Sementara kita terus ketawa dengan lawak jenaka Peguam Negara sejak pagi Selasa dalam usahanya membersihkan nama Najib Razak berkaitan derma RM2,600 juta, penjelasan tentang dana RM42 juta daripada SRC International juga tidak kurang membuatkan kita terbahak-bahak jadinya.
Najib dibersihkan daripada isu berkaitan derma RM2,600 juta bukan saja kerana tiada apa-apa imbuhan yang diminta, bahkan juga kerana sejumlah RM2,030 juta lebihannya telah dipulangkan semula kepada keluarga Diraja Arab Saudi yang dikenalpasti sebagai pendermanya.
Berkaitan dana RM42 juta daripada SRC International pula, penjelasan Peguam Negara, Apandi Ali ialah:-
- tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan Perdana Menteri mengetahui dan/atau dimaklumkan bahawa terdapat sebarang kemasukan wang daripada akaun SRC International ke dalam akaun-akaun beliau;
- tiada apa-ap keterangan yang boleh menunjukkan bahawa Perdana Menteri memberi apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC International ke dalam akaun-akaun beliau;
- keterangan menunjukkan bahawa pada masa-masa yang material, Perdana Menteri mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga Diraja Arab Saudi yang telah dipindahkan ke akaun-akaun beliau sebelum itu.
Dalam bahasa yang mudah, ayat Apandi itu bermaksud bahawa Najib tidak mengetahui mengenai kemasukan wang sebanyak RM42 juta itu, jauh sekali memberi kebenaran wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Maka dengan itu, Najib dianggap tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah berkaitan wang RM42 juta itu.
Tidakkah ini satu lagi jenaka yang boleh membuatkan kita ketawa dengannya?
Lebih membuatkan kita ketawa jika persoalan-persoalan di bawah ini terus tergantung tanpa jawapan.
Pertama, siapakah memasukkan wang tersebut dan bagaimana mereka memperolehi nombor akaun bank peribadi Najib?
Kedua, logikkah jika seseorang memasukkan wang sebesar RM42 juta jumlahnya, tetapi tidak memberitahu atau memaklumkan langsung mengenainya kepada penerima wang tersebut?
Ketiga, adakah sebagai Perdana Menteri, Najib betul-betul tidak pernah memberikan nombor akaun bank peribadinya kepada sesiapa?
Keempat, jika tidak pernah, bagaimana nombor akaun bank itu boleh diperolehi oleh orang lain?
Kelima, adakah perkara biasa bagi Najib memberikan nombor akaun banknya sehingga ia bukan lagi rahsia dan kemudian sesiapa saja boleh memasukkan wang ke dalamnya?
Keenam, setelah mengetahui adanya dana RM42 juta dalam akaun peribadinya, apa yang Najib lakukan terhadap wang tersebut?
Adakah wang itu sudah habis dibelanjakan atau masih dalam simpanan lagi?
Kenapa ia tidak dipulangkan semula kepada SRC International seperti yang dilakukannya dalam sebahagian daripada wang derma RM2,600 juta kepada keluarga Diraja Arab Saudi itu?
Dalam pada itu, persoalan yang tidak kurang misterinya ialah mengapa dua bekas pengarah SRC International, Nik Faisal Farid Kamil dan Suboh Md Yassin melarikan diri ke luar negara sejak sekian lama?
Apa yang mereka takutkan? Adakah mereka mengetahui mengenai wang RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Najib itu?
Adakah selepas kes ini ditutup, mereka akan terus berada di luar negara atau akan segera kembali ke dalam negara?
Sementara kita menunggu ada atau tidak jawapan kepada persoalan-persoalan ini, marilah kita terus ketawa kerana sebenarnya penjelasan Apandi Ali dalam membersihkan Najib semalam adalah lawak jenaka paling "rare" sejak negara kita merdeka. ( SH 27/0/2016).
Kalau betul la...
ReplyDelete2.6b - 2.03b = 570j yg diguna tu apa cerita?
Yg 42j terang2 dari SRC. Jadi total 612j dah masuk tembolok. Kira halal ke?
Maklum aje la, dengar2 cerita kos mencekik sekeluarga RM 19,000.00 satu hari. Wow!!!! Betul2 punya mentekedarah tu.. Wowwwwww!!!!!!
