Tuesday, 21 February 2017

KATA-KATA HEBAT SEORANG ENCIK SOMI SEBELUM ISTERI DILANTIK KETUA AUDIT NEGARA


Di bawah ini antara dua ungkapan kata terhebat yang pernah dilafazkan oleh Redzuan Hamid, Ketua UMNO Bahagian Kepong sebelum isterinya, Dr. Madinah Mohamad dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baru menggantikan Ambrin Buang.

Dr. Madinah dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baru untuk tempoh dua tahun mulai 23 Februari 2017 hingga 22 Februari 2019.
Pertama, Encik Somi (suami) melafazkan kata-kata bahawa beliau sanggup mati demi untuk mempertahankan kedudukan Najib Razak selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Saya berani mati untuk Najib. Jangan sentuh Najib. Kalau mati, kami mahu mati bersama Najib, demikian antara kata-kata Redzuan ketika berucap di Mesyuarat UMNO Bahagian Kepong, tahun lalu.
Kedua, Encik Somi juga mengatakan derma RM2.6 bilion yang diterima Najib melalui akaun peribadinya adalah kerana "pemberi derma" kagum dengan kelantangan Perdana Menteri melawan Yahudi.

Woww...agaknya Encik Somi terlupa atau buat-buat lupa dengan nama syarikat seperti Apco dan Goldman Sachs.

Apakah kerana kehebatan Encik Somi dalam berkata-kata itu, isterinya yang bukan berlatarbelakangkan pendidikan perakaunan/audit pun akhirnya boleh dilantik sebagai Ketua Audit Negara?

Mungkin kita tidak mempertikaikan kemampuan Madinah atas kapasiti penjawat awam dengan tugas terakhirnya sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan sebelum ini, tetapi apakah beliau mampu menganalisa angka-angka secara berkesan dengan tugas barunya nanti?

Mungkinkah juga suatu hari nanti seseorang yang bukan berkelulusan undang-undang boleh dilantik sebagai Peguam Negara? (SH 21/02/2017).

171 comments:

  1. Salam kepada semua pejuang kemungkaran dunia . Akhirat ? biarlah Allah SWT yang menentukannya .

    Dr. Madinah di lantik ke jawatan Ketua Audit Negara menggantikan Ambrin Buang .

    Apa yang bolih saya katakan ...... WOW ! hebat permainan PM . Sampaikan jawatan penting begitu pun bolih di anugerahkan kepada seorang yang berkelulusan Sains Politik .

    Dr. Madinah adalah berkelulusan Bachelor in Political Science . Memperolihi Masters in Human Resources Development dan seterusnya PhD di dalam Human Resources Management .

    Bukan nya nak memperlekehkan kehebatan Dr. Madinah .. tetapi bolih menimbilkan kesangsian diatas kemahiran dalam menganalisa perbelanjaan . Mengapa sampai begini sekali ? Sudah tiada lagi ke manusia yang mempunyai "auditing back ground" di Negara ini ?

    Sebolihnya , kita tunjokkanlah Negara ini ramai yang berkebolihan di dalam pelbagai bidang . Ini tidak ...

    Sudahlah Negara sedang menghadapi seorang Menteri Kewangan yang pada tafsiran Johari Abdul "idiotic" . Ini di tambah pula seorang Auditor General yang mungkin bingai dalam segi auditing .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal boleh.....welcome to Bolehland...!!

      Delete




    2. Langkah manyat aku dulu sebelum ko sentuh Najib



      Delete
    3. Pak Diny, sudah gaharu cendana pula.

      Pada zaman Najib ni syarat utk memegang jawatan penting ialah mestilah sanggup didedakkan. Kelulusan letak belakang.

      Bro phantom,

      Bolehland yang membawa konotasi positif di bawah Tun M kini telah menjadi konotasi negatif di bawah Najib.


      Anon:424.

      Doa kamu aku Aminkan "aamiin". In shaa Allah semua kami di sini akan berkesempatan untuk melangkah mayat kamu sebagaimana yang kamu inginkan.

      Samalah juga dengan yg sanggup mati demi najib ni. In shaa Allah ia benar2 akan mati demi Najib. Aamiin.

      Dan akhirnya nasibnya selepas mati adalah tanggungannya sendiri.

      (Sila baca maksud di sebalik kalimah langkah mayat).

      Delete
    4. sangup mati demi najib
      org tua KBU kepong tu tak ingat Allah ka

      Delete
    5. Tiada lagi respect kpd PTD officer!

      Ptd di zaman mamak keldai ksn paling ramai kenan sprm.
      Brp byk ksu yg masuk cold atorage di psd

      Ptd zaman mamak keldau ksn paling tolol pernah Malaysia alamai... gDp 4% negara pun tak boleh pecaya.. Statistic angka dtg dari mana?

      Bajet belanja 200b tapi turun ke bawah tak di belanja dlm setahun. Potong bajet hospital bayar hiway borneo dan mrt lrt .

      Paling kelakar ksu bebalwangan jadi bos 1mdb.

      Letak ksu mana pun Malaysia tetap di bebalkan.

      P.s rindu tun Ahmad sarji yg cekap lagi telus.

      Wangs siam dah atasi Malaysia. Juga sgpore dan Brunei. Filipina dah sama dhn ringgit. Wang indon dah separuh dulu 1/3. Patut mahal buah mata kucing dari siam. Sayur dan daging. Amah Filipina satu jam rm100 cuci rumah.

      Ini semua celaka punya najib hadi umno

      Delete
    6. Dah siisteri dapat jawatan, sisomi memang sanggup mati dengan najib...ye lah diorg semua ahli persatuan yg sama..korang tak tau ker..PTBS..Persatuan Takut Bini Semalaysia..Hihihi

      Delete
    7. Setuju dan sokong penuh pendapat Malaysiabaru. Harap sdr masuk sini selalu.

      Betul, PTD sudah kehilangan respek sejak si Bugis Lanun lantik seorang bukan Melayu jadi ketua nya - Ketua Setiausaha Negara dan Setiausaha Kabinet.

      Kali pertama berlaku dalam sejarah PTD yang wujud sejak zaman British kolonial lagi, di kenali sebagai Malayan Civil Service atau MCS di masa tu. Majalah di Royal Asiatic Society dsb nya membayangkan amat bangga mereka yang memegang jawatan itu, hingga di letak MCS selepas nama mereka bila menulis surat resmi dsb nya. Tidak lagi begitu sejak lama dulu.

      Najib yang masa pergi ke Makassar menghebahkan dia "Bugis, pendatang jugak" memang mahu menunjukkan dia bukan Melayu seboleh boleh nya, untuk mendapat undi bukan melayu. Apa saja sanggup di lakukan nya untuk tujuan itu.

      Bukan sahaja dari segi mengaku dia Bugis dan melantik bukan Melayu sebagai "the number one civil servant", jugak dalam dasar2 Kerajaan nya. Contoh nya, dia ketepikan DEB, beri bantuan kewangan kpd sekolah sekolah Cina, tindakan yang tdak selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan yang mengatakan bahawa Bahasa Kebangsaan negara ini ia lah Bahasa Melayu, "bahasa ibunda" boleh di gunakan ha nya "selain dari tujuan resmi", dan sekolah2 ada lah tujuan resmi mana mana negara.

