Saturday, 25 February 2017

TUN M YANG MENGKAGUMKAN...


Dalam menjangkau usia 92 tahun, Tun Mahathir Mohamad bukan saja masih sihat, tetapi juga terus bersemangat dalam menikmati kehidupan.

Di usia 92 tahun juga, beliau bukan saja masih boleh berfikir dengan baik, ketawa, berjalan ke sana sini, bahkan tetap gagah memandu kereta dan menunggang kuda.

Dengan  nikmat hidup sedemikian, jika kepentingan diri dan keluarga yang difikirkannya, tentulah lebih baik beliau diam-diam saja atau mengiakan saja segala apa yang sedang berlaku dalam negara. 

Dengan nama besarnya pula, di sebalik comotnya Najib Razak menguruskan negara, kiranya Tun Mahathir hanya bersikap menyokong dan tidak membantah apa-apa, nescaya mewahlah  "dedak"  yang diterimanya.

Tetapi, dalam usia tua dan sudah bersara, Tun Mahathir nampaknya memilih jalan sukar untuk dilaluinya. Segala-galanya adalah demi negara dan kita semua.
Semua orang, selagi mereka dapat membezakan antara hitam dengan putih, pasti menyedari kerosakan besar yang diakibatkan oleh Najib kepada rakyat dan negara. Sejak beliau menjadi Perdana Menteri, hampir tidak ada yang menjadi bertambah baik. Kehidupan rakyat, hubungan kaum, agama, ekonomi, kos hidup, peluang kerja, harta negara, dividen saham dan segala-galanya bertambah buruk.

Cuma, tidak semua orang berani bersuara. Sayang kepada jawatan, kedudukan, kemewahan dan harapan kepada "dedak"  percuma menyebabkan ramai orang, termasuk pejuang-pejuang agama, jadi kelabu mata  dan membutakan pandangan terhadap segala kemungkaran yang berlaku di depan mata.

Mujur masih ada Tun Mahathir. Jika tidak, mungkin lebih dahsyat daripada 1MDB, TRX, Bandar Malaysia atau dua tiga Jho Low yang muncul mencatur segala-galanya dalam negara.

Sejak Tun Mahathir menyatakan perlunya Najib disingkirkan untuk menyelamatkan negara, macam-macam usaha luar biasa dilakukannya. Beliau tidak saja sanggup berbaik dengan Lim Kit Siang dan mengunjungi Anwar Ibrahim yang pernah dipecatnya, bahkan berusaha gigih menyatukan hati-hati yang pernah dilukainya ketika berkuasa dahulu.

Salah satu kumpulan yang terluka dengan Tun Mahathir ialah gerakan reformasi yang muncul setelah Anwar dipecat pada 1998 dahulu. Selama bertahun-tahun kumpulan tersebut memusuhi beliau dan semangat mereka tidak pernah pudar, meskipun setelah Tun Mahathir dan Anwar sudah berbaik kembali.

Pada satu ketika, kumpulan reformis ini pernah menyuarakan agar Tun Mahathir meminta maaf kepada Anwar dan keluarganya atas apa yang pernah dilakukannya dahulu. Kumpulan ini seperti tidak sedia menerima Tun Mahathir.

Hari ini, Tun Mahathir secara mengejut hadir di Konvensyen Reformis di Shah Alam iaitu kumpulan paling tegar menentangnya. Meskipun beliau sedar, kumpulan tersebut tidak menyukainya dan terdedah untuk diejek atau dihambur kata-kata nista, keberanian dan jiwa besar telah membawa langkah kakinya ke situ.

Tidak ramai yang ada keberanian dan jiwa besar seperti itu. Kiranya kesanggupan bersahabat serta memulihkan hubungan dengan Lim Kit Siang dan Anwar sudah dikira sudah cukup membuatkan ramai yang tergamam, keberanian dan jiwa besar Tun Mahathir untuk  berdepan dengan pengkritik tegarnya sejak bertahun-tahun lalu jauh lebih mengkagumkan.

Najib misalnya, mustahil ada keberanian sebegitu. Najib selalunya lebih selesa hadir dalam majlis yang dihadiri penyokong, pengampu dan tiada jemputan yang tidak sebulu dengannya. Bercakap pula biasanya hanya sehala saja. Berdebat, tentulah lebih kecut dibuatnya.

Sebab itu, Najib hilang dalam program NothingToHide dan enggan hadir merasmikan persidangan anti rasuah antarabangsa, tahun lalu. Beliau tiada keberanian dan tidak berjiwa besar.

Di Konvensyen Reformis, walaupun diejek dan dilempar dengan kata-kata tidak enak, Tun Mahathir tidak lari, jauh sekali daripada bersembunyi. 

Sambil mengakui dirinya tidak selalu disukai, Tun Mahathir mengajak mereka yang tidak menyukainya itu untuk sama-sama melupakan kisah lama dan berganding bahu bagi menyingkirkan Najib yang dianggapnya yang jauh lebih bahaya dan memudaratkan negara.

Apa yang penting ketika ini, kata beliau ialah menyingkirkan Najib.

"Lepas tu, kalau nak ambil tindakan ke atas saya, ambik laaa..." katanya lagi.

Dengan sikap dan keterbukaan yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir itu, apatah lagi beliau sudah dua kali mengunjungi Anwar di penjara, adalah penting mulai sekarang agar semua pihak sama-sama melupakan peristiwa 1998 dahulu.

Tun Mahathir tidak perlu lagi dimomok-momokkan dengan peristiwa lama itu. Jika Tun Mahathir ada keberanian dan jiwa besar untuk sedia diejek dan dicemuh demi menyelamatkan negara dan memberi kebaikan kepada rakyat, kumpulan reformis juga harus menyambutnya dengan tangan yang terbuka.

Lupakanlah semuanya dan menyingkirkan Najib melalui pilihanraya harus menjadi agenda utama. Selagi ada Najib, semua kita dan negara akan terus sengsara dan Anwar juga tidak akan ke mana-mana. 

Sebab itulah, apa yang diperjuangkan oleh Tun Mahathir, tiada pilihan buat kita, selain memberi sokongan dengan sepenuhnya. (SH 25/02/2017).

207 comments:

  1. Tangkap najb

    APA GUNA ADA RUU335 HARAMJADAH KALAU RUU INI RIDAK BOLEH PENJARAKAN ORG CURINDUIT NEGARA

    FXUCK RUU TAK GUNA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau macam mana pun depa cakap mengata Tun, fakta nya ia lah Najib mesti di lingkupkan di Pru14.

      Berbagai angkara berlaku di bawah pemerintahan nya, banyak yang timbul dari kelakuan nya.

      Yang paling besar ia lah skandal 1MDB. Di seleweng dan di songlap berbilion Ringgit, masuk akaun dia, akaun anak tiri dan kroni2 dia, terhutang RM53 bilion, di tuntut pula RM28 bilion dek IPIC, menjadi beban kapada rakyat berdekad lama nya.

      Korapsi melanda landa di bawah pemerintahan nya. Bila Kerajaan nya kekurangan wang, di kenakan nya rakyat cukai GST. Harga barangan naik melambong, tidak di pedulikan nya, takda berita pegawai2 penguatkuasa nya membendung nya.

      Rakyat di kampong dan yang berpendapatan rendah di kota2 amat susah "making ends meet". Ini lah yang Tun di umur lanjut nya pun masih sanggup bertungkus lumus coba mendapatkan puak Pembangkang berkerja sama menggulingkan Najib di Pru14.

      Delete
    2. Bongok!!! Kau cakap Najib curi duit rakyat.

      Aku cakap Mahathir, azmin dan LGE juga curi duit rakyat

      Audit Negara/ SPRM / PAC dah siasat 1MDB...
      Tak ada penyelewengan...cuma tadbir urus yg lemah...2.6 Billion SPRm dah sahlan ianya derma politik...

      kenapa susuah sgt nak percaya??? Yg kau percaya ialah media yahudi asing yg boleh dibeli dan dibayar!!!

      Delete
    3. Hari-hari tengok TV1, TV2, TV3, baca Berita Harian dan Utusan. Manalah nak tahu perkembangan luar negara.

      Opps... Sorry... Depa tak boleh speak England

      Delete
    4. Anon 11:03, kamulah manusia hidup segan mati tak mahu, ada kamu tak menguntungkan dan tak ada kamu tidak rasa kehilangan. Bagus saja kamu p mampus kerana tak erti yang kesusahan masa kini rakyat ada musibah atas kemungkaran najib. Tak perlu bodek dia. Lagi cepat najib dilucutkan dari menjadi PM lagi baik. Bukan tidak ada pemimpin umno yang boleh jadi PM, ramai. Negara dan rakyat lebih penting dari najib serorang dan mungkin kamu juga termasuk sebagai penghyanat negara. Doa benda yang baik2 dan mohonkan mereka yang mungkar ini dilaknati. Inshya allah.

      Delete
    5. hehe...tak tahu bersyukur!!!

      Delete
    6. Anon 11.03,,adalah se bonggok-bonggok nya manusia di dunia ini...!!
      Cium bontot MO1 & Jho Low lebih bagus untuk kamu.........!!

      Delete
    7. malaysia baru ..bro ruu355 tu undang2 syariah.. utk menjaga agama kita gak.. tak baik ckap mcm tu.. nak hentam hentam politik hj hadi la... klu benda ni pun tak boleh beza mcm ner la islam nk kuat...

      Delete
    8. Malaysiabaru yg mempertuhankan berhala. Takda agama ... atheis

      Delete
    9. RUU355 UNDANG² ISLAM memang benar saya perakui nya tapi saya tidak menyokong kerana ada isu bertindih berat sebelah pelaksaan HUDUD sepatutnya akan dikenakan kepada pesalah tak kira bangsa or agama lain kerana NEGARA yang melaksanakan HUDUD dikira NEGARA ISLAM dan setiap penduduk negara tersebut kena akur dengan HUDUD

      Delete
    10. Penyokong Pakatan Harapan mendakwa pertemuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan seorang 'Datuk Seri' yang dikatakan menerima suapan RM19 juta bagi menutup siasatan Projek Terowong Dasar Laut P.Pinang tidak membawa sebarang makna.

      Hal ini bagi mereka adalah sama seperti pertemuan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ahli perniagaan kontroversi Jho Low yang dikaitkan dengan pelaburan 1MDB.

      Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) Datuk Eric See-To Choong berkata, Najib sebenarnya bukan bertemu dengan Jho Low tetapi dengan Putera Turki - lelaki berbaju biru berdiri di tengah-tengah antara Jho Low dan Najib didalam gambar yang tular pada 2009 itu.

      Putera Turki merupakan anak ke-7 bekas Raja Arab Saudi, Allahyarham Raja Abdullah Riyadh.

      "Didalam gambar PM Najib dengan Jho Low yang disebarkan dengan meluas pada 2009, ramai hanya melihat Jho Low (yang boleh bertutur bahasa Arab dan memulakan kareer perniagaannya di Timur Tengah) tetapi terlepas pandang Putera Turki didalam gambar yang berdiri betul-betul disebelah PM Najib.

      "Pada masa itu, tiada masalah untuk mengadakan pertemuan dengan Putera Turki diatas kapal layar untuk berbincang berdasarkan syor oleh Raja Abdullah bagi meneroka kerja sama," kata Eric dipetik kenyataan.

      Kata Eric, pertemuan bersama Putera Turki merupakan susulan daripada lawatan rasmi Najib ke Arab Saudi pada 2009 bertemu Raja Abdullah menyatakan kesediaan untuk menjalinkan hubungan ekonomi dua hala antara Malaysia-Arab Saudi.

      "Laporan akhbar pada waktu itu berkata bahawa Raja Abdullah dan Najib bersetuju untuk menubuhkan kerjasama didalam industi gas dan minyak. Disinilah Raja Abdullah telah mengesyorkan PM Najib untuk meneroka bersama PetroSaudi yang dimiliki oleh anak ke-7 nya, Putera Turki.

      "Selain menjadi kegemaran kepada Raja Abdullah, Turki juga merupakan Gabenor wilayah Riyadh, wilayah terbesar di Arab Saudi dimana terletaknya ibu negara," kata Eric.

      Putera Turki kemudiannya mengeluarkan surat rasmi pada Ogos 2009 menyatakan persetujuan untuk menjalin kerjasama selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, disusuli pula dengan surat sokongan Kedutaan Arab Saudi menyokong kerjasama Malaysia dengan PetroSaudi milik Putera Turki, tambah Eric.

      Namun, berbeza dengan gambar Guan Eng bersama ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' yang kini direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diatas dakwaan menerima suapan RM19 juta, tiada penjelasan logik diberikan selain penafian oleh Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

      Sekeping gambar Guan Eng - tanpa memakai kasut - bersama 'Datuk Seri' berkenaan memberi indikasi bahawa Setiausaha Agung DAP itu mengenali individu berkenaan dengan dekat.

      "Benar, Ketua Menteri bertemu dengan ramai orang pada setiap masa di pelbagai majlis awam dan mungkin tidak ingat telah mengambil gambar dengan siapa dan dimana.

      "Tetapi pernahkah anda membuka kasut anda di majlis awam, di pejabat Ketua Meneri, di restoran, di ceramah, di dewan ataupun di istana.

      "Selalunya, anda membuka kasut jika berada di rumah seseorang.

      "Dan jika anda bersusah payah untuk ke rumah seseorang maka orang tersebut mestilah lebih penting dan saya pasti anda ingat bila perkara ini berlaku," kata Eric membidas penafian Guan Eng tidak mengenali 'Datuk Seri' berkenaan.

      Delete
  2. Mahathir dah taubat

    Najib masih nak pegang kuasa


    RUU335 NI UNTUK tujuan POKITIK ATAU UNTUK KEBAIKAN NEGARA???

    APA GUNA ADA RUU335 KALAU ORG CURI DYUT NEGARA TERLEPAS

    HARAMJADAH APA RUU335 NIH?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa curi duit rakyat????

      Itu kau kata
      Itu media asing yahudi tulis
      Itu pembangkang kata
      Bla bla bla...

      Audit Negara/ SPRM / PAC dah siasat 1MDB...
      Tak ada penyelewengan...cuma tadbir urus yg lemah...2.6 Billion SPRM dah sahkan ianya derma politik...Tak ada curi duit rakyat pun.
      1MDB tak guna duit rakyat pun!!

      Delete
    2. Haramjadah kau kata RUU335 tu????

      Bertaubatlah!!!....

      Nampak sanagt kau tak faham apa itu RUU335..

      Oklah...aku nak ajar sikit

      UU335 tu tu bukannnya undang2 baru. Dah dilaksnaakan sejak bertahun tahun..

      Sekarang nak ditambahbaik....sebab jumlah hukuman terlalu ringan. Itu yg nak diubah.
      Hukaman biar berat sikit.
      Bukan undang2 baru pun...

      Ini;ah masalahnya kalau semua benda nk dipolitikkan....hingga boleh hilang akidah..

      Delete
    3. Anon 11:09

      Tolong bagi ayat Quran dan hadis untuk denda RM30,000 dan penjara 30 tahun

      Delete
    4. anon 11:53 rm 100k la.. main sebat je. ruu 355 itu utk undang2 syariah.. ko tahu kn undang syariah tu ape? sekarang nk perkasakn aje .. ko tak setuju bukan ruu355 tapi had hukumannye.. kena faham tu.. ruu 355 tak de .. xde la shariah law.. benda simple ni pun ko dh keliru... nak hentam , hentam hj hadi n najib..

      Delete
    5. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak serius untuk mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash) yang menjadi penyebab utama krisis air di negeri itu, kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

      Bekas menteri besar Selangor itu berkata proses pengambilalihan berkenaan sepatutnya sudah lama berlaku namun gagal dilaksanakan Azmin.

      Sebaliknya, Abdul Khalid berkata Azmin lebih memberi tumpuan untuk membayar RM2.7 bilion kepada syarikat berkenaan dan bukannya menyelesaikan isu air di negeri itu.

      "Ia adalah satu kecuaian yang jelas di pihak kerajaan negeri. Kecuaian ini memberi peluang kepada pemegang saham SPLASH untuk mengaut lebih untung sehingga mereka menjadi berani sebegini.

      "Seorang menteri besar sepatutnya berjuang untuk rakyat tetapi pergerakan mungkin terhad kerana terlalu kenyang hingga termuntah," katanya menerusi satu status yang dimuatnaik di Facebook miliknya.

      Baru-baru ini sejumlah 427 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air sejak 6 Mac lalu.

      Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), gangguan berpunca daripada kerja pembaikan terhadap Sistem Mampatan Udara yang pecah di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3.

      Azmin yang dipetik Sinar Harian berkata kegagalan mengatasi masalah tersebut disebabkan loji rawatan air tersebut bukan milik kerajaan negeri dan dimiliki SPLASH.

      Kata Azmin, oleh kerana itu kerja-kerja pemulihan sukar dijalankan dengan segera.

      "Semua kerja menyelenggara mesti dilakukan oleh SPLASH dan oleh kerana kita masih dalam proses mengambil alih SPLASH dan ia masih berjalan sehingga Julai ini kami tak boleh masuk untuk menyelenggaranya," kata Azmin.

      Sementara itu, Abdul Khalid turut mengulas kenyataan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dalam sebuah portal berita, yang menyalahkan SPLASH dalam isu gangguan bekalan air yang menjejaskan lebih 500,000 kediaman di lima kawasan di Lembah Klang.

      Khalid mengingatkan Hannah bahawa beliau pernah meminta DUN membawa isu air dan pengambilan SPLASH ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).

      Bagaimanapun katanya, usulnya itu ditolak mentah-mentah oleh Hannah.

      Delete
  3. Replies
    1. Memang terbaik dalam meludah diri sendiri.Dulu begitu angkuh mengganyang reformasi jalanan dengan hujanan air kunidng,sekarang tanpa segan dan silu ,juga tanpa di jemput sanggup mencemar maruah diri memhon simpati dan sokongan dari para otai refomasi yg di zaliminya dulu.Maknusia kah yg begiut?.

      Delete
    2. 0018,adalah lebih baik kau duduk diam2 ratah dedak dgn pelahapnya..
      Komen kau ni adalah sejenis sampah berbau dan najis yg berlalat..
      Ok..?
      Teruskan kembali melahap dedak..

      Delete
    3. Anon 00:18, anda masih menyembah Allah? Kenapa tak dapat beza warna putih dan hitam?
      Jangan janggut saja panjang bertanda hitam didahi sekadar menunjuk pada manusia, tapi hati hitam legam.

      Delete
    4. Pada kumpulan yg masih tebal kebencian pada Tun Mahathir...........apa kome tak pernah baca kisah2 para sahabat yg bermusuh ketat dgn Rasulullah saw yg akhirnya berdamai dan masuk Islam......kemudian menjadi orang yg mulia di sisi Allah hanya atas sebab sikap Rasulullah saw yg mulia suka kepada perdamaian dan kemaafan??

      Apa kome tak dapat pengajaran dari kisah2 para sahabat.......atau kome memang tak ada pengetahuan Islam??

