Saturday, 23 January 2016

RANCANGAN SINGKIR MUKHRIZ GAGAL?

Semuanya nampak serba tak menjadi. Jika dua hari lalu, gerakan menolak Mukhriz Mahathir yang diadakan di Alor Setar dipertikaikan oleh beberapa pemimpin UMNO dan wakil rakyat yang hadir di mana ada di antaranya merasakan seolah-olah diperdaya dan mereka tidak tahu tujuan sebenar perjumpaan itu diadakan, apa yang berlaku dalam perjumpaan Kuala Lumpur semalam lebih mendukacitakan lagi.

Kumpulan 14 Ketua Bahagian Kedah  diketuai oleh Ahmad Bashah Hanipah yang mengadakan pertemuan dengan Najib Razak bagi meneruskan desakan dan mencapai kata muktamad agar kedudukan Mukhriz ditukar, terus menemui jalan buntu.

Dalam pertemuan di PWTC semalam, selain dihadiri 14 Ketua Bahagian berkenaan, ia juga turut dihadiri oleh wakil-wakil rakyat, Exco Kerajaan negeri dan pimpinan UMNO empat peringkat yang lain.

Malangnya, difahamkan tiada kesepakatan dicapai dalam memutuskan  sama ada Mukhriz benar-benar perlu digantikan atau sebaliknya. Terdapat suara-suara yang bimbang bahawa penyingkiran Mukhriz akan memecah-belahkan lagi UMNO dan menidakkan sama sekali peluang mengekalkan penguasaan BN di negeri Kedah.

Sudahlah begitu, kehadiran dalam perjumpaan dengan Najib itu juga dilaporkan tidak menepati sasaran yang menggembirakan. Ada yang menyebut kehadiran tidak sampai pun 100 orang sedangkan jemputan dibuat untuk lebih 200 orang.

Ia dengan sendirinya bermakna, ramai yang tidak setuju dengan perjumpaan untuk menyingkirkan Mukhriz itu.

Dalam keadaan kehadiran mengecewakan dan tiada kesepakatan itu, Najib akhirnya hanya meluangkan masa kira-kira 40 minit saja dalam pertemuan itu. Beliau meninggalkan majlis sebelum ia berakhir  secara sembunyi-sembunyi melalui pintu belakang seolah-olah enggan menunjukkan wajah kecewanya kepada pihak media.

Malah menjadi perbualan di kalangan petugas media tentang adanya arahan tidak membenarkan diambil gambar Najib ketika meninggalkan majlis itu. Wajah Najib ketika dalam perjumpaan itu pula, sebagaimana yang tersebar dalam pelbagai media sosial, jelas memperlihatkan wajahnya yang murung dan tidak gembira.

Selepas Najib pergi, mesyuarat tetap diteruskan tetapi semua mereka yang hadir mengunci mulut daripada bercakap mengenai hasil atau keputusan perjumpaan itu.

Ramai yang ditemui sekadar berkata, "no komen", "semuanya berjalan dengan baik"  atau kata-kata jawapan klise yang seumpama dengannya.

Episod ini bukan saja memalukan 14 Ketua UMNO Bahagian yang selama ini begitu bersungguh-sungguh mahu menyingkirkan Mukhriz, malah kali ini mereka turut menyeret Najib sama untuk dimalukan.

Sepatutnya, pertemuan dengan Najib yang diadakan selepas sidang akhbar di Alor Setar, mereka terus berjaya meyakinkan Perdana Menteri agar Mukhriz dapat disingkirkan dengan segera.

Namun disebabkan ramai yang berbelah bagi dan lebih risau kesannya kepada UMNO dan BN, ia dengan sendirinya membuatkan Najib rasa terpukul, lalu meninggalkan pertemuan tanpa sidang akhbar dan pengumuman.

Yang lebih memalukan, terpaksa pula Najib keluar ikut pintu belakang - sama seperti yang dilakukannya ketika mesyuarat MT UMNO selepas pemecatan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal dahulu.

Di luar pula, gerakan menyingkirkan Mukhriz secara automatik telah membuatkan beliau semakin popular dan mendapat lebih simpati daripada rakyat. Bukan saja rakyat Kedah bangun dan berdiri memberi sokongan kepadanya, bahkan di mana-mana limpahan sokongan dapat dirasai.