      Perlu di lingkupkan si Najib ini di Pru14. Kalau tidak, hal2 di sebut di atas, di tambah dengan hal dia seleweng 1MDB dan songlap berbilion Ringgit masuk akaun dia, anak tiri dan kroni2 dia ("misappropriation of 1MDB funds and money laundering, kata DoJ, USA), akan jahanam negara di buat nya.

      Delete
    8. Bro Dini

      Inilah yang berlaku apabila kita lari dari asas-asas yang diletakkan dalam syariat. Dalam Perlembagaan letak Islam sebagai agama rasmi tapi dikesampingkan bila membuat keputusan.

      Hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Apabila amanah dipersia-siakan, tunggulah saat kehancuran!” Badwi itu bertanya lagi: “Bagaimanakah amanah itu dipersiasiakan?”
      Jawab Baginda: “Apabila diserahkan urusan kepimpinan kepada orang yang bukan ahlinya (tidak layak), maka tunggulah saat kehancuran”. (Riwayat al-Bukhari)

      Adakah kita perlu terus mengikut pemimpin yang jahil ini?????

      Fikir-fikirkanlah

      Delete
    9. Ini mmg perangai natural Melayu sedunia yg hidup penuh dgn khurafat lagi. Tak ramai yg mampu berdiri atas kaki sendiri. Dlm 77% dari 1.6 juta yg kerje gomen adalah melayu, berapa kerat sangat yg ada kemampuan utk tidak membodek. Walhal seluruh kehidupan sangat2 terikat dgn kawalan kerja yg serba membebalkan penjawat awam.

      Jika anda mampu berbuat demikian, anda mungkin 1% drpd melayu penjawat awam yg berani keluar dari kepompong.

      Belum diuji, kita boleh sembang la. Rata2nya diam lebih baik. Bodek power gini, ada 2 tujuan, sanggup syirik dan terus kekal jangkahayat dgn jawatan.

      Delete
    10. Haha.. patut la penjawat awam mmg lembam otak derang. Ingat senang ja nak improve itu ini dlm gomen.

      Kiri kanan depan belakang atas bawah tengah tepi, kene belenggu dgn segala bagai mak nenek. Mmg patut jadi lemau sungguh la.

      Delete
    11. Maaf teman lari tajuk......ni petikan berita pasal saman Tun M ke atas Najib....

      Malaysiakini (20 Feb 2017):-
      Prime Minister Najib Abdul Razak is not a public officer or part of Malaysia's public services as he is a member of the administration, his lawyers told the Kuala Lumpur High Court today.

      The lawyers are applying to strike out a suit of misfeasance in public office and breach of fiduciary duty by former premier Dr Mahathir Mohamad and two others against Najib in relation to 1MDB and his other actions.

      The Straits Times Singapore (20 Feb 2017):-
      http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysia-pm-najib-insists-he-is-not-public-officer-in-bid-to-strike-out-1mdb-suit-filed

      Malaysiakini (21 Feb 2017):-
      Prime Minister Najib Abdul Razak should resign for disclaiming responsibility over 1MDB by refusing to acknowledge that he was a "public official", said Parti Amanah Negara (Amanah) Youth deputy head Faiz Fadzil.

      "Positions comes with responsibility, and not personal wealth. As a PM he should take responsibility on all government weaknesses and mismanagement including 1MDB, and not shrug his responsibility by saying that he is not a public official.

      "What more when the rakyat is the stakeholder who have to shoulder billions in debt," said Faiz in a statement today.

      Inilah Msia hari ini....cerrr baca dan pikio.......
      OOooh Malaysia tanahairku......

      Delete
    12. Asalkan sanggup melindungi najib, bodoh atau tak selari dengan kelulusan bisa saja diangkat kejawatan yang penting. Sekarang najib dah rasa mungkin selamat. Semua jawatan penting dah diisi oleh macai yang boleh pertahankan dan melindungi diri dari kesalahan kemungkaran. Hanya jawatan yang menantukan sama ada ke suyrga atau neraka belum diisi. Sehebat mana kuasa pun dimiliki tak kan kalahkan allah. Entah esok lusa akan ada malapetaka yang menimpa atas kehendak allah sebagai peringatan. Hari ini mungkin bahagia kerana kuasa2 itu, masa depan kita tidak dapat tentukan. Buatlah banyak2 dosa selagi hati belum puas. Insya allah, pasti akan ada pembalasannya.

      Delete
    13. Mati kerana MO1 itu namanya mati katak

      Delete
    14. Macam mana nak tahu hal penoditan. Jika menjawat KSAN hanya nak tutup penyelewingan najib dan kuncu, bagus p mampus awal2, tak banyak buat dosa. Allah beri manusia otak dan akal untuk digunakan bagi kita berfikir. Kecuali memang iman kita tak kuat akan menjurus pada perkara2 yang tak baik. Guna otak bukan bersakongkol dengan orang munafik. Tak usah ikut sama berbuat dosa. Biarkan najib dengan halnya, dia akan masuk nereka jangan kita ikut, rugi.

      Delete
    15. Bini didahulukan Rakyat dikemudiankan 1 Malaysia!!!

      Delete
    16. Umno kan mafia, memang puak2 ni sanggup mati kerana bos mereka.

      Delete
  2. Madinah is not an accountant nor a certified auditor.Malaysia asal boleh.. She is a HR and PR practicioner.. Kikiki.. Kikiki.. Ahaksss... Oh Malaya Ku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Tak ada siapa yang sanggup jadi Auditer.

      Auditer 1MDB pun dah tarik diri.

      Delete
  3. Kalau saya bersumpah berani mati untuk Najib, mungkin anak saya boleh jadi KSU..mmm

    ReplyDelete
  4. Kita tunggu komen akauntan bertauliah johari

    ReplyDelete
  5. Dulu Tun M pon lantang gila lawan yahudi tapi tak der Arab yg kesian nak bagi derma 2.6b. Tun M tulis surat mintak derma untuk tubuhkan UIA pon deme tak bagi jugak. Time tu Allah belum bukakan pintu hati pak arab tu gamaknya.......

    Dulu di Davos Annual Meeting 2003-Fight against Terrorism..........Tun M sentuh pasal Sept 11 dan kata mesti ada sebab kenapa kejadian tu jadi.....dalam pada tu Tun M sindir yahudi di pentas dunia. Tun M pon rapat dengan Yaser Arafat ketua pejuang Palestine. Kita tau sampai sekarang pon Tun M masih giat dengan aktiviti "Selamatkan Gaza" atau "Free Gaza" movement. Dengan Presiden Bush pon Tun M tak kasi muka sebab menyampah Bush sokong yahudi.

    Nampaknya money trail yang kita tengok tu lebih menyebelah kepada rezeki PM Najib.......Allahuakbar.....murah sungguh rezeki PM Najib....masya-Allah....Allah bukakan hati pak arab yg dulu zaman Tun M tertutup rapat.....akhirnya pada zaman Najib, pak arab tu dengan zuhud dan murah hati bagi derma 2.6B terus masuk akaun peribody PM Najib.....Allahuakbar 3X....!!

