Sunday, 12 February 2017

BAHAYA BAKAL MENANTI, NAJIB CUBA SELONGKAR SALAH ISA SAMAD MELALUI SHAHRIR?


Selepas dilantik sebagai Pengerusi Felda, Shahrir Samad, meskipun mengatakan hasratnya memulihkan agensi persekutuan itu yang dilanda pelbagai masalah, kecenderungannya lebih terlihat seperti ingin menyelongkar dan mendedahkan satu demi satu kesalahan Isa Samad.

Sebelum ini, Isa adalah Pengerusi Felda dan juga Pengerusi Felda Global Ventures Bhd atau FGV, cabang perniagaan agensi tersebut.

Bagaimanapun, Najib Razak yang menjaga Felda kini bertindak memisahkannya dengan melantik Shahrir sebagai Pengerusi Felda, manakala Isa hanya dikekalkan di FGV sahaja.

Sebaik dilantik, langkah pertama yang diambil Shahrir ialah mahu menjual semua aset dan hartanah Felda di luar negara, termasuk dua hotel di London yang dibeli oleh Isa beberapa tahun dahulu.

Alasan penjualan itu ialah untuk mengukuhkan aliran tunai Felda yang dikatakan semakin terjejas dan kekeringan wang kebelakangan ini.
Secara langsung dan tidak langsung, langkah penjualan aset dan hartanah itu seolah-olah menunjukkan pembeliannya yang dilakukan Isa sebelum ini adalah keputusan yang salah dan tidak mendatangkan faedah maksimum kepada Felda dan para peneroka.

Terbaru ini, Shahrir mempertikaikan pula ke mana perginya wang RM4.3 bilion yang merupakan lebihan daripada perolehan penyenaraian FGV di Bursa Saham.

"Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV yang merupakan harta bisnes Felda. Daripada jumlah itu, kita belanjakan RM1.7 bilion  sebagai durian runtuh kepada peneroka di mana setiap keluarga memperolehi RM15 ribu dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.

"Jadi, RM4.3 bilion itu mana pergi?" kata Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru.

Sekali lagi, cara Shahrir mempersoalkan ke mana perginya wang RM4.3 bilion itu memperlihatkan seperti beliau mempertikaikan cara Isa berbelanja ketika bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu mengetuai Felda sebelum ini.

Apa lagi agaknya yang akan diselongkar oleh Shahrir selepas ini?

Isu berkaitan perbelanjaan dan ke mana perginya wang Felda sudah banyak diperkatakan sebelum ini. Rafizi Ramli dan Mazlan Aliman adalah antara mereka yang aktif mendedahkan pelbagai pembaziran dan salah laku dalam agensi tersebut sejak bertahun-tahun lamanya.

Tetapi, semua pendedahan mereka seolah-olah tidak mendatangkan apa-apa kesan kerana Isa yang mengetuai Felda dan FGV bagaikan ada kebebasan serta mendapat restu dan "dilindungi"  oleh Najib untuk berbelanja apa saja mengikut perkiraannya.

Itulah yang akhirnya menyaksikan banyak pembelian hartanah, hotel dan  pengambil-alihan syarikat, baik di dalam mahu pun di luar negara, begitu aktif dijalankan semasa Isa mengetuai Felda dan FGV.
Kenapa kini Shahrir bertindak seperti sedang mencari satu demi satu salah Isa?

Oleh kerana Felda terletak di bawah tangggungjawab dan pengawasan Perdana Menteri, bolehkah dipercayai tindakan Shahrir itu semata-mata atas keputusannya sendiri atau setelah mendapat restu dan lampu hijau daripada Najib sendiri?

Tidakkah ketika Isa membuat semua pembelian dan berbelanja banyak dahulu, beliau juga perlu mendapat restu dan persetujuan daripada Najib?

Apakah Najib kini mula menjauhi Isa dan sedang menggunakan Shahrir untuk mencari segala salah dan silap Pengerusi FGV itu?

Apa pula kesudahannya nanti setelah sekian banyak kesalahan Isa didedahkan?

Apakah kedudukan Isa sedang dalam bahaya dan langkah demi langkah yang dilakukan Shahrir sekarang adalah percaturan Najib untuk meminggir dan menyingkirkan terus Isa daripada FGV?

Ataukah tindakan mencari salah Isa itu merupakan "permainan halus" Shahrir bersama Najib untuk menerus dan menghalalkan  pembelian 37 peratus saham Eagle High Plantation di Indonesia yang sedang menjadi pertikaian dan kebimbangan bukan saja para peneroka, tetapi juga rakyat seluruhnya? (SH 12/02/2017).

155 comments:

  1. Is a yg kena cornered akan lawan blk dgn bukti yg pembelian felda dibuat atas arahan de facto PM dan Kita semua nnti akan tahu jgk siapa ziana zain di hati seorg playboy 30 tahun dulu.. Ko main filem lama, Kita ungkit filem lama jgk... Si rendang tu akal panjang.. Dia dh susun baik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangkin parah haluan MO1,, satu demi satu problem terbongkar.......!! Nasib Badan

      Delete
    2. Ini adalah langkah penyamun mensucikan diri ke... Kahakahakak...

      Delete
    3. Itu bukan asib badan, Kak. Itu akibat kepala tak betul. Kot tak reti terima kasih.

      Kalau dah Isa Samad tolong dia dari potensi skandal besar dulu, sekarang dia nak korek Isa punya hal pulak, nak cari nahas gamak nya.

      Tapi aku suka kalau gitu. Biorkan depa perang, sampai hangus, aku dah bosan dengan Najib buat tak betul.

      Delete
    4. Isa samad dan nuar musa sudah jadi kambing hutan dibiarkan rimau tangkap.
      Bos boleh cuci tangan kotor.
      Nadib mu lah nuar, tak dengar cakap aji lui.

      Delete
    5. Hek elleh.. Isa kerbau pigi jumpa Budak Itam PD, kes dia rembat duit Felda musti clear punya. Bukannya susah nak gempaq Najib.

      Delete
  2. Kalo najib selongkar lagi...ada can le kita dengar lagu ziana zain berkumandang nyanyian isa samad...dramatik sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madah berhelah klise..!!! Nyayian ziana zain..

      Delete
    2. Ingatkan nyanyian gepren dgn bopren... Rupeny melangkaui zaman dan pemikiran betul la... Keh3

      Delete
  3. Dua2 Isa dn Najib adalah kaki songlap duit rakyat dn patut dibawa kemuka pengadilan. Dua2 haramjadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sgt2 setuju... Nnti semua akan terlondeh... Kita tonton ramai2.. Tengok sape yg kena..!!!

      Delete
    2. Kedua-duanya satu acuan......!!

      Delete
    3. Yg satu belajor dari yg satu, gamak nya.

      Atau yg satu sebat berbilion, yg satu lagi kata, kalau dia boleh buat, kenapa aku tak boleh buat.

      Jahanam le negara, mak, wei.

      Mesti buang depa di Pru14.