Agenda menyingkirkan Mukhriz itu akhirnya bukan saja terkesan kepada 14 Ketua Bahagian yang mendapati rakyat tidak bersama dengan kehendak mereka, malah juga menyebabkan Najib turut menerima kesan penolakannya.

Menyingkirkan Mukhriz dan memenuhi kehendak 14 Ketua Bahagian itu lebih memberi kesedaran tentang bahayanya kepada masa depan Najib sendiri akhirnya.

Perjumpaan dengan Najib ini boleh dikatakan gagal sama sekali dan kemungkinannya ialah Mukhriz akan terus kekal sehingga PRU 14 nanti. (SH 23/01/2016).

69 comments:

  1. Padah muka ko basah,aziz mamak,abang jamil yapeim..nk sangat jawatan MB.buat malu orang kedah ka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolih cuba lagi maa aa ,atak manyak cara maa aa .

      Delete
    2. Hoiiii..najib hang dengar ni baik baik.
      Tungku Abdul Rahman Al Haj anak raja Kedah dan bapa kemerdekaan Malaysia lebih bermaruah daripada hang.Dia pun tahu jaga maruah diri dia dan maruah rakyat jelata.
      Bila dia tahu rakyat tidak lagi senang dengan kepimpinan dia masa tu dia sanggup undur diri dengan cara terhormat walaupun di akhir hayatnya Tunku Abdul Rahman Al Haj meninggal dunia di luar UMNO.

      Delete
    3. Tunku mati di luar Umno kerana dia keluar Umno atau kerana pendaftaran Umno dibatalkan?

      Delete
    4. Pariah Tabung Haji tu bukan anak jati Kedah pun. Dia tu anak hindu petaling jaya.Di beri peluang bertanding di kawasan Baling. Anak Kedah yg tolong bagi menang. Kalau di petaling jaya tak rasalah dia jadi YB.ltu pun tak tahu bersyukur dan masih tak sedar diri lagi.
      Madu dibagi tuba yg dia balas.
      Kalau dah paria tu tetap paria.
      PRU 14 ni pariah tu tahulah nasib dia di Baling ni. Tengok sapa kena baling.

      Delete
    5. kat baling pun masih ramai org miskin dan susah.
      baca dlm akhbar belambak ada sedanfkan azeeeeeez tu kan biro kbajikan umno?
      org baling hangpa undi org lain la nanti kalau azeeeez ni tanding lg kat kwsn hangpa

      Delete
    6. Aku tak kisah pasal mamak ni.
      Yang aku kisah paria Azeez ni,
      nak bagi dividen TH (Tabung Haji),
      berapa banyak, berapa persen?
      Kalau bawah 7%, jaga kau Azeez.
      Jangan ingat duit TH tu,
      mak bapak kau yang punya,
      boleh belanja ikut suka hati.

      Delete
    7. ...apa dia..mamak ni tutuh cerah dah...tinggal tabung kosong bgi hampa...pakat² jual passmboak laa lepas ni...

      Delete
  2. InsyaAllah Najib yang akan jatuh.

    ReplyDelete
  3. Enam jahanam ternakan jibby elok dinyah warga kedah dlm pemilihan bahagian

    ReplyDelete
  4. Muka ketat penuh lemak melilit di kepala??? kami pun x kebulur nak MB berperut boyot dan busung.

    Kami mahu MB, PM, Ulamak juga pimpinan yg berperut selim melim. Hang Budin, next PRU amik calon. X reti jaga perut bermakna x reti jaga apa benda nak suap masuk ke mulut. Buaya katak ular taya lori.. sumer kira nak ngap. Nyahlah ko lelaki berperut boyot dan busung dari politik negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pahlawan bugis tu nak tunjuk buah dgn anak Kedah tak ada salahnya.
      Mai lah sini. Kita cuba selangkah dua dulu.

      Delete
    2. Hang pi pulun anak Kedah yang tak sedaq diri tu dulu, Mat Bashah, Azeez used car dan Jamil askar. Sekali dengan Tok Man yang menang Jerlun atas nama Mukhriz. Hak Bugis tu bagi peluang 1Malaysia nak pulun dia.

