Wednesday, 8 February 2017

MELAYU TIDAK PERLU TAKUT LAGI DENGAN DAP


Semalam, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim mengesahkan penyertaannya ke dalam DAP dalam satu sidang media di kediamannya di Tropicana, Petaling Jaya.

Pada awalnya,  sidang media untuk mengumumkan kemasukannya ke dalam DAP itu sepatutnya diadakan di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara, tetapi terpaksa diubah tempat kerana tempahan dibatalkan oleh pengurusan kelab tersebut di saat-saat akhir.

Apa yang menariknya, penyertaan Zaid menyertai DAP disaksikan oleh Tun Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang dikenali sebagai "ultra Melayu" yang juga merupakan Pengerusi parti Bersatu.

Ini adalah suatu sejarah di mana seseorang menyertai DAP, tetapi Tun Mahathir menjadi saksinya. Sekaligus juga merupakan suatu penghormatan buat Zaid.

Meskipun tempat sidang media berubah tempat, namun Tun Mahathir tidak mengubah kesediaannya untuk menjadi saksi penyertaan Zaid ke dalam DAP itu.

Kehadiran Tun Mahathir bersama Lim Kit Siang untuk menjadi saksi kemasukan Zaid itu sudah agak lama dirancang dan ketidaksangsian beliau untuk menghadirinya tentunya mampu memberi mesej yang mendalam kepada rakyat.

Mesejnya tidak lain ialah agar pengundi Melayu tidak perlu takut atau ragu-ragu lagi untuk memberi sokongan kepada parti itu dalam pilihanraya akan datang ini. 

Dengan bertambahnya pemimpin Melayu berada dalam DAP, parti itu secara langsung dan tidak langsung telah menunjukkan ia semakin terbuka dengan konsep berbilang bangsa, meskipun diterajui oleh pemimpin berbangsa Cina.

Di sebalik dikatakan sebagai parti Cina dan digambarkan selalu bersikap chauvinis, tetapi seperti yang disebut oleh Tun Mahathir, DAP sebenarnya adalah parti berbilang kaum. Ia terbuka kepada semua kaum untuk menyertai dan berjuang di dalamnya.

Sejak sekian lama, beberapa pemimpin Melayu sudah menyertai DAP dan kemasukan Zaid sambil disaksikan oleh Tun Mahathir, parti itu dipercayai mampu meneroka ruang yang lebih luas dalam segmen-segmen masyarakat Melayu yang berbagai di negara ini.

Ini kerana Zaid bukan saja seorang peguam yang terkenal, bahkan juga pemimpin Melayu yang bukan asing kepada rakyat negara ini dengan pelbagai sumbangannya selama ini.

Beliau tentunya mampu memainkan peranan untuk menyelak tirai yang selama ini agak tertutup mengenai perjuangan sebenar DAP. Meskipun tidak mudah, tetapi ia adalah cabaran baru bagi Zaid yang dipercayai akan turut diberi ruang oleh DAP untuk bertanding dalam PRU 14 akan datang.

Jika Zaid mampu melakukannya bersama pemimpin-pemimpin Melayu sedia ada dalam DAP, parti itu mampu menjadi wadah baru bagi orang-orang Melayu, khususnya di bandar dan di kawasan-kawasan perumahan baru di seluruh negara.

Harus diakui bahawa DAP paling konsisten menjunjung Perlembagaan dan tegar menentang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam sistem pentadbiran negara. Dalam isu berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta melibatkan Najib Razak, DAP paling lantang dalam perjuangannya.

Dengan semakin ramai Melayu berada dalam DAP, seluruh rakyat, khususnya pengundi Melayu tidak harus bimbang lagi atau terus membiarkan diri termakan dakyah jahat UMNO berkenaan parti tersebut.

Bersama PKR, Bersatu dan Amanah yang sedia Melayu atau majoriti Melayu di dalamnya, terbaru dengan semakin ramai pemimpin Melayu terkenal seperti Zaid turut memilih DAP, Pakatan Harapan kini menawarkan ruang yang lebih menyeluruh, bukan saja untuk rakyat pelbagai kaum, tetapi juga bagi orang-orang Melayu.

Bermakna, kehadiran Tun Mahathir menjadi saksi kemasukan Zaid ke dalam DAP merupakan satu lagi sumbangan bekas Perdana Menteri itu untuk menyelamat dan menyediakan sesuatu yang jauh lebih baik untuk masa depan Malaysia selepas UMNO dan BN ditumbangkan nanti. (SH 08/02/2017).

148 comments:

  1. Apa lah yang rakyat malaysia terutama orang melayu takut sangat pada dap..tak nampak sebab apa pun melainkan dimomok oleh umno bn..musykil aku...patutnya kita harus takut pd umno bn yang menyamun dan menjahanamkan negara kita sekarang ni lebih dari dap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budin,
      Aku tulis panjang sikit nak cerita perubahan DAP kau sekat paria paria najib merepek panjang lebar samapi mengarut kau bagi pulak.

      Delete



    2. Bila seseorang tidak suka mendekati seorang lain , bukanlah maknanya takut dg org itu.
      Sebalik org tersebut mempunyai perangai hodoh, Kotor, tidak menghormati, tuan tanah yg di menompang, berperangai kurang hajar, tidak menghalang pengikut2 mereka menghina pemimpin2 Dan raja2 Melayu, lebih baik penjajah Inggeris lagi, tahu menghormat raja2 Melayu, kalau di Thailand atau Indonesia mereka tahu hormat, mengapa di sini mereka Jadi kurang hajar.


      Delete
    3. Nk buat 13 mei 1969 balik ke? Mcm ada rancangan je nk guna fakta baru tu..leh perintah martial law... Agong pun dh Tak ada kuasa... Kuasa semua berpusat pd PM!!!

      Delete
    4. Anon 22:39,
      Kalo kita tak kurang ajar pada org, orang tak kan kurang ajar pada kita, kalo kita tak menyamun, orang takkan panggil kita penyamun..u should give respect to get respect...jgn asyik melenting je..faham molek2 ye...

      Delete
    5. 22.27 bukan Sdr Budin sekat....tapi bila entry dah terlampau banyak dgn sendirinya posting tak boleh masuk.

      Saya pernah alami benda yg sama 4, 5 kali. Ni sebab ada tukang dedak yg duk copy paste panjang bejela sampai posting lain nak masuk pon tak dapat sebab penoh dgn entry sampah dia.......dia pikir sini tempat pelupusan sampah agaknya.

      Rasanya Sdr Budin tak perasan pasal masalah entry tak boleh masuk ni.

      Delete
    6. Setau aku komen yg kena padam oleh tuan budin ialah komen miss vee,komen nombor togel, komen pompuan dpt balik laki dia tu, komen lucah melampau dan komen menghina tahap gaban..itu pun setelah dikomplen oleh rakan2 disini..komen2 sampah tu bukan sahaja menyemak malah menggangu orang nak posting..untuk 22:27, kalo tak boleh, try ler smp boleh..

      Delete
    7. Sambungan:
      Komen disekat takde yang dipadam ada..
      Pesanan ikhlas dari pengunjung setia blog ini..

      Delete
    8. . Mahathir Mohamed
      The Father of Corruption
      As the most dictatorial prime minister ever, this man certainly tops the list of most evil persons in Malaysia. He has practically destroyed all the institutions of democracy in Malaysia including the independence of the judiciary and there are no more checks and balances to his power. Concepts like justice, democracy and human rights mean little to him and he is comfortable hobnobbing with brutal regimes like Myanmar and Cuba. Corruption and cronyism flourish under his rule to an extent never before seen. Like a leader who corrupts all those under him, most of the people holding high office in the country are corrupt and beholden to him. The hallmark of Mahathir's rule is that corrupt men and women do not have to pay the price of their corruption as long as they remain loyal to him. An egomaniac who expounds large construction projects to cover his lack of spiritual values, he channeled the resources of the country into economically senseless mega projects to feed his ego and his cronies' pockets. Slowly but surely Mahathir's rule of corruption, cronyism and public-milking privatization is lowering the standard of living in Malaysia and making life harder for the ordinary citizen who must pay the ever increasing corruption tax. He will forever be remembered for his cruel and inhuman treatment of his deputy Anwar Ibrahim whom he jailed after Stalin and Hitler style show trials.

      Delete
    9. 7:43,
      Wah pagi pagi lagi dah sarapan dengan daging mentah yer..

      Delete




    10. Mengumpat di benarkan dlm hal2

      a Mendedah kes2 penganiaan
      b Bagi menghilangkan mungkar
      c Untuk mengeluarkan fatwa
      d Untuk memberi nasihat kpd kaum muslimin


      Delete
    11. Anon 22.27 - saya tidak pernah sekat sesiapa untuk beri komen, cuma komen lucah, mencarut, menghina agama atau menghina yang melampau saja akan dipadamkan.

      Delete
  2. Bekas naib pengerusi dap tunku apanama..cakap inggeris kt segmen buletin tv3 berbahasa melayu.. Ini dh Kira menghina penonton 2 juta buletin tv3 yg tidak fasih Dan Tak faham bahasa Inggeris.. Tau la tunku tu bangsawan dan patik2 pacal yg hina...tak kan nk berkomunikasi pun dlm bahasa penjajah.. Cis...nukilan ikhlas penonton tv3 marhean.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well bro labu,tv3 tu pun sudah ejaan omputih, kalo melayu tivi3..faham molek2 ye penonton...

      Delete
    2. Wa boleh pengsan ini mcm lor..he he

      Delete
    3. saya percaya sama kamu lah saudara labu labi....tibai jangan tak tibai...depa kughang ajaq kita kughang ajaq balik...depa ingat depa tera...rupanya kote mcm kote kera...depa kungfu kita silat...depa tinju kita muay thai...

      Delete
    4. Klu pihak kerajaan BN nk tubuh RCI ka apa pasal kes bmf Dan forex pun rakyat marhean Tak jadi hal pun. Tubuh berapa puluh RCI pun... Tp kerajaan wajib turun kan kos sara hidup Dan peluang pekerjaan pada kami yg marhean.. Rasullullah berpesan tangan yg di atas lebih mulia dari tangan di bawah... Kami mahu bebas dari kitaran kesusahan yg disebabkan oleh 1mdb...kami marhean bkn mahu sedekah dari bangsawan tp kami mahu terus hidup. Jika kami terus di tindas...jalan keluar ialah revolusi....nukilan ikhlas marhean juga pembaca setia utusan Malaysia sejak 45 tahun dulu hingga skrg.

      Delete
    5. Najin tak payah menghasutlah.
      Generasi muda Melayu hari ni dah matang berpolitik.

      Politik ayahanda Tun Mahathir lebih matang. Dia boleh dia boleh tukarkan negative jadi positive. Pengganas Komunis pun dah surrender. Dah letak senjata. Dah tak ada pertumpahan dah dan askar kita hanya perlu siap siaga saja. Negara pun dah tak ada ancaman drp pengganas komunis lagi dah.

      Anggota pasukan keselamatan dan rakyat jgn lupa ini semua.

      Hari ini Tun Mahathir tak ada masalah duduk semeja dgn DAP semata mata untuk menyelamatkan negara dan rakyat negara ini daripada hidup papa kedana.

      Cukup jauh perbezaan di antara karisma dan politik Tun Mahathir dgn najib.

      Najib tu mangkuk.

      Delete
    6. Bro Zack,tumbang kenduri.. Bkn saja mangkuk tp mangkuk hayun.. Kununnya pernah hidup susah.. Poodah... Hidup senang lenang dari beranak smpi la ni. Tak susah kan org Tak pa lah. Ni satu negara jd susah pasal dia bingai urus ekonomi dan rembat duit rakyat. Nk perah lg rakyat, suruh hasil dalam negeri odit fail cukai rakyat lepas tu kena kan cukai tambahan. Mana rakyat Tak murung... Org murung jgn buat main... Mcm2 boleh jadi... Nukilan ikhlas pembayar cukai juga pembaca harakah serta utusan Malaysia... Lupa lak penonton 2 juta tv3.

      Delete
    7. Aku meluat tengok bapak penyamun yg terang2 nampak menipu. Tak hidop dia kalo tak menipu membelit. Punyalah bangang cerita yg dibuat semua orang tau cerita tipu......tapi dia boleh buat muka bebal macam kan kita ni percaya dan terima cerita lawak sarkis dia. Memang sah2 sewel.

      Yg patut Melayu takut bukan DAP tapi Melayu yg jahanamkan Melayu. Inilah gunting dalam lipatan....api dalam sekam. Ini sebenarnya musuh yg nyata.

      2.6b tu masuk akaun sape?? Akaun Cina DAP ke?? Sape yg mula2 tak ngaku pasal duit 2.6b......tapi last2 dia mengaku 2.6b masuk akaun peribodynya??

      Duit SRC 42 juta sape yg kendalikan?? Bermilion duit dibayar pada Aabar Ciplak lesap macam tu jer......Cina DAP atau Melayu yg uruskan??

      Hal ehwal tadbir urus 1MDB......semua dokumen2 1MDB....sape yg tandatangan??? Sape yg sain buta??? Cina DAP atau sape??

      Semua transaksi2 bank yg berkait dengan 1MDB......sape yg uruskan, sape yg handle....Cina DAP ke??

      Saham2 FELDA yg jatuh menjunam....dan salah-laku pecah amanah duit2 FELDA yg akibatkan FELDA rugi berjuta2.......sape yg urus tadbir??? Ini kerja DAP jugak ke??

      Dividen Tabung Haji, ASB makin jatuh menurun tu DAP yg bagi turun ke??

      Duit RM100juta Kementerian Belia dan Sukan lesap.....tu kerja sape.....DAP yg rompak ke??

      Dua pegawai kanan pegawai kanan Jabatan Air Sabah yg dicekup SPRM dengan RM52 juta wang tunai disorok dan RM60 juta lagi dalam akaunnya........ini orang DAP jugak ke??

      Sape yg tarik subsidi rakyat marhean?? Subsidi padi, pendidikan, gula, minyak masak, petrol dll......kenakan GST....hingga menyebabkan semua harga dan kos sara hidup naik........dan masyarakat Melayulah yg paling terhimpit dengan kos sara hidup yg tinggi ni. Ini semua kerja sape??

      Malaysia disiasat oleh banyak negara luar termasuk DOJ Amerika, Swiss, Singapore.....sape yg punya angkara?? DAP jugak ke???

      Malaysia dilabel sebagai negara ke2 tertinggi rasuah.....siapa yg tadbir Msia?? Adakah di bawah pentadbiran DAP??

      Sebenarnya yg patut kita takut ialah Melayu yg makan/tikam Melayu.....Melayu yg jahanamkan masa depan keturunan Melayu dan Melayu yg rompak Melayu.....jual agama, bangsa dan tanah ibunda. Inilah gunting dalam lipatan yg sebenar....ini musuh yg nyata.........manis dimulut tapi dalam diam kita dibelit dan dijualnya.

