Thursday, 9 February 2017

SAMAN, SAMAN, SAMAN...JANGAN TAK SAMAN!!

Pas dilaporkan mahu menyaman Husam Musa berhubung dakwaannya bahawa parti itu menerima dana RM90 juta daripada UMNO melalui transaksi akaun di Affin Bank Bhd.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan Husam itu sebagai fitnah jahat yang merupakan sambungan rantaian apa yang pernah didakwa oleh Sarawak Report sebelum ini.

"Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Husam sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report," kata Tuan Ibrahim lagi.

Dulu ketika Sarawak Report mula-mula menyiarkan dakwaan berkaitan dana RM90 yang diterima Pas itu, Tuan Ibrahim juga yang paling awal membuka mulut dengan menyifatkannya sebagai fitnah, tidak benar dan berniat jahat.

Kali ini, apabila Husam membuat dakwaan dalam ceramahnya di Kelantan beberapa hari lalu berkaitan penyaluran wang itu dilakukan melalui Affin Bank, sekali lagi Tuan Ibrahim juga yang mula-mula bersuara mengenainya.

Kenapa Tuan Ibrahim saja yang paling awal bersuara sedangkan Husam sudah membuat dakwaan itu sejak beberapa hari lalu dalam ceramah yang diadakannya di Kelantan, bahkan videonya juga mudah ditonton melalui internet?

Di mana Hadi Awang sendiri, Mohd Amar Nik Abdullah, Nasaruddin Tantawi atau Nik Abdul Nik Aziz dalam menafikan dakwaan yang dibuat Husam itu?

Dalam video tersebut, Husam bukan saja mendakwa duit RM90 juta itu disalurkan melalui Affin Bank, malah berjanji untuk mendedahkan lagi maklumat mengenainya menjelang pilihanraya umum akan datang.

"Jadi masa pilihanraya esok-esok  kita buat  tubiklah (keluarkan maklumat mengenai wang melalui Affin Bank itu) kalau dia (Pas) dengan UMNO. 

"Kalau dia tidak dengan UMNO, UMNO yang buat tubik (keluarkan maklumat itu)," kata Husam lagi.

Jika benar apa yang disebut Husam itu, bermakna bukan saja Penasihat Amanah Kelantan itu yang ada maklumat mengenai wang yang didakwa disalurkan kepada Pas melalui Affin Bank, malah ia juga berada dalam genggaman UMNO.

Ini sudah bahaya beb...

Tiada lain, hanya satu cara saja untuk Pas membersihkan namanya sekarang ini iaitu segera menyaman Husam. Biar di mahkamah nanti Husam mendedahkan segala bukti-bukti berdasarkan apa yang pernah disebutnya itu.

Jika dapat menunjukkan bukti, maka di pihak yang benarlah Husam, manakala jika sebaliknya, bersihlah pula nama Pas.

Tetapi, ia mesti dimulakan dengan Pas terlebih dahulu menyaman Husam. Kalau tidak berani atau berlengah-lengah mengambil tindakan saman terhadap Husam, keyakinan ramai ialah mungkin benar Pas ada menerima wang daripada Najib atau UMNO sebagaimana yang didakwa itu.

Seperti kes saman Pas terhadap Sarawak Report, setelah sekian lama iaitu sejak Ogos 2016 portal tersebut menyiarkan berita berkaitan dana RM90 juta itu,  notis tuntutan meminta maaf dan menarik balik artikel sebaliknya hanya dihantar kepada editornya, Claire Brown pada 13 Disember yang lalu.

Meskipun diberi tempoh seminggu untuk memberi respon dan Sarawak Report tidak mengendahkan notis tuntutan itu yang bermakna ia sedia berjumpa di mahkamah, malangnya sehingga menjelang pertengahan Februari 2017 sekarang ini,  masih juga tiada khabar berita mengenai saman tersebut.

Maka, di mana-mana orang mula bertanya, Pas mahu saman atau tidak sebenarnya?

Kenapa mengambil masa begitu lama dan bertangguh lagi sedangkan alasan sambutan Krismas di London yang dikatakan berlarutan sehingga pertengahan Januari yang menyebabkan urusan saman tertunda sebelum ini sudah pun lama berlalu?

Janganlah pula dalam mahu menyaman Husam ini, Pas mengambil masa yang begitu lama juga sepertimana yang dilakukannya kepada Sarawak Report itu.

Pas kali hanya ada satu pilihan terhadap Husam jika benar ia tidak pernah menerima wang RM90 juta itu. Saman, saman, saman dan jangan tak saman!! 

Jika tidak, sepertimana yang disebut Husam, kalau bukan beliau, UMNO yang akan mendedahkannya menjelang pilihanraya nanti. (SH 09/02/2017).

67 comments:

  1. Kesian tuan ibrahim tuan man, sampai hati tuan guru hadi dan rakan2 tak bagi tahu dia pasal 90j tu..apa la jenis sahabat camni,makan senyap2 jer..saman tuan ibrahim, saman..kami pun nak tahu kebenarannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikkkk....buat per saman husam....samanlah Sarawak Report sebab SR yg jadi whistleblower. Husam cakap apa yg SR keluarkan jer.......

      Delete
    2. tuan ibrahim ibarat muhyiddin semasa dalam umno yang selalu ketinggalan bas. hadi dan najib suka pandu senyap-senyap bersendirian...

