Tiada kesalahan dan pendakwaan yang akan diambil terhadap Perdana Menteri, Najib Razak setelah penyiasatan lebih enam bulan oleh SPRM berhubung wang RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International barangkali tidaklah begitu memeranjatkan kita semua.
Ini kerana keputusan itu pada umumnya sudah dijangka oleh sesiapa pun juga, cuma yang ingin ditunggu ialah bagaimana penolakan kes itu akan dilakukan oleh Peguam Negara.
Walaupun SPRM yang melakukan penyiasatan, tetapi sama ada pendakwaan hendak dilakukan atau sebaliknya, ia adalah kuasa Peguam Negara. Oleh kerana Apandi Ali dilantik secara mengejut menggantikan Gani Patail, penutup skripnya tidaklah begitu sukar untuk dijangka.
Tetapi yang lebih memeranjatkan ialah apabila Peguam Negara turut memaklumkan bahawa selain tiada kes yang boleh dikaitkan dengan Najib berkaitan wang tersebut, beliau juga dimaklumkan sudah memulangkan kembali RM2,030 juta daripada RM2,600 juta yang diterimanya kepada keluarga penderma daripada Timur Tengah tersebut.
Kata Peguam Negara, wang itu dipulangkan oleh Najib kepada penderma kerana ia tidak lagi diguna pakai.
Oh oh oh...baiknya hati Perdana Menteri kita ini. Oleh kerana tidak diguna pakai, wang derma itu dipulangkan kembali. Jumlahnya pula bukan seratus dua, tapi ribu-ribu juta.
Memang zuhud dan tidak gelap mata dengan dunia rupanya pemimpin kita ini. Mungkin Najib satu-satunya pemimpin yang pernah memulangkan kembali wang derma yang diterimanya dalam jumlah ribu-ribu juta nilainya.
Barangkali di dalam dunia juga hanya ada seorang manusia yang memiliki hati sesuci dan sebersih Najib ini. Sebelum Najib, rasanya tidak ada yang memiliki hati seperti itu dan diharapkan dengan contoh teladan yang ditunjukkan ini lebih ramai lagi yang akan menuruti jejak langkahnya itu, terutama isteri dan anak-anaknya.
Di sebalik Peguam Negara telah membersihkan Najib menjadi bersih sebersih-bersihnya umpama kain putih atau seperti bayi yang baru lahir, beliau juga menzahirkan bahawa Najib adalah pemimpin yang begitu mulia hatinya sehingga sanggup memulangkan kembali wang derma yang diterimanya.
Peguam Negara, Apandi Ali hari ini membersihkan nama Najib daripada sebarang kesalahan jenayah berkaitan penerimaan wang ke dalam akaun peribadinya itu atas alasan "tidak cukup bukti" untuk mengaitkannya dengan tiga kertas siasatan yang dihantar oleh SPRM itu.
Serentak dengan itu, Apandi juga mengarahkan SPRM menutup terus kes itu.
Tiadalah lagi apa-apa yang boleh dibangkitkan mengenai derma RM2,600 juta dan dana RM42 juta itu walaupun hakikatnya SPRM telah menghantar tiga kertas siasatan mengenainya.
Dalam hal ini, biasanya orang yang menderma tidak mengharapkan lagi wang yang didermanya dikembalikan kerana selepas menderma, yang diharapkan selepas itu hanyalah pahala saja.
Apatah lagi digembar-gemburkan kononnya derma itu untuk memerangi keganasan, menegakkan fahaman Ali Sunnah Wal Jamaah, menentang DAP dan kerana ingin UMNO terus berkuasa di negara ini.
Ehhh...kenapa dipulangkan pula? Sudah tamatkah agenda memerangi keganasan, menegakkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, menentang DAP dan memperkukuh UMNO supaya terus berkuasa?
Walaupun tidak diminta, Najib rupa-rupanya dengan rela hati memulangkan wang besar itu semata-mata kerana ia tidak digunapakai lagi.
Perghhh...mulia dan suci murni sungguh hati Najib rupanya!
Ada sesiapa nak percaya?
Hehehe....Lawak betul dan sehingga pilihanraya 2018 nampaknya kita tidak perlu lagi menonton sebarang hiburan televisyen untuk ketawa dan menghiburkan hati. Lawak ini saja sudah memadai membuatkan kita ketawa sepanjang masa.(SH 26/01/2016).
