Sehingga ini Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi belum lagi membuat apa-apa pembetulan atau penafian berhubung kenyataannya agar pemimpin dan ahli politik jangan terlibat dalam dunia perniagaan.
Melainkan jika ada penjelasan sama ada kenyataannya itu sekadar gurauan, disalah lapor oleh media atau dipetik di luar konteks yang sepatutnya, bermakna apa yang diperkatakan itu masih lagi boleh dianggap sebagai betul dan sah.
Dengan itu, semua pemimpin dan ahli politik dalam UMNO haruslah mengambil maklum akan pendirian terbaru Zahid mengenai perkara itu mulai sekarang.
Apabila Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri meminta ahli politik menumpukan perhatian kepada politik dan peniaga pula menumpukan kepada perniagaan, isyarat yang paling jelas boleh difahami ialah beliau ingin menjauhkan diri daripada ahli politik selagi mereka terlibat dengan perniagaan.
Walaupun diketahui umum bahawa majoriti pemimpin dan ahli politik UMNO terlibat dalam perniagaan, baik sebagai usahawan tulen, mengambil komisyen, sekadar menjadi pengerusi atau sebagai rakan kongsi, mereka kini nampaknya hanya boleh berjumpa atau berurusan dengan Zahid atas urusan politik saja.
Tidak lagi dibenarkan datang berjumpa dengannya atas urusan perniagaan atau membawa sampul surat besar untuk meminta sebarang tandatangan untuk sokongan dan kelulusan.
Hanya ahli perniagaan yang tidak terlibat atau tiada apa-apa jawatan dalam politik saja yang akan dilayan jika ingin berjumpa dengan Zahid bagi meminta bantuan berkaitan tender atau kontrak kerajaan.
Meskipun disedari bahawa majoriti ahli politik adalah juga ahli perniagaan, sama seperti Zahid sebelum ini, ternampak ramai yang tidak senang serta keliru dengan kenyataannya itu.
Penglibatan ahli politik dalam perniagaan, hakikatnya bukan saja merata dalam UMNO, bahkan juga dalam parti-parti lain di negara ini. Ia adalah lumrah yang harus diterima kerana politik, kuasa dan perniagaan adalah hubungkait yang tidak dapat dipisahkan.
Lagi pun, hanya dengan melibatkan diri dalam perniagaan sajalah keselesaan mampu diperolehi oleh pemimpin politik yang tiada jawatan dalam kerajaan yang seterusnya akan membuka ruang lebih luas untuk mereka membantu ahli dan rakyat di peringkat bawahan.
Mungkin sejak dilantik sebagai pemimpin nombor dua dalam kerajaan, Zahid mulai "lemas" kerana terlalu ramai orang politik yang datang dan ingin bertemunya untuk meminta itu dan ini, lalu membuat kenyataan sedemikian rupa.
Tidak seharusnya pemimpin dan ahli politik UMNO berkecil hati dengan Zahid. Jika itu pendirian atau kemahuannya, terimalah ia sebagai takdir Tuhan yang telah ditetapkan.
Tetapi janganlah mudah berputus asa. Cubalah pula mengadu nasib dengan mana-mana menteri kabinet atau menteri besar yang lain, malah dengar-dengarnya, Hishammuddin Hussein, sejak dulu lagi memang dikenali agak pemurah dengan sikap suka menolong kawan-kawan dalam UMNO melalui pelbagai kontrak dan tender kerajaan yang di bawah kuasanya sebagai menteri.
Lagi pula pepatah ada menyebut, "merajuk pada yang sayang", "minta tolong pada yang ada" dan "merayu pada yang sudi". (SH 10/01/2016).
Cakap tak serupa bikin
ReplyDeleteDah kering kontang, nak bagi apa. Itu sebab Zahid buat kenyataan.
ReplyDeleteYang datang berjumpa Zahid, bertali arus. Lepas ini Bajet kena slash.
Silap Zahid terpaksa korban kan bahagian dia sendiri...
Tanya zahid uniform Baru jabatan rela siapa yang dpt tender tu???
ReplyDeletesekadar bertanya....
Sekarang telah ditemui ada yang boleh beri komisyen yang lebih mengiurkan dan lebih lumayan, bukannya macam mengkomer yang sedia ada tu!
ReplyDeleteMintak derma laa...lagi banyak masyukk...
ReplyDeleteMintak derma laa...lagi banyak masyukk...
ReplyDeleteBaguslah kalau macam itu,ada ketika lemas juga bila lihat Pemimpin Tertinggi Negara ketika melawat keluar negara,sehari sebelum pemimpin tu sampai,dah ada beberapa pemimpin politik yg ada business yg sampai lebih dulu dan ketika menyambut di lapangan terbang negara tersebut,penuh dgn org politik yg juga ada jawatan yg tak ada kena mengena dgn lawatan.Sekarang ini adalah lebih baik tiap kedutaan Malaysia hadkan,hanya yg terkait dgn lawatan boleh datang,yg mesti hadir adalah pelajar2 dan rakyat malaysia di negara tersebut.Betul kata Shah,rakyat malaysia yg terbang menanti kedatangan pemimpin tersebut siap bawa envelop besar,ini kerana diluar negara senang nak berborak dan jumpa sebab kurang protokal.
ReplyDeleteHari ini cukup pelik. Orang kaya pula sanggup berhutang dgn orang miskin
DeleteIni semua wayang kulit je mana boleh org umno hidup tanpa dpt kontrak dari kerajaan lantik je mereka ni mana2 ahli lembaga pelawat atau lain2 lembaga pertama mereka akan cari business dan kontrak dulu itu keutamaan mereka klu hidup jadi ahli politik je alamat makan pasir lah macam mana nak jaga ahli umno yg lapar tu
ReplyDeleteIni semua wayang kulit je mana boleh org umno hidup tanpa dpt kontrak dari kerajaan lantik je mereka ni mana2 ahli lembaga pelawat atau lain2 lembaga pertama mereka akan cari business dan kontrak dulu itu keutamaan mereka klu hidup jadi ahli politik je alamat makan pasir lah macam mana nak jaga ahli umno yg lapar tu
ReplyDeleteterima kasih banyak
ReplyDeleteentah npe tetiba terguling2 ketawa sampai keluar airmata.mcm2 statement yg pelik pd yg berfikir tapi hebat di pemikiran yg mereka yg keluarkan kenyataan.
ReplyDeleteX payah jumpa zahid...pergi jumpa first lady
ReplyDeleteNi sketsa lawak terbaru dia! Setelah lawak lawak dia sebelum ni terkantoi,siapa tak ingat perihal lawak dia sebelum ni berkaitan keSYIAHan Mat sabu, perihal guling kerajaan, perihal dia jumpa penderma 2.6 belian.Tapi ternyata semua nya auta dia saja!!Termasul lawak yang ni ,dengar cerita ramai yang masuk wad dek termuntah sampai berdarah
ReplyDeletesatu pencerahan scenario politik sbnarnya..mujurlah saya tak melibatkan diri dlm dunia politik,cukup hanya sekadar kereta proton saga rmh teres amalan jauhkan dri perkara haram
ReplyDelete