Puppy : Dia org tu mmg jeles dgn kita kan mummy? Kit dpt makan sedap2 wagyu punyu munyu lagi tawww..
DeleteMummy : Ntahhhh dia org tu... Kalau dah tak mampu tu makan bubur dgn ikan bilis goreng sudahlah. Apesal nak sibuk sibuk kito makan sodap sodap.
Puppy : Tulah pasal, dia org mana tahu RM570J tu kos kita beli Belacan Pekan yg di order oleh kerabat raja dari Saudi Arabia tuh. I sebagai orang yg jujur wasatiyah pulangkan balance duit RM2.03B dia org yg terlebih bayar pada kita tu. Itu pun rakyat nak marah ke?
Mummy : Ntahnyerr... Dia org tu mana tahu kerabat diraja Arab kat sana dah jemu makan Belacan Penang yg di order dari anak angkat I tu. Tu pasal kasi kita duit beli Belacan Pekan punya. Nak tukar selera katanya, so kita sebagai sahabat korribbbb yg akrab tolong belikan... Salah kerrrrr?????
Puppy : Ini kali kerabat diraja Arab gerenti berdulang dulang tambah nasik makan Kangkung Goreng Belacan Pekan punya resepi.. Hahahaha.. I gerenti you kalau ada Syiah bawa bom lalu belakang dia org time makan tu misti tak perasaan punya woooo.
Mummy : Hahahaha... Lepas ni kita rekmen dia org beli Belacan Rombau pulak. Tapi you kena ingat puppy, kalau ada duit terlebih tu kena pulangkan yer... Kita kan pasangan jujur dan suci serasi... Heheheheheheeeeee....
Tan sri Abu Kassim. Kenapa SPRM tak pergi siasat Apandi pula. AG ni kebal ker? Sampai boleh ambil fungsi mahkamah negara kita?
DeletePandikutti.....?????????
Deletemisteri ini senang diselesaikan
ReplyDeleteorang yang berkuasa adalah hippo
Ini bkn cerita lawak tuan ini dah masuk cerita tahyul yg perlu kita percaya.pm dpt derma peribadi kemudian pulangkan derma saat ramai rakyat kesusahan krn gst.cerita bagaimana yg perlu kita terima ini.kes src lg tak masuk akalnya.ini sudah masuk cerita mengarut tuan.mereka perlu membayar utk kita percaya cerita cerita spt ini.it must be money laundering but where does it come and where does it go.kenapa derma perlu dipulangkan begitu sj.kenapa derma itu tak bleh digunakan sj.ia tentu sbb duit itu telah dilesapkan.bagaimana melesapkan duit yg begitu byk.apa kaitan dgn singapore yg mengatakan akaun berkaitan 1mdb dibekukan.apakah duit telah dimasukkan kesitu atau duit telah ke pulau cayman lg.jd lah kita cerita malaywood dr cayman ke cayman.it must be jlo who know the unser.selain najib ag sprm n gabenor bank negara.lega lah najib sbb tak ada apa yg bocor lg.begitupun rasanya ia tak perlukan kebocoranpun utk membuka mata rakyat.cerita karut itupun sudah cukup utk menyatakan penipuan.najib mungkin selamat utk sementara ini.begitu penipuan tak akan bertahan lama.bertahan dgn topeng hanya itu pilihan yg najib ada.berundur atau akan kena.begitu rakyat juga tentu ada pilihan yg lain
ReplyDeleteKasihan najin n rosmah...juga jho low...selama ni mereka difitnah rupamya...kasihan najib n rosmah....src rupanya saja2 masukkan 42m tu utk perangkap najib rupanya agaknya....kesian rosmah sbb x dapat pi luar negara bercuti sbb xda duit...rosmah duduk kat rumah je selama ni...main dengan cucu2nya...najib bersih dan suci...najib adalah insan yang terbaik sbg pm....najib pemurah dan tidak kedekut...najib adalah segalanya bagi rakyat malaysia....
ReplyDeletehihihi...xda siapa pun yg berani nak undurkan najib n rosmah lagi tau lepas ni sbb ag dah bersihkan suci abg najib kita ya...
mulai saat ini...ayuh kita rakyat malaysia...sanjung n puji najib n rosmah...
rosmah...jho low....u punya planning mmg cantik wooooo....i respek sama u berdua...
