Friday, 1 January 2016

SELAMAT TAHUN BARU TAPI SOALAN PALING POPULAR, BILA NAK DAPAT PM BARU?

Hari ini kita sudah berada di hari pertama tahun 2016. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana kita selalunya banyak ditanya mengenai azam dan harapan baharu, tahun baru kali ini pertanyaan paling popular ialah bilakah Najib Razak mahu meletakkan jawatan?

Kenapa beliau liat sangat mahu berundur? Apa yang difikirkannya lagi sedangkan sangat jelas sokongan rakyat makin merudum terhadapnya?

Apa yang menakutkannya untuk meletakkan jawatan?

Apakah beliau tidak memikir keadaan UMNO dan negara yang semakin caca marba akibat kepimpinan dan dasarnya yang entah apa-apa?

Hakikatnya banyak sekali pertanyaan seperti itu kedengaran. Bermakna dalam setiap nafas dan detik berfikir rakyat, keinginan mereka  mahukan Najib berundur dengan segera dan hadirnya seorang Perdana Menteri baru lebih membuak-buak berbanding azam dan harapan untuk diri masing-masing.

Bagi majoriti rakyat, kepercayaan mereka ialah kepimpinan Najib tidak boleh diperbaiki  dan caranya mentadbir juga tidak mampu diubah atau dinasihati lagi. Satu-satunya cara yang diharapkan dapat memberi kebaikan kepada negara ialah dengan cara menggantikannya dengan pemimpin lain.

Rakyat ternyata sudah begitu "tension" dan tertekan dengan kepimpinan Najib yang semakin memburuk hari demi. Selain isu harga barang dan pelbagai kenaikan dalam perkhidmatan pengangkutan serta perjalanan yang membuatkan kehidupan rakyat kian sengsara, perkara lain yang hampir memusnahkan keyakinan mereka ialah berkaitan kemelut 1MDB dan derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun bank peribadinya.

Kedatangan tahun baru 2016, sudahlah hampir saban tahun Najib menyambutnya di luar negara dan rakyat terus dibebankan dengan pelbagai kenaikan kos hidup, turut dimulai dengan berita paling sedih untuk kita semua yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana kepimpinan terdahulu.
Semata-mata kerana ingin melangsaikan hutang 1MDB, 60 peratus daripada kepentingan dalam Bandar Malaysia yang luasnya hampir 500 ekar kini sudah sah menjadi milik sebuah syarikat negara China yang mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Johor.

Konsortimum China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd dengan Iskandar Waterfront Holding Sdn Bhd itu dipersetujui membeli kepentingan 60 peratus Bandar Malaysia dengan harga RM7.41 bilion.

Tanah Bandar Malaysia asalnya ialah kem TUDM Sungai Besi yang kini dipindahkan ke Sendayan, Negeri Sembilan dan telah diberikan oleh kerajaan kepada 1MDB dengan harga paling rendah dan di bawah nilai pasaran.

Sebelum itu, sayap tenaga 1MDB iaitu Edra Energy juga turut dijual kepada sebuah syarikat negara China iaitu China General Nuclear Power Corp pada harga RM9.83 bilion serta menanggung semua hutangnya.

Penjualan demi penjualan aset dan tanah kepada syarikat negara asing untuk melangsaikan hutangnya menjadikan 1MDB seolah-olah hanya "ejen penjualan"  harta dan kekayaan negara kepada pihak asing semata-mata.

Di manakah kononnya 1MDB merupakan sebuah syarikat pelaburan strategik jika akhirnya satu demi satu harta dan tanah yang diperolehi dengan harga murah dijual kepada pihak asing dengan begitu mudah?

Bukankah jika Najib tidak menubuhkan 1MDB dahulu, semunya aset dan tanah itu masih kekal milik kita sehingga sekarang?

Begitu juga dengan tanah Bandar Malaysia, jika dijual kepada GLC seperti Sime Darby misalnya untuk dibangunkan dan tidak diberikan dengan 1MDB dengan harga murah,  tidakkah ia juga masih kekal menjadi milik kita serta mampu menjana pendapatan lumayan untuk negara?

