternatif tak pernah solid bersatu asyik ada hal nak gaduh, rebut kerusi,lempar kerusi, nak rebut jd senator, speaker, asyik huru hara berpolitik. Baik BN yg rasuah pun tapi ikut telunjuk bos tak berani nak gaduh.
    5)syahsiah pemimpin atau calon parti lawan BN memang tak menawan hati pengundi, belum berkuasa pun perangai tak menawan apa atah lg bila diberi kuasa. Baik BN perangai buruk tapi dpt masyuk.
    6)org melayu sampai bila pun alergi dgn DAP, selagi ada DAP selagi itu melayu akan menolak parti lawan BN. Sebab UMNO ada point yg sgt kuat kenapa org melayu mesti jgn pilih DAP. Korang fahamlah maksud aku. Ada baiknya formula nak menang mesti menjauhi DAP parti rasis dan anti islamnya.
    7)semua parti yg bertanding melawan BN sudah terpalit dengan perkara di atas ni dan dikaitkan dengan perangai buruk maka susah org melayu nak terima. Pas sendiri pun dah dipandang serong dan tak dipercayai oleh org melayu kebanyakan kerana fahaman keras suka menuduh dan mencela org sekian lama. Apatah lagi parti PAN yg ketuanya syiah dan liberal.

    Cadangan aku, perkara pertama kena buat ialah ubah perangai korang yg nak ambil alih putrajaya. Kerja keras dan yg penting jgn bergaduh, mencela sesama manusia.

    Kedua, lemahkan DAP. DAP adalah liability, beban busuk dalam pertarungan. Bila DAP dilemahkan dan dibunuh maka org cina hanya ada pilihan iaitu pilih parti yg terbaik diantara parti yg diketuai orang melayu.

    Formula ini shj yg akan membolehkan peralihan kuasa berlaku tanpa kesan buruk. Sbb Kalau parti pembangkang yg ada DAP dlmnya menang sekalipun PRU akan dtg, akan berlaku pergaduhan kerana sebahgian besar org melayu tetap tak akan terima DAP berkuasa, BN akan ada point utk wujudkan kekecohan dan main sentimen, wlwpun DAP hanya sebagai komponen kuasa tersebut.
    Percayalah dengan formula dan nasihat aku. Elok jauhi DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut formule kau ini aku ingat ,sampai bila pun BN memerintah dan cara cakap pun macam orang melayu ini dah terbiasa dengan mungkar rasuah dan tidak amanah iaitu pemimpin menyeleweng,Ini lah kebanggaan masyarakat islam sekarang pemimpin tidak AMANAH tak penting yang penting perut aku kenyang ,sifat safat muslim akhir zaman yang gariskan oleh hadis nabi memang batul dan tepat.

      Delete
  15. Undi cina tak boleh kira sokongan sgt. dia ikut situasi dan habuan....untung/rugi. contoh klu tmpt mereka blum ada jalan yg baik, krj janji nak buat jln kalau menang. mereka tak pilih yg merugikan!

    tapi cuba tgk nanti....undi mereka boleh berubah sekelip mata

    ReplyDelete
  16. Undi cina tak boleh kira sokongan sgt. dia ikut situasi dan habuan....untung/rugi. contoh klu tmpt mereka blum ada jalan yg baik, krj janji nak buat jln kalau menang. mereka tak pilih yg merugikan!

    tapi cuba tgk nanti....undi mereka boleh berubah sekelip mata

    ReplyDelete
  17. Najib Betul.....CASH IS KING.

    bg org kampung, lps saja undi terus tanya kawan, kamu dah ambik rm50?. BELUM!, hah cepat pergi berbaris. tapi kena undi BN le yop !

    sudah berapa undi BN dapat dari situasi mcm tu? org kampung tak peduli 1mdb ke rosmah ke? dia pilih rm50 dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik Arouse Mah....janganlah salahkan orang kampung tu. Mereka hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Duit rm50..00 sangat bermakna kepada mereka. Mereka cuma nak meneruskan hidup. Sama macam perempuan yang bernama Anis ni. Sanggup dipukul laki lebam birat dan patah riok, tapi tak mahu mengadu pada polis sebab takut hilang temapt pergantungan............

      Mahu dikenali sebagai Anis, ibu beranak tiga itu bagaimanapun tidak sanggup melaporkan perkara berkenaan kepada polis kerana bimbang hilang tempat bergantung.