      Delete
    3. MY ada Niki, TM tiada

      Delete
    4. Klu setakat SD, sape2 pun boleh reka. Bg la klise sikit ada hubungan dgn ziana zain ke tuan puteri ke.. Contohnya...tuan mgkn Tak baca buku tdm " a doctor in house" baru dpt selama hati nurani tun dan cinta tun pada tun hasmah... Redpect bro.. Smpi tua cinta dia tak pernah luntur... Satu hari nnti saya nk buat filem kisah percintaan mereka berdua...barisa pelakon saya dh kenal pasti.. Ada aksi, drama, dusyum2, nyayian dan tarian beramai2... Happy ending.

      Delete
    5. Saya juga amat gembira dlm suasana tertekan skrg, kita masih dpt gelak ketawa bersama2 terutama rakan Kita john doe.. " laughter is the best medicine"..

      Delete
    6. Aku rasa duit tu masuk akaun peribadi wala'un wala'un Tuang Punasihat MO1 bukan nya masuk akaun resmi PAS.
      Cuba lah siasat akaun peribadi wala'un wala'un tu.

      Kes saman PAS Rantau Panjang terhadap pimpinan PAS adalah contoh terbaik!!!!!!

      Delete
    7. Pas dulu lbh utamakan gerakan dakwah hgga dfitnah jd alat kpd dap..pas skrg lbhkan politik hgga sanggup bkerjasama ngn amno yg dulu mmrk kata tak islamik,sekular ..atau pas dh iktiraf Islam ala amno?!

      Delete
  2. Hari Selasa mggu depan kot Pas nak saman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari Selasa tak bolih .. hari tu dah reserve exclusively for Najib / UMNO .

      Delete
    2. Sakit...sakit...sakit
      Aduh sakitnya di sini sayanggg

      Delete
  3. Parti serban tolonglah saman
    Biar mahkamah saja putuskan
    Gajah tak nampak yg nampak kuman
    Betul ke 90 juta bertukar tangan?

    Kalau pak bulan tidak bertindak
    Rakyat bertanya betul ke tidak
    Ahli ahli bulan keliru banyak
    Betul ke bulan terima dedak?

    Bro Phantom,

    Ohh yg itu yg nak kahwin
    Fahamlah kita bukan yg lain
    Bercinta sakan sedondon kemain
    Satu beserban, satu main sign..

    Dua dua hangat bercinta
    Bulan dan Keris kerap berjumpa
    Si Keris dah ramai isteri nk Jaga
    Takut ditinggal masa pilihanraya

    Berapa kali sudah bertemu
    Pinang meminang belum berlaku
    Si Keris tersepit Bulan dah mahu
    Takut isteri isteri tidak setuju

    Akhirnya apa Keris nak buat
    Nakkan Bulan menyokong kuat
    Peduli Bulan punya amanat
    Sekali kenyit Cek pun dapat

    Tun F jadi pengapit
    Sebab Mahathir kerap disumpit
    Keris tersenyum Bulan diapit
    Perkahwinan ini cari penyakit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. .
      .
      Respect sama lu lah.

      Dalam masa singkat dari siar nya artikel 23.35 tuan boleh reka 7 rangkap pantun.

      Delete
    2. Bro Fan Tun ni memang tak der tandingan hebat pantunnya. Kata tersusan tapi pedas berasap.....huuuhh sape makan cili rasa pedasnya. Sape yg marah tu....memang betollah macam yg dikata.....kalo tak....buat per terasa. Tak gitu??

      Good job bro Fan Tun...!!
      Salam perjuangan.

      Delete
    3. Part ni esei setuju.

      Patutlah pakai nama samaran Fan Tun.

      Pantun-pantunnya hangit siot.

      Setakat pantun-pantun Kejora celah gigi tak lepas.

      Syabas bro fan tun. Memang menghiburkan tapi tak lari dari tajuk. Isi pun sentiasa bull's eye.

      Delete
  4. Beranikah PAS hendak menyaman Husam tu? Aku teramat yakin keberanian PAS untuk menyaman Husam hanyalah sekitar dibawah 15% sahaja, itu pun bagi mereka yang jahil melulu. Ayuh PAS apa ditunggu lagi, samanlah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. .
      .

      15% sikit sangat.

      Belanja kos saman berapa juta sangat, tak habis RM90 juta.

      Lagi pun untuk bersihkan maruah parti, jika menang kes saman Husam bererti PAS tidak perlu lah saman SR.

      Delete
  5. Jangan tak saman parti lobai ooiii...ni melibatkan maruah parti mu ni....kene pulok husam musa yh ghoyak....jangan tunggu hari selasa pulok nok saman....!!!

    ReplyDelete
  6. .
    .

    Kali ini kalau tak saman jugak, memang 110% lah PAS di sogok RM 90 juta !

    Cepat sangat Tuan Ibrahim melatah.

    Husam kata dia main teka dan bertanya betul ke RM90 juta di masukkan ke Affin Bank?

    Lagi pun maklumat tersebut akan didedah semasa pilihanraya jika PAS bersama UMNO.

    Kalau yakin PAS tidak di sogok RM 90 juta, tunggulah semasa pilihanraya. Bukankah ini satu senjata untuk di gunakan semasa berkempen ?