    Tapi malang sungguh dengan Tun M walau lantang melawan yahudi tapi dalam bab2 "derma" ni.......nampaknya rezeki Tun M lebih mahal berbanding Najib. Tu sebab Tun M tak der money trail derma berbilion2.

    Tuan Shahbudin.....tak taulah teman nak gelak atau nak teroyak.......makin lama makin mengarut jadinya.....kesiaaaannnn kitaaaaaa........tahan jerlah sampai PRU14.....insya-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah lah nak selindung pasal derma 2.6B itu dari pak arab.

      Straight to point. Rakyat kena kencing dan melayu diperBODOHkan oleh pemimpin UMNO. Duit itu mengikut "money trail" adalah datangnya dari 1MDB.... duit rakyat Malaysia. Semuanya mengikut siasatan DOJ US, Singapore dan beberapa negara lain.

      Delete
    2. Al fulusiddunya, wal mamfusi fil akhirah..

      Delete
    3. Dah terang lagi bersuluh punca rm2.6bil tu, masih lagi puak umno ni kata pembangkang fitnah, memang bebal sakan!

      Delete
  6. Soalan nya sekarang , adakah dengan perlantikan ini , kerajaan kleptocracy ini bolih mencarca-marbakan kewangan Negara ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapnnya..

      Kalau yang berkelulusan undang-undang seperti Apandi ronggeng pun sudah boleh mencaca-marbakan keputusan eksekutif undang-undang demi dedak apa lagilah non-accountant yang menjadi auditor negara.

      Malaysia hancur di bawah Najib dan konco-konconya.

      Delete
    2. Najib ganti orang yes bos aje..confirm rosak negara!

      Delete
    3. Bro john doe,Apa ada hal dengan kelulusan pelajaran..MB kedah pun SRP je tahap pendidikannya..Najib pun serupa je..belajar pon tak abis..sebab tulah pemilihan jawatan dlm kerajaan tidak mengikut akreditasi yg sepatutnya..

      Delete
    4. Bro John Doe......tuan cash nak kukuhkan kubu dan benteng jadi memang kena pilih orang yg sanggup pertahankan kedudukannya. Yg penting talian hayat kuasa mesti diselamatkan bro......kalo tak......mampos kena bogel segala pekong.

      Kebolehan dan kelulusan tolak tepi.......janji ada kebolehan angguk2, sain buta, pandai kipas laju dan boleh mati bersama seliang selahad supaya sama2 boleh tolong jawab soal kubor.

      08.40....apa ada hal dengan akreditasi....yg penting kleptokrasi.

      Delete
    5. Bukan cleptocrasy tapi
      'KLEPETuntukKERUSI'....

      Delete
  7. .

    Kalau berani mati untuk Najib, buktikan lah !

    Buat macam Jamal ..

    ReplyDelete
    Replies



    1. Lebih dp Jamal akan aku buat



      Delete


    2. Kami ada tiga setengah juta nak takut apa, sorang sekali jentik pun dah cukup.


      Delete
    3. Setakat cakap berani mati boleh la..temberang la ahli2 politik ni..hihi

      Delete
    4. Orang nak mati kerana Allah....bukan mati kerana manusia.

      Rugi sungguh kalo Allah tunaikan nawaitu orang yg sanggup mati kerana manusia.

      Salah satu ayat dalam doa Iftitah yg kita baca dalam solat:-

      "Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam."

      Kalo nak mati kerana manusia.....maka sia-sialah doa Iftitah yg dibaca dalam solat tu....tak der makna......nawaitu dan doa tak selari, malah bercanggah.....sungguh rugi.

      Pikio2 le kawan.....

      Delete
  8. tak mengapa.mmg bijan lantik org yg bukan ahli dalam kerja kerja kerajaan supaya buat silap.esok senang nnt bkn dia yg silap.org tu yg buat silap.org yg buat silap tu kambing hitam la jawabnya.

    ReplyDelete
  9. Stock Jadi mak sanggup jer ni..Org Kasi...sign dan cop..

    ReplyDelete
  10. Sekiranya benar, mungkinkah Kealpaan En Somi disebabkan akta rahsia resmi keatas laporan ketua odit sebelum ini ?

    ReplyDelete
  11. Sdra Phantom , pada pendapat saya , disitulah mungkin terletaknya kesilapan Tun M .

    Dia terlalu lantang menentang Yahudi ....makanya pak pak arab tidak terbuka hati memberi derma kepadanya .

    Lain pula ceritanya dengan Najib ... dia berbaik baik serta menaruh kepercayaan yang tinggi kepada Yahudi dan institusi yahudi . So , pak pak arab bukan saja terbuka hati untuk menderma bukan saja kepada Najib tetapi juga kepada anah tiri dan isteri dia .

    Terbaru , Riza Aziz telah melantik guaman Boies Schiller Flexner LLP yang di wakili olih Matthew L. Schwartz untuk manfailkan tuntutan terhadap DoJ .

    Syarikat guaman ini di terajui olih yahudi . Matthew L. Schwartz itu sendiri adalah seorang yahudi . Saya pun kurang pasti sama ada Schwartz ini mempunyai tali persaudaraan dengan George Soros ? Ini kerana nama asal George Soros adalah George Schwartz .

    Saya tertarik dengan ayat memohon DoJ membuang kes ini yang di failkan olih Matthew ni ...
    the court should conduct a hearing on Malaysian and UAE law .

    Berdasarkan hujah peguam ini , kesalahan ini di lakukan di Malaysia dan UAE .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu peguam yahudi yg dah dapat sijil halal toiyyiban......memang tak jadi hal punya....yg dah dapat sijil halal tak boleh lantang dilawan nanti dapat dosa 2.6 tan beratnya. Yg boleh lantang dilawan ialah yahudi yg tak der sijil halal toiyyiban.


      Delete
  12. Bila kata sanggup mati demi najip

    Maka Bini naik jadi Ketua odit

    Kalau kata sanggup mati demi najip dan semah

    Rasanya Bini boleh naik ganti Wak jahid tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo cam tu Bro Tajul.......patutnya sebelum berucap kena lancar skrip dan practise depan cermin dulu.......tengok kan dah terrrrlepasss peluang cepumas...!!

      Delete
    2. Tu la sisomi tu nak jadi pengampu tegar pun tak reti, cemana nak dapat jawatan tinggi, jadi pengampu pun bodoh..ni mesti seangkatan dengan pengampu najib dalam blog ni..otak pendek mcm kaki badak..

      Delete
  13. Tahniah saya ucapkan pada Dr Madinah sebagai Ketua Audit Negara. Saya amat berasa begitu bangga sekali. Ini menunjukkan hadiah istimewa buat Dato Najib kepada En Somi semata-mata sanggup mati bersama Dato Najib. Inilah sikap yang terpuji dan seharusnya para ahli UMNO lain mengikut jejak langkahnya. Bahkan saya sebagai Timbalan Ketua Cabang UMNO merangkap Ketua Media UMNO seharusnya berasa perlu dan sentiasa hidup semati mempertahankan Dato Najib daripada serangan kaum2 pro komunis terutamanya DAP.