      Delete
    3. Mai oiii..Che mai..mai balik ke negeri Kedah. Hangpa pi kl pi jadi barua najib.
      Balik mai lah sat che oiii kami ada cerita sikit

      Delete
    4. Mai balik kedah kami nak bagi zakat

      Delete
    5. Senang cakap kalau dividen TH kurang daripada biasa, keling ni ambik sikit buat bayaq hutang 1mdb.
      Bayaq lebih kalu,korek lobang tutup lobang pasai nak kelirukan pelabok TH.
      Orang dah x caya mamak oii.

      Delete
  5. Inilah akibat keinginan nafsu maka hari ini anda semua dicerca oleh pembaca.Mempunyai pengtahuan agama yang tinggi tetapi anda tewas disebabkan oleh nafsu.Lebeh baik rehatkan diri dan bertaubat.nilah ujian Allah SWT diatas keimanan anda dan terserlah siapkah anda.

    ReplyDelete
  6. Memalukan muka yang dah hodoh bertambah hodoh.

    ReplyDelete
  7. Memalukan muka yang dah hodoh bertambah hodoh.

    ReplyDelete
  8. Memang Najib bebal. Malu Umno kerana presidennya begitu bebal. Dia yang lantik Mukhriz. Bila ada pihak tidak suka orang yang dia lantik, maksudnya orang tak suka dia. Itu pun dia tak boleh baca. Itu pun dia tak boleh faham. Memang beballah. Presiden Umno yang menang tak bertanding. Seluruh Umno dimalukan. Kerajaan pusat pun malu.

    Yang sakit hati dengan Mukhriz memang ramai. Selain Zahid dan KJ yang bercita2 besar, Nazri Aziz pun tak sukakan Mukhriz. Nazri besar kepala dengan MCOBAnya. Memang macam budak2 bunyinya tapi Nazri pernah berucap di UKM tentang hal macam tu. Dengan jelas dia menyebut, penguasaan MCOBA dalam politik kita tidak boleh digugat oleh mana2 pihak, not even Ansara.

    Kini Mukhriz seolah2 jadi simbol penentangan terhadap PM. Sikap tenangnya dalam krisis yang dicipta oleh musuhnya melonjakkan lagi kepercayaan rakyat kepadanya. Sekaligus Mukhriz membina imej sendiri yang semakin terpisah daripada ayahnya. Berlawanan dengan Najib yang semakin mengikat diri kepada legasi Tun Razak untuk meraih simpati.

    Momentum yang tercetus kali ini boleh diteruskan untuk memaksa Najib berundur. Persamaan Mukhriz dan Najib selain sebagai anak bekas PM, isteri mereka adalah orang Negeri Sembilan. Bezanya anak dara dengan janda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janda pun bini orang yg najib beli untuk buat bini dia.
      Masa tu rosmah masih lagi menjadi bini orang yg sah.

      Delete
    2. Memang ciri2 penyamun cash is king sejak muda la. Hak orang pun dia boleh sapu macam tu aja guna wang.

      Kalau nak tau buasnya dia masa dulu2, kena tanya TS Sanusi tentang riwayat 3 sekawan.

      Delete
    3. Apa tak buas pulak bini orang pun dia sanggup celapak.
      Barang second hand pun dia sanggup beli

      Delete
  9. Dgr punahsehat 14% punahla...apa punya turrr hang jib

    ReplyDelete
  10. Kita tunggu lepas ni apa wayang Bijan Film Production nak terbitkan pulak. Ha ha ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh anak najib ka yg produser filem "kastil lama" tu...bukan yg wolf of wallstreet tapi anak yg lain

      Delete
  11. Azeez hitam dgn jamil yapeim yg byk scandal tu tak sedar diri ke penuh taik d muka?Awak sendiri tak jujur...tuduh org konon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku belum pernah dengar mukriz songlap harta negeri dan hak rakyat.
      Jamil khair adalah songlap duit YaPEIM

