Wednesday, 13 January 2016

SARANAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

Kenyataan bekas Peguam Negara, Abu Talib Othman ini memang ada benarnya kerana sejak SPRM menghantar kertas siasatannya kepada Peguam Negara pada 31 Disember lalu, bermakna sudah hampir dua minggu berlalu begitu saja tanpa ada keputusannya lagi.

Jika perlu bekerja lebih masa dan berjaga malam, maka inilah masa untuk melakukannya. Jangan biarkan rakyat tertunggu-tunggu dan masyarakat antarabangsa terus tertanya-tanya.

Dan jangan pula Apandi Ali melenting  dengan gesaan Abu Talib ini sambil menganggapnya sebagai percubaan memberi tekanan kepadanya.

Bukankah dulu Peguam Negara yang memberi tempoh sebelum hujung tahun kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan, seharusnya selepas kertas siasatan itu disiapkan, janganlah pula beliau mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan?

Bak kata penyanyi Ramli Sarip, jangan tunggu lama-lama...

Lagi lama kes ini dibiarkan di tangan Peguam Negara tanpa sebarang keputusan, bertambah tidak baik persepsinya kerana ia akan menimbulkan pelbagai andaian serta tanggapan.

Apa agaknya syor atau cadangan SPRM dalam kertas siasatan mereka mengenai derma RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Razak?

Adakah syor dan cadangan SPRM sama seperti syor dan cadangan Bank Negara terhadap 1MDB sebelum ini?

Ada yang berpendapat, apabila kertas siasatan dikemukakan kepada Peguam Negara, bermakna ada kes yang dicadangkan untuk diambil tindakan. Jika tiada kes, SPRM tidak akan memanjangkan kertas siasatan kepada Peguam Negara.

Benarkah begitu?

Jika demikian, tidak bolehkah, Peguam Negara terima saja syor atau cadangan SPRM itu tanpa mengambil masa untuk meneliti semula semua keterangan yang menurut Apandi, ianya terlalu banyak dan setinggi dirinya? (SH 13/01/2016).

29 comments:


  1. Best bet is

    NO FURTHER ACTION

    Peduli apa orang lain nak kata.

    Kuasa di tangan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan dah kena buku dengan ruas.
      Sama sama AG sama sama tahu undang undang.
      Jawaplah Apandi buat apa jadi tokong.Daripada jadi tokong baik terjun ke laut jadi tukun ada guna juga kepada LKIM dan para nelayan.

      Delete
    2. Itulah dulu tak sabar sabar nak menelan umpan, apabila tali joran ditarik ketebing baru sedar ia umpan. Pemancing memang tau ikan mana yang akan terus makan umpan. Orang cina kata Chee Buu Liaulah.

      Delete
    3. AG burut.Cakap saja pandai buat kerja tak tahu

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. "Jika demikian, tidak bolehkah, Peguam Negara terima saja syor atau cadangan SPRM itu tanpa mengambil masa untuk meneliti semula semua keterangan yang menurut Apandi, ianya terlalu banyak dan setinggi dirinya?"

    Dari mula lagi..apa sebab AG ni dipilih menggantikan tempat GP? Jadi saranan seperti diatas hanya akan ditepis.
    Memang saya sangat mengharapkan keajaiban bagi 2016 ini agar satu perubahan untuk kebaikan negara serta rakyat akan dimakbulkan Tuhan. Amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ular lidi nak jadi nagalah tu.Kalau Apandi dipilih menggantikan GP maknanya Apandi lebih baik. Jadi kemana kebaikan dan kebijaksanaan kau Apandi? kalau tak boleh buat kerja resigned sajalah. Tak payah makan gaji.

      Delete
  3. Kertas Siasatan tu delay sehingga AG dapat 1 alasan yang paling munasabah untuk bagitau kpd umum tiada kes yg di kesan... buat masa la belum ada alasan yang sesuai untuk bagitau kpd rakyat... tapi kalo dah tak jumpa juga alasan yg sesuai, tunggu alasan versi AM ajela nanti yg akan keluar...

