Friday, 31 March 2017
AKTA 355 HANYA MAINAN POLITIK?
NAJIB, HADI SUDAH WAJAR DIBERSARAKAN
Thursday, 30 March 2017
AKTA 355 SEBAGAI USUL PERSENDIRIAN, ADAKAH AHLI2 PARLIMEN UMNO AKAN MEMBERI UNDI MEREKA?
PAS "DIKENCING" LAGI, MAKA ELOKLAH DIBUAT PERHIMPUNAN BAJU HITAM TANDA SEDIH DAN DUKA LARA
Wednesday, 29 March 2017
INILAH GANDINGAN PENYELAMAT MALAYSIA
TAK SAYANG JAWATAN KONON, TAPI....
Tuesday, 28 March 2017
JANGAN BUANG MASA NAK KALAHKAN NAJIB DI PEKAN...
DIALOG RUU 355
.
AWANG : "Tak wajib.... RUU355 bukan hukum Allah.... Sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan Rasul, tidak ada siapa pun yang layak mewajibkannya.... Agama Islam ni bukan milik lebai PAS."
.
USTAZ DIN : "Hukuman 100 kali sebatan bagi orang yang melakukan zina, itu hukum Allah..."
.
AWANG : "Saya tak pertikaikan 100 sebatan tu.... Yang saya nak tanya, 30 tahun penjara dan denda RM100,000, adakah itu hukum Allah? Setiap orang Islam wajib sokongkah?"
.
USTAZ DIN : "Tok Guru Haji Hadi kata wajib...."
.
AWANG : "Haji Hadi bukan nabi...!"
.
USTAZ DIN : "Dia seorang ulamak..."
.
AWANG : "Dia pun manusia biasa, bukannya dia terima wahyu dari langit...."
.
USTAZ DIN : "Enta memperlekehkan ulamak....!"
.
AWANG : "Ustaz mengkultuskan dia seperti nabi, itu lebih besar salahnya...."
.
USTAZ DIN : "Rasulullah bersabda, al-ulamak warisatul anbiya'... Para ulamak itu pewaris nabi..."
.
AWANG : "Kalau gitu, confirmlah Haji Hadi bukan ulamak...!"
.
USTAZ DIN : "Kenapa pulak...?"
.
AWANG : "Mana mungkin seorang pewaris nabi berakhlak seperti Haji Hadi...? Bercakap bohong, berbuat khianat, berbahasa kasar, tidak beradab, angkuh, sombong, menyakitkan hati ramai orang, menjadi bahan ketawa orang.... Logikkah seorang ulamak memiliki ciri-ciri dan sifat sebegitu...? Pewaris nabi apa gitu...?"
USTAZ DIN : "Sebenarnya, kenapa enta ni beria-ria menolak RUU355...? Apa yang enta takutkan...?"
.
AWANG : "Saya tidak menolak RUU355 dan tak ada sebab pun kenapa saya perlu takut.... Yang saya tanya, kenapa Ustaz kata setiap orang Islam wajib sokong RUU355...? Apa dalilnya...?"
.
USTAZ DIN : "Bukankah RUU355 menambahkan bidang kuasa mahkamah syariah...? Dan dicadangkan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah, sesuai dengan hukum Allah....Itu ke arah perlaksananaan undang-undang hudud sepenuhnya...."
.
AWANG : "Ya lah.... tentang nak pinda rang undang-undang ke, nak rombak akta ke, bukankah itu urusan ahli Parlimen...? Pasal apa hukum terkena kepada setiap orang Islam...?
.
USTAZ DIN : "Yang di Parlimen tu, Parlimenlah, itu urusan wakil rakyat.... Tapi iman dalam dada kita masing-masing mesti ada iktiqad sama ada kita sokong atau tak sokong RUU355."
.
AWANG : "Untuk apa...?"
.
USTAZ DIN : "Mungkin sebagai ujian sama ada kita benar-benar beriman atau tidak...."
.
AWANG : "RUU355 nya mana...?"
.
USTAZ DIN : {Diam}
.
AWANG : "Yang ustaz kata setiap orang Islam wajib sokong, untuk menguji sama ada kita beriman atau kafir.... mana bendanya...?"
.
USTAZ DIN : "Usul tersangkut di parlimen.... Itu bukan salah PAS."
.
AWANG : "Bukan salah PAS apa, Haji Hadi yang mintak tangguh sampai dua kali....!"
.
USTAZ DIN : "Mesti ada sebab kenapa Tok Guru tangguhkan...."
.
AWANG : "Saya tak nak tahu pun apa sebab dan alasan PAS tangguhkan pembentangan usul tu.... tapi saya cuma persoalkan kenapa keluarkan fatwa setiap orang Islam wajib sokong RUU355, sedangkan Presiden PAS sendiri yang tangguhkan....?"
.
USTAZ DIN : "Ish... enta tak faham...."
AWANG : "Saya nak tanya Ustaz, apa jenis kesalahan yang boleh didenda RM100,000 dan 30 tahun penjara...?"
.
USTAZ DIN : "Er...."
.