      Delete
  12. Pak Din,
    Semalam ada musibat listkan kesalahan kenapa muhkriz mahu di singkirkan yang lawaknya diasamakan kerja MB ini macam manager kilang roti atau ketua kampung kampong pisang punya mangkok sampai tak tahu tanggungjawab MB ini sebenarnya bukan setakat exicutive saja, MB yang bagus adalah yang lebih bersama dengan rakyat itu yang muhkriz buat ,kemudian kedah ada defisit saya nak beritahu sudah dua tahun kedah batal konsesi balak kerana isu alam sekitar tak seperti kelantan main libas , jadi hasil kedah kurang tapi pembangunan masih kena buat ,Muhkriz tumpu pembanguna industri di kedah selatan ada dua projek disana, malangnya projek airport internasional dikulim tak diberi green light kalau kerajaan federal beri sah penang akan demam tapi kalau nak harap 14 haram jadah tu fikir hal strtejik pembangunan mampus sampai kiamat tak ada depa tau ada projek sapau barua Najib ini saja pandai.

    Pasal isu petang semalam macam mana nak berjaya muka 14 haram jadah ini memang tak laku kat kedah untuk pengertahuan hang budin ,depa hidup pun harap nama muhkriz saja ,muhkriz bukan setakat popular dengan rakyat kedah dan akar umbi umno malah dengan ahli PAS dan warga madrasah dan pondok tu dia so you berani mau singkir bukan macam Mahadir khalid ,mat Bashah bukan kata nak tengok muka tengok kereta depa mai pun orang meluat ,Azeez hitam la ni semua orang dah kenal kaki belakon drama cukup celaka depan lain belakang lain , yang paling haram jadah Ustaz jamil khir duit Yapeim pun boleh salah guna ustaz taik kucing jadi kamu tengok la perangai sekor sekor ini macam ini kah jenis manusia nak jadi pembela rakyat apatah lagi nak kata muhkriz tak layak ,daii..poorah.

    Najib is the worst bustard of all this idiot ,sekarang negara sedang ada masalah ekonomi dan rakyat hidup susah dengan segala macam kenaikan kos hidup tapi barua 14 haram jadah ini boleh seronok ada masa nak main rebut rebut kuasa atas arahan Najib betul betul jadah mereka ini bukan dia nak pikiaq masalah rakyat depa boleh syok ada masa penting diri sendiri ,jadi hai rakyat sedaq la orang orang macam ini terutama najib dan barisan ketua sayap umno macam pemuda wanita dua naib presiden yang tak guna serta AMT umno harus kita humban dalam lubang Najis cukup celaka boleh ada masa tumpu perkara kepentingan depa saja , tak layak jadi pemimpin negara malaysia hanya siang malam guna kepala but.. buat kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketua lanun dan 14 anak buah pak turut ingat nak pekena TDM bila usik Mukhriz. Malangnya, perangai jahat mereka tidak menjadi kerana Allah lebih mengetahui. Banyak sgt halangan yg timbul.. Perangai Lanun dan anak buah yg jijik buat rakyat Kedah menolak dan makin membenci penyangak2 ini, tidak mendapat sokongan semua Adun BN, halangan dari Istan dan last sekali Mukhriz juga ada opsyen kerajaan campuran bebas+PAS kalau terpaksa utk kacau daun.

      Eloklah fokus saya terima duit RM42 juta tu tapi rakyat kena buktikanlah sapa yg bawa masuk kedalam akaun saya.

      Delete
    2. aku x suka mcarut tapi perkataan BARUA tu sangatlah sesuai utk 14 org tu.
      dan komen anda betoi2 menggambar isi hati rakyat kedah.terima kasih

      Delete
  13. kesian kesian...akibat memilih kesetiaan mendahului kebiksanaan..akibat tidak bole ditegur oleh mereka yg dianggap lebih berilmu...akibat terlalu yakin dgn labu labi disekelilingnya maka inilah akibatnya.kekadang kita rasa kita boleh mengawal pengikut2 bagal tapi setia tapi kita lupa apabila asyik dikelilingi oleh org2bodoh maka kita terikut2 jadi lebih bodoh.