      Saidina Umar Al-Khattab pernah berjalan sambil menghayun pedang.....bila orang tanya nak ke manakah kamu ya Umar dengan pedang itu......Umar jawab nak pergi cari Muhammad dan membunuhnya. Tapi bila Umar terdengar bacaan Al-Quran hatinya terbukak nak kenal Islam.......dan Rasulullah saw menerima dgn hati yg terbuka maafkan Umar. Akhirnya Umar Al-Khattab menjadi Khalifah Islam yg agung dan dijanjikan Allah syurga ke atasnya.

      Abu Sufyan bin Harith Abu Sufyan bin Harith.........dulu musuh utama Rasulullah saw......dia memerangi dakwah Rasulullah. Saat kaum Quraisy menindas pengikut Rasulullah, Abu Sufyan selalu turut serta. Dalam setiap peperangan dgn org Islam, dia selalu berusaha membunuh Rasulullah. Abu Sufyan buat syair mencemuh maki hamun Rasulullah dan kaum muslim. Tapi akhirnya Abu Sufyan masuk Islam dan menjadi pahlawan yg menangkis tiap serangan ke atas Rasulullah di medan perang.

      Pada yg masih bencikan Tun.......adakah hidup kome mengikut contoh kafir atau Islam?? Sedangkan orang kafir pun tau menerima maaf dan memberi kemaafan.

      Jangan esok kebencian yg dibisik Iblis pada kome akan merugikan agama, bangsa dan tanahair. Kebencian tak dapat selamatkan negara kita.

      Kome kena ingat anak keturunan kome akan duduk, makan minum, hidup di sini. Apa jer kesan yg datang dari kebencian hari ini akan terkesan jugak atas generasi kome nanti.........sedangkan kalo kome pikir dalam2 dan betol2........banyak kebaikan dan kejayaan yg dapat dicapai bersama dengan bermaafan dan berdamai.

      Mana yg lebih penting......emosi dan dendam.......atau agama, rakyat dan negara??? Mana yg kome dulukan yeop??

      Dalam keadaan negara yg dah rosak ni pon kome masih ada masa nak bercakaran sesama sendiri?? Sedang DS Anwar, isteri, anak2nya dan Tun Mahathir, isteri dan seluruh keluarga mereka dah berdamai. Mereka dah duduk semeja sepentas........dan komited fokus kepada kerosakan negara yg berlaku dan komited untuk menang PRU14.

      Cuba tanya......bila pembangkang bercakaran.....sape yg rugi......pembangkang atau penyamun??

      Tolong pikir sedara semua demi anak keturunan kita sebelum terlambat.....

      Delete
    5. Anon 00:18

      Dosa Tun pada Allah, biar Allah yang tentukan. Dosa Tun kepada Keluarga Anwar biar keluarga Anwar yang selesaikan. Dosa Tun kepada rakyat... Tun sendiri dah nyatakan... Dipersilakan ambil tindakan.... Apa lagi yang kamu mahu???

      Allah SWT mengampunkan hambanya. Rasullullah SAW memaafkan musuhnya malah menyantun yahudi buta yang sentiasa mengutuknya.

      Kamu pula.... Apa darjat kamu untuk terus berdendam tak sudah-sudah. Lebih tinggikah darjat kamu dari Allah SWT atau Rasulullah SAW????

      Delete
    6. 0018..cara kau berfikir menunjukkan tahap pemikiran.mu yang sempit..najib si perompak pun bole berbaik dengan tok haji lebai untuk menang pilihanraya..salahkah tun mahathir berbaik dengan anwar untuk menumpaskan si perompak? Makes sense la sikit..jangan hidup seperti dalam gua

      Delete
    7. 0018..kau taknak komen kenapa tok haji lebai sanggup berbaik pula dengan najib si perompak?

      Delete
    8. Aku bukanla minat sangat dengan PKR lagi2 DAP tapi kalau itu je caranya bersatu nak tumbangkan najib perompak aku sanggup utk vote against BN dan alliance dia..demi untuk anak2 aku dan cucu cicit aku

      Delete
    9. Maknannya Mahathir dulu memang jahatla!!
      Sekarang dah insaf dan nak buat baik..

      Maknnya dulu reformasi memang bagus ...cuma Mahathri ajer yg tak bagus masa tu

      Tak payahlah nak sama kan Mahathir dengan sahabat nabi lebih lebih lagi dgn sayyidina Umar....jauh sgt bezanya..

      Masalah kau ialah tuduh orang lain macam macam...kata Najib perompak la....

      Siapa yg kata najib perompak???

      Mahathir siapa pulak?? Bapak perompak ke?

      Delete
    10. anon 11:15...

      kau sanggup vote against BN just because demi anak cucu cicit kau . lagi pun kau tak suka dgn PKR dan DAP..

      Nampak sangat kamu ni dah keliru!!!

      Nasib cucu cicit kita Allah dah tentukan..
      Siapa kata Najib perompak??
      Mahathir tu siapa pulak? Bapak perompak!!

      Bapak perompak (Parti cap bunya) yg kau nak sokong jugak ke???

      Delete
    11. Keh3.. nasib anak cucu Allah dah tentukan. Najib curi duit rakyat Allah dah tentukan. Jadi Najib tak salah. Allah yg salah..

      Delete
    12. Camtu terima je lah najib perompak memerintah kikikiki

      Delete
    13. Anon 11:39 dan Anon 11:46

      Kau ni faham tak bagaimana menerima qadha dan qadar Allah beserta amar makruf nahi mungkar????

      Delete
    14. Yg baik dari allah. Yg jahat dari kita.

      Delete
    15. 1201,baik lah..kita pakai ramai2 buat derma kilat kat najib..sian,najib dah takde duit..
      qadha dan qadar najib beli jet peribadi..qadha dan qadar anak najib buat filem blue..qadha dan qadar kem sg besi dah kena jual..qadha dan qadar TNB dan proton kena jual..qadha dan qadar felda bakal menerima nasib yg sama..
      Jgn kata kami ini bodoh tak faham apa itu qadha dan qadar..jika kemungkaran berlaku depan mata,percakapan putar belit dan org yg sepatutnya boleh menegah perkara ini kau suruh diam..dan kau sekarang ni cerita qadha dan qadar..kau belajar kat pondok mana ni..?
      Kau tahu apa itu amar ma'ruf nahi munkar..?lakukan kebaikan yg disuruh,tinggalkan kemungkaran yg ditegah..jadi ada ke pemimpin kau lakukannya sekarang ni..najib sekarang ni ikut perjalanan qadha dan qadar atau ikut kehendak nafsu yg menghasut dan kau suruh kami diam..??
      Betol2 la kau ni..

      Delete
    16. PAS Selangor akan menghantar surat kepada Sultan Selangor minggu depan berhubung isu pembekuan peruntukan untuk wakil rakyat dan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) parti Islam itu.



      Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, berkata surat itu bertujuan memaklumkan sultan mengenai isu sebenar dihadapi adun dan penyelaras PAS di negeri itu.

      “Kita hantar surat bukan nak cabar sesiapa pun. Kita nak beritahu Sultan Selangor cerita yang betul. Itu sahaja. Bukan nak minta tuanku campur tangan ke apa.

      “Tuanku sebagai payung kepada rakyat dan kita nak maklumkan sebab rakyat sentiasa bertanya. Rakyat dalam keadaan runsing (kerana) tiba-tiba tak dapat bantuan mereka,” katanya kepada FMT.

      Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mengalu-alukan PAS menulis surat kepada Sultan Selangor berhubung isu tersebut.

      “Silakan (tulis surat kepada istana),” kata timbalan presiden PKR itu.

      Pada 6 Februari lalu, PAS Selangor memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pengerusi Pakatan Harapan negeri itu, jika beliau gagal memenuhi tuntutan mereka untuk mengagihkan peruntukan negeri kepada adun dan penyelaras DUN PAS sebelum sambutan Tahun Baru Cina, 16 Februari lalu.

      Sallehen dilaporkan berkata, PAS akan menulis surat kepada Istana Selangor dan menggesa Jabatan Audit Negeri serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat isu itu kerana Azmin enggan memberi kebenaran bertulis untuk adun PAS diberikan akses kepada dana itu.

      Difahamkan, pembekuan peruntukan RM800,000 kepada setiap adun Selangor itu hanya membabitkan wakil rakyat PAS dan didakwa bertujuan mencantas khidmat mereka kepada penduduk setempat menjelang pilihan raya umum ke-14.

      Mengulas lanjut, Sallehen berkata, beliau akan mewakili adun dan penyelaras PAS menyerahkan surat itu kepada Istana Selangor kerana Azmin enggan memberi peruntukan itu selepas pelbagai usaha dilakukan wakil rakyat parti Islam itu.

      “Proses berjumpa dengan Azmin sudah ada Adun yang sudah buat. Ada yang sudah tulis surat pada dia. Dia tetap tidak bagi, jadi memang niat dia tak nak bagi,” kata adun Sabak itu.

      Delete
  4. YESSSSSSSSSSSSSSSSSS Bro!!!,start work..PH+Bersatu.Humbankan umno/pas.Pastikan PR14 Kali ni BERJAYA.


    INI KALI LA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. YESSSSSSSSSSS Bro!!! Kita start work. BN dan PAS akan humbankan pakatan harapan yg tak ada harapan serta parti cak bunga....

      Allah sentiasa bersama dengan BN/UMNO

      Insya Allah....Bn akan menang bergaya dlm PRU 14 nanti...

      Percayalah, akan ada byk kejutan akan berlaku dan pembangkang akan hilang isu untuk di spin.

      Mahathir akan jadi liability kpd pembangknag.

      Pembangknag akan kalah teruk disebabkan Mahathir...

      Delete
    2. Ada bebelan dari macai suka piss tokong yang sebut orang cina sokong PIS(maksudnya untuk menganjing kepada PAS) sebab mereka tak faham Islam.Pelik dan kelakar bunyinya tapi itulah kerja macai suka piss tokong sampai bila bila.Ada ker orang cina tak faham Islam sokong PAS, bunyi macam berbeza dari era lalu terutama era Mahathir jadi presiden Umno di mana ketika itu orang cina tak sokong dan takut pada PAS sebab tak faham Islam tapi hari ini kaki piss gila babi sebut orang cina sokong PAS kerana tak faham Islam.Ngok bin bebal.



      Satu lagi ngoknya, dia sendiri simacai yang berugama Islam tak sokong PAS tapi sokong parti liberal, apa ke jadahnya? Dia faham Islam ker? apa hal orang yang faham Islam sokong parti liberal, sokong LGBT, sokong pondan dan sokong athies?

      Entahlah tak tahu nak cakap, alih alih nanti dia piss lagi kat sini.Tapi tak apalah, itu kerja dia piss merata rata, lagipun dia menang suka piss pada artikal artikal macam ni, artikal yang menolak liberal! Kita tolak liberal sebab kita ada Tuhan, Tuhan kita Tuhan sekelian alam dan maha berkuasa atas segala galanya.Tangan yang digunakan untuk mengetuk keyboard ni pun dapat digunakan dengan izin Tuhan juga bukan sendiri sendiri kuat.

      Tuhan kita yang beri peringatan supaya menolak liberal menerusi banyak ayat ayat quran dan dari sabda sabda baginda Nabi.Maknanya kita bukan suka suka tolak liberal tapi sebab perintah Tuhan.Begitu jugalah kita berjuang untuk menegakkan hukum Tuhan juga sebab Tuhan yang perintah kita.

      Tapi macai piss liberal senang senang jer melawan.Macamlah dia tu kuat sangat, nak cabut bukit sebiji pun tak mamapu.Macai piss mewakili seluruh warga liberal dalam parti politik yang lawan hukum Tuhan.Dengan menggunakan nama Tuhan mereka melawan hukum Tuhan, dengan menggunakan Rahmatanlilalamin yang sebenarnya ditujukan kepada Nabi mereka melawan hukum Tuhan dan kerana liberal mereka gunakan apa saja asal menguntungkan mereka.

      Kalau nak ajak mereka merenung sejenak hujah mereka yang kata cina sokong PAS kerana tak faham islam, haram jadah mereka tak akan punya.Jadi apa kata kita yang Islam dan faham betapa perlunya berusaha kembali kepada carahidup Islam merenung untuk mereka.Satu renungan yang baik dan berfaedah untuk kita semua iaitu bukan kerana tak faham Islam tetapi kerana tak mahu lagi hidup dalam suasana liberal lah sebenarnya membawa orang cina sokong PAS sebab PAS lah satu satunya parti politik yang tidak liberal.

      Kalau dulu masa Mahathir jadi presiden Umno, orang cina sering ditakutkan dengan PAS, PAS dipromosi sebagai pengganas, PAS disebar luaskan sebagai parti yang suka potong tangan orang dan bermacam macam lagi ketakutan kepada PAS direka oleh Mahathir.Tapi sekarang semakin ramai orang cina yang nampak PAS adalah satu satunya alternatif bagi mereka keluar dari pengaruh liberal, itu sebab mereka sokong PAS bukan PIS yang gemar disebut oleh kaki PISS!

      Delete
  5. .

    Anwar di dalam penjara.

    Mahathir 92 tahun.

    Apa alasan saya untuk membiarkan UMNO dan Najib menjahanamkan negara dan bangsa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berat tuduhan kamu!!! UMNO dn Naib menjahnamkan negara bangsa??

      Cerita sikit apa yg Najib buat untuk menjahanalan negara dan bangsa??

      kalau sekadar cakap, orang dah muak!!!
      Sebab kenyataan tu keluar dari hati yg dengki dan dendam..

      Tak tahu bersyukur!!!

      Delete
    2. Anon 11:28

      Apa yang kau tanya ni????

      Quote "Cerita sikit apa yg Najib buat untuk menjahanalan negara dan bangsa??"

      Menjahanalan tu apa????

      Delete
    3. Bersyukur korok mung..

      Delete
    4. Kepada 1205,

      Anon 1128 tu la contoh terbaik "menjahanalan" tu gamaknya

      Bebelas tahun pegi sekolah dan betahun2 dok unibersiti pun aku xpernah dgr istilah tu

      Dalam Google pun xada

      Dahysat penangan dedak peram kincin balut dalam serban ni rupanya

      Delete
  6. Reformist+ppbm+pkr+dap+amanah+bersih+warisan+bloggershebat2

    LAWAN =bn+pas+tv3+tv2+tv1+utusan+br1m+SPR+JENTERA KERAJAAN

    Here we go,kenali kawan dan lawan kita,buat strategy,Muhyidin pengarah PR13 BN Combine Azmin pengarah PR13 PR.bILA MEREKA combine pada PR14 Nanti tentu strategynya PALING MENARIK....

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are not a politician if you don't have any enemy. The significant event happening here is he bearded the lion in his den.

      Delete
    2. hehehe....kau akan kalah la...

      Insya Allah....Bn akan menang bergaya dlm PRU 14 nanti...

      Percayalah, akan ada byk kejutan akan berlaku dan pembangkang akan hilang isu untuk di spin.

      Mahathir akan jadi liability kpd pembangknag.

      Pembangknag akan kalah teruk disebabkan Mahathir...

      Muhyiddin dan Azmin tak ada karektor dan aura pemimpin yg bagus..

      Macam lalang!! Bergantung kpd angin mana dan dari mana yg bertiup.. hampeh!!!

      Delete
    3. Anon 11:30

      Kau baru bangun tidur ke????

      Cuba type "sokongan rakyat kepada BN" dalam Google dan baca apa yang keluar

      Delete
  7. Saya juga adalah pendokong Dato Anwar Ibrahim malah ikut terkesan selepas beliau dipecat dan aidakwa bermacam tuduhan ketika era Tun M dulu. Namun melihatkan kesediaan Dato Anwar Ibrahim sendiri (iaitu sosok yang lebih sengsara dan memikul beban dibahu) berkerjasama dengan Tun M demi Malaysia, siapalah saya untuk menolak Tun M akibat perbuatan beliau dulu terhadap Dato Anwar Ibrahim, tubuh badan yang menanggung segala galanya. Namun untuk lebih meredakan lagi amarah sebahagian besar penyokong tegar Dato Anwar Ibrahim iaitu otai otai reformis, ada baiknya Tun M secara terbuka juga memohon maaf (kerana saya yakin Dato Anwar Ibrahim juga telah lama memaafkan beliau). Selebihnya biarlah Allah yang tentukan. Tugasan kita semua ialah untuk selamatkan Malaysia dan menjadikan negara ini lebih baik dan selesa untuk semua golongan masyarakat. Maka tidak lain dan tidak bukan, regim Najib Razak dan UMNO BN wajarlah ditamatkan riwayatnya pada GE14 akan datang. Insyallah dengan bekerjasama dan melupakan sementara sengketa lama, Pakatan Harapan akan mampu menumbangkan UMNO BN. Dan andai Pakatan Harapan gagal menunaikan segala janji dan memberi lebih baik dari apa yang ada hari ini kemudian nanti, adalah ditangan kita jua untuk tumbangkan juga mana mana jua parti dan pemerintahan yang gagal merealisasikan harapan rakyat. Masa kian singkat kini dan perseteruannya perlu ditamatkan seketika.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas Anon 23:56,,,
      Kita mesti bersatu untuk tumbangkan kumpulan iblis laknatullah.

      Delete
    2. Seperti yang diulas Anon 23:56...

      Yang punya badan dah memaafkan, siapa kita untuk jadi lebih sudu dari kuah????

      Ingatlah amaran Anon 23:56 dan kami semua wahai PKR, PPBM dan Amanah... Jika kamu gagal merealisasikan harapan rakyat selepas menguasai kerajaan, kamu juga bakal kami tumbangkan pada PRU yang mendatang.

      Delete
    3. Kepada parti2 Pakatan dan penyokong2.....jika hanya kerana emosi dan kebencian menjadi sebab kamu gagal melepaskan rakyat dan negara ini dari kerosakan besar........maka tak ada bezanya kamu dengan Penyamun & Co.

      Campakkan emosi dan dendam anda dan berjuang demi rakyat dan negara.

      Ini tanahair tempat hidop dan mati kita sudah mula tergadai.....rakyat dipercacaikan......sila celikkan mata....bersatu PPBM, PKR, Amanah dan DAP.....berjuang untuk jatuhkan kleptokrasi demi rakyat.

      Delete
    4. anon 01:29....betul berstau kita tumbangkan kumpulan iblis laknatullah.....iaitu DAP dan sekutunya

      Delete
    5. Kalau pembangknag menang siapa jadi PM dan timbalan??

      nanti pru 14 tanding guna logo apa??

      Dh tubuh pakatan harapan ke??? siapa presiden dia??

      Kenapa parti cap bunga tak join pakatan harapan???

      Pembangknag memang hampeh, mengelirukan, memperjudikan nasib rakyat, penipu dan tak konsisten..

      Lebih baik aku sokong BN....no choice sebab tak ada alternatif yg baik. pembangknag kucar kacir, masing masing memperguna antara satu sama lain yg kesdudahannya tak ada siapa yg tahu....Bakal PM dan timbalan pun tak tahu...