      Delete
  3. bahasa melayu dah layu dibawah amno
    habeh semua tempat taman perumahan kedai dll pakai nama penjajah
    terbaru forest city nama penjajah jugak habeh melayu
    duk kena tipu malayu malayu
    dap kenapa kita nak takut bukan pemerintah total kat tm ni
    yang cilako bila umat Islam nak lakasana hukum hukum Islam ditentang ni yang cilako
    kalau orang islam pun sama setuju ngan dap dalam bab ni apa nak dikato lagi
    samo saja amno ngan dap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al Quran telah lengkap di turunkan oleh Allah berserta sunnah rasulnya. Klu buat tambahan, tu undang2 manusia... Tu yg lobai skodeng kt hotel budget tangkap marhean khalwat... Tp hotel berbintang Tak Ada org khalwat kot... Ye lah org berduit dan bangsawan.

      Delete
    2. RUU 355 tu adalah dari akta perlembangan bukan dari Enekmen hudud , jadi RUU 355 itu hasil tokok dan ditakzir manusia jadi tak salah didebat atau di tolak bukan hudud alquran yang kita terima sebagai hukum Allah swt kita tak tentang ini jadi faham sikit jangan keliru dek pembohongan pas umno atas orang melayu.

      Delete
    3. bila orang islam dap islam amano islam pas islam bersatu islam pan nak lakansankan hudud
      hidup ngaku beriman tapi maseh mau berhukum ngan hukum lodrid kot
      dah puluh tahun islam perintah negara ni tak kan duk takut trump lodrid marah ?

      Delete
    4. Kelantan yg di perintah oleh pas tak ikut pun hukum hudud tp ikut hukum sekular..ke Kelantan di perintah dap... Sembang kencang boleh la kununnya hudud hanya sebahagian kecik je... Nukilan ikhlas pembaca harakah.. Lidah rasmi partai Islam se Malaysia..

      Delete
    5. Salah ayat kamu tu 21:46,amno tak samo dengan dap, dio samo dongan pas, faham molek2...

      Delete
  4. PKR, PAN, PPBM HANYA ‘PAK ANGGUK’ DAP – PAS
    Parti-parti Melayu yang menyokong DAP dipercayai hanya akan berperanan sebagai ‘pak angguk’ dan boneka semata-mata sekiranya pembangkang berjaya menguasai pentadbiran negara.

    Ketua Pene­rangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Ra­zali mendakwa, ketika itu, DAP akan mempergunakan parti-parti Melayu tersebut untuk memberi legitimasi kepada penguasaan DAP dalam pentadbiran negara.

    Dakwanya, DAP sememangnya bercita-cita besar untuk menerajui pentadbiran ne­gara dan bagi menjayakannya, bantuan orang Melayu amat diperlukan kerana mereka sedar, tiada sebuah parti dapat menguasai landskap politik negara tanpa pengaruh Islam-Melayu sebagai tunjang.

    “Ramai pemimpin Melayu bersedia menjadi ‘pak angguk’ de­ngan imbuhan yang setimpal asalkan DAP menguasai Kabinet, itu sudah cukup. Di depan, pak-pak angguk Melayu membuat kenyataan tapi di belakang, DAP yang buat keputusan. Barangkali menjadi boneka.

    “Malangnya, parti-parti Melayu tersebut tidak mendapat so­kongan majoriti orang Melayu. Orang Melayu hanya pilih antara UMNO atau Pas,” katanya dalam blog, drtakiri.blogspot.my hari ini.

    Parti-parti dianggotai majoriti orang Melayu yang menyertai Pakatan Harapan diketuai DAP sekarang ialah PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

    Mohd. Khairuddin menambah, disebabkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) merupakan seteru politik kepada DAP, maka tidak mungkin mereka akan bersama parti tersebut yang menunjangi kerajaan ketika ini.

    Menurutnya, agenda ‘UMNOphobia’ yang dicanangkan oleh DAP dan sekutunya ter­nyata berjaya dimainkan dengan begitu berkesan sekali khususnya dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

    Sehubungan itu jelas beliau, harapan DAP untuk mencapai cita-cita menguasai politik negara kini bergantung kepada Pas sahaja.

    “Pas parti berprinsip dengan rujukan al-Quran dan al-Sunnah. Pas bukan hanya bercakap soal Melayu, tetapi Pas sangat kuat memperjuangkan Islam. Maka, bagaimana DAP mahu mendekati dan menguasai Pas sedangkan Islamophobia adalah senjata utama DAP bagi menarik soko­ngan bukan Islam selama ini?

    “Kerjasama erat dengan Pas membawa risiko ditolak penyokong tegar dalam kalangan bukan Islam. DAP sudah mencuba semasa di bawah Barisan Alternatif awal 2000. Akhirnya DAP isytihar keluar Barisan Alternatif kerana takut undi penyokong Cina lari kerana rapat dengan Pas,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS kalau menang anggok dengan najib dan kalau kalah lenyap terus ..tulisan tiada kajian cuma bersangka buruk.

      Delete
    2. .

      Husam tanya tu .. jawab dulu..

      Adakah transaksi RM90 dilakukan melaui Affin Bank ?

      Ibrahim Ali kata Islam PAS, Islam pembohong ..menzalimi orang asal.




      Delete
    3. Pasal pencacai copy paste ni karang entry penoh....posting yg lain tak dapat masuk.

      Delete
    4. Dalam keadaan sekarang DAP tidak bahaya mana kerana mereka rakyat malaysia yg mendokong perlembagaan Negara..yg bahaya sekarang Cina Komunus yg bawa masuk.

      Delete
    5. Perintah Kelantan tu dulu dengan betul ...
      Tak usah bertindak seperti ketam mengajar anaknya jalan betul ...
      Fitnah bukan budaya Islam tapi dibawa oleh orang yang mengaku Islam ...
      Musuh luar mudah dikenali tetapi musuh dalaman sangat bahaya ibarat gunting dalam lipatan, sedar2 kain dah hancur ... dan inilah sifat yang ada pada PAS dan UMNO. Melayu tu ibarat kain dan UMNO/PAS tu ibarat gunting. Kain digunting tanpa disedari.

      Delete
  5. ENTAHLAH, APA YANG HEBAT SANGAT PASAL ZAID MASUK DAP?
    DILIHAT dari permukaannya, keputusan Zaid Ibrahim menyertai DAP hari ini adalah tindakan seorang lelaki menyertai DAP, dilihat dibawah permukaannya pun, ia adalah seorang lelaki memasuki DAP, malah dilihat dari pelbagai sudut yang berbeza sekalipun, IA ADALAH SEORANG LELAKI MEMASUKI DAP.

    Apa yang peliknya dengan ini sehingga Mahathir keluar dari pertapaan hampir 12 hari untuk menghadiri majlis tersebut? Ya, jaguh bersuara, jaguh bercakap dan jaguh segala jaguh ini tiba-tiba ‘hilang’ hampir 2 minggu, kebetulan pada masa yang sama isu kerugian Forex pertengahan 90-an yang dulu muncul semula – semata-mata untuk melihat Zaid masuk DAP.

    Seolah-olahnya kemasukan itu mencatat sejarah yang tidak pernah tercatat dimana-mana dalam sejarah politik negara sebelum ini sehingga Mahathir perlu dilihat di dalam peristiwa itu. Zaid masuk DAP pun, bukan masuk parti Mahathir.

    Ya, betullah ini kali pertama Zaid menyertai DAP setelah sebelum itu masuk UMNO, PKR sehingga ke tahap menubuhkan parti sendiri pun masih tak berjumpa apa yang dicarinya dalam politik, tapi itu biasalah bagi orang politik berpindah-pindah parti. Banyak juga perempuan bersalin kali pertama tapi apa yang pelik dengannya? Perumpamaannyalah ni.

    Zaid saja pun, bukan tokoh politik terhebat ke tersohor di seantero dunia pun. Sebelum dia, Ibrahim Ali dah terlebih dulu berpindah-pindah parti sehingga dipanggil Ibrahim Katak.

    Kata kuncinya tu, historical eventnya dimana sehingga nampak macam penting sangat Zaid ini masuk DAP sampai Mahathir perlu ada disitu? Entahlah, kalau tanya penulis memang tak nampak.

    Mungkin dah takde kerja sangat dah kot, apatah lagi baru-baru ini presiden partinya sendiri, mengakui bahawa UMNO telah berjaya menjadikan negara ini sebagai negara contoh. Ironinya, Pribumi ini ditubuhkan Mahathir semata-mata untuk melawan UMNO, datang Muhyiddin puji pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu ini selama dua minggu asyik tidur ka dan peluk TV tiga suku.. pasal Tun M dengan forex dah banyak diberi pencerahan oleh media sosial semasa, dan tak sabar di ujud Suruhan jaya diraja supaya kekotoran UMNO di tonjolkan termasuk juga BMF supaya Tun M tabur peluru dimakamah habis malu UMNO sejak tujuh puluhan lagi . jangan sombong bodoh.

      Delete
    2. .

      Lelaki yang masuk DAP adalah anak melayu yang berjaya sebagai peguam. Yang hidupnya tidak mengharapkan dedak kerana sanggup meninggalkan jawatan Menteri yang menjadi idaman pemimpin UMNO.

      Lelaki yang masuk DAP ini berani bersuara dan lelaki ini lah yang membayar ganti rugi kepada peguam yang telah dipecat.

      Kenyataan Lelaki ini lah yang jarang dibalas oleh pendesak UMNO.

      Delete
    3. Zaid tak mencuri duit takyat..DAP pun tak curi duit rakyat..

      Delete
  6. LEGITIMASI PENGUASAAN DAP DALAM PENTADBIRAN NEGARA?
    Ketua Pene­rangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Ra­zali mendakwa DAP akan mempergunakan parti-parti Melayu yang bersekutu dengan mereka untuk memberi legitimasi kepada penguasaan DAP dalam pentadbiran negara.

    Perkara sedemikian sudah lama diduga oleh ramai pemerhati politik, dan sudah tentu ianya bukan rahsia kepada yang mahu berfikir secara rasional.

    DAP tahu, mereka sudah mampu menguasai undi dari kalangan liberal dan sekular Melayu, apatah lagi dari kalangan bukan Melayu. Ini adalah teras mereka, dan kekuatan ini dijadikan sandaran untuk mencatur politik mereka. Lucu jika anda percaya bahawa DAP itu minoritas, dan tidak mampu menguasai negara.

    Timbang taranya mudah, waima bukan majoriti, tetapi dengan kekuatan yang ada, mereka mempunyai “bargain power”. Sedang parti-parti yang mewakili orang Melayu berpecah-pecah menjadi suku-suku, DAP kekal dengan kekuatannya, menanti dengan sabar siapa yang mahu membentuk kerajaan pasti terpaksa “bergabung” dengannya. Bergabung itu ada “harga” yang perlu dibayar oleh pihak satu lagi.

    Itu antara teknik yang diamalkan mereka sejak sekian lama, pecah dan perintah. Semakin berpecah wakil orang Melayu, semakin kuat kuasa tawar menawar DAP. Oleh yang demikian, jangan hairan kenapa DAP cuba membuat hubungan dengan semua parti politik berstatus serpihan waima dengan PPBM yang diketuai oleh Mahathir. Di kalangan parti serpihan ini pula, siapa majoriti?

    Masih tidak mahu mempercayai strategi DAP ini mampu mengangkat mereka di pentas politik tanahair? Baik, terangkan pula bagaimana satu parti sekular seperti DAP mampu bekerjasama dengan sebuah parti Islam (PAS) sebelum ini. Siapa yang sangka? Politik adalah “the art of possibility”. Mahathir intim dengan Kit Siang, siapa terduga perkara ini boleh berlaku?

    Ikhtibar yang boleh diambil dari tahaluf siyasi DAP dan PAS, bagaimana PAS terpaksa mengorbankan prinsip dan matlamat asalnya seperti hudud dan negara Islam, sedang DAP kekal dengan prinsipnya. Bukankah itu bermaksud DAP yang menguasai?

    Itu hanya sebahagian dari taktik DAP berpolitik, selain merekrut orang Melayu dan India serta diberikan pula publisiti besar-besaran seolah-olah mereka bakal memimpin DAP di masa hadapan. Jika dilihat dari senarai Jawatankuasa Kepimpinan Pusat DAP pula, senarionya berubah seratus peratus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita kamu ini adalah cerita anak Haram dari idea idea pemimpin umno yang punya niat melanun harta negara.Bila nak kuasa cari orang melayu cerita dan ugut melayu kata cina jahat DAP jahat tapi bila dapat kuasa cari kroni taukey taukey termasuk cina DAP bagi projek kerajaan sapu duit cepat untuk kaya keluarga dan balaci sekarang pun PAS pun sama tapi lagi teruk sundal agama pada melayu.

      Delete
    2. .

      Perjuangan dan pendekatan PAS tidak sesuai dengan iklim negara ini.

      DAP berpegang pada Perlembangaan dan PAS sedar ikut Perlembangaan mereka tak ke mana-mana.

      Habis kuat main 'burung' merbok !

      Delete
  7. Rayu pemimpin pembangkang pergi ke rumah Hadi
    PETALING JAYA - Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menyarankan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan melakukan kunjungan hormat ke rumah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Syed Saddiq berkata, perkara itu penting bagi memastikan hubungan personal terjalin antara pemimpin-pemimpin berkenaan.

    "Saya rayu terutama kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang bukan hanya keluar kenyataan untuk ajak mereka datang bersidang tetapi pergi ke rumah Hadi, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin Pas yang lain lain dan cuba dekati mereka secara peribadi," katanya pada sidang meja bulat Selamatkan Malaysia di The Club, di sini, hari ini.
    Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, sekiranya pemimpin tertinggi Pakatan Harapan tidak bersedia untuk berbuat demikian, beliau sendiri akan melakukannya.

    "Saya akan pergi sendiri kalau mereka tak nak," katanya.

    Ujar Syed Saddiq, cadangannya itu mengambil contoh pendekatan yang digunakan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya mendekati Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan cara tersebut.

    "Anwar bukan senang hendak dekati Tok Guru tetapi dia hampir setiap minggu mengunjungi rumah Tok Guru," katanya lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buang masa????

      Delete
    2. .


      Apa lah mamat ini sama kan Hj Hadi dengan TGNA ?

      Tahukah mamat ini jika kesemua pemimpin PH PPBM pergi ke rumah Hj Hadi ada kemungkinan Hj Hadi buat macam Hj Bakhil apabila orang datang minta sumbangan.

      Ajak berunding pun dah kata orang melutut nak pergi rumah dia ?

      TGNA tak ada hubungan dengan UMNO tapi ingat Hj Hadi ada hubungan dengan Najib. Mana yang Hj Hadi pilih ?