    ReplyDelete
  4. Apa susahnya. Buat kes dan dakwa saja Najib tu ke mahkamah. Dakwaan belum tentu membuktikan Najib bersalah. Hanya setelah perbicaraan selesai dan kehakiman dibuat, baru keputusan salah atau tidak dapat diketahui. Jadi kenapa AG nak peningkan kepala sangat?. Setidaknya bila perbicaraan berjalan, rakyat boleh ikuti cerita sebenar tentang 1MDB. Masa tu Najib boleh buktikan bahawa dia tak bersalah. Najib boleh buktikan 2.6 billion tu tak masuk akaun dia. Najib boleh bawa billionaire dermawan arab sebagai saksi. Najib boleh tunjuka penyata macam mana duit 2.6 billion dihabiskan utk perangi IS dan bangunkan Islam. Najib boleh buktikan dia tak pernah berbohong. Boleh tunjuka semuanya untuk tutup mulut pembangkang. Najib boleh ambil lawyer2 hebat mana pun. Tapi hakim jangan jenis choklat hack yang hanya pandai sebut "not relevan" saja (kalau ada jenis hakim mcm ni nanti, pasti bakal makan penendang aku) Aku nak tengok Najib ni terkencing ke tidak dalam court nanti diasak pihak pendakwa. Jadi apa masalahnya AG oii?. Apa hang risau sangat ttg si Najib kawan baik hang ni. Kan ke dia pahlawan Bugis (loya dan nak termuntah pula aku tiba tiba dengar dia ni pahlawan Bugis).Tapi setau aku...nak berdepan dengan Anwar dalam court dulu pun kecut teloq cipta alasan sana sini, nak berdepan dengan Tun M pun teloq terus masuk dalam dan tak timbul2. Pahlawan Bugis pelaq apa ni? Ptuihh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tua kata berani kerana benar,kalau salah la selalu delay,bagi alasan bodoh dan tutup sana sini,Najib lu ni orang ke hantu ke aaa...

      Delete
    2. Orang tua kata berani kerana benar,kalau salah la selalu delay,bagi alasan bodoh dan tutup sana sini,Najib lu ni orang ke hantu ke aaa...

      Delete
  5. AG jenis cari mkn jugak ni mcm yg sekor aritu...ingat tak.

    ReplyDelete
  6. Biasa la.. ini negara dunia ketiga.. buat2 pekak jer bro.. xder kesalahan pun berbuat pekak mahupun berbuat bodoh..

    Tiada akta boleh dikenakan keatas kedua2nya.. kahkahkah.. padan muka kena tipu berjuta2 kali to the umpteenth times..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buatlah pekak. Nanti kena balik dengan taik baru tau

      Delete
    2. Aha.. berbuat bodoh ala Ahmad Maslan xder kene mende pun.. Gitu juga dgn Nazri Aziz, Ismail Sabri, Hasan Malek juga Rahman Dahlan.. yg lain2 menteri.. berbuat pekak saja.. lagi selamat dan happy ending.

      Delete
    3. Sekarang ni bukan saja happy ending malah semua menteri sedang honeymoon.
      Tunggulah PRU 14 nanti. Masuk kampong merayu undi pasti kena lastik.Terutama sekali ahmad maslan

      Delete
  7. Dlm kes SCR, SPRM telah syorkan najib dituduh menerima rasuah RM42million.

    Dlm kes RM2.6billion, tiada syor dibuat. SPRM hanya memerlukan Pandi menulis surat kepada lain2 negara untuk dapat bantuan perundangan( Mutual Legal Assistance) utk membolihkan SPRM melengkapkan siasatannya. Bermakna RM2.6billion tu bukan derma spt cakap Najib.

    Ukt kes RM42million, hanya perlu 1 hari utk buat keputusan. Sebab:
    a. Kertas siasatan tu dh dikaji olih pegawai siasatan * dia pun buat syor2nya.
    b. Peg siasat hantar kepada Ketua dia. Ketua dia kaji, dan juga buat syor.
    c. Ketua dia pun hantar kepada Pengarah Siasatan SPRM. Pengarah tu kaji lagi dan buat syor.
    d. Pengarah tu hantar kertas siasatn tu kepada Ketua Pegawai Perundangan SPRM. Kaji lagi dan buat syor.
    e. Kertas siasatan tu dihantar kepada Panel bebas yg antaranya terdiri dari 2 peguam dan 1 bekas Timb Pendawaraya/Hakim Mahkamh Rayuan. Kaji lagi dan buat syor.

    Selepas 5 peringkat buat syor yg sama, Apandi tunggu apa lagi. Pengetahuan orang2 diatas lebih mengatasi Apandi.

    Adu agak Apandi tengah google ni. Nak cari alasan atau mana2 undang2 yg menyatakan PM dibolihkan ambik wang rasuah.

    ReplyDelete
  8. Isu ini ibarat Tokong dan terowong bawah laut, yakni siapa pun boleh kata itu dan ini tetapi setelah kata kata habis diungkapkan, dia bakal buat keputusan dan keputusan itu adalah pemutus yakni tiada lagi kata kata dapat mengatasinya.