      Delete
    6. Anon 11:37

      Kalau Najib gagal jadi MP Pekan, dia jadi PM juga ke selepas PRU14

      Delete
  8. EJEKAN REFORMIS ITU TANDA TANDA ANWAR BAKAL KENA KAN MAHATHIR DI RCI
    Nampak gaya nya Anwar dan orang orang hard core nya belum memaafkan Mahathir lagi.

    Jika ikut kan lojik pun begitu lah nampak nya,

    Sedang Anwar berada di kemuncak karier politik nya tiba tiba dia di hadapkan ke mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa dan juga tuduhan meliwat.

    Boleh dikatakan jawatan Perdana Menter Cuma sejengkal sahaja dari Anwar Ibrahim , tahu tahu sudah merengkok dalam penjara, was so near yet so very far.

    Ketika mahu menyeret Anwar kedalam penjara habis semua tilam bantal di pikul oleh Polis ke mahkamah untuk membuktikan kebenaran kes liwat.

    Kemudian dalam buku author biography nya Mahathir menyatakan dia banyak melakukan kesilapan dalam pentadbiran nya, namun menyingkir Anwar bukan salah satu dari kesilapan itu.

    Begitu yakin Tun Mahathir pada pendirian Anwar bersalah.

    Tup tup , tiba tiba sejak mahu mendapat sokongan penyokong PKR ,Mahathir berlagak seperti Anwar tidak bersalah dan mengadap Anwar 2 kali d mahkamah.

    Apa yang sangat pasti adalah Anwar sudah berada di puncak politik nya tetapi dirampas kedudukan nya dan terus dimasuk kan penjara dan kini Mahathir mengharap Anwar akan melupakan nya.

    Rakyat juga boleh lihat bagaimana orang UMNO bersungguh pertahankan Mahathir ketika berhadapan dengan Anwar namun di khianati oleh Mahathir dengan bersekongkol bersama PKR.

    Maka hari ini apabila Mahathir di ejek dan di perlakukan di seperti seorang pariah politik konvensyen Reformis jelas dan nyata penyokong hardcore Anwar belum memaafkan nya.

    Cara mereka dengan spontan melaungkan kata kata sloga reformasi dan bebas Anwar menjelaskan mereka tahu semua itu angkara Mahathir dan Anwar belum habis memaafkan Mahathir lagi.

    Tambah lagi tahun tahun dan umur berguna Anwar terhabis di dalam penjara tidak dapat di lupakan oleh mereka.

    Mahathir mendekati PKR hanya melalui Azmin dan bukan melalui keluarga Anwar atau Anwar sendiri.

    Keluarga Anwar juga belum memaafkan Mahathir.

    Itu kita boleh lihat dengan jelas.

    Apa pun mesej yang boleh kita dapat dari pemerhatian ini ada lah Anwar akan membalas nya pada siasatan RCI.

    RCI ada lah platform dimana Anwar “will tell the truth , nothing but the truth” .

    Dengan penyokong tegar nya mengejek ejek dan memperli Tun Mahathir ketika di konvensyen , kita boleh andaikan hanya Azmin sahaja yang menerima Mahathir tetapi bukan mereka yang hardcore Anwar dan penyokong Anwar dan keluarga.

    Amat benar lah kebijaksanaan Najib yang sentiasa di pandang rendah oleh pihak Tun dan pembangkang, kini dapat merasakan pukulan terhasil dari tindakan Najib mengujudkan Task force dan kemudian nya RCI.

    Kerana tindakan ini 3 serangkai terpaksa memilih sama ada mahu selamatkan diri atau orang lain.

    Dari apa yang kita boleh andaikan berkenaan pendirian Anwar pada RCI nanti , lihat sahaja lah cara penyokong nya melayan Mahathir di konvensyen Reformis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toksahlah cucok jarum kek sini jang oooiii,enuff is enuff.RAKYAT SEBONARNYA NAKKAN PERUBAHAN,JIKO PEMBANGKANG BERSATU TANPA PAS..INSYALLAH BERJAYO KALAHKAN BN/PAS

      Delete
    2. 25.37 . Awak tau ke yg keluarga anwar tak maaf kan tun. Awak Dan jumpa keluarga anwar. Biasanya jenis 2 mcm awak ni jijik dgn keluarga anwar. Jadi mane Awak dpt maklumat tu. Dari blogger 6 % ke.. Saya penyokong anwar Ibrahim dari Dulu hingga kini. Memang terasa Apa yg tun dah buat. Tapi mcm Saya cakap semalam. Rakyat tetap selesa,tak terbeban dgn kos Sara hidup Dan takde GST. Buat ape Nak ingat benda lama. Tuan punya badan tak kata Apa. Sape la kita yg org luar Nak menyibuk hal Maaf memaaf ni. Belajar memaafkan org lain. Percayalah hidup lagi selesa tanpa dendam, Dan 1000 kali lebih selesa tanpa GST. (Ha yg tu Saya kata).

      Delete
    3. Yang sembang banyak kat sini ni kenal sangat ke dengan Bang Non? Rapat sangat ke? Kenal sangat ke dgn TunM? Takat menganalisa dari luar menggolok badan atas kata² semangat amarah dan kekecewaan jangan sembang lah kalau tak tahu cerita. Ada baik mengambil iktibar menganalisa segala perjalanan serta lenggok pemimpin politik yg disayangi akur serta gunakan akal fikiran. Apa yang terbaik. There's no friend in politics nor enemy .. its about survival of the fittest. Salam.

      Delete
    4. Kumpulan reformis tu harapkan nama saja yang gah.. habuk pun tarak..anwar masih didalam jugak. jauh sekali dari memajukan negara..cari makan bahh..

      Delete
    5. "Nampak gaya nya Anwar dan orang orang hard core nya belum memaafkan Mahathir lagi."

      Tak ramai. Ha nya segelintir yang berteriak di sana sini antara hadirin di upacara itu.

      Delete
    6. Anon 23.57,
      Kenyataan kamu banyak syok sendiri dari fakta..jgn la kamu mengada ngada menyatakan anuar akan mengenakan dr mahathir di RSC nanti kalau kamu tak faham fakta kes dan tak tahu pun apa sebenarnya berlaku. Dr mahathir tiada direct impact tapi anuar dan ts mohd nor yaakob ada direct impact sebagai menteri kewangan dan penasihat BNM , kita sebagai orang islam yg beriman tak baik berburuk sangka apatah lagi cuba mereka -reka cerita jahat. Melainkan kamu orang fasik saja yang suka hidup sebegini.

      Saya tak heran ada sesetengah manusia masih menyimpan kebencian terhadap orang lain kerana mereka hanya nampak salah orang tapi tak pernah sedar salah diri sendiri dan sering tidak mahu menerima kenyataan yang kita pun ada membuat kesalahan..manusia sebegini sama la seperti iblis semasa dihalau Allah,swt dari syurga kerana terlalu sombong tidak mahu menerima kenyataan dan kelemahan diri disisi pencipta.

      Jadi sebagai orang yang mengaku beriman kepada allah swt sentiasa la kita beristigfar dan memohon hidayah kepada nya. Kalau tak mampu berbuat demikian dan masih berdendam dengan ilusi lepas yg datang dari ego sendiri maka sama lah kamu semua sama dengan iblis dan jadi la orang fasik selamanya.

      Delete
    7. Mahathir dah terdesak.....

      PRU 14 is the last chance for the good of his chronies....

      Kalau kalah , dia akan dikutuk oleh kroni dia sampai mati sebab tak bantu mereka...

      Delete
    8. Anon 11:40

      Apa yang Mahathir ada. Kuasa PM???? Dah bersara
      Polis pengiring???? Tukang masak???? Dah tarik

      Nak bertanding PRU???? Umur dah 92

      Tak payahlah nak memburuk-burukkan Mahathir tak tentu pasal

      Delete
  9. BUDAYA ‘U-TURN’, DARI MAHATHIR MEREBAK KE DAP PULA…
    Sebelum ini, pihak pembangkang terutama parti DAP yang bersungguh-sungguh mengkritik dan menuduh kerajaan mahu jual negara apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbaik dengan kerajaan China bagi menarik pelaburan ke Malaysia.

    Malah parti yang dimonopoli pemimpin Cina yang rasis dan cauvunis itu cuba menjadi batu api untuk merosakkan hubungan antara Malaysia dan kerajaan China.

    Namun kini menjadi sebaliknya apabila satu kumpulan ahli DAP yang diketuai oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula yang terhegeh-hegeh jumpa Duta besar China ke Malaysia.

    Nampaknya DAP kini sudah berjangkit dengan ‘penyakit’ ‘U-turn’ dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Apa-apa pun, apa kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dan ahli-ahli PPBM lain tentang pertemuan DAP ini dengan China?

    Sebelum ini, Mahathir antara yang paling lantang mengkritik projek Forest City yang turut melibatkan pelaburan China dengan mencetuskan pelbagai andaian yang dilemparkan dari media Barat hingga menimbulkan kemurkaan Sultan Johor.

    Tetapi mungkin DAP sudah sedar tidak ada gunanya jika bergaduh dengan China.

    Ini kerana lebih baik ‘berkawan’ dari bergaduh dengan kuasa besar dunia ini dengan menarik pelaburan ke Pulau Pinang berikutan Foreign Direct Investment (FDI) negeri ini sejak ditadbir DAP semakin merosot dan merudum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aKU GENG REFORMIST NISSMILAN,kami dah lupokan apo2 maso lalu,Tunpun berani berdopan dgn kami,tun adalah lebih baik dari hadi tarbus,tun 92 tahun boleh relex2 macam badawi tu haa,tapi tun taknak,tun nampak najib punca segala masaalah kek Mesia ni haa..yg U-TURN sebornarnya ialah Hadi 90juto ruu haaa..penjual agamo..

      reformist bersamo tun..REAL bro.

      Delete
    2. U turn utk kebaikkan takpe. Jgn u Turn utk menyusah kan rakyat. Tu melingkup nama nya. Contoh isu BRIM. Tun yg tak setuju Tapi dia rasa rakyat memerlukan, ok, buat BRIM tanpa GST lagi. Sekarang ni BRIM cop GST. Mane best Walaupun Saya tak dpt. Tapi BRIM tun lagi best. Tak buruk siku. Dan bagi ambik balik, berganda ganda plak tu.

      Delete
    3. U Turn bermula dengan Najib dan kroni2 di kabinet nya.

      Bila skandal 1MDB meletup, di tanya, dia diam saja. Lepas itu dia mengaku ada terima RM2.6 bilion dalam akaun bank dia.

      Kemudian nya, di tanya dari siapa dan untuk apa? Diam lagi. Kroni2 nya keluarkan macam macam jawapan. Hingga seorang Hamba Allah senaraikan 40 jawapan yang berlainan dari kroni2 nya, yang juga menunjukkan U Turn.

      Hingga sekarang tak renti renti U Turn nya. Bila DoJ USA nak sita asset anak tiri dan kroni2 nya berkaitan "misappropriation of 1MDB funds and money laundering", senyap saja. Di ketahui bahawa Najib tak mahu terlibat dengan bicara di mana dia mungkin di arah dek Hakim hadir sebagai saksi. Terutama sebagai "MO1" = Malaysian Official No.1. Takut di soal dek peguambela bertalu talu hingga tersasul, menjadi skandal lain.

      Tapi, 1-2 minggu lalu anak tiri nya memfail dokumen nak melawan DoJ, bermakna akan ada bicara di mahkamah US itu.

      Bagus lah, peluang mendengar berbagai bukti seleweng 1MDB dan songlap berbilion Ringgit dari nya. Tapi, tak U Turn kepala hotak nya sekarang nak tanding di mahkamah begitu.

      Delete
    4. Aku rasa yg komen berjela jela saja je nak test dan tengok respon pro parti harapan.yang sebenarnya dia tau apa yang berlaku dan mustahillah tak faham2 keadaan di negara kita..mungkin najib suruh dia masuk blog2 anti najib untuk update keadaan semasa

      Delete
    5. Betulke Pomen smart kau geng reformis???

      Tak cayalah...

      Ramai geng reformis memang masih tak boleh nak maafkan mahathir

      Itu aku kata, Mhathir is a liability for pembangknag!!!

      Takut takut dia ni trojan horse Najib tak..

      Nak musnahkan pembangknag dari dalam

      Delete
    6. Anon 10:51...tak ada apa nak test...

      Sekadar nak memberi komen sahaja...

      Sekadar nak menyedarkan puak puak yg dah taksub sangat berita fitnah...supaya membuka minda. Itu pun kalau mereka benar nak mencari kebenaran.

      Delete
    7. Kebenaran yang semua orang tahu

      GST membebankan rakyat.
      Kenaikan harga minyak petrol/minyak masak membebankan rakyat.

      Delete
    8. Bukan geng reformasi. Tapi penyokong anwar dari dulu.

      Delete
  10. Selepas Hampir 20 Tahun Laungan 'Mahafiraun' Bergema di Konvensyen Reformis, Shah Alam
    Ramai pejuang2 reformasi yang bermula sejak tahun 98 dulu sedar kepayahan yang dilalui dulu, atas sebab apa reformasi bermula dan siapa yang ketika itu jadi musuh ketat mereka. Gerakan reformasi bermula sejak anwar dihumbankan dalam penjara, pejuang2 reformasi dulu percaya kalau dibiarkan Mahathir terus memerintah maka keadaan akan jadi lebih buruk, korupsi,nepotisma semua-nya akan terus berleluasa . Niat mereka pada ketika itu hanya nak "selamatkan negara" dari Mahathir. Sama seperti yang berlaku pada hari ini, cerita Mahathir korup, skandal FOREX, Memali dan macam-macam lagi dijaja dalam ceramah-ceramah, rakyat dimomokkan supaya Mahathir wajib dijatuhkan kalau nak "selamatkan negara"

    Hari ni dalam Konvensyen Reformis di Shah Alam , Mahathir yang datang secara mengejut di'sergah' peserta-peserta konvensyen itu. Menurut artikel yang dikeluarkan portal Malaysiakini, kehadiran Mahathir disambut dengan laungan REFORMASI , BEBAS ANWAR dan malah ada yang tanpa selindung meneriak kembali panggilan terhadap Mahathir yang agak popular satu masa dulu 'MAHAFIRAUN' . Nampaknya luka lama, pejuang-pejuang REFORMASI ni masih belum terubat walaupun Mahathir kini dah duduk sepentas dengan mereka.Mungkin ada yang kena humban dalam penjara dek gerakan REFORMASI sehingga anak bini terbiar dirumah, mungkin mangsa2 ISA masih berdendam. Mahu tak mahu Mahathir terpaksa tebalkan kulit muka untuk terus bersama-sama dalam majlis berkenaan.

    Semasa ucapan alu-aluan , Pengerusi Reformis Malaysia , Saari Sungib berkata mereka disitu hanya akan bersama-sama beliau jika Mahathir turut bersama dalam kempen BEBAS ANWAR, dan dengan hati yang ikhlas meminta maaf atas kesilapan sepanjang menjadi PERDANA MENTERI . Kalau dilihat ego Mahathir, ramai boleh mengagak beliau tak akan berbuat demikian . Tindakan meminta maaf itu hanya menjadikan beliau kelihatan sangat-sangat hipokrit . Dah berdiri sepentas dengan Kit Siang satu cerita, nak minta maaf pulak satu cerita lain . Jatuh standard Mahathir kalau buat macam tu, minta maaf segala kesalahan ?? Apa yang dibuat Mahathir sepanjang pemerintahan jadi PM dulu adalah sesuatu yang dibangga puak-puak PPBM , dan modal itu diguna untuk membandingkan dengan apa yang dilakukan Najib sekarang ... kalau Mahathir minta maaf maksudnya modal tu dah tak boleh pakai lagi . Jatuh 'standard' lah dengan pemuja-pemuja .

    Bila dah tak ada cara lain ... Mahathir dalam ucapannya berkata seperti berikut ;

    "Apa yang utama (difikirkan semua pihak) ialah, apakah kita boleh bersatu dan jatuhkan kerajaan Najib.

    "Lepas itu kalau nak ambil tindakan ke atas saya, ambik laaa..."


    Ambil tindakan ? Itu kata-kata penyedap hati saja ... Ingat pemuja-pemuja Mahathir dari PPBM tu nak biarkan saja geng-geng REFORMASI itu ambik tindakan terhadap beliau ??? Mahathir dah boleh baca semua tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuasa dlm Tangan ape pun Boleh buat. Cuma tak faham Ngape taknak buat. Pasal tengah cari point Nak humban tun dlm penjara. Tapi tak dpt. Kalau ada pun, aku dlm cabinet Dulu. Tapi aku senyap je. Ni yg jadi tepuk dulang. Yg bising lebih adalah golongan yg masih isap botol masa tu. Termasuk Saya.

      Delete
    2. "korupsi, nepotisma semua-nya akan terus berleluasa."

      Apa kah sekarang dah tak ada?

      Atau bertambah lebih banyak lagi, melanda landa?

      Apa kah tindakan di masa lalu di hentikan bila keadaan melanda landa sekarang? Di mana lojik nya?

      Apa kah perasaan marah di masa lalu lenyap bila si polan tak lagi pegang kuasa? Mengapa tak di gagahkan sekarang di zaman Najib, di mana korupsi, nepotisma, kronisma berlipat ganda?

      Delete
    3. Reformis anwar yg tak nak berubah tu la bodo piang...tapi apa nak kata mmg ada puak2 begitu..dulu waktu jepun serang malaya, berapa ramai orang benci jepun..sekarang tengok berapa ramai org pakai kereta jenama jepun..benda yg baik kita supportla..Tun habaq kat hangpa, ada benda lebih besaq dari persengketaan pkr dan tun...anon 00:12 kata2 tun tu bukan penyedap hati tapi hang kena pikiaq skit la..tun dah 92 tahun usianya, agak2 hang berapa lama lg dia boleh hidup..apa tindakan yg hangpa boleh ambil..akai ada?

      Delete
    4. Bila dah tak ada cara lain ... Mahathir dalam ucapannya berkata seperti berikut ;

      "Apa yang utama (difikirkan semua pihak) ialah, apakah kita boleh bersatu dan jatuhkan kerajaan Najib.

      "Lepas itu kalau nak ambil tindakan ke atas saya, ambik laaa..."

      --> Mahathir dah desperate sangat. Malu lah sikit muka tu!!! ...
      Bertaubat itu lebih baik dari terus buat dosa dan memburukkan orang lain

      Delete
    5. Anon 11:48

      Tak ada sebab Mahathir nak malu

      Berani kerana benar
      Takut kerana salah

      Delete
  11. Tun Mahathir Di Boo Reformis
    Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kemunculan mengejut di majlis Konvensyen Reformis di Shah Alam hari ini dan disambut dengan sorakan - merai dan mengejek - daripada orang ramai.

    Bekas perdana menteri itu tidak tersenarai sebagai tetamu tetapi beliau muncul ketika panel pertama berucap dan untuk seketika menyebabkan ia terhenti seketika.

    Orang ramai yang menyedari kemunculan tokoh berusia 91 tahun itu kemudian menjeritkan "Reformasi" dan "Bebas Anwar" selain kecaman "Firaun".

    Bagaimanapun moderator berjaya mengawal keadaan tidak lama kemudian.

    Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan timbalan perdana menteri ketika beliau dipecat daripada kerajaan dan parti oleh Dr Mahathir pada 1998. Anwar yang sebelum itu amat rapat dengan Dr Mahathir kemudian telah dipenjarakan atas tuduhan liwat.

    Penyingkiran Anwar mencetuskan bantahan massa dan muncul kumpulan yang menyokong reformasi dan mereka menyalahkan Dr Mahathir atas pemecatan bekas anggota parlimen Permatang Pauh itu.

    Gerakan reformasi dimulakan Anwar selepas dipecat dan ia kemudian berkembang menjadi kempen mendesak supaya Dr Mahathir meletak jawatan.

    Konvensyen di Shah Alam itu dihadiri oleh ramai penyokong gerakan reformasi serta pemimpim pembangkang.

    Sebahagian peserta menyuarakan sentimen anti-Mahathir sebagai respons terhadap ucapan yang menyebut nama pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu.

    Sebelum itu, semasa memberikan ucapan alu-aluan Pengerusi Reformis Malaysia, Saari Sungib, bekrata mereka hanya akan menerima Dr Mahathir jika bekas perdana menteri itu menyertai kempen membebaskan Anwar.

    Satu lagi tuntutan mereka yang dinyatakan Saari ialah Dr Mahathir perlu meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan beliau sepanjang tempoh menjadi perdana menteri.

    Sementara itu bercakap kepada Malaysiakini, Saari yang juga ADUN Hulu Kelang memberitahu, mereka tidak menjemput Dr Mahathir datang ke konvensyen berkenaan.

    Sebaliknya, kata beliau, penyokong kuat Dr Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Bakar yang meminta supaya pemimpin BERSATU terbabit diberi ruang di majlis berkenaan.

    Permohonan itu dipersetujui, kata Saari, dengan syarat Dr Mahathir menegaskan kepentingan Anwar dalam perjuangan pembangkang mengalahkan BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka tak malu di boo macam mana pun dia selamba je.Apa kan tidak nya ini lah peluang terakhir beliau utk menyelamatkan diri dari RCI yg bakal di tubuhkan.

      Delete
    2. Rasanya tun sikit pun tak goyang dgn bapak rci ke atok rci ke..orang kalau jenis tak takut mati mcm tun ni baik otai reformist ke ape ke tun sanggup hadap..sedangkan yahudi pun tun 'basuh' di london tempat kafir,inikan pulak hmmm...bkn nak hina,tapi fikir logiklah..


      Kalau betol otai reformist mengatakan bahawasanya tun ini harus dihukum,sediakan bukti2 yg ada dan heret tun ke mahkamah..bwk la ke mahkamah dunia ke apa..jangan sampai tun bukak balik segala dokumen salahlaku yg melibat kan anwar..ramai yg percaya tun masih simpan dokumen tersebut sbb dokumen ni amat penting utk menjadi bahan bukti dan rujukan kelak..

      tun mungkin ada strategi sendiri dan mungkin mahu melihat sejauh mana kesungguhan penyokong2 anwar ini menjayakan agenda reformasi utk kebaikan negara..seorang negarawan sanggup berbuat apa saja demi negara walau dibenci oleh beberapa pihak..

      Jadi tak usahlah nak panjang2 cerita..jgn nak bertindak ikut emosi..jgn cpt tuduh org tua tu yg bukan2..siasat dulu..

      Delete
    3. Rasa nya 0017 Dan 0021 ni org sama bro. Sendiri cadang sendiri sokong. Nak buat cam ne. Nak lawan 94% terpaksa la. Payment Dah ambik. Tak berhujah kang miss soru. Bila berhujah org bangkang. Jadi paham je la. Dari Dulu masa kat blog putra merdeka Saya dah nasihat. Cari kerja. Kilang ke, restauran kfc ke takpe. Janji berkat. Ni lagi sanggup makan maki hamun org.

      Delete
    4. Lagi Kalau tun takut dia diam je. Lamtak la ape Nak jadi. Janji rahsia aku Selamat. Tu namanya berani kerana benar. Kalau dia org berani, mesti ditubuh siasatan diraja. Errr! Apa siasatan diraja ye. Siasat mcm mane Lori bleh rosak Saya tau la. Hehehe.

      Delete
    5. Mahathir tahu ...semua rahsia dia akan dibongkar semasa kempen PRU 14 nanti...Untuk mengelakkan dia ditangkap dan dimasukkan kepenjara, kerajaan mesti ditukar. Sebab ti kena baik dengan DAP dan Anwar sebab mereka nilah dulu yg tahu semua rahsia Mahathir....

      Untuk cover diri, dia terpaksa jilat mereka mereka ni iaitu DAP dan Anwar sebab takut di ambil tindakan undang2 dan masuk penjara

      Delete
    6. Anon 11:51

      Kau tak faham bahasa Melayu ke????

      Quote: "Apa yang utama (difikirkan semua pihak) ialah, apakah kita boleh bersatu dan jatuhkan kerajaan Najib.

      "Lepas itu kalau nak ambil tindakan ke atas saya, ambik laaa..."

      Pernah dengar orang umur 92 tahun kena penjara????

      Delete
  12. Yang manakah berada di jalan Allah
    DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | 25 Februari 2017.
    Ada orang berjuang di medan jihad kerana semangat. Ada yang berjuang kerana berani. Ada yang berjuang untuk menunjuk-nunjuk. Yang manakah berada di jalan Allah. Demikian soalan para sahabat kepada Baginda SAW. Baginda menegaskan:

    مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا ، فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

    "Sesiapa yang berperang (berjuang) dengan tujuan Kalimah Allah menjadi yang tertinggi maka dialah yang berada di jalan Allah." (Hadis riwayat Muslim)

    Berkata Ibnu Daqid Al-'Iid: "Hadis ini mengandungi dalil wajib ikhlas dalam berjihad". Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah.

    Demikianlah mereka yang memperjuangkan pindaan Akta 355, semata-mata supaya Islam ditegak dan diperkasakan di negara ini tanpa mempedulikan mereka yang membantah atau menimbulkan keraguan, merekalah yang berada di jalan Allah. Tiada harapan mereka melainkan mendapat redha Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikhlas ke bila buka sekolah tahfiz dll supaya dapat beli Q7????

      Imam kat kampung aku mengajar mengaji/hafalan tak mintak bayaran satu sen pun.... Itu baru buat semata-mata kerana Allah

      Check balik niat korang tu.... ye ke kerana Allah atau kerana nak menang pilihanraya????

      Delete
    2. Bini muda dapat Q7.

      Delete
    3. Ye la, ingat nak tutup bengkel. Nak pakai jubah ngan serban. Buka tahfiz. Jual agama lagi untung dari jual spana. (Ubah dailog p.ramli). Untung 2 boleh kawin 2 ngan pakai kate mahal.

      Delete
  13. MAHATHIR VS REFORMASI: DOSA SEGUNUNG TAK HILANG SEHARI
    PENERIMAAN Mahathir ke dalam Pakatan yang begitu ‘diraikan’ sebelum ini, rupanya, lebih kepada lakonan daripada realiti. Pemimpin Pakatan di atas mungkin boleh berpura-pura menerima Mahathir tapi hakikat dibawah, majoriti besar orang masih menyampah.

    Cakap pasal reformasi saja cukuplah. Yang masuk jail, yang kena ISA, yang kena sepak atas arahan Mahathir dan sebagainya, majoriti daripada mereka belum mati lagi dan lebih penting, belum lupa lagi apa yang Mahathir dah buat kepada mereka dulu. Bukan kaki Mahathirlah yang sepak tu tapi dia sebagai kepala yang menghancurkan gerakan reformasi dulu, bukanlah rahsia.

    Dengan berkata begitu, tidaklah penulis mengatakan gerakan reformasi ini benda baik. Reformasi ni sebenarnya gerakan sia-sia dari dulu sampai sekarang. Sekalipun dengan gerakan reformasi, 2 kali Anwar masuk penjara jugak, tak sia-sia namanya tu? Tapi kita taklah macam Mahathir, dulu segala buruk pasal reformasi ni, sekarang dah terhegeh-hegeh menunjukkan sokongan pulak.

    Maka tak hairanlah dalam Konvensyen Reformasi hari ini, Mahathir terima semula pembalasan atas apa yang dia pernah lakukan terhadap gerakan reformasi ini dulu. Dihina, diejek dan diperlekehkan, itulah yang Mahathir mendapat. Untung sebab dia dah macam itu (nyanyuk), perasaan segan, malu dan tak sedar diri, tak berapa nak ada lagi dah.

    Kemunculan Mahathir dalam konvensyen reformasi ini mungkin kerana terperdaya dengan pelbagai simulasi yang boleh dibuat-buat dalam media sosial, sehingga menyangka, semua penyokong Pakatan dah mula menyokong dia dah sekarang, apa sekali datang, kena ejek dan dicerca, padan dengan muka.

    Reformasi dengan Mahathir ni mana boleh bercampur, kalau bercampur, macam minyak dengan apilah. Apa gila Mahathir datang menyerah diri di tengah-tengah perhimpunan para ‘reformis’ itu, penulis pun tak terfikir. Terdesak sangat nak dapatkan keampunan dari mereka yang pernah dia ‘aniaya’ dulu agaknya?

    Tapi Mahathir kena ingat, dosa segunung, tak hilang sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg kena sepak terajang tu sendiri mau igtlah..tak tau cerita tiba2 naik angin dgn madey..tunjuk perasaan sana sini..ambik lah obat duduk dlm ISA diam2..

      Dosa segunung tak hilang sehari..kahkahkah,lawak sungguh kata pujangga kat atas tu..syahdu dan menusuk kalbu..

      Delete
    2. Apa yg awak susah hati tun Kena maki. Patut awak happy Pasal Awak tak suka tun. Tak Rasa Awak ni penyokong anwar. Confucius 00.22.

      Delete
    3. Wahai 0022,

      Sedar lah bahawa dosa kamu yang tak reti meletak batas sempadan kapada apa yang berlaku 20-30 tahun dulu dan "move forward" membaikki keadaan penuh mudharat yang ada sekarang ini ada lah dua gunung.

      Berhenti lah seketika, renungkan keadaan, bezakan mana yang lalu, mana yang sekarang perlu di baikki, mengapa dan untuk apa. Untuk rakyat jelata, tak lain tak bukan.

      Benar, dosa yang lama tak boleh di ketepikan begitu sahaja. Tapi, jika benar pun segunung, bukan kah Tuhan yang menilaikan nya dan yang mengambil tindakan di atas nya?

      Masakan kesusahan dan penderitaan rakyat di bawah pemerintahan Najib sekarang ini perlu di coba baikki dan atasi. Tidak akan bertukar selagi Najib memegang pucuk pimpinan.

      Ingat, jangan matikan pucuk, tapi gulingkan pemipinan nya di Pru14.

      Delete
    4. Pengampu-pengampu dah ketakutan bila Tun membuang egonya dan merendahkan diri kepada para reformis untuk kepentingan negara.

      Mulalah mereka cuba melaga-lagakan dengan perkataan 'terdesak sangat nak dapat keampunan'.

      Apa pun, hayatilah firman Allah dalam sural Ali Imran ayat 133 dan 134

      "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa." "(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."

      Delete
    5. Anon 08:06, pengampu2 tun yg takut ker atau pengampu2 najib yg takut? Cer pikio betul2...kihkihkih..

      Delete
  14. DIA ‘BUTA’ ATAU FAKTOR USIA?
    Sejak dia keluar dari UMNO dan berlaku khianat kepada parti yang menjulangnya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, ramai yang sudah ‘lain macam’ terhadapnya. Taring semakin tumpul, pemikirannya jatuh merosot teruk dan ‘penyakit’ lupanya semakin menjadi-jadi.

    Dia kemudian merapatkan diri dengan puak pembangkang, mungkin dengan harapan mencari sekutu politik. Apabila tertubuh parti ‘cap bunga’, semakin terserlah permainan politiknya bersekongkol denga pembangkang dan dia menyangka langkah politiknya itu tepat.

    Dia begitu akrab dengan DAP. Dia kemudian membantu PAN berkempen di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Menurut laporan media, sudah dua kali dia ‘menyembah mengadap’ bekas Timbalannya yang kini masih menetap di Sungai Buloh.

    Begitu terdesak sekali dia mahu bersekutu dengan pembangkang yang dia hina, yang dia ‘ludah’, yang dia ‘buli’, yang dia lakukan pelbagai gerakan politik. Sepanjang dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, apa yang dia tidak lakukan terhadap pembangkang di negara ini?

    Pada pandangan penulis, berkemungkinan besar dia menyangka bahawa dengan menjalin hubungan baik dan memuji-muji DAP, PAN dan PKR, maka pihak pembangkang akan menerimanya dengan mudah.

    Tapi, apakah dia fikir semudah itu Lim Kit Siang anak beranak, mendiang Karpal Singh anak beranak, Anwar Ibrahim anak beranak dan seluruh penyokong kepimpinan DAP, PAN dan PKR akan memaafkan dan melupakan segalanya dengan mudah?

    Untuk politik dan selagi ‘belum dapat’ apa yang mereka inginkan, pastinya orang tua itu akan terus diperkuda selagi ada nyawa. Selagi dia boleh bercakap dan merapu di atas pentas politik, maka selagi itulah DAP, PAN dan PKR akan ‘senyum’ padanya.

    Apakah dia fikir ‘senyuman’ itu menandakan dia diterima, dimaafkan dan segala perbuatannya dulu dilupakan? Dia fikir DAP, PAN dan PKR itu begitu ‘naive’ dan ‘ikhlas’ membentang karpet merah padanya?

    Penulis tidak rasa begitu. Selagi belum berjaya merampas kuasa dari BN, mereka akan terus bermuka-muka dengannya. Di depan mungkin manis, tapi di belakang, dia tahu apa yang diperkatakan? Dia tahu apa perancangan DAP, PAN dan PKR yang bermotif mengejar kuasa itu?

    Pada pandangan penulis, tahap pemikirannya semakin tumpul. Dia fikir segalanya akan baik mengikut perancangan permainannya? Apakah dia tidak sedar bahawa dirinya sendiri yang sedang dipermainkan puak-puak pembangkang itu?

    Tak dapat pucuk, akar pun berguna. Dan dia tidak sedar tentang dirinya yang kini menjadi ‘akar’ yang diperguna untuk pembangkang mendapatkan kuasa. Dia fikir DAP, PKR dan PAN itu semua bodoh-bodoh belaka?

    Dulu ketika dia berkuasa, mungkin benar sangkaannya. Tapi, kini selepas dia tiada kuasa, dia fikir mereka-mereka itu takut padanya? Pada penulis, permainan politiknya kini jauh ketinggalan di belakang malah hampir menjejaskan reputasinya sendiri.

    Dia dikejutkan puak Reformasi hari ini. Secara terbuka dan berdepan, lelaki berusia senja itu dimalukan. Itu yang di depan, yang di belakang? Jadi, eloklah dia tinggalkan saja pentas politik dan lebih baik cari tikar sejadah sahaja. Akan ‘celik’ lagikah dia di usia ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan umno naikkan tun. Tapi tun yg naikkan negara dan menjadikan umno naik. Tulis betul2 lain kali.

      Delete
    2. "lelaki berusia senja itu dimalukan. Itu yang di depan, yang di belakang?"

      Apa lah pendirian nak membalas dendam ini akan membawa kapada kebaikan kapada rakyat dan ummah?

      Fikirkan lah "yang di depan" - gulingkan Najib di Pru14.

      Yang di belakang? Cerita Saiful dsb nya itu dah lama di selesaikan dek Mahkamah hingga ke mahkamah tertinggi di negara ini - Mahkamah Federal.

      Ikuti lah "the rule of law". "The rule of the Islamic religion" and "of the Malay society" pun mengatakan tidak baik nak membalas dendam tak kehabisan.

      Allahuakbar!!!

      Delete
  15. PERANGI FITNAH, BERITA PALSU HABIS-HABISAN – NAJIB
    Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat bersama-sama memerangi penyebaran maklumat palsu yang menjadi ancaman baharu kepada kesejahteraan negara pada masa ini.

    Perdana Menteri berkata, serangan minda dan perasaan menerusi penyebaran berita palsu serta fitnah adalah lebih berbahaya dan ia dilakukan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda politik sendiri termasuk menjatuhkan kerajaan dipilih secara demokrasi.

    “Dakyah, fitnah dan maklumat palsu menerusi media sosial serta pemimpin tertentu dengan tujuan politik untuk menjatuhkan kerajaan merupakan ancaman bahaya dan sebab itu kita akan memeranginya habis-habisan.

    “Sebagai sebuah kerajaan, kita beri macam-macam kepada rakyat tetapi akibat berita palsu, perkara yang baik pun menjadi tidak baik atau kontroversi.

    “Contohnya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ada bekas pemimpin kata dedak, lepas itu kata rasuah dan kata kalau menang pilihan raya akan teruskan. Selepas itu dia pusing balik kata rasuah, dalam masa tiga bulan bertukar-tukar,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Negaraku: Komuniti 1Malaysia di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

    Yang hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PERANGI RASUAH DAN SALAHGUNAKUASA..HENTIKAN KERAJAAN KLEPTOKRASI - TUN DR MAHATHIR

      Delete
    2. Dgn ssk berani la ckp cam tu.

      Delete
    3. Najib bercakap pasal FITNAH, BERITA PALSU itu kalau di US sekarang ini di ketawakan, di keji dan di kutuk dek majoriti orang.

      Sebab Donald Trump, "kawan golof" nya, asyik mengatakan "false news .. the media is false" dsb nya, hingga CNN, New York Times dll di halang menghadiri press briefing dulu semalam menyebabkan keriau besau media massa di sana.

      Tak tahu nombor berapa Najib dapat giliran nak jumpa si Donald gila tuh - kalau nomber 50 di antara 190 negara2 di UN pun dah kira nasib baik.

      Terutama nya dalam keadaan heboh di US jugak sekarang bahawa si anak tiri Najib, Reza Aziz, yang banyak bulan dulu diam saja tak respon kpd tindakan mahkamah DoJ nak rampas asset dia dan kroni di US berkaitan "misappropriation of 1MDB funds and money laundering", 1-2 minggu lalu dia fail dokumen nak lawan di mahkamah US tuh.

      Delete
    4. Baru sebentar tadi CNN beritakan si Donald Trump, yang pegang jawatan Presiden USA, sendiri cakap kpd media bahawa dia "boring" dengan acara The Academi Award di Hollywood semalam itu dan mengata Juruacara yang paling bagus bagi nya ialah dia sendiri. Kan gila tuh.

      Patut dia suruh anak tiri Najib, Reza Aziz, yang diam di Hollywood, mewakili dia.

      Ooops, lupa, si Donald gamak nya dah baca bahawa si anak tiri Najib itu nak lawan DoJ di Mahkamah US kes curi duit 1MDB.

      Ooops, kata kata yang di gunakan DoJ ia lah berkaitan dengan "misappropriation of 1MDB funds and money laundering".