    ReplyDelete
  14. Mennteri Dan timbalan menteri ddalam kalangan 14 orang ni harus di pecat Dari jawatan kabinet!!
    Bodoh sipemakan dedak!!
    Banyak lagi isu rakyat, negara Dan parti patut diselesaikan. Ni asyik dengan agenda nak pancung orang. Kaedah nak singkirkan MB pun Tak kena gaya. Macamana nak tadbir negara.
    Berapa banyak masa dibuang untuk kerja Tak berfaedah.
    Kalau dilihat trend umno sekarang, majority ahli kabinet najib Dah patut dilupuskan. Cakap lah apapun rakyat takkan percaya. Bersara saja lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni jamil khir makan tak habislah.

      Delete
  15. Apakah yang berlaku sekarang atas nasihat tuang punaisehat candat sotong? Malang oh malang levai malang..

    ReplyDelete
  16. Tahniah Mukhriz anda wira seperti Tun bermakna 14 penyamun tarbus itu gagal dan mempunyai niat yg jahat itulah dia hati org umno memabg busuk dengki tamak harta tamak kuasa ingatlah mukhriz
    Lepas lebih ramai pendengki umno akan dengki dgn anda bergati2lah
    Dlm pemilihan umno nanti lawan jawatan Tim President
    TS Muhhidin lawn persident umno yg nyanyok tu
    Berani kerana benar bersama TS DS shafie
    Sebenarnya ramai pemimoin umno bersama anda kumpulan najib akan tumbang dln pru 14 dab pemilihan umno kerana rakyat jijik dgn mereka

    ReplyDelete
  17. Yang paling teruk....tu paria tabung haji...muka x malu

    ReplyDelete
  18. Tahniah Mukhriz anda wira seperti Tun bermakna 14 penyamun tarbus itu gagal dan mempunyai niat yg jahat itulah dia hati org umno memabg busuk dengki tamak harta tamak kuasa ingatlah mukhriz
    Lepas lebih ramai pendengki umno akan dengki dgn anda bergati2lah
    Dlm pemilihan umno nanti lawan jawatan Tim President
    TS Muhhidin lawn persident umno yg nyanyok tu
    Berani kerana benar bersama TS DS shafie
    Sebenarnya ramai pemimoin umno bersama anda kumpulan najib akan tumbang dln pru 14 dab pemilihan umno kerana rakyat jijik dgn mereka

    ReplyDelete
  19. Yang tak hadir tu, mungkin tak nak orang tau yang mereka dah pekena nasi kangkang...atau pun dah pi berubat

    ReplyDelete
  20. RANCANGAN SINGKIR MUKHRIZ GAGAL? Ye..lah rancangan seperti tak menjadi. Starting agak baik tapi tak berkesan. Nak jugak dengar komen presiden, tapi wartawan tak diberi ruang.
    Mungkin presiden takkan ada pc pasal isu ini. DSMM memang hebat sebab tolak tak tumbang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah dengarlah. Presiden pun dah kecut teloq dah

      Delete
    2. presiden umno tak payah pc la.
      apa biji butir keluaq dari mulut dia sikit pun aku tak caya

      Delete
    3. Presiden yg bukan saja memecah belahkan parti umno dan orang orang melayu tetapi menjual tanah air sendiri untuk membayar hutang peribadi

      Delete
  21. Jika yang menentang Mukhriz rasa-rasa yang mereka masih ada saki-baki maruah, sila letak jawatan. Warlord konon.. Sekiranya semua pemimpin bertanggungjawab atas tindakannya perkara bodoh macam ini tidak di buat.

    Mereka juga bersalah kerana membuat kenyataan media yang mengelirukan malah tidak benar sama-sekali. Ini terbukti kerana kehadiran yang sangat mengecewakan. Tidak hadir bererti tidak hormat pada Najib sebagai Presiden UMNO parti orang melayu yang mana begitu patuh dan tunduk pada Presiden. Mereka juga menyalah guna kedudukan dengan memperdayakan Ketua Wanita dan yang lain.

    Jelas Najib gagal menyatukan pemimpin-pemimpin UMNO dan ini akan memberi kesan yang tidak baik pada pru akan datang dan dalam masa yang sama hutang negara amat menakutkan rakyat. Urus tadbir negara dipersoalkan apa lagi urus tadbir parti.Semua ini cukup syarat untuk ahli UMNO minta Presiden berundur atau di singkir.