Malangnya, tanah dan aset dijual dan tergadai semata-mata untuk membayar hutang dan harta 1MDB semakin berkurangan jadinya. Akhirnya, tiada apa yang tinggal lagi. Ibaratnya, kalau sekadar sekadar gah menjual harta dan aset mak bapak, anak tidak sekolah pun pandai melakukannya.

Yang berbaki kini hanyalah tanah TRX yang sedang diracik-racikkan melalui pecahan lot, juga diberi oleh kerajaan kepada 1MDB dengan harga murah dan mungkin turut akan dijual kepada banyak entiti asing untuk menutup sebahagian lagi hutang syarikat itu.

Selain itu, wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib juga amat sukar diterima sebagai derma. Ia bukan saja menyebabkan buat pertama kalinya negara kita disenaraikan di kedudukan ketiga negara yang mempunyai "skandal rasuah paling buruk"  bagi tahun 2015, bahkan kerana ingin mempertahankan wang tersebut, Najib telah melakukan beberapa tindakan pemecatan dan penyingkiran untuk mempertahankan dirinya.

Maknanya, Najib sendiri tidak yakin dengan sejujur hatinya bahawa wang tersebut merupakan derma semata-mata sehingga terpaksa menggunakan segala kuasa yang ada untuk melindungi dirinya dan mengenepikan sesiapa saja yang cuba bertanya mengenainya.
Kenapa perlu pecat dan buang orang jika benar-benar percaya bersihnya wang itu?

Kesimpulannya, kedatangan tahun 2016 tidak lebih hanya menambahkan lagi tekanan dan "tension" rakyat akibat kepimpinan Najib kerana selain masalah dan keburukan sedia ada, tahun baru ini juga dimulai dengan semakin hilangnya tanah dan kekayaan negara kepada pihak asing.

Tiada pilihan untuk membendung semua ini daripada berterusan selain menurunkan Najib dengan segera. Sama ada beliau dapat diturunkan dalam waktu yang terdekat ini atau nasibnya akan ditentukan dalam PRU 14 nanti, biarlah masa yang menentukannya.

Blog ini ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua dan bertekad mahu meneruskan sumbangan istiqamahnya dalam memastikan Najib dapat diundurkan demi kesejahteraan dan kelegaan kepada rakyat. Selagi Najib ada, selagi itulah rakyat terus "tension" dan tertekan. 

Dapat mengundurkan Najib umpama rakyat telah menemui "syurga"  mereka. (SH 01/01/2016).

39 comments:

  1. Diharapkan tahun baru ini tuan Budin dipanjangkan umur & dapat meneruskan kerja-Kerja penulisan kritis bagi menyedarkan seluruh rakyat Malaysia peri pentingnya negara memerlukan PM yg baru dan barisan kepimpinan yg baru."Ya Allah kau hancurkanlah pemimpin kami yg zalim,yg tidak kenal dosa dan pahala berbuat dosa dan maksiat tak kira siang dan malam,memeras ugut rakyat asal tembolok nafsu tak disekat..Hancurkanla golongan pemimpin munafik ini Ya Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasaan malu membezakan antara manusia dengan binatang.

      Delete
  2. Diharapkan tahun baru ini tuan Budin dipanjangkan umur & dapat meneruskan kerja-Kerja penulisan kritis bagi menyedarkan seluruh rakyat Malaysia peri pentingnya negara memerlukan PM yg baru dan barisan kepimpinan yg baru."Ya Allah kau hancurkanlah pemimpin kami yg zalim,yg tidak kenal dosa dan pahala berbuat dosa dan maksiat tak kira siang dan malam,memeras ugut rakyat asal tembolok nafsu tak disekat..Hancurkanla golongan pemimpin munafik ini Ya Allah..