      Delete
    5. najib ni dah nyanyok atau macai dia dah bodoh......mcm said keruk....

      najib sendiri cakap takde duit dlm akaun sendiri....lepas tu cakap ada duit tapi org derma

      bodoh ke dia nak fitnah diri sendiri.....

      jadi dia cakap jangan la percaya najib lagi.....

      macai2 termasuk said keruk...tak pernah pulak tanya najib....kenapa berbohong....

      pemimpin yg terang2 mengaku membohong....layak lagi ka jadi pemimpin?

      nuar ni, aku kenal secara third person.....org tua aku dulu krja lembah pantai tahun berdepan dgn si nuar dr 73, 74, 75.....aku pun duduk sana.....nuar ni la kepala pemberontak......baling batu kat jalan lembah pantai...lepas tu lari masuk mesjid.....mesjid tu pun boleh jadi port geng2 ni....org lain kena tangkap, nuar lari.......

      sampai sekarang org tua aku cakap, hati2 dgn nuar ni....temberang pun besar....

      jadi kalau mcai2 nuar ni baru kenal dia sejak zaman reformasi....tak ush la nak kelentong banyak2.....

      dari pengalaman aku.....nama malaysia naik waktu tun jadi pm....tahun 80an.....aku kat oversea.....yg banyak aku jumpa.....mereka tanya pasal tun.....kat europe ka, arab ka.....sampai ada juga waktu tu, org indo cakap......kalau indo ada sorg macam tun......singapore tu dh jauh ketinggalan dgn indo...

      yg penting sekarang ni.....kena hajar penipu, pembohong, perompak yg satu ni.....mo1......dia ni la yg kasi busok malaysia satu dunia......aku rasa.....aku masih lg keje kat oversea....hari2 org dok tanya......2.6b......sebab tak ada satu org pun percaya dlm dunia ni.....ada org nak derma banyak tu...........ini temberang paling besar dalam abad ini......

      -hatepigs-

      Delete
  16. Udah la otai2 reformasi tak kemana pun... nak berdendam dan memalukan org tua apa fardah nya. Setakat mana pun gah nya reformasi ni. Yg penting selamatkan Malaysia ni dan bukan nak bertelagah yg tak ada kesudahan dan kejayaan nya. Tunjukan intelektual dan kematangan dalam menyelamatkan negara dan bukan mengata org yg sanggup bekorban dan berjuang walaupun umor dah selanjut 92. Tanyalah dengan atok dan ayah anda semua dan samada mereka sanggup!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak komen dr pendedak yg cuba memberi pandangan berbagai. Inilah idea biasa kejora aka unknown aka macam2 lagi. Pandangan yg biasa dipaparkan dlm komen2 yg boleh dilihat dlm posting sebelum2 ini.

      Delete
    2. Banyak jarum pemakan rupanya...

      Delete
    3. 0052,pemakan dedak,pencucuk jarum dan batu api adalah 3 gelaran yg berbeza maksudnya..

      Anon 0031,saya bersetuju dgn anda..!!

      Delete
    4. Dan cakap. Org yg sama. Sendiri cadang sendiri sokong sendiri undi.

      Delete
  17. Untuk menutup malu akibat salah diri sendiri, adalah mudah dengan menuduh orang lain yang kenakannya.
    Tetapi untuk membuktikan dalam mahkamah, adalah sesuatu yang mustahil.
    Orang yang tidak melakukan seperti yang dituduh, tidak akan merasa takut dan gentar biarpun diancam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contohnya,saya nampak org noda lembu. Saya kenal dia. Kami selalu gaduh Pasal duit. Saya je nampak. Org lain takde mase tu. Tapi tu Cerrita 10tahun Dulu. Cuba try masuk mahkamah. Mampos aku. Tu contoh je. Unknown Jgn Terasa ye.

      Delete
    2. Deep..real deep..

      Orang da senja,lain..
      Soal mati rasanya dia dah fikir lama dah dulu..
      Ada org mintak tolong,bwk bahan bukti ttg salah laku baghal sekor ni..
      Hairan..
      Mcm mana boleh jadi mcm ni..tak bole jadi ni..tak kan nak diamkan..
      Tak apalah turun padang sekali lagi..
      Bkn utk org lain,utk rakyat jugak..badan tak berapa nak sihat,lemah..
      Tak pa lah..lawan tetap lawan..
      Buat deklarasi rakyat,kumpul satu juta tandatangan,bwk pegi jumpa agong..tapi...????
      Tak pa lah..lawan tetap lawan..
      Polis pengiring kena tarik,tukang masak kena tarik..
      Tak pa lah..lawan tetap lawan..
      Tubuh parti,jadi pengerusi..jadi bahan keji puak umno..
      Tak pa lah..lawan tetap lawan..
      Kena pegi jumpa anwar,anwar musuh ketat..apa kata org nanti,tak malu kah..?
      Tak pa lah..lawan tetap lawan..
      Mesyuarat pulak dgn lim kit siang,musuh tradisi zaman berzaman..apa pulak kata orang melayu..?
      Tak pa lah..lawan tetap lawan..

      Kau orang nak buat apa dengan tun..?kau hina lah dia..kau kutuk lah dia..dia peduli hapa..dia kepala degil punya orang..apa dia ckp,dia buat..satu orang tua yg ada semangat juang..lambang lelaki dan pemimpin sejati.. BERANI !!!

      KAU ADA ???!!!!

      Delete
    3. Belum tentu. Saya limit 3 kali buat kerja. Repair 2 tak jadi. Tendang 2 3 kali. Tinggal. Esok sambung.

      Delete
  18. Baru sebentar tadi saya menyaksikan perlawanan bola sepak Chelsea dengan JDT di Kedai Mamak bersama seorang pensyarah sains politik berkelulusan New Hamburg University. Sambil2 tu kami berbincang mengenai kerjasama politik PPBM dgn partai (sebut parti) pembangkang yang lain. Profesor itu berkata kerjasama politik PPBM dgan PH hanyalah kerjasama jangkamasa pendek sahaja. Mereka bersama-sama hanyalah untuk mencapai satu misi iaitu menjatuhkan Dato Najib. Namun, secara hakikatnya kerjasama tersebut hanyalah sementara sahaja. Profesor itu dengan yakin sekali menyatakan bahawa PPBM akan berpecah dgan PH. Begitu juga mereka akan berselisih siapa yang akan menjadi PM dan membentuk kerajaan negara. Tidak mungkin mereka bersatu kerana ideologi partai2 adalah saling bertentangan antara satu sama lain. PPBM terkenal dgan ideologi haluan kanan konservatif. Manakala PH tetap dengan ideologi haluan kiri (komunis). Amat mustahil sekali kedua-dua partai tetap bergabung. Saya hanya terdiam sahaja apabila profesor itu berkata demikian.

    Nukilan Ikhlas Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau sembang apa ni badigol..?grad newcastle university tp komen mcm budak isap gam je..

      Delete
    2. Uiyo. Lepak dgn pro tu. Tapi Saya Lepak dgn imam masjid mekah. Dia cakap PAS dah jauh melencong. Dan jauhi umno. terutama jamal.Alumni bengkel lori di telok gong. Aku pun bleh cakap.

      Delete
    3. Kellies castle ni sembang je lebat. Isi takdak. Bodoh punya kellies castle.

      Delete
    4. Harap guna duit Sendiri utk belajar.. Jgn buang duit org tua kalau hujah level ni. Tak tau buat tak tau. Kalau betulla ada Kat U.

      Delete
    5. Woiii Kellie"s Castle.......pehal masuk buang sampah kat sini?? Pegi balik Batu Gajahlah luuuu.....keroje nyemak jer.

      Tak der mana lecturer tu yg cakap....sebenarnya kepala bana ko sendiri yg punya pendapat. Banyaklah luuuu punya U.....kecik2 tak nak mampos dah tua meloyakan orang.

      Delete
    6. Professor pun bodoh... Kellies castle lagilah bodoh...

      Aku yang bodoh dan tak masuk U ni nak bukak sikit mata korang berdua yang kononnya cerdik dan masuk U....

      UMNO kononnya bertunjangkan Melayu, MCA bertunjangkan Cina, MIC bertunjangkan India.... Pada hemat akal yang lembam, tentulah tak boleh bekerjasama tapi boleh je bergabung dah lama sejak dari Perikatan untuk tujuan yang sama. (Tujuan apa??? Fikirlah sendiri.) Itu fakta sejarah yang korang berdua tak mampu dalihkan.

      Apa bezanya dengan PH dan PPBM yang juga mempunyai tujuan yang sama??????

      Kalau nak merapu pun, pandanglah kiri kanan dulu. Jangan sampai orang kata korang pengampu yang pendek akal.

      Delete
    7. Setelah saya mendapat pengecaman dan maki hamun drp macai2 dan cybertrooper tajaan komunis DAP, mungkin masih ada yg keliru dgn beza dasar partai BN dgn PH. Partai2 komponen dalam BN kesemuanya berhaluan kanan konservatif. Sebab itulah mereka dari dulu sampai sekarang tidak bercakaran. Berbanding dgn PH dan PPBM. Mereka hanya bersatu utk menjatuhkan Dato Najib. Namun ideologi asas tidak sama. Sebab itulah profesor saya berkata sedemikian. PPBM dgan PH haruslah belajar drp BN dahulu jika benar kalian ingin memerintah Malaysia. Bukan setakat menjatuhkan pemimpin anugerah negara Dato Najib.

      Penjelasan Alumni Newcastle University

      Delete
    8. Tentera kita dulu bermati-matian menentang komunis, tapi sekarang entah siapa yang bawa komunis dari PRC

      Delete
  19. rakyat tak terpengaruh dgn cubaan untuk mengelirukan mereka , yg nyata sememangnya najib telah mencaturkan msia dlm perkara yg pelik, tragis sehinga berlaku porak-peranda ekonomi negara, ketirisan , rasuah, boros, menjual aset,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa. Yg ni Saya sokong. Dari Tapi bangkang je. Pasal bila org sama. Pemikiran dia tetap sama. Tapi saya yakin Awak org lain. Terima kasih 01.34 kerana berkata benar.

      Delete
  20. Nama nama otai reformis ni sebenarnya yang tinggal hanya lah lapis yang dah terkebawah. Lapisan yang hanya luaran manakala lapisan isi serta roh reformasi yang asal dah tiada ramai yang dah hilangkan diri senyap² menjalani kehidupan seharian atau mati atau dalam umno. Yang ada x byk mana jadi x payah lah menunujuk hebat menghina jiwa besar seorang mantan pm yg berjaya membawa malaysia ke mata dunia. Kalau x berapa kenal dengan DSAI cukup lah dengan meminati segala kebaikkan beliau x payah cerita yg buruk² lagi pasal kita semua pun tidak tahu perkara sebenar. Antara TunM dan DSAI mereka ada cerita mereka sendiri yg orangblain tidak tahu. Yang penting adalah mengembalikan kedaulatan melayu mengembalikan kemakmuran rakyat malaysia berbilang kaum bukan mencacai benda lama x habis². Cukup² lah. Bersatu lah kita untuk menghadapi cabaran yang lebih besar dari mengeluh dengan keadaan serta kejadian yang sudah. Betul atau tidak tindakan TunM pada masa dulu tidak penting lagi kerana semua sudah berlaku. Kejadian bawak tilam bukti segala bagai tidak di izinkan Allah. DSAI dipenjarakan atas salah guna kuasa dan rasuah zaman TunM. Yang memenjarakan dia atas kes liwat adalah Najib Razak .. so tiada kes liwat masa TunM jadi PM so drop it. Semua itu adalah instrument dan artikel kuasa. Fahami lah politik tiada batasan prinsip .. yang ada hanyalah keunggulan. Kalau nak mengeluh jangan main politik jangan sembang politik. Jika terkasar bahasa maaf dipinta tapi dalam keadaan sekarang hadapi lah realiti bukan mimpi. Salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni pun Saya sokong bro01.36. Biasa la org tua. Mungkin ada yg jenis dendam bawa mati. Bagi yg muda Dan pertengahan. Yg lepas buat ape Nak ingat. Tuan punya badan tak cakap banyak. Yg luar plak lebih. Specially yg tak suka tun Dan anwar. Dia org lagi lebih skru Dari engine. Peribahasa Baru. Utk org muda. Alumni university bawah pokok.

      Delete
  21. PakaTun Untuk Pilihanraya Sahaja – Lepas PRU Bertikam Sesama Sendiri


    Dulu kata mahu pakat demi Rakyat.

    Lepas tu, pecah. Lalu kata mahu pakat demi Harapan rakyat.

    Terkini, mahu pakat untuk Pilihan Raya sahaja.

    PPBM Mahu Jalin ‘Pakatan Pilihan Raya’ Dengan PAS – Mukhriz

    Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu menjalin “pakatan pilihan raya” dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan 3 penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

    Timbalan Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata PPBM akan berusaha untuk berunding dengan PAS bagi merintis satu “pakatan pilihan raya”.

    ReplyDelete
  22. DAP Marah Najib Punyai Hubungan Baik Dengan China, Kini Mereka Sendiri Berbaik Dengan China


    Seperti pepatah Melayu yang berbunyi ‘sudah arang-arang, hendak minyak pula’, yang bermaksud sudah dicemarkan nama seseorang, kini hendak bermanis-manis pula kepada orang itu, begitulah yang boleh digambarkan sikap pemimpin DAP.

    Dulu ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai delegasi Malaysia untuk meneruskan kesinambungan hubungan diplomatik dengan China, pemimpin DAP dengan lantang menuduh Najib kononnya mahu menjual negara.

    Hakikatnya, lawatan rasmi Najib ke China, yang merupakan gergasi ekonomi, telah membuka laluan kepada termeterainya 14 memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian antara perniagaan dengan perniagaan bernilai RM143.64 bilion, di samping 16 MoU dan perjanjian antara kerajaan dengan kerajaan.

    Inilah agaknya yang membuatkan mereka tertekan kerana Najib berjaya menandatangani pelaburan yang terbesar itu serta mendapat kepercayaan daripada China. Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan tersebut.

    Kini, tidak sampai lima bulan selepas mengecam dan menuduh Najib mahu jual negara, tular pula sekeping gambar yang menunjukkan beberapa pemimpin utama DAP yang diketuai Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bertemu dengan Duta Besar China ke Malaysia Dr. Huang Huikang.

    Pertemuan itu dipercayai diadakan di kedutaan.

    Gambar itu sekali gus membuktikan bahawa pembangkang bukan sahaja mencemburui Najib yang berjaya menjalinkan kerjasama dengan China, malah ia juga menunjukkan pembangkang juga mengakui akan pentingnya kerjasama dengan negara China, yang merupakan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia, selepas Amerika Syarikat.

    Itulah sebabnya kenapa DAP mengadakan pertemuan dengan Duta China ke Malaysia kerana mereka tahu bahawa China amat berharga terutama dalam usaha menarik pelaburan asing ke negara ini.

    Disebabkan faktor berkenaan, maka Guan Eng dan sekutunya yang sebelum ini beria-ia mengecam Najib tiada pilihan selain terpaksa juga mengakui hakikat kepentingan China.

    Jika sebelum ini Najib dituduh cuba menjual negara kepada China kerana berbaik-baik dengan republik itu, begitu juga Guan Eng. Kita juga boleh menuduhnya cuba untuk menjual DAP kepada China.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila DEDAK campur BIJAN , ini lah akibatnya,
      Tak boleh berfikir

      Delete
    2. Anon 02:17

      Aku malas nak cakap banyak.

      Ko bacalah apa yang jadi pada Sri Langka apabila bersetuju untuk memajukan Perlabuhan Hambantota dengan modal PRC

      Itupun kalau kau rajin membaca.... Sedarlah sepak-terajang kuasa ekonomi PRC.

      Delete
  23. Apa Masalah Ketua Audit Negara Bukan Dari Kalangan Auditor


    “Pelantikan bukan juruaudit sebagai Ketua Audit Negara baru adalah bukti jelas bahawa kita tidak mengambil berat tentang negara kita,” kata Ahli DAP, Zaid Ibrahim.

    “Madinah tidak mempunyai pengalaman pengauditan. Kami bingung dengan pilihan Madinah (sebagai Ketua Audit Negara)” kata NGO yang ditaja oleh Soros, C4.

    Sementara itu, Singapura memilih bukan juruaudit, Willie Tan sebagai Ketua Audit Negara sejak 8 Februari 2013.

    Tan berkelulusan dari Universiti Cambridge di UK, BA (Hon (Kejuruteraan) dan MA (Kejuruteraan).

    Beliau juga memegang Ijazah MSc (Kejuruteraan Industri) dari National University of Singapore.

    Zaid…. adakah ini bermakna bahawa Kerajaan Singapura tidak mengambil berat tentang negara mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keling kutip botol lagi pandai buat kira kira dari org2 najib..

      Adeeyyy chitt..!! Tipu punya worraanngg!!

      Delete
    2. Anon 02:19

      Katalah boleh dilantik yang tak ada background audit untuk jadi Ketua Audit Negara...

      Berpandukan fakta, amat berbeza Willie Tan berbanding Madinah

      1. Kelulusan

      Cambridge University (2015 world ranking 4) / National University of Singapore (2015 world ranking 12) berbanding Universiti Sains Malaysia (USM)(2015 world ranking 289) / Universiti Putra Malaysia (UPM)(2015 world ranking 331)

      2. Pengalaman

      Willie Tan pernah membuktikan kebolehannya menjawat CEO Central Provident Fund (CPF) Board (Assets Under Management (AUM) berjumlah US$211.4 billion berbanding EPF Malaysia US$179.78 billion) dari tahun 2002 to 2005. Madinah pernah ke membuktikan kemampuannya????

      Delete
  24. Yang Berhingus Zaman Mahathir: Dividen KWSP, Tabung Haji dan ASN Merudum – Najib Memulihkan Semula Dalam Keadaan Ekonomi Dunia Tidak Menentu


    Parti Virus Cap Bunga manusia pelik. Biar saya memberikan contoh:

    20170225-dividen-jatuh-zaman-mahathir

    1. Pada tahun 1980 – setahun sebelum Mahathir menjadi PM, dividen KWSP adalah 8%. Tetapi dalam tempoh dua tahun terakhir sebelum Mahathir bersara, MERUDUM kepada 4.25% dan 4.5% pada tahun 2002 dan 2003.

    2. Begitu juga pada tahun 1980, dividen + bonus Tabung Haji adalah 8.5%. Tetapi telah MERUDUM kepada 3.5% dan 4% pada tahun 2002 dan 2003.

    3. Pada tahun 1981, tahun pertama ASN ditubuhkan, ia telah membayar dividen dan bonus sebanyak 20%. Tetapi telah MERUDUM kepada 5% dan 5.3% pada tahun 2002 dan 2003.

    4. Adalah jelas sepanjang tempoh Mahathir berkuasa, pulangan daripada semua 3 dana utama menyaksikan PENURUNAN yang ketara.

    5. Pada tahun 2008 – setahun sebelum Najib menjadi Perdana Menteri, dividen KWSP hanya 4.5%. Tetapi sejak dua tahun yang lalu pada tahun 2015 dan 2016, MENINGKAT kepada 6.4% dan 5.7%.