AWANG : "Di antaranya kesalahan di bawah akta mahkamah syariah ialah menyebarkan fatwa yang bercanggah dengan fatwa negeri.... Nanti ustaz-ustaz sunnah yang digelar wahabi ramai yang kena penjara 30 tahun kerana menyampaikan ilmu Qur'an dan Sunnah yang bercanggah dengan fatwa negeri.... Undang-undang ini yang Ustaz kata wajib sokong...? Ustaz-ustaz yang mengajar agama tanpa tauliah, walaupun dia lebih alim dari orang yang tukang bagi tauliah, boleh didenda RM100,000 atau penjara 30 tahun, undang-undang ini yang Ustaz kata wajib disokong oleh setiap orang Islam...?"
.
USTAZ DIN : ????? (telan air liur)
Amacam?
Monday, 27 March 2017
GURU2 BOLEH SOKONG PEMBANGKANG DAN KRITIK KERAJAAN, TAPI....
NASIB BAIKLAH TAMRIN GHAFAR SUDAH KELUAR PAS....
Sunday, 26 March 2017
ANTARA TUN MAHATHIR DAN NAZRI, SIAPA YANG SEPATUTNYA LEBIH DULU BERTANYA SOALAN?
Menurut kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz, beliau mendiamkan diri ketika bertemu dengan Tun Mahathir Mohamad semalam kerana tidak ditanyakan sebarang soalan.
"Jadi saya hanya menunggu dia bertanya apa-apa kepada saya. Dia tak tanya dan saya tak mahu ganggu privasi dia sedang menikmati cendol.
"Sebagai penghormatan, saya hanya menunggu dia, (tetapi) dia tak bertanya," kata Nazri sebagaimana dipetik daripada sebuah portal berita.
Dalam ertikata lain, Nazri tidak sedia untuk berbual-bual atau bertanyakan sebarang soalan kepada Tun Mahathir, sebaliknya hanya menyediakan dirinya dengan jawapan semata-mata.
Ada Tun Mahathir bertanya soalan kepadanya, maka adalah jawapan keluar daripada mulutnya. Tiada soalan daripada Tun Mahathir, diam sajalah dia.
Begitukah yang sepatutnya?
Nazri berkata demikian sebagai menjawab sindiran Tun Mahathir yang menyebut dirinya hanya mendiamkan diri saja sepanjang kira-kira setengah jam pertemuan tersebut berlangsung.
Kata Tun Mahathir, "Entah kenapa dia diam seribu bahasa duduk tepi saya. Kalau dia bisik pun saya boleh dengar, tapi dia tak bisik, duduk tengok depan sahaja.
"Habis-habis sangat dia kata itu Sungai Perak... saya pun tahu itu Sungai Perak, tak perlu beritahu saya."
Sekarang Nazri mengakui beliau memang hanya mendiamkan diri dalam pertemuan dengan Tun Mahathir itu, cuma beliau ada jawapannya yang tersendiri.
Tetapi jika kita imbas sebelum itu, Nazri menunggu selama kira-kira tiga jam di depan MRSM Kuala Kangsar bagi menanti ketibaan Tun Mahathir, meskipun beliau sedia maklum majlis debatnya dengan bekas Perdana Menteri itu sudah pun dibatalkan kerana tidak diberikan permit oleh pihak polis.
Dillaporkan Nazri sengaja datang awal dan sanggup berada di bawah payung besar di tengah-tengah panas di depan MRSM semata-mata untuk menanti ketibaan Tun Mahathir dan bagi mengelakkannya daripada dianggap sebagai pengecut.
Kemudian, apabila mengetahui Tun Mahathir berada di kawasan Lembah Sungai Perak untuk menghadiri satu program lain anjuran Bersatu, Nazri bergegas ke sana untuk segera bertemu dengan lawan debatnya itu.
Mereka kemudian dipertemukan dengan duduk semeja sambil menikmati cendol dan laksa.
Berdasarkan rentetan itu yang menggambarkan keghairahan Nazri untuk bersua dengan Tun Mahathir, di samping kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Padang Rengas yang boleh dianggap sebagai tuan rumah juga, siapakah yang sepatutnya lebih dulu memulakan bicara dan harus bersikap lebih peramah?
Kenapa hanya beliau yang menantikan soalan daripada Tun Mahathir dan tidak Nazri sendiri yang berani untuk mula menanyakan soalan?
Selain itu, buat apa beliau sanggup berpanas menunggu selama tiga jam dan kemudian bergegas ke kawasan Lembah Sungai Perak untuk bertemu Tun Mahathir jika akhirnya hanya menunggu saja Tun Mahathir bertanyakan soalan kepadanya?
Sekadar berani bercakap...itu Sungai Perak....buat apa? (ShahbudinHusin 26/03/2017).
DEBAT 7 APRIL DI SHAH ALAM NANTI, MASIH SESUAIKAH NAZRI MEWAKILI PENGUNDI PADANG RENGAS?
Walaupun debat di MRSM Kuala Kangsar yang sepatutnya berlangsung semalam sudah lama dibatalkan kerana tidak diberikan permit polis, tetapi Nazri Aziz tetap di hadir dan menunggu kedatangan Tun Mahathir di situ.