      Delete
  8. Bagi diorg rasa dulu..sebenarnya Pas ni penting,bagi diorg hadamkan perkara ini sebaik2nya,bahawa Pas ini sperti kata Timb Presiden Pas,Pas ini parti melayu dan islam terbesar seperti umno,hnya ada 2 ini saja utk org melayu pilih,umno atau pas...sebab apa??sebab hnya 2 ini saja yg ada jentera utk bergerak dalam pilihanraya umum...Pan apa ada??bersatu apa ada?pkr pun sama...kena ingat!masa pkr baru bertapak,Pas yg byk membantu kamu,bagi seat di kelantan,pertahankan anwar..rafizi pun jgn nak sedap mulut je..
    time korg rasa korg berkuasa....korang kutuk bagai nak gila....hina mcm2....time rasa nak hilang kuasa ....nak hilang jawatan....mcm2 korg merayu bagai.....da dpt jawatan nanti....tgk la mcmana korg kutuk balik ulamak2......selagi DAP dan PAN ada dalam pakatan .... selagi itulah aku takkan undi pakatan penghina undang2 Allah dan ulamak
    Pertamanya: Kunjungan hormat boleh dibuat hingga 12x dalam setahun pun, tetapi apabila pemimpin islam berpegang dengan islam...maka kamu tidak dapat ubah keputusannya.

    Keduanya: Jangan datang ke rumah Tok Guru kemudian paksa Tok Guru tandatangan spt dulu pernah dilakukan oleh pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (Isu MB Selangor)...bercakap dengan nada meninggikan suara pada Tok Guru yang bersendirian dirumah.

    Ketiganya: Anwar dulu kerap ke Kediaman Rasmi Tok Guru Nik Aziz diJKR 10, entah apa cerita yang diberitakan kepada Tok Guru. Pertemuan pula 1 dengan 1. Ketika itu orang belum ahu tembelang Lim Kit Siang, DAP serta barua barua mereka dalam Pas. Masa tu orang belum percaya dalam Pas ada barua DAP.

    Kemudian, mungkin Pas Pusat dapat baca helah Anwar, pertemuan Anwar-Tok Guru Nik Aziz selepas itu disertai oleh seorang lagi pemimpin Pas. Bukan lagi 1-1. Anwar kalau jujur serta terbuka masa tu...kenapa tidak mengadap Pas Pusat & Tok Guru sekaligus?

    Kenapa perlu 1-1. Apa nak rahsia sangat?

    Syed Saddiq ni budak budak lagi walaupun dia bijak berdebat. Dia tak tahu kisah panjang serta helah pemimpin pemimpin DAP & PKR masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar syed saddiq tu bebudak lagi sbb tu dalam akaun dia tak ada tok arab yang sudi nak derma berbillion billion sebab dia cuma ada akaun kanak-kanak....tak berapa tau nak kira kalau ada duit banyak dalam akaun...!!!

      Delete
    2. Kau bandingkan Kelantan yang terajui parti PAS selama 5 penggal dan Penang yang diterajui DAP selama 2 penggal. Terdapat perbezaan yang amat ketara. Macam langit dan bumi. Macam Datuk Zaid cakap tadilah.
      PAS hanya tahu memperalatkan agama untuk meraih sokongan. Bila dah dapat sokongan dan diberi mandat untuk memerintah ternyata golongan ulama' ini langsung tidak boleh diharap.
      Negeri bawah pentadbiran PAS kotor, service delivery out, sampah berlonggok depan mata just tengok jer tak tolong buang, longkang tersumbat tak baiki sampai naik bau semerbak satu kampung, orang-orang muda ramai yang menganggur tiada pekerjaan, rakyat tak ada disiplin. Adakah ini melambangkan imej Islam sebenar?
      Bukan soal negeri kaya atau miskin tapi soal sikap atau attitude. Dari segi teori, PAS memang jaguh tapi sari segi praktikal, out. Cakap tak serupa bikin. Islam dari segi luaran. Dalaman Nauzubillah..

      Delete
    3. .

      Contoh.

      TGNA pergi ke rumah Karpal Singh.

      Itu Islam.

      Bukan Karpal Singh yang pergi jumpa TGNA.

      Itu lah kesombongan Hj Hadi yang mahu orang menyanjung nya.

      Delete
    4. Kalo kebanyakkan ahli pas bersikap spt 22:00, itu tandanya parti pas telah rosak...sedih, sedih..

      Delete
  9. ‘DEWATA RAYA’ DULU TAK JUAL TANAH AGAKNYA…
    Kadang-kadang, rasa menyampah pula membaca hujah-hujah macai puak pembangkang khususnya ‘bunga raya’ yang begitu dangkal berbicara kononnya tanah di negara kita sedang dijual kepada warga asing.

    Jika diteliti, mereka yang berhujah itu kebanyakkan masih ‘hingusan’ atau bak kata ‘dewata raya’ mereka, masih ‘kanyaq’. Mereka begitu taksub dan menyokong ‘dewata raya’ yang menjadi diktator selama 22 tahun itu.

    Menyebut ungkapan 22 tahun, penulis suka untuk mengimbas kembali apa yang Pengerusi ‘bung raya’ buat ketika menjadi ‘individu paling berkuasa’ melebihi Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Negara itu.

    Kenapa lebih berkuasa dari Raja-Raja Melayu? Bukankah dia yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu melalui strategi tekanan di media-media di bawah kawalannya ketika itu? UMNO diharamkan, dia pecat pula Ketua Hakim Negara, berkuasa sungguh dia bukan?

    Berbalik kepada isu ‘jual tanah’, penulis teringin sangat untuk menyuruh macai-macai ‘bunga raya’ itu mengukur setiap inci tanah di Pulau Langkawi. Cubalah ke pulau lagenda itu dan kaji sendiri berapa banyak tanah yang terjual diera ‘dewata raya’.

    Kepada siapa tanah-tanah di Langkawi itu dijual? Kenapa tanah-tanah itu dijual? Apakah ia benar-benar dijual atau ada ‘perjanjian tertentu’ dan tanah itu diberi begitu saja dengan ‘timbal balas’? Alasan apakah yang digunakan untuk menjual tanah-tanah strategik di Langkawi?

    Di mana pula hasil untuk rakyat di Langkawi yang rata-ratanya Melayu? Berbaloikah pampasan yang dibayar? Kayakah anak-anak Langkawi yang menjadi kuli tauke-tauke dan taikun-taikun itu? Bagaimana pula taikun-taikun itu melayan ‘dewata raya’ sebagai ‘timbal balas’?

    Benarlah bahawa Langkawi maju dengan produk pelancongannya. Benarlah Langkawi kini mmbangun dan tidak seperti hikayat mitos sumpahan Mahsuri ‘padang jarak padang tekukur’ yang dicanang ketika pulau itu hendak dibangunkan dulu. Kononnya sumpahan sudah tamat?

    Tapi tahukah macai-macai ‘bunga raya’ tentang apa yang berlaku ketika itu? Atau mereka masih lagi menyusu badan ibu masing-masing? Masih menggonggong botol susu dan punggung pun masih ‘hijau berlumut’ dibalut kain ‘napkin’?

    Cuba kaji balik apa yang berlaku di zaman ‘dewata raya’ dulu. Dia tidak ‘jual tanah’? Orang yang membeli tanah itu tidak jual semula tanah yang dibeli kepada pihak lain? Apa status tanah-tanah itu? ‘Freehold’ atau kekal berstatus tanah rizab Melayu?

    Orang Melayukah yang kaya raya dan membeli tanah-tanah di zaman ‘dewata raya’? Cuba lihat siapa kaya raya dan memiliki berekar-ekar tanah strategik di Langkawi. Siapa dan apa hubungan mereka dengan ‘dewata raya’. Boleh selidik?

    Jadi, berhentilah tunjuk kebodohan diri sendiri dan membiarkan terus ditipu ‘mitos-mitos khayalan’ rekayasa ‘dewata raya’. Tapi kalau diberi ‘dedak’, maka teruskanlah tunjuk kejahilan diri sendiri itu kerana ramai yang akan ketawa berdekah-dekah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti ketuanan melayu lagi hebat...sebab ada pedang setiawan...!Dewata raya tak kemana...

      Delete
    2. .

      Apakah kerana pemimpin terdahulu buat salah maka pemimpin hari pun boleh buat? Malah lagi dahsyat dari pemimpin terdahulu.

      Walaupun melayu berkerja kuli dengan taukeh cina tapi sampai melayu masih ujud dan terus hidup di Langkawi.


      Tapi jika di jual pada China, melayu akan hilang dan jangan harap nak hidup nak jadi kuli pun tak merasa.

      Ramai pelajar China yang mengikuti kursus di sini. Tamat pengajian mereka lah yang akan mengisi jawatan dan pekerjaan tersebut.

      Delete
  10. PAN perlu Tranformasi untuk hilang BADI kubur
    Ya, tidak keterlaluan untuk saya percaya dan yakin Pan akan berkubur. Perkembangan terkini, Zahid Ibrahim tidak tergamak nak join Pan. Kalu nak dikira kepala Zahid memang sesuai dengan Pan.

    Kawan saya yang juga guru Ngo saya, Mazlan Aliman terpaksa digerakan oleh PPBM untuk projek Semarakan Felda. Pan sebelum ini tidak mampu mengerakan jentera mereka di kawasan Felda.
    Bila PPBM menyuntik semangat gerakan untuk memberi tumpuan kepada 54 Parlimen Felda, Jaguh pejuang Felda semasa dalam PAS mengisi ruang ketika ada momentum kemarahan orang UMNO terhadap Tan Sri Isa Samad kemuncak dan diterjemahkan sokongan kepada PPBM.

    PAS dilihat mengambil sikap tepu, tanpa ada usaha bersungguh-sungguh mengambil peluang dari isu felda yang melanda. Mungkin tidak ada tokoh di dalam PAS Pusat yang berwibawa untuk membawa obor kebangkitan di kawasan 54 Parlimen pengundi melayu.

    Kehilangan Mazlan Aliman dirasai oleh aktivis pejuang Felda dari kalangan penyokong PAS di seluruh negara. Yang menariknya mereka tidak mengikut jejak langkah Mazlan. Mereka tidak meninggalkan PAS, hanyalah segelintir sahaja. Berani saya katakan PAS tidak terjejas dengan Pan di Felda, tetapi PAS menjadi agak kaku untuk menimbulkan momentum kebangkitan. Namun begitu cawangan PAS kukuh di kawasan-kawasan ini.

    Bilamana saya melihat satu program yang dianjurkan oleh PPBM di salah sebuah Tanah rancangan di Jengka baru-baru ini, saya merasakan PAN akan berkubur lebih awal dari jangkaan terutama di kawasan-kawasan melayu. Sambutan warga Felda pada program itu agak baik ketika isu Felda mencanak jiwa peneroka.

    Timbul juga persoalan kenapa Tan Sri Muhd Taib tidak menyertai PAN, YB Mahfuz Omar juga tidak sertai Pan walaupun dia sudah tidak berwajah PAS lagi, kadangkala kesimpulan ini merusut percaturan potitik pelik terhadap Pan.

    Presiden Pan juga agak tenggelam tak timbul-timbul, jika timbul pun terpaksa tumpang program parti lain seperti PPBM, pendek kata atas Pan sendiri mereka lumpuh, mereka tidak mampu untuk teruskan parti orang Pas yang kecewa ini. Ye lah, mereka tubuh parti selepas kalah pemilihan.

    Ramai lagi tokoh politik tanah air, tidak berani atau menjauhkan diri dari Pan. Itupun belum DAP marah dan kecewa dengan Pan, bibik-bibik sudah ada, Pan tidak boleh bertanding di Pulau Pinang dan Selangor, Pan jadi binggung dan hilang pedoman . Jadi sah lah DAP mencipta Pan untuk mengecilkan dan memecahkan undi melayu.
    Pan nak rampas Kelantan, Pan nak bertanding semua Parlimen dan Dun yang Pas bertanding, kalau pekikan ini diambil kira, huh..Pas akan hilang nama mereka selepas PRU14, kata seorang pemimpin muda PAN. Mereka akur dengan suruhan Dap agar mengacau kawasan Melayu terutama di Kelantan.

    Tapi hakikatnya? Orang Pan sendiri pun tahu. Sebab itu Pan perlu satu Tranformasi, jangan malu, jangan segan, buatlah, agar Pan terus kekal di landasan yang digagaskan untuk memerintah Malaysia dengan bertuankan DAP.

    Buktikan Pan boleh hidup tanpa DAP, Pan boleh memerintah kelantan dan Terengganu. Jangan sembang lebih, jangan sembang kuat. Ibarat orang tahan burung wak-wak, dengar bunyi macam ribuan wak-wak di dalam gelap, rupaya hanya sekor dua sahaja yang memekik berkicauan menjadi denak, lebih malang lagi kita bimbang suara ribuan wak-wak itu hanya dari sekeping kaset sahaja.

    ReplyDelete
  11. Yang paling lahanat skrg ni si montel Jo Lhow....mana azwanddin JMM, mana Jamal Baju Merah, mana Tok2 Mufti,mana bang lobai serban lilit.....Jo Lhow ni skrg yang menjahanamkan Malaysia.....malaun macam ni yang patut kita adili dan rakan2 yang sekelompok dengannya.....tak dengar pun ada pemimpin DAP yg dapat derma dari tok arab...

    ReplyDelete
  12. Saya nak ambil kesempatan ni setelah puteri, wanita, pemuda dan ajk bahagian umno bhgian sungai besar utk sama2 memujuk supaya jamal yunus tak teruskan hasrat meletak jawatan. Saya yg mewakili sebahagian kecil rakyat yg stress dengan kerajaan yg ada sekarang ni akan kehilangan hiburan sekiranya jamal letak jawatan. Kelakuan pakai tuala dan berus gigi serta lakonan2 bodoh jamal sedikit sebanyak telah memberi saya hiburan. Sekiranya jamal terus dengan pendiriannya, nampaknya terpaksalah saya harap hiburan bangang dari pemimpin lain seperti Salleh Bajau, Rahman bebal, Nazri biadap dan mungkin comeback dari Mat Maslan CGPA 4.00. Saya harap Jamal akan terus menghiburkan kita dengan kelakuan bodohnya supaya rakyat akan terus meluat dengan UMNO.

    Sekianlan

    ReplyDelete
  13. Masih reliable kah tv3? Baru baca blog zamkata dipetik dari malaysia kini M KRISHNAMOORTHY BEKAS WARTAWAN NST/STAR DEDAH TUN ARAHKAN SIASATAN KEAKAR UMBI SKANDAL MBF.

    Baca dan buat lah kesimpulan sendiri. Kepada yg mengaku beriman yg mencaci dan menghina beliau, well you know what to do. Siapa yg akan muflis diahkirat nanti Allah yg mengetahui.

    ReplyDelete
  14. RCI : Lim Kit Siang Terperangkap Dalam Hipokrasi Sendiri
    Selama berpuluh-puluh tahun penglibatan Lim Kit Siang dalam bidang politik, antara musuh utama beliau adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Tidak ada siapa pun dapat menyangkal fakta bahawa Mahathir antara individu yang begitu hebat menghentam Lim Kit Siang dengan pelbagai kata nista seperti kepala komunis, pemecah orang Melayu dan bapa rasis Malaysia.