    #Lawan Tetap Lawan
    #BN Menang PRU14
    #Dato Najib Hero Negara
    #Dato Najib PM Forever


    Nukilan Ikhlas Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kellie's Castle......apa ko tak nak sehidup semati selubang dengan tuan cash ko??? Bila ko nak umumkan nak mati selahad selubang???

      Delete
    2. Bro phantom.

      Si Kellie's Castle ni tak perlu umum khusus pun, dia memang dah tersenarai satu lubang dengan Najib dah.

      Kecualilah sekiranya ia sempat insaf sebelum tempohnya tamat.

      Sama2 kita menunggu.

      Delete
    3. Kota baru, Sama sama le kita tengok ko dikapankan dengan bos dan parti junjungan ko pada pru 14 nnt..hihihi

      Delete
    4. Nama bukan main gah! Alumni Newcastle University... tapi bodoh piang.... Orang nak sangat mati kerana Allah, dia nak mati kerana Najib

      Delete
    5. Sebenarnya orang yg meletop2 cakap berani mati dan nak mati bersama ni.....orang inilah yg akan cabut dulu bila tuan cashnya hilang kuasa nanti.

      Dan sekiranya dia tau sakratalmaut datang dia takut nak mati dan kalo boleh nak mintak tempoh dipanjangkan umor.

      Delete
    6. Bro phantom..

      Pandangan bro ni memang betul. Orang yang benar-benar wira tak akan mencanangkan dirinya sebagai wira.

      Yang dok pukul canang mengaku wira sanggup mati inilah sebenarnya yang hampeh.

      Tapi kali ini kemungkinan tak hampeh lagi sebab apa yang deme canang2kan akhirnya akan ditunaikan oleh Yg Maha Kuasa.

      Benar2 nak mati bersama Najib kelak benar2 akan dimatikan bersama Najib. Lebih ditakuti ialah dibangkitkan pun bersama-sama Najib.

      Orang yang merasa aman dari kemurkaan Allah memang punyai lidah yang tak bertulang.

      Pada hari mereka sedar ditakuti ia telah pun terlambat.

      Delete
    7. Bro John Doe.....teman teringat peribahasa Melayu yg maksudnya begini.....tin kosong selalu bunyinya bising.....

      Delete
  14. Amat dukacita kerana pelantikan saorang dari faculty perakaunan menjadi AG sebuah Negara. Amat memalukan kepada komuniti auditors dan pasti akan menjejas integrity dan kompetensi agensi AG. Ya satu perkara. Sudahkan di audit perakuan asset dan harta? Mungkin selepas duduk di MoE telah memberi peningkatan asset dan harta beliau. Sekadar bertanya ketelusun sop penjawat tinggi awam. Tak gitu TS KSN? Harap2 badan AG tidak menjadi sebuah sarkis.....

    ReplyDelete
    Replies




    1. Yang melantik 'the father of corruption' sebagai ketum baru TAK MALU KE?????

      Delete
  15. kerajaan malaysia yang dipimpin oleh najib hanya terdiri dari orang yang pandai mengampu dia dan bukan orang yang bijaksna dalam bidangnya. pemimpin low class, kerajaan pun bertambah low class juga.

    ReplyDelete
    Replies


    1. Suka hati kami lah


      Delete
    2. Anon 04:32

      Kamu ni pengikut Nabi Muhammad SAW ke bukan?????

      Kalau bukan, lantak kau lah... tapi janganlah menyusahkan orang lain.

      Kalau masih Islam, hayati sabda Rasulullah ini:

      “Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu dengan mencabutnya dari (dada) hamba-hambanya. Tetapi Dia mencabut ilmu dengan mencabut (nyawa) para ulamak. Hingga bila sudah tidak ditinggalkan sesiapa lagi yang alim (berilmu), manusia melantik orang-orang jahil menjadi pemimpin. Bila mereka ditanya, mereka membuat keputusan tanpa ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula”. (Riwayat Al-Bukhari)

      Fikir-fikirkanlah

      Delete
  16. amatlah memalukan sekali dan amatlah terang sekali bahawa sapa yg sanggup jadi anjing najib akan dapat habuannya.
    tiada intergrity langsong and beginilah cara ahli ahli umno jilat najib pencuri....no qualifications and no background pun boleh jadi auditor...asalkan sanggup mati utk najib pencuri duit rakyat...itulah umnobn and kerajaan malaysia.
    lepas nie bangla pam shell pun boleh jadi AG asalakan dia kena lapaskan yg dia sanggup mati kerana najib pencuri@bangsat.
    semakin hari semakin membuak rakyat marah terhadap najib, umnobn nie....why not lepas nie lantik jamal jamban@ ahli umno gila jadi datuk bandar kuala lumpur pulak ????
    just waiting for election day aja....
    5x pilihanraya saya pangkah umno...but lepas nie seluruh taman saya nie dah pun berikrar, tak akan sokong umnobn and parti pas tiga suku !!!

    ReplyDelete
  17. Lepas ni bolih lah Madinah buat audit keatas SRC dan tak perlu di OSAkan

    ReplyDelete
  18. Kesian Madinah....pandai dan berkaliber tetapi mempunyai suami yang bodoh..dan gila.

    Orang bodoh dan gila shj sanggup mati mempertahankan pencuiri 1mdb. Pemakan dedak yg tegar pun tak sanggup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai dan berkaliber hanya dalam bidang Human Resources Management.

      Tidak dalam audit... mungkin perkataan "net impairment" pun tak tahu makna. Kalau tak tahu, memang sah tak layak.

      Contoh mudah... ambil aku yang tak pernah main bola jadi goalkeeper Harimau Malaysia, alamatlah kena 100-0 dengan Papua New Guinea.

      Apa nak jadi dengan Malaysia????

      Delete
  19. Harap rujuk kpda fail kebangkrapan suaminya puoa oleh MBSB dan di bersihkan oleh DSN...

    Ini semua U bantu I, I bantu U... akhirnya rakyat yg mampus dengan BRIM seposen dua, potong subsidi sana sini n nak hidup kono berhutang keliling pinggang...

    Htg gov dah nencanak naik hingga rm800b htg rakyat personally pun menaik menghampiri rm1trillion..

    Tapi penyokong setia yg berani mati ketana DSN , bini yg kureng kelayakan n dan pencen pun dapat lagi pangkat besor... dan diri sendiri yg dah bangkrupt dek bank gov@MBSB telah di suci@bersehkan...

    Ooooo mesiaku...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waah, interesting malumat "fail kebangkrapan suaminya puoa oleh MBSB dan di bersihkan oleh DSN..." itu.

      Tolong kasi rujukan atau link nya. Supaya kita semua dapat faham sepenuh nya kenapa si Somi sanggup mati untuk si Bugis Lanun.

      Delete
  20. Tak mustahil,satu hari nanti kita akan dapat ketua hakim negara tanpa law background.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nak memperlekeh Safee Sali, tapi kalau letak dia gantikan Lee Chong Wei lawan Chen Long dalam BWF (Badminton World Federation) World Championships, mampukah dia menang???

      Sebaliknya, kalau letak Chen Long sebagai striker, mampukah dia menjaringkan gol???