Begitu hinanya penderma tersebut, wangnya dikembalikan...
ReplyDeleteYang terpakai dikira halal...
Begitu bangang si penerima derma. Wang derma dikembalikan sedangkan rakyat sendiri diGSTkan...bangang giler!
DeleteMemang bangang dan betul betul bangang najib ni
DeleteBukan bangang aje tp mmg celaka sungguh najib ni.. kan baik dermakan aje duit tu kat rakyat.. ni sanggup pulangkan blik.. kalau pinjaman ok lah jugak ni derma.. blh caya ke.. hapah aku x pecaya dia pulangkan..
DeleteTagline baru
DeleteWANG DERMA DIPULANGKAN..RAKYAT DIGSTKAN
2 ekor ni sama2 penipu.apandi sanggup mati utk najib..so nanti bila tukar kerajaan,jgn lupa najib dan apundek ni dimasuk dlm kandang yg sama..
ReplyDeletep ramli lama dah meninggal.. filem dia pasti lagi lama... teringat 1 cerita antara dialognya.. tuan penasihat.. 20 percent.. haa.. ada or hampir sama tak?
Deletep ramli lama dah meninggal.. filem dia pasti lagi lama... teringat 1 cerita antara dialognya.. tuan penasihat.. 20 percent.. haa.. ada or hampir sama tak?
Deletepatutnye awal2 lagi la cakap duit dah pulangkan... ini belit sana belit sini... at last duit dah pulangkan? kahkahkah
ReplyDeleteSebelum pulangkan duit, maksudnya duit dah terima. Secara langsung membuktikan kesalahan di situ. Seorang penjawat awam menerima 'derma'. Tak isytihar pulak tu. Apandee tu tak ingat ke kiri kanan dia ada malaikat yang mencatat semuanya?
Deletedia cakap pulangkan supaya rakyat tak tanya bgmana dibelanjakan?
Deletetp dlm kubur.....
Pelik bin Ajaib.... macam cerita hindustan.
ReplyDeleteSemua orang dah jangka tapi kenapa takut sangat sampai kena rombak semua penyiasat?
500 juta pi mana pulak?
kami nak tahu siapa Pak Arab tu!!!!hg nak jaga jawatan hg itu hg punya pasal...kami nak tahu siapa yang derma tu je....
ReplyDeleteYg benarnya x ada penderma pun.. ntah mana dicurinya duit tu.. pak arab bodoh mana nk by derma.. baik bg kat pelarian syria lg dapat pahala.. ni bg kat org kaya ape pak arab tu dapat.. kesimpulannya mmg x ada pak arab tu.. kaki kelentong sume.. berapi lah perut korang nt
DeleteRakyat nak tau melalui saluran mana wang derma itu dipulangkan.
DeleteSila tunjjukkan surat transaksi kepada rakyat Malaysia....Dan adakan sidang media bersama duta besar Arab Saudi untuk mengiakan kenyataan anda...
ReplyDeleteKelentong sana kelenton sini.belit sana belit sini.pusing sana pusing sini.AG dgn PM ni 2x5.udah-udah le tu.dua2 tak bole pakai,tak boleh percaya.step down je la sebelum rakyat campak ko dalam jail.dah fed up dgn wayang enko org ni
ReplyDeleteAltantuya pun dia dah bagi nyawa balik skrng sudah balik negeri. Bukan begitu ke AG?
ReplyDeleteOrg tua ni baik bg mkn buaya ja..ada gak pekdahnya
ReplyDeleteDajjai sungguh cakap kedah depa buat kita macam lembu kontot macam bahalol mampuih,adoi mcm ni ka pemimpin kita kena ambik,rakyat dia buat macam tak da nilai,duit org nak pi hj pun dah jadi problem,hai najib bila hampa semua boleh kami tendang keluaq
ReplyDeleteDajjai sungguh cakap kedah depa buat kita macam lembu kontot macam bahalol mampuih,adoi mcm ni ka pemimpin kita kena ambik,rakyat dia buat macam tak da nilai,duit org nak pi hj pun dah jadi problem,hai najib bila hampa semua boleh kami tendang keluaq
ReplyDeletePelik duit derma utk umno dan lawan pengganas tapi tak masuk akaun umno akaun kerajaan masuk akaun sendiri lepas tu boleh bagi balik,SRC pulak tak sedar cara masuk duit kedalam akaun sendiri tapi dalam kawalan beliau kerana dlm akaun pribadi dajjai sungguh org tua ni nak kona.