    Namun, sebaik sahaja Mahathir memilih untuk membentuk parti sendiri, antara orang pertama yang beliau jumpa untuk dijadikan sekutu utama adalah Lim Kit Siang sendiri. Ironinya, pertembungan dua orang pemimpin vateran ini telah menjadikan segala perseteruan mereka dahulu seolah-olah satu pentas lakonan politik yang seolah-olah langsung tidak wujud dalam lipatan sejarah politik negara.
    Secara tiba-tiba, pada bulan lalu, CIA telah mendedahkan dua skandal besar Mahathir sepanjang mentadbir negara selama 22 tahun. Kes berkenaan adalah skandal BMF dan Forex di mana wang negara telah dilesapkan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya yang kini dianggarkan bernilai hampir RM 50 bilion. Menariknya, sepanjang perseteruan Kit Siang dan Mahathir, Kit Siang antara individu yang paling lantang menghentam Mahathir.

    Setelah mereka bersekutu, Kit Siang cuba untuk tidak memperkatakan tentang isu ini walaupun pada satu ketika dahulu, beliaulah yang paling lantang mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI). Malah, beliau ada menerbitkan dua buku yang menerangkan bagaimana skandal BMF ini berlaku dan mempertikaikan keengganan Mahathir menubuhkan RCI.

    Hari ini, ketika diajukan soalan adakah perlunya kerajaan menubuhkan RCI seperti yang dituntut oleh ramai pihak hari ini, Kit Siang dilihat sekali lagi cuba mengelak sehinggalah beliau akhirnya memperakui, perlunya ditubuhkan sebuah pasukan siasatan DiRaja bagi menyiasat kedua-dua skandal besar ini. Apa yang melucukan, kesediaan beliau ini diungkap di hadapan Mahathir sendiri.

    Inilah lambang hipokrasi tertinggi oleh Lim Kit Siang yang hangat disebut-sebut sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri andai Pakatan Harapan berkuasa kelak. Jika semasa Mahathir menjadi seteru politiknya, suaranyalah yang paling lantang untuk mendesak perlunya ditubuhkan sebuah pasukan siasatan DiRaja bagi menyiasat isu membabitkan dua skandal kewangan terbesar ini.
    Namun, setelah Mahathir kini menjadi sekutunya, sedaya upaya Kit Siang cuba melindungi kesalahan yang dilakukan Mahathir dahulu. Adakah ini ketelusan yang selalu dibangga oleh Kit Siang, DAP dan Pakatan Harapan? Kenapa mereka tidak mengekalkan intergriti mereka yang kononnya mengamalkan sikap telus dan amanah?

    Sekarang ini, suara untuk mendesak kerajaan menubuhkan RCI semakin kuat kedengaran dan tiada siapapun dari Pakatan Harapan termasuk Mahathir dan Lim Kit Siang dapat menghalang kemahuan rakyat yang ingin tahu, kemana hilangnya hampir RM 50 bilion yang digunakan Mahathir dalam pelaburan kelabu asapnya. Rakyat ingin tahu, apa sebenarnya berlaku dan kemana hilangnya wang berkenaan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mananye sampah 5! Dah berlonggok sampah² kt atas tu. Abg miss Kira ni....hehe

      Delete
    2. Bersusah payah betul mamat ni ngampu..Tak payah lah..rakyat dah buka mata yang mana satu kaca dan mana satu permata..Tun permata yang tidak akan hilang cahaya nya walau pun setelah beliau tiada..

      Delete
    3. Tepat sekali bro,hanya yang buta hati dan buta segala-galanya tak nampak cahaya tersebut.

      Delete
    4. Tepat sekali bro,hanya yang buta hati dan buta segala-galanya tak nampak cahaya tersebut.

      Delete
  15. TINGGAL LEMBU TUA SAHAJA YANG MEMBELA MAHATHIR
    Agak nya ramai juga yang terkejut apabila skandal skandal ERA zaman Mahathir “resurface” semula kerana sekian lama telah pun dilupakan.

    Hal ini ia terungkit apabila badan perisikan Amerika CIA mula mengeluarkan dokumen simpanan mereka yang telah melebihi 25 tahun.

    Antara jutaan dokumen yang mereka “declassified” kan termasuk lah hal berkaitan skandal terbesar negara Malaysia ia itu skandal BMF.

    Bagi mereka yang sudah melebihi umur 35 keatas atau pun lebih mungkin mereka tidak terperanjat akan hal ini , namun pasti sekali mereka yang bawah umur tambah lagi yang menyokong Tun Mahathir akan terkejut.

    Apa yang membezakan skandal ini dengan keadaan semasa hari ini ada lah ketika ia berlaku, media sebaran hanya lah surat layang dan kedai kopi sahaja.

    Apa yang menarik untuk menjadi perbincangan adalah bagaimana orang orang kanan dan orang kuat Tun Mahathir yang mengelilingi nya ketika dia berkuasa cuba menyelamatkan Tun MahathIr dengan pelbagai alasan dan tulisan mereka.

    Antara yang tergolongan dalam puak ini ada lah Kadir Jassin, Tan Sri Sanusi Junid dan Zainudin Maidin atau pun Zam.

    Mereka mereka yang di atas ini boleh lah digelar sebagai totok Mahathir.

    Boleh di andaikan juga mereka bukan cuba menyelamatkan negara tetapi lebih kepada menyelamatkan Mahathir.

    Tan Sri Sanusi misal nya dengan luahan hati nya dengan isu “korban politik” cuba menceritakan konon konon nya ramai yang terkorban poltik akibat kezaliman Najib.

    Zainudin Maidin pula keluar kan kisah pekung lama dan Kadir Jassin cuba mengalih kan kisah BMF dari zaman Tun Hussin Onn pula.

    Macam macam cara pro Tun atau totok Tun ini cuba membela boss mereka dengan pelbagai cara diversion.

    Apa yang pasti semua kerja mereka sudah tidak ada impak lagi.

    Ketika mula Tun Mahathir menyerang DS Najib jelas terlihat Tun Mahathir “have the upper hand” dan kelihatan akan berjaya, mamun apabila lama kelamaan bertukar pula, dan kini Najib terlihat sudah menang dengan pelbagai tindakan nya.

    Bukan sahaja Najib menang dengan berjaya menghalang Tun Mahathir tetapi lebih teruk , Tun Mahathir pula kelihatan tersepit dan buntu.

    Setelah Tun Mahathir kehabisan peluru , kini Najib pula tanpa perlu bersusah payah di hidangkan dengan skandal lampau Tun Mahathir.

    Bermati matian totok Mahathir cuba bangkit untuk membantu membela Mahathir “but to no avail” kerana kisah 1mdb kisah basi dan kini kisah BMF dan kehilangan wang rakyat pada Forex menjadi tumpuan rakyat.

    Amat malang kepada Tun Mahathir ada lah pembela nya datang dari mereka yang sudah tidak lagi releven dalam dunia politik.

    Mereka boleh di kira sudah menjadi kuda polo jika dahulu nya mereka adalah kuda lumba.

    Akibat serangan terhadap 1mdb sudah sampai tahap berlebihan dan melalut maka apa apa topik baru berkenaan nya sudah tidak lagi menarik minat sesiapa pun.

    Ini lah yang dikata kan sebagai “over do” sehingga terlihat sebagai drama ciptaan dan bukan isu penting.

    Walaupun ada orang muda seperti Syed Saddiq membela Tun Mahathir, namun sebagai budak hingusan dan bawah umur, cubaan nya di anggap sebagai puja badan Tun Mahathir sahaja tanpa mengetahui apa apa berkenaan skandal Mahathir dan wang negara.

    Itu lah yang jelas terlihat , penyerang sudah jadi mangsa , puak yang cuba membela nya terdiri dari lembu tua yang sudah hilang kawanan dan pengaruh.

    Tun Mahathir kini dalam keadaan malang, rekod buruk berkenaan kroni,proksi dan nepotisma menghantui nya, hanya lembu tua sahaja yang mahu membela nya. Itu pun yang pernah mendapat rumput dari nya satu waktu dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lembu yang ni special,tak makan rumput makan dedak je

      Delete
    2. .

      Umur 30 tahun tak peduli zaman BMF.

      Yang dia orang nak tahu 1MDB kerana kesannya pada masa akan datang ia lah pada mereka sendiri.

      Yang dia orang tahu TH KWSP MARA FELDA rugi.

      Tun Mahathir tersepit. Tun tak rugi apa-apa tu sebab dia suruh buat RCI dan juga untuk 1MDB

      Delete
  16. Anon 21.52,
    PAS kena suluh muka la sikit kalau menang pun tak kemana kalau baik dengan umno akan jadi balaci najib kalau dak sendiri akan lenyap terus. DAP kamu kata la apa pun semakin hari mereka mula berubah ikut zaman dan kehendak generasi tapi PAS masih tak ubah hanya pandai guna agama demi mendapat habuan politik dunia. masya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap tu bro. Dulu buat collection pakai tin Milo, skrg dh ada sponsor,buat permulaan 90 juta..nk harap marhean pas totok tak merasa nk pakai keta jenama..

      Delete
  17. ZAID BAKAL MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR ?
    1) Umum mengetahui DAP di Selangor merupakan parti yang terkuat di dalam sidang DUN di mana mereka memegang 15 kerusi DUN.




    2) Walaupun PAS turut memegang 15 kerusi, namun 3 orang wakilnya itu menyertai Amanah manakala PKR pula hanyalah mempunyai 14 kerusi.




    3) menyedari kedudukan kerusi itu, maka perancangan haruslah dilakukan untuk mencari wakil Melayu bagi mewakili parti mereka untuk dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu seandainya Pakatan Harapan masih berjaya mengekalkan kemenangan mereka di Selangor.




    4) Perlu diingat, DAP pernah menguasai kerusi DUN Perak tetapi kerana tidak ada wakil rakyat Melayu yang boleh dilantik sebagai Menteri Besar, parti itu terpaksa setuju melepaskan jawatan kepada wakil PAS ketika itu Datuk Seri Nizar Jamaluddin.




    5) PKR pula di zaman pemerintahan Rejim Azmin, dilihat terlalu berkuasa sehingga ahli DAP akar umbi dan penggerak parti berkenaan mengeluh apabila semua Projek Dan Tender PBT termasuk kuasa Ahli Majlis haruslah dari kummpulan kartel berkenaan.




    6) Jadi DAP harus memulakan rancangan mereka apatah lagi DAP dan PPBM sudah bekerjasama di Peringkat pusat dan ini dapat dilihat apabila isu jawatan Timbalan Perdana Menteri yang didedahkan oleh Bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP , Tungku Aziz baru-baru ini.




    7) Sidang media semalam juga dilihat tidak ada wakil PKR di dalam majlis berkenaan, apatah lagi Zaid pernah bertanding mewakili PKR ketika di Hulu Selangor menentang P Kamalanathan.




    8) kini DAP mempunyai dua ‘primadona’ yang boleh ditonjolkan sebagai calon menteri besar mewakili parti itu namun pastilah Zaid akan dijadikan ikon utama.




    9) Persoalan juga timbul, siapakah bakal dikorbankan di Selangor atau DAP bakal meminta kerusi di Pelabuhan Klang yang sebelum ini ditandingi oleh Khalid Ibrahim bagi memberikan laluan kepada Zaid Ibrahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam cerita katoon hi hi hi

      Delete
    2. .

      Kuasa pemutus ialah Sultan bukan pada parti.

      Delete
  18. ZAID IBRAHIM TERLUPA BEBERAPA PERKARA
    “Siapa lagi yang telah meletakkan jawatan atas prinsip sebagai menteri di negara ini? Hanya saya seorang sahaja dalam sejarah negara ini. Jadi apa lagi yang perlu saya buktikan?” kata Zaid Ibrahim hari ini. Sebenarnya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, yang merupakan seorang Menteri dalam kerajaan Tunku Abdul Rahman, juga meletakkan jawatan atas prinsip. Walaupun kesihatan yang kurang baik telah digunakan sebagai alasan untuk meletakkan jawatan, kebanyakan orang tahu bahawa ia adalah kerana beliau tidak bersetuju dengan arah tuju negara.

    Tun Dr Ismail kemudian menyertai semula kerajaan apabila Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih dan juga menjadi Timbalan Perdana Menteri. Terdapat juga banyak isu yang tidak beliau setujui yang melibatkan pentadbiran baru tetapi Tun Razak menerima nasihat Tun Dr Ismail, tidak seperti Tunku Rahman, yang mana jika beliau menerimanya, maka mungkin peristiwa 13 Mei boleh dielakkan.

    Zaid Ibrahim juga berkata, “Tetapi saya benar-benar seorang ahli politik yang serius. Saya tidak suka Tunku Aziz. Saya tidak memburuk-burukkan parti yang telah saya tinggalkan. Itulah perbezaannya antara saya dan Tunku Aziz. ”

    Mengapa Zaid membandingkan dirinya dengan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim? Mengapa bukan dengan personaliti yang lain seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tunku Abdul Rahman, Anwar Ibrahim, dan banyak lagi. Lagipun, Tunku Aziz tidak pernah bertanding dalam pilihan raya atau memegang jawatan awam selain daripada sekadar jawatan dalam parti DAP.

    Anwar mengecam Umno selepas beliau telah ditendang keluar pada tahun 1998. Beliau masih mengutuk Umno sehingga ke hari ini memandangkan kebanyakkan daripada apa yang tidak kena dalam Umno dan dalam negara ini adalah kerana tindakan beliau. Mahathir juga mengecam Umno dan meletakkan jawatan daripada parti itu dua kali, sekali pada tahun 2008 dan sekali lagi pada 2016. Tunku Rahman mengutuk Umno dan berkempen menentang kerajaan pada tahun 1990. Malah, kedua-dua Tunku Rahman dan Tun Hussein Onn enggan menyertai Umno Baru dan kedua-duanya meninggal dunia di luar Umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulis panjang tak penat ke!! Takde siape di blog ni lapor na baca sebab bau tahi najib

      Delete
    2. .

      Dulu kalau ada prinsip dedak mungkin cerita jadi lain.

      Delete
  19. Semakin risau jibbo kabinet
    Tarikan DAP seperti magnet
    Pendedak jibbo bertambah senget
    Bala kah ini daripada langit?

    Kata DAP hina Melayu
    Tak sokong umno, DAP teraju
    Kit Siang 2.6 tak masuk saku
    Skandal emdibi siapa pelaku?

    Ramailah pendedak akan ke kampung
    Ke felda masuk berbondong bondong
    Kata Melayu, DAP dah borong
    Sorokkan jahat si Bugis pembohong

    Unknown sahabat mlm ni tak tidur
    Sibuk copypaste nak cover jibbo
    Keluarlah kes, file dah hancur
    Mahathir tak gentar, come on bro!

    Siasatan diraja Tun alukan
    Mau kerjasama semua tak simpan Juga emdibi perlu siasatan
    Beranikah jibbo tampil ke depan?

    Unknown sahabat komennya panjang
    Konon rasanya diri pejuang
    Postingnya auta berkajang kajang
    Fakta John Doe tak dapat nak tentang

    Bro John you're a hero
    Your facts right, he has zero
    His empty postings to impress jibbo,
    Unknown is best described, as BAGERO!..











    ReplyDelete
    Replies
    1. Bravo fan tun boleh bernanah telinga lembu2 lanun.

      Delete
    2. Fan Tun Awesome!!!

      Syabas Boss!!