      Letaklah orang yang mahir pada bidang dia.

      Kalau tidak, kacau-bilaulah jadinya

      Delete
    2. Najib nak juga letak JhoLow jadi Auditor General
      tapi cina gemok tu tak mahu balik Malaysia.
      Jadi mesti nak ambil orang yg boleh mati untuk
      dia...

      Delete
  21. JIKA MADINAH TERIMA JAWATAN ITU, MEMANG SAHLAH MADINA BUKANLAH SEORANG YANG BERINTEGRITI KERANA BELIAU TIDAK LAYAK MEMEGANG JAWATAN ITU KERANA IANYA JAWATAN YANG MEMERLUKAN KELAYAKAN PROFESIONAL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia baca pun dia akan jawab tiga perkataan ja

      'Ada aku kisah? '...

      Delete
  22. Citer padal academic backgrd... alahaiii zaman tun mamak lagi cam sial.... aljuboori di lantik jadi menteri kewangan... genral degree klas 3.... lulusan sejatah tulin..anthropologi.... landung tak ada backgrd financing. ... padal tu suma forex sapu bawah karpet..MBf bailout. ... kroni dan anak berana kayaraya... sbb mentrri kewangan bangang akhir lagi bangang jadi penganut pluralism murtad.....
    Tamai mrlahirkan pemimpin yg dah rosak akhlak dan moral spt di Selangork

    PRU14
    JOM UBAH dan SIMEN....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu yang perlu di simen.

      Tak tahu bahawa pemegang jawatan Menteri Kewangan tidak perlu mempunyai kelulusan berkaitan kewangan atau akaun. Sejak selepas Merdeka dulu.

      Pegawai2 Kementerian Kewangan menyediakan Rang atau Derap Belanjawan negara yang di ok kan dek Jemaah Menteri dan di bentang ke Parlimen menjadi Law.

      Pegawai2 itu juga menentukan perbelanjaan di lakukan mengikut Budget yang di luluskan Parlimen itu. Di ketuai oleh Ketua Setiausaha Kemnterian Kewangan. Begitu juga di lakukan di negara negara lain.

      Tapi Ketua Audit Negara ia lah jawatan yang bertanggung jawab mengetahui di mana penyelewengan berlaku dalam pentadbiran kewangan negara. Jikalau tidak ada kelulusan kewangan atau akaun, mana lah dia nak tahu jika apa yang di audit Pegawai2 nya - yang juga berkelulusan akaun - betul, tepat atau tidak.

      Di percayai ada kaitan lantikan bini SOMI dengan kecoh yang mungkin berlaku bila kes DoJ mengsita aset anak tiri dan kroni2 Najib di bicarakan di mahkamah US - depa baru saja memfail dokumen menandingi tindakan mahkamah DoJ itu.

      Delete
    2. Bro 8.39.....betol jugak ini mesti ada udang sebalik batu......mungkin ada kaitan dengan hal DOJ sita aset hasil samun duit rakyat Msia.

      Delete
  23. Banyak sangat nak di tulis mengutuk Somi, Najib dan gomen nya, tak tahu mana nak didulukan.

    Bermula dengan mengata bahawa itu semua ada lah "gutter politics" si Bugis Lanun dan si Somi. "Debased, utterly debased."

    Hujah2 bagi nya dah banyak di beri oleh peserta2 lain di atas. Mungkin ada yang boleh di huraikan dalam masa berikutan.

    ReplyDelete
  24. Akademik background zaman Tun Mamak paling gampang... aljuboori klas 3 lulusan sejarah jadi menteri kewangan..video Ibrahim Ali ckp aljuboori pun ulang satu penggal... camana bole jadi menteri kewangan....? Sbb tu isu Forex tak selesai smpi skg.. sapu bawak karpet.. BMf bailout.. anak bini kroni kara raya.... dah la bangang akademik.. ajaran pluralism murtad pulak dijaja.. pasal tu anak didik spt MB di Selangor rosak akhlak dan moralnya... iskim jamban diutamakan kroni didulukan


    JOM UBAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jembalang dan pelesit bongok mana yang mengulas begini?. Sakt jiwa ke dia ni?

      Delete
    2. Tun Dr Mahathir dan Lim Kit Siang dah kata, sila lah RCI kan Forex, dengan syarat 1MDB di RCI kan di masa yang sama.

      Ada berani? Tak cukup kena simen, nak C4 ke?

      JOM UBAH PENTADBIRAN NAJIB di PRU14.

      Delete
    3. Kalo tak cukup C4 boleh guna ATM punya kereta meriam macam di Mamali kan?

      Delete



    4. Jpm ubah, INI Kali pakai tank, pula.


      Delete
    5. Jom ubah.....!!!
      Kita pangkah 3P.
      Penyamun, perompak, pencuri....!!

      Ingat 3P demi masa depan yg cerah.

      Delete
    6. 9.52
      kereta meriam..mana kau belajar ni..kalau tak tahu jgn komen..memperbodohkan diri sendiri je..

      Delete
  25. MAKNANYA KETUA AUDIT NEGARA INI BESAR KEMUNGKINAN TIDAK AKAN MEMBENARKAN HASIL AUDIT YANG MEMBEBAN ATAU MENGHUKUM NAJIB SELAKU PM KERANA SEBARANG KEPUTUSAN AUDIT YANG "MEMBUNUH" PM, JUGA AKAN "MEMBUNUH" SUAMINYA SENDIRI. JADI BAGAIMANA RAKYAT MALAYSIA BOLEH MENGHARAPKAN KEADILAN DARI KETUA AUDIT BARU INI?. TERANG TERANG IA AMAT DIRAGUI DAN CENDERUNG MEMBENARKAN KEPUTUSAN AUDIT YANG BERAT SEBELAH. NAJIB SEDANG MEMPERGUNAKAN INSTITUSI STRATEGIK NEGARA DENGAN MENEMPATKAN MANUSIA MANUSIA "YES MAN" DAN " YES WOMEN" DI POSISI TERSEBUT UNTYU K SURVIVAL POLITIK BELIAU. INI AMAT MEMBAHAYAKAN DAN RAKYAT WAJIB BANGUN JATUHKAN REGIM NAJIB RAZAK INI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah tujuan nya - lantik isteri Somi supaya si isteri nya tak benarkan sesiapa ungkit akaun 1MDB.

      Terutama bila kecoh kes 1MDB di pembicaraan "misappropriation of 1MDB funds and money laundering" yang di jangka berlaku sebab anak tiri Najib dah memfail dokumen melawan DoJ nak sita aset dia dan kroni2 di mahkamah di US.

      Delete
  26. free2 je syirik dan sedap2 jer lantik kroni untuk tutup kejahatan nya

    ReplyDelete
  27. Astafirullahalazim.....sepatutnya sanggup mati demi Allah, Rasul dan Islam. Semoga diperkenankan oleh yang Maha Esa jika itu yang dihajati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah dapat berjuta Ringgit dari si Bugis Lanun kot. Dia Ketua Bahagian.

      Macam si Shahrir, Ketua Bahagian Johor Baru mengaku di akhbar dia terima RM1 juta dari si Bugis.