    ReplyDelete
  7. Pas parti pimpinan ulama. Nak tubuh negara berkebajikan. Nak mantapkan kuasa mahkamah syariah. Nak buat road show ruu 356 pada 18 Februari ni. Berdosa kalau bercakap bohong.

    ReplyDelete
  8. Husam Musa orang yang cerdik..dia pasang perangkap..kalau parti lebai ni saman memang cari penyakit lah..tapi elok juga saman di sini ..orang lebai kuyup ni tak payah pergi London ..jimat kos..

    ReplyDelete
  9. Kesian TITM dah lah kena kencing dengan UMNO..Presideng pun kencing atas dia..kuyup lah nampaknya..

    ReplyDelete
  10. Pegi gak ke london tu..tapi gi santai sambil ngopi ja ngan sahabat arkab dia umno.Saman masih dalam peti sejuk lagi..nak bawa keluar,takut kena hempap ataih muka sendiri..biasa lah lidah kan tak bertulang..Hanya walaun ja 100% percaya..

    ReplyDelete
  11. persat7an mlm broker syurga , silobai sadonia jual kincin berjampi...tak akn saman punya.
    Kukok sekampong,
    taik low setong
    Negara dh kena lelong.

    ReplyDelete
  12. Mu undi pas masuk syurga.
    Mcmlah syurga tu bapak dia punya
    Sedangkan rumah yg dia duduk skrng ni pun dia kena beli.

    ReplyDelete
  13. Betul.

    Dalam bab saman-menyaman ni seolah-olah TITM sorang je yang beria-ia. Ini dah kali ke-2, dan yang songap pun geng yang sama, walaupun geng yang sama itu selalunya buat bising dalam hal-hal lain.

    Seolah-olah kesuyian sepoi-sepoi mereka mengambarkan apa yang telah disebut masyhor-masyhor sebelum ini, iaitu 90j tu ciput aje, x membantutkan apa-apa, buat apa buat bising kerana dunia x belah 2 disebabkan percikan halilintar yang datang menyambar pun - mengikut bahasa mat klepet.

    Yalah, dalam senario baru sekarang apa lah 90j sangat berbanding 2,600j. Terlalu ciput utk buat ribut, walhal stormnya hanyalah dalam secawan teh tarik di London aje.

    Kesian kat TITM, dia lurus bendul x tahu apa-apa dan dia sorang saja beria-ia nak menyaman. Dan yang menanggung kutukan bukan orang lain tapi beliau sendiri.

    Di sini saya nak usulkan satu cadangan bernilai 90j kepada TITM.

    Buat apa saman yang akan melibatkan kos yang bukan main sikit, dan sedia maklum PAS memang xde dana sebesar 2600j.

    Apa kata kalau TITM cadangkan supaya PAS buat sembahyang hajat kat Pdg Merbok seiring banjiran RU355 nanti untuk mencari penyelesian yang x habis-habis kepada apa yang PAS anggap bahawa desas-desus 90j itu x lain dan x bukan sebagai fitnah?

    Orang jahil pun tahu itu melibat hanya kudrat yang tidak berkos satu sen pun berbanding bayaran beribu-ribu kepada loyar saman.

    Lagi pun buat apa kerja saman-menyaman, itu kerja kapir harbi. Sembahyang hajat adalah lebih mujarab dan berkesan. InsyAllah.

    ReplyDelete
  14. Rasanya 90 juta hengget tu diagihkan sesama dorang tanpa pengetahuan TITM. Mungkin masuk akaun peribadi mcm Presiden parti sinunnnn tu. Nasib TITM hampir sama mcm Muhyiddin... tak tau duit masuk akaun peribadi Presiden tp puak-puak pengampu mcm 3.85 dah dpt bahagian... nasib ler TITM (bukan nak menuduh tp keberangkalian tu ada..sbb tu TITM sahaha yg berani bersuara...)

    ReplyDelete
  15. Pas ikut style najip la ..entah berapa kali selasa dah ni..memalukan punya pi em!

    Cuma bezanya pas akan saman hari jumaat kot? Eh..jumaat kelantan cuti daaaa..haha

    ReplyDelete


  16. Saya sokong Tuan Man, saman di sini lebih mudah dp saman di London. Sebab di sana mereka melingdungi warganegara mereka dg berbagai helah seperti yang di alami oleh UMNO apabila hendak menyaman SK dulu.



    ReplyDelete
  17. PAS sdah berubah menjadi sebuah parti yg menjual agama untuk dunia.
    Sedih......

    ReplyDelete
  18. Prove me wrong, PAS wil.l follow the same route they take when they initiated a legal action against Sarawak Report....

    Why hesitate? My source says it was a directive from MO1. If this goes to court, imagine the money trail.... with all accounts to be revealed in the court... MO1 wants that?

    Let the sandiwara put up for public viewing :):):)

    ReplyDelete
  19. .
    .

    Rugi nya mereka yang pergi ke Padang Merbok dengan belanja sendiri.

    Lagi rugi mereka yang pergi ke Padang Merbok atas duit RM90 juta.

    Jika PAS saman Husam, ada kah PAS saman mengikut undang-undang mahkamah Syariah ?


