Friday, 10 February 2017

"PERKARA2 BAIK MENGENAI SAYA"


Beberapa hari lalu, saya telah membaca banyak hal yang diperkatakan mengenai diri saya setelah pengumuman awal saya menyertai DAP. Barisan Nasional terutamanya para penggiat media mereka, telah mengatakan banyak hal yang boleh membuat anda ketawa.

Saya bukan mahu memberi reaksi kepada mereka. Hari ini, saya sekadar ingin memberitahu teman-teman serta penyokong saya yang peduli mengenai penglibatan baru saya dalam parti politik. Atas sikap peduli mereka yang jujur itulah maka saya membuat penjelasan.

Pertamanya, mereka khuatir sama ada saya adalah pekerja pasukan atau saya boleh bertahan lama. Sudah tentulah saya pekerja pasukan; kalau tidak saya tidak mungkin kekal selama 25 tahun dalam UMNO, walaupun saya digantung dan segala kesulitan yang saya lalui dengan para pemimpin parti. 

Saya juga menghabiskan masa 24 tahun dalam firma guaman yang saya bina daripada mula. Pastinya juga, saya bukan seorang primadona, sebagaimana dibuktikan oleh mereka yang mengenali saya. 

Saya datang daripada keluarga yang biasa dan bukanlah gaya saya untuk membangga diri seperti burung merak mengembangkan bulunya.

Kepada mereka yang menuduh saya gila kuasa, ingin saya tegaskan dengan meletakkan jawatan sebagai Menteri, sepatutnya dengan sendirinya menjelaskan beberepa perkara mengenai saya.

Kemudian ada juga memanggil saya sebagai “kuda liar”, satu gelaran yang diberikan hanya kerana semasa berjawatan Menteri yang diberi tanggungjawab melaksanakan reformasi undang-undang. Saya dianggap sebagai seekor lembu dalam kedai China yang cuba merubah dunia dalam masa 30 hari. 

Hakikatnya ialah saya mempunyai sedikit peluang menjalankan tanggungjawab saya. Saya tahu bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi diasak kuat supaya berhenti sebagai Perdana Menteri, justeru saya cuba melaksanakan banyak perkara sebelum perkara ini berlaku. 

Ini termasuklah melakukan bayaran pampasan kepada hakim-hakim yang dipecat jawatan mereka dalam tahun 1988. Saya juga sebahagian daripada pasukan yang memulakan rangkakerja bagi penubuhan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan menjalankan tugas berkaitan Suruhanjaya Perlantikan Hakim.

Saya berharap mereka yang gembira bahawa saya aktif semula dalam parti politik tidak akan berasa bimbang lagi. Kini saya lebih berpengelaman dalam politik pembangkang dan usia saya juga kian meningkat. 

Saya akan melangkah sendiri. Saya juga mempunyai banyak kualiti yang baik; saya berterus terang dan bersikap terbuka dengan pandangan saya, saya tidak menyimpan dendam dan saya tidak merancang atau memutar-belit orang lain untuk mendapat kedudukan dan kuasa. 

Saya tidak menikam belakang kawan. Saya harap semua ini satu kepastian kepada mereka yang menyokong saya – saya amat menghargai sokongan anda semua.

Saya akan bekerja bersama-sama pemimpin pembangkang. Saya berharap kita akan menjadi pasukan yang padu dan bersatu agar aspirasi rakyat dapat dicapai. 

Saya tidak menjanjikan lebih daripada itu, tetapi pastinya akan bekerja keras demi membawa kebaikan dan perubahan kerajaan. 


Zaid Ibrahim
10 Februari 2017.

52 comments:

  1. Bravo zahid! Kipidap..all good as long as your are not umno or pas members..thumbs up ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaid bukan zahid, kalau zahid sorg lg tu penipu dr perak. Penjilat dia yg dulu kaki carut sekarang da "insaf" kejap lg masuk komen.