      ~ Jagindas 6 Jahanam

      Delete
  20. PKR dan DAP kemudiannya merancang ‘Langkah Kajang’ tetapi tanpa penglibatan PAS. Apabila Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi pilihan raya kecil Kajang mereka menggesa beliau menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dan sekali lagi PAS enggan melibatkan diri. Sebaliknya, PAS mendengar kemahuan DYMM Sultan Selangor dan mencadangkan tiga nama sebagai calon Menteri Besar Selangor, Azmin Ali salah seorang daripada mereka.

    Pakatan Rakyat sepatutnya bertindak atas dasar konsensus dan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju. Tetapi DAP melanggar perkara itu dan apabila kata sepakat tidak dapat dicapai DAP masih mahu ia dilakukan. Dan apabila DAP menafikan PAS hak untuk tidak bersetuju, PAS marah dan Abdul Hadi Awang menggesa untuk Rang Undang-undang Pindaan Syariah (RUU355) Ahli Persendirian di Parlimen. Jika mereka boleh memberitahu PAS untuk tidak masuk campur dengan melancarkan Langkah Kajang dan dengan memecat Khalid sebagai Menteri Besar Selangor, kenapa PAS juga tidak boleh melakukan perkara yang sama mengenai Syariah?

    Anwar tahu bahawa Pakatan Rakyat tidak akan bertahan. Seperti kata orang Melayu: retak menunggu belah. Perkahwinan Pakatan itu sedang berantakan dan Anwar sudah tahu perkara itu pada tahun 2013. Langkah Kajang, kontroversi Menteri Besar Selangor, krisis pindaan Syariah, dan lain-lain, semata-mata adalah alasan untuk bercerai. Talak pasti akan berlaku dan sebab sebenar untuk perceraian itu adalah kerana PAS tidak lagi sanggup untuk menjadi jalang DAP dan membolehkan DAP untuk melakukan apa yang ia mahu bertentangan dengan prinsip konsensus dan membolehkan DAP melanggar perjanjian bersetuju untuk tidak bersetuju itu.

    Pendek kata ia telah bertukar menjadi perkahwinan penuh penipuan di mana DAP menentukan apa yang berlaku sementara PAS mahukan perjanjian perkahwinan yang asal untuk dihormati dan digunapakai semula (perjanjian secara konsensus dan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju). Dan Anwar tahu perkahwinan yang tegang itu tidak boleh bertahan terlalu lama jika DAP terus buat perangai dan bertindak seolah-olah mereka memegang kuasa dan menganggap Pakatan Harapan sebagai Pakatan Harapan pimpinan DAP dan bukannya Pakatan Harapan yang mempunyai status dan perkongsian yang sama rata.

    Pada Disember 2013, sebelum perkahwinan itu berantakan (Lee Chin Cheh memulakan Langkah Kajang pada 27 Januari 2014 dengan peletakan jawatannya dan selepas itu semuanya menurun) Anwar cuba ‘memperbaharui’ Pakatan Rakyat. Beliau memanggil Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan berbisik di telinganya bahawa beliau telah mengaturkan pertemuan bagi PKR, PAS dan Umno di London. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk PKR, PAS dan Umno untuk membincangkan kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan tanpa DAP.

    Ya, Anwar mahu menggantikan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dengan gabungan semua Melayu baru yang terdiri daripada parti dari kedua-dua belah jurang politik. Dan mesyuarat itu telah diatur oleh Anwar dan akan diadakan di London. Hadi kebetulan berada di London pada masa itu (itulah sebabnya mereka menjadualkan mesyuarat pada bulan Disember 2013 di London) tetapi Hadi enggan untuk hadir. Sebaliknya beliau menghantar rombongan seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, Mustapha Ali, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan lain-lain

    Hadi hanya mahu mengetahui apa yang sedang mereka rancangkan dan jika beliau tidak hadir, maka mereka tidak boleh membuat apa-apa keputusan dan mesyuarat itu akan berakhir tanpa apa-apa perjanjian atau resolusi. Pada asasnya, Hadi meminkan permainan rancangan alternatif yang sangat bijak supaya tidak terperangkap ke dalam sesuatu yang beliau mungkin tidak boleh terlepas darinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      PAS ambil kawasan PKR ada ke PAS beritahu PKR ?

      Apa PAS buat ? Fitnah !

      Delete
  21. Ya, Anwar mahu Hadi memberi komitmen kepada pakatan baru dengan Umno dan PKR tanpa parti-parti bukan Melayu seperti DAP. Anwar tahu bahawa jika PKR tidak membuat perjanjian dengan Umno maka mereka perlu kekal sebagai jalang DAP. Walau bagaimanapun, perjanjian antara hanya Umno dan PKR tidak bagus melainkan jika PAS menyertai kumpulan itu juga. Untuk ia berfungsi, ia mestilah Umno, PKR dan PAS, jika tidak undi Melayu akan terbahagi dan itu bermakna mereka tidak boleh menang pilihan raya umum akan datang.

    Apabila rundingan Disember 2013 di London gagal, PKR menyebarkan cerita bahawa PAS telah cuba untuk membuat perjanjian dengan Umno. Sebenarnya ia adalah PKR dan Anwar yang cuba untuk membuat perjanjian ini manakala PAS menentangnya (dan Hadi enggan menghadiri mesyuarat). Dan itu adalah alasan yang diperlukan DAP. Dengan isu Menteri Besar Selangor, isu Pindaan Syariah, dan kini dengan PAS yang terlibat dalam perbincangan rahsia dengan Umno, DAP mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat kini dibubarkan dan tidak lagi wujud.

    PAS telah mengkhianati Pakatan Rakyat. PAS telah terlibat dalam perbincangan rahsia dengan Umno. PAS sedang cuba untuk membentuk satu pakatan semua-Melayu-semua-Muslim yang baru untuk menggantikan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Dan PAS mesti dihukum kerana pengkhianatan ini.

    Sebenarnya, PAS tidak pernah sekali pun cuba untuk mengkhianati Pakatan Rakyat. Malah, Hadi sebenarnya, enggan untuk menghadiri mesyuarat itu walaupun Anwar menegaskan supaya beliau hadir. Anwarlah dalang di sebalik perbincangan PKR-PAS-Umno. PAS yang enggan untuk mempunyai apa-apa kaitan dengan Umno. Tetapi PAS yang dihukum oleh DAP.

    Kemudian mereka menendang PAS keluar dan PAS dianggap sebagai pariah atau orang buangan. Mereka cuba untuk membunuh PAS dengan menaja Team B untuk menyerang Hadi dan apabila itu gagal mereka membentuk sebuah parti baru yang dikenali sebagai PAN atau Amanah dan menjadi saingan kepada PAS. Mereka melakukan segala-galanya selain daripada menggajikan seorang pembunuh untuk membunuh Hadi.

    Anwar yang menjadikan PAS sepertimana PAS pada hari ini. Jadi PAS kini bebas untuk melakukan apa yang ia mahu dan bercakap dengan siapa yang ia mahu. PAS telah dikhianati dan dituduh mengkhianati. Ramai orang menyokong Pakatan Rakyat dan mengundi DAP dan PKR kerana PAS. Orang-orang ini tidak akan mengundi Pakatan Harapan yang tidak mempunyai PAS di dalamnya. Dan pilihan raya umum akan datang akan membuktikan kesilapan besar yang PKR dan DAP lakukan dengan menikam PAS di belakang. Dan kerana PAS telah dituduh berzina, lebih baik teruskan berzina dan menikmatinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita ini macam cedok dari raja fitnah no 1 malaysia RPK..macam ini cerita lucah pun nak cerita ka.

      Delete
    2. Sampah 10..

      Delete
    3. .

      Memang betul-betul sampah !

      Mana lah lori sampah tak datang-datang

      Delete
  22. “HARAP KALI INI TAHAN LAMA” – PERLI DR M, KIT SIANG BUAT ZAID
    Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dengan berseloroh berharap Datuk Zaid Ibrahim akan kekal dalam DAP.
    Ini memandangkan sejarah Zaid yang sering bertukar parti, bermula dengan Umno, PKR dan akhir sekali memimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).
    Lim yang juga pemimpin veteran DAP berkata, beliau yakin Zaid akan dapat bekerjasama dengan pimpinan parti itu.
    “Ramai yang bertanya benarkah Zaid akan sertai DAP, dan berapa lama beliau boleh kekal dengan DAP,” katanya disambut tawa hadirin.
    “Saya kenal dia lama dan merasakan pandangan politiknya baik untuk Malaysia. Saya yakin beliau boleh menjadi rakan sepasukan (team player) dan bukannya primadona,” katanya pada sidang media di rumah Zaid hari ini.
    DAP merupakan parti politik ke-3 disertai Zaid sejak meletak jawatan daripada Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008, malah penah mengumumkan persaraan dalam dunia politik pada 2013.
    Hari ini, beliau secara rasmi mengumumkan penyertaannya dalam DAP.

    Antara yang hadir pada sidang media itu ialah aktivis Hishamuddin Rais, Ahli Majlis PPBM Datuk A Kadir Jasin serta barisan pemimpin PPBM dan DAP lain.
    “Saya fikir beliau duduk dalam DAP (biarlah) lama sedikit,” kata Dr Mahathir pula, sekali lagi mengundang sorakan hadirin.
    Beliau berkata ramai ahli politik yang memiliki sikap “katak” dengan bertukar parti politik demi kepentingan sendiri.
    “Sifat ini patut diketepikan dalam parti pembangkang untuk menyelamatkan kembali negara kita,” kata bekas perdana menteri itu.
    Zaid ketika ditanya berhubung keyakinannya untuk kekal dalam DAP berkata, kali ini terdapat lebih banyak isu bersama yang membolehkan kerjasama lebih baik dengan pemimpin pembangkang, berbanding sebelumnya.
    Beliau berkata tidak menolak jika dicalonkan mewakili DAP pada pilihan raya akan datang, namun mengakui soal itu masih belum dibincangkan.
    “Jika ditawarkan dan mampu boleh menang, saya akan terima. Tetapi jika ada (calon) yang lebih baik…hal ini boleh dibincangkan nanti,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun kamu nak cerita ka mcm jaga tepi kain orang

      Delete
  23. Lim Kit Siang Sentap Bila Diaju Soalan BMF Dan Forex
    SIKAP Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang melenting terhadap seorang wartawan arus perdana media semasa sidang akhbar di rumah Datuk Zaid Ibrahim pagi semalam dikecam ramai pihak.Lim Kit Siang telah hilang sabar apabila ditanya sama ada beliau akan mengambil ‘nada berbeza’ dalam isu skandal BMF dan FOREX sekiranya tidak menjalankan kerjasama politik dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad”.

    “How have I said it differently? How? You can’t substantiate it, you are making a baseless allegation (Macam mana cakap saya berbeza? Macam mana? Kamu tak boleh buktikannya, kamu membuat dakwaan tidak berasas).

    “You prove it! If not you are making a baseless allegation (Kamu buktikannya! Jika tidak, kamu membuat dakwaan tidak berasas,” kata Lim, yang kemudiannya dikuti dengan bunyi ejekan hadirin apabila mengetahui wartawan berkenaan dari TV3.

    Kit Siang turut dilihat tidak memberi kesempatan kepada wartawan berkenaan untuk mempertahankan diri atau menyatakan rasional berhubung soalan itu, apatah lagi memperlihatkan pertimbangan profesional terhadap wartawan itu.

    Kumpulan wartawan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) berpendapat sebagai ahli politik veteran, Lim seharusnya memberi contoh yang baik dengan tidak bersikap kasar terhadap petugas media yang hanya menjalankan tugas mereka. Kit Siang boleh memberi hujah balasnya terhadap apa yang beliau tidak bersetuju dengan wartawan tersebut. Tambahan pula, beliau terkenal sebagai ahli politik yang ‘rajin menulis’ – jika ada apa-apa perkara yang perlu dijelaskan.

    Tindakan Lim Kit Siang berkasar dengan wartawan TV3 tersebut mengambarkan beliau berada dalam keadaan tertekan ekoran isu BMF dan Forex sehingga menjejaskan perancangan yang beliau susun bersama Mahathir. Kewibawaan serta kredibiliti beliau makin tercalar.

    ReplyDelete
  24. Pemimpin Pakatan Harapan Sawan bila Tidak Dapat Memujuk PAS
    Kekecewaan PPBM kini dapat dilihat apabila gagal untuk memujuk PAS bersama dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 14 akan datang. Kekecewaan ini dapat dilihat melalui kenyataan yang telah dikeluarkan.

    PPBM dalam satu ceramah di Batu Gajah telah meyatakan pendirian tidak akan menaruh harapan lagi terhadap usaha membawa PAS masuk kedalam Pakatan Harapan, malah PPBM telah mula bergerak untuk menghadapi PRU akan datang.

    PAS dalam kenyataan tegasnya tidak akan melakukan kerjasama bersama DAP dan PAN. Ketegasan keputusan ini dilihat sebagai satu langkah tidak mempercayai dasar-dasar perjuangan yang mana sedikit sebanyak telah mengugat Islam serta bangsa Melayu dalam Negara ini.

    Berbagai usaha dilakukan untuk membawa PAS masuk kedalam Pakatan Harapan , malah dalam kebijaksanaan PAS berpolitik telah menyatakan dan mempelawa PKR dan PPBM pula meninggalkan Pakatan Harapan untuk menyertai blok ketiga bagi menguatkan blok pembangkang dan menumbangkan BN pada PRU14 tanpa sekutunya DAP dan PAN.

    Senario politik sekarang dilihat kedudukan PKR dalam Pakatan Harapan adalah rakan yang sah kepada PAN dan DAP, tetapi pada masa sama PKR satu-satunya parti yang masih terbuka untuk menjalin kerjasama dengan Pas.

    PPBM tidak meletakkan harapan pada PAS untuk menjalin kerjasama kerana parti itu sudah mempunyai rakan perjuangan yang sejati, Pakatan Harapan, yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN.

    Malah menurut Pengerusi PPBM, walaupun masih berunding dengan PAS, namun partinya akan membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Harapan untuk memulakan gerak kerja untuk menghadapi Pilihanraya lebih awal lagi.

    Kesukaran memujuk PAS oleh PPBM telah menjurus kepada beberapa tuduhan yang mengatakan bahawa PAS bukan disebabkan DAP dan PAN tetapi terus mengaitkan dengan penglibatan PAS bersama UMNO yang mana dilihat semakin rapat bersama musuh politik Mahathir iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

    Sementara itu dalam satu ceramah di Batu Gajah Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman mengambil kesempatan untuk mengkritik sikap PAS yang disifatkannya berdolak-dalik dalam kerjasama pakatan pembangkang.

    Kesabaran PPBM dengan karenah PAS dilihat sudah berakhir, perkara ini dapat kita nilaikan bagaimana dalam pertemuan PPBM bersama PAS sebanyak tiga kali hanya diiktiraf oleh PAS sebagai sembang santai sahaja.

    PPBM sudah berunding sebanyak tiga kali, dan rundingan tersebut telah bersetuju beberapa perkara dan dipersembahkan kepada pimpinan tertinggi parti masing-masing. Namun selepas pertemuan, PAS mengeluarkan kenyataan ia hanya sembang-sembang sahaja.