      Delete
    4. Najib ialah pencuri duit rakyat. Minyak naik sbb nk bgi BR1M. Silap hri bulan naik basikal la. Kan basikal pun kene ada lesen.

      Delete
  4. Proses Housekeeping Felda biasa semua ni.
    Bila siap bersih sana sini,sembelih 2-3 ekor kambing utk kenduri.
    Senang dibawa masok forest city settlers.
    Dgn tenaga murah. Kerahan komunis semestinya kna rajin. Teknology murah. Dan paling lenting ready export market utk service interest hutang.
    Apa nk dikata, spt Tibet, tak ubah Xinjiang....Nanyang pun guna plan 1Belt1Road sama.
    Kasi belit, Kasi jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1Belt1Road = OBOR
      ke obor-obor.... heheheheeeeah...
      empayar CHINA telah menjadi kenyataan....kena terima kenyataan.
      Cuma nak tanya je, boleh tak nanti bila PH+BERSATU memerintah, tukar balik semula status ``freehold`` tanah2 msia yg dah TERRRRRgadai tu.....

      Delete
    2. Jawapan pada persoalan 1109.
      Armada pelbagai kapal2 perang, dan Kubu Pulau2 buatan tersedia disamudera luar Pantai Timur, dan Sabah Sarawak.
      Jgn lupa motto AhLong
      Kami cuna nk tolong.
      1Belt 1 Road,
      U font pay , We cut throat

      Dont worry, Melayu will never understang..they are too high on Arab drug

      Delete
    3. 11.09.....Tun M dah kata sekali tanah dijual....kita takkan dapat balik. Jual maknanya Freehold.....bila dah ditukar hakmilik pada orang lain....macam mana nak dapat balik sebab dah jadi hak orang.

      99 tahun Leasehold tu tanah dipajak (sewa). Habis tempoh pajakan 99 tahun tanah boleh diambik balik.

      Delete
    4. Bukan Arab drug, Bang. RM2.6 bilion tu bukan duit Arab pun.

      Duit 1MDB. Di hantar sana sini "in a circuitous fashion", macam macam perjanjian, konon, kata Tun Dr Mahathir.

      Si ARab tu a part of the plot dari mula. Di bawak dek Jho Taek (aku malas nak sebut nama last dia for effect) ke Malaysia, jumpa Najib, bergambor dengan Najib, Roz, Jho Taek, Reza Aziz dll.

      Baca lah banyak penerangan, siap dengan rajah bagi menyenangkan sikit memaham, dan penerangan berlanjutan dari mana, macam mana datang, masuk ke akaun siapa, wang begitu banyak itu di blog JEBAT MUST DIE (type 1MDB di ruang Search di blog dia).

      Delete
    5. macam mana nak masuk blog outsyed the box
      sapa2 tau tlg habag sat

      Delete
    6. nak baca outsyedthebox pergi setting TM wifi tukar dns ke 8.8.8.8
      kalau guna data hp mana2 carrier, mmg x boleh buka

      Delete
    7. Anon 16:37,

      Nak masuk blog outsyedthebox,guna link ini:-

      http://www.unblockaccess.com/

      Delete
    8. 1452, i did not mean Arab Drug as the 2.6B money. You have uograde your reading between the lines skills. Sorry.

      Delete
    9. Sesiapa yang nak masuk blog yang telah diblock, sila guna link sebagai mana yang Anon 19.06 di atas tu bagi.

      Link tu paling mudah.

      Delete
    10. google je, cari unblock outside the box...mesti jumpa. Info dihujung telunjuk...

      http://proxyunblocker.org/unblock/syedsoutsidethebox.blogspot.my/

      AsalkanBukanUMNO

      Delete
  5. Selagi org melayu tidak buat perubahan selagi kita akan ditipu oleh umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu tipu melayu is OK. Pantang tok nenek aku kalo cayaba-alif tipu mim.

      Delete
    2. Anon 12:39

      Melayu tipu melayu is OK????? Ajaran Nabi mana kau pakai ni?

      Delete
    3. Omputih dah tipu Melayu. Bawak masuk "coolies" dari China di zaman British kolonial. Kata kpd Raja Raja Melayu, ha nya untuk majukan negara.

      Tipu lagi masa Merdeka. Kata kat Raja2 Melayu & oang Umno, setujukan lah hak kerakyatan untuk pendatang, kalau ia pun, ramai depa akan hijrah tak lama lepas Merdeka.

      Pendatang pulak tipu Melayu. Dah Melayu setujukan hak kerakyatan depa dan Melayu dapat Kedudukan Istimewa depa (yang ada "since Day One," depa kata di British Parlimen sebelom Merdeka) di maktub di dalam Perlembagaan, ramai pulak yang tak hormat Perlembagaan sampai la ni.

      Melayu Najib pulak tipu, pergi ke Makassar, hebahkan dia "Bugis, jugak pendatang". Dan macam macam lagi, paling besar nya ia lah 1MDB.

      Amacam kita Melayu asyik kena tipu?

      Delete
    4. Dan sejarah lebih buruk akan berulang di Forest City.

      Paling lama pun selepas satu generasi mereka ini layak bergelar 'bangsa Johor'.

      Dan sejarah pemotongan barah yg bernama Singapura mgkn berulang lagi.

      Semuanya demi seorang pendatang yang bernama Ah Jib Gor dan isterinya Rozy.

      Delete
  6. Sri Lanka telah di ambil alih oleh Cina Komunis kerana tak mampu bayar hutang Cina berbillion2..baru lah rakyat nak betontak..nadi dah jadi bubur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib peduli apa itu semua. Aalkan dia dapau undi Cina di Pru14. Dia dah desperado. Bukan lagi tahap bodo.

      Memang dia desperado. Sebab, bila Kerajaan baru mmerintah aje, Peguam Negara lantikan dia, Apandi, akan di tamatkan perkhidmatan tanpa notis, tapi atas sebab dah tua sangat.

      Ingat, Beb, dia dah bersara dari jawatan Hakim, di lantik Najib, di atas jangkaan akan dapati "Najib tak bersalah dalam hal 1MDB".

      Bila Peguam Negara baru masuk aje, 1MDB akan sampai ke mahkamah. Siapa yang di tohmah? Budak peon atau pelayan pejabat? 1MDB pakai peon ke?

      Delete
    2. Bro mentang2 saya peon, jgn le saya ditohmah dgn hal 1mdb..ye saya ngaku salah, krn hntr Surat menyurat ke ambank.. Gantung le saya.. Pancung le saya.. Saya redho.

      Delete
    3. Bro labu, masa hantar surat tu ada 4 saksi tak?kalo x de, menurut lobai takleh jatuh hukum...

      Delete
  7. lodehkan sebelum PRU datang, terus terang UMNO pun dah terlondeh bersama Pas yg dinahkoda hj hadi, Tak perlu kempen parti untuk pakatan menang sebab semua dah kena londeh oleh rakyat nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg terbaru dilondehkan oleh CIA. ... Matdey

      Delete
    2. Mahathir dah kata sila tubuhkan RCI siasat kes 30 tahun dulu dan jangan lupa siasat 1MDB sekali.
      Dipersilakan......