    6. Tabung Haji mengisytiharkan dividen + bonus sebanyak 5% pada tahun 2008 tetapi kini telah MENINGKAT kepada 8% dan 5.75% pada tahun 2015 dan 2016.

    7. Begitu juga pada tahun 2008, ASN memberikan bonus sebanyak 5.5% manakala pada tahun 2015 dan 2016, dividen adalah 6.1% dan 5%.

    8. Oleh kerana dalam kesemua tempoh Najib menjadi Perdana Menteri, pelbagai pulangan dana adalah MENGGALAKKAN dan kebanyakan telah mencatatkan PENINGKATAN tetapi di bawah Mahathir, semua pulangan dana MERUDUM dengan teruk.

    9. Namun, Si Bengap Parti Cap Bunga tanpa mengeluarkan fakta mengatakan Mahathir adalah hebat dan Najib adalah teruj dan mesti meletakkan jawatan kerana pulangan dana pada 2016 lebih lemah daripada tahun sebelumnya dan dengan itu negara akan muflis.

    10. Walaupun di bawah Najib, prestasi dana telah BERTAMBAH BAIK berbanding dengan apa yang ditinggalkan oleh Mahathir atau sebelum Najib menjadi Perdana Menteri?

    11. Seorang orang tua telah membawa kepada KEMUSNAHAN dan dinobatkan sebagai wira untuk menyelamatkan Malaysia.

    12. Orang lain yang jelas membawa kepada PENINGKATAN tetapi disuruh letak jawatan kerana dia telah gagal?

    Adakah salah saya katakan bahawa penganut Parti Virus Cap Bunga manusia yang pelik atau mungkin Zombie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zombie berhingus membuat analisa..
      Askar cyber dah berkulat dibawak masok dlm blog ni..tak hadam langsung..

      Delete
    2. Bila DEDAK campur BIJAN , ini lah akibatnya,
      Tak boleh berfikir

      Delete
  25. Lawatan Rasmi Raja Salman: Menyaksikan Perjanjian Usaha Sama Rapid Pengerang Antara PETRONAS dan Saudi Aramco – Pembangkang Kata Syarikat Asing Dah Hilang Kepercayaan


    20170225-salahuddin-ayub-rapid-pengerang

    Sempena lawatan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Saudi Aramco dan PETRONAS menandatangani projek usahasama?

    Bukan kah Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan “pengunduran secara tiba-tiba” Aramco dan berkata ini adalah satu “kehilangan keyakinan oleh syarikat-syarikat asing untuk melabur di Malaysia akibat daripada skandal 1MDB yang telah menjadi berita utama antarabangsa”?

    Jadi ini bermakna bahawa PAN adalah salah dan juga bermakna dengan Aramco menandatangani bermakna undi percaya oleh syarikat-syarikat asing untuk melabur di Malaysia?

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan punca pembatalan perjanjian kerjasama antara Saudi Arabian Oil Co (Saudi Aramco) dan Petronas bernilai AS$27 bilion di Pengerang, Johor.

    “Kita lihat seperti satu keputusan yang dilakukan secara tiba-tiba (oleh Saudi Aramco).

    “Isu utamanya adalah kenapa?” kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub kepada Malaysiakini.
    http://m.malaysiakini.com/news/370917

    * Untuk rekod: Tidak pernah seorang pun Raja Arab Saudi membuat lawatan rasmi ke Malaysia sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

    Lawatan rasmi Raja Saudi Raja Faisal bin Abdulaziz Al Saud pada tahun 1970 dan Lawatan Rasmi Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud pada tahun 2006.

    ———–

    KUNJUNGAN RAJA SALMAN KE MALAYSIA
    20170225-najib-raja-salman

    1. Hujung minggu ini, kita akan menyambut Baginda Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci untuk Kunjungan Rasmi ke Malaysia atas jemputan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.

    2. Malaysia dan Arab Saudi berkongsi hubungan persaudaraan yang kukuh dan kita amat berbangga bahawa Baginda Raja Salman – yang turut diiringi oleh Putera Mahkota Mohammad bin Salman dan kerabat lain – sudi memilih Malaysia sebagai destinasi pertama negara Islam dikunjungi Baginda di rantau ini, dan juga yang pertama di Asia Tenggara sejak Baginda mengambil alih tampuk pemerintahan.

    3. Hubungan keagamaan kedua-dua negara kita telah terjalin berabad lamanya. Bagi umat Islam di Malaysia, Arab Saudi di mana terletaknya Dua Masjid Suci adalah bumi suci dan mengerjakan Haji adalah rukun Islam yang menjadi impian hidup.

    4. Hubungan kedua-dua negara juga terjalin erat dengan hubungan dagangan yang kukuh selain kerjasama antara rakyat kedua buah negara yang meningkat dari hari ke hari.

    5. Dagangan dua hala antara Arab Saudi dan Malaysia berkembang kukuh dari tahun ke tahun, meningkat sebanyak 27.8 peratus pada tahun 2016 berjumlah RM13.99 bilion. Hari ini, Arab Saudi adalah antara rakan dagangan terbesar buat Malaysia.

    6. Pelaburan Arab Saudi di Malaysia dijangka akan mewujudkan beribu pekerjaan dan kita berbangga bahawa syarikat Malaysia telah terpilih untuk melaksanakan projek-projek di lokasi-lokasi berprestij di Arab Saudi. Ini termasuk operasi Metro Southern Al Masheer Mugaddassah di Mekah – tren khusus untuk jemaah Haji – dan juga kerja-kerja di Jambatan Jamarat dan kawasan sekitar di Mina. Malah, kita juga amat berbangga bahawa seorang rakyat Malaysia adalah sebahagian daripada pasukan yang merekabentuk Menara Jam Hotel Diraja Mekah yang tersergam indah menghadap Masjid al-Haram.

    7. Dalam lawatan Baginda Raja Salman kali ini, kita akan menandatangani beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman baharu. Salah satu daripadanya akan melibatkan dua syarikat milik negara terbesar, Saudi Aramco dan PETRONAS. Perjanjian ini akan memanfaatkan kedua-dua negara dan juga rakyatnya.

    8. Hubungan mesra antara kedua-dua buah negara juga dapat dilihat daripada kunjungan lebih 100,000 pelancong daripada Arab Saudi tahun lalu, jumlah tertinggi dalam rekod, manakala pelajar daripada Malaysia dan Arab Saudi menerima manfaat belajar di negara masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 9. Kita juga berbangga dengan keutuhan kerjasama Arab Saudi dan Malaysia dalam memastikan kelestarian dan juga memberi kepimpinan kepada Ummah.

      10. Komitmen kukuh kita bersama dalam memerangi fahaman ekstremis didasarkan kepada kepercayaan kita terhadap toleransi, kesederhanaan dan keamanan dalam ajaran Islam sebenar. Kunjungan Baginda Raja Salman ini mengukuhkan lagi hubungan persahabatan dan persaudaraan yang dibina daripada rasa saling hormat-menghormati dan percaya- mempercayai – hubungan yang mampu menjadi contoh buat dunia Islam dan juga dunia luar, bagi manfaat rakyat, rantau dan juga dunia.

      Delete
    2. Bila tak ada kepentingan, Wahabi perosak bangsa.

      Bila ada kepentingan, Wahabi memberi kepimpinan kepada Ummah.

      Delete
  26. Pada saya gerakan refomasi ni pun satu satu gerakan sesat juga,2x5 dengan PAS....pentaksub yang melampau!!....kalau Anuar yang pernah menjadi musoh kepada Tun suatu ketika dauhulu sanggup berbaik2 dengan Tun dan melupai kesah lama....siapalah sangat gerakan refomasi ini yang nampak kelebihan sudu dari kuah ni??...

    Dan pernahkah siapa2 mendengar dari mulut Tun sendiri yang mengaku Anuar tidak bersalah??... pada saya yang salah tetap salah dan pada hakikatnya Anuar tetap bersalah.....tetapi itu antara beliau dengan ALLAH ,siapalah kita untuk menghukum??....

    Kedatangan Tun berjumpa dengan Anuar dan ketempat gerakan refomasi semata mata demi untuk menjatuhkan Najib.Tun sanggup mepertaruhkan diri beliau sehina itu bukan bererti beliau bersalah tetapi demi rakyat dan Negara.

    Jadi kepada sesiapa sahaja yang menganggap Tun telah nyanyok atau u-turn ternyata kamu salah besar.....kerana setiap apa yang Tun lakukan pasti ada sesuatu yang beliau nampak disebaliknya!!...itulah kebijaksanaan seorang yang bernama NEGARAWAN TUN MAHATHIR yang tidak ada pada orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarkanlah reformist dgn reformist nya..
      Apa yg pasti tun ada strategi tersendiri..rajin2 lah membaca sejarah perjuangan tun..tau lah siapa tun..
      membaca dari sudut negatif ttg tun kelihatan nya tiada asas..tun tidak maksum,tetapi harus diakui org ini berbeza daripada lain nya..

      Delete
  27. Yang Berhingus Zaman Mahathir: Dividen KWSP, Tabung Haji dan ASN Merudum – Najib Memulihkan Semula Dalam Keadaan Ekonomi Dunia Tidak Menentu


    Parti Virus Cap Bunga manusia pelik. Biar saya memberikan contoh:

    20170225-dividen-jatuh-zaman-mahathir

    1. Pada tahun 1980 – setahun sebelum Mahathir menjadi PM, dividen KWSP adalah 8%. Tetapi dalam tempoh dua tahun terakhir sebelum Mahathir bersara, MERUDUM kepada 4.25% dan 4.5% pada tahun 2002 dan 2003.

    2. Begitu juga pada tahun 1980, dividen + bonus Tabung Haji adalah 8.5%. Tetapi telah MERUDUM kepada 3.5% dan 4% pada tahun 2002 dan 2003.

    3. Pada tahun 1981, tahun pertama ASN ditubuhkan, ia telah membayar dividen dan bonus sebanyak 20%. Tetapi telah MERUDUM kepada 5% dan 5.3% pada tahun 2002 dan 2003.

    4. Adalah jelas sepanjang tempoh Mahathir berkuasa, pulangan daripada semua 3 dana utama menyaksikan PENURUNAN yang ketara.

    5. Pada tahun 2008 – setahun sebelum Najib menjadi Perdana Menteri, dividen KWSP hanya 4.5%. Tetapi sejak dua tahun yang lalu pada tahun 2015 dan 2016, MENINGKAT kepada 6.4% dan 5.7%.

    6. Tabung Haji mengisytiharkan dividen + bonus sebanyak 5% pada tahun 2008 tetapi kini telah MENINGKAT kepada 8% dan 5.75% pada tahun 2015 dan 2016.

    7. Begitu juga pada tahun 2008, ASN memberikan bonus sebanyak 5.5% manakala pada tahun 2015 dan 2016, dividen adalah 6.1% dan 5%.

    8. Oleh kerana dalam kesemua tempoh Najib menjadi Perdana Menteri, pelbagai pulangan dana adalah MENGGALAKKAN dan kebanyakan telah mencatatkan PENINGKATAN tetapi di bawah Mahathir, semua pulangan dana MERUDUM dengan teruk.

    9. Namun, Si Bengap Parti Cap Bunga tanpa mengeluarkan fakta mengatakan Mahathir adalah hebat dan Najib adalah teruj dan mesti meletakkan jawatan kerana pulangan dana pada 2016 lebih lemah daripada tahun sebelumnya dan dengan itu negara akan muflis.

    10. Walaupun di bawah Najib, prestasi dana telah BERTAMBAH BAIK berbanding dengan apa yang ditinggalkan oleh Mahathir atau sebelum Najib menjadi Perdana Menteri?

    11. Seorang orang tua telah membawa kepada KEMUSNAHAN dan dinobatkan sebagai wira untuk menyelamatkan Malaysia.

    12. Orang lain yang jelas membawa kepada PENINGKATAN tetapi disuruh letak jawatan kerana dia telah gagal?

    Adakah salah saya katakan bahawa penganut Parti Virus Cap Bunga manusia yang pelik atau mungkin Zombie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat lah baca..panjang sgt..kau lukis jelah..

      Delete
    2. Bila DEDAK campur BIJAN , ini lah akibatnya,
      Tak boleh berfikir

      Delete
    3. 2.27.........Apa ko tak sebut berapa billion duit rakyat dan negara yg dah lesap disamun???

      Jangan cakap pasal Forex dan BMFlah sebab Tun M dah kata tubuhkan RCI siasat.....tapi siasat 1MDB sekali.

      Pehal yg kes 30 tahun zaman tok kadok nak siasat tapi tang 1MDB tu senyap bisu???

      Delete
    4. Lagi satu hal....apa ko tak sebut berapa hutang negara sekarang berbanding zaman Tun M????

      Lupa atau buat2 lupa...???

      Delete
    5. From www.nationaldebtclocks.org/debtclock/malaysia

      Hutang RM682,713,840,055 dan terus meningkat (Sehingga akhir Jun 2016, kedudukan hutang kerajaan berjumlah RM655.7 bilion atau 53.2% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), kata Datuk Seri Najib Razak)

      Bunga setahun RM25,233,594,552
      Hutang setiap rakyat RM21,882

      If you lay $1 bills on top of each other they would make a pile 16,791 km, or 10,433 miles high!

      Delete
    6. 53 % dari KDNk dikira Ok dan sederhana...

      Kalau tak faham ekonomi, elok tak payah komen.

      Tulisan kamu mengelirukan dan berniat jahat atau kamau memang bodoh dan hanya menyampaikan apa yg kamu baca dlm suara keadilan, amanah, roket dan media yahudi asing...

      Delete
    7. Hoi...mangkuk anon 10:11.

      Bodohlah kamu..

      Majoriti hutang ( 98% adalah hutang dari agensi dalam negara....Hanya 3 % hutang dari luar) ....sebab tu Malaysia bukan macam negara bangkrap yg lain yg majoriti hutangnya adalah dari negara asing...

      Delete
    8. Anon 10:37

      Aku saja letak data Najib (hutang kerajaan) supaya ko senang hati. Memang jelas ko tak membaca fakta lain, komen pun ikut data yang aku letak.

      Ini data tahun 2015 dari BNM

      Menurut BNM, hutang luar negeri Malaysia kekal terurus sepanjang tahun 2015 dengan hutang luar negeri berjumlah RM833.7 bilion, bersamaan dengan US$192.2 bilion atau 72.1 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada akhir tahun 2015 (akhir tahun 2014: RM747.5 bilion, bersamaan dengan US$211.8 bilion atau 67.5 peratus daripada KDNK).

      Kekal terurus????? Ye ke????

      Hutang akan terus bertambah sebab:

      "“Peningkatan hutang luar negeri meningkat 11.5 peratus pada tahun 2015 disebabkan terutamanya oleh kesan penilaian daripada penyusutan nilai ringgit berbanding dengan kebanyakan mata wang pada tahun 2015." Ini BNM tulis, bukan aku.

      Tahun 2016.... bertambah ke??? Jawabnya terus bertambah sebab nilai ringgit semakin jatuh berbanding tahun 2015

      Hutang 1MDB yang dijamin kerajaan, siapa bayar??? Walaupun tidak termasuk hutang kerajaan.

      Delete
  28. Yang terima signal adalah UMNO. Berikutan isyarat kuat pengumpulan NGO reformis hidup. Gerakan reforms sesudah hampir 20 tahun usianya kini maka bertaut akan perjelaskan matlamat dan hasrat ideologi DSAI tentang pertukaran kerajaan sediada.
    Yang patut rasa bimbang adalah UMNO. Laungan Mahafiraun keatas Tun M itu madah lama..... sebagai nostalgia parawan aktivis menyambut tetapi tidak menghalau! Secara dasar DSAI lah tulang belakang yang jika menghukum akan menghukum Tun M.
    Tapi gaya aktivis DSAI tetap motif politik. Apakah keperluan Tun M berjumpa dengan DSAI sebelum ini diketahui umum. Maka Tun M dilihat antara orang yg paling menonjol menentang UMNO ketika ini juga adalah isyarat kuat kepada pengharapan orang melayu terhadap perjuangan nama baik bangsa melayu.

    ReplyDelete
  29. Mahathir, a true statesman who has shown his strength and principles enhanced, blessed by Allah swt inspite of his age.

    The best PM we ever had albeit his perfections.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Correction....albeit his imperfections

      Delete
    2. Bila DEDAK campur BIJAN , ini lah akibatnya,
      Tak boleh berfikir

      Delete
    3. Allah nak tunjukkan kerosakkan yg dia dah lakukan...dahulu dan sekarang

      Delete
    4. 1MDB adalah mangsa fitnah dan penipuan...

      Mereka yg dengki tak mahu 1MDB berjaya dan membeli semua harta2 kroni Mahathir

      Delete
    5. Tapi percayalah....biarpun di fitnah dan dirosakkan reputasi syarikat 1MDB, tunggu dan lihat projek projek yg sedang dan akan dijalankan yg akan meningkatkan keupayaan syarikat dan meberi pulangan yg sanhat baik...

      Masa tu, tak ada lagi orang nak bercakap tentang 1 MDB...

      Percayalah, cerita fitnah tentang 1MDB akan hilang beransur ansur....

      Delete
  30. Muhyiddin Pernah Akui Ada Komplot Jatuhkan Najib


    HULU SELANGOR: Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan pernah mengakui tentang kewujudan komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendakwa, komplot itu memang pernah dilakukan namun beliau tidak menyatakan nama-nama individu yang turut terlibat.

    Menurut beliau, komplot tersebut menggunakan beberapa isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta isu derma politik yang dikaitkan dengan Perdana Menteri.

    “Muhyiddin berada dalam Kabinet dan kesemua menteri beberapa kali diberikan taklimat mengenai 1MDB serta mempunyai peluang untuk bertanyakan mengenai syarikat ini. Tiada soalan daripada mereka, tetapi ada yang menguar-uarkan isu ini di luar,” katanya ketika berucap pada program Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung di sini malam ini.

    Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar; Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

    Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menambah, tuduhan kononnya Najib mencuri duit rakyat juga tidak berasas memandangkan RM2.6 bilion yang digembar-gemburkan oleh pembangkang itu merupakan derma politik daripada penderma asing.

    “Jika betul mahu mencuri duit rakyat, lebih baik beliau menyembunyikan duit tersebut di luar negara dan bukannya menyimpan di dalam bank tempatan yang boleh dilihat atau diakses oleh kakitangan bank berkenaan,” jelasnya.

    ReplyDelete
  31. Putar Belit Pembangkang Rugikan Rakyat


    HULU SELANGOR: Sikap pihak pembangkang yang tidak henti memutar belit dan mempolitikkan isu negara hanya akan merugikan rakyat.

    Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata pihak terbabit yang mendakwa kononnya negara akan bankrap setiap tahun, akan menakutkan pedagang luar negara untuk melabur di Malaysia, sekali gus merencatkan ekonomi negara.

    “Malah, mereka sanggup menggunakan isu perkauman semata-mata untuk memancing undi, ini satu tindakan berbahaya kepada negara.