    ReplyDelete
  20. Yeah baby, saman ! Sue your and his pants down and then plead innocence to get it back, minus the underwear !

    ReplyDelete
  21. ambo tok cchayo doh ko puok2 alamak nih....

    ReplyDelete
  22. Ibrahim ni nama shj Timbalan tapi apa Hadi buat dia pun tk tahu. Nampak mcm bebal sikit dia ni. Diperbodohkan olih Hadi & the gang.
    Yg dpt duit tu Hadi. Patut Hadi yg suara. Apasal bebal sgt Brahim ni?

    ReplyDelete
  23. Pendekar mustar ni tak dpt share kut,sbb tu dia tak tau apa pun.. walaun lain dah kenyang..

    ReplyDelete
  24. baru lepas baca blog A Kadir Jasin "kekal berkecuali atau jadi gundik China"...ngeri apabila dapat tahu dengan apa yg najib dan pemimpin BN sedang dan telah buat..jual tanahair, salah satunya Forest City semata2 nak kambus Hutang negara Yg mana puncanya adalah salah sendiri najib merompak duit negara..sungguh malang nasib rakyat Malaysia sekarang ni..ayuh mari kita smua bangkit tumbangkan kerajaan penghianat ini masa PRu nanti untuk masa depan anak cucu kita semua

    ReplyDelete
  25. Sorry, saya agak berlainan sedikit dalam soal ini. Saya tak ingat tuan ibrahim kurang cerdik atau kurang pengetahuan dalam soal 90j. Orang kurang tinggi tapi akal tinggi. Ingat lagi dengan KO UMNO, KO UMNO, KO UMNO DAH JADI OK UMNO, OK UMNO, OK UMNO.

    Saya nampak macam tuan ibrahim tak berminat dengan umno. Maklum lah orang TGNA. Tak macam abduh, yg tergila gila umno. Mungkin teringin nak jadi menteri kot. Mungkin titm nak menambah garam keatas luka dimuka hadi,abduh, nik amar dan musyidul am. Just imagine kalu tak juga saman husam, apa akan jadi. Ini permainan politik, tiada kawan yg setia dan tiada musuh yg kekal.

    ReplyDelete
  26. Lobai mudah lupa. Tanah kubur TGNA dok merah lagi, nama dia pun depa dah tak sebut dok sebut nama najib dan rosmah saja lani. Macam anak kematian bapa, mananggis ketika mayat masih didepan mata, habis talkin saja dok pakat cari gran. Sama saja kopiah putih ka, kopiah hitam. Nak tengok bukan diluar tapi dalam, hak putih ka, hak hitam.

    ReplyDelete
  27. Apa saman saman ni? Saman kena melalui Mahkamah Sivil...tak mainlah. PAS kena ambik tindakan mengikut RUU355...Hudud PAS. Apa peruntukan dalam hudud PAS dalam keadaan ini. Sebab yang kita pasti bab pemimpin rasuah dan mencuri terkecuali dalam hudud PAS...lainlah kalau orang biasa...tumit tinggi, bergincu bahkan bonceng motor pun silap silap kena hudud.
    Rasuah, merompak, mencuri, menipu rakyat...tak ada dalam hudud PAS...tutup ada le.

    Ni pasal Datuk Datuk Gangster dah kena cekup...bila lagi Datuk Seri si pencuri tu? Kan ke dia jugak Ketua Gangster...bukti dah berterabur diseluruh dunia...tak kan KPN nak biar je...Datuk Gangster yang kena cekup tu banyak tatoo dibadan...cuba KPN telanjangkan Datuk Seri tu...ada juga tatoo dia kat teloq tu...eh!...tapi yang kita tau dia tak dak teloq. Satu lagi yang musykil...Sultan mana yang bagi gangster tu darjah kebesaran "Datuk"?..tak de orang lain ke...lebih baik bagi "Datuk" kat ahli JKKK...ada jugak jasa mereka kepada kampung halaman.

    Hari ini hari Jumaat, esok Sabtu...Ahad...hari kelepasan...mana nak saman. Hari berikutnya...Senin, Selasa, Rabu, Khamis...orang lain dah pakai hari hari tu...Balik ke Jumaat...mana sempat nak saman...Sembahyang Jumaat tak boleh tinggal...Aduh!...pening...pening...nak saman pun tak cukup hari.

    Labooo...buat kopi!...ada tetamu ni...

    ReplyDelete
  28. A digression but it is important

    RUTHLESS NAJIB DUMPS BUNGLING KU NAN: PRO-PM SPINNERS ACCUSE KU NAN OF BEING MAHATHIR’S MAN OUT TO SABOTAGE RCI ON FOREX LOSSES

    Quoted by Malaysia Chronicles

    Authored By Raja Petra Kamarudin

    When 1MDB first erupted
    Lies, lies and more lies were painted
    When 2.6 bil donation revealed
    They cried PM Najib slandered

    Cannot stand the heat, they go for diversion
    Anything to do with mahathir back in question
    RCI this RCI that but so far no action
    Come Forex Loss RCI everyone jumps up in celebration

    The above article in MC appeared today
    The writer is one hypocrite scared and stay away
    Shooting blanks as he is famous for
    Thinking he can save Ah Jib Gor