      Kes 1MDB pon tak boleh nak coverline sebab 7 negara sedang siasat.......errrr....Swis mintak kerjasama Msia dalam siasatannya tapi ditolak.......

      Satu persepsi??

      Delete
    3. Mamatv 1233, kau baca lah bog Chedet cc, Tun Dr Mahathir ada beri penerangan sepenuh nya, mengatakan CIA pun tidak menuduh dia bersalah pasal MBf.

      Tapi aku tau kau mata juling, kalau baca pun, mata kau nampak ke lain.

      Delete
    4. Anon 12:33,,pi sekolah dulu biar pandai....jgn dengar borak ahli jemaah kedai kopi.

      Delete
  8. Cina takes Sri Lanka https://m.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=zI_Lec0sBtI

    ReplyDelete
  9. Projek ecrl Kita pinjam dari ah long China 50 billion janji nk bayar blk dlm tempoh 20 tahun akan dtg, pokok dgn bunga sekali. Tak tau la berapa peratus bunga yg dikenakan. Yg pasti projek ecrl tak viable.. Mmg Tak boleh nk Jana pendapatan utk bayar bunga dan pokok pun. Ending nya rakyat jugak nnti yg nk kena bayar dgn cara naik kan GST, cukai persendirian dan kurangkan belanja awam...masa tu najib dh lama belayar... Krn leukemia penyakit genetik dan dia pun x boleh bertahan smpi 20 tahun akan dtg... Yg pasti anak cucu dia dan kroni kaya raya... Rakyat boleh pergi mampus..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakar ekonomi tersohor antarabangsa

      Delete
    2. Klu KTM rugi dgn semua laluan sedia ada dan lepas naik tambang pun rugi jgk.. I rest my case.

      Delete
    3. Untuk 20 tahun akan datang bekukan dan rampas tabungan Toyol Badak & Co.....buat bayar hutang dan bunganya......

      Delete
    4. Mintak penganalisis China faham, yg kedudukan dia org pun tak menentu kat msia nie... Mintak dia org tarik diri la...

      Delete

    5. PROJEK KERETA API PANTAI TIMUR TELAH DIBINCANG SEJAK 1981


      ECRL sepanjang 688 kilometer ini bakal menghubungkan Pelabuhan Klang ke Gombak dan ke Tumpat, dengan memotong pergunungan “tulang belakang Semenanjung Malaysia” iaitu Tititwangsa. Ia dijangka akan mengambil masa selama 7 tahun untuk menyiapkan kesemua fasa projek tersebut.

      Apa yang mereka lupa atau buat-buat lupa, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebenarnya telah mencadangkan ECRL ini sejak dari tahun 2007 lagi sebagai projek penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi di koridor ini di mana anggaran kos awal adalah dari RM30 bilion kepada RM70 bilion.

      Malah, satu lagi fakta yang ramai tidak tahu bahawa ECRL ini sebenarnya telah bermula sejak 1981 dengan pelbagai peringkat perbincangan secara berkala.

      Soalnya sekarang siapa Perdana Menteri ketika tahun 1981 itu jika tidak Tun Hussien Onn, manakala timbalannya pula adalah Dr Mahathir Mohamed sendiri?

      Jika perlaksanaan ECRL pada hari ini adalah bertujuan untuk menutup segala hutang piutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), soalnya sekarang adakah 1MDB sudah wujud pada tahun 1981?

      Sebagai seorang timbalan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir harus bertanggungjawab dan menjawab kembali persoalan ini. Bukan sengaja tahu membuat provokasi dan tohmahan tidak berasas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

      Kita boleh bayangkan sendiri, sebuah projek pembangunan yang amat bermanfaat kepada rakyat khususnya di kawasan Pantai Timur sebegini tidak mampu atau sengaja tidak dilaksanakan semasa Dr Mahathir berkuasa selama 22 tahun.

      Adakah tempoh 22 tahun itu masih tidak cukup untuk Dr Mahathir mencari pemaju kontraktor dan merancang sebuah rel kereta api? Jika benarlah masa itu tidak cukup baginya, ia bermakna Najib Razak jauh lebih hebat berbanding Dr Mahathir.

      Selama hampir 31 tahun selepas itu, barulah projek ECRL ini berjaya menampakkan “sinar di hujung terowong” apabila Najib Razak sendiri berbincang dan bekerjasama dengan China.

      Mungkin inilah yang harus rakyat di kawasan Pantai Timur perlu tahu akan komitmen dan kesungguhan Najib Razak dalam memberi kemajuan yang seimbang bukan sahaja kepada kawasan Pantai Barat, Sabah dan Sarawak, malah turut tidak dikesampingkan mereka yang berada di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

      Mahathir selaku Perdana Menteri selama 22 tahun harus insaf dan malu dengan perkara ini, serta rakyat harus mengetahui perkara yang sebenar.

      Delete
    6. .

      .
      Apa salah tangguhkan.

      Rakyat tak ada duit.
      Hutang menimbun.
      Dulu kan pendidikan dan perubatan.

      Delete
    7. Masa duit belum disamun pon tak larat nak tanggung buat keretapi tu.....inikan pulak time berbilion2 duit rakyat kena rembat....bila duit lesap negara rugi besar.....tambah lagi duit SRC 42juta pon hilang.....hutang pon naik tinggi macam gunong.

      Delete
    8. 13.45...."The Monetary Authority of Singapore fined Falcon S$4.3 million ($3.12 million), UBS S$1.3 million and DBS Group Holdings Ltd. S$1 million for anti-money laundering lapses related to 1MDB.

      Malaysian state investment company 1MDB is at the center of several international investigations into alleged corruption and money laundering by public officials. Prosecutors in Singapore, Switzerland and the U.S. and other jurisdictions are looking into a sweeping multiyear scheme in which more than $3.5 billion was allegedly diverted from the investment vehicle."
      Berita dari Bloomberg (11 Okt 2016)"

      Satu persepsi....???
      p/s:- informasi di hujung jari...

      Delete
    9. Setuju dengan labu labi. Nak tambah:

      Najib told the Dewan Rakyat the East Coast Rail Link project was estimated at RM55 billion.

      Later it was announced that the project was awarded to the Chinese company at RM60 billion.

      Wulala, a whopping RM5 billion above the estimated cost. And no tender, Beb. Direct negotiations. Mana pigi itu RM5 billion? Anybody knows?

      And some professionals say at RM60 billion, the 620km ECRL will cost a monstrous RM96.8 million per kilometre.

      Aiyoyoyo ..... Dig, somebody dig. Where goes the RM5 bilion? Who is (are) the beneficiaries?

      Cilaka. Bedebah, said Hang Tuah as he drove his Taming Sari Keris into Hang Jebat, the derhaka's belly.

      Delete
    10. Bab ECRL ni pak othaman Ahmad dan pak rahman jpc kedua-duanya otai dalam bidang ni (pak rahman orang dalam lagi MOT dan KTM) dah pernah tulis tentangnya.

