Saturday, 2 January 2016

AHMAD MASLAN LEBIH CERDIK DARIPADA NAJIB ATAU NAJIB LEBIH TERUK DARIPADA AHMAD MASLAN?

Hampir tidak ada yang tidak mengkritik cara 1MDB melangsaikan hutang-hutangnya. Menjual sebahagian besar atau mungkin semua harta-hartanya semata-mata untuk membayar hutang, terutama kepada pihak asing, membuatkan Najib Razak yang menubuhkan 1MDB, menjadi Pengerusi Lembaga Penasihatnya dan berbangga dengan kaedah "jual harta mak bapak" itu, menjadi sasaran utama kritikan ramai.

Pelan rasionalisasi hutang dengan menjual 60 peratus Bandar Malaysia yang diumumkan 31 Disember lalu dan keseluruhan Edra Energy sebelum ini sebagai memenuhi janji Najib untuk menyelesaikannya dalam tempoh enam bulan, akhirnya langsung tidak menimbulkan kebanggaan atau "stim" kepada sesiapa pun.

Hakikatnya, kaedah sebegitu tidaklah bernilai apa-apa kepada orangramai, malah tidak ubah seperti meniru cara yang biasa dilakukan oleh seseorang yang kalah judi untuk membayar hutang-hutang perjudiannya.

Bagi bekas Ahli Parlmen UMNO, Tamrin Tun Ghafar, cara penyelesaian hutang dengan cara menjual harta-harta seperti yang dilakukan Najib itu hanya memalukan nama Tun Razak dan Tun Rahah semata-mata.

Katanya, Najib hanya pandai berpura-pura seolah-olah langkah penyelesaiannya itu merupakan suatu kejayaan, sedangkan ia tidak mampu menutup pemborosan, kehilangan wang dan pembaziran berterusan yang dilakukannya selama ini.

Penjualan harta dan tanah yang sepatutnya kekal menjadi milik negara  itu, tambahnya, hanya mengesahkan tabiat Najib yang suka menjual apa saja yang ada untuk menutup beban atau hutang yang tidak ketahuan ke mana perginya.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan pula berkata, cara yang dilakukan Najib itu boleh dilakukan oleh sesiapa saja, termasuk murid-murid sekolah Tingkatan Enam sekali pun.

Bahkan, katanya, ia juga tidak menjawab banyak persoalan lain seperti ke mana hilangnya pelaburan di Pulau Cayman, wang di BSI Bank Singapura, pinjaman daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen sebanyak RM4 bilion, faedah tinggi diberi kepada Goldman Sachs dan lain-lain lagi.

Bekas ahli Wanita UMNO Langkawi yang pernah menyaman Najib, Anina Saaduddin turut mengkritik dengan mengatakan kaedah menjual segala harta untuk membayar hutang itu menjadikan Ahmad Maslan pun layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Anina juga mengandaikan, berikutan pendekatan Najib yang disifatkannya gagal itu, barangkali menjadikan Ahmad Maslan yang kini merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antaragangsa dan Industri, lebih berjaya menguruskan negara berbanding Najib.

Hahaha...walaupun Najib mungkin sedih disamakan dengan Ahmad Maslan, tetapi Ahmad Maslan tentunya bangga apabila dikatakan turut layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Cumanya, membandingkan Najib dengan Ahmad Maslan akan membawa kepada persoalan lain pula - apakah ini bermakna Ahmad Maslan lebih cerdik daripada Najib, Najib sebenarnya lebih teruk daripada Ahmad Maslan atau kedua-duanya tak boleh pakai?

Boleh mana-mana cai Najib tolong jawab persoalan ini? (SH 02/01/2016).

27 comments:

  1. Dlm umno sekarang ni tiada sape pun yang boleh pakai...

    ReplyDelete
  2. Nmpk mcm UMNO dah di hujung jln.

    ReplyDelete
  3. Aduhh...semudah itu najib langsaikn hutang...123 semuanya selesai...blog macai najib pn malu...blog unspinner dh malu nk pertahan najib..tu pasal adminnya ltk jawatan..hanya macai berbayar belom sedar..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sendiri berhutang sendiri mau bayarlah. Kenapa jual harta negara harta rakyat?
      Pergi ambil pinjaman kat CIMB lah. Buat personal loan.
      Tak guna punya perdana menteri.

      Delete
  4. Najib ini dia dah jual segala harta negara ,hanya kerana nak dia dan keluarga nya senang , kemudian dalam NST dia boleh suruh rakyat malaysia guna saja barang lusuh atau terpakai untuk atasi masalah kenaikan kos hidup , betul la dia ini memang setaraf dengan akal khinzir , punya celaka layan rakyat macam pendatang haram...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan hina kinzir, khinzir tu dibunuh dapat hasil, yang sekarang kita bela lagi mengusahkan bahkan kita rakyat tengok n baca Dan tak bermaya buat apa apa, cuba renungkan

      Delete
  5. Semua orang nak dijadikan bebal dan bangsat oleh kepala bangsat yang bebal

    ReplyDelete
  6. Hahaha..jangan gaduh.yg dia jual tu..sume rete makbapak tok nyang dia yg punye..lu orang sume pendatang indon, tongsan, kerala, chennai, mindanao..apehal nak sebok.. kalo lu orang tak suka sini dudok..lu balek lu punya negeri la..hahaha..kami la penyamun di dalam negeri..(lagu dlm Ali Baba Bujang Lapok)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib otak khinzir,macai dgn penyokong lagi la teruk bawah dr khinzir kah kah kah.