    Who is Raja Petra if not a bankcrupt mercenary
    He will tell you fictions if you throw him money
    His specialisation is a degree in slandering and lying
    No one reads his SD even blood keep on oozing

    No sane individual believes Ku Nan the bulldog
    What more becomes mahathir’s mole
    If he runs around like a crazy hog
    Only RPK get ready his arse hole

    All said and done no words needed further
    RCI on forex loss gets through, 1MDB deserves an answer
    Najib has no choice but will be put in a tight spot
    By his own cabinet puppets who are stupid lot

    ReplyDelete
  29. Kuman yg nak rebut 2 daerah dan 1 negari, ingat tengku celop ni baik sangat nak tolong orang melayu. Nampak macam depa ni dok berebut nak jadi broker tanah pulak. Kalu tanah mak bapa dia tapa la juga, ni tanah kita amanah bagi dia jaga.

    Orang dok sibuk nak selamat agama, bangsa dan negara, ada puak yg dok sibuk nak perkasakan undang undang. Nak islam apa kalu dah jual your mothers backside dekat orang luar.
    Nabi suruh menuntut ilmu sehingga negeri china bukan jual negara kepada negeri china. Silap baca buku terjemahan kot.

    ReplyDelete
  30. minta hadi buat sumpah mubahallah pasal duit 90 juta

    kalau dia buat, saya akur namun Allah maha mengetahui
    kalau dia tak nak buat, hiduplah dia dengan cercaan dan hinaan

    ReplyDelete
  31. membaca komentar dari sahabatku john doe tempoh hari membuatkan aku hanya gumam dan tersenyum sendirian. bersungguh-sungguh nampaknya didalam hujah makna disebalik frasa Khalifah.

    Al-Quran itu ditafsir melalui Nabi saw dan para sahabat r.a seterusnya melalui para ulama (hadist,qiyas, ijma' ulama).

    benar, tiada satupun ayat dari alquran yg mengangkat firaun sebagai khalifah (bahkan setiap dari anak adam itulah khalifah di muka bumi sebagai pengganti jin dan iblis) tetapi nasabnya datang dari qiyas dan ijma' ulama - malang sungguh kamu wahai john doe yg begitu teruja pada urusan khilafiah sekecil ini.

    sengaja aku bawakan takwil yg berbeza berhubung makna lain untuk kalimah Khalifah dan kelihatan sahabatku john doe seolah-olah bagaikan orang yang mabuk - perlukah aku bawakan lagi takwilnya dari ijtihad ilmuan imam mazhab yg 4 ? cukuplah sekadar ini, kerana aku tidak berhajat membawa kamu lebih jauh. dan aku tidak lagi akan memakai ganti nama khalifah supaya tenang akal fikir serta hatimu.

    4 puak yg berbeza matlamat dan niat penubuhannya dan setiap dari puak itu punyai kuasa pemutusnya (presiden dan struktur hearakinya) lalu 4 puak ini bertemu dan khabarnya mereka menjalin pakatan baharu yg dinamakan sebagai Pakatan Harapan plus PPBM. (demi Allahswt, mereka akan terus berpakat lalu berkhianat dan kembali berpakat selagi tiada bai'ah untuk melantik kuasa presiden didalamnya.)

    Kemudian aku bertanya kepada setiap dari golongan yang jahil lagi menyombong diri, mengapa masih tidak mahu mengambil pelajaran ? ini bukan kali pertama kamu mengikut dan kepala kalian saling berlaga lalu tenggelam bersama janji yg ditaburkan.

    ada si polan berkata - Pakatan Harapan plus PPBM tidak perlu pada kuasa Presiden kerana halatujunya akan "dimuafakat" melalui konsesus 4 presiden di dalam majlis presiden. -

    bukankah sebelum itu karamnya pakatan rakyat dan barisan alternatif walaupun hanya dengan 3 presiden didalam majlis presiden ? setiap dari presiden itu menuduh presiden yg lain sebagai pengkhianat.

    ada juga sipolan yg berkata (berbaur islamic) ?? - bagaimana mahu melantik presiden didalam Pakatan Harapan plus PPBM kerana belum diberi kuasa pemerintahan (lalu bersimpang siur hujahnya). lucu dan ironi sekali 4 puak yg bertemu itu ada sang presidennya sedangkan mereka juga tiada kuasa pemerintahan.

    Maha Suci Allahswt - usah bicara amar maaruf nahi mungkar dengan niat mahu memegang kuasa pemerintahan sebelum hadirnya kuasa pemutus dari kalangan 4 puak yg sedang berpakat itu.

    Apakah aku menasabkan para pentaasub kepada 4 puak ini sebagai golongan yang jahil lagi menyombong diri tanpa membawakan hujah yang kukuh lagi nyata ?

    salam jumaat penuh berkah buat si empunya blog dan sekalian penarinya
    ikhlas dariku unknown aka sahabat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. No substance and therefore no case to answer.

      Delete
    2. It is very true that this paid writer unknown and or sahabat (same petsin i guess) write rubbish fit for thrash.

      As a muslim, it is most unfortunate to have a muslim like him to crawl on this part of the earth called malaya.