      Bagi saya ia hanya projek untuk menyamun di siang hari.

      Hanya pendedak sokong projek camni.

      Delete

    11. Pasal projek untuk kepentingan warga Kelantan & Terangganu hendak ditanggohkan????
      DISKRIMINASI!!

      Delete
    12. .

      Maka sejak 1981 lah Kelantan dan Terengganu telah di DIKRIMINASI kan termasuk tidak diberi Royalti sehingga ke hari ini.

      Delete
    13. Beri nasihat pada anak2 kita jgn ada banyak anak, sorang je cukup, bila kita dan anak kita mati, cucu sorang tetap ada rumah, duit kereta dan makan senang cari dgn izin Allah, cucu pun dinasihatkan ada sorg anak je, ada rumah warisan turun temurun macam lord2 british.

      Delete
  10. Allah sudah marah.
    Macam2 yang akan terjadi.
    Tunggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru dapat wahyu ke?

      Delete
    2. Baru dapat "persepsi"....

      Delete
    3. Kata anon ni. Tunggu....

      So kita tunggulah..

      Memanglah wahyu tak turun, tapi tindak-tanduk 'berasa amat2 aman dari kemurkaan Allah' sudah kelihatan jelas berlaku..

      Malah ke peringkat mencabar Allah apabila menyebut 'biar halilintar membelah bumi saya tak akan letak jawatan'.

      Angkuh dengan halilintar sehingga terlupa yang mencipta halilintar itu adalah Yang Maha Kuasa, yang memberikan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan merampas juga daripada sesiapa yang dikehendakiNya.

      Delete
    4. Cer tengah cakap halilintar membelah bumi, halilintar betul datang panah dia, tak nak berhenti pun terpaksa le berhenti pasal nyawa dah terhenti...

      Delete
    5. Bro 17:32.

      Sejarah menunjukkan orang-orang yang mencabar kekuasaan Tuhan pasti akan tumbang melalui 'Tangan Tuhan' juga (divine intervention).

      Sejarah juga menunjukkan semua orang-orang yang pernah mencabar kekuasaan Tuhan tidak pernah ditimpa apa yang mereka cabar itu serta-merta melainkan mereka terlebih dahulu diberi tempoh.

      Pemberian tempoh ini adalah sebagai tanda Allah masih memberi peluang kepada mereka untuk bertaubat. Apa yang berlaku ke atas mereka selepas tamat tempoh ialah apa yang mereka sendiri pilih.

      "Kalau Kami turunkan seorang Malaikat nescaya dibinasakanlah mereka itu dan tiadalah mereka diberi tempoh". Al-ana'm : 8.

      Tempoh paling singkat pernah diberikan ialah 3 hari dan tempoh paling panjang lebih 900 tahun.

      Masih ingat apa motto Titanic? God Himself cannot sink the ship.

      Wala'yazubillah.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    6. Betul bro john doe...ummat nabi muhammad je yg diberi tempoh ini bro..kalo ummat terdahulu, lepas buat kesalahan je terus ditimpa bala..

      Delete
    7. Betul, Dan jangan sangka buruk kpd ulamak , tanpa bukti yg soheh

      Delete
  11. Sri lanka dilanda tsunami China. Walau pun kerajaan terdahulu yg buat deal dgn China, kerajaan baru terpaksa mengurus bebanan hutang yg sedia ada. Apa menteri luar China kata? "Sri Lanka has to settle its own financial problem"....senangkan apa menteri china cakap, cakap2 ah long memang senang, yg berhutang sampai anak cucu tu kena tanggung. Kes fgvh pun sama, tak kisah la apa kenyataan orang baru (shahrir), dia perlu buat apa yg patut, hakikatnya fgvh ada pelbagai masalah dari dulu. Yg rugi sapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dengar cetita Sri Lanka ni.....suku sakat penyamun akan kata...ini satu "persepsi"....

      Delete
  12. Isa Samad dan Shahrir Samad memang tak boleh dipercayai 1 sen pun

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya dah lama Najib ni pening dengan Isa Pendek ni... nak dibuang dia yg tolong cover up kisah budak hitam di PD. Jika dibiarkan banyak kerosakan yang dibawa dan masyarakat FELDA yang dulunya jadi FD UMNO/BN kini mula menyumpah menyeranah pemimpin.

    Apa pun korek lah Shahrir apa yang boleh di korek biar rakyat tahu akan kebijaksanaan pemimpin UMNO songlap duit.....

    ReplyDelete
  14. Siasat hingga ke lubang cacing segala dalang yang menyebabkan kerugian FELDA hingga sebanyak itu.

    Siasat siapa yang terlibat adakah Isa dan anak beranak,kaum kerabat,najib,rosmah dan orang-orang umno sehingga yang menjadi mangsa rakyat dan peneroka Felda.

    Harap semua peneroka Felda sedar jangan masih lagi menjadi BN/umno totok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala....masa ni aje peneroka marah...dekat PRU 14 nanti....bagi sorang 1000 ringgit....berdesup semua sokong umno balek....dah mentaliti orang melayu macam tu....tu sebab najib berani kata...Cash is king...so...Bersatu kena buat strategi sekarang ni.

      Delete
    2. Betul komen 11:49 tu, bagi skit duit senyap le depa pastu takut2kan depa dengan dap...dah setel, bn menang lagi

      Delete
    3. Anon 11:49

      Rm 1000 tu banyak sangat..harga peneroka felda rm 100,sehelai kain pelekat pun dah gelap mata hati.

      Ni bagi BRIM pulak...bila la nak sedar?

      Delete
    4. Mula2 takutkan orang kampong dgn Cina DAP.....takut konon cina DAP nak perintah.....tapi dalam diam jual tanah pada Cina komunis.

      Kemudian bagi brim.....tambah lagi dgn sekampit beras, selai kain batik/pelikat, duit RM100.....satu trak pergi pangkah tukang dedak.....tambah lagi sepenggal (5 tahun).

      Habis 5 tahun semua ranap.....masa tu baru dia orang tau.....duit RM100 yg dapat dulu dah habis, kain batik/pelikat dah lusuh, beras sekampit tu dah berzaman habis.....saham jatuh....hutang nak bayar.....last2 menganga makan angin jer.

      Tu sebab Melayu buat kata pepatah......dah terhantok baru nak tengadah. Selagi tak benjol kepala tu....tak sedar. Apa nak buat sudah jatuh dihempap badak.......

      Delete
    5. PPBM dan PH mesti mula menyedarkan semua pengundi untuk menerima apa sahaja pemberian dari parti pemerintah semasa kempen pilihanraya dengan syarat tidak mengundi mereka masa PRU. Kalau pemberian itu bertujuan untuk mendapatkan undi, itu dengan jelas sudah jadi rasuah.

      Bukan nak menjual agama tapi individu yang terlibat rasuah akan tetap dilaknat Allah SWT dan Muhammad SAW

      Delete
    6. Siasat, dapat maalumat, simpan dulu. Jangan hantar kpd AG Pandi.