      Mat Maselan Ketua Bahagian Pontian di laporkan terima RM2 juta. Iri hati yang lain tak dapat begitu banyak.

      Kot si Somi ini pun iri hati, di kasi bini dia jawatan besar dan penting.

      Aneh nya, mengapa "on contract" dua tahun saja? Gamak nya, nak tengok, berapa ketat dia teruskan simpan rahsia laporan Ketua Audit dulu Ambrin Buang yang di OSA kan dulu itu.

      Delete
  28. There is no crime Najib would not commit to get it.
    He has no rest till he can sit on the top of a money-sack.
    He has no rest till he has become King Money.
    No doubt Cash is King.
    And with this money he would make us all into slaves and destroy us.
    And With this money he seeks to dominate the whole nation.

    Najib has only one idea in this world; 
    It is: Money, Money, Money! 
    By every kind of trick and device 
    To make himself immeasurably rich.

    What cares Najib for scorn and contempt! 
    Money was and is and forever his God! 
    Through money he hopes to lord it over us, 
    And achieve the mastery as Cash is King

    Look around and you shall see
    All suspicious appointments smell of shitty perfume and money
    For Cash is King the Lord of Money

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not sure if your comment is poetic, though written in poetic form.

      But like hell, I like what you write.

      More, please.

      Delete
    2. 9.05.....Salute your poem Lord of Money....Cash is God.
      Well done bro.....!!

      Delete
    3. A job well done.

      Keep it up and on bro.

      Delete
    4. Well done bro..kalo wat skrip filem, boleh kalahkan cite Lord of The Ring nih..Trilogy Lord of The Money..Cash id God, starring Bijan n the klepets, co starring also bijan n the klepets..akan ditayangkan di pawagam DOJ amerika..coming soon!!

      Delete
  29. ENCIK SOMI BOLEH DATAN KA PEJABAT LANUN BUGIS SEKARANG JUGA AMBIL DEDAK!!!

    BOLEH TANGGONG ANAK BERANAK DENAGAN DUIT HARAM SAMPAI MAMPOS!!!

    ReplyDelete
  30. Photographs later obtained by Sarawak Report show the main players behind the theft of the first billion from 1MDB through the PetroSaudi ‘joint venture’, which was strategised during this super-yacht meeting.
    However, we can now confirm that Riza Aziz also joined the party, along with Najib’s key financial cronies Bustari Yusof and Robin Tan. Robin Tan is the son of Vincent Tan, long associated with BN political funding, and Bustari is the Sarawak PPB party treasurer cum billionaire, who was handed the ‘turnkey contract’ for the Pan Borneo Highway project and whose brother Fadillah has now been appointed Minister for Public Works.
    This gives the Bustari brothers control over all the big contracts handed out by the Government, in Malaysia’s notoriously corrupted procurement process and Bustari has rarely strayed from Najib’s side in recent months.

    Minta komen pembaca seperti sdra john doe, dato rahman jpc, othaman, putraKraken, Rahman 2, the Phantom.........

    ReplyDelete
  31. This news where Bustari was said to be in the meeting does not surprise us sarawakians. We have long suspected him in the conduit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarawakians long knew..but sad part is, SARAWAKIANS JUST CONTINUES TO BE BN FIXED DEPOSHIT. Why, why? Where did SARAWAKIANS go wrong,,?

      Delete
  32. Guys, Something on 'steadyaku' worth reading. More names crop up.

    ReplyDelete
  33. Betul kata TDM umno sudah rosak sampai keusus yg disedang dirawat oleh parti pak lobai donia.

    ReplyDelete
  34. Tak kisah lah aku tak di sebut bila meminta komen di atas - aku tak pakai nama - tapi ini isu mustahak, nak jugak pipi tersorong sorong, hehe.

    Tkasih mengeluarkan malumat di atas itu, amat menarik.

    Sekarang kita mesti cari jalan dan keluarkan sebanyak cadangan yang boleh bagi menjatuhakan rejim Najib di Pru14.

    Bagus seorang peserta di blog ini rahman ipc telah di lantik Ketua Bahagian PPBM Pekan. Kita bantu dia sebanyak mana yang boleh, beri financial contribution mana yang berupaya, keluarkan cadangan dan pendapat bagi nya melaksanakan tugas nya.

    Cadangan aku ia lah supaya adakan pasukan2 khas PPBM bagi masuk ke kampong2 dan kawasan2 yang di diami mereka yang berpendapatan rendah di kota2 ayau pinggir kota. Majoriti Melayu ada lah di gulungan ini.

    Mereka yang gigih, kuat motivasi politik, yang sanggup berkali kali memberi penerangan berkenaan bahana 1MDB, GST yang jumlah di bayar melebihi dari jumlah di terima dari BRIM, harga barangan di eksploitasi peniaga2 asyik meningkat tapi tak di pedulikan dek Pegawai2 Penguatkuasa
    si Najib, dsb nya.

    Ini amat penting. Jika tidak ada pasukan2 begitu melakukan nya dengan pesat, aku rasa susah nak harapkan PPBM dan barisan Pembangkang menang di Pru14.

    Harap cadangan dan pendapat aku yang tak seperti nya ini di timbangkan. Jika di fikir tidak perlu atau tidak praktikal, harap di beri tahu di sini, terangkan mengapa, supaya boleh di fikirkan cadangan lain yang lebih praktikal kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk mengtahui dan menilai siapa yang "gigih dan bermotivasi" itu, boleh di tugaskan sesiapa yang ada masa supaya melayari blogs, Facebook dan Tweeter.

      Lihat komen2 yang bernas dan bersemangat serta berisi di situ. Senaraikan.

      Cari contact atau email address mereka dan hubungi.

      UMNO HQ buat begitu di Pru13. Mereka hantar jemputan kpd mereka supaya berjumpa di suatu upacara di ibukota, semua kos perjalanan dan penginapan di biyayai.

      Mungkin ada yang boleh cadangkan punca kewangan bagi penyokong tegar PPBM dan barisan Pembangkang berbuat demikian.

      Di upacara pengenalan itu, mereka di beri semangat meneruskan usaha2 blogging, facebook dan tweeter mereka itu. Ucapan2 di beri mengandungi sedikit garis panduan.

      Rasa nya ada di antara mereka yang kuat "semangat PPBM dan barisan Pembangkang" yang sanggup menubuhkan pasukan2 memberi penerangan di kampong2 atau di kawansan mereka berpendapatan rendah di kota2.

      Delete
    2. Untuk pengetahuan....Pak Rahman JPC ialah ketua PPBM bahagian Pekan. Gerak gempur ke kampong2 dan Felda2 menerangkan semua hal berkenaan isu semasa negara telah pon dimulakan.

      Berkenaan derma untuk kerja gerak gempur PPBM....pada posting yg lepas Pak Rahman JPC kata akaun PPBM Pekan sedang dalam proses.

      Untuk ikut perkembangan PPBM dan Pakatan.....sila rujuk kepada facebook PPBM, facebook DS Mukhriz fan club dan you tube untuk ceramah2 perhimpunan PPBM & Pakatan di Felda2 dan kampong2.

      https://m.facebook.com/pribumibersatuofficial/

      Mukhriz Mahathir official fan club:-
      https://m.facebook.com/MukhrizMahathirFC/

      Harap info serba ringkas ni dapat membantu.