    ReplyDelete
  3. Tujuan penubuhan 1mdb tu jelas..that is supaya sbhgn duit yg terlibat dlm urusniaga blh diambil separuh utk dri sndri.smudah tu matlamat najib. Tringat kisah ahmad albab..2org menantu lelaki masyhood albuaya..blk mtk duit kt bini konon nk bt modal meniaga upanya dijoli kt kelab. Bl dh bankrupt,mula merompak sn cni. Najib2..kt dunia ni boleh lh diamkn sj smua soaln dr rkyat..kt kuboq nnt cmana pn kna jwp jgk.astaqfirullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar berasap kubur dia nanti itu lah sumpahan rakyat

      Delete
  4. Assalamualaikum semua,

    Kenapa kita semua merungut dan salahkan pemimpin bila diuji dengan sedikit kesusahan? Bukankah ujian itu datang dari Allah SWT? Tak bolehkah kita redha dan perbanyakkan doa dan bermunajat agar Allah SWT hilangkan segera kesusahan tersebut? Disamping itu kita doakan sekali para pemimpin kita diberi taufik dan hidayah agar memimpin dengan betul dan diatas jalan yang benar, tidak menzalimi rakyat dsbg.nya yang baik-baik. selain itu, wajiblah diikhtiarkan buat kerja tambahan untuk tambah pendapatan sebagaimana saranan YB Dato Ahmad Maslan. Ini lebih baik dari kita merungut, menghentam orang itu orang ini kerana rezeki ditentukan Allah SWT. Kesusahan adalah kifarrah kepada kita kerana semasa diuji dengan kesenangan dan kesusahan kita lupa diri dan banyak melakukan maksiat. Bertaubatlah kita semoga diampunkan dosa-dosa mengumpat dan menista orang lain. Kepada Tuan Shahbudin diharap gunakanlah kepandaian, kebolehan dan populariti tuan kejalan yang benar. Semoga di tahun baru ini kita ubah pendekatan kita ke arah yang positif. Berhubung pemimpin yang zalim jika itulah nawaitu mereka, serahkan kepada Allah kerana Allah maha perkasa. Mereka bertanggungjawab secara terus dengan Allah. Jika Allah mengkehendaki Allah boleh menurunkan mereka dalam sekelip mata. Adakah kita lupa kekuasaanNya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib juga kena terima kutukan dan kehinaan ini sebagai ujian dari Allah.

      Apabila kejahatan dah lebih dahsyat dari Setan, tidak perlu lah di doakan kerana se rupa juga kita mendoakan untuk Setan di beri taufik dan hidayah. Ingat jika Allah mengkehendaki Setan pun boleh berubah menjadi baik. Apakah kita lupa kekuasaan Nya ?

      Buat kerja tambahan pun tak memadai, tetapi kena potong segala belanjawan yang boleh di kurangkan. Tuan Shah bukan sahaja menulis blog malah menerbitkan buku, jadi Tuan Shah lebih faham kesukaran melalui hari-hari yang di laluinya.

      Kita mengaminkan doa Imam setiap jumaat tapi adakah mereka mendengar doa kita? Tidak kerana mereka menganggap menyusahkan rakyat dan menjadi kaya dengan cara haram adalah KIFARRAH. Kerana doa hanya di makbulkan oleh Allah sedangkan Allah telah memberi kemampuan dan kekuasaan kepada pemimpin tersebut menolong rakyat.

      Jika naiwati orang yang berdoa pun tidak betul, serahkan kepada Allah.

      Delete
    2. Maaf tuan....tuan ni mungkin ulamak umno....sikit2 tuan akan salahkan takdir...sedangkan Nabi telah bersabda....2 benda yg ditinggalkan kepada umat Islam....Al Quran dan Sunnah Nabi....Adakah kita berpegang teguh kepada kedua2nya?...Tidak...Kita diberi akal untuk berfikir...ingat...Doa orang dizalimi diperkenan Allah...dan yg penting sekali....Pemberi dan penerima rasuah, neraka lah tempatnya....

      Delete
    3. Alamak tuan 12:05

      Biar betul cakap tuan ni.
      Bukan kita merungut tak bersebab, tuan. Sedikit kesusahan hari ni terbitnya dari kelemahan mentadbir tuan tuan pemerintah yang kita pangkah atas kertas undi. Kita tak jangka pun tuan tuan kepala umno boleh tak ada kebolehan berfikir menyelesaikan masalah negara dan ekonomi. Sebaiknya menambah masalah satu demi satu. Menambah masalah bukan menyelesaikan masalah.