Bukanlah pelik kalau akaun b@nk boleh bocor. Yang pelik adalah kalau ianya tak boleh bocor.
ReplyDelete1 Malaysia kena kencing dgn najib si penyamun Hahahaha dan 1 Malaysia terkedu tak boleh buat apa2 , yang pasti 1 Dunia ketawa kan sistem perundangan kita. Betul lah si penyamun tu cakap " Cash Is King" .
ReplyDeleteWa sutak manyak kali cekap itu PM manyak betut punya maa aa , mana atak salah ?.
DeleteHahahaha..kan aku dah kate..najik tu suci halal wal thoiban..tersangat zuhud berbandingkan zahid..wasatiyah tiq zakiah markonah..putih berseh dengan que puteh..ape-ape jer lah..tersangat layak dianugerahkan tokoh bapak punye suci kot??
ReplyDeleteSenang saja jawapanya SH,mestilah Menteri Kewangan yang masukan dalam akaun beliau,dan beliau pun dah pulangkan kapada menteri kewangan.Tutup kes habis cerita.
ReplyDeleteCarita Najib pulangkan duit derma ni sudah jadi macam kisah Israk dan Mikraj. Kita kena yakin la. KAHKAHKAH.. Husnu Dzon. Senang ja menteri nanti explain kalo nak bodohkan orang, guna ja term2 agama seolah2 merekalah yang merekrut Allah Taala.
ReplyDeleteBelit lagi.rakyat kena kencing lagi.pelik...kalau derma,kena pulangkan ke?
ReplyDeleteMacam mana agaknya kalau pinjam..kena pulangkan ke atau buat-buat lupa nak bayar balik ataupun songlap terus.
Eh macam mana nak pulang sedangkan dia bilang tak tahu siapa bagi ? Pasal tu mamat dua ekor terpaksa lari ke Negara luar. Pasal beruk, kera terpaksa dihalau keluar. Undang2 Monyet ler !
ReplyDeleteApandi mahu mempandirkan seluruh dunia dengan kisah karut dan mistik zaman ini. Mereka ni tak tengok kifarah mistik. Kalau curi duit 50 hengget pun, samit perut sampai berulat. Inikan pulak duit 42 juta hengget masuk akaun peribadi. Ambank dan Bank Negara perlu jelaskan bagaimana pemindahan wang sebegitu besar boleh berlaku tanpa pengetahuan penama akaun. Sedangkan nak pindah 50 ribu hengget pun macam2 penjelasan diminta daripada pihak yang nak pindahkan.
ReplyDeleteMungkin sebab namanya Apandi maka dia terpilih untuk jawatan itu. Yang sebelum ini bernama Abdul Gani, memang betul2 buat kerja AG. Yang gantikan AG tu sekarang ini buat kerja pandi. Tak peliklah apa yang berlaku ni kan.
8:43 ...kan najib dah cakap awal-awal, orang suruhannya tak perlu bijak, cuma setia sahaja. Tengok muka apandi, ada nampak kebijaksanaannya ke? Kalau bukan najib mengatur catur untuk melepaskan dirinya, apandi tak ada peluang langsung jadi AG...tengok menteri2 dalam kabinet najib, siapa yang ada otak? Tengok pengarah2 yang jadi konco najib, bodoh sombong campur biadap - yang kepala TH tu kata nak periksa surat dari BNM Zeti kalau surat tu palsu ke betul. Surat macam tu dah keluar internet, dia tak tahu lagi ke?
ReplyDeleteBetul lah. Aku tengok muka dia tak ada sinar langsung. Tak nampak mcm orang cerdik pun. Macam muka pecah rumah
Deletex hensem lgsung
DeleteBetul gak ye ..muka dia macam can coke yang kena penyetkan tulah
DeleteAgak2 la la pun Apandi ni. Nak angkat Najib pun biar la berpada2. Sampai aku dgr pun gayat. Aku rase najib bace statement apandi ni pun gayat.. Aku setuju ini lawak yg paling rare
ReplyDeleteBerdoalah. Semoga Allah tidak menimpakan kecelakaan ke atas kita bahana hati-hati dan tangan-tangan yang tidak sedar kehebatan dan tidak takutkan pembalasan Tuhan.