      Delete
    2. Alhamdullilah.. Employed attack strategy ye sedara.. Kita counter attack!!! Padiapa!!!

      Delete
    3. Aik betul la tu. Labulabi tak setuju ke zahid tu penipu?

      Delete
    4. Bro.. Kita leh berbalah ttg byk isu tp aku dgn zahid ada sesudu dua darah yg sama.. Blood is ticker than water.. Harap bro faham pendirian saya... Bro are free utk belasah dia,no hal...

      Delete
    5. I knew him zahid but he never knew me, because I like to be low profile.. Jd umno totok kat hujung kampung kt rungkup besor.bagan datoh.

      Delete
    6. Owh faham pendirian bro labulabi. Salam perjuangan.

      Delete
    7. Salam perjuangan juga buat sedara. Kita fight for our own survival and for our next generation. I like yo see young people to fight for you own right.. Tak kan nk harap org tua dh lebih 90 tahun dan kami2 ni yg kebanyakan nya dh geng 50 sen dgn package 3 serangkai.. Darah tinggi, jantong dan kencing manis.. Skrg ubat hospital pun byk yg tak ada, dh abis dan order blum smpi... Yg benor nya budget tak ada... Tak pe lah... Kami pun klu udah smpi masa nk blk bior le di jemput " wahai jiwa yg tenang, kembalilah"...

      Delete
    8. Bro labu, kalo diikutkan rungkup besor tu idok ler jauh sangat dari dewan hajah tuminah ngan sekolah agama tu...
      Salam perjuangan, teman dari tluk intan..

      Delete
    9. Zaid yg ini dah sedar, ok lah...kalo zahid yg satu lagi pun dah sedar lagi ok...dia pun dok panas punggung la ni...hehehe

      Delete
    10. Anon 2205 teman Sekolah st' Anthony,telok Anson

      Delete
  2. .

    Yang penting saya ber pegang pada agama.

    Saya tidak pernah terima RM 90 juta.

    Biarlah sedikit agama saya tetapi saya tidak melakukan kerosakan besar pada agama.

    Kih Kih Kih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita cari barokah Allah dan redhonya... Ada Rumah ppr Ada kapchai, anak 8 syukur, ada keje peon dan Bini keje cleaner.. Solat 5 waktu... Tidor lena dlm hiruk pikuk ppr... Banding kan tidor di sri perdana yg terganggu tido nya krn bunyi bising kapchai... Rasanya Valium dh Tak jalan kot.. Wallahualam... Ke masih guna Viagra dgn cialis.. He he..

      Delete
    2. Menteri menteri lahanat tu cari apa?

      Delete
    3. My mentor once said to me,you can take away my pangkat, you can take away my income and perks... But you cannot take away our experience... Bahaya kan geng 50 sen ni.. Pak Menteri2 tu agak2nya cri redho PM in waiting..terutama menteri propaganda Salleh Goebbels said keruak... Nothing personal ye.. You sell concocted stories and we reciprocate accordingly..

      Delete
    4. Cari apa lagi kalau bukan fulus. Jawatan menteri tapi kerja hakikinya berniaga. Selagi boleh sapu mereka akan sapu. Selagi boleh perabih mereka akan perabih.

      Aku anak sg bakap, Penang. Tapi aku bekerja di kl. Dah berzaman dah kampong halaman aku mundur. Jalanraya selorong sehala. Jalan bertampal tampal. Semuanya main palam saja. Jalanraya yg asalnya rata dah jadi tinggi rendah. Boleh pecah kalau ada bisul di pungkoq. Bayangkan kalau van jenazah yg lalu. Apa akan jadi kepada jenazah sebelum sampai ke masjid.

      Dulu aku juga cukup anti dgn DAP.

      Hari ini DAP dah buka mata aku. Jalanraya di kampong aku dah menjadi 3 dan 2 lorong sehala.Jalan cukup selesa. Tak rugi aku bayar cukai jalan. Parit di belakang rumah aku yg dulunya air berjalan lesu dan penuh dgn semak samun kini cukup terurus. Parit telah bersih. Semak samun ditebas mengikut jadual. Air parit menjadi betsih mengalir laju. Nyamuk pun tak sebanyak mcm dulu.