    ReplyDelete

  22. Kita booo kan Najib ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  23. Najib berhati busuk dan tidak professional. Najib tak boleh tahan perasaan nya dengan menunjukkan cara dia tidak memberi sebarang kenyataan. Apa salah cakap dia telah mendengar kata-kata Ketua Bahagian dan memberi nasihat supaya kekal bersatu demi orang melayu dan Kedah dan akan berjumpa Mukhriz dalam masa terdekat.

    Ini main belah je. RM 2.6 billion dia tak ada masalah respond, lagi pun apa dia tuju pada Mukhriz, kena lah Mukhriz terima sebab jawab boleh di dakwa melawan taukeh. Orang mempersoalkan mengapa Muhyiddin Najib begitu berani?? Orang Johor kena lah jawab..

    ReplyDelete
  24. Tuan Din,
    Utusan media Najib melaporkan Mat bashah akan angkat sumpah jadi MB hunjung bulan ini , kalau betul la tambah malang bagi UMNO seMalaysia ,reputasi Mukhriz bertambah menonjol la dan kalau nak tukaq Muhkriz cari la muka yang lebih baik dengan latar balakang yang cermerlang ini si malaoun recycle jangan kata orang kedah meluat,semua makhluk yang ada di kedah boleh give up , ok Najib dan kepimpinan umno dah ambil keputusan menempah bala ke lubang taik so up to them we dont bloody care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak Istana Anak Bukit dah berkenan ker? Entah2 Najib pun main silap mata macam WSJ. Hujung bulan bila?

      Delete
  25. Tuan Din. Saya berani bertaruh, kalau Mukriz dipecat, rakyat akan turun ke jalan raya menentang. Percayalah. Rakyat Kedah akan memulakan dan akan diikuti dengan negeri2 lain. Teori domino. Cash is King akan jadi Cincang of Kangkung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tggu nak balik kpg saja ni nak joint

      Delete
    2. Saya rasa banyak orang luar Kedah pun akan pergi ke Kedah untuk menyokong mereka membela Mukhriz.

      Delete
    3. Saya rasa banyak orang luar Kedah pun akan pergi ke Kedah untuk menyokong mereka membela Mukhriz.

      Delete
  26. He he he Mat Basah yg mimpi basah akhir nya dah jadi mimpi kering

    ReplyDelete
  27. As it has always been the case for the last few years, "senjata makan tuan"! And how we rejoice in their "senjata makan tuan" cases. There shall never be a good ending for the tyrants and tyranny. May Allah swt help us to be never among the tyrants or to commit tyranny to oneselves or or others...

    ReplyDelete
  28. ini tanda2 yg pengaruh mahathir masih kuat

    ReplyDelete
  29. ingat....mukriz bukan saja anak tun M tapi ank tun dr siti hasmah juga
    seorang wanita hebat dan terpelajar

    ReplyDelete
  30. Dalam umngok tiada yang lebih hebat melainkan ianya cash is king.Sama-sama kita tunggu kesudahan " KEDAH MOVE ".

    ReplyDelete
  31. Laluan pengunduran Khalid 100 kali lebih sukar berbanding pengunduran lain lain MB sebelumnya, namun akhirnya berlaku jua. Namun pengunduran paling memecahbelahan parti keramat masih dipegang rekodnya oleh ABI. Rekod ini mungkin bertahan hingga 2020.

    ReplyDelete
  32. Kalau ini strategi untuk cuba melumpuhkan lawan, ini strategi bodoh.

    Kita toksah rosakkan perkara yang memang elok dan disenangi kawan dan lawan. Itu kerja bodoh dan cari nahas. Sekarang siapa susah ? Tukang karut nya pun bukan malaikat. Semua nya pun bertaik bersepah. Busuk nya satu Malaysia berbau. Bekas MB dan menteri yang gagal. Lanun paling ternama di Kedah macam mana rakyat Kedah nak percaya jadi MB. Ustad joli pun ada. Pembelot si tanggang. Kepala mat rempit pun ada. Boleh percaya ke manusia ni semua? Dosa bertepek2 semua nya.

    Aku tak rasa Istana nampak ada masalah pentadbiran Mukhriz. Kalau la memang power betul KB umno Kedah ni, pi la table dalam DUN usul undi tidak percaya.