ReplyDeleteBerdoalah. Semoga Allah menimpakan kecelakaan hanya kepada mereka yang menempah kecelakaan semoga ditunjukkan (sebagai pengajaran) kepada yang membutakan mata dan yang enggan melihat Allah wujud, Maha Melihat dan Maha Berkuasa.
Ya Allah
Sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka.
Ya Allah
Hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka. Kacau-bilaukan kesatuan mereka. Cerai-beraikan pakatan mereka. Goncangkan pendirian mereka. Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu.
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka
Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran
Wahai Tuhan yang menggerakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab
Kalahkanlah mereka. Menangkanlah kami (yakni rakyat yang terinaya) ke atas mereka
AMIIIN
DeleteAmiiin Ya Rabul Alamin
DeleteApandi tidak mengambil sebarang soalan ketika sidang media. Zahid tidak mahu menjawab soalan ketika sidang Parlimen. Najib pula tidak mahu disoal ketika sidang media atau Parlimen. Nampak persamaan ?
ReplyDeleteNajib sudah bersih suci dalam negara dari segala tuduhan wang rm2.6 bilion dan rm42 juta.sekarang kena bersihkan diri dengan menyaman wsj dan sr.Selagi belum disaman portal berita itu selagi itulah kulit muka rakyat malaysia terasa setebal kulit babi bila berada diluar negara.Tolonglah saman jangan tunggu hari dua.Biar wsj dan sr tahu pahlawan bugis yang hebat biar bumi terbelah dua hari dua aku saman.teringat p.ramlee, penyamun pendek melontar dadu, dan akan dapat no dua sahaja, apakah itu petanda dahulu memberitahu no dua itu bersamaan dengan hari selasa.biar sampai hari kiamat tetap hari selasa
ReplyDeleteHHAAAAA HA HAA HIH HI HIIII HUHU HUUU HEE HHEHH HHEEEEE...TOLONGGGG AKU TAK BOLE BERENTI GELAKKNIII...TOLONG...CRITE LAWAK 2016 HYAHAHAAAAA
ReplyDeleteDuit yang Najib terima masuk dalam akaunnya berbillon ringgit kemudian pulangkan semula pada orang tak berwajah tu ada bayar cukai tak........?
ReplyDeleteBank negara tahu atau tidak tentang pergerakkan keluar masuk duit tu....dan boleh mengesahkan dengan bukti bahawa Najib benar-benar telah pulangkan duit yang tak digunakan itu ?
Kenapa Najib selaku perdana menteri Malaysia teramat bangang sehingga terpaksa memulangkan semula duit derma itu ketika Malaysia sedang mengalami krisis ekonomi kerana nak bayar hutang 1MDB ?
Sepatutnya duit itu boleh disalurkan sedikit pada pelajar yang kelaparan kerana tidak mampu menanggong kos sara hidup yang amat menekan.
Walau pun tujuan memulangkan semula duit derma kepada yang empunya duit bagi membersihkan nama dari status seorang penipu kepada seorang yang berjiwa suci namun sikap itu amat hipokrit kerana duit itu boleh di guna kepada kebajikan rakyat. Kenapa tidak dilaku kan ?
Atau pemulangan semula duit derma itu hanyalah sandiwara peguam negara sedangkan duit itu sudah dibekukan oleh oleh pihak bank tempat terakhir duit itu disorokkan ?
krisis ekonomi apanya dalam tahun 2013. apapun setuju jugalah kalau tak dipulangkan dapat juga belanja mereka-mereka yang sengkek sume tuh, hihi
DeleteRamai yang sekian lama tidak percaya akhirnya percaya jugak apabila membaca laporan terbaru SR. Fakta yang diberi sudah terbukti. Bukan itu saja. Rupanya ada lagi yang lain mashyuk dan bayaran kad kredit !
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteJib... kau akan mati kena stok macam bapok kau tak lama lagik...
ReplyDeleteaku sumpah anak2 kau akan mati accident dan bini kau melacurkan diri lagi mcm dulu dgn rahim thambhi chik
Bukan second hand lagi rupanya. Dah banyak hand rupanya. Patutlah dia kuat makan.
