Friday, 15 January 2016

SAMA-SAMA KITA BERDOA

Salah salah anggota polis komando yang didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu, Azilah Hadri dilaporkan sudah menghantar rayuan untuk pengampunan diraja kepada Lembaga Pengampunan Selangor, hari ini.

Azilah bersama seorang lagi rakannya, Sirul Azhar Umar yang kini melarikan diri ke Australia, sebelum ini didapati bersalah membunuh Altantuya di kawasan hutan di Puncak Alam dan telah dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan tersebut.

Lembaga pengampunan negeri dipengerusikan oleh Sultan Selangor dan turut dianggotai oleh beberapa yang lain, termasuk antaranya Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan Peguam Negara, Apandi Ali.

Meskipun kedua-dua anggota polis itu dijatuhi hukuman mati, motif mereka membunuh Altantuya masih lagi misteri kerana buat pertama kalinya mahkamah memutuskan motifnya tidak penting untuk diketahui.

Razak Baginda yang sebelum itu merupakan tertuduh utama kes pembunuhan itu dilepaskan tanpa dipanggil membela diri dalam perbicaraan awal dan pihak pendakwa juga tidak merayu terhadap pembebasannya.

Ketika kejadian, kedua-dua anggota polis terbabit bertugas menjaga keselamatan Najib Razak yang waktu itu merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Rayuan kepada Lembaga Pengampunan Selangor adalah peluang terakhir mana-mana pesalah di negeri yang dijatuhkan hukuman mati untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Sekiranya rayuan diterima, hukuman mati yang diterima Azilah boleh ditukar kepada penjara seumur hidup sahaja.
Sementara itu, blog ini dalam artikelnya pada 23 Februari 2015 sudah pun menulis mengenai adanya usaha tokoh-tokoh berpengaruh dalam negara untuk mengadap Sultan Selangor bagi memohon pengampuan terhadap Azilah dan Sirul atas hukuman yang diterimanya itu.

Tokoh-tokoh terbabit difahamkan mengusahakan pengampunan itu atas dasar perikemanusiaan berikutan kedua-dua anggota polis terbabit tiada motif untuk diri mereka berbuat demikian dan melakukannya semata-mata kerana mengikut arahan.

Dengan sahnya rayuan pengampunan itu sudah dihantar,  sama-samalah kita berdoa agar permohonan Azilah itu diterima akhirnya oleh Lembaga Pengampunan Selangor dan kemudian mungkin akan menyusul pula rayuan yang sama daripada Sirul yang kini terpenjara sebagai pelarian di Australia.  (SH 15/01/2016).

26 comments:

  1. Inilah kes yg paling paling paling pelik dalam sejarah. Misteri yg masih tak terungkai atau sengaja disimpul mati.

    ReplyDelete
  2. Amin..semoga kebenaran akan terungkap

    ReplyDelete
  3. Kes bekas komando polis ini sama juga dengan kes pembunuhan bekas pengurusi AMBANK dimana kedua dua kes ini tiada motif yang jelas dan pihak polis, pendakwa dan hakim tiada berminat untuk mencari motif kenapa kedua dua pembunuhan ini berlaku , saya rasa ini la kali pertama dalam sejarah kes jenayah didunia motif tidak perlu dalam siasiatan dan dalam perbicaraan.Apa punya jenaka...Saya juga amat musykil dangan kes pembunuhan bekas TPP kevin morias saya rasa kes ini akan berakhir dengan tiada motif dan beberapa kambing hitam yang tertipu kerana menerima upah menjalan kerja akan ketali gantung kerana kalau dikaji kes ini ,faedah kepada orang yang kena tuduh tiada lansung sebab polis yang siasat dan TPP menjalankan dakwaan kalau bunuh TPP pun kes akan dijalan oleh TPP lain , lain lah kalau Kevin ini terlibat dengan siasat peringkat awal dan beliau juga merangka pertuduhan ,ya disini kalau beliau dibunuh sudah tentu segala gala bukti hampir lupus kerana beliau menyiasat dan mendakwa ,kalau TPP yang menyiasat selalunya kes yang high profile dan saya amat yakin orang yang hight profile juga yang berada dibelakang semua kes misteri ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengapa kamu tak bantu perbetulakan keadaan jika kamu benar dan ada bukti selain dari yg di dedahkan di mahkamah.Buat lah lapuran polis yg baru ?.Tulis ternag-tran nama kau ,aku pun boleh tolong buat lapuran polis jika kau takut.