Beliau dilaporkan menunggu selama hampir tiga jam di perkarangan MRSM sebelum beredar menuju kawasan Lembah Sungai Perak setelah mengetahui Tun Mahathir ada di sana.
Tun Mahathir berada di kawasan itu kerana menghadiri program lain anjuran Bersatu, di mana pada malamnya beliau turut ada program ceramah umum di Padang Rengas bersama Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir.
Kedua-dua mereka bertemu di Lembah Sungai Perak. Dalam pertemuan itu, Tun Mahathir dan Nazri duduk bersebelahan sambil menikmati cendol dan laksa. Mereka juga kemudian bersama-sama meninjau kawasan Sungai Perak.
Namun seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal atas talian, Nazri tidak banyak berbual dengan Tun Mahathir, malah tidak memandang pun wajah bekas Perdana Menteri itu, meskipun duduk bersebelahan, menikmati laksa dan cendol serta berpeluang berjalan bersama-sama
“Hari ini dia (Nazri) bersungguh-sungguh nak jumpa dengan saya, saya pun tak tahu kenapa. Tapi bila jumpa dekat tempat jual cendol, dia tak kata apa pun.
“Nak jumpa tapi tidak cakap, kenapa?
"Entah kenapa dia diam seribu bahasa duduk tepi saya. Kalau dia bisik pun saya boleh dengar, tapi dia tak bisik, duduk tengok depan sahaja.
"Habis-habis sangat dia kata itu Sungai Perak... saya pun tahu itu Sungai Perak, tak perlu beritahu saya,” ujar Tun Mahathir ketika mengulas pertemuannya dengan Nazri semasa menyampaikan ceramahnya di Kota Lama Kiri, malam tadi.
Sebelum itu, ketika berada di MRSM Kuala Kangsar untuk menunggu ketibaan Tun Mahathir, di sebalik seluruh dunia tahu debat sudah dibatalkan dan ditunda kepada 7 April depan di Shah Alam, Nazri berkata, beliau sengaja datang awal untuk mengelak dituduh pengecut untuk berhadapan dengan Pengerusi Bersatu itu.
Pelik juga Nazri ini...sanggup tunggu selama tiga jam dan tak mahu dituduh pengecut, tapi bila berpeluang berdepan dengan Tun Mahathir, tak pula mahu bercakap!
Tetapi, di sebalik pertemuan santai antara Tun Mahathir dan Nazri semalam, apa yang sangat ditunggu-tunggu dan diharapkan ialah agar debat pada 7 April nanti benar-benar menjadi kenyataan.
Dalam debat di Padang Rengas yang tidak menjadi kenyataan semalam, Nazri ditolak daripada mewakili UMNO atau kerajaan oleh Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO dan Johari Ghani, Menteri Kewangan Kedua.
Lantaran keliru dengan situasi tersebut, Nazri pantas memilih jalan tengah dengan mengatakan beliau adalah mewakili pengundi Padang Rengas sahaja.
Ketika itu, memang nampak ada asasnya Nazri berkata demikian, bukan saja kerana kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Padang Rengas, tetapi juga disebabkan lokasi debat itu sendiri diadakan di Padang Rengas.
Tetapi, pada 7 April nanti debat sudah dipindahkan ke Shah Alam, maka kali ini Nazri mewakili siapa pula?
Tentulah tidak logik lagi jika beliau mewakili pengundi Padang Rengas, sedangkan debat kali ini diadakan di Shah Alam. Pengundi Padang Rengas pun barangkali tidak mungkin ramai yangdapat hadir ke Shah Alam itu nanti.
Dibandingkan dengan Padang Rengas yang jauh di utara, Shah Alam lebih hampir dengan Putrajaya dan PWTC yang merupakan pusat kuasa kepada kerajaan dan UMNO.
Berbeza dengan Tun Mahathir, kalau pun tidak mewakili Pakatan Harapan, beliau tentu dipersetujui sebulat suara mewakili Bersatu yang dipengerusikannya.
Selain isu-isu yang didebatkan merupakan topik nasional, di samping Nazri adalah juga seorang menteri dan Ahli MT UMNO, jika UMNO dan kerajaan benar-benar jujur, kenapa tidak status beliau dalam debat di Shah Alam nanti segera diubah?
Adakah UMNO dan kerajaan sedia membenarkan Nazri mewakili mereka berikutan perubahan lokasi itu atau sekali lagi faktor keselamatan dan ketenteraman awam akan dijadikan alasan untuk membatalkannya?
Lebih-lebih lagi Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar semalam dipetik sebagai berkata, pihak penganjur masih perlu memaklumkan kepada pihak polis mengenai penganjuran debat tersebut dan sehingga ini mereka belum lagi berbuat demikian.
Kebarangkalian lain ialah mungkinkah MT UMNO yang akan bermesyuarat hujung bulan ini akan memutuskan debat itu tidak perlu diadakan dan Nazri, tiada pilihan lain selain terpaksa akur saja dengannya? (ShahbudinHusin 26/03/2017).