      John Doe, treat him as mr bean, that most famous idiot on screen. Get serious discourse on how to save malaysia from completely thrown to the dogs. Never too late, bro. Salam jumaat

      Delete
    3. Unknown bila lah ko nak abis sembang pasal khalifah ni? Kita skang ni sibuk pasal khalifah junjungan ko nak bersatu dengan khalifah pas..apa komen ko pasal hal ni..come on la bro, update le sikit..

      Delete
    4. Bukan up date..up to date..hehe

      Delete
    5. kemudian tatkala si jahil yg menyombong diri itu apabila dibawakan sesuatu yg tidak mampu mereka membantahnya dengan ilmu, lalu mereka pasti akan saling menenangkan sesama sendiri.

      tiada lagi lagak dan gaya laksana bijak pandai melebihi dari para ilmuan. lidahnya kelu dari terus bersilat membawakan hujah.

      Banyak dari kalangan si jahil yang menyombong diri mendakwa betapa zalimnya pemerintah dan mereka sangat tersiksa kerananya lalu lidah mereka tidak pernah putus dari celaan dan fitnah terhadap si pemerintah dan dadanya sentiasa terhimpit dengan amarah yg membara.

      Lucu dan ironi sekali keadaan mereka yang mana nafsu dan cita-citanya tidak pernah reda bagaikan hidupnya 1000 tahun lagi, bahkan tangan2nya tidak pernah berhenti dari merebut lalu mencari nikmat untuk diri dan kaum kerabatnya.

      Dan mereka akan mengikut sebagaimana ikutnya biri-biri kepada pengembalanya tatkala datangnya khabar dan janji manis yg bakal memenuhkan nafsu dan kehendaknya - dan itulah kunci yg dijumpai oleh tuan2 politik yg sering berkhianat itu.

      Maha suci Allahswt - bersyukurlah nescaya Aku akan menambah nikmatKu dari jalan yang tidak kamu sangka.

      Adapun kepada golongan yang kufur pada nikmat yang Allahswt diberikan kepadanya para pemimpin yg jahat dan membuat kerosakkan.


      Pelik sekali ...
      unknown aka sahabat.

      Delete
    6. Pelik sekali apabila melihat pedagang ilmu sastera mengeluarkan hukum taklifi tanpa ilmu, tanpa dalil dan tanpa disiplin ilmu.

      Unknown adalah di antara tanda-tanda kita berada di akhir zaman.

      Delete
    7. Setuju...memang tepat sekali gambaran yg kamu berikan pada diri kamu...sekarang kita dapat pemimpin jahat pasal ada rakyat kufur nikmat macam kamulah..setuju sangat..

      Delete
    8. 12:36 - bukan aku yang mencela dan membawa segala macam khabar berbaur fitnah dan adu domba terhadap pemerintah.

      bukan juga aku yang mengejar segala macam kelazatan dunia melebihi dari kemampuanku.

      dan bukan juga aku yang mempercayai lalu mengikut pada segala macam janji manis serta tipu daya tuan2 politik itu.

      aku juga tidak merintih atau berduka cita atas segala kesulitan hidup - itu adalah kamu dan golonganmu.

      Salam jumaat.
      Unknown aka sahabat.

      Delete
    9. aku juga tidak merintih atau berduka cita atas segala kesulitan hidup - itu adalah kamu dan golonganmu.


      Jawapan yang salah.

      Yang betul ialah kamu Unknown adalah pembela penyamun.

      Kamu juga sebenarnya adalah seorang penyamun.

      Sudah tentulah kamu tidak merintih disebabkan kamu mendapat saham di dalam harta penyamun.

      Kami pula bukan perintih tapi pejuang yang menentang penyamun.

      Delete
    10. Arifbillah memanggil Kita Si jahil krn Kita menari ikut rentak tari dia...lps ni ni rentak thaipusam Kat dia.. Kita nk dia pulak menari ikut rentak tari ke... Kalari payat ada berani ke ane???

      Delete
    11. Cemana aku tak kata ko, kufur nikmat unknown, ko komen waktu org jumaat, tak gi solat ke..kalo nak tahu itulah dikatakan kufur nikmat..
      12:36.

      Delete
  32. Salam sejahtera dan salam Jumaat kpd tuan blog dan rakan2 pejuang cyber yang saya percaya semuanya iklhas tidak dibayar (bukan seperti dua orang pendedak Najib yg ada di dalam blog ni, seorang menunggu pencen dan seorang menerima gaji).

    Di hari Jumaat yang mulia ini marilah kita renung semula nasib bangsa, agama dan negara kita di bawah UMNO dan PAS hari ini. Menyedihkan.

    PAS sejak awal hanya membawa banyak mudharat berbanding kebaikan, tetapi ketika itu kemudharatan PAS adalah terkawal disebabkan kekuatan UMNO dan fakta bahawa kuasa diletakkan di tangan UMNO.

    Tapi hari ini kemudharatan yg dihasilakn UMNO lebih hebat daripada PAS. PAS membawa peepceahan dalam agama tetapi kesannya tidak seteruk UMNO yang menjadi perisai melindungi para penyamun dan pengkhianat agama.

    Saya sepatutnya membuat kerja pejabat yang menimbun tetapi saya berhenti sebentar tadi untuk melihat sebuah video mengenai bgmn Najib menjual negara ini kepada negara luar berlatarbelakangkan lagu 'anak kecil main api' yg dinyanyikan semasa perhimpunan UMNO sendiri.