    “Pembangkang saban hari memupuk kebencian terhadap pemimpin kita (Datuk Seri Najib Razak), burukkan imej negara, akhirnya penduduk kita yang terkesan,” katanya pada Ceramah Rakyat di sini, malam ini.

    Ceramah berkenaan menampilkan beberapa pemimpin BN termasuk Menteri Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Noh Omar; Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S K Devamani.

    Mengulas lanjut, Siew Keong berkata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hanya menggunakan jawatannya untuk kepentingan peribadi, bukan untuk memperjuangkan kebajikan rakyat.

    Katanya, dakwaannya itu boleh dilihat ketika Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, membeli banglo mewah dengan potongan harga, malah turut tidak menghiraukan kerisauan penduduk negeri itu berhubung isu rumah kos rendah yang mahal.

    “Beliau beli rumah banglo ada diskaun, tapi rumah kos rendah tiada diskaun.

    “Cuba anda (rakyat) bayangkan kerajaan dipimpin oleh DAP, mereka ini semua ‘cakap tak serupa bikin’ (janji lain buat lain),” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apalah ngok sangat orang ini....

      Pelabur tak akan dengar apa yang orang awam cakap. Mereka akan baca fakta ekonomi.

      1MDB dapat tanah pada harga diskaun, tak komplen pulak.

      Delete
  32. Pemimpin BN Mulakan Ceramah Rakyat Perjelas Isu Berbangkit





    HULU SELANGOR: Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO malam ini mengorak langkah memulakan siri Ceramah Rakyat bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai isu-isu semasa termasuk yang dibangkitkan pembangkang.

    Sesi pertama yang berlangsung di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung di sini menyaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengarah Komunikasi BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar turun padang.

    Turut berbuat demikian Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S.K. Devamany.

    Antara perkara yang disentuh Abdul Rahman ialah sabotaj ekonomi yang cuba dilakukan pihak tertentu termasuk dengan melempar tuduhan terhadap syarikat berkaitan kerajaan, selain usaha menjatuhkan kerajaan.

    “Saya mahu ingatkan pembangkang jangan sabotaj ekonomi negara kerana akhirnya ia akan merugikan rakyat,” katanya pada Ceramah Rakyat bertema ‘Negaraku, Generasiku’ itu.

    Abdul Rahman menegaskan tindakan perlu diambil terhadap pihak yang cuba mensabotaj ekonomi negara yang menurutnya boleh memudaratkan negara dan rakyat.

    Noh pula memperkatakan tentang kegagalan tadbir urus negeri Selangor termasuk dari segi penyelenggaraan prasarana rumah kos rendah, pengurusan sampah, bekalan air dan wabak denggi.

    Beliau menarik perhatian bahawa BN banyak membantu negeri Selangor sekarang walaupun ia bukan di bawah teraju BN, demi membantu rakyat negeri itu.

    Perkara sama turut diperjelas Mah dan Devamany yang antara lain meminta rakyat supaya jangan mudah terpedaya dengan putarbelit pembangkang termasuk mengenai ekonomi.

    Sesi ceramah itu akan diperluas ke negeri-negeri lain.

    ReplyDelete
  33. Demi boboi... mamak rrla ditujah dan di maki hamun.. soalan mudah pun tak bole jawab... klu PH bentuk Kjaan sapa jadi PM...? Sib baik tak ditujah bang non...... kikikiki.... klu bang non tunjuk sklii tujah menujah... tujah dan simen.....kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting, kami tak akan pilih kamu... Anon Srlangor jadi PM. Tukang cuci jamban pun tidak

      Delete
  34. Dr M mengagumkan???....hehe...geli, nak muntah!!

    Dah ramai orang yg hilang respect pada dia..

    Mungkin doa Dato Fadzil Noor termakbul...Dr M akan melihat kerosakan yg dia dah lakukan dahulu dan sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari kita pulak copy paste tanpa mengira tajuk

      Apa hebatnya manusia berbanding binatang?
      Jika manusia kata, “Kami hebat kerana setiap kali kami bangun pagi, kami basuh muka,” kucing pun basuh muka setiap kali bangun tidur. Ada binatang yang apabila bangun pagi, ia akan ludah pada tangannya dan cuci muka. Ada juga binatang yang selepas makan, ia pandai untuk cuci tangannya. Jadi, membasuh muka bukan faktor kelebihan manusia berbanding binatang.

      Jika manusia kata, “Kami mulia kerana kami sentiasa mandi,” binatang pun mandi. Ada burung yang mandi di sawah. Jadi, mandi bukan faktor kemuliaan manusia berbanding binatang.

      Jika manusia kata, “Kami mulia kerana kami boleh mencari rezeki sendiri,” binatang pun pandai mencari rezeki sendiri. Bahkan mafhum hadis menyatakan, “Jika kamu ada sifat tawakal kepada Allah sepertimana sifat tawakal seekor burung yang keluar dengan perut yang kosong dan balik dalam keadaan kenyang maka Allah SWT akan beri rezeki sepertimana Allah SWT beri kepada burung.” Jadi, kemampuan untuk mencari rezeki bukan faktor kelebihan manusia berbanding binatang.

      Jika manusia kata, “Kami hebat kerana boleh bina bangunan di tempat yang tinggi,” burung pun boleh membina sarang di tempat yang tinggi. Semangat untuk membuat kediaman di tempat yang tinggi sama sahaja seperti semangat burung membuat rumah. Jika manusia suka buat rumah yang pelik-pelik, burung pun boleh buat rumah yang pelik-pelik. Jika manusia suka buat rumah dengan pintu yang banyak, lebah pun boleh buat sarang dengan pintu yang banyak. Jika manusia suka letak lampu di dalam rumah, lebah pula akan menangkap kelip-kelip dan mengantungkan di rumahnya sehingga terang.

      Manusia hidup berkeluarga dan beranak isteri. Binatang pun berkeluarga dan beranak isteri. Burung siak jantan dan betina sama-sama buat sarang. Kemudian, setelah bertelur, Allah keluarkan anak. Kemudian, pasangan burung tadi pun keluar mencari makanan untuk anak-anak mereka. Jika manusia memikirkan rezeki anak-anak, binatang juga memikirkan rezeki untuk anak-anak.

      Apabila manusia semakin besar, mereka mahu menjadi orang besar dan berpengaruh. Ayam jantan juga memiliki keinginan dipandang besar dan berpengaruh. Ayam jantan sanggup bertarung demi menjadi ketua reban walaupun tuan mereka memberikan makanan yang sama banyak kepada mereka. Keldai juga suka bergaduh berebut kandang walaupun mereka tinggal di kandang yang luas. Apabila bergaduh, tentulah ada menang dan kalah. Ayam jantan jika menang, ia akan pergi berkokok dengan memanjangkan lehernya. Ayam lain pun kagum dengan kehebatannya. Jika ada makanan, ia akan terpa makanan itu dahulu dan sanggup menghalau ayam-ayam lain. Ia rasa dirinya besar. Samalah seperti manusia, berebut kuasa, harta dan wanita sama seperti binatang.

      Kesimpulannya, jika manusia buat perkara yang binatang boleh buat, itu bukan satu kehebatan!

      Meskipun begitu, ada satu kelebihan binatang ialah di hari akhirat kelak, mereka tidak akan masuk ke neraka seperti manusia yang ingkar. Di akhirat, mereka akan diberi peluang membalas dendam antara satu sama lain sehingga akhirnya masing-masing menjadi tanah. Namun begitu, manusia yang kafir terpaksa duduk dalam neraka untuk selama-lamanya.

      Karya asal http://khairytajudin.com/khalifah-allah-vs-khalifah-syaitan/

      Delete
    2. Mari kita pulak copy paste tanpa mengira tajuk

      Jadi, apakah kelebihan yang ada pada manusia berbanding binatang dan makhluk-makhluk lain?

      Jawapannya, kerana Allah meletakkan kemampuan kepada manusia untuk menjadi khalifah! Masih ingatkan pada ayat, “Aku ingin mencipta manusia sebagai khalifah di muka bumi.”?

      Bagaimana manusia menjalankan tugas sebagai khalifah Allah?

      Manusia akan menjadi khalifah Allah apabila dia menggunakan dirinya dan hartanya untuk kepentingan orang lain. Orang itu dikurniakan sifat-sifat mulia oleh Allah (ar-Rahman). Dengan sifat itu, manusia memberi faedah kepada dirinya dan orang lain. Allah Maha Pemurah. Dia memberi kepada semua orang walaupun orang itu tidak sembah Allah. Itulah sifat mulia milik Allah yang Allah kurniakan kepada khalifah Allah. Allah gunakan manusia yang Allah sayang untuk menzahirkan sifat pemurah Allah itu. Itulah maksudnya khalifah Allah. Jika manusia hanya menggunakan hartanya untuk dirinya sendiri, sama saja seperti haiwan.

      Allah tidak berkira. Jika isteri derhakai suami, isteri itu mungkin akan diceraikan. Jika pekerja mengkhianati majikan, mungkin pekerja itu akan dipecat. Jika askar membelot kepada tenteranya, mungkin dia akan dihukum atau dibunuh. Seorang menteri yang tidak patuh kepada Perdana Menteri, akan digugurkan jawatannya. Namun begitu, bagi Allah, sama ada orang itu taat atau tidak, Allah tidak pernah menghentikan rezekinya. Jika kita memberi sesuatu tanpa mengharapkan balasan, kita ialah khalifah Allah. Walaupun orang yang kita bantu tidak menghormati kita, kita tetap bina hubungan yang baik dengan dia. Jika sampai ke tahap itu, kita layak menjadi khalifah Allah.

      Seluruh orang beriman ialah khalifah Allah di muka bumi. Allah melihat pada iman dan amal orang Islam. Jika amal kita baik, maka Allah akan turunkan kebaikan ke atas muka bumi. Jika amal kita buruk, maka Allah akan turunkan keburukan ke atas muka bumi. Pendek kata, jika amal baik naik, kebaikan akan turun. Jika amal buruk naik, keburukan akan turun. Oleh itu, seluruh orang Islam (terutamanya saya) perlu memperbanyakkan amal kebaikan dan menghindari amal keburukan. Di samping itu, seluruh orang Islam (terutamanya saya) perlu mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kerana, jika Allah ingin menurunkan bala atas sebab kemungkaran, semua orang akan kena tidak kira dia beriman atau fukur, soleh atau fasik.

      Sayidatina Aisyah r.a ditanya, “Bilakah berlakunya gempa bumi?” Jawab beliau, “Apabila penzinaan berleluasa.”

      Sayidatina Aisyah r.a. tidak menjawab seperti jawapan ahli sains, “Gempa bumi berlaku disebabkan berlakunya geseran plat-plat bumi,” tetapi beliau menjawab berdasarkan sunnatullah.

      Orang beriman akan sentiasa menghubungkan dirinya dengan Allah. Setiap apa yang berlaku ke atas dirinya, akan dikaitkan dengan Allah. Inilah tujuan sifat zikir iaitu mencapai sifat ehsan. Apakah itu ehsan? Merasai bahawa setiap masa dan keadaan kita melihat Allah atau sekurang-kurangnya Allah melihat kita.

      Orang beriman yang berilmu akan faham, setiap masa dan keadaan, apakah perintah Allah terhadap dirinya dan bagaimanakah dia menjalankan perintah itu sesuai dengan ajaran Rasulullah SAW. Apabila orang beriman ditimpa musibah, dia akan tahu, kepada siapakah dia harus memohon perlindungan. Jika orang beriman mendapat sesuatau, dia akan tahu kepada siapakah dia harus bersyukur.

      Kisah 1: Pada suatu hari, seorang lelaki pergi ke rumah saudaranya. Tuan rumah itu kemudian mengambil tongkat lalu mengait buah mangga di hadapan rumahnya lalu dijamu kepada tetamunya itu. Tetamu itu perlu berterima kasih kepada tongkat itu atau tuan punya tongkat?

      Kisah 2: Seorang lelaki melemparkan batu ke arah seekor anjing yang mengganggu ketenteraman. Anjing itu akan menyerang batu itu atau orang yang melemparkan batu?

      Anjing pun tahu, kepada siapa ia harus tuju. Begitulah perumpamaan yang mudah untuk kita fahami. Fikir-fikirkanlah.

      Karya asal http://khairytajudin.com/khalifah-allah-vs-khalifah-syaitan/

      Delete
    3. Mari kita pulak copy paste tanpa mengira tajuk

      Apakah perbezaan antara khalifah Allah dan khalifah syaitan?

      Khalifah syaitan sibuk untuk ambil hak orang lain. Contohnya, kerajaan sibuk hendak ambil harta orang awam dengan mengenakan cukai yang tiada dalam agama. Siapa yang mahir dalam kira mengira akan dilantik menjadi Menteri Kewangan.

      Apabila manusia fikir untuk merosakkan orang, maka Allah hantar bala untuk merosakkan mereka. Allah hantar banjir, gempa bumi dan bencana alam kesan daripada niat dan tindakan khalifah syaitan untuk merosakkan orang. Berhati-hati dengan niat!

      Khalifah Allah pula sentiasa berfikir untuk membina kehidupan orang lain, maka Allah beri keberkatan. Khalifah Allah hanya tahu memberi tetapi tidak menuntut apa-apa daripada mereka. Khalifah Allah mendapatkan sesuatu daripada Allah dengan asbab amal. Dengan amal, Allah turunkan rezeki yang mencukupi untuk manusia. Amalan yang paling penting ialah solat lima waktu setiap hari. Dengan beribadat, kita mendapat manfaat daripada Allah. Kita sebagai khalifah mengambil daripada khazanah Allah dan diberikan kepada makhluk serta tidak meminta apa-apa daripada mereka. Setiap manusia, Allah beri kemampuan untuk menjadi khalifah.

      Selain menjadi khalifah Allah, satu lagi kemuliaan manusia ialah kita layak menjadi khalifah Rasulullah iaitu menyambung kerja-kerja kenabian. Kerja-kerja nubuwwah ini berpindah daripada seorang Nabi kepada seorang Nabi sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW. Setelah kewafatan baginda, Para Sahabat pula menyambung tugas tersebut. Begitulah ia silih berganti daripada satu generasi kepada generasi yang lain sehinggalah ke zaman kita ini. Allah telah memelihara kesinambungan agama ini dengan perantaraan dakwah. Allah SWT juga telah berjanji bahawa tidak ada rumah sama ada di kampung atau di desa yang tidak didatangi dakwah ilallah (al-Quran, 35:24). Maka, orang Islam dijadikan asbab supaya dakwah ini sampai ke rumah-rumah dan perlulah kita sebagai umat Islam untuk mengambil peluang ini.

      Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berpegang teguh dengan sunnah aku pada zaman kerosakan umat maka baginya pahala syahid.” Baginda turut bersabda, “Sesiapa yang menghidupkan sunnah aku bererti dia mencintai aku. Sesiapa yang mencintai aku, dia akan bersama-sama dengan aku dalam syurga.”

      Dakwah adalah ibu kepada sunnah. Dengan adanya dakwah, maka sunnah-sunnah Nabi SAW yang lain akan hidup. Ibarat seperti ibu ayam, ke mana sahaja ibu ayam pergi maka anak-anaknya akan ikut sekali. Telah terbukti, orang yang berdakwah, dia ada kekuatan untuk mengamalkan setiap sunnah Nabi SAW dalam kehidupannya. Ini juga adalah janji Allah. Orang yang mendakwah manusia kepada Allah, Allah akan perbaiki amalannya dan ampunkan dosa-dosanya (al-Quran).

      Persoalannya, adakah perlu buat dakwah sedangkan dia masih melakukan kemungkaran?

      Setiap umat Islam perlu melarang orang lain berbuat kemungkaran walaupun dia masih belum meninggalkan semua kemungkaran. Setiap umat Islam juga perlu mengajak orang lain kepada kebaikan walaupun dia belum melakukan semua kebaikan. Orang yang sedang mencuri, jika dia nampak orang sedang berzina, dia juga wajib cegah penzinaan itu walaupun dia sedang mencuri. Dia tidak boleh kata, “Aku sedang mencuri. Tidak perlu cegah orang lain buat dosa kerana aku juga buat dosa.” Jika dia fikir begitu, dia akan dapat dua dosa. Satu dosa sebab mencuri dan satu lagi dosa sebab tidak mencegah orang berzina.

      Jika hendak tunggu tidak ada dosa baru hendak buat dakwah, maka berapa ramai orang yang boleh buat dakwah?

      Kesimpulannya untuk saya, saya wajib cegah orang buat dosa walaupun saya belum tinggalkan dosa. Saya juga perlu ajak orang buat baik walaupun saya belum buat semua kebaikan.

      Karya asal http://khairytajudin.com/khalifah-allah-vs-khalifah-syaitan/

      Delete
  35. Dr M ialah bekas pemimpin yg paling tak berprinsip!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang kau faham pasal prinsip?Mencuri duit itu berprinsip ke?KPN dan AG sokong kepala penyamun kerana mereka ada prinsip ke?Apa prinsip kau dalam membantu ahli keluarga yang susah?Atau semua sanak saudara kau kaya raya sebab semuanya ada prinsip.Menyokong Najib yang menyamun dan menggadaikan negara adalah prinsip kau yang sangat mulia dan suci?Najib lari semasa majlis 'Nothing To Hide' adalah kerana prinsipnya 'Takut Kerana Benar',...sudah tukar sekarang,bukan lagi berani kerana benar.Najib menukar demokrasi kepada kleptokrasi,dan ramai orang berprinsip seperti kau menyokongnya.Surga dan neraka juga boleh bertukar tempat bagi golongan berprinsip seperti kamu yang menyembah agama ciptaan manusia.

      Delete
  36. 1MDB dah disiasat...tak ada salah laku. Cara tadbir urus yg lemah. Ini yg telah ditambahbaik...


    Tapi pihak luar yg dibayar ni cuba mereka cipta bukti, cara pemberitaan yg mengelirukan dan agenda barat yg jahat..

    ReplyDelete
  37. Manusia makan makansn haram

    1. Ada mata...terbuta
    2. Ada telinga....terpekak
    3. Ada mulut...tetbisu.

    Yang salah dikata benar
    Yang tipu dikata betul
    Yang rompak dikata derma

    Hati kotor untuk terima kebenaran
    Fakta diautakan
    Realiti difantasikan
    Yang benar dipalsukan

    Munafiq........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....manusia makan makanan haram

      1. Buat fitnah dan percaya kpd fitnah
      2. Percaya bulat2 media yahudi asing
      3. Taksub dan dah termakan dedak fitnah
      4. Melihat orang lain semua salah, hanya puak
      mereka dan media asing yahudi yg benar
      5. Tak mahu menerima penjelasan dan kebenaran
      6. Kebenaran hanyalah di puak mereka.

      Samalah mereka ni Munafiq


      Delete
    2. 10.57

      1. 2.6 bil duit curi bukan fitnah. Kami percaya ini

      2. Tak semua berita yahudi fitnah..kalau fitnah mengapa ada saman DoJ, 4 orang di singapura dah masuk jel, bank dah ditutup?