      Punca kepayahan kita alami sekarang ni memang tak dapat dinafikan ialah GST dan 1mdb. Kita pernah alami masalah jugak dulu dulu. Tapi orang tua Mahathir pakai kebijaksaan dia selesaikan dan rakyat boleh terima sedikit kesudahan dulu dulu sebab is disebabkan faktor luar dan bukan diakibatkan oleh kesilapan dan kelalaian pemeeintah. Itu la lain nya. Hukum ekonomi bila hutang negara bertingkat tingkat, kepercayaan pelabur merosot dan bertambah merosot selagi tidak ditangani isu pokok nya. Jadi kita tengok hari nilai ringgit semakin lemah dan tak ada tanda tanda pengukuhan.

      Hasil kutipan cukai juga dijangkan merosot akibat jangkaan kemerosotan keuntungan Petronas - penyumbang cukai terbesar. Jadi budget deficit yang dibentang untuk 2016 tak akan dapat dikotakan kerajaan. Ini akan menambah malap Pertumbuhan ekonomi dan kita juga boleh jadi melihat recessions yang akan terbit sebab inflasi tidak terkawal akibat GST implementation. Akhirnya bila domestic consumption slides, recession menunggu.

      Ini semua perbuatan pemeriintah dan kita teraniaya. Pemerintah kurang ilmu boleh jadi.

      Ilmu songsang Ahmad maslan ni tak boleh pakai. Sekarang ekonomi mula menguncup. Business pun banyak dah tutup, bank buang pekerja. Kalau berniaga online nak berniaga apa. Ramai orang pun disposable income pun dah berkurang. Orang mula berhenti berbelanja la. Jangan nanti modal terbarai, hasil tak dapat.

      Kalau fikir macam 12:05 mampos kita. Dia dapat gaji umno ni....

      Delete
    4. "Jika Allah mengkehendaki Allah boleh menurunkan mereka dalam sekelip mata. Adakah kita lupa kekuasaanNya?" - Mak Enon 12:05

      Menggunakan hujjah yang sama, jika Allah mengkehendaki, Allah boleh memberikankan sedikit kercerdikan kepada Mak Enon dalam sekelip mata. Adakah kita lupa kekuasaanNya?

      Pemikiran macam inilah yg membuatkan orang Melayu (yang Islam) mundur. Semua masaalah serah pada Allah untuk selesaikan. Orang Melayu tak habis2 disuruh redha dan doa. Usaha orang Melayu cuma mengikut apa menteri suruh, tak kiralah bagaimana bodohnya suruhan itu. Kalau pemerintah masuk rumah kita dan k*ngk*k bini dan anak perempuan kita, tak apa la... kita redha... dan kita doakan semoga yang meng*ongk*k tu diberi hidayah.

      Adoyaii, melayu... melayu. Memang layu...

      Delete
    5. LOL! Anon 1 January 2016 at 15:2

      Itulah namanya mentaliti feudal org2 Melayu.. "biar mati anak bini, jgn mati adat menyembah pemerintah" - kalau bukan Mak Enon, pasti Pak Pandir.. hahaha..

      Delete
    6. Lebih teruk doa laknat yang di baca dan di amin kan semasa muktamar !

      Yang baca berserban dan yang menadah tangan pun berserban.
      Entah-entah 12 05 pun sama mengaminkan.

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contoh terbaik kerja tambahan berniaga online seperti yang dilakukan oleh Miss Vee..kipidap!!

      Delete
  6. Kita perlu bertanya......bangsa apa yang memerintah negera Malaysia. Dan agama apa yang menjadi pegangan mereka ?

    Siapa yang menjual harta bangsa Malaysia kepada bangsa asing....Najib dari parti UMNO Baru atau Lim Kit Sing dari parti DAP

    Memang sial dan celaka kepada semua ahli UMNO Baru yang berkumpul dalam perhimpunan agong mereka di PWTC menyanyi lagu 'anak kecil bermain api'

    Melayu bangsat....!!!