      Masa tok non panjang (zainal abidin bin osman) jadi MP nibong tebal apa yg dia buat? Setiap masa di kedai mamak dgn geng2 dia.Hari ini sepanjang tebing sg kerian di nibong tebal tu dah di tambak. Ini yang rakyat minta. Ini yg rakyat mahu. Tapi tok non panjang dok buat apa selama ni? Pungkoq hanglah tok non.

      Yg aku hairan mcm mana seorang pemimpin yg telah ditolak oleh rakyat dlm pru 12 dan 13 dulu masih kekal memegang jawatan ketua perhubungan umno negeri pulau pinang?????

      Hang tak sedar diri ker tok non panjang? Hang bertanding sekali lagi kami tolak hang bagi jatuh. Sebab hang memang tarak guna punya pemimpin. Kenduri kendara pun orang kampong tak pernah jemput hang lagi. Orang meluat dok tengok hang.

      Delete
    5. Alhamdullilah.. Rakyat buka lah Minda dan mata luas2.. Citer bro Zack sama dgn citer saya di Selangor ni. Pantang kami komplen jln berlubang..sat je jln tu turap blk, sampah on time, rumput longkang mmg terjaga.. Service delivery pbt bwh pakatan improved tremendously... Dulu tunggu ada kapchai langgar lopak meninggal... Baru nk tampal atau turap...jgn lupa banner.." Satu lg projek kerajaan BN "..pada noh Omar.. Ko boleh ngigau le nk jd MB Selangor...bg projek udang.. Ko rembat kaw2 kan..

      Delete
    6. Ingat tak dulu zaman khir toyo, kalo x silap aku dlm tahun 2003, jalan sabak bernam-sungai besar tu..brapa lama nak siap..bila ada mangsa korban je baru le depa bertungkus lumus nak siapkan..itu juga satu contoh projek barisan nasional..tukarla kerajaan lain, kita kasi peluang org lain wat perubahan pulak..

      Delete
    7. Bro Zack.

      Salam perkenalan daripada anak pulau pinang.

      Delete
    8. Salam pengenalan juga untuk bro john doe

      Delete
    9. Saya org belah selatan melesia

      Tapi nak tgk najip & geng2 setannya tombang

      Delete
  3. Asal untuk menjatuhkan penyangak pencuri no satu malaysia...
    Saya sokong zahid...
    Daripada menyokong lobai tak ketahuan hala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup hujjatul Islam ayatollah abuya datuk seri Dr haji Abdul hadi Hj awang a.k.a. ayah chik... Tuang presideng pas merangkap menteri hal ehwal dalam negeri dan luar negara.. Takbir!!! ..tiket syurga yg dulu tu leh tebus Tak?? Dpt 9 ribu pun jd lah.. Tak luak pun..

      Delete
  4. Bro zaid is a man of principle of what he believed. No many people especially umno guys like Salleh keruak will let go his minister status based on principle and what he believed.. Because he had none!!! All hail to our PM in waiting and now the de facto PM... Tun Dr hajjah Rosmah Mansor... We salute you with 30 cannon salute!!!! Attention!!! Hormat panglima!!! Hormat!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Labu labi...your comments are always plus 10 if 10 is the full marks...sense of humour is on par wid SNL....

      Delete
    2. Laughter is the best medicine.. Ni pagi2 nk mkn ubat darah tinggi, cholesterol, Cair darah utk jantung... Klu fikir ttg keadaan ekonomi skrg mau terus meninggal...

      Delete
    3. Salleh keruak ni ingat orang malaya ni mcm orang kota belud juga bila dekat dgn pilihan raya dia boleh bagi atap zink, plywood, papan dan tangki air secara percuma untuk beli undi.