      “Kalau saya buat laporan polis, suami kena tangkap dan dipenjarakan. Apa akan jadi pada tiga anak kami yang masih bersekolah?

      “Siapa yang akan bayar sewa rumah dan tanggung makan minum kami? Walaupun dia bertanggungjawab dari segi nafkah wang namun sifat panas barannya sukar dikikis,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

      Anis, 30, berkata dia pernah lebam dipukul suami dan benjol di kepala gara-gara lambat membuka pintu rumah.

      Katanya, kesengsaraan itu rela ditanggung daripada membiarkan anak kelaparan akibat diabaikan nafkah.

      Delete
  18. PRK TIDAK SAMA DENGAN PRU, PRK BANYAK JANJI-JANJI YANG DIBERIKAN OLEH BN, INI MENGUNTUNG PENDUDUK DI SITU, MEREKA KIRA DAPAT KEUNTUNGAN, CONTOHNYA, CINA DAPAT dewan orang Cina, dan memberi peruntukan RM2 juta kepada sekolah Cina, Jambatan Manong, dan banyak lagi dijanjikan oleh pengundi disitu, CASH IS KING

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas nak janji apa? Asyik nak tadah sejadah minta duit kat orang saja.
      Tak malu ker?

      Delete
  19. Org melayu di KK dan SB ini memang bodoh masih undi bn umno apabila dapat dedak samlai bila pun itulah bodohnya org melayu takut nak berubah lepas ini lagi banyaklah panyangak penyamun dan ahli rasuah makin kaya raya org yg pangkah dapat apa itulah orh melayu yg masih bodoh dan tidak mahu berubah

    ReplyDelete
  20. PRK kali ini menunjukkan bahawa siapa yang lebih memahami rakyat dan dapat menolong rakyat. Bukannya seperti Pakatan Harapan yang masih terumbang-ambing dalam menyelamatkan kerusi masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OKlah............HARAP NAJIB BUAT SNAP ELECTION CEPAT!!!!!!...........boleh kita tentukan, adakah Najib betul-betul disayangi rakyat.......?????

      Delete
    2. Buang hadi dgn haron din..itu la senjata umna/bn

      Delete
  21. The problem still DAP. Ramai tak nampak tapi itulah faktor melayu sampai bila pun tak akan tetima pilihan lain selain TERPAKSA pilih BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan kpd dap pula jika nak relevant dgn semua lapisan rakyat malaysia sila singkirkan dua beranak lim tu

      Delete
  22. Kalau team Mahathir nak main campak sikit2 apa yg ada ..tak mungkin rakyat akan ikut. Nak lawan kenalah habis habisan. Kalau betullah Mahathir claim dia ada rahsia yg boleh jatuhkan najib ni. Jangan jadi ezam mohd nor je. Saya percaya kalau masa tu ezam keluarkan apa yg dia claim dia ada ...pkr dah menang besar dah.
    Tengok ucapan najib malam tadi. Tengok muka dia baik2. Tak mungkin dia akan berenti. Cara bercakap dia, body language, memang dia seorang yg bongkak. Hanya kawan2 dia yg pernah rasa mewah melalui dia je akan kata dia ni baik. Keluarkan cepat apa yg disimpan dan saya pasti rakyat akan kembali menyokong team tun. Tunjukkanlah siapa najib sebenarnya. Kalau setakat nak buat roadshow sana sini ..my advice to tun is to just retire in peace.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 14.26
      Kamu ini cara cakap bukan sebenarnya la sgt nak minta Tun M keluarkan rahsia,tp memang kamu suka BN menang supaya Tun M kecewa,kamu ini pun lebih baik diam buka mulut tiada faedah hanya memuaskan zakar najib je

      Delete
    2. Taubatlah dik ..bulan puasa ni tuduh org benda2 yg kau selalu buat

      Delete
  23. Kan betul Budin... BN guna strategy Teluk Intan utk tarik undi China. Kita tgu je lah PRU14 nnt. Kita tengok Jabatan Manong tu siap ke tak spt BN janji. Dan Byk lg janji BN yg dorg dah lupa dan tong sampah kan... mesti ada hikmah.

    PIS nampak nya seronok dgn keputusan PRK ni. La ni BN perlu bg dedak lebih kpd PIS supaya pembangkang terus berpecah. Jgn lupa dgn RUU Hadi lps ni... Kita tengok dia bentang atau tidak.

