Friday, 29 January 2016

UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR


Ujian ini tidak ada kaitan dengan sesiapa, yang hidup dan sedang berkuasa atau yang sudah meninggal dunia. Ia sekadar suatu anjakan berfikir di pagi Jumaat yang mulia.

Ujian 1

Seorang pencuri telah mencuri memecah masuk dalam sebuah rumah, mencederakan penghuninya dan mengambil wang tunai sebanyak kira-kira RM26,000.

Tetapi pencuri itu gagal melarikan diri kerana rumah tersebut telah dikepung oleh orang kampung. Beliau kemudian mengambil keputusan memulangkan wang yang dicurinya itu kepada tuan rumah yang cedera sambil tersenyum-senyum malu.

Dalam semua kemungkinan yang berlaku seterusnya, yang manakah yang salah?

1. Penghuni rumah serta penduduk kampung bersyukur dan membiarkan pencuri tadi bebas begitu saja.

2. Polis dan Ketua Kampung bersetuju dengan tindakan pencuri tersebut yang dianggap tidak melanggar sebarang undang-undang.

3. Penduduk ingin "membelasah" pencuri tetapi tidak berani kerana melihatkan polis dan Ketua Kampung tidak memihak kepada mereka.

4. Tiada satu jawapan yang betul.


Ujian 2

Seorang lelaki minum teh tarik di sebuah kedai mamak dan selepas melakukan satu hirupan, beliau tiba-tiba merasa dahaganya sudah hilang dan menganggap minuman itu tidak perlu lagi baginya.

Apakah yang betul untuk dilakukan oleh lelaki itu?

1. Memulangkan semula kepada tauke mamak tanpa membayarnya dan langsung tidak berasa apa-apa terhadap orang keliling.

2. Membayar dengan harga seperti biasa.

3. Meminta diskaun harga.

4. Tiada satu jawapan yang salah.

Apakah yang salah itu betul dan yang betul itu salah? (29/01/2016).

32 comments:

  1. 1. Paksa Najib letak jawatan
    2. Biarkan Najib jual 1 Malaysia dan lari ke kazakstan

    Sila buat pilihan sendiri

    ReplyDelete
  2. Ujian 1,
    Kalau pencuri itu dibicara lawyer kena mohon hakim untuk guna undang undang ciptaan Apandi , pasti bahagian macam pokjib.

    Ujian 2,
    Penyakit Apandi dan Najib dah berjankit kepada pelanggan diatas dah pemimpin pun sewel apa salah kalau orang bawah pun sewel.

    apa macam markah penuh ke Mr budin , kalau dapat markah penuh ingat nak derma kat apnndi dhobi.

    ReplyDelete
  3. Yang betul nya Malaysia lingkup.
    Yang salah nya ialah UMNO

    ReplyDelete
  4. Satira malam Jumaat? Sebab aku di America Utara.......apa apa pun a good break from last 2 days depressing news.

    Anyway, for as long as the chief pirate still hold the stern, then a mutiny is urgently needed to right the listing ship!

    MLN

    ReplyDelete
  5. How come nobody dares to C4 the perompak......???
    Kalau di India, dah lama orang bunuh nyamok tapi di
    Malaysia orang rela bakar kelambu dan biarkan nyamok
    berterusan menghirup darah mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu India, ni Malaysia, India tak semestinya boleh, Malaysia sudah terang.... MALAYSIA BOLEH

      Delete
  6. Ujian disebuah tempat simpan wang (tabung).
    Pengerusi: Macam mana Datuk2, kita bagi 7 & 6%.
    Datuk1: Itu kurang Datuk. Tahun lepas 8 dan 6.5%.
    Datuk2: Bahaya Datuk, pasti ramai yang bising2.
    Datuk3: Nanti ramai pendeposit keluarkan wang masing2.
    Datuk1: Jawatan kita semua pun akan terancam.
    Pengerusi: Habis. Berapa patut kita bagi.
    Datuk2: Kalau boleh lebih daripada tahun lepas.
    Pengerusi: Berapa? Tabung kita pun tak berapa baik.
    Datuk3: Kalau boleh 10 dan 8%.
    Datuk2: Ini pasti ramai yang setuju. Tiada bising2.
    Datuk1: Jawatan kita pun tidak terancam. Selamat.
    Pengerusi@Datuk1@Datuk2@Datuk3: (Angkat tangan) Setuju...
    Pengerusi@Datuk1@Datuk2@Datuk3: Kah... kah... kah...
    # Kisah ini tidak ada kena mengena dengan mana2 tabung.

    ReplyDelete
  7. Hanya org gila org tak ada iman org kurang siuman tak mempunyai akhlak saja yg lepasakan pencuri itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu penculi atak pelindungan punya ,manyak kuat maa aa .
      Polis tatak bolih tangkap ,ketua kampong pon tatak belani usik maa aa ,olang kampung mau pukul ,hai yaa !,nanti sendili masuk penjala maa aa ,itu anak bini siapa mau tangong maa aa?.

      Delete
  8. Hanya org gila org tak ada iman org kurang siuman tak mempunyai akhlak saja yg lepasakan pencuri itu

    ReplyDelete
  9. Aku nak tau siapa pencuri tu dan siapa minum teh tarik tu....tp mcm kenal 2 ekor tu..

    ReplyDelete
  10. Pak Din, tak takut ke kena block macam dinturtle & Syed Outsidethebox...............?????

    ReplyDelete
  11. Alamak dua soalan test IQ, biarlah Tengku Anan jawap, biarlah MT UMNO jawab... Ataupun 3.85 jawap.. Atau Keruak... Atau pun Hadi Awang....