      Kot ada "tangan ghaib" macam bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Di Raja kata masa dia alih di tukar tempat kerja dari menyiasat RM2.6 bilion dulu.

      Pandi dah tak jadi AG lagi, ok, kasi kpd AG baru, pronto.

      Delete
  15. Pru 13 bijan umpan peneroka dgn Wang 15 ribu dan tawaran umah utk anak2 peneroka.. Feel good effect Dan semuanya muluk2 belaka. Skrg baru tau sehenget dia hulur, beratus henget dia sebat. Kita citer le mcm mana pun, peneroka dan anak peneroka tetap nk BN Dan umno jgk... Itu pilihan mereka. Kita ucapkan " all the best"..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo benda tak betul, betapa baik diorg cover dan make up pun akan terserlah jua..duit rakyat yg depa balun.. dan bila rakyat di tipu dan ditindas, doa mereka maqbul..walaupun ada dua tiga kerat yg merelakan malah menyokong( yg mana paham, paham la) tapi kebanyakkan mendoakan supaya kejahatan mereka dibalas..

      Delete
    2. Itu bukan umpan.... Itu perihatin nama nya... Susah betul le puak 94 ... Istilah pun tak tau

      Delete
    3. Bukan....itu "persepsi".

      Delete
    4. Anon 1246..prihatin..ye lah prihatin klu itu istilah yg anda suka nk org felda percaya. This is free country.. But to us is vote buying... Ada duit semua jadi..siapa kuat dia lah kudrat... Nyawa bijan terletak ditangan pengundi... Bijan is to work harder or the noose is closing in.

      Delete
    5. orang2 felda sumer bodoh!!!sekian terima kasih...

      Delete
    6. Sokong labu labi, pelangkong (verbally) 1246.

      Perihatin gggapo? Kalu prihatin, gggapo seleweng 1MDB dan songlap berbilion?

      Wahai kekawan semua, kita kena tentukan orang kampong paham semua, jangan tertarik dengan istilah prihatin, rakyat makan sadin, depa makan daging, dsb nya.

      Kena tentukan PPBM ada mereka yang boleh memberi keterangan yang meyakinkan kpd rakyat di kampong2 yang di fikir mustahak dapat sokongan depa.

      Dulu ada penuntut2 unibasiti yang berdemo hendakkan sesuatu tindakan ke atas Najib akibat 1MDB. Tenaga jenis mereka itu perlu di gembeling untuk tujuan itu.

      Delete
  16. .

    Kendur sikit kekecewaan orang Felda apabila ada orang yang nak bela nasib Felda.

    Isa ada simpan skandal Najib dan apabila di lantik untuk jaga Felda apalagi pucuk di cipta ulam mendatang.

    Tapi Isa lawan Bos. 4.6 billion ?

    Lagi terror Isa dari Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu sumer wayang Telugu, dh aliran tunai felda tenat dan sblm tak boleh byr duit org felda, bijan cpt2 cri akal utk bg org felda "feel good effect" kununnya nasib mereka dia bela dgn lantik shahrir dan letak kan sumer salah atas isa... Pada masa sama shahrir dgn boss dia tgh plan nk rembat lg mcm mana... Pru 14 dh dkt.. Bkn peneroka fixed deposit umno,tp duit felda... Org2 felda campak je duit sikit kaw tim..!!! Umno BN menang lg... Lg 5 tahun citer sama.. Smpi dh abis kena perah..

      Delete
    2. Masih ada sikit lagi saki baki duit felda......jadi mana boleh lepas gitu jer.....tunggulah sampai dah kering.....esok yg susah orang Felda....yg dia orang tu ok jer semua cukop.

      Kita tunggu dan lihat sape yg kena.....

      Delete
  17. .

    Kau orang pergi masuk Felda sekarang.

    Keadaan biasa je.

    Kenduri Kahwin pun macam biasa.

    Jiran Tetangga sama-sama meraikan nya.

    Kalau tidak ada kenduri, pergi memancing atau duduk depan rumah ambil angin sambil hisap rokok, minum kopi O.

    Sikit pun dalam otak fikiran mereka tak nak cari jawapan mana pergi 4.6 billion ?

    Boleh dapat balik atau tidak?

    Bahagia sungguh kehidupan orang Felda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org felda tenang je, org luar yg kecoh.. Bukan reta Kita pun, reta dia org...

      Delete
    2. Bro labu, Satu dunia kecoh hal 1mdb tapi Negara Malaysia tenang je...takde apa tindakan pon..klise

      Delete
    3. Anon 1225 betul tu.. Satu donia kecoh, rakyat Malaysia tenang je.. Relax je..leh kenduri kawin tiap2 minggu lg.... "Api dalam sekam".. Makan dalam... Sg besar BN menang,Kuala kangsar BN menang, Pru Sarawak BN menang.. Betul lah bro.

      Delete
    4. Mamat 1203 masuk FELDA sekali sekala. Nampak biasa sahaja. Mana dia tahu desas desus antara yang politically conscious di FELDA.

      Ingat, dia orang daha ada Internet dsb nya sekarang. Bukan macam dulu, cakap di kedai kopi saja. Sekarang, banyak masa di komputer, Beb. Depa ikuti perkembangan politik negara.

      Mana dia orang setuju dia orang kena bertungkus lumus di kampong, yang seleweng 1MDB dan songlap berbilion tak bertungkus dan berhingus, makan 40 keturunan pun tak habis.

      Delete
    5. Bro 17 27


      Tun M, Husam dan beberapa pemimpin pembangkang akan mengada kan ceramah di Serting penghujung bulan ini.

      90% warga Felda telah menanda tangani membantah kehadiran Tun M.

      Delete
    6. Hopefully they will show it in the next election by supporting the opposition...

      Delete
    7. 1741 yang kata "90% warga Felda telah menanda tangani membantah kehadiran Tun M." -

      Siapa kata? Awak kata? Mana boleh caya? Main sedap cakap aje ye?

      Dalam kata kata lain - membohong.

      Setuju dan sokong 1741 yang kata, "Hopefully they will show it in the next election by supporting the opposition."

      Aku rasa itu kemungkinan besar. Dia orang pun tak tahan seleweng 1MDB dan songlap berbilion.

      Delete
    8. Ye lah 90% tak setuju dgn Tun.. Betul lah tu.. Tp kwn2 yg duduk serting dh tak sabar nk dengar ceramah tun, tambah2 lg dgn pencerahan pengerusi felda shahrir sendiri. Yg bantah tu mgkn kurang sikit dari 6% ikut kata Kwn Kita kt serting. Ese yo kan..

      Delete
    9. .

      Bro 17 57

      Ceramah tersebut dirumah se orang kawan.

      Harap mereka dapat maklumat atas sebab keinginan untuk tahu apa yang Tun cakapkan walaupun mereka membantah dengan tanda-tangan.