      Delete
    2. Kamu ini tak faham ,anon 13.22 ,apa yang dimaksudkan oleh anon 21.23 adalah kemusykilan yang ujud sebab motif tidak diambil kira dalam siasiatan dan pengadilan dalam prosidur siasiatan jenayah dan perbicaran motif amat penting apatah lagi dalam kes bunuh ,tak payahlah kamu suruh orang lain pula nak kemukakan bukti itu tak betul dan salah.

      Delete
  4. Sepatut dia org bgtau siapa yg suruh dia bunuh biar semua org tau,kan senang...kalau dah bodoh sgt,mati lg baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tdk munkin seseorang akan begitu bodoh cuma ada dijanjikan seperti jgn takut semuanya akan beres cuma jgn sebut siapa yg suruh.

      Delete
    2. Tdk munkin seseorang akan begitu bodoh cuma ada dijanjikan seperti jgn takut semuanya akan beres cuma jgn sebut siapa yg suruh.

      Delete
  5. Ada lagi...kes pembunuhan Jalil Ibrahim dgn skandal BMF...pembunuh tiada motif yang jelas walaupun telah sabit hukum dan dibicarakan...kes menjadi popular di HK bila Bank Bumiputra & Carrrian Group terlibat sama

    ReplyDelete
  6. tkp kastam kesnya apa cerita

    ReplyDelete
  7. Bunuh Altantuya tapi minta pengampunan kat mereka yang TIADA LANGSUNG pertalian darah dengan Altantuya ???
    Betul ke cara ni ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's the law
      kawin 3 pung menantu pak aji bang jamil kena patuh undan2

      Delete
  8. Lembaga Pengampunan hendaklah memanggil dia dan suruh dia ceritakan perkara sebenar dari A - Z... Takde tipu2 atau skip2 cerita...jika dia berkata jujur dan menceritakan perkara sebenar...barulah layak dapat pengampunan...

    ReplyDelete
  9. Kenapa org yg mengarahkan pembunuhan tidak disentuh? Oleh itu siasatan ke atas perkara ini harus dibuat kerana telah jelas ada unsur melindungi penjenayah..

    ReplyDelete
  10. Cerita dulu motif pembunuhan dan atas arahan siapa.baru boleh bagi pengampunan.rakyat pun puas hati,jawapan terungkai dan orang yg benar benar terlibat didakwa.

    ReplyDelete
  11. Kahkahkah..Malaysia..malaysia.. x kena atas batang hidung sendiri.. boleh la cakap pandai.. pusing2 auta melepek2 hai taik unta sana sini..

    Masuk dalam kalu.. baru tau jadi sayur ka mentimun ka.. bukan saja manusia..malah Tuhan pun x akan tolong time ni sbb option ni kita sendiri yg pilih jalan ceritanya.. ikut arus sajalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Are you Muslim 1123? If you are not Muslim I can understand your statement....

      Delete
  12. Setuju dengan yang disarankan oleh Anon 05.31 bagi menentukan keadilan atas kehendak siapakah perkara ini terjadi.Harapan supaya Allah SWT memberi kekuatan kapada mereka bagi menceritakan kebenaran yang terpaksa dilakukan.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. Pembunuhan sangat kejam dan berlaku di denai kawasan berhampiran tadahan air empangan Subang di Puncak Alam. Kalau sipelaku diberi keampunan dan terlepas bebas tanpa syarat...... macam ni dunia tentu akan memandng serong terhadap sistem keadilan dan kehakiman negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  15. Aku percaya kedua2 tertuduh adalah merupakan org yg teraniaya disebabkan kepentingan org lain dan semoga rayuan mereka diperkenankan cuma aku berdoa org yg benar2 bertangungjawab dlm kes ini akan dilaknati allah termasuk isteri dan anak cucunya sepanjang hayat ya allah engkau terimalah doa org yg teraninyaya amiiin

    ReplyDelete
  16. Aku percaya kedua2 tertuduh adalah merupakan org yg teraniaya disebabkan kepentingan org lain dan semoga rayuan mereka diperkenankan cuma aku berdoa org yg benar2 bertangungjawab dlm kes ini akan dilaknati allah termasuk isteri dan anak cucunya sepanjang hayat ya allah engkau terimalah doa org yg teraninyaya amiiin

    ReplyDelete
  17. arahan siapa ya?siapa dia?dedahkan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...