    ReplyDelete
  7. Dengan penjualan aset kepada syarikat negara china adakah ayam2 china dirumah urut sudah turun harga??soal pemimpin umno yang sudah mempunyai 4 bini 50 cucu kepada pegawai khasnya...

    ReplyDelete
  8. Jika kita berjaya membuktikan kpd rakyat bahawa bn/umno pemusnah negara, sya pasti pru14 nnt mudah utk PH menubuh kerajaan baru.

    ReplyDelete
  9. pejuang-pejuang yang mati menentang komunis rupanya mati sia2 selepas 26 tahun....dap sila lakukan tugas anda untuk membawa balik Abu chin peng!!!Malaysia sudah menjadi negara komunis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat Malaysia wajib ludah muka ahli UMNO Baru bila mereka bercakap tentang bangsa melayu dan agama islam.....kerana mereka memperalatkan isu tersebut untuk menyamun dan menggadai negara kepada kuasa asing.

      Delete
    2. Dulu 1mdb beli IPP untuk dikuasai melayu. Semua ahli umno pun berteriak dan bertepuk tangan. Sekarang siapa yang jual siapa. Puihh

      Delete
    3. Dulu 1mdb beli IPP untuk dikuasai melayu. Semua ahli umno pun berteriak dan bertepuk tangan. Sekarang siapa yang jual siapa. Puihh

      Delete
  10. Apakah cara jual tanah begitu luas begini di lakukan oleh negara jiran seperti Thailand dan Indonesia ?

    Mengapa peratusan milik tidak di bahagikan kepada negara lain?

    Sudah tentu GRO dari China naik muka sebab meraka pun ada tanah di Malaysia. So kita jangan pandang mereka hina cuma perkerjaan mereka yang hina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi najib akan jual pulau pinang kat china juga. Sebab pulau pinang tanah peninggalan aruah bapa dia juga.
      Segala galanya bapa dia yg punya

      Delete
  11. Apa kata kita tukar nama negara kita Malaysia ke nama baru yang di gabungkan dengan negara China iaitu Malayhina.

    ReplyDelete
  12. Corruption + Commission + Donation = RATIONALIZATION

    Buy used things to get nothing. Sale used things also to get nothing. There is another the great wall of China would be perimeter the Alexander of Southern peninsula.

    ReplyDelete
  13. Saudara Din.
    Apakah sebenarnya bz 1MDB di luar negara. Sampai sekarang saya tidak tahu. Yang saya tahu di dalam negara yg di beli hampir free dan terpaksa dijual dgn mahal kepada syarikat kerajaan untuk bayar hutang. Kemanakah duit yg di pinjam dan laburkan di luar negara dulu dan apa kah perniagaan itu.

    ReplyDelete
  14. Iskandar Waterfront Holdings...??? Lim Kang Hoo...???? LKH ni partner siapa ya? Dunia dunia... tak pernah cukup dan puas dgn apa yg dimiliki. Ambiklah, rebutlah sementara masih hidup ni kan? Nanti sampai masa ke dalam tanah juga. Semasa masih ada sumber lakonan utk dihidangkan pada rakyat segala drama swasta itu.... berlakonlah puas puas. Mana tahu sekelip mata hilang segala.. Menyesal nanti.

    ReplyDelete
  15. Ada juga blogger yang menganggap kejayaan 1MDB dapat menjual sebahagian dari dari Bandar 1Malaysia untuk melangsaikan hutangnya seolah-olah satu tindakan yang genius (stroke of genius)...dan lantas Najib diberi gelaran Man of the Year.Seriously?(dengan izin)..saya masuk tandas dan terus ketawa..tapi nak buat macam mana ,lantak engkau lah Labi....

    ReplyDelete
  16. Sdr Din.
    Minta tolong bagi pencerahan berkenaan tanah KTM di Tamjong Pagar Singapura. Apa dah jadi? Sunyi sepi saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha Jamil... Jamil. Tu laa ko. Asek dok cari butang baju melayu jer. Tanah KTM di Tanjung Pagar tu dah bertahun2 langsai dah, oii. Ko dok tanya buat apa lagi... Jamil oii.