      Delete
  18. Tanya isa samad, isteri dan keluarga dia semua sekali. Kita tengok macam mana semua bersilat. Org felda takkan nak diam je. Semua dulu susah2 buka hutan tapi hasil kena samun oleh org yg tak kena mengena langsung dengan felda. Dah kena macam ni pun nak sokong Najib. Entahlah ....hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org felda campak je duit dgn janji2 muluk2.. BN umno akan menang bergaya..!!! Partai lawan hilang Wang pertaruhan.. Nasib dia org biar dia org yg tentu kan.. Klu yg cerdik dlm felda mmg buat duit... Yg bodoh Dan marhean biar mereka tetap marhean... Nnti x ada kuli nk buat keje kt felda utk tuan besar mereka.

      Delete
    2. Betul Orang Felda lelah buka hutan. Tunggu sikit lagi, Orang Felda tak perlu letih kekah apa, 2 juta Settlers awalan Forest city akan masok buat semua kerja. Anak2 Felda bokeh bawa Uber,Anak dara Felda boleh jual nasi lemak. Melayu masih tak fahang fahang...sebab mabok dadah padang pasir

      Delete
    3. Setuju.....biar orang Felda tentukan nasib dia orang sendiri.....kita dah buat bahagian kita sudah....selebihnya tu biar mereka pikir sendiri. Kalo susah pon dia orang sendiri jugak yg tanggung.

      Delete
    4. .

      Pasal orang Felda lah habis semua rakyat dalam kesusahan. Bukan setakat bagi undi, duit Felda untuk masa depan dia orang pun dia orang bagi untuk UMNO penjarakan Anwar Ibrahim, untuk Rosmah berjoli, untuk beli dedak ...

      Mereka dan semua baik anggota Polis, ATM, penjawat Awam, apabila mengundi mereka mengundi sebagai rakyat dan untuk rakyat.

      Delete
  19. Tak senang duduk yang bersalah. Jangan putus asa rahmat dan ampunan Allah itu luas.

    Mengharamkan (At-Taĥrīm):8 - Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hukum allah memang tak boleh lari punya..di dunia pun mesti mau kens maa..

      Delete
  20. Najib dan Isa sama2 penyamun.

    Najib tak berani sangat dgn Isa sebab Isa ada peluru hidup ke atas Najib. Madah berhelah lagi.

    Apa pun bg saya biarlah kumpulan penyamun ni self destruct.

    Meminjam kata2 pak rahman jpc 'let the fun begin'..

    P/s - saya cadangkan baca bloger apanama tentang bila penyangak dibenarkan mencatu. Memang gitulah jadinya bila kepala tu yang busuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, tajuknya 'bila penyamun bebas mencatur'.

      Silap perkataan maksud tetap sama. Mencatu tu typo.

      Delete
    2. Bro...Pak Rahman lama tak menjenguk....busy agaknya.....

      Delete
    3. Bolih terima ke penyamun disuruh jaga bank? . Ini yang berlaku diMalaysia tetapi rakyat bolih terima kerana mereka iktiraf penyamun tu berterusan tidak mengaku dikelirukan pula yang pemimpin sebelumnya juga penyamun. PRU 14 ni kita ramai2 talkinkan parti penyamun dan siasat setiap dalam kumpulan penyamun itu. Negara akan kembali kepangkal jalan dimana pelajaran dan perubatan percuma dan kenderaan awam dan tempat kediaman rakyat diutamakan...

      Delete
    4. Kalo jumpa penyamun....tolong....tolonglah percaya bahawasanya penyamun tidak akan sekali-kali menyamun...!!

      Delete
    5. Bro phantom.

      FYI pak rahman dan pak othman @ othaman, kedua-dua mereka bukan sekadar key Board warrior sahaja tapi memang turun padang.

      Pak rahman masuk ke dalam kandang singa, maka sibuknya lebih daripada orang lain. Beliau tak sibuk di tempat lain.

      Pak othman pula sibuk merata-rata khususnya selatan dan pantai timur. Tak tumpu satu kawasan saja sebab pak rahman dan cover kandang singa.

      Kedua-dua mereka ini adalah pejuang bagi saya.

      Kedua-duanya saya salute.

      Semoga Allah beri kekuatan, kesihatan dan ganjaran pahala di atas usaha kedua-dua hamba Allah ini.

      Delete
    6. salam sdr2 john doe n the phantom.

      benar telahan sdr2. saya baru kembali drpd Pekan/Kuantan.

      minggu depan d jangka akan ada pertemuan penting d 'leadership foundation' n saya d jemput hadir.

      akan 'update' dari masa k semasa.

      terus kan perjuangan. 'biar putih tulang'.

      Delete
    7. Salam pak rahman.

      Panjang umur pak rahman. (Kalau pak othman muncul boleh saya cakap 'kejora kecewa lagi'. Hehe)

      Thanx for d info and d update.

      By d way walaupun pak rahman cakap 'biar putih tulang' saya tetap nak jawab in shaa Allah takkan putih tulang pak rahman, pak othman, labu labi, the phantom, fan tun, zack, saya sendiri dan semua pejuang2 cyber yang ada dalam ni (maaf yg tak disebut nama) sehinggalah kita semua benar2 dapat melihat bagaimana pasangan kelepet ini tumbang dan menikmati kemenangan perjuangan ini.

      Salam perjuangan.

      In shaa Allah. Aamiin.

      Delete
    8. terus kan perjuangan. 'biar putih tulang'. Dinamik..
      Salam perjuangan pak rahman!

      Delete
    9. Salam Pak Rahman.........teman ada terbaca tapi udah lupa kat mana. Ada satu hamba Allah bagi pendapat supaya PPBM dan Pakatan publishkan suratkhabar bagi pihak semua parti2 dalam Pakatan.

      Think this is a good idea.........sebab suratkhabar tu boleh disalurkan ke kampong2 luar bandar, Felda2 dan bandar2.

      Ataupun....publishkan akhbar yg lebih kurang murah harganya untuk dijual kepada rakyat sebab kos nak publishkan akhbar ni pon makan belanja jugak.....jadi dengan jualan tu dapatlah sikit menampung keje2 cetakan akhbar tersebut.

      Ini disebabkan media arus perdana dah dikuasai oleh BN....berita tv & radio, akhbar2 semua pro BN.......sedangkan Pakatan tak der media tv, radio dan cetakan. Jadi teman rasa Pakatan juga perlu ada satu saluran informasi yg efektif kepada rakyat.

      Ikut pada keadaan sekarang....rakyat cuma dapat informasi dari media2 internet, google, blog2..... dan jugak bergantung pada ceramah2, forum, perjumpaan yg dikendalikan oleh Pakatan jer.

      Jika ada media cetak dari Pakatan......penerangan, berita dan message akan disampaikan dengan lebih cepat dan efektif kepada semua lapisan masyarakat.....tak kira di bandar, kampong2 dan Felda2.

      Harap dapat perhatian Pak Rahman, PPBM & Pakatan dan semua pihak yg berkaitan.

      Sekian wassalam.

      Salam Perjuangan kepada semua yg sehaluan.

      Delete
  21. Can someone confirm najib had actually bled felda thru isa samad?