    Ini bukan soal anak bapak tapi pentadbiran negeri. Najib pun anak bapak tapi tak macam bapak. Bapak berjasa, anak destroyer.

    Umno ni dah memang dah parah dah. Sokongan kepada umno ni sekarang sokongan Wang ringgit. Bukan sokongan padu rakyat. Tak percaya, bubar la dewan. Jangan tunggu lama lama.

    ReplyDelete
  33. Selagi Najib@Panglima Bugis ini berkuasa,
    dia bukan saja menghuruharakan BN/Umno tetapi
    juga sesejateraan rakyat dan kestabilan negara.
    Kesukaran menyingkirkannya begitu nyata sekali,
    walaupun 1@PM dikelilingi 30 juta umat Malaysia.
    Justeru itu, sebaik-baiknya kita serahkan saja
    kepada Allah Maha Esa yang lebih berkuasa.
    Najib@Panglima Bugis akan tetap tersungkur,
    hanya masa saja yang dapat menentukannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.
      Biarkan... biarkan...
      Najib@Panglima Bugis
      terjun dengan konco-konconya.
      Biarkan... biarkan...
      Kah... kah... kah...

      Delete
  34. Mohd. Najib Tun Abdul Razak

    Aku tak pernah suka kat hang
    Aku cukup benci dengan sikap dan perangai hang sejak hang jadi presiden UMNO dan Perdana Menteri. Tak perlu aku jelaskan kenapa.
    Aku menyertai UMNO semasa menuntut di luar negara lagi.Masa tu bukan aku sorang saja malah pelajar asing yang bukan rakyat Malaysia yang satu universiti dengan aku cukup kagum dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali pun mereka tidak pernah menjejak kaki ke bumi Malaysia.Tetapi mereka cukup kagum dengan Tun Dr. Mahathir. Malah mereka tahu di mana letaknya Malaysia di peta dunia.

    Aku pendikan cerita.
    Apa yang kau buat kepada TSMY dan Shafi Apdal adalah satu kesilapan yang cukup besar. Seorang pemimpin yang berjiwa besar tidak perlu menunggu sehingga berlansungnya Perhimpunan Agong UMNO dan di depan perwakilan yang ramai untuk mengumumkan hang memilih untuk berjiwa besar untuk memaafkan mereka berdua.

    Mereka berdua dan ketua ketua cawangan UMNO yang lain sama sekali tidak bersalah dan tidak memilih jalan yang salah.

    Ingat Najib dikeliling hang penuh dgn jenuan. Jemuan tidak pernah menasihati hang. Jemuan tanpa pernah jemu mengharapkan kuasa dan laba semata mata termasuk sepupu hang sendiri tuan punya DUKE Highway.

    Mukriz adalah pembela yang telah hang salah ertikan.

    Hang sendiri tahu di kiri kanan hang la ni di penuhi oleh jemuan jemuan yang tidak sesaat pun mengenali erti jemu.

    Aku tidak ada apa apa kepentingan dalam politik tanah air. Cuma aku hanya memberi peringatan. Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian tidak berguna. Terlajak perahu boleh patah balik. Terlajak perbuatan tanggunglah padahnya.

    Wassalam


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemarahan rakyat sekarang ini ibarat api dalam sekam. Bila2 masa saja boleh menyala dan membakar hangus sebuah negara.
      Api kemarahan rakyat makin menyala kerana disemarakan dan ditiup oleh menteri menteri yang mempersendakan dan mempermainkan mainkan perasaan rakyat secara terbuka seperti jangan makan ayam kalau ayam mahal. Bawa bekal ke pejabat kalau nak jimatkan perbelanjaan. Bangun awal kalau takut jam ke tempat kerja. Buat dua kerja untuk tambah pendapatan. Siapakah menteri menteri ini. Mereka adalah orang orang yang paling dekat dengan perdana menteri. Mereka ini sepatutnya membantu perdana menteri dengan bijaksana tetapi mereka ini lah pembunuh kareer perdana menteri.
      Bila ada menteri yang ikhlas yang ingin membantu perdana menteri menyelesai masalah negara, menteri menteri perosak ini lah yang menghalalkan cara untuk membunuh keikhlasan menteri menteri yang lain.
      Bangkai gajah tidak dapat ditutup dgn nyiru. Hati yang sakit bertambah parah. Kos sara hidup mencengkam hidup. Cara penyelesaikan tidak pernah ada. Kemudian kesusahan rakyat jelata dipersendakan pula oleh kenyataan para menteri. Api dalam sekam memang tidak pernah terlihat oleh mata. Namun apabila menyala maka terbakarlah negara. Api bila kecil menjadi kawan. Apabila besar menjadi lawan. Berfikirlah pm sebelum membuat keputusan.