ReplyDeleteSebenarnya pejawat awam terima derma dikira rasuah ikut akta rasuah jelas,lepas SRC tak jelas bagaimana wang dimiliki tetapi dlm kawalan akaun sendiri jelas kesalahan money laundering.
Pelik duit derma utk umno dan lawan pengganas tapi tak masuk akaun umno akaun kerajaan masuk akaun sendiri lepas tu boleh bagi balik,SRC pulak tak sedar cara masuk duit kedalam akaun sendiri tapi dalam kawalan beliau kerana dlm akaun pribadi dajjai sungguh org tua ni nak kona.
ReplyDeleteSebenarnya pejawat awam terima derma dikira rasuah ikut akta rasuah jelas,lepas SRC tak jelas bagaimana wang dimiliki tetapi dlm kawalan akaun sendiri jelas kesalahan money laundering.
Agak2 najib tergelak tak bila dia baca alasan AG ni? :-)
ReplyDeleteMau x tergelak.. sama2 fikir cmana nk kelentong rakyat.. at last dpt idea bangang ni.. konon cam logik lh tp nk loya aku baca ape apundek tu ckp.. najib dgn apundek blh masuk maharaja lawak mega tahun ni
DeleteSistem menetapkan itu adalah itu dan ianya di benarkan. Kini barat mula sedar sistem yang mereka perkenalkan dicemari oleh elemen2 yang dulunya dianggap keperluan tetapi kini dilihat melencong dari sasarannya. Ralat memang ralat namun ianya menyedarkan tentang satu hakikat: apa jua yang manusia bina tiada yang sempurna.
ReplyDeleteHahaha...Wayang tamil arahan mohd najib..dia ingat rakyat bodoh...cash is king..ProOO00ootTt
ReplyDeleteDia terima semua duit derma. Pakai duit. Dan kemudian dipulangkan balik pada perderma. Akaun yang menerima derma pun ditutup. Sebab apa ? Sebab duit derma sudah dipulangkan. Jadi tak payah lagi akaun bank tersebut.
ReplyDeleteZahid Hamidi, apa macam ? Boleh jalan kah ini cerita ?
Malaysia dah tak boleh dibiar terus dikuasai puak puak lawak antarabangsa aka geng penyamun kolar putih ini. Rakyat yang selama ini beri undi kepala puak puak penyamun elit ni patut berfikir seribu kali sebelum terus beri mandat kepada gerombolan "haram jadda" ini. Tak masuk dek akal alasan yang diberi. Tangguh demi tangguh untuk Najib menjawab persoalan ramai selama ini rupanya untuk memperpanjangkan masa dan membuka ruang lebih luas bagi puak ini menyediakan dokumen2 berkaitan untuk dikemukakan kepada badan siasatan. Klik kluk Najib dari awal lagi, siri pembohongan berulang2 berkaitan duit RM2.6 billion itu adalah petunjuk jelas ada penipuan besar di sebalik duit berkenaan. Jika Najib tidak bersalah, sejak dulu lagi beliau akan berterus terang tanpa perlu menipu dan berkata bohong berulang kali. Perlantikan Apandi Ali selaku AG secara tergesa2 oleh Najib tidak sukar untuk kita cari sebabnya. Keputusan AG hari ini telah menjawab segala2nya kenapa perlunya Gani Patail ditukar dengan apandi Ali. Alasan bodoh digunakan Apandi untuk melepaskan Najib, rakannya yang sedang tersepit. Malaysia Boleh Land !
ReplyDeleteSandiwara Najib
ReplyDelete(dinyanyikan mengikut lagu Sandiwara Cinta, kumpulan Republik)
Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes
Alasannya seringkali di dengar
Alasannya seringkali kau cakap
Kau buat seakan kami tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau laku pada negaraku
Jujurlah Najib kami tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Bila nanti kau yang harus pergi
Kami terima degan rela hati
Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dan Jho Lo seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu
Jujurlah Najib kami mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Bila nanti kau yang harus pergi
Kami terima dengan rela hati
Rempitlah lagu kau.
DeleteTak kisah kalau korang tak mahu percaya sebab MACAI pemakan dedak dan WALAUNTA peminum kencing tetap akan percaya...
ReplyDeleteSalah satu Hari yg paling Malang buat Rakyat Malaysia.
ReplyDeleteYa Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Hasbunallahu waknimal wakeel.
LAWAK KE DER
ReplyDeleteMAHARAJA LAWAK MEGA
TABUNG LAWAK ASTRO
kah kah kah kah kah kah kah.......kah kah kah kah kah kah
Aku pun pelik cakap berbelit2 sampai ada yg hilang jawatan klu itu lah jawapanya duit dah dipulangkan tak payahlah nak susah2 siasat terima je lah kan senang kita bernasib baik malaysia dapat pemimpin yg ikhlas jujur amanah alim beriman tidak boros tak hidup mewah hebat hebat hebat pemimpin kita ni aaaaamiiiìnnnn
ReplyDeleteAku pun pelik cakap berbelit2 sampai ada yg hilang jawatan klu itu lah jawapanya duit dah dipulangkan tak payahlah nak susah2 siasat terima je lah kan senang kita bernasib baik malaysia dapat pemimpin yg ikhlas jujur amanah alim beriman tidak boros tak hidup mewah hebat hebat hebat pemimpin kita ni aaaaamiiiìnnnn
ReplyDeleteBukankah katanya duit diderma kepada UMNO ...
ReplyDeleteKenapa bagi balik 2030 juta sahaja? Mana lagi 570 juta? Bagaimana ianya dibelanjakan?
Hebat AG kita. Tiada yang sehebat AG kita. Lebih kerling dpd Kerling Aziz.
Kita rakyat Malaysia sungguh berbanggan mendapat PM yang begitu jujur dan ikhlas untuk memulangkan baki derma kepada perderma. PM Malaysia patut dijadikan teladan terbaik kepada Presiden atau PM Negara lain yang biasanya atau tidak pernah sama sekali memulangkan sebarang derma kepada perderma mereka. Saya juga cadangkan kepada kerajaan supaya berkongsi idea ini dengan Negara lain seperti US, UK dan lain lain yang biasanya tidak pernah memulangkan derma politik yang mereka terima !
ReplyDeleteRobert Muygabe, Zimbabwe. Zim$200 biliun = 2biji telor
DeleteApasat pecat modin dan syafie afdal? sekarang nak singkiq mukris plak.layakkah mereka ini tersingkir kalau pok jib x bersalah bermaksud mereka pun x salah seperti pok jib jua.Apakah penyingkiran demi penyingkiran ini cuma wayang cuma untuk menyelamatkan seseorang?apakah ini wayang seorang selamat maka selamat semua atau seorang mampus akan mampus dan pupus umngok?PH tak pun terlioq bila kedah nak ditukar mb.Lepas ini bolehlah pendidikan dimalaysia setakat darjah enam sahaja, buat apa sekolah tinggi2 dan akhirnya diperbodohkan umngok macam sial.
ReplyDeleteDua dua pihak - madiaq n Najib sama saja penyamun = penyangak = pencuri ( tuan punah sihat presideng ponteng )
DeleteBegitulah najib telah menyelak wajah umno yg sebenar.pembankangpun tdk jauh beza semuanya krn kuasa.hanya yg berpaksi pd keimanan spt pas sj yg mampu menyelamat
ReplyDeletenampaknya lumpur yg dibawa najib akan terpalit dimana mana.baik kita cari penyelesaian menghapuskan pereka cerita karut spt ini.penyelesaian terbaik ada ditangan rakyat.penolak najib perlu bergabung dgn pas.dgn wajah spt itu najib tak akan lama.
punca pnagkal paslah yg sabotaj PRU13 al pil kuda, jebon , barua dan menantu tuang presideng din chicken dan lawan 3 penjuru....
DeleteYa Allah, Ya Dzal Jalalul Ikram, Kau tunjukkan pengkhianat2 yang zalim menganiaya rakyat Malaysia Akan KebesaranMu
ReplyDeleteDahlah suci ..kena aniaya pulak lagi. Kesian betul nasib yg menimpa najib. Punyalah ikhlas najib ni sampai duit pun dia pulangkan balik. Jadinya janganlah kita fitnah dia lagi. Redhalah dengan kehadiran pemimpin macam najib razak.
ReplyDeleteAssalamuallaikum dan selamat petang semua rakyat negara tercinta Malaysia.Apa yang kita tunggu dan jangka telah pun terlerai hari ini. Dan apa yang kita ketahui hari ini benar2 menjadikan kita semua seperti 50 tahun kebelakang. Kita saolah2 berada dalam tahun 60an mungkin.
ReplyDeleteUsah la kita tangiskan sebab memang telah kita jangkakan apa yang akan berlaku.
Marila kita semua tidak kira apa fahaman dan anutan kita, kita memohon kepada Sang Pencipta supaya, sekiranya kita di inanya dan di tipu olih mereka2 yang bersekongkol agar Tuhan menunjukkan kepada kita semua akan segala tipudaya yang dibuat keatas 30 juta rakyat Malaysia. Biar Tuhan yang menentukan nasib mereka2 ini dalam waktu terdekat, Insya Allah. Takada apa yg dapat kita lakukan buat masa ini, melainkan mengadu kepada yang MAHA Berkuasa.
Ayuh semua Rakyat Malaysia.
Laporan polis dan laporan Macc patut dibuat terhadap Apandi kerana membuat keputusan yg bagitu bodoh dan menyalahi undang2 untuk melindungi seorang penjenayah rasuah.
ReplyDeleteSelama saya hidup (68 tahun) inilah pertama kali saya dengar wang derma dikembalikan kepada penderma atas alasan tidak pakai (tidak digunakan).
ReplyDeletePasti sungguh kecewa hati si penderma yang berhati mulia itu, tetapi dia yang salah kerana menderma kepada orang yang tidak minta dan tidak perlukannya.
Dialog filem Dua Abdul:
Bapa Mertua: "Kalau anakanda terima wang itu, anakanda akan dihukum kerana menerima rasuah".
Menantu: "Bagaimana pulak jikalau ayahanda yang terima wang itu?"
Bapa Mertua: "Heh heh heh..., jika ayahanda yang terima wang itu, tak salah, itu dikira derma. Ayahanda gunakan sikit saja, baki yang banyak ayahanda tak gunakan dan akan pulangkan balik kepada penderma itu. Tak salah 'kan?"
Menantu: "Kepala otak ayahanda memang bijak. Otak penipu No. 1, kah kah kah...!"
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMuka AG pun aku tgk tadak tokoh lnsg nak jd AG.... ahjibgor dgn AG..... bila dah tipu, tak tau nak pusing mcmana lg dah, malu buang tepi dah....!!!! walaupun perkara ni makcik kat felda yg tak pakai spender pun gelak.... harktuihhh!!!!
ReplyDeleteMuka AG pun aku tgk tadak tokoh lnsg nak jd AG.... ahjibgor dgn AG..... bila dah tipu, tak tau nak pusing mcmana lg dah, malu buang tepi dah....!!!! walaupun perkara ni makcik kat felda yg tak pakai spender pun gelak.... harktuihhh!!!!
ReplyDeleteMuka AG pun aku tgk tadak tokoh lnsg nak jd AG.... ahjibgor dgn AG..... bila dah tipu, tak tau nak pusing mcmana lg dah, malu buang tepi dah....!!!! walaupun perkara ni makcik kat felda yg tak pakai spender pun gelak.... harktuihhh!!!!
ReplyDeleteMuka AG pun aku tgk tadak tokoh lnsg nak jd AG.... ahjibgor dgn AG..... bila dah tipu, tak tau nak pusing mcmana lg dah, malu buang tepi dah....!!!! walaupun perkara ni makcik kat felda yg tak pakai spender pun gelak.... harktuihhh!!!!
ReplyDeletePasti ada matlamat PM Najib lantik dia sbg AG. Amat bodoh dan bangang orang yg tidak faham akan motifnya. Que hitam, que hitam...uwah!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBaiknya budak jib ni. Dipulangkannya derma tu.
ReplyDeletepatutnya huloq sedikit, ramai kebuloq nih.
DeleteLepas nih kalau ada isis punya ancaman ...duit tuh dtg balik ler.....kan ker dulu kata nak lawan isis kan......lawak
ReplyDeleteLepas nih kalau ada isis punya ancaman ...duit tuh dtg balik ler.....kan ker dulu kata nak lawan isis kan......lawak
ReplyDeleteSuci dalam tong taik ( lagu )
ReplyDeleteEngkau bagai kain yang putih
Didalam tong yang bertaik
Zahirnya dosa itu terlihat
Keadilan terlindung jua
Derma bukan hanya diakaun
Derma hadir untuk pilihanraya
Biarlah salah dimata rakyat
Biar perbezaan salah terlihat antara kita
Kuharapkan kau
Akan terima pembalasan
Walaupun dialam barzakh
Namun hakikat bohongmu
Keadilan akan tertutup
Suatu pru nanti
Pastikan terkubur
Derma akan jadi rasuah
Penyamun x akan jadi pendekar
Disitu kita saksi
Bersinarlah kebenaran
Sentimen bangsa dan agama jadi hina
Bukan brim bukan gst
Tapi kehancuran negara
Kerana dunia lautan api neraka
Pasti akan ku bohong jua
Itu akibatnya mengundi parti sekular yg tidak bertunjangkan alquran dan hadis. Semoga kita semua bertaubat nasuha.
ReplyDeleteMaafkan saya. Bukan parti, parti itu hanya nama saja. Manusia yg berada didalam parti itu yang ada berbagai jenis hati. Dalam semua parti ada manusia yang hatinya jenis busuk cuma busuk hatinya itu belum terserlah sb dia belum diberi peluang untuk berkuasa. Tanda2 kecil telah pun terlihat pada orang ini walaupun belum berkuasa. Dalam setandan pisang tak semuanya baik dan tak semuanya busuk. Yang busuk kena cepat di buang supaya tidak membusuk kesemuanya.
Deleteapakah parti yang bertunjangkan itu dan ini sebagaimana yang kamu sebutkan akan mampu menahan kemarukan rakan sepakatan baguslah.
Deletetapi setakat ini parti berkenaan telah menunjukkan kulitnya saja indah berbanding isinya, malah ditolak oleh rakan sendiri.
kalau kamu yakin parti berkenaan mampu berdiri atas kaki sendiri yakni tidak bergantung harap pada parti lain, ayuh kita undi parti bertunjangkan koran dan sunah.
cumanya sebelum itu, satu pertanyaan ialah, siapa yang akan tanggung semua sesalan susulan kekhilafan menilai buku berpandu pada kulitnya?
Mula-mula nafi kemasukan wang dlm akaun peribadi, lepas tu mengaku kemasukan wang sumbangan derma untuk umno kemudian memerangi keganasan dan akhirnya wang tersebut di pulangkan krn tidak di gunakan.
DeleteHebat pemimpin Malaysia,boleh di jadikan contuh kpd semua pemimpin samada besar atau kecil tentang perjuangan yg ikhlas lagi suci murni.
cuma tak tertahan sakit perut gelak guling2 bila dengar kenyataan peguam negara.Gambaran bahawa rakyat malaysia semuanya bodoh dan bahalol belaka semua tak ada otak dan mudah di gula gulakan.
Malaysia TanahairKu.
Mat dapat apa yang Mat ada. Contoh mudah ialah bila Khalid ditendang, LGE tak kata ianya tak betul tapi bila tang Kedah bukan main dikaitkan dengan itu, ini dan bla, bla.
DeleteIni jelas menampakkan sikap cakap tidak serupa bikin@hipokarat. Dan kalau LGE hipokarat, pemilihnya juga 2x5 yakni hipokarat dapat hipokarat.
Makanya dalam konteks kes, berdasarkan apa yang diposkan di atas, pengpos dapat kerana itulah yang pengepos ada. Tak korang dan tak lebih.
Rakyat dah tak ada choice... nak buang najib, terpaksa buang umno. Walaupon pahit... itulah ubat yang paling mujarab utk selamat negara dan rakyat.
ReplyDelete5 tahun aje...bersabarlah lepas tu bila dah clear...patah balik la. Kalau tak sedar juga... kuburkan terus.
Tahniah AG Taniah Najib. Baik punya celok....
ReplyDeleteTan sri abu kassim boleh ambil pencen dan balik kampong lah.
DeleteSPRM boleh tutup kedai. Selama ni cakap besar saja. Hanya boleh tangkap ikan bilis saja. Podah.Banyak busuk punya worang. Ciiittttt
SPRM diturun taraf ke Syarikat Permainan Rakyat Malaysia ( pengilang Carrom board )
DeleteSatu Malaysia sudah dikencing olih Apandi. Ini satu bala dan malapetaka utk semua rakyat Msia. Rasuah berleluasa. Org yg diamanahkan utk mengambil tindkan terhadap pengamal rasuah dilindungi.
ReplyDeleteMaka dibenarkan rakyat mendoakan laknat kpd SiPandi kerana melindungi perasuah negara.
kalau bukan rasuah tidakkah laknat itu akan berbalik kepada pemfitnah? ha ha camno tuh
DeleteApa bezanya Gani Patail dgn Apandi?
DeleteKenapa Gani disingkirkan semasa kes ini disiasat?
Kenapa najib campur tangan semasa kes ini di tangan Gani?
Fitnah lagi
DeleteCari makan apa boleh buat.Kes ditutup!.
ReplyDeleteberok..berok...berok.....malaysia negara milik berok...
ReplyDeleteBetul bro, berok layak dapat berok. Cumanya bila masa pulak berok kesah dapat berok memandangkan semuanya satu spesis. Tak lojik ah
DeleteLawak lah ko ni pok jib. Bila ko nak saman wsj, sr, tun m semua? Ko patut masuk maharaja lawak. Tak pun ambik dato qu puteh jadi jurucakap ko. Tak pun terus ambik jadi madu badak sumbu. Barulah cun. Mujur ada air penyejuk cap badak.
ReplyDeletebaguslah kalau betul. kalau betullll...
ReplyDeletetapi kenapa awal-awal dulu tak cakap dah pulang derma tu? benda ni mudah je selesai kalau pm sendiri bukak mulut dari awal, ni sampai ke sudah org lain yang byk bercakap,
Orang yang tenang dan sabar tak mudah melatah, tak perlu gelabah dan tidak membenarkan luaran menguasai diri.
DeleteDan jangan lupa yg ini, mereka yang paling akhir ketawa adalah mereka yang paling lama ketawanya.
Elelelelelele sungguh suci dan murni hati kau abg najib, memulangkan duit berbeliyun beliyun itu... kau lah manusia suci sesuci bayi baru lahir... ingin ku kucup tanganmu yang baru dibuang ketumbuhan itu... tapi apakan daya... aku cuma beruk mainan mu... namaku...rosemae... xoxo
ReplyDeletePadan muka korang, sapa suruh pilih dia, kena tipu ke anak cucu. esok anak cucu ludah kubur korang pasal pilih dia hahahahahahahahahahahahahahhahahahha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteSekarang siapa yg benar? Tun Mahathir atau najib dgn kabinet1MDBnya kah yg benar?
ReplyDeleteSekarang cukup terang dan jelas kenapa najib menyuruh geng 14 membuat press statement untuk memecat Mukriz? Barua barua tu tidak akan berani jika bukan najib yg arah.
Donating huge sum of cash without strings attached? The Saudis are damn stupid. The Turks should invade them again.
ReplyDeleteWhen yu say the turks shuld invade coz there is stupiduty, indirectly it shows more of own stupidity within that suggestion.
DeleteHarapan rakyat hanya tinggal Long Sik lawan kes saman Najib sampai bicara bukan dengan cara mediasi luar mahkamah. Cara itu boleh subpoena MACC dan bukti2 penyiasatan ke mahkamah.
ReplyDeleteAtau rakyat boleh berharap WSJ, SR dan TDM menyangkal kenyataan AG dengan bukti money trail. Kita lihat jika mereka ini disaman juga.
Sujud syukur lah hang najib ooiii udah dibebaskan tanpa bicara mahkamah :p cukup dengan penangan si pandi dobi tukang cuci tu telah mampu menyucikan hang dari segala kekotoran :p
ReplyDelete..MatPendi punya lawak...bukan kita saja gelak sampai terkentot...iblis pun boleh gelak sampai keluak taik ooo..memang sesuai jadi peguam negara yg gagal nii...
ReplyDeleteLa illah haillah anta subhanaka innikutum minal zalimi. Allah akan musnahkan pemimpin yg zalim dan menipu rakyat. Sama2 kita mengAminkannya.
ReplyDeleteMari beramai ramai pergi ke Kedutaan Saudi tuntut Kerajaan Saudi mohon maaf kerana cuba mencampuri hah ehwal politik Malaysia. Juga tuntut Kerajaan Saudi jelas kan siapa di antara putera putera Raja Ibn Saud yg memberi derma itu.
ReplyDeletePara perwakilan UMNO bersedialah dengan akaun bank masing2. Derma politik akan hanya dimasukan kedalam akaun kerana derma politik yang dimasukan kedalam akaun tidak salah disisi undang2.
ReplyDelete