    ReplyDelete
  22. The fact remains that felda had been bled thru bad investment with losses running into billion. If someone lose then some one will also gain... Let felda people asked for RCI on felda losses. That their monies not ours.But one thing for sure that fgv shares had loss a lot of its value now since IPO..I rest my case your lordships.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not only that, bad investment came from bad people with bad intention to cause bad situation to felda people..cause there are so many bad here, i also rest my case..

      Delete
    2. I cannot agreed more with you sir/madam.

      Delete
    3. Punya pelik pemikiran FELDA management - buat investment beratus juta on ikan sturgen yang menghasilkan telur di panggil "caviar", omputih punya makanan luxury, selalu nya dengan arak champagne.

      Ikan itu bukan habitat tropika - ikan di europa.

      Korea, yang orang nya terlibat dlm usaha itu, pun bukan tropika iklim nya - depa sub-tripokal atau sub-temperate.

      Hah, dah beratus juta rugi projek itu.

      Siapa di pengurusan FELDA yang bertanggung jawab harus di potong saja kepala dia - kepala lutut ke, kepala di bawah itu ke.

      Bukan sikit duit Makcik dan Pakcik FELDA, beb - ratus juta ginggit.

      Delete
  23. Aku rasa amat pelik!. Tak kan 4.6B je yang Shahril ni tanya mana pergi?.

    Sebelum penyenaraian, FELDA ada berapa billion? Tak kan tak ada duit langsung?

    Mana pergi duit yang FELDA ada sebelum penyenaraian??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu org felda kena gi tanya kt felda ramai2..

      Delete
  24. Dahulu beritahu peneroka FGV tu bakal memberi pulangan hasil lumayan. Mengangkat martabat la, Memperkayakan industri pertanian peneroka ketahap dunia la, bla! bla!..... sekarang ni Isa Samad telah dipeti sejuk beku.

    Agaknya orang Felda tak kisah kot. Lembaga Felda yang sudah kekeringan dana dah tak boleh pusing nak bayar tanggungan dan hutang piutang.

    Bila pembangunan Felda rebah, mau wang mesti jual tanah, bangunan, saham dsbnya. Tapi takkan le kerajaan tak kaji teliti pelaburan FGV dibawah Isa ni?

    Kalau dah semua urusniaga kerajaan rugi, memang hampehle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org felda boleh desak utk RCI felda dibuat. Itu hak setiap warga felda yg berkepentingan. Duit sendiri,sendiri mau ingat.

      Delete
  25. Sedih....mengapa bangsaku beragama islam rela berhipokrit?

    Rela bangsa dibangsat, maruah di gadai?

    Rela agama disalahguna dan dilacurkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan balas saya spt di bawah.

      Delete
    2. Jawapannya amat senang & anon 15:49 boleh cuba sendiri selepas ini.

      Jawapannya ialah melayu amat mudah dibeli maruahnya dengan wang & pangkat.

      Majoriti mazhab bani melayu ni anggap makan babi je haram..kalau makan rasuah takde hal. Ada pulak yang cuba nak menghalalkan cara makan rasuah ni dengan gunakan alasan "keterbatasan dalam tugas". Alasan kuno minta simpati bila dah kantoi.

      Delete
    3. Sebab sebahgian besar bangsamu itu hanyalah BERKETURUNAN islam maka diakuilah sebagai beragama islam tetapi amalan hidup seolah2 orang2 munafik/musyirik malah ada yang melewati sifat seekor hewan. Astghfirullah.

      Delete
    4. memang sedih.
      Hanya satu jawapan boleh jelaskan persoalan dari 1549.
      Melayu (secara dasarnya) bukan amal Islam tapi sedang alami ketagihan Arab Drug berserta hobi mengutip point syurga.
      ka
      Keadaan jadi buruk apabila akal di outsource kpd keyua dan ularmak kincin.
      Buruk menjadi kronik apabila mula mangamal budaya rakus Lanun.
      Lebih berat apabila Melayu tak pernah berani ambil risiko atau akui kesilapan.
      Hampeh

      Delete
  26. Islam pada kulit label saja.klu yg betul2 Islam dia tak buat semua tu.. KNP? Dari ambil wudhu dia ingatkan diri 5 Kali sehari.. Tangan dibasuh dgn ingatan jgn ambil yg bkn hak sendiri dsbnya. Ini auto reminder.. Klu tak ada, asal boleh je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang melayu banyak terhenti pada islam sahaja, mereka tidak meneruskan pada iman dan tidak sampai pada ihsan..bila lengkap semuanya barulah terpapar akhlak yg mulia..itu le sebetul betul islam, betul tak bro labu..

      Delete
    2. Setuju bro.. Kita ni harus ingat yg Kita ini di alam mati, jgn terperdaya dgn dunia. Bertimbun pun harta didunia tak boleh masuk dlm kubur. Disana baru kita kekal abadi selama2nya.

      Delete
  27. Sekarang memang trend pada semua penyamun dalam kepimpinan umno pergi umrah bila disiasat. Ada kengkawan felda cakap isa satu keluarga kat mekah. Kalau nak senang keje tunggu je kat klia. Sapa yg balik sekali ngan isa samad siasat je. Cuma takut isa samad tau langsung tak berani nak balik. Makbullah doa isa samad. Tapi lepas dunia jelah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dgn tumpasnya najib pd Pru 14 nnti insyallah. Kita mohon kerajaan baru siasat seadil2nya.. Kita bersangka baik je lah. Mgkn ada org lain yg bg arahan.. Contoh kes beli hotel di London.. Sape broker yg mkn komisen? Berapa komisen? Puluh juta jgk duit Pakcik mokcik felda yg bayar.. DLL lagi.

      Delete
    2. Mereka ni berguru daripada drama Melayu, pengaruh drpd agama Hindu seolah-olah cuci dosa macam cuci pakaian, mandi di Sg Gangga.


      Ada juga yang ke Makkah dan tak berlaku apa-apa padanya dan dia anggap dosanya dah dibersihkan.

      Terlupa maksud istidraj, dan 'diberi tempoh'.

      Delete
    3. berbaik sangka lah...

      Tak ada apa pun lagi yang telah dibuktikan Isa bersalah....Itu hanya shahbudin punya pandangan yg ingin menyebarkan pesepsi yg isa adalah bersalah dan korup atau salah guna kuasa dan Najib adalah org yg bertanggungjawab...

      Besar dosanya tu Shahbudin !!!
      Anda telah meneyebabkan org lain pun berburuk sangka terhadap org lain...



      Koramg ni kadang kadanag nak kata terlau pandai tak jugak... terlalu bodoh mungkin.

      Delete
    4. Anon 18:31 @mamat persepsi...
      Apa yg saudara komen pun kita org disini boleh anggap sebagai persepsi jugak...persepsi dari seseorang yg merasakan dirinya sahaja yang paling betul, paling bijak, paling beragama dan orang lain semuanya salah..bagi saya, saudara memang ada penyakit dan penyakit itu adalah penyakit hati dan tolong jangan komen tulisan saya, cuma perlu renungkan diri dan fikir kebenarannya...wallahua'lam..