    Sekarang ini rata-rata pemimpin Pakatan Harapan seperti mendapat penyakit sawan apabila terus dimainkan oleh PAS dalam isu rundingan untuk memujuk kembali PAS bersama Pakatan Harapan. Sehingga kini komponen Pakatan Harapan tidak lagi menemui jalan keluar.

    Kritikan yang sama terhadap PAS itu diucapkankan oleh Timbalan Pengerusi PAN Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V Sivakumar; dan Ketua Pemuda DAP Perak, Howard Lee.

    Pada hakikat yang sebenarnya segala usaha memujuk PAS bersama Pakatan Harapan adalah bertujuan untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru yang amat ditakuti oleh pihak Pakatan Harapan. Dengan kehadiran PAS didalam Pakatan Harapan pertandingan 3 penjuru tersebut akan dapat dielakkan.

    Bermaksud kehadiran PAS didalam Pakatan Harapan hanya sebagai “Joker” yang akan memberikan kemenangan kepada DAP sahaja, Kehadiran PAS hanya sebagai penyokong yang memberikan kelebihan kepada PAN, PPBM dan DAP serta PKR.
    “Kalau boleh kita mahu mengelak daripada berlakunya pertembungan tiga penjuru, kita berusaha untuk menyatukan pembangkang namun PAS mengelak dan bermain sandirawa.

    “Usaha perundingan Bersatu ini membuka peluang untuk rakyat siapa sebenarnya PAS,” tegasnya lagi.

    “Kenapa pula rakan kita dalam PAS mahu bersekongkol dengan UMNO-BN, sewajarnya mereka bersama dengan pembangkang untuk menentang kezaliman BN,” tegasnya.

    ReplyDelete
  25. Tarbiyah: Nadi pembangun kekuatan organisasi PAS
    SETIAP orang ahli PAS yang menyertai parti ini sedar bahawa PAS bukanlah sebuah parti politik semata-mata, sebaliknya ia adalah harakah Islam yang bergerak dalam tiga dimensi iaitu siasah (politik), dakwah dan tarbiyah. Tarbiyah menjadi nadi terpenting kekuatan organisasi PAS sekali gus membezakan ia dengan parti-parti politik yang lain kerana ia bersifat perkaderan dan pembentukan syakhsiah ahli-ahli sehingga mereka benar-benar sedar dan faham tentang perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Dalam sejarah PAS, proses pentarbiyahan ini telah bermula sejak awal penubuhannya lagi dan terus berkembang sehingga wujudnya tarbiyah haraki pada hari ini dalam konteks indoktrinasi dalaman PAS supaya fikrah perjuangan ahli-ahlinya selaras dengan kehendak al-Quran dan Sunnah.

    Tarbiyah secara etimologinya adalah terbit dari kata rabaa-yarbuu yang memberi erti berkembang; rabiya-yarbaa yang bermaksud tumbuh; dan rabba-yarubbu dengan makna yang lebih luas iaitu memperbaiki, mengurus, memimpin, menjaga, mendidik dan memelihara. Dari makna perkataan ini, telah jelas fungsi tarbiyah dalam gerakan Islam itu adalah untuk memperbaiki (melakukan islah) terhadap syakhsiah, selain mengurus, memimpin, menjaga dan mendidik supaya setiap syakhsiah itu tumbuh subur sebagai pejuang-pejuang Islam sehingga organisasi (jemaah) dan pengaruh Islam dapat berkembang luas di dalam diri individu, rumah tangga, masyarakat dan negara.

    ReplyDelete
  26. Dari segi ilmu bahasa, tarbiyah (atau pendidikan) berasal dari kata robbaba-robba-yurobbii yang bereti memperbaiki sesuatu dan meluruskannya. Secara istilah pula, tarbiyah boleh diertikan sebagai menyampaikan sesuatu dengan method tertentu mengikut kesesuaian bagi mencapai kesempurnaan; menentukan tujuan yang sesuai dengan kemampuan untuk mencapai kesempurnaan; suatu proses bertahap yang dilakukan oleh pendidik (murabbi); sesuatu yang dilakukan secara berkesinambungan atau berterusan selaras dengan penghidupan; dan dijadikan tujuan terpenting dalam kehidupan iaitu mencapai kemaslahatan umat dalam mendapatkan redha Allah SWT. Hal ini selaras dengan penegasan Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 79 yang bermaksud, "Tidak patut bagi seorang manusia yang Allah berikan kepadanya al-Kitab, hikmah dan kenabian, lalu ia berkata kepada manusia, 'hendaklah kamu menjadi penyembahku, bukan penyembah Allah'. Akan tetapi (dia berkata), 'hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan al-Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya."

    Dalam konteks gerakan Islam, tarbiyah memberi makna suatu proses bimbingan dan pengembangan meliputi jasad, akal, emosi dan jiwa secara berterusan supaya anak-anak tarbiyah dapat tumbuh baik di tengah masyarakat; kegiatan yang disertai dengan kasih sayang, kelembutan hati, perhatian, bijak dan menyenangkan; menyempurnakan fitrah kemanusiaan, memberi kesenangan dan kemuliaan tanpa batas selaras dengan syariat Islam; proses yang dilakukan dengan susun atur yang bijak dan dilaksana secara bertahap dari yang mudah hingga yang sukar; mendidik melalui penyampaian ilmu dengan method yang sesuai sehingga menjadi amalan harian; serta kegiatan yang mencakupi pengembangan, pemeliharaan, penjagaan, pengurusan, penyampaian ilmu, pemberian petunjuk, bimbingan dan penyempurnaan. Seluruh proses ini adalah untuk membina abnaul harakah (anak-anak gerakan) supaya mereka melalui proses tarbiyah khalqiyat (pembinaan jiwa dengan pelbagai petunjuk) dan tarbiyah diiniyat tahzibiyat (pembinaan jiwa berpandukan wahyu untuk kesempurnaan).

    Bagi PAS sendiri, sejak awal penubuhannya, program tarbiyah telah berjalan lancar untuk membentuk syakhsiah ahli-ahlinya. Sejak 1954, PAS telah menggerakkan program tarbiyah dengan pengaruh Ikhwanul Muslimin dalam mengkaderkan pimpinan mudanya, sehingga program-program tarbiyah yang tidak berkala seperti Kursus Perjuangan Kita diperkenalkan pada era 1960-an, diikuti oleh Kursus Politik pada 1966. Pada akhirnya 1960-an, PAS mengadakan Gerakan Insaf, Gerakan Syuhadak dan Gerakan Section Pembinaan Mental (SPEM) sebagai program tarbiyah dari 1968 hingga penglibatan PAS dalam BN pada 1974. Selepas 1975, dengan peranan ulamak-ulamak muda, PAS mula menggerakkan tarbiyah secara berkala dengan program yang tersusun mengikut sukatan (silibus) yang ditetapkan bagi setiap tahap ahli dan kepemimpinan. Sistem tarbiyah yang dikenali sebagai tarbiyah haraki ini masih berjalan sehingga hari ini berpandukan al-Quran dan Sunnah, selain karya-karya pemimpin gerakan Islam dari seluruh dunia.

    Mohd Fadli Ghani
    Head, House of Resources
    Pusat Penyelidikan PAS
    8 Februari 2017

    ReplyDelete
  27. PRU14: Pembangkang gagal tawan Putrajaya tanpa PAS
    KUALA NERUS: Gabungan parti-parti pembangkang tidak akan berjaya menawan Putrajaya tanpa kerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.

    Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata berdasarkan statistik peratusan sokongan PAS mempunyai kekuatan akar umbinya antara 40 hingga 45 peratus.

    Justeru, katanya PAS hanya memerlukan lonjakan tujuh peratus sokongan dalam pilihan raya bagi menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

    “PAS boleh menang tetapi tidak banyaklah, sebab itu kita perlu juga pada nilai tambah. Jika kita ada 45 peratus, perlu lagi tujuh peratus untuk mengalahkan Umno.

    “Dalam politik Malaysia, untuk mengalahkan BN dan menawan Putrajaya tidak ada pembangkang boleh menang untuk tawan Putrajaya tanpa PAS,” tegasnya ketika merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum ke-14, PAS Kawasan Kuala Nerus di Dewan Kompleks Tarbiyyah At-Taqwa (Komtaq), Batu Enam, kelmarin.

    Menurutnya, senario politik dalam negara ini yang menjadi pemerintah adalah Barisan Nasional tunjang kekuatan adalah Umno.

    Katanya, semua komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan telah kalah tetapi masih bertahan dengan Umno.

    “Parti yang boleh kalahkan Umno bukan DAP tetapi kombinasi PAS dengan Bersatu atau PKR yang kuat.

    “Faktor lain yang paling besar ialah sokongan rakyat kepada kita itu besar. Jika sokongan rakyat tidak kuat, kita jentera kuat mana sekali pun pada adatnya payah menang.

    “Tapi, jika sokongan ‘power base’ itu sudah ada dengan jentera yang ada kita akan mencapai kemenangan,” ujarnya.

    Justeru itu, katanya jentera pilihan raya perlu memberi perhatian terhadap dua perkara penting iaitu daftar pemilih yang kemas dan pengundi luar kawasan.

    Menurutnya, jika pengundi luar itu tidak pulang mengundi akan memberi kesan besar kepada mana-mana parti bertanding.

    “Pengundi luar ini yang telah kita kenal pasti sokongannya. Jika pengundi luar tidak balik akan memberi kesan kepada kita. Di Terengganu, tidak kurang dari 1,000 orang pengundi luar di setiap Dun,” jelasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Natang mane pulok yg dok merapu panjang² ni? Kamu bace dok? Ambe harang setarang bace natang lembu no tulih..haha

      Delete
    2. Dah berlongok2 sampah copipes oleh berok makyeh diatas!

      Aku cadangkan kita gunakan istilah Najis pula untuk posting merema yg akan datang..

      Delete
  28. oooi 21.52...21.53

    kalau hang nak masuk blog ni sekadar nak rosakkan blog oghang..hang pi buat semak kat tempat lain...atau hang buat blog hang sendighi...takkan hang tak mampu kot....umno kan kaya kalau setakat nak buat blog hang sendighi...hang sound saja boss besaq hang...kalau setakat blog mcm ni...bini dia gagau kat sebelah baju dalam dia saja keluaq beribu...tu baru tutup bahagian nenen saja belum tempat lain...

    hang tulih panjang panjang ni hang ingat kami nak baca ka....sebelah mata pun tak jeling
    ...buat penat hang saja...baik apa yang tulih tu...baguih hang panggei anak bini hang duduk kelilin hang...hang baca bagi depa dengaq...sbb kalau depa nak baca sendighi pun aku ghasa depa pun tak lalu...

    lagi satu aku nak habaq kat hang...blog ni blog pembangkang umno...hang tak gheti baca ka...atau saja hang buat bodo piang mcm geng geng bodo piang hang juga...

    hang pi beghambuih tulih tang lain la....bukan srtakat aku meluat saja...nak temuntah pun ada tengok ....penyu pun lebeh ceghedik daghi hang....dia tau kalau itu bukan pantai yg dia selalu mendarat dia tak mendarat...baguih hang pi belajaq dengan penyu...kalau penyu pun tak mau ahaq hang...hang pi belajaq kat hadi serban bekulat tu...hang pahammmmmmmmmm?


    ReplyDelete
  29. Next time kawan-kawan kalau jumpa lagi komen copy paste yang panjang-panjang, just letak jer kat situ: #komen sampah..

    ReplyDelete
  30. Campur tangan: Penjelasan AJK Fatwa Pulau Pinang
    PENJELASAN DATO' MD SALLEH HJ AHMAD (AJK FATWA PULAU PINANG) MENGENAI ISU CAMPUR TANGAN POLITIK TERHADAP PROSES PEMFATWAAN

    Saya mengikuti isu yang berbangkit di dalam akhbar mutakhir ini mengenai campur tangan politik terhadap proses pemfatwaan. Sebagai seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang masih berkhidmat, saya menyokong penuh kenyataan bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi, bahawa wujudnya campur tangan politik daripada kerajaan negeri terhadap proses pemfatwaan.

    Saya melahirkan dukacita terhadap Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana campur tangan beliau ke atas proses pemfatwaan. Ada arahan daripada beliau pada tahun 2010 kepada Jawatankuasa Fatwa supaya fatwa kalimah Allah yang telah digazetkan, dibincangkan semula agar keputusan Jawatankuasa Fatwa selari dengan pendirian Kerajaan Negeri pimpinan DAP ketika itu yang tidak bersetuju dengan fatwa kalimah Allah. Walau bagaimanapun, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada tahun 2010 tetap bertegas supaya fatwa kalimah Allah yang telah digazetkan, dikekalkan sebagai fatwa.

    Selain itu, terdapat beberapa fatwa yang ditangguhkan oleh Exco Agama untuk dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong. Perkara ini pernah dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri. Saya kesal dengan tindakan ini, seolah-olah kuasa Exco Agama di dalam hal pemfatwaan ini lebih besar daripada kuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri.

    Oleh itu, saya minta supaya tindakan campur tangan politik ini dihentikan. Semua fatwa yang diputuskan hendaklah terus dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, tidak perlu melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

    Saya berharap kenyataan ini dapat menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu yang timbul. Saya juga mengharapkan agar masyarakat Islam sama-sama bangkit mempertahankan institusi fatwa daripada sebarang campur tangan dan tekanan politik mana-mana pihak.

    Sekian, terima kasih.

    DATO' MD SALLEH HAJI AHMAD
    Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang
    8 Februari 2017

    ReplyDelete
  31. Dakwa Kelantan muflis: Guan Eng mahu alih perhatian
    SAYA membaca kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti yang disiarkan oleh Berita Harian hari ini 8 Februari 2017 yang menyatakan bahawa Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis, berikutan ditadbir oleh PAS, sebuah parti yang gagal. Saya sifatkan kenyataan Guan Eng tersebut hanyalah untuk mengalih tumpuan daripada kontroversi campur tangan terhadap fatwa yang berlaku di Pulau Pinang pada hari ini.

    Di dalam usaha mengalih perhatian tersebut, Guan Eng menyerang Kelantan. Barangkali pada tanggapannya, dengan menjadikan Kelantan sebagai sasaran, seluruh perhatian ke Pulau Pinang ekoran keceluparannya sendiri akan terhenti seketika. Namun, meletakkan Kelantan sebagai sasaran hanya akan menjadikan Guan Eng sebagai bahan ketawa.

    Guan Eng memfintah Kelantan sebagai sebuah negeri yang muflis pada saat Negeri Kelantan berada pada kedudukan ke-3 tertinggi di Malaysia dari sudut pemilikan kediaman iaitu sebanyak 83.9%. Saya mencabar Guan Eng untuk mendatangkan statistik berapakah peratus pemilikan kediaman di Pulau Pinang bersama perbandingan di antara kekuatan ekonomi Bumiputera di negeri yang ‘sangat kaya’ itu. Saya barangkali boleh sedikit membantu Guan Eng mengingatkan beliau terhadap fakta bahawa mengikut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (2014), populasi penduduk Pulau Pinang adalah 1.663 juta orang iaitu Cina (42.2 peratus), Melayu (41.3 peratus), India (9.8 peratus), bangsa-bangsa lain termasuk warga asing (6.7 peratus).