ReplyDeletepenutup kepada wawasan 2020.ciri2 negara maju bukan sahaja pada pembangunan fizikal tetapi aspek rohaniah..ilmiah..dll.apabila kita ditertawakan oleh negara lain kerana kita tahu kita diperbodohkan oleh kerajaan kita sendiri dan kita cuma mengeluh tanpa bole buat apa apa maka bolekah kita dianggap menuju ke wawasan 2020.sungguh menyedihkan.mana raja kita dlm kontek raja berperlembagaan.
ReplyDeleteNajib dan Apandi menganggap semua rakyat Malaysia IQ zero. Sebab itu alasan bangang aka bahlol diberi untuk menghalalkan segala penipuan Najib. Kalau benar Kerabat Di Raja Arab Saudi itu menderma sebanyak itu utk perangi IS, adakah terlalu bodohnya kerabat Di Raja berkenaan kerana ancaman IS lebih serius di Indonesia berbanding di Malaysia. Adakah Presiden Indonesia juga mendapat derma dari Kerabat Saudi itu?
ReplyDeleteKeputusan untuk membebaskan Najib oleh Apandi adalah satu keputusan yang sememangnya te;ah dirancang. Jika Apandi menafikan ini, menjadi tanggung jawab dia sekarang untuk menjelaskan persoalan baru yang dibangkitkan oleh oleh orang ramai berkenaan isu ini terutamanya berkaitan RM42 juta dalam akaunnya. Apandi langsung tidak menyentuh perkara ini. Beban sekarang terletak kepada Afandi untuk memberi penjelasan secara terperinci tentang rasionalnya Najib dibebaskan.
Suruhanjaya Siasatan Di Raja WAJIB ditubuhkan bagi menyiasat secara teliti keputusan yang dibuat oleh Apandi berhubung isu besar yang telah pun menjejaskan kedudukan ekonomi negara. Kalau kes lebam mata Anwar dulu, satu badan siasatan khas boleh dibentuk dan akhirnya menemui pesalah yang melebamkan mata Anwar, kenapa isu besar yang membabitkan wang negara yang bukan sedikit ini, tidak ada langsung usaha untuk Suruhanjaya Siasatan Di Raja dibentuk bagi mencari kebenaran sebenar?. Adakah Najib menjadi penghalang kepada usaha ini?. Dalam kes siasatan ini bagi aku, ianya tak ubah umpama Penyamun melantik Penyangak kelompoknya untuk menyiasat tuduhan keatas dirinya. Anda nak percaya pengadilan dan siasatan bodoh dan bangang begini?.
sebab tu Najib tak nak undur sementara waktu bagi membenarkan siasatan dijalankan secara telus. ddengan kuasa masih ditangan, beliau sebenarnya mahu mengatur keputusan siasatan mengikut kemahuannya. dan caranya ialah meletak orang orang kepercayaaannya dikedudukan penting yang dia pasti akan menjadi penyelamat kepada dirinya. saya setuju sekarang ini AG patut disiasat oleh badan bebas untuk mencari rasionalnya keputusan dia membebaskan Najib dengan alasan yang sangat2 longgar dan tidak munasabah.
DeleteTak payahlah.
DeleteBuang duit rakyat.
Buang masa saja.
Kita tunggu tindakan
Allah Yang Maha Esa.
Masanya akan sampai.
Aku sedih kat malaysia ni kalau duit dapat berjuta2 oleh pemimpin dianggap derma ikhlas tetapi kakitangan awam yg paria dapat rm50 itu rasuah heboh satu negara sebab itulah malaysia menjadi model negara rasuah dunia bukan ke begitu hidup rasuah hodup rasuah hidup rasuah aaaammiìinnñnn
ReplyDeleteAku sedih kat malaysia ni kalau duit dapat berjuta2 oleh pemimpin dianggap derma ikhlas tetapi kakitangan awam yg paria dapat rm50 itu rasuah heboh satu negara sebab itulah malaysia menjadi model negara rasuah dunia bukan ke begitu hidup rasuah hodup rasuah hidup rasuah aaaammiìinnñnn
ReplyDeleteTERBUKTILAH segala isi kandungan artikel SR dan WSJ sejak dari awal mendedahkan isu ini mamang BENAR.