      Delete
    3. Terima kasih info yg di berikan.

      Aku tak minat dengan facebook, tweeter dsb nya. Di US pun, ada yang CNN beritakan menyuruh Donald Trump tutup akaun Tweeter dia sebab dia selalu mengarut di situ, hehe.

      Aku tak mengata facebook dan tweeter tak penting. Tapi bagi melebihkan peluang PPbM dan barisan Pembangakng menang, semua cara yang boleh mendapatkan pengundi faham isu2 at stake, perlu di jelajahi. Termasuk "cadres-style, teams of 2-3 committed and well-motivated individuals" pergi ke kampong kampong dan kawasanw low-income groups, "berbual" - bukian beri ceramah atau ucapan kapada kumpulan2 kecil mereka yang di sasarkan.

      Ini ha nya cadangan. Atas Pak Rahman atau pihak lain di PPBM terima atau tidak.

      Jangan marah aku cakap "aku", macam cakap dengan kekawan di kampong. Aku berasal di kampong dan masih lagi selalu di kampong dan aku rasa aku tahu pemikiran dan pendirian orang kampong.

      Ha nya nak beri cadangan kpd Pak Rahman jpc. Tahu dia Ketua Bahagian PPBM Pekan. Komen aku di ataih itu di maksudkan sebagai jawapan kpd komen dia sebelom nya, tapi "tergelincir", tak masuk di bawah komen "Reply".

      (Bersambung)

      Delete
    4. Cara mengunakan sistem cadres itu amat berkesan. Telah menukarkan kerajaan di Russia, di PR China, dan di Vietnam, depa succeeded telling the militarily powerful Yankees to go home.

      Aku tak bermaksud nak sebarkan fahaman kominis capitalism vs state enterprise dsb nya, walau pun Malaysia dah iktirafkan gomen kominis Russia, China, Vietnam dll yang dah lama praktikkan capitalism.

      Tapi sistem cadres melibatkan berbual dengan orang target groups secara kecil kecilan boleh membawa kita bertanya, "Faham tak Pakcik?" Kot membawa dia bertanya semula, "Habis apasal pulak yang itu, ini, yang in itu." Maka boleh lah kita kasi malumat2 yang hit the nails squarely on the head. Akhir perbualan itu, dapat tahu jika Pak Long, Bang Kusin atau si Aman faham ke tidak isu2 yang kita kemukakan. Jika faham isu2, boleh harapkan mereka dengan sendiri nya pangkah PPBM dan barisan Pembangkang masa mengundi.

      Tidak macam di ceramah atau ucapan2. Lee Kuan Yew dulu di laporkan beribu penuntut dll nak dengor dia berucap di seminar unibasiti. Tapi kalau di tanya selepas seminar akan cundi dia ke tak di PRU, majoriti akan mengeleng kepala (raaa nya dia tak sempat PRU dah di "tendang keluar" dari Malaysia).

      Najib membongkok ke belakang, beri macam2 gula2, berbagai ceramah da ucapan, pun di kasi Tsunami Cina di Pru13. Tak boleh tahu reaksi hadirin di ceramah2, di ucapan2 di padang dll. Tapi boleh tau reaksi kumpulan kecil yg di target di "bualkan". Yang di target itu perlu lah mereka yang boleh "membualkan" kpd yang lain pula.

      (Akan di sambung lagi
      jika ada yang minat nak dengor lagi)

      Delete
    5. buatkn satu site kumpulkan semua info. boleh link dari mana2 blog, tapi biar semua info verified. jgn macam blog dedak umno.....main tibai aja......

      aku sama macam ramai yg lain......based oversea. selama aku jumpa org malaysia tak kira la melayu ke bukan melayu....dah fed up dgn najib......we have to bring him down......nama malaysia dah busuk kat luar ni.....

      -anti ajib-
      jakarta

      Delete
  35. seperti biasa lidah2 penyampai daripada tuan-tuan politik berhati serigala itu cukup bijak menyebarkan adu domba dan fitnah - dan seperti biasa juga, akan menarilah si marhean yang jahil lagi menyombong diri dengan lisannya.

    Perlantikan Ketua Audit Negara tidak terlepas dari diadu domba dengan pelbagai kisah "disebalik" tabir - hatta perancangan dimasa hadapan juga turut berada di dalam "pengetahuan" mereka.

    Seandainya si jahil itu mengerti akan SOP dan prosedur perlantikkan ke dalam jawatan berprofil tinggi didalam pentadbiran sesebuah kerajaan, nescaya lidah2 mereka pasti akan membelit lehernya akibat dari segala adu domba dan fitnah yg ditaburkan.

    Lidah para politikus berhati serigala akan membawa neraca timbangan politik - hatta terhadap urusan yang dihijabkan Allahswt.

    Allahurabbi - bukankah kita kini sedang berada dizaman yang mana fitnah dan adu domba ibarat gulungan ombak yang tidak pernah berhenti.

    Salam ya Salam
    Ikhlas dariku unknown aka sahabat


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu lidah bercabang ke?

      Mengata "Seandainya si jahil itu mengerti akan SOP dan prosedur perlantikkan ke dalam jawatan berprofil tinggi .."

      Tapi kamu tak memberi tahu apa dia "SOP dan prosedur perlantikkan" itu.

      Delete
    2. Yaaa......Unknown as-sahabah al nakhoda wal koreki......sekarang kita berada di zaman 3P.....penyamun, perompak, pencuri.

      Ibarat gulungan ombak yang tidak pernah berhenti, lanun melanun....samun menyamun.

      Delete
    3. SOP nya ialah 'ikut apa aku cakap, nescaya jawatan itu milikmu'.

      Sebenarnya unknown ini adalah orang jahil yang suka menulis perkara2 yang ia tidak tahu. Ia hanya menjual bunga bahasa semata-mata.

      Standard longkang isinya sama saja dengan Kejora.

      Profesionalisme bagi kerusi2 profesional memang kelayakan akademik yg berkaitan menjadi sebahagian daripada SOPnya.

      Profesionalisme antara lain adalah merujuk kepada profession2 di mana kelayakan akademik yg berkaitan menjadi antara prasyarat pelantikan.

      Misalnya:-

      1. Peguam Negara mesti lulusan undang-undang.

      2. Ketua Pengarah Kesihatan mestilah lulusan kedoktoran.

      3. Auditor General mestilah lulusan perakaunan.

      Ada pula jawatan politik tidak memerlukan kelulusan2 sebegini.

      Kita bukan sahaja melihat bgmn peguam negara yang mempunyai kelayakan akademik membuat keputusan yang gagal diberi justifikasi undang-undang, malah kita sampai ke peringkat melihat yang tiada kelayakan dilantik ke tempat yang ia tidak layak.

      Semuanya dah tunggang terbalik di bawah Jibo.

      "Apabila sesuatu perkara diserahkan kpd yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancurannya".

      Cuma diharapkan yang dihancurkan ialah puak2 ini sahaja dan kita selebihnya selamat.