    Bagaimanapun dari sudut pemilikan tanah, Pejabat Tanah dan Galian pada 2010 telah mengeluarkan statistik bahawa pemilikan tanah oleh kaum Cina di Pulau Pinang mengikut bilangan hak milik adalah sebanyak 64 peratus, manakala Melayu pula hanya 28 peratus dan India sebanyak 8 peratus.
    Ini bukan isu perkauman, ini adalah fakta dan timbanglah sendiri mengikut neraca yang sihat dan adil. Tepatkah peratus pemilikan tersebut jika dibandingkan peratus bilangan penduduk? Adalah lebih baik Kelantan yang diktakan muflis ini jika dibandingkan dengan Pulau Pinang dari sudut menjaga hak pribumi bumiputera dan keadilan untuk rakyat.

    Untuk makluman Guan Eng juga, sumber dari Khazanah Research Institute pada tahun 2016 juga menunjukkan Pulau Pinang sebagai negeri ketiga tertinggi dari sudut ketidakmampuan rakyat untuk membeli rumah. Sekalpun gaji bulanan (pertengahan) rakyat Pulau Pinang berada di angka RM4,702.00 namun harga rumah (pertengahan) di negeri tersebut ialah RM295,000.00 berbanding Kelantan yang walaupun gaji bulanan (pertengahan) di negeri ini ialah RM2.716.00 namun harga rumah (pertengahan) di negeri ini hanyalah sekitar RM157,740.00. Ia sekaligus meletakkan Pulau Pinang berada di tangga indeks 5.2 iaiti sangat tidak mampu dimiliki berbanding Kelantan hanya di tangga indeks 4.8. Apa yang lebihnya Pulau Pinang sehingga anda melabelkan kami sebagai negeri hampir bangkrap?

    Suka untuk saya nyatakan kepada Guan Eng, Kelantan telah mencatatkan penurunan kadar kemiskinan sebanyak 1.8% daripada 2.7% pada 2012 kepada 0.9% pada tahun 2014. Pencapaian ‘negeri bangkrap’ ini juga dari sudut anggaran tahunan hasil negeri meningkat dari tahun ke setahun di mana pada tahun 2017, Kelantan mengunjurkanmemperolehi hasil sebanyak RM636.98 juta yang meliputi hasil cukai sebanyak RM179.67 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM308.02 juta dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM149.29 juta. Jumlah tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan dalam hasil sebanyak RM43.18 juta ataupun sebanyak 7.27% berbanding dengan anggaran hasil tahun 2016 sebanyak RM593.80 juta.

    ReplyDelete
  32. Adapun kegagalan pemimpin kami membeli rumah banglo yang dilengkapi dengan kolam renang, ia bukanlah kerana Kelantan tidak mempunyai wang dan hampir bangkrap, tetapi negeri ini sudah diasaskan di atas prinsip Membangun Bersama Islam. Prinsip ini sudah cukup menyejukkan tanpa memerlukan kolam renang untuk menurunkan suhu kepanasan. Hakikatnya, membuat perbandingan ‘apple to apple’ di antara dua buah kerajaan negeri ini adalah tidak adil kerana banyak lagi faktor perlu ditimbangkan, namun menuduh dengan bahasa kesat bahawa Kelantan ialah sebuah negeri yang bangkrap dan muflis ialah satu tuduhan yang sangat tidak berperikemanusiaan.

    Kelantan terus ditadbir dengan baik oleh kerajaan PAS. Projek-projek persekutuan sekalipun ada yang mengalami diskriminasi, namun sebahagiannya berjalan sekalipun pemimpin negeri tidak berpegangan tangan mesra dengan pemimpin UMNO di atas lantai kaca. Cukup hanya sekadar bergambar bersama pun sudah dilambakkan dengan tuduhan ‘UG’ oleh lidah-lidah pengikut Guan Eng.
    Saya hanya memilih menjawab beberapa serangan sahaja sebelum menjawab beberapa isu lain. Samalah seperti seperti kata Guan Eng sewaktu ditanya kenapa tidak menyaman Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, jawabnya “Kenapa perlu membuang masa..?”

    Saya syorkan kepada Guan Eng, nikmatilah hari-hari terakhir sebagai seorang manusia yang bebas dengan sebaik mungkin. Bimbang nanti jika anda ‘ke dalam’ untuk kali kedua, lebih ramai yang bergembira daripada yang bersimpati dengan nasib tuan.

    AHMAD FADHLI SHAARI

    Melayu di Kelantan atau Pulau Pinang merempat? Soal PAS
    SHAH ALAM: Exco PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi menasihatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mengeluarkan kenyataan berdasarkan fakta dan bukan menggunakan emosi.

    Malah beliau turut meminta Guan Eng untuk membuat perbandingan kehidupan orang Melayu di Pulau Pinang dan Kelantan, yang dakwanya hak kaum di negeri itu lebih banyak dinafikan.

    "Saya mengharapkan sebagai (seorang) ketua menteri ni menghormatilah kerajaan-kerajaan yang ada ni dan bercakap dengan fakta dan bukan bercakap dengan emosi, tuduhan-tuduhan melulu tanpa bukti dan fakta.

    "Cuba dapatkan fakta perbandingan, orang Melayu di Pulau Pinang dengan orang Melayu di Kelantan. Siapa yang merempat? Lalu orang Melayu di Pulau Pinang yang merempat tu, bukan ke dia rakyat negeri itu, jadi siapa punya kegagalan.

    "Manakala di Kelantan pula minoritinya orang bukan Melayu, Cina, Siam dan sebagainya, ada yang merempat di Kelantan?," soal beliau ketika dihubungi Antarapos.

    Semalam Guan Eng berkata Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis, berikutan ditadbir oleh PAS, sebuah parti yang gagal.

    Sehubungan itu, katanya, kegagalan PAS mentadbir negeri itu menyebabkan rakyat Kelantan masih miskin dan berada dalam keadaan mundur.

    Meskipun mengakui Kelantan adalah negeri termiskin, Che Abdullah yang juga merupakan Setiausaha PAS Negeri berkata, keadaan itu berlaku disebabkan banyak peluang untuk mengkayakan negeri itu dinafikan.

    "Kita tak nafikan kerajaan negeri ni miskin kerana kita dinafikan hak banyak benda seperti royalti, pelabuhan. Apabila pelabuhan ni tak ada, banyak perkara berlaku secara berganda.

    "Banyak syarikat-syarikat besar pelaburan tidak melabur di kelantan. Kita tak ada lebuhraya, lapangan terbang antarabangsa, yang semua benda ni ada di negeri-negeri lain yang diselenggara kerajaan Pusat," jelas beliau.

    Malah katanya, jika Pulau Pinang adalah negeri terkaya, kerajaan negeri berkenaan tidak akan meminta sebarang bantuan daripada kerajaan Pusat.

    "Di Pulau Pinang pun jambatan-jambatan di sana dibuat kerajaan Pusat. Baru-baru ini kerajaan Pulau Pinang ada meminta peruntukan daripada Pusat bagi mengatasi masalah banjir. Maknanya kerajaan Pulau Pinang sendiri tak mampu atasi masalah banjir dengan kewangan dan pentadbiran mereka sendiri," ujarnya

    ReplyDelete
  33. Politik Islam vs politik mungkar
    DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | 09 Februari 2017.
    BERPOLITIK hendaklah dengan dua tujuan iaitu untuk menegakkan Islam dan untuk negara di tadbir dengan Islam. Itulah takrifan kepada Khilafah pemerintahan dalam Islam sebagaimana dihuraikan oleh Sarjana Islam awal seperti al-Mawardi, Abu Ya'la al-Farra, Imam al-Juwaini dan lain-lainnya iaitu "menegakkan agama dan mentadbir bumi dengannya".

    Politik hendaklah kerana ingin menegakkan dalam sebuah negara semua hukum-hakam Islam merangkumi hukum hakam ibadat, hukum hakam kekeluargaan, hukum hakam kemasyarakatan, hukum hakam ekonomi melibatkan cara menjana pendapatan, kontrak dan transaksi kewangan Islam, hukum hakam jenayah melibatkan jenayah agama, nyawa, maruah, harta dan akal dan hukum hakam pengurusan negara.

    Politik hendaklah bertujuan menegakkan pemerintahan Islam menerusi seorang pemerintah Islam yang beriman, bertakwa lagi adil.

    Politik bukan perjuangan untuk mencari makan dan rezeki atas nama ahli politik.

    Politik juga bukan hanya kerana untuk menjatuhkan sesebuah parti dan digantikan dengan parti lain tetapi untuk menukar satu sistem pentadbiran agar mengikut prinsip dan dasar Islam sepenuhnya.

    Politik bukan hanya kerana kebencian kepada kelompok tertentu tetapi kerana kebencian pada perlakuan maksiat bercanggah dengan agama seperti zalim, rasuah, amalan riba dan kemungkaran meninggalkan pelaksanaan hukum jenayah Islam.

    Politik hendaklah kerana kasih dan sayang bagi menyelamatkan manusia daripada neraka Allah dan membimbing manusia ke syurga Allah.

    Inilah intipati perjuangan politik Islam yang tidak sehaluan dan sejalan dengan politik sekuler yang memisahkan agama daripada pemerintahan.

    Ia tidak sejalan dengan politik sosialis.

    Ia tidak sehaluan dengan politik demokrasi yang bertuhankan manusia semara-mata.

    Ia tidak sejalan dengan politik liberal yang ingin bebas daripada keterikatan dengan hukum agama.

    Politik Islam adalah perjuangan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah ini POLITIK ISLAM )

      +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

      20 Fatwa Terkenal Mursyidul Am PAS Yang Wajib Orang PAS Hafal

      1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam."
      - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

      2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu."
      - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.


      3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir."
      - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.


      4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid."
      - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

      5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya."
      - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

      6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima."
      - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

      7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram."
      - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

      8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri."
      - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

      9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"
      - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

      10. "PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..."
      - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

      Delete
    2. 11. "Menentang PAS adalah Haram mengikut Al-Quran."
      - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

      12. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam."
      - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

      13. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah."
      - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

      14. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."
      - Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.


      15. "Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)."
      –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

      16. "Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga."
      – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

      17. "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS."
      – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.


      18. "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka bumi tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."
      – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

      19. "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasarkan perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka (undi PAS masuk Syurga)."
      – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


      20. "Nabi Muhamad, masa kecilnya seperti Mat atau Mamat, setaraf budak-budak biasa di kampung-kampung, hanya mulia ketika berumur 40 tahun iaitu setelah menerima kerasulan, malah sambut Maulidur Rasul adalah kerja orang tak sudah."
      - jawapan Nik Aziz semasa menyokong Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.


      Delete
  34. SYURGA HARAM untuk pemimpin yang mati
    dalam keadaan MENIPU rakyatanya

    Rasulullah Saw bersabda:

    “Barangsiapa yang dibebankan oleh ALLAH swt
    untuk memimpin raktyatnya
    lalu mati dalam keadaan MENIPU rakyat,
    nescaya ALLAH haramkan ke atasnya SYURGA"

    (HR Bukahari & Muslim; sahih)

    Apa pendapat anda, Anonymouse Deer???

    ReplyDelete
  35. Shah,

    A really good article that can be debated creatively. I will find time today to write my thoughts.

    Keep the discussion open. Perhaps delete those who are preaching and not related to the topic.

    ReplyDelete
  36. Cara Rakyat Pulau Pinang Ditipu Oleh DAP
    Beberapa hari yang lalu, Exco Perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo mengkritik BN dengan menyatakan ketika zaman BN dari tahun 2000-2007 hanya mampu bina 5124 unit rumah berbanding dengan kerajaan Pakatan Harapan dari tahun 2008 hingga 2016 telah berjaya membina 20,887 unit rumah mampu milik kepada rakyat.

    Pemimpin-pemimpin DAP terutamanya Lim Guan Eng mencanangkan ke seluruh negara kononnya pencapaian hebat mereka itu dengan menyenaraikan ada 12 projek perumahan sedang diusahakan di 4 daerah di Pulau Pinang.

    Persolannya disini, apakah ianya benar? Mari kita lihat fakta sebenarnya:

    1. Dari tahun 2011 hingga 2015 kerajaan negeri telah meluluskan pembinaan sebanyak 7934 unit rumah “mampu tengok” pelbagai jenis dari teres setingkat, teres 3 tingkat dan kondominium dengan haraga bermula dari RM280,000 hingga RM3.5juta.

    2. Untuk tempoh sehingga 2014 hanya 165 unit rumah kos rendah dengan harga RM42,000 dibina (tahun 2011 sahaja) dan 5 unit (tahun 2014) berharga RM65,000 di Pulau Pinang. Itupun dibina oleh Perda (agesi kerajaan Persekutuan)

    3. Betul ka DAP dah bina 20,887 rumah sedangkan dari 12 projek yang diusahakan itu baru 2 yang dimulakan:

    – Chelliah Park City, jumlah unit 2093 dgn pecahan 770 unit kos rendah RM72,500, 883 unit RM200,000 dan 440 unit dengan harga RM400,00. Projek ini bakal siap pada tahun 2018

    – Bandar Cassia Batu Kawan: hanya 520 unit pada harga dari RM72,500 hingga RM300,000 yang akan disiap pada tahun 2019

    4. Ini bermakna kerajaan negeri baru membina 2613 rumah untuk rakyat dengan hanya 25% adalah pada harga RM72,500 bukannya 20,887 unit seperti mana yang dicanang serata dunia oleh pemimpin DAP lebih-lebih lagi dari mulut busuk Lim Guan Eng.

    5. Untuk tempoh 2000-2013, JKP Sdn Bhd (agensi kerajaan Persekutuan) telah membina 4341 rumah kepada rakyat dengan 60% adalah rumah kos rendah dan sederhana rendah pada harga RM42,000 sehingga RM120,000. Selebihnya adalah rumah kos tinggi dengan harga sehingga RM350,000. Itu tidak termasuk rumah yang dibina oleh pihak Perda.

    Sepatutnya kerajaan negeri Pulau Pinang harus bercakap benar dan bukan propaganda yakni kalau baru bina cakap baru bina, jangan cakap dah siap. Kalau baru bina 2693 unit cakap la banyak tu sahaja, jangan cakap sampai puluh-puluh ribu. Jangan cakap bohong.

    Selain itu, satu lagi jangan tuduh kerajaan pusat tak bina rumah PR1MA atau Perumahaan Penjawat Awam 1 Malaysia sedangkan permohonan kerajaan Persekutuan itu ditolak, kononnya tidak memenuhi dasar kerajaan negeri. Ini termasuklah permohonan JKP & Perda yang nak bina rumah murah juga hampir 3 hingga 4 tahun permohonan itu diperam dan tidak diberi sebarang jawapan.