    Video berkenaan yang diterbitkan oleh PPBM Putrajaya memang membawa 1001 keinsafan bahawa kita berada di persimpangan yang kritikal.

    Tiada jalan lain untuk selamat melainkan si Najib pengkhianat mesti ditumbangkan.

    Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi, betapa yang membakar itu bukan daripada bangsa lain tetapi daripada pemimpin UMNO sendiri.

    Di atas segala kemudharatan yang dilakukan oleh Najib dan juga Hadi saya percaya mereka sedang menempah kemurkaan Allah yang sangat besar. Apatah lagi kemudharatan yang dilakukan mereka itu diberi wajah agama. Konon demi perpaduan Melayu Islam padahal hakikatnya sama2 sedang merompak hak negara dan menikmati sesama mereka.

    Seperti yg saya hujahkan kepada Unknown saya percaya 'kebenaran' akan diturunkan ke atas kedua-dua manusia ini.

    Kepercayaan saya bahawa kedua-dua manusia ini sedang mengundang 'divine intervention' mungkin betul akan berlaku dan mungkin juga tidak (tetapi hujah saya bahawa kebenaran di dalam ayat 81 surah al-israk dan ayat 49 surah as-sabak bermaksud divine intervention tetap saya pegang sbg betul), tetapi yang lebih penting lagi ialah perjuangan menentang para pengkhianat ini mesti diteruskan.

    Sunnatullah mengatakan yang bathil tetap akan lenyap. Bila dan bagaimana itu tidak kita tahu, tapi ia tetap akan berlaku.

    Ayuh sdr2ku rakan2 seperjuangan kita teruskan usaha apa yang kita mampu demi agama bangsa dan tanah air tercinta.

    Salam perjuangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berjuang kepada sahabatku John Doe - tetapi suka untuk aku mengingatkan kepadamu dan sekalian soldadu' kecil yg memegang kuasa 1 undi, janganlah sekali lagi kepala kalian berlaga sesama sendiri sebagaimana buruknya keadaan kalian didalam Pakatan Rakyat yang telah mati itu.

      oleh kerana tiadanya kuasa presiden didalam Pakatan Harapan plus PPBM berdoalah kalian sebanyak-banyaknya.

      kerana apabila melibatkan Hak agama Islam (pelaksanaan atau penambahbaik syariat) janganlah tuan2 politikmu didalam majlis presiden Pakatan Harapan plus PPBM berharap pada redha "konsesus" puak kafir melebihi dari redha Allahswt. -

      teringat aku pada drama yg dipentaskan di selangor bagaimana hassan ali dengan kuasanya sebagai exco agama mengarahkan rampasan arak yg dijual secara umum di penempatan majoriti islam dan kemudian diarah supaya dikembalikan atas "konsesus" sekutu dari kaum kafir.

      Sejarah hanya bernilai pada mereka yang mahu mengambil tauladan dan sempadan darinya.

      Salam ya salam
      ikhlas dariku unknown aka sahabat.

      Delete
    2. Again, flowery writings without any substance.

      Same reply from me, no case to answer.

      Just bring it ON...

      Delete
    3. Unknown :-

      kerana apabila melibatkan Hak agama Islam (pelaksanaan atau penambahbaik syariat) janganlah tuan2 politikmu didalam majlis presiden Pakatan Harapan plus PPBM berharap pada redha "konsesus" puak kafir melebihi dari redha Allahswt.

      Reply:-

      Aku boleh jawab perkara ini dgn dalil, in shaa Allah tapi aku nak tanya kamu simple saja.

      Apa keputusan Presiden UMNO pasal RUU355. Pilih konsensus kafir MCA dll atau pilih 'penambahbaikan syariat' (syariat boleh ditambah baik pulak dah? Adoiii Mr Bean). Tak apa tak perlu jawab yg tu jawab saja pasal apa pilihan si kuasa pemutus khalifah pujaanmu dalam isu RUU355. Jangan lupa wang dah belanja buat penerangan di Kota London.

      Kegagalan jawab adalah satu dosa besar di atas dalil 'kaburo maqtan i'ndaAllahi an taqulu ma la tafa'luun).

      Sila beri jawapanmu berserta dalil.

      Delete
    4. Tajuk Tuan Budin 'Saman jangan tak saman".

      Komen balas saya kat Unknown plak 'jawab Unknown jangan tak jawab'.

      Yeehaa..

      Delete
    5. Sekejap bro,

      Ustaz Unknown perlu membuka kitabnya The Chrome karya tuan guru Google.

      Nanti dah jumpa jawapan Unknown jawablah ye. Sementara tu harap bersabar.

      Delete
    6. sahabatku john doe, kamu begitu naif apabila bertanya - syariat boleh ditambah baik ? mari aku berikan bantuan agar kamu tidak merasa terlalu teruja dan berkelakuan bagai orang yang rosak akalnya.

      Syariat islam telah pun disempurnakan Allahswt melalui sirah Nabi Muhammad saw, yang hendak ditambah baik adalah didalam pelaksanaannya.

      RUU-355 adalah salah satu usaha menambah baik pada pelaksanaan syariat di negara ini - tak perlu risau pada bolak balik niat UMNO/BN ataupun PAS, kerana secara zahirnya kedua2nya kelihatan bersetuju untuk menjayakan RUU-355.