    ReplyDelete
  9. Janganlah mengharapkan yang terbaik dapat dilakukan kakitangan bawahan pabila yang paling teratas pun tidak dapat berbuat apa2.keadilan kepada rakyat bukan hanya sekadar menangkap bilis sahaja tapi juga memastikan yang diatas tidak berevolusi menjadi jerung.Kata islam itu indah tapi tidak takut kepada allah, takut kepada manusia, apakah masih percaya kepada pengadilan dialam kematian.pirraahhh...

    ReplyDelete
  10. Dia peguam negara kita ni rakyat jangan beri tekanan padanya anggaplah perkara ni dah selesai kan senang klu tidak kita yg stress peguam negara buat dek je rakyat pun dah tahu jaeapannya

    ReplyDelete
  11. Dia peguam negara kita ni rakyat jangan beri tekanan padanya anggaplah perkara ni dah selesai kan senang klu tidak kita yg stress peguam negara buat dek je rakyat pun dah tahu jaeapannya

    ReplyDelete
  12. Rakyat Diperbodoh13 January 2016 at 22:47

    Dulu masa kecik2, x berapa nak nmpk hubungkait 2 sifat jahat yg ditonjolkan dlm pantun yg amat common & popular di klgn msykt Msia:

    Siakap, Senohong; Gelama Ikan Duri,
    Berckp bohong; Lama2 mencuri...

    Monopoli pemerintah hingga lebih separuh abad yg menjerumus kpd sifat selesa; kuasa berada di tgn & serasakan abadi; makin terserlah, jelas & terang pula hubungkait sifat2 tersebut yg menterjemah mesej yg sebenarnya ingin disampaikan dlm pantun tersebut...

    Permulaan pembohongan kecil, akan bertindakbalas berantai kpd perlakuan pembohongan2 yg lebih besar bagi menutup pembohongan2 yg terdahulu. Hingga membawa kpd perumpamaan "nyiru yg x boleh lagi menutup bangkai gajah"...

    ReplyDelete
  13. Tak susah nak tau jawapan AG baru ni... tengok hasil kerja dia sebelum2 ni untuk jawatan2 sebelum ni lah.... kalau sebelum ni dia bagus... munkin sekarang dia boleh jadi bagus... kalau hasil kerja dia sebelum tak bagus... jgn harap la sekarang dia bagus... hehehehe.... berdasarkan gaya silat dia sebelum ni sebahagian besar rakyat dah boleh agak dah jawapannya... hehehehe.

    ReplyDelete
  14. Ada sekor tu dulu kena stroke.. dah mampus dah pun. Kah kah kah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro,dia ingat donia in dia punya
      dia nak tongkat langit forever
      pak andi.. umo dah 60an
      ingat diri sendiri...weather you'll going to haven or to hell
      lihat pak ghani...habis madu sepah dibuang
      you are disposable
      never keep promise that you cant keep
      they never did

      Delete
  15. Agaknya pahlawan bugis ada berapa kes yang AG terang-terang boleh hantar dia ke rumah pasong? 3, 4, 5 atau kalau 10 kes sekali pun tak kan satu pun tak leh makan?

    Saya boleh cadang satu kes saja: tidak mengisytihar derma $RM2.6b dalam akaun parti UMNO Baru. Itu kesalahan membolehkan pendakwaan, kan gitu pandi?

    Itu baru satu jer yang tak memerlukan masa lebih daripada 4 jam. Kalo pandi sorang saja nak buka fail maknanya tunggu hingga semua lembu dah balik ke kandang pun belum tentu satu kes pun boleh makan ler, mak datok oi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ke org yg ikut saja arahan membuta tuli tanpa ada sebab tertentu.... dah tahu salah tetap biarkan... tak perlu tanya berapa byk kes pahlawan bugis... tapi berapa banyak telor yg digenggam jerut pahlawan bugis yg membolehkan telunjuknya diikut.... rasanya kalau pahlawan bugis tak genggam kes tertentu org tertentu... takkan ada yg ikut telunjuk.... setakat dedak apa lah sangat... dedak ni untuk peringkat ayam lembu ternak je... hehehe..

      Delete
  16. MALASIA TIDAK AKAN MENJADI MALAYSIA BARU SEKIRANYA KITA TIDAK BERUSAH MENCIPTA SEJARAH.

    APANDI AKAN MENCIPTA SATU SEJARAH YANG MAMPU MERUBAHKAN MALAYSIA MENJADI MALAYSIA BARU.

    JIKA TIDAK, SEJARAH HANYA AKAN BERULANG-ULANG SAMPAI KE CUCU CICIT KITA.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...