    Jadi jika benar ikhlas nak bantu rakyat seperti mana yang keluar dari mulut busuk LGE dan DAP, benarkanlah agensi kerajaan Persekutuan bina rumah dan beri kelonggaran syarat yang baru dibuat semasa pemerintahan DAP di Penang.

    Wallahualam
    AzmanHaj

    #EdisiDAPTipuRakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. AzmanHaj,
      Aku tak tau la hang orang Penang ka orang mana ka. Tapi aku orang Penang, berakaq umbi di sini. Aku tempoh era Lim Chong Eu, Koh Tsu Koon sampai la LGE. Dari Gerakan sampai DAP.Dan dari pengalaman itu aku nak bgtau kat hang satu benda; bagi aku DAP dan LGE 14 juta kali ganda lebih baik daripada BN. Dalam kerajaan pakatan di Penang ni aku tak dengaq lagi la Mr 10% macam zaman Umno dok jadi TKM dulu. Kami Melayu Penang umumnya hidup ok saja. Yang tak ok cuma puak Melayu rasis dari parti tuuuuut tu saja. Puak sakit jiwa yang kononnya berjuang untuk bangsa, tapi.....(hang isi la sendiri tempat kosong ni)

      Delete
    2. 9.33,

      betui. saya orang johor dok penang. Umno penang nak tipu curi...pas tu bela bangsa dan agama...piiraaah

      DAP memang jaga penang elok2. zaman BN lagi teruk. ainal abidi ketua umno tuk kaki sapu. berlagak tolong melayu....pooodah

      Delete
  37. pada 06/02/2017 pula, anaknya yang juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng telah membuat Sidang Media membelasah pemerintahan Kelantan di bawah PAS sebagai negeri yang gagal. Lim Guan Eng benar-benar marah kerana kritikan terbuka PAS Pulau Pinang terhadap pentadbirannya.

    PAS sudah memerintah Kelantan sejak 1990. Bermula Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, 2008 dan 2013,
    Lebih memburukkan keadaan, ahli baru DAP, Datuk Zaid Ibrahim di dalam Sidang Medianya semalam, turut membelasah PAS. Politik adalah serba berkemungkinan. Namun, untuk melihat PAS dan DAP berpelukan kembali setelah penghinaan dan penghinaan yang dilemparkan terhadap PAS oleh DAP, sesuatu yang amat teruja.

    Kelantan yang ditadbir PAS adalah negeri gagal. Tapi yang pelik, segagal-gagal PAS, teringin juga parti bunga nak buat kerjasama... dihantarnya wakil boboi botak supaya melamar pas...
    Nota Kaki - Joseph Lim Guan Eng (yang mempunyai pentadbiran yang bersih dan suci) akan menjalani perbicaraan marathon bermula bulan depan berikutan dua pertuduhan rasuah ke atas pembelian banglo dua tingkat bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn. Pendengaran untuk kedua-dua kes bermula dari 27 Mac hingga 31, 10 April hingga 14, 24 April hingga 28, 15 Mei hingga 19, 29 Mei hingga 2 Jun 13 Jun hingga 16 dan 17 Julai hingga 21.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu tak perlu takut pada DAP lagi, parti mana pun tak kisah, asal matlamatnya melayu sedar bahawa- UMNo Be End PAS jauh lebih bahaya pada Bangsa dan Negara.
      Terima kasih 924 kerana setuju perkara asas ini.

      Delete
  38. Saje tanya, apa erti ini? Yang mana lebih ditakuti, DAP anti islam ke atau yang dibawah ini,

    "Sultan fathered illegitimate daughter, says ex-Filipino nurse"

    ReplyDelete
  39. Pagi tadi, sah lah khabar-khabar angin sebelum ini dengan penyertaan Mantan Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke dalam DAP. Cumanya persoalan yang ditimbulkan kenapa Zaid Ibrahim tidak menyertai Parti Cap Bunga Raya, sebaliknya DAP. Hanya beliau yang mengetahui sebabnya.

    Tun Dr Mahathir, dipetik portal The Malaymail Online, baca di sini berkata,
    "I hope he will stay in DAP a little bit longer. The problem is in this country, we have a race of frogs. These frogs, they like to hop here, hop there. When I try to catch one, they’ve already hopped somewhere else. I think we need to eradicate this culture."
    Tun Dr Mahathir berkata Zaid Ibrahim ibarat katak. Zaid Ibrahim mula menyertai UMNO. Kemudian PKR. Selepas itu, beliau membentuk parti sendiri dipanggil Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), tetapi kemudian meletak jawatan sebagai Presiden KITA pada 2012, sebelum menyertai DAP hari ini.

    Tun Dr Mahathir ibarat mengata dulang, paku serpih, mengata orang, awak tu apa kurangnya. Tun Dr Mahathirpun sejarah telah membuktikan dua kali keluar UMNO. Satu kali dipecat. Menubuhkan parti baru dan menjadi Pengerusi. Ini bukan ciri-ciri katak kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju. mahathir katak, ibrahim ali katak, zaid katak....siapa lagi...sangat setuju

      anda bersetuju najib ada terima duit dalam akaun persendirian? ini bukan fitnah
      anda bersetuju najib dapat duit dari !MDB source bukan derma pak arab? ini bukan fitnah..Dah terbukti di kes mahkamah singapura
      anda bersetuju zahid menipu pasal derma pak arab? ini bukan fitnah

      setuju????

      Delete
    2. setuju.
      Katak pandai lompat bila perlu.
      Ayam balun telan dedak Taek Low, dan terus hirup kincin lobai. Sedar2 dh masuk kuali.
      Moga Malaysia sempat diselamatkan dari terjual habis jadi Nanyang.

      Delete
  40. Melayu tak perlu lagi takut DAP.
    DAN, Melayu tak perlu ditakutkan masuk neraka sekiranya jelas membantah mungkar.
    DAN Melayu harus henti ikut buta kencingan Lobai2 palsu yg ramai sekarang.
    Jangan sekadar slogan Hidup Melayu. Lagi kuat bunyi slogan, bererti lagi jauh kebenarannya. Faham elok2 tu.

    ReplyDelete
  41. Nampak ada satu strategy dari Umno dan Pas dengan menyerang TDM.

    1. Buka cerita lama nak koner Mahathir. Namun tak berhasil.

    2. Coba reopen case Forex Loss. Set up RCI. Mahathir kata bukalah tapi jangan buat2 lupa 1MDB dan SRC.

    3. Mahathir penyebab Islam lemah di Malaysia

    Nak kata tak dak lagi modal...tak betul Nak kata ada modal....tak jalan.

    Heran takut sangat kat TDM, mengapa ya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyangak Klepto memang takut bila hijab mungkar terselah. Yang paling lahanat , adalah puak topeng Lobai 90juta yg sokong mungkar.

      Delete
  42. Katak kira okay lah sebab melompat dari kolam yg penuh dengan najis. Jangan jadi kerbau yg suka berkubang dalam lubok berdanuk. Menunggu hari dikorbankan.

    ReplyDelete
  43. Kembalikan democracy, bee end with kleptocracy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah busuk basi , elok ditong sampahkan UMNo dan Be End.

      Delete
  44. Abang tukang kira sampah..mane ko..banyak lagi sampah belom dikire lagi tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampah dikutip 2 kali sehari bro. Pagi dan petang. Kat negeri Pantai Tumur yang ditadbir alim ulama', sampah jarang dikutip. Kalau pun seminggu sekali. Itulah yang dinamakan negara Islam..

      Delete
  45. .

    Orang melayu patut takut pada perempuan puaka je.

    Karpal Singh dengan DAP tidak boleh di pisahkan. Semoga Zahid dapat menabur jasa semasa bersama DAP.

    Menjadi lah lebih baik dari Karpal Singh.

    ReplyDelete
  46. Melayu muslim umno, pas takut dengan DAP! Sepatutnya takut dengan Allah swt.....pelik kan.

    Di sarawak tiada orang melayu muslim takut DAP. Mereka takut Allah swt sajs.

    ReplyDelete
  47. 1. It is true malays and muslims in malaya should no longer have fear in DAP. Pemikiran kolot yang lapuk ditinggal zaman atas momokan drummed up fictions, glaring falsities and manipulated fantasies.

    2. DAP on her own would not stand a chance in the federal elections to lead a coalition. She has to team up cohesively with reliable and credible muslim led oppositions. Certainly not PAS <= umno.

    3. As a voter, there is a need to have a new government to start anew. Forget TN50 as it was announced as an election ploy and gimmick for failure to achieve vision 2020.

    4. Hudud is never accepted by people of sabah and sarawak as we are not saudi arabia, 99.99% muslim. Existing syariah laws are adequate but unfortunately not enforced. why a new ruu355....a waste of energy.

    5. The problem with existing leadership is there are hypocrites when come to islam. Look at our muftis, national fatwa council, minister in charge of religion..what have they contributed in menghalang kemungkaran ...ZERO

    Melayu Muslim sarawakian living in malaya

    ReplyDelete
  48. betul tulisan dalam artikel yang awak tulis itu shahbudin. melayu tak perlu takut dengan dap. dap bukan tuhan. tapi pada sayalah, tak perlulah mendekati dap sehingga menjadi ahli. kalau kita sayangkan akidah kita, biarlah berkawan tetapi tidak menjadikan dap sebagai sahabat, apatah lagi menjadi ahli dap!. saudara zaid adalah seorang peguam terkenal, banyak pengalaman namun gagal dalam mempengaruhi kabinet untuk membuat keputusan baik demi rakyat semasa menjawat jawatan menteri bn dahulu. inikan pula berada dalam sebuah parti yang didakwa sangat cauvanis dan tidak berapa gemarkan melayu sebagai pemimpin negara. itu belum soal kehidupan beragama. dap memperjuangkan kesaksamaan dalam beragama tetapi Islam tidak begitu. dalam Islam, hanya Islam sahaja yang benar, walaupun tidak ada paksaan dalam memilih agama. zaid adalah penganut Islam yang liberal, sesuailah dengan persekitaran beliau dalam menjalankan kehidupan beragama. bagaimana dengan 'melayu' lain yang lebih mementingkan agenda agama berbanding politik, sesuaikah? soalnya adalah dominasi cina dalam parti dap tidak boleh dan tidak mempu digugat. siapakah yang mampu gugat fakta ini? keturunan karpal singh yang berada dalam dap sejak sekian lama tidak juga mampu membawa begitu banyak masyarakat sikh menyertai dap. masyarakat sikh yang merupakan kumpulan minoriti dalam populasi malaysia kini bertaburan menyertai pelbagai kumpulan politik. so, apa juga alasan yang awak kupaskan untuk menjadikan dap kelihatan neutral adalah sekadar retorik belaka. mungkin sesuai dengan persekitaran zaid ibrahim dan yang seangkatan dengannya tetapi bukan untuk mejoriti melayu Islam yang sayangkan aqidah Islam. siapa dalam dap yang boleh jamin bahawa hak2 melayu dan Islam akan diangkat martabatnya dalam perlembagaan negara ini bila diberi kuasa memerintah kelak? kalau boleh kekal itu bonus, mungkin akan dikikis dan dihakis sedikit demi sedikit hingga akhirnya nanti menjadikan melayu melukut di tepi gantang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang sarawak dan sabah boleh keluar malaysia...yeye

      Delete
    2. Kalau betul sayang aqidah, buanglah penyamun yang membangsatkan bangsa, melacurkan agama dan mengkhianati negara.....saya setuju

      Delete
  49. Sapa boleh tolong jawab, berapa peratus kah orang islam di Malaysia????

    ReplyDelete
  50. 13 ogos 2016 pas akan saman sr di UK bulan depan - Hadi
    Bila nak saman husam musa pulak kes 90j & affin bank

    ReplyDelete
  51. mlayu kelahi mlayu cina kapiag gomen bg ic, bina petempatan cina,bina kandang babi,bina pusat judi dan pelacuran.
    mlayu marhaen jd kulibatak cina sampe mampuih.
    pemimpin mlayu yg bapak-bapak dan kepala bapak bagai boneka dan barua cina jd pak hangok sampe mampuih.
    biag pi la selagi mulot cina dok suap,
    selagi pungkog cina dok ampu.takde masaalah.
    mlayu mampuih pi,mlayu elok pi dok dlm hutan jd sakai .hidop bangsa mlayu.
    mlayu jadi sakai cina jd cowboy.
    pemimpin mlayu dok hangok palak sambil betepok tangan.cak pong cak pong.pong pang pongpang ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kongsi negara dgn bangsa lain bkn negara Kita melayu semata2. Tp pemimpin melayu yg di beri amanah oleh semua kaum di Malaysia dah pecah amanah dan gagal jalan kan amanah yg di beri.. Apa yg Kita patut buat??? Sokong jugak krn dia melayu?? Melayu bangsawan yg makan melayu marhean dan seluruh warga Malaysia.... Nukilan ikhlas rakyat Malaysia dari umno, pembaca setia utusan malaysia,pengemar harakah dan penonton 2 juta tv3..

      Delete
  52. Mengapa UMNO dan PAS sekarang guna isu aqidah, ketuanan muslim dan sebagainya? Mengapa tiada lagi isu ketuanan melayu?

    Mereka guna isu agama untuk takutkan ornag melayu muslim. Ya mungkin LAKU di malaya, namun TAK LAKU di sarawak adan sabah.....

    Mengapa PAS guna isu kafirkan umno, solat 2 imam, sembelihan umno kafir dan sebagainya? Nak ambik hati melayu muslim. Sekarang dah taka laku.

    Umno dan PAS, both parties are shaking although their henchmen tried their best to show there are getting stronger each day.

    The shift in malay support has pushed umno and pas to use religious platform viz DAP in the light of zaid joining the party. That is why the muftis, majlis fatwa, minsiter in charge of religion chose to remain deaf dumb and blind

    If you read Hadi's acts recently, you know hadi is asking for float from umno in return for support. Umno is smart by giving advance in terms of 90mil to tie a shaky and superficial relationship. 2 mafia gang leaders cannot see things eye to eye. IMAGINE A THIEF COLLABORATE WITH A CORRUPT. Najib has no balls to sue WSJ and Hadi chickened out from suing SR.

    And you muslims believe in these evils?????

    SYURGA HARAM untuk pemimpin yang mati
    dalam keadaan MENIPU rakyatanya

    Rasulullah Saw bersabda:

    “Barangsiapa yang dibebankan oleh ALLAH swt
    untuk memimpin raktyatnya
    lalu mati dalam keadaan MENIPU rakyat,
    nescaya ALLAH haramkan ke atasnya SYURGA"

    (HR Bukahari & Muslim; sahih)

    ReplyDelete
  53. Mufti Menk

    Beware the liar. He lies so much that he forgets the truth. He even finds it hard to accept the truth & ends up believing in his own lies.

    Mufti Menk is right....see that in najib and hadi? Zahid dua kali lima

    ReplyDelete
  54. Pelik tapi benar

    Rakyat Cina Malaysia ditakuti....komunis tanah besar china dijilati! sehingga tanah dijual, assets di jual. Tak terfikirkah nasib bangsa melayu dan masa hadapan mereka. TN50 is the most fantasised game najis is playing

    Cuba guna aqal yang Allah swt bagi kat kita umat melayu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...