      Tak lama dah. In shaa Allah.

      Delete
    4. 10:19 beramal dgn kalimah suci
      "Saya Yang Menurut Perintah".
      Inilah akibat makan berguni2 taek low. Sejak kebelakangan, racun totok ditingkatkan apabila Lobai join utk supply Kingcin berjampi.
      UMNOBN dan PAS dah smapai tahap najis jijik tak boleh makan samak lagi.

      Delete
    5. unknown aka sahabat

      Hanya satu soalan cepumas berbentuk objektif untuk kamu

      Layakkah mana-mana individu yang tiada asas dalam bidang akaun atau audit menjawat jawatan Ketua Audit Negara?

      A. Layak
      B. Tidak layak

      Tak payah jawab berbelit-belit...

      Delete
    6. Guys,

      Unknown/sahabat is a paid devil's advocate. I choose to ignore him

      Delete
    7. 10:42 sila layari web berkaitan atau datang terus ke Putrajaya untuk merungkai pertanyaanmu. aku juga kakitangan kerajaan (antara yang paling bawah grednya) dan mengetahui sedikit sebanyak SOP dan prosedur kenaikkan pangkat bukan melalui lantikan politik (hanya lantikan GLC yang melibatkan kuasa politik).

      Adapun kepada the phantom - apakah ada harta bendamu yang telah disamun, dirompak dan dicuri ?? jika ada, segeralah kamu ke balai polis untuk membuat report.

      sekiranya maksudmu yang dirompak, dicuri dan disamun itu adalah wang rakyat - sudikah kamu memberitahu kepadaku apa yang dimaksudkan sebagai "wang rakyat" ??

      Sekiranya kamu punyai bukti yang kukuh sila serahkannya kepada pihak-pihak yang berkaitan supaya diheret pelakunya kemuka pengadilan


      Ikhlas dariku
      Unknown aka sahabat

      Delete
    8. Soalan objektif kat atas tu tak nak jawab ke??????

      Delete
    9. 11.44....tak payah suruh dia jawab, buang masa jer......soalan John Doe belum berjawab lagi.

      Kalo dia jawab pon dia akan kata gulongan ombak....gulongan tikar....gulongan karpet.....

      Hidop 3P.....penyamun, perompak, pencuri.

      Delete
    10. Unknown........duit lesap 42 juta....duit bayar hutang negara.....duit money trail yg tak dibantah tu bukan termasuk duit rakyat, duit aku ke??

      Untuk ganti rugi duit berbilion yg lesap tu dan untuk bayar hutang Msia yg tinggi macam gunong tu.....banyak subsidi rakyat ditarik termasuk perubatan, pendidikan, minyak masak dipotong dll....gst dikutip....kos sara hidop naik tinggi...ini tak libatkan kewangan rakyat ke?? Bukan wang rakyat??

      GST tu merupakan pendapatan tambahan negara. Dulu tak der sekarang ada. Berbanding zaman Tun M dulu tak der GST.

      Apa ko tak pikir ke.....patutnya dengan kutipan GST negara jadi bertambah mewah.....bukan potong sana sini, naikkan itu ini.

      Dari mana sumber kerajaan dapat duit kalo tak dari keringat usaha rakyat. Kalo kata dari hasil eksport pon.....bukan rakyat ke yg usahakan hasil eksport tu....contoh sawit.

      Tak der kerajaan yg ditubuhkan yg tetiba ada berkepok2 duit jatuh betdebuk dari langit......melainkan rakyatnya yg gembelingkan tenaga dan usaha menghasilkan wang untuk pendapatan dan pelaburan bagi satu2 kerajaan dan negara.

      Jadi kalo ada duit negara yg lesap....itu memang duit rakyat termasuk duit cukai pendapatan, lain2 cukai dan GST yg aku bayar.

      Unknown as-sahabah....sila puutaarrr dan puutaaarrr lagi....

      Delete
    11. Anonymous 22 February 2017 at 11:01 says

      "Unknown/sahabat is a paid devil's advocate. I choose to ignore him".

      Must counter or whack him. Otherwise some people may take what he says to be true or acceptable.

      Delete
    12. 11:44, apakah kamu fikir jawatan berprofil tinggi didalam sektor awam dilantik tanpa merit ?. sila rujuk pada kelayakan akademik dan jawatan2 yang disandang sepanjang tempoh perkhidmatannya didalam kerajaan, sebelum dinaikkan sebagai Ketua Audit Negara.

      Perlantikan Tan Sri Madinah diluluskan oleh Yang Dipertuan Agung setelah menilai syor dari kerajaan. Jawatan berprofil tinggi bukan dibuat atas pertimbangan politik. - alangkah ruginya si jahil yang tidak mengetahui melainkan sedikit.

      Antara jawatan yang pernah disandang Tan Sri Madinah - sebagai ketua setiausaha di dua kementerian (yang terakhir sebagai ketua setiausaha kementerian pendidikan).

      Tahukah kamu seorang penjawat awam di awal perkhidmatan akan bergantung sepenuhnya pada kelayakan mengikut taraf akademiknya, dan dinaikkan pangkat atau diserap ke dalam perkhidmatan diluar kelayakan akademik sejajar dengan tempoh perkhidmatan (time-based), melanjutkan pengajian didalam perkhidmatan, kursus2 yang disertai, ujian2 yang diperlukan, penilaian dari pihak atasan sehinggalah ia melibatkan syor dari kerajaan dan perkenan DYMM Agung. Ia adalah SOP standard bagi mana-mana kerajaan di negara maju mahupun dinegara membangun.

      adapun bagi golongan yang jahil lagi menyombong diri - cukuplah kalian menjadikan lidah2 tuan politikmu sebagai panduan dan pedoman.

      Erm, sahabatku John Doe - mungkin SOP yang kamu maksudkan itu terpakai untuk tuan2 politikmu.

      Aku sudah membaca hujah balasmu di entry yang lepas - kelihatan seperti setiap dari hujahmu kian membelit batang lehermu sendiri, dan tidak mampu lagi mengangkat lisanmu demi membela tipu daya tuan2 politikmu tatkala aku memperlihatkan keadaan dan sifat sebenar mereka.

      RUU 355 bakal dibentang dalam sesi parlimen akan datang (dijadualkan). In Shaa Allah disaat itulah akan kelihatan kiblatnya tuan2 politikmu dan tersingkap juga kiblatnya MP UMNO adakah redha dan undi puak kafir menjadi tempat tagihannya atau syahadah nya menjadi pegangan.

      Doakan sahaja agar seluruh MP yg bersyahadah memilih untuk menjayakan RUU-355.

      Sahabatku John Doe - kamu tidak mampu membuktikan Pakatan Harapan plus PPBM lebih tunduk pada syariat berbanding dengan UMNO/BN.

      Maaf kata - ikutnya marhean seperti kamu kepada Pakatan Harapan plus PPBM tidak lebih daripada ikutnya biri-biri kepada pengembalanya.

      Salam zohor
      Ikhlas dariku unknown aka sahabat





      Delete
    13. Soalan Anon 11:44 cuma minta jawapan A atau B, yang kau merapu panjang apa hal... Tak faham bahasa