      Delete
    5. Sori 18:33, bukan 18:31 salah persepsi plak..

      Delete
  28. undang2 baru kalau pas dapat perintah negara...pm dan menteri...timbalan menteri yang lelaki..semua kena kerat peliaq sampai kudung baru boleh jadi pm ..menteri dan timbalan...dan untuk wanita pulak semua depa mestilah 55 keatas atau dah menopause......syarat wajib.

    bila peliaq dah tak dak baru lah slow sikit pergerakan...org tua tua dah kata....dalam dunia ni dua benda saja yang jadi rebutan lelaki....duit dan burit....wanita pula emas dan jantan kaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang 91 nak masuk 92 kena keraq dulu

      Delete
    2. Kita andai lah yg pas memerintah,agak2 mcm mana lah barisan kabinet nya? Tuang presideng tentu perdana menteri..

      Delete
    3. cass,

      Apasal "lelaki ..duit dan burit....wanita pula emas dan jantan kaya."?

      Hang bukan main lembut dengan wanita, ya? Guna perkataan lain?

      Hang tak adil. Hang tak tau ka la ni, mesti adil kpd lelaki dan wanita, semua kena sama.

      Kalau lembut, lembut, kalau keraih ...

      Delete
  29. tapi isa ada ziana.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan pelik kalau sikit hari nanti keluar berita ada penyanyi wanita era 90-an ditemui mati di dalam tong simen

      Delete
  30. Apa yg Shahrir buat ialah untuk membetulkan keadaan yang yang tak betul yg berlaku pada masa ni...

    Mungkin pada masa lalu, apa yg dirancang oleh Felda adalah untuk kebaikan felda dan warganya..

    Biasalah, dalam bisness. Tak semua indah selama-lamanya. Ada masa bila ekonomi merudum,maka tindakan yg lain perlu diambil...Itu apa yg Shahrir tengah buat...

    Sebagai contoh: Bila kita beli rumah dengan byaran bulanan RM 2,000 sebulan. Tapi bila ekonomi merudum teruk dan bila kadar interset bank naik, maka bayaran bulan akan menjadi RM 3000 sebulan.

    Bagi yg tak mampu, terpaksa jual balik rumah tu..

    Itulah apa yg berlaku di felda. Tapi kita tak boleh salahkan apa yg telah diputuskan dahulu. Mungkin masa tu, pembelian aset telah difikrikan sebagai menguntungkan...

    Dalam bisnes ini perkara biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro,

      Boleh tolong ajar budak tadika 2? Mereka belom pandai lah?

      Delete
    2. Biar betul, bila gagal peneroka yg tanggung, mana pegi org yg diberi kuasa pemutus tu..dibiarkan sahaja tanpa diambil tindakan...begitu ker..bijak gila anon 18:28, saudara isa kot...

      Delete
    3. Kita bersangka baik lah yg semua pengurusan risiko kewangan dan sebagai nya telah diambil Kira.. Contoh..masa beli, harga pound mahal 9 henget, lps bli merundum ke 5 henget dh rugi dh krn referendum kuar euro Ari tu.. Adakah risiko ini dh diambil Kira. Blum lg nk Kira pendapatan boleh cover belanja.. Klu tu sumer Tak buat... Mmg lembaga pengarah felda kena sunat lg sekali.

      Delete
  31. Mahathir ada file khalwat najib dan ziana. Isa ada salinan dan jab agama islam NS pun ada. Pegawai Daerah port Dickson ada salinan ke?

    ReplyDelete
  32. Berbaik sangka lah...

    Tak ada apa2 pun lagi yang telah membuktikan Isa bersalah..Itu hanya shahbudin punya pandangan yg ingin menyebarkan persepsi yg Isa adalah bersalah dan korup atau salah guna kuasa dan Najib adalah org yg bertanggungjawab...

    Besar dosanya tu Shahbudin !!!
    Anda telah menyebabkan org lain pun berburuk sangka terhadap org lain...

    Korang ni kadang kadang nak kata terlau pandai tak jugak... terlalu bodoh mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro,

      Saya berbaik sangka najib memang penyamun. 2.6 bil dia mengaku terima

      Zahid pun saya betbaik sangka. Memang menipu jumpa pak arab yang derma

      Delete
    2. Bro,

      Saya setuju dgn kalimah berbaik sangka secara general. Tapi setiap general rule ada exceptionnya dan dalam kes ini, ia termasuk kategori exeception.

      AlQuran menggunakan kalimah taqallub yang bermaksud berbolak balik.

      Pepatah Arab pula ada berbunyi 'alhablul-qasir' yang bermaksud tali yang pendek.

      Kedua-dua kalimah ini iaitu 'bolak-balik' dan 'tali pendek' membawa maksud kinayah (presumption) yang sama iaitu 'penipu'.

      Selagi mereka tak rebut (BI bukan BM) atau disebut radd kepada presumption ini maka kami berhak menganggap mereka ini memang bersalah.

      Sila rebut bukti dengan bukti dan bukan dengan kata-kata janganlah berburuk sangka.

      Ia tak laku dalam mahkamah.

      Wallhu a'laam.

      Delete
  33. Pendek badan panjang akal
    Kontrak felda aku bedal
    Siapa tegur memang nakal
    Aku umrah biar afdal

    Sejak dulu sudah bukti
    Masa pemilihan wang kasi
    Sudah dihukum oleh parti
    Masih percaya aku lagi?

    Bagi brim siapa taknak
    Orang felda tidur nyenyak
    Puteri masuk kasi borak
    Mintak sokong anak razak

    Makcik felda suka sangat
    Dapat bateri satu torchlight
    Mesti sokong mesti taat
    Pergi Medan free flight

    Pengurus felda kena kursus
    Pihak menteri tolong urus
    Sokong Bijan mesti terus
    Kalau tidak Melayu pupus

    Bila sontot dapat kuasa
    Pulun balik muka selamba
    Bos tak berani nak buat apa
    Madah berhelah itu senjata..





    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..as always expected, makan dalam tu, bro fantun..terbaik!

      Delete
    2. Seperti biasa fan tun memang thorbayeq...

      Salute..

      Delete
    3. Bro fan tun....elok baca pantun tu kat felda.....mau meroyan kuncu2 toyol

      Delete
    4. malaysiaku semakin malang.. sebab rasuah.. penipuan.....

      Delete
  34. Berapa % melayu kaya dari bisnes? Berapa % melayu kaya dari politik. Donald trump bilionaire jadi presiden, kat malaysia orang begelumang politik untuk jadi bilionaire.

    ReplyDelete
  35. malaysia ni pemimpin umno...semua billionaire...rasuahnaire..songlapnaire...belitnaire...tipunaire...buritnaire...duitnaire...bodeknaire...dedaknaire...amputnaire....setannaire...lanunaire...penyangaknaire...apa naire semua ada...

    ReplyDelete
  36. pemimpin melayu islam memalukan bangsa dan agama.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...