      Dah jumpa belum butang baju melayu ko? Dah tu, pi tido balek. Lagi 5 tahun boleh bangun.

      Delete
  17. Wahai Melayu, undilah lagi UMNO dan Najib, agar kamu tetap miskin dan papa! Wahai Melayu beriman dan yakinlah kamu dengan "Dulu, kini dan selamanya" agar kamu sentiasa kais pagi makan pagi! Wahai Melayu, percayalah kata2 ulamak yang yakin Najib tak amik duit 2.6 billion masuk dalam akaun dia atau nak tuduh perlu ada 2 saksi nampak Najib bawak berguni2 duit masuk dalam bank, agar kamu biarkan kejahatan bermaharajalela! Wahai Melayu, teruskanlah dengan sikap "tak apa" agar kamu tetap menjadi hamba kepada pemimpin2 UMNO! Wahai Melayu, teruskanlah mengundi UMNO supaya anak kamu menjadi kuli dan pengemis sementara pemimpin UMNO terus kaya raya dengan menjarah harta negara! Wahai Melayu, teruskan lah tidur dengan duit BR1M sementara negara kita terjual kepada negara asing! Wahai Melayu, kamu sudah merempat di negara sendiri dan padanlah dengan muka kamu kerana kamu yang mengingkari Allah dan Rasulnya dan kamu juga lah taat setia membuta tuli kepada UMNO dan para penyamun2nya! Sendiri buat dan sendiri tanggunglah wahai Melayu jahil yang masih tak tahu dirinya jahil! Kepada melayu2 yang telah memberikan mandat sekali lagi kepada Najib dalam PRU lepas, syabas kerana kamu sudah bersubahat menjual negara ini dan memusnahkan masa depan agama, bangsa dan negara!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kais pagi aku punya, kais petang Najib punya

      Delete
  18. Saya gembira dan teruja bila di beritakan bahawa Syarikat Negara Cina bakal meneraju perniagaan dalam IMBD sebab orang melayu banyak yg BENGAP dalam hal hal pengurusan dan nasib baik ada BUDAK CINA JO LOW tu kalau tidak hasil IMBD di baham oleh semua pengurus melayu BANGGAP ...ok Le tu NAJIB pun bukan pandai dalam hal rundingan pun...itu sebab dia suruh budak cina tu jadi orang ARAB.

    ReplyDelete
  19. As salam. Jelas najib gagal. Sedalam mana lgi negara kita akan tenggelam. Apakah negara kita akan gagal segagalnya sehingga tersungkur. Mampukah kita bertahan sehingga pru14. Dimana pejuang2 politik yg sanggup menghentikan semua ini. Adakah berdiam diri adalah pilihan kita sekarang. Cetuskan....cetuskan..

    ReplyDelete
  20. Kalau beginilah rupa prmimin umno ug rasuah jual tanah bekas Tudm pun habis dijual kpd org asing aku doakan agr Bn N Umno lingkup dlm pru14 ni kita malu malaysia terkenal negara rasuah ke3 didunia jangan panggil lah kita negara islam malu di buatnya doakan pemimpin rasuah agar dapat balasan dan dilaknat allah

    ReplyDelete
  21. Kalau beginilah rupa prmimin umno ug rasuah jual tanah bekas Tudm pun habis dijual kpd org asing aku doakan agr Bn N Umno lingkup dlm pru14 ni kita malu malaysia terkenal negara rasuah ke3 didunia jangan panggil lah kita negara islam malu di buatnya doakan pemimpin rasuah agar dapat balasan dan dilaknat allah

    ReplyDelete
  22. Mengharapkan Najib berundur seolah2 seperti mimpi siang hari kepada pembaca2 Dan rakyat Malaysia, walaupun PRU14 berpihak kepada pembangkang( mustahil), Najib Akan menggunakan isu NSA, Dan menbatalkan terus keputusan tersebut..

    ReplyDelete
  23. Kita doa lah supaya Anwar Ibrahim dibebaskan segera.

    Dia lah yang akan jadi PM baru sebab itu lah kena rajin berdoa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...