    ReplyDelete
  12. Ujian 1
    Jawapan No 3. Pencuri itu hendaklah ke tanah suci membersihkan dirinya supaya terhapus segala dosa mencuri.

    Ujian 2
    Jawapan no 1. Lelaki tersebut beranggapan mamak tersebut akan memulangkan air yang dia minum ke kedai tempat mamak membeli teh.Lelaki itu juga beranggapan bahawa semua pelanggan mamak tersebut boleh diperlekehkan kebijaksanaan mereka(beranggapan mereka setuju dengan tindakkannya)

    ReplyDelete
  13. Ujian 1
    setuju dgn jawapan anon 13:47

    Ujian 2
    Kalau chief mamak dalam gomen boleh diam dan angguk. kalau mamak tokey kedai mamak siapla hang....

    ReplyDelete
  14. Bagaimana kalau cerita 1 itu tidak benar. Bagaimana kalau cerita tentang kecurian sengaja direka reka.

    Bagaimana kalau cerita yang sebenar adalah pencuri yang disyaki tidak ditangkap semasa di dalam rumah yang direka reka mengalami kecurian.

    Ya, fakta menunjukkan dia disyaki cuma kerana kebetulan memiliki wang simpanan 26K dan dengan itu laporan dibuat walhal tidak ada siapa nampak kecurian berlaku.

    Setelah disiasat secara terperinci didapati 26K itu tiada kaitan dengan wang yang didakwa telah kecurian.

    Kalau 26K tiada kaitan dengan wang yang mengaku dicuri, tidakkah ia menguatkan lagi tanggapan kecurian tidak berlaku tetapi sengaja direka reka.

    Justeru apakah tidak salah kalau pihak yang disyaki yang telah diputihkan tapi terus di lempar tohmahan?

    ReplyDelete
    Replies

    1. Mungkin dia tidak curi. Mungkin kerana dia suci bersih maka apabila ia selesai berdoa ia dapati akaun dia dah ada tambahan RM26 ribu secara ajaib. Orang baik-baik ni biasanya sangat murah rezeki.

      Delete
    2. derma adalah derma. siapa saja boleh menderma dan siapa saja boleh terima derma kalaulah ianya adalah derma.

      Delete
    3. yg musykilnya, jumlah sebanyak itu yang diluar jangkauan dan kemampuannya. Dengan gaji rm100k sebulan, anda perlu menabung selama 2,166 tahun

      Delete
  15. anon 17.47,betul tu..utk membersihkan nama dia maka wajiblah teruskan saman..jgan tau gertak saja..baru satu dunia tau dia bersih...

    ReplyDelete
  16. Q1. Pencuri itu sepatutnya memecah masuk lebih dari satu rumah. Barulah tidak akan terkepung.

    Q2. Esok lelaki tu tak minum teh tarik.

    ReplyDelete
  17. Semuanya betul. Betul2 biol.

    Pencuri tidak bersalah dan perlu diberi derma yang banyak. Kena ingat, pencuri tidak menerima hadiah.

    Di akhirat, pencuri akan masuk syurga paling awal bersama Rasulullah SAW serta mendapat syafaat seluruh ahli keluarganya. Juga bahagia di jannatul firdausi dikelilingi bidadari bermata jeli.

    Doakan pencuri supaya hasil curiannya bertambah makmur. Alhamdulillah baik2 ajja.

    ReplyDelete
  18. Akhirnya pencuri dan peminum teh tersebut pergi buat umrah dan berselfie cium hajarul aswad n bergayut kat multazam dgn sengeh dahi itam.maka itulah jawapannya...

    ReplyDelete
  19. Setuju sangat dengan pendapat hang.kalau boleh sumbat kepala kat batu hajarul aswad sampai melekat sehingga tersekat dan meminta bantuan pasukan bomba dan penyelamat negara arab saudi.Bila kejadian kepala melekat di batu hajarul aswad bolehlah lepas tu keluar cerita2 gosip2 fitnah2 alkisah betapa sayangnya allah kepada manusia itu.

    ReplyDelete
  20. Apakah suku bugis telah memalukan bani melayu? Kerana bugis rosak melayu sebelanga (segala bangsa yang mengaku bangsanya melayu).

    ReplyDelete
  21. Kalau pasai juai bangsa dan agama serah pada bani melayu la jawapannya.kalau nak sembang pasai jujur, kemajuan, intergriti dan kemakmuran negara kapir la juaranya.negara kita yang kuat hanya pemimpin (penyanggak) kekuatan lain tiada.umpama kuat tenaga batin entot bini kuat, bini sengsara tapi nak kasi makan bini cakap ja pandai (retorik politik saja)

    ReplyDelete
  22. Halau keruak tu keluar dari semenanjung ni.

    ReplyDelete
  23. Buat PM najib dan seluruh warga Malaysia ingatlah !!!
    Hidup itu Perjuangan !!!
    Mati itu Pasti !!!
    Syurga itu Destinasi !!!
    Neraka itu ... Inginkah kita ???
    Rasa nak rompak khazanah Malaysia lg berjuanglah untuk terus memerintah!
    Rasa nak bertaubat..serahkan Jawatan PM pada yg Layak!
    Semoga Allah membantu kami rakyat yg dizalimi ini.
    Amin YA rabbal A'lamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak qkan la semasa hidup saya dihakimi, dijatuhi hukuman dan menjalani hukuman.berilah peluang hidup tanpa dihakimi, biarlah alam kubur menjadi pentas menghakimi dosa saya semasa hidup.

      Delete
  24. Biasanya...yang dapat derma ialah orang2 yang memerlukan.

    Ini apakeja***nya derma kepada penerima yang isteri hidup mewah...dlm akaun ada juta2....anaknya kawin pun makan juta2....

    Tak ingat halal haram ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...