      Jangan samakan politik kota belud dgn politik malaya.

      Salleh keruak. Kalau kau ingat kau hebat sgt marilah berdebat dgn orang malaya.

      Kau cakap saja bila.

      Delete
    4. Bro Zack, minta maaf Salleh Goebbels said keruak our propaganda minister lum dpt restu dan redho from de facto PM.. Sabar ye..Kita syg org Sabah... Bini teman kan org sana..he he..

      Delete
    5. Betul,

      Bro Zack tak perlu risau dengan anak keruak ni. Orang Sabah pun reject dia.

      Delete
  5. Warighhhhhhhhhhhhh kek sini,sokong 100%.Den cayo kek kau,dari cayo kek penyamun tarbus/lobai tarbus.

    selamat maju jayo!!IDUP MELAYU YG BERMARUAH,IDUP ISLAM macam kato ustad shamsuldebat..hehehe ustadumno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Undi lagi umno/bn kalau nak hidup papa kedana turun temurun.

      Delete
    2. Zack kota Belud memang mundur maklumat memang sukar dapat kamu org Semenanjung salur kan maklumat biar mereka info yg sama supaya sedar ..

      Delete
  6. Your write ups and speeches for some time now have told me that you are not the old Zaid. And I hope that shall continue to be the case as long as this country of ours is in need of people like you. My do'as for you and people like you always. Gelang Patah, here come your new hero!

    ReplyDelete
  7. UMNO..tak untung apa pun .. baik keluar
    PKR.. 2X5 dg UMNO
    PAS .. Too Islamics
    AMANAH .. M Sabu terlajak lawak
    PPBM .. No way man
    DAP .. Nak try nasib tengok

    Nanti Tun m kata katak pula, katak pun katak lah... Tun m .. mana org kisah dah sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kutuk Dan kata lah apa pun kt org tua kutuk tu. Dia bila2 boleh Allah jemput blk sama jgk dgn Kita.. Tp negara yg ekonomi nya dh jd mcm Padang jarak Padang tekukur Kita nk wariskan pd generasi akan dtg.. Soalan bodoh dari ahli umno totok marhean... Bila lah sara hidup nk turun??? Bila lah ringgit nk naik balik?? Bila lah peluang keje berlambak mcm dulu???..sejak najib pegang tampuk pemerintahan, ekonomi Malaysia dan ghi..gross happiness index Malaysia dh merosot dr tangga 30 ke tangga ke 300..bukti..ramai org sakit jiwa dan kes bunuh diri dan zuriat sendiri... Bangkitlah rakyat Malaysia!!!

      Delete


    2. Sebab itu tak nampak kereta pun di jalan. Org dah tak mampu nak pakai...patutla nampak kereta lembu banyak di KL nih. Dah nak balik ke zaman Hang Tuah kut.

      Delete
    3. 22.07 jangan jadi bodoh buat comparison dgn membilang jumlah kereta di jalan. Orang cerita pasal kos sara hidop bro....

      Kereta ni suka tak suka terpaksa beli jugak. Nak2 kalo dah beranak pinak....paling tidak 2nd, 3rd hand terpaksa beli jugak. Lepas tolak duit kereta, loan rmh, mkn minum, pakaian, bil2 air, letrik, wifi, sekolah/tuition anak2, bil astro....berapa sen yg tinggal??

      Ini cerita golongan pertengahan dan susah yg cuba nak cukupkan RM untuk hidop.

      Maybe ko orang kaya.....jadi tu ko kira berapa biji kereta yg ada atas jalan. Common sense apa yg ko pakai ni???

      Tolong rujuk pada post 22.35 di bawah ni. Ini keluhan jurutera ijazah....bukan penyamun terhormat yg sebat duit berbilion2.....yg 7 keturunan pon makan tak abes.