      Sebaliknya bimbangkan lah pada hala tuju tuan2 politikmu yang bersyahadah didalam Pakatan Harapan plus PPBM - apakah nanti mereka akan menyokong atas syahadahnya atau menentang atas "muafakat" konsesus 4 presiden di dalam majlis presiden Pakatan Harapan plus PPBM.

      walaupun parti non muslim terutama MCA yang begitu lantang dengan bantahan dan ugutan tetapi tetap mereka terikat dengan bai'ahnya sebagai kompenen Barisan Nasional yang mana UMNO adalah pemegang kuasa pemutusnya.

      sebagai muslim wajib setiap dari kalangan mereka menyokong agar terlaksananya usaha memperkasakan RUU-355. dan amat malang sekiranya umat islam lebih berkiblatkan pada sifat taasubnya terhadap tuan2 politik yang bersifat keluarga 69.

      Wang dan belanja ke kota london untuk menerangkan kekeliruan RUU-355 buat rakyat malaysia disana ia diurus oleh kementerian kewangan dibawah kelulusan kerajaan, ia bukan urusan kamu wahai john doe.

      sebagaimana urusan tuan2 politikmu yang menggunapakai wang kerajaan negeri mengikut pertimbangan mereka yang memberi manfaat untuk marhean dibawah pemerintahannya.

      aku akan sangat terkejut jika kamu merasa tiadanya ketirisan, amalan kronisme dan nepotisme, aktiviti rasuah, pengumpulan harta benda secara sumbang khianat, kontrakdisi perihal hak agama dan bangsa, etc dari kalangan tuan2 politikmu di negeri yang mereka menjadi penguasanya.

      Sekiranya kamu berjuang menumbangkan UMNO/BN diatas sebab2 yg aku tuliskan diatas, maka tumbangkan juga tuan2 politikmu di negeri yang mereka sedang tadbir itu.

      Allahurabbi - John Doe kamu semakin hilang hujah demi membela tipu daya tuan2 politikmu. sedarlah sebelum terlambat.

      Pesanku - usah bicara amar maaruf nahi mungkar diatas niat mahu menjadi pemerintah sebelum tuan2 politikmu itu memberi bai'ah untuk melantik kuasa pemutus dari kalangan mereka didalam Pakatan Harapan plus PPBM.

      apakah begitu sukar tuan2 politikmu itu menurut pada kehendak syariat yang paling utama ini didalam menjalin sesuatu tahalluf siasyi ?

      Dan ingatlah Allahswt Maha Mengetahui apa yang ada disebalik hati hamba-hambaNya.

      tuan2 politikmu itu boleh terus menipu daya kepada golongan yang jahil lagi menyombong diri dengan dakwaan kami ini sedang bertahalluf siasyi.

      tetapi tipu daya mereka hanya mengundang penghinaan dan murka Allahswt kepadanya - lalu mereka berulang2 berpakat kemudian berkhianat sehingga runtuhnya pakatan yg dijalin dan kembali berpakat selagi mana mereka tidak memberi bai'ah untuk melantik kuasa pemutus - nauzubillahiminzalik.

      sekiranya aku membawakan fitnah kepada tuan2 politikmu - nantikan bagaimana mereka pasti akan saling menggigit dan berkhianat untuk mendapatkan atau sekurang2nya mempertahankan kerusi yg ditandingi.

      Sedikit lipatan sejarah buat mereka yg mahu berfikir -

      Sebaik-baik sahaja matinya Pakatan Rakyat, dihidupkan pula Pakatan Harapan (PKR,PAN dan DAP).

      dengan memeterai perjanjian MOU sesama mereka, dan diantaranya termasuk perjanjian tidak akan berlaku pertindihan kerusi apabila tiba waktu PRU/PRN/PRK.

      Maha Suci Allahswt - dibuka hijab tipu daya tuan2 politik itu tatkala hadirnya PRN sarawak selang tempoh MOU yg dimeterai tidak sampai setahun usianya.

      Allahurabbi - tiada kata2 yang dapat diungkap melainkan dari menghindar diri dari menjadi anak' panah para politikus berhati serigala itu.

      Selamat petang semuanya
      Unknown aka sahabat



      Delete
    7. Jadikan PAS dan UMNO sbg pembangkamg di Msia. Islam dan orang Melayu lebih selamat.

      Delete
  33. Arak Ni brleluasa dijual kt /Malaysia..apa yg puak umno buat selama lbh separuh abad jd pemerintah kt negeri2 bn yg pas trhegeh hegeh nk bkrjasama...buka aurat jgn ckpla ..melambak. Ituke syiar Islam di Negara yg agama rasminya Islam..ya sahabatkuuutuu!!!

    ReplyDelete
  34. Jangan terkejut, sebenarnya ramai org UMNO minum arak iaitu org2:


    Keturunan Siam,Org asli, org Kadazan, org murut, org Bidayuh mereka ini ahli UMNO seumur hidup tetapi bukan/belum Islam ... so apa masalahnya.

    ReplyDelete
  35. Ala lobaiiiii...
    Nak saman buat apo
    Duit RM90 Juta kan dah ada.
    Jgn la jd lobai yg tamak
    Tuhan marah tauuuuu...
    Apo la lobai ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...