      3. Kita tak pernah taksub. Kita berfakta bukan auta, berealiti bukan fantasi, berkebenaran bukan berkepalsuan....jauh sekali munafiq

      4. Tak semua orang lain salah. Yang salah tetap salah. Yang betul tetap betul

      5. Penjelasan yang tak ada fakta, sda fakta diOSAkan.... jawaban 2.6 billion ada tak kurang 40 jaespan orang gils hanya buat

      6. Tak pernah yang benar dipersoalkan. Yang nothing yo hidd itulah munafiq

      Delete
    3. 10.57

      Bila DEDAK dah Campur BIJAN , kebodohan nya MENYERLAH

      Delete
    4. Jawapan untuk anon 11: 14

      1. Kalau lu nak percaya , lu pecayalah. saya tak percaya. Saya pun ada bukti saya sendiri.

      2. Saman oleh DOJ tu pun dibuat berdsarkan adauan oleh 2 rakyar Malaysia iaitu Husam dan Peguam kpd mahathir...macam mana aduan oleh 2 org ni dapat liputan meluas, adalah disebabakan ada org yg membayar sejumlah wang yg byk kepada pelobi di amerika...Tapi sampai sekarang masih dlm siasatan...

      Bank di singapore yg ditutup bukan sebab 1MDB. ditutup sbb bank tu tak mematuhi syarat iaitu tidak boleh melakukan transaksi utk money laundering...Yg buat money laundering bukannya 1MDB....Kalau kita bagi duit kpd org lain dan org tu pulak guna duit tu buat money laudering dgn duit tu, siapa yg salah???

      3. Taksub la....sbb tak percaya orang lain. Kamau ada fakta..Tapi kamu tak sedar yg kami pun ada fakta. Sbb tu kena rajin baca. Jgn asyik baca dlm blog pembangknag ajer..

      4. Setuju dengan statement ni. Masalahnya semuanya Najib yg salah dan 1MDB yg salah. Lepas tu tuduh najib perompak la...

      5. Penjelasan 2.6 billion dan diberi. Memang SPRM dah hubungi pnderma dan memang dah disahkan derma...Kenapa laporan audit negara di OSA kan??? Jawapan nya ialah laporan awal audit telah dibocorkan oleh orang yg tak bertanggungjawab. Untuk mengelakkan laporan dbocorkan tanpa melihat fakta sebnarnya secara keseluruhannya, maka ianya telah di OSAkan...maknnya tindakan boleh diambil kpd sesiapa yg membocorkannya...
      Tapi laporan telah dibaca oleh PAC yg dianggotai oleh pembangknag juga...

      6. Nothing to hide....Yg benar pun kamu persoalkan...contoh penjelasan tentang 2.6 billion wang derma...

      Delete
    5. Cuba buktikan money trail dari derma arab? Hangman tunjuk Surat yang PAC dan AG pun tak boleh pakai?

      If u cannot, STFU

      Delete
  38. KARMA ITU KEMBALI PADANYA DI AKHIR USIA?
    Suatu masa dulu ketika dia berkuasa, ramai yang pernah menjadi mangsanya. Jika Timbalan Perdana Menteri pun dia singkirkan, apatah lagi menteri, timbalan menteri atau ketua-ketua bahagian di seluruh negara. Dia ‘jentik’ saja sudah mampu ranap seluruh karier politik mereka.

    Kuasa politiknya dulu sebagai orang nombor satu negara sememangnya mendapat ‘pengiktirafan’. Bukan saja di dalam negara, malah di luar negara sekali pun. Dalam negara digelar ‘maha-firaun’ dan ‘maha-zalim’, di luar negara pula dia cukup dikenali sebagai ‘kuku besi’ dan ‘diktator’ di Asia Tenggara.

    Sewaktu dia memecat Timbalannya dulu, segala macam perkara dia dedahkan. Pelbagai keaiban dia bongkarkan hingga mangsa dan seluruh keluarganya malu besar di serata dunia. Tiada langsung belas, dia cuba ‘tanam’ sedalam mungkin bekas Timbalannya itu.

    Ketika tidak lagi berkuasa, dia masih mahu tunjukkan kuasanya. Seolah-olah memiliki kuasa ‘ultimate’, dia desak Pak Lah letak jawatan. Timbul persoalan ketika itu, apakah dia khuatir tentang masa depan politik pudar seseorang yang mempunyai pertalian darah dengannya?

    Habis ‘menggulingkan’ Pak Lah, maka kejayaan itu mungkin memberikan dia keyakinan untuk berbuat perkara yang sama terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Dia cari ‘gaduh’, dan dia minta Najib letak jawatan.

    Dia fikir Najib seperti Pak Lah? Dia fikir setelah permintaan-pemintaan ‘melampau’nya itu dan cuba terus berkuasa walau sudah tidak berkuasa itu akan terus berkesan? Dia menyangka akan dapat mencatur kepentingan politiknya sampai mati? Dia silap.

    Dia tidak ingat, bapa Najib, Allahyarham Tun Razak yang mengutipnya dari ‘bakul sampah’? Dia lupa bahawa Najib yang ‘kutip’ dia masuk menyertai UMNO semula selepas era Pak Lah berakhir? Dia lupa pada persetujuan-persetujuan Najib terhadap permintaannya sebelum ini?

    Pada pandangan penulis, eloklah dia keluar dari UMNO. Di bawa sekali ‘puak-puak opportunist’ yang menjadi duri dalam daging UMNO selama ini, itu sudah cukup molek. Lagipun, bekas-bekas Perdana Menteri pun sudah memberi amaran tentang ‘bahaya’ manusia ini, bukan?

    Dia bagaikan tidak cukup membuat onar dan memanipulasi pemikiran rakyat untuk menyebelahinya. Bagai tidak cukup dengan ‘dosa-dosanya’ ketika berkuasa, dalam keadaan tidak berkuasa pun dia terus cuba melakukan ‘dosa’?

    Kini, satu persatu kian terbongkar. Sama ada dia sedar atau tidak, segala yang dia tutup dulu timbul satu persatu. Dijangka bukan hanya membabitkan satu isu sahaja, malah berpuluh-puluh lagi isu dan mungkin ratusan isu lagi yang akan menyusul. Dia sanggup tanggung pada usia ini?

    Dia mungkin tidak sedar bahawa seluruh ahli UMNO kini lebih celik selepas era dipimpin ‘diktator’ yang ‘maha-zalim’. Biarlah dan biarkan dia hanyut dalam ‘ultimate power’nya itu. Zamannya sudah berakhir, dan biarlah dia berakhir sebagaimana yang didoakan bekas Presiden PAS dulu, Allahyarham Dato’ Fadhil Noor…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa contribution fadil nor....pas can go to hell. Hanya tahu nak kafirkan orang. Solat 2 imam......

      Fadhil nor has no contribution other thsn bertopengkan agama. Sebab itu banyak religious whores in PAS soliciting money from cash is king

      Delete
    2. Anon 11.07

      Karma itu kepercayaan orang HINDU ?
      Awak HINDU ke ?

      Delete
    3. Balasan kepada yg zalim dan mudah lupa...

      Kenapa dulu pembangkang kata Mahathir diktator, mahazalim, mahafiraun, perompak duit rakyat etc....mesti ada nas nas nya kan..

      Fikir fikirkan lah...

      anTapi kenapa tiba tiba skrg pembangkang senyapkan!! Maknanya dulu mereka ni hanya menipu atau hanya sekadar nak mendapat sokongan rakyat??...

      Memang Allah nak tunjukkan betapa hipokritnyer mereka ni dan sememangnya tidak layak utk meemrintah Malaysia tercinta

      Delete
  39. Tabik sama Tun. Dlm forum ni,baik yg sokong atau bangkang Tun, ada sesiapa yg berani buat mcm Tun??? Aku...tidak. Anda semua...?
    Tun...teruskan perjuangan. Rakyat tetap sokong agar najib dan koncu2nya ditewaskan pd pru14 nnt.

    ReplyDelete
  40. Mahathir jilat ludah untuk serah tengkok pada Reformasi
    Mahathir hadhir ke Konvensyen Reformis PKR atau lain kata, grup Reformasi tahun 1998 - 2000 yang ppertahan Anwar ketika dipecat Mahathir.

    Jika sudah sampai menjilat puak-puak, tahap Mahathir sudah lebih rendah dari pariah. Sudah tidak ada kawan. Anwar pun setuju siasat forex. Kit Siang sudah terperangkat dan perlu setuju siasat Mahathir.

    Mukhriz tidak mahu masih kata mahu persepakatan dengan PPBM. Itu Mahathir sembah PAS melalui anaknya. OK juga PAS sepakat dengan PPBM tapi jangan kasi mereka kerusi banyak2 dan tempat best.

    Sebaik Mahathir masuk, CTS menulis dalam blognya berikut:

    Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa dijemput hadir secara mengejut di program yang dianjurkan oleh aktivis Reformasi pasca era 1998. Apabila Tun Dr Mahathir mula memasuki dewan, para hadirin telah mencemuh dan mengkeji beliau dengan pelbagai laungan seperti Firaun, Zalim, serta melaungkan slogan lain seperti Reformasi dan Bebas Anwar.
    Mahu dengar sedikit clipping mahathir dipenggil raja zalim, pergi ke blog MIM

    http://novandri.blogspot.com/2017/02/video-mahathir-dikutuk-semasa-hadir-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=feed:+blogspot/jcvmw+(dr+mim)

    Ada video

    Tujuan Mahathir pergi adalah untuk hadapi cemuhan merekadan terima kemarahan mereka supaya ia memberi peluang mereka melepaskan geram puluhan tahun. Lepas itu dia harap boleh dapat kerjasama mereka.

    Begitu juga dia bakal hadapai cemuhan aktivis PAS jika jadi persepakatan dengan PAS.

    Azmin dan Shabuddin pun coverline untuk Mahathir

    http://snapshot2016.blogspot.com/2017/02/lucu-dengar-dan-baca-azmin-shabuddin.html
    Tengok dari muka-muka yang hadhir, tak mungkin mereka sedia maafkan. Mungkin mereka sedia ketepikan untuk jatuhkan UMNO, tapi lepaskan gunakan Mahathir, mereka akan campak dia macam sampah yang dibuang dalam tong sampah.

    Sama dengan DAP, PAN dan PKR.

    Tak mungkin mereka akan beri dia peluang untuk letak Mukhriz atau beri ruang pada agenda mahathir. Mereka bukan percaya mahathir pun.

    Hanya nak perguna mahathir. Depa tahu dia hanya marah untuk selamatkan kroni dan keluarga. Jikalah mereka menang, pertama dia nak gasak adalah duit-duit Mahathir, kroni dan anak-anak pun!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau yang paling paria.

      Delete
    2. Anon 11.27

      Bila DEDAK dah campur BIKAN hanya pandai copy and paste

      Delete
    3. Saya terpanggil untuk memberi ulasan kepada anon 11:27 walaupun kesuntukan masa .

      Tengah menunggu 'flight' untuk satu penerbangan yang agak jauh . So diny yusof will be laying low for the next two weeks or so .

      Apa yang Mahathir lakukan adalah satu keberanian yang harus di hormati . Di dalam satu perjuangan menentang kuasa kejahilan mega , penentang tidak akan mencapai matlamat selagi berpecah kepada unit unit kecil .

      Penjahil mega ini yang berdaulatkan ' Cash is King ' dengan mudah mematahkan penentangnya . Jadi dengan menghulorkan tangan perdamaian kepada kumpulan2 ini , di harap dapat menyatukannya . Walau pun berbedza pendapat tetapi matlamat perjuangan adalah sama ... ia itu menamatkan riwayat pemerintah kleptrokratik yang ada dimasa kini .

      Cemohan , kejian yang di limparkan ke atas Mahathir itu adalah biasa saja . Untuk Mahathir menerima dengan fikiran terbuka juga membuktikan kejujuran dan keikhlasan untuk berjuang bersama sama.

      Bukan nya saperti tindakan Najib ... sentiasa mengelak dari apa saja pertemuan selain perjumpaan yang memuji memuja dirinya saja .

      Tolong lah ... janganlah suroh kami merujuk pada blog2 Dr. MIM ataupun Snapshots .

      Blog Dr.MIM atau Novandri hanya layak untuk di ulas serta pandangan olih manusia setaraf Landak ... ke Duri Landak .
      Snapshot ni dulu tah mana apa kot .. bila tak ada sambutan tukar nama . Dah tukar status pun tak ada sambutan . So janganlah buat promo kat sini !!!

      Ingin mengulas lebih panjang sedikit tapi sudah kesuntukan masa .... time to check in >>>>>>

      Delete
    4. Selamat pergi dan Selamat pulang

      Delete
  41. PAS paling paria.PAS adalah satu agama tersendiri yang tidak ada kena mengena dengan Islam yang Addin.Al-Quran banyak mengisahkan sikap dan perangai orang munafik dan kafir.PAS sangat menepati apa yang dikisahkan itu.

    ReplyDelete
  42. Lucu dengar dan baca Azmin, Shabuddin Husin cover line
    Shabuddin Hussein pula cuba cover line dengan spin kata Mahathir mengkagumkan

    Bukan mengkagumkan tapi hanya membuktikan dia Keling tak tahu malu. Begitulah bila orang terdesak, sanggup lakukan apa saja nak cari kawan baru.

    ReplyDelete
  43. Mahathir tahu ...semua rahsia dia akan dibongkar semasa kempen PRU 14 nanti...Untuk mengelakkan dia ditangkap dan dimasukkan kepenjara, kerajaan mesti ditukar. Sebab ti kena baik dengan DAP dan Anwar sebab mereka nilah dulu yg tahu semua rahsia Mahathir....

    Untuk cover diri, dia terpaksa jilat mereka mereka ni iaitu DAP dan Anwar sebab takut di ambil tindakan undang2 dan masuk penjara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg pegang rahsia ialah umngok bukan PH , kalau tukar kerjaan kompom tun kena baik tun duk diam diam main telur biar bijan berkuasa

      Delete
    2. Tulah kebodohan Mahathir..

      Kan org dah kata , duduk diam diam ajer lah..
      Bertaubat dan dekat diri pada allah.

      Ini tidak!! Dia bersekongkol pulak dgn media asing utk burukkan najib dan 1MDB..

      Maacam mana nk duduk senang, kalau hari hari kroni dia duk tanya, why u cannot control your successor?? supaya ikut cakap dia.

      Byk harta/aset kroni Mahathir dah dibeli oleh 1MDB, kontrak tak dilanjutkan.....

      Mananyer tidak....semua kontrak tu menyusahkan rakyat hngga ke anak cucu..

      Kamu Mahathir pun bukannya bagus sgt...

      kalau kau tuduh org perompak, kau pulak ialah bapak perompak

      Delete
    3. 1229..ko kata mahathir bodoh??
      Mahathir bodoh??
      Kau siapa??
      Kahkahkahkah

      Delete
  44. Terdesak utk apa bro sila bagi cerah skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu tak faham politik la...

      Sorry lah....boleh cari tempat lain tak??

      Hanya org yg terdesak saggup buat apa saja..

      Sebab bagi dia, dengan menjatuhkan Najib dan BN, negara akan kembali bagus...minyak akan turun, harga baranag akan turun, harga rumah akan turun, gaji akan naik....etc...

      hanya org bodoh ajer yg percaya dengan janji bulan dan bintang ni...

      Delete
  45. Mamak rela ditujah reformist demi boboi.... si budin tulis mamak mengkagumkan... kikikkiki... yera tu kagim tela ditujah... orang tak ade prinsip dikagumi...kah kah kah.... cukup2 la 22 tahun kena tipu takkan samlai mati mau di tipu mamak.....
    soalan sapa jafi PM klu PH bentuk kjaan pin yak bole jawab....kikikiki... bang non klu tujah mau telo mamak masuk.lam perut...... kikikkkkkk


    Rakyat selangor yg ada mruah dan jati diri yg tinggi masa terbaik utk ubah......

    cukup2 la krna tipu.....

    jom UBAH ...dan SIMEN...

    ReplyDelete
  46. Sungguh tak faham dengan sekolompok rakyat malaysia. Negara dalam perjalanan kerosakan akibat pemerintahan yang lemah dan korup...tapi yang didebatkan dan digaduhkan dan yg dituntut dengan penuh keghairahan adalah maaf dari tun m utk anwar... eh pigidah...

    tun m minta maaf atau tidak mintak maaf tidak memberi kesan pun kepada kehidupan kita sama ada di dunia atau di akhirat...

    tapi, context yang lebih besar adalah perjuangan untuk menyahkan pemerintah yang sangat korup tahap tertinggi yang memberi impact kepada kehidupan kita.

    malangnya ada rakyat malaysia suka berjuang utk perkara yang merugikan...tak tau arah perjuangan dan tidak pernah ikhlas dalam perjuangan...sedih.

    ReplyDelete
  47. Anon 02.27 diatas sana baru keluar gua ke? analisa yang kamu bagi mengenai bonus dan dividen ASN/ASB satu pun tak betul.

    Tak perlulah dalam perkara yang semua rakyat dah tahu tu pun kamu berbohong!!...betul ke kamu ada simpan duit dalam ASN/ASB ni....atau mungkin kamu nyanyok...kalau tidak takkan kamu lupa yang dizaman Tun Mahathirlah kedua2 saham tersebut pernah dibayar bonus dan dividen sehingga 60 peratus.Manakala dalam keadaan biasa tidak pernah bonus/dividen bawah dari 10 peratus.Hanya zaman Najib iaitu tahun ini bonus/dividen dibayar paling rendah dalam sejarah iaitu hanya 7.25 peratus.Jadi pada kamu anon diatas tu kalau nak fitnah dan berbohong pun agak2lah sikit jangan sampai kamu dianggap bodoh tak bertempat ye??.....

    ReplyDelete
  48. Sebagai pro Tun terus terang saya kata sekali kali saya tidak bersetuju Tun datang keperhimpunan refomasi bangang tersebut!!... saya faham keadaan Tun sekarang yang dalam keadaan serba salah dan terpaksa mengikut kehandak dan idea bodoh siKhairuddin Abu Hassan yang kelihatan cuba menjadi tuan kepada Tun.Mungkin Tun ada strategi sendiri disebaliknya,kalau ini yg sebenarnya..Alhamdulillah tetapi kalau tidak, diharapkan perkara sebegini tidak akan berulang lagi....

    ReplyDelete
  49. Bukan sahaja tun yg kita perlu kagum, tetapi juga mereka yg sanggup memaafkan tun walaupun telah ditahan secara tidak sah di bawah ISA di zaman tun menjadi PM.

    ReplyDelete
  50. cakap lah apa sahaja... kalau dah totok memang tak dapat nak terima walau bukti sahih benar dan jelas terpampang depan mata... tetao nk spin fitnah tipu dan bohong demi milage politik...

    sedar atau tak realitinya mahathir sekarang hanya badut boneka dan kuda yang dicatur ke mana-mana oleh tangan2 kecewa, PKR, PAN dan master paling besar DAPiggy untuk pecah belah dan lemah kan melayu Islam... ulang suara melayu dan islam...

    "Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, TETAPI YANG BUTA IALAH HATI DI DALAM DADA .” (Surah al-Hajj, ayat 46)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...