      Tolong ada rasa prihatin sikit bro.....kalo dah banyak subsidi ditarik....ekonomi merosot....matawang jatuh.....kilang2 dan company banyak bekukan pengambilan pekerja.....ada yg buang/kurangkan staff......ada kilang2 dan company yg gulung tikar.......orang hilang mata pencarian, pengangguran tinggi.....kos sara hidop naik.....tambah pulak lagi negara kena tanggung rugi sebab berbilion2 duit rakyat lesap......dengan semua hal ni, lama kelamaan hidop rakyat makin2 susah.

      Kalo kita tak tangani masalah ni sekarang.....hidop generasi akan datang akan susah. Esok anak keturunan ko pon tak tau lagi mampu beli rumah ke tidak. Kalo harap dapat beli kereta jer tapi tak mampu beli rumah nak buat per???

      Delete
    4. Bro phantom.

      Typical Kejora gituleer..

      Delete
    5. Bro John Doe....hangin teman dibuatnya.

      Delete
    6. Anon 2207 jawapan anda juga betul pada pendapat anda. Pada pendapat kami, keta mudah di beli dgn sokongan bank2 di Msia.. Biasa dgr zero deposit leh kuar keta kan? Atau bayar deposit 500 henget je dh boleh kuar keta.. Statistic bank negara menunjuk kesan ketara peningkatan pinjaman isi Rumah.. Ini di dorong oleh keperluan credit bg meneruskan kelangsungan atau gaya hidup. Bank2 juga mencatatkan jumlah keta yg ditarik semula meningkat 100% sejak lewat 2015...nukilan ikhlas pembaca utusan Malaysia... P.s. dari gaya anon 2207 bg hujah.. Ini level PT3 pun fail teruk ni.. Nk mengakal org kg marhean mcm kami kena smart la... " telefon anda mmg pintar,tp pintar Kah anda"...he he padiapa!!

      Delete
    7. Bro phantom, kita husnudzon je la kat anon 22:07 tu, mungkin dah termakan dedak lebih sampai terencat akal dan buta matanya, sebab tu cakap merapu dan nampak keta lembu condo...kita tak tau bro..lagipun toksah lah nak habaq kat dia pasal masa depan keturunan, pasal dia mana ada keturunan untuk difikirkan..kalo ada ramai lg keturunan pemikiran mcm dia ni, tak susah dibuatnya malaysia ni..hehehe

      Delete
  8. Saya saorang jurutera lepasan graduate tempatan dari kg,sekarang menetap di KL.

    Peritnya hidup di KL,macam tinggal di TOKYO.
    gAJI starting rm2,200.

    Home pay:1900.00
    bulanan kereta 2ndhand 600.00
    PPTN:700.00.
    Belanja mkn berhemah:400.00(tak merokok)
    Api /air/lain2:300.00.
    total:rm2,000.00.
    minus rm100.00.

    nak bagi parents?????terpaksa buat class tuition budak2 spm.itupun dapatlah rm500.00.
    Bersyukur juga saya boleh hidup,tapi yg kesihannya..orang yg bergaji bawah rm1,000.00 dan beranak penak..bagaimana aiik???
    DGN gstNYA..DGN KENAIKKAN HARGA BARANG IKUT-SUKA MAK DIA AJEE,DGN HARGA MINYAK YG MELANTUN-LANTUN..OHHH MALAYSIAKU

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambungan keluh kesah rakyat.