ReplyDeleteMengapa dari awal najip dan para pencacainya sibuk menafikan?
Artikel SR telah memberikan kami informasi yang tidak boleh diperoleh dari mana2 media tempatan. Walaupun aku tak percaya sangat ngan mat salleh ni, tapi dari cara laporan SR dan WSJ aku respek dia orang punya fakta sebab dia boleh merungkai dan memberi gambaran jelas mengenai fakta yang dia orang lapor. Dan setakat ni Jib pon tak berani nak saman mereka.
ReplyDeleteMalaysia DarulRasuah. NajibulRazak ImamulRasuah. Apandi AG BilalulKowTim. Malaysia Rasuah Boleh Land!
ReplyDeleteAku tengok muka apandi tu pun macam muka orang pecah rumah
DeleteDUIT NEGARA LESAP BERBILLION SEJAK DULU LAGI. DARI KES BMF, PERWAJA, KLANG GATE, NFC, SCORPEEN HINGGALAH 1MDB. SIASATAN DEMI SIASATAN DIBUAT OLEH PENGUASA DAN BPR MAHU PUN SPRM. BILA SAMPAI KE AG, TAK ADA KES WALHAL DUIT NON STOP HILANG DIBAWAH KERAJAAN UMNO ISLAM. ADA HALIMUNAN HARAMN JADAH KE DALAM UMNO BN NI?. DAH TENTULAH KEPALA HALIMUNAN HARAM JADAH ADA SAHAM DALAM KEHILANGAN DUIT SEBANYAK ITU. JIKA TIDAK, MASAKAN KES KES SEMUDAH ITU TAK DAPAT DISELESAIKAN SEDANGKAN DNA DALAM JUBOR PUAK HARAM JADAH NI BOLEH JUMPA PULA. SELAGI GENG HALIMINAN HARAM JADAH DALAM UMNO ISLAM NI TALK DIJATUHKAN, SELAMANYA DUIT AKAN TERUS HILANG BERBILLION2 TANPA DAPAT DIKESAN TOYOL PELESIT DALAM UMNO YANG MENGAMBILNYA. SAMPAI BILA NAK PERCAYA GEROMBOLAH BEGINI? SAMPAI BILA NAK BIARKAN GEROMBOLAN HARAM JADAH MEMPERBODOHKAN KITA. SAMPAI BILA SANGGUP DAPAT RM500 TAPI KEHILANGAN JUTAAN KERANA KETAGIH DUIT BR1M. MEMANG BODOH DAN BENGAP PENGUNDI UMNO BN NI. MULUT SIBUK MENGADU KOS SEGALANYA NAIK TAPI PANGKAH TETAP DIBAGI KEPADA GEROMBOLAN PELESIT INI. SAMPAI MAMPUS PUN MALAYSIA TAK AKAN LEBIH BAIK KALAU INILAH MENTALITI RAKYAT.
ReplyDeleteDalam fahaman akulah.
ReplyDeleteTindakan Apandi ini
bererti dia sudah
kencingkan 30 juta
rakyat Malaysia termasuk
isterinya, anak-anaknya,
menantu-menantunya
cucu-cicitnya, saudara-maranya
malah dirinya sendiri.
Aku harap tindakannya itu, betul.
Kalau tidak, otaknya yang waras tetapi
melakukan sesuatu yang tidak waras
akan jadi Dugong ke-2.
betul... betul...
ReplyDeleteumur pun lebih 65 tahun.
tunggu masa saja tu...
dugong. siapa dugong?...
Aku ketawa tengok muka apandi ni. Cara dia cakap macam orang jual sayur kat pasar. kalu tak caya cuba sendiri tengok dalam tv. Aku rasa bahasa inggeris anak aku lagi baik drpd apandi ni.