    ReplyDelete
  24. Mahathir bawak suwey.

    Setiap kali dia join kempen....mesti kalah teruk.

    Bukan je melayu islam dah menyampah ...cina2 pun dah mula menyampah.

    SUwey betul la Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he analisa tahap form 3. Dah join umno belum?

      Delete
    2. Mahathir banyak dosa dengan Anwar.
      Sebab itu dia jadi macam tu.
      Allah beri nyawa lama kepadanya.
      Supaya lihat segala perbuatan zalimnya.
      Liwat 1: Mahathir bermasalah.
      Liwat 11: Najib bermasalah.

      Delete
    3. Liwat dari pandangan PIS mesti ada 4 bloody saksi....besar punya haram. Mak kau punya steering wheel tercabut!

      Delete
    4. BOLEH TUAN BAGI TAU APA YANG MAHATHIR BERMASALAH. DIA CUMA NAK BAGI TAU RAKYAT BAHAWA NAJIB TIPU RAKYAT, CURI DUIT RAKYAT, GST, KENAIKAN BARANG, BAGI MAHATHIR TIDAK ADA MASALAH BAGINYA. KALAU DIA TOLONG RAKYAT ATAUPUN TIDAK SAMA BAGINYA.

      Delete
  25. Jika betullah berlaku pengundi bn beratur ambil dedak rm 50,
    1- Apa tindakan bdn2 penguatkuasa spt Polis, sprm, spr?
    Selagi perkara ini tidak dikira salah & tidak diambil tindakan , sangat2 perit utk PH menang.
    Kerana mentaliti kaum melayu ini (kaum aku jugak) sangat2 gilakan dedak, ohhh terasa dedak ini blh menanggung kehidupan mereka 1000 thn lagi. Lupa akan 'kejahatan' pemimpin2 umno/BN yg tlh lakukan.

    ReplyDelete
  26. Jika betullah berlaku pengundi bn beratur ambil dedak rm 50,
    1- Apa tindakan bdn2 penguatkuasa spt Polis, sprm, spr?
    Selagi perkara ini tidak dikira salah & tidak diambil tindakan , sangat2 perit utk PH menang.
    Kerana mentaliti kaum melayu ini (kaum aku jugak) sangat2 gilakan dedak, ohhh terasa dedak ini blh menanggung kehidupan mereka 1000 thn lagi. Lupa akan 'kejahatan' pemimpin2 umno/BN yg tlh lakukan.

    ReplyDelete
  27. Kena 2 - 0 ha ha ha. Malaysia 0 Papua new guinea 2.

    ReplyDelete
  28. PAS boleh bersendiri, tapi jadi badan dakwah, tidak perlu jadi parti politik, membazir sahaja, tak ke mana nak perintah Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasar PAS/PIS adalah pecah tapi tak perintah.

      Delete
  29. Perjuangan pis tidak bermakna.. jika dikekalkan perjuangan pis itu lebih membawa kemudaratan kepada rakyat.. jika inilah senario politik di malaysia, memang rakyat yg menjadi mangsa kepada umno.. kepada parti pembangkang, bersatulah agar umno runtuh.. bukan silap rakyat yang mengundi, maka parti pembngkang yg kalah.. tapi saya menyalahkan parti pembangkang yg bertanding menjadi punca kekalahan ini.. jika masih berpecah, lupakanlah dari bertanding.. buang masa sahaja.. kami yg menyokong pembangkang berpecah kepada dua.. yg untungnya umno.. kalau tak nampak lagi tak taulah..

    ReplyDelete
  30. sori manyakla bn akan terus menang
    bukan susah sangat nak dapat undi takutkan melayu china india denagan hukum jinayah Islam
    kalau bn kalah hukum jinyah Islam akan dilaksanakan mudah kan
    kalau lah ada pru boleh tukar kerajaan pusat
    akan adakah lagi pru???
    denagn segala bala tentera yang amno ada dan ajensi risikkan yang mengumpul malkulamt sebelum stiap kali pru amno dah boleh kawal keadaan
    tapi tugas pejuang Islam sejati lawan terus lawan
    kalah di malaysia tak jadi masaalah besar
    tapi kalau kalah di akhirat neraka lah tempatnya
    sendiri jugak mau pikirlah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...