      saya pun tak faham,bagaimana orang2 yg mengaku ulamak,boleh ada kereta/rumah dapat free,kereta pula bukan calang2 ,Mercz,range rover,velfire..sampai sekarangpun tak nampak mereka,mengamalkan kehidupan macam nabi.Umpamnya nabi ada 9isteri,2dah meninggal.rumah2 mereka sangatlah kecil.rumah isteri kesayangan aisyahpun cukup sekadar tidur dan rehat2 ajer.pernah suatu hari visitors datang kerumah nabi untuk bertandang,nabi cepat2 bergegas kerumah isteri2 yg lain,malangnya makanan tak ada,terpaksa meminta tolong sahabat seperti abd rahman rauf untuk menyediakan makanan untuk tetamu.begitu juga nabi pernah 2bln lebih dapur tak berasap.Nabi mkn tak pernah kenyang 2 hari berturut-turut.
      Begitu juga sahabat khalifah umar al-khatab,yg jarang tidur dirumah memikirkan kesejahteraan rakyatnya,sangup memikul guni gandum sendiri untuk memberi makanan pada rakyatnya yg tak ada makanan.Tapi tok-tok lebai yg kata islamnya hebat tak seperti kehidupan nabi dan sahabat-sahabat,mereka-mereka ini hidup berpilih-pilih hanya bermesra dgn orang2 yg berkuasa dan ada duit sahaja. ulamak pewaris nabi.Tak tahulah apa yg diwariskannya.

      Delete
    2. Terkejut saya hari ni baca link Amenoworld.

      Lebih kurang 20orang orang asli murtad,akibat perbuatan mat-mat serban,yg rakus dgn balak yg tak sudah2, yg menganggu-gugat tanah nenek-moyang yg sekangkang kera itu.Nak tanya nik abedoh tak buat demo ka??inikah keadilan pemerintahan Isle?.Jika murtad datangnya di Penang wowwwwwwwwwwwww..akan dikerahkanlah budak2 tahfiz dgn belanja mkn pagi/tengahari free untuk berdemo duit hasil dari selangor.

      Dan jgn lupa kerajaan najib dah luluskan kumpulan rock megadeath di malaysia.Bila nak buat demo?.

      Delete
    3. Kalau cerita orang2 asli murtad akibat pembalakan oleh mat2 serban yg rakus balak di kelantan ini benar. Maka unta unta ini tidak akan tanggung dosa besar di akhirat nanti.
      Ayuh pas segerakanlah undang2 hudud kamu itu.
      Kamu buat maka kamu juga yg akan tanggung. 20 orang bukan angka kecil.
      Di atas dunia ini serban dikepala jubah di badan dapat menyelamatkan kamu.
      Di akhirat nanti serban dan jubah itulah yg akan menjadi saksi di atas semua perbuatan kamu.

      Delete
    4. Pembetulan: tidak akan tertanggung dosa besar di akhirat nanti.

      Delete
    5. Anon 00:33,Ulamak mercedes dan rumah besor yg ko cakap tu , sunnah nabi yang dia ikut hanya bab kahwin ramai jer..tak caya pi selidik..konfirm lebih dari satu bininya..

      Delete
  9. najib gagal. takde kepakaran. umno sokong dia pun pasal dia bin razak. carilah ilmu semasa muda bukan cari janda..

    ReplyDelete



  10. Banyaknya kerenah puak 94% nih

    Ok ini pasal kos sara hidup

    Kalo korang tengok kos sara hidup di negeri yg di tadbirkan oleh PR lang yang paling TINGGI sarahidupnya seperti di Selangor & PP........ sementara di negeri2 di tadbirkan oleh BN kos sara hidup adalah rendah...

    oleh itu kalau korang hendak kos sarahidup rendah maka:

    UNDILAH BN sekali lagi UNDILAH BN



    KOrang telah membuat kesilapan BESAR dlm PRU lepas dg mengundi PR so terimalah padah. Sekarang baru tau PR tu isab darah korang......... PADAN MUKA




    ReplyDelete
  11. A digression.

    Mostapha Mohamad to resign?????

    ReplyDelete
  12. UMNO sokong Najib dan kabal, maka UMNO juga telah me 'Nanyang' kam Tanah Melayu.
    Apabila peluang2,infra3,siap...maka settlers akan masok.
    Tibet..Xinjiang dh siap, skrg.Nanyang,
    Mungkin Nasi dh jd bubur.
    1% Penyagak
    6% tukang cover mungkar
    Yg ramai Melayu masih boleh diam tgk sambil telan dadah BR1M.....
    Melsyu dilahir layu...Malaysia, Truly Nanyang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...