ReplyDeleteUsaha sedang giat dijalankan oleh pihak berkenaan untuk menyekat akses ke laman laman yang kritis terhadap keputusan AG membebaskan Najib. Difahamkan banyak ulasan dan komentar dalam blog blog tertentu boleh mengancam dan menjejaskan kedudukan Najib berhubung isu 1MDB dan SRC kerana apa yabg dibahaskan adalah rasional dan berfakta terutama berkaitan alasan AG membebaskan Najib. Anak Keruak khabarnya diberi peranan untuk membendung segera laman laman dan blog yang begitu kritis ini agar apa yang diperbahas dan diulas tidak sampai ke ramai audien. Najib dan Apandi dikatakan dalam kegusaran dan bimbang akibat respon negative terhadap pengumuman Afandi itu. Bersedialah para blogger utk menghadapati tindak balas dari gerombolan yang makin terdesak ini.
ReplyDeleteoutsyed the box dah disekat
DeleteBetul tu anon 18:11.
DeleteMalah blog Dinturtle juga telah disekat
Wah najib satu satu pm terima derma bilion bilion.mungkin satu satu org didunia yg pulang kan duit derma bilion bilion itu.nampak nya kita telah dihadapkan dgn cerita yg semakin tak masuk akal.selepas ini tak tahu lah cerita lawak apa lg yg perlu kita dengar.apa yg pasti derma bilion bilion dipulangkan adalah yg paling kelakar diabad ini.rasanya tak ada negara lain yg dpt cabar cerita mistic bilion bilion ini.tahniah najib n malaysia.
ReplyDeleteBloking bloq wont save them anymore hanya tunjukkan betapa pengecutnya mereka.belit sudah tahap terbelit.theres no more way out.siapa dpt terima pembohongan tahap pelampau agama.ending yg terlalu klise atau sudah bertemu jln buntu.bersedialah sj utk terima hukuman dr rakyat @ say your pardon.itu sebelum rakyat berkata say your last pray.duit src tu kerabat negeri mana pula yg derma.next cerita lawak please
ReplyDeletemula2 nafikan, pastu jadi derma, akhirnya dikembalikan
ReplyDeleteWOW!! terbaek!
#kacap terlabik
Bloking bloq adalah tindakan yg membodohkan diri sendiri.hanya lebih menimbulkan kemarahan org.you can run you can hide but you will never excape a wrongdoing then say sorry
ReplyDeleteSabarlah sikit ..najib tengah kumpullah tu ..nanti dia pulangkanlah ..jangan fitnah2 ..tak baik bro
ReplyDeleteIshh kau ni Shah. Duit datang dari pelbagai arah. Nak pulang ke maner bang ??
ReplyDeleteBlog OSTB tuan syed dah kena block skmm
ReplyDeleteMengalahkan cerita-cerita fantasi "1001 Malam".
ReplyDeleteKini kita sudah ada cerita-cerita fantasi "2002 Malam".
Kalau Shahrazad masih hidup tentu dia menangis.
Sebab cerita-ceritanya sudah tidak menarik lagi.
Sah Malaysia sudah layak dipanggil Negara Pasir Berdengung.
Sebab pemimpin-peminpinnya ramai yang berdengung.
Kah... kah... kah...
Dinturtle pun dah kena block...
ReplyDeleteGosh...we are now not even in 3rd world countries ranking, we are in a class of our own, 4th world!!!
DeleteThey shoud also block question mark in malaysia.only yes yes is alow.what a nonccence we have to face.
ReplyDeleteBlog dinturtle dah kena block. Ada citer apa sampai kena block2 ni
ReplyDeleteSKMM buat operasi sekat laman sesawang pulok.
ReplyDeleteSoon,blog ni pun kena block.
DeleteBerani kerana benar,takut kerana salah..
Rasanya kena blok ni sebab publish surat bnm kepada th tu gamaknye...
ReplyDeleteKerajaan arab saudi senyap jerr...dah lebih 24 jam, tarak komen langsung dari Saudi Press Agency www.spa.gov.sa. Ha Ha ha catch-22. Kalau dia ngaku, sure rakyat dia bising, pasal negara dia la ni tarak cash. Kalau tak ngaku, habis cam ner nama saudi terlibat?
ReplyDeleteOmputeh pun garu Kepala... perkataan 'Absurd' pun tak memadai untuk penjelasan (pembersihan) oleh AG bagi kes ini !!
ReplyDeletehttp://www.unblockwebsite.net/
ReplyDeleteatau http://www.unblockaccess.com/
guna untuk buka website yang kena block...