      Delete
  7. Nak bayar hutang kena la jual segala harta negara,tak kan nak jual si mat maslan pulak.

    ReplyDelete
  8. Hahahaha!

    Telah terbukti - Dua-dua takleh pakai!

    #Jahanam1Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib kau yang berhutang kenapa negara pula yg kau cagarkan.
      Rakyat pula dijadikan penjamin.
      Celaka punya manusia. Mana perginya modal? Tiba2 negara berhutang pula begitu banyak RM42 billion.
      Buat pula GST rakyat pula menanggung kos kehidupan yg tinggi.
      Kau nak bunuh rakyat Malaysia ke Najib? Selama ini yang hidup senang lenang hanya kau dengan bini kau saja.
      Aruah bapa kau Tun Razak tak pernah buat kepada kami macam mana yang kau buat.Aku sumpah kau najib biar berasap kubur kau nanti.

      Delete
    2. Hish kau ni anon 19.35,
      Jgn lah sumpah kubur dia berasap,buatnya betul2 terjadi lagi naya,bukan apa aku takut nanti ramai pulak orang beratur kat kubur dia nak menurun mintak nombor ekor.Manalah tahu mereka pun teringin nak jadi billionaire jugak.

      Delete
    3. Hish kau ni anon 19.35,
      Jgn lah sumpah kubur dia berasap,buatnya betul2 terjadi lagi naya,bukan apa aku takut nanti ramai pulak orang beratur kat kubur dia nak menurun mintak nombor ekor.Manalah tahu mereka pun teringin nak jadi billionaire jugak.

      Delete
  9. Dua2 takde daya fikir dan tak boleh pakai.satu buat banyak hutang dan satu lagi suruh rakyat buat banyak kerja, ironinya dua mangkuk ini banyak tak guna.Pada pendapat saya banyak untung kalau dua2 ini tiada dalam senarai kepimpinan negara, tapi nak buat macam mana, selain dari 2 mangkok ini banyak lagi tak guna.

    ReplyDelete
  10. Suruh Najib jual dan gadai teloq dia laa nak kambus hutang yg dia dah buat. Kalau boleh jual Rosmah sekali kalau ada yg mau. Yg ke jadah jual harta negara milik rakyat ramai apa ke hal. Memang jenis haram jadda punya PM satu ni

    ReplyDelete
  11. Rendah nya darjat PM Najib...hahahahhaha

    ReplyDelete
  12. Najib Dua Kali Lima Dengan Ahmad Maslan.
    Sama Sama Bodoh....Jadikan UMNO Party Bodoh

    ReplyDelete
  13. Punya la susah payah Polis dulu-dulu & Tunku Abd Rahman buat Janji Genjatan Senjata serta berjaya musnahkan PARTI KOMUNIS MALAYA. Alih2 Najib..Bod...pi jual tanah negara kita + Elektik kita ke Tanah Besar China yang terang terang PARTI KOMUNIS DUNIA. laknatullah to Najib..Bod

    ReplyDelete
  14. And you find pre-paid butt-lickers bloggers putting the same par on selling PREMIUM LAND bought dirt cheap from the government as Foreign Investment???

    Man, how these people on a payroll make easy money by churning out silly and bloody stupid rebuttals on 1MDB selling land and assets as FDI???

    Bangun lah UMNO dari kelalaian kamu! Go GKCM!!!!

    ReplyDelete
  15. Sabar semua, Tuan Penasihat PM belum masuk ofis lagi....hahahaha

    ReplyDelete
  16. Mr.Bean versi Malaysia..

    Lawak, kelakar .. lebihnya versi Malaysia ialah mereka semua penyamun ..

    ReplyDelete
  17. Sorang pak kaduk dan sorang lagi pak pandir, bodoh sebodohnya sama 2 x 5.menang pilihanraya tapi aset negara tergadai

    ReplyDelete
  18. Tak payah nak belajar tinggi kalau itu cara najib jual utk selesai hutang 1Mdb dgn jual tanah /harta kpd peniaga cina mat gian pun tahu berniaga cara tu he he he mana menteri bangang tu tak kata Pm dulu buat hutang je org lain bayar

    ReplyDelete
  19. Tak payah nak belajar tinggi kalau itu cara najib jual utk selesai hutang 1Mdb dgn jual tanah /harta kpd peniaga cina mat gian pun tahu berniaga cara tu he he he mana menteri bangang tu tak kata Pm dulu buat hutang je org lain bayar

    ReplyDelete
  20. Dalam satu-satu organisasi jika seorang itu bermasaalah paling ketara, tidak kira level tinggi atau rendah maka ianya perlu disingkir secepat mungkin. Rakyat berkuasa mutlak,ayuh bangkit....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...