      Delete
  35. Pengerusi negeri adalah dilantik dan bukan dipilih.

    Justeru penyelesaian alternatif terbaik ialah melantik pengerusi yang baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak menyelesaikan masalah. Pelahap-pelahap tersebut mengidamkan kerusi MB Jadi pengerusi tidak ada masalah yang masalah duit....duit tak masyuuk.

      Delete
    2. Maksudnya duit masyuk makanya ramai mengidamnya. Soalannya kalau duit masyuk sekarang ini siapa yang pulun? Atau kamu nak kata sekarang ini tak masyuk dan ia akan masyuk kalau kerusi berpindah tangan? Ha ha, lawak tu.

      Delete
  36. Huru hara politik dalam negara ni angkara siapa? Angkara najib, mat maslan, tengku celup adnan mansor, rosmah the big mama atau Mukriz?

    Najib jangan jadi manusia buta perutlah.

    Jalan penyelesaian dan masa masih ada. Mustahil allahyarham Tun Razak tak pernah berkata kalau sesat di hujung jalan maka kembalilah ke pangkal jalan.
    Sarang tebuan jangan dijolok.

    Najib. Mustahil kau tak tahu lawak jenaka yang dibuat oleh para menteri menteri kau terhadap rakyat Malaysua selama ini?
    Sayangnya kau telan bulat bulat apa saja yg menteri menteri kau buat dan menghina rakyat.

    Menteri menteri kau tahu kau tak akan marah dan takut nak marah. Kau sanggup tahan marah sehingga merah padam muka hidung dan telinga kau.Sebab tu menteri menteri kau tak takut. Dah lah tak takut pada kau mereka makin berani mempersenda dan menyakitkan hati rakyat.

    Najib kau tahu siapa mat maslan tu? Depan kau depan bini kau dia pijak semut pun tak mati.

    Semua media lebih lebih lagi stesyen tv cukup benci kepada mat maslan ni. Tiap tiap hari hantar balaci dia minta slot free di tv. Najib tolong ajar mat maslan budak cerdik tu sikit. Kecing pun kena bayar. Ini kan pula slot di tv. Air time mahal najib oiii. Buat malu kerajaan saja kalau kata kementerian tak ada bajet.

    Najib. Stesyen tv ada rating ada audience. Tak ada stesyen tv di Malaysia ni nak bagi exposure kat mat maslan ni kerana takut rating jatuh dan audience lari. Tolong bagi tahu budak cerdik tu najib stesyen tv ni berniaga. Tak kan nak tunjuk muka mat maslan di tv. Muka mat maslan sesuai keluar di program maharaja lawak saja. Itu pun belum tahu lagi producer tv nak sebab image dan muka mat maslan ni pembawa sial.!!!!

    Tolong bagi tahu menteri menteri kau terutamanya KERUAK dan yang lain sama najib termasuk ksn. Bagi tahu mereka sekarang ni nak kencing pun kena bayar!!!! Kalau nak free boleh pergi mampus lah.!!!

    ReplyDelete
  37. DS MUKHRIZ harus sedar ini semua adalah permainan pemimpin2 umno yang anti DS Mukhriz kerana lantang bersuara..sekarang masa untuk DS membalas kembali permainan mereka..Jadikan sokongan rakyat sebagai perisai..jumpa lebih ramai NGO2 di Kedah dan yakin kan mereka untuk melahirkan sokongan kepada DS..Sultan Kedah pasti akan terus ditekan untuk memberi perkenan calon MB yang baru tetapi jika majoriti suara rakyat kedah menolak pastinya Sultan Kedah ada sandaran yang kukuh untuk menolak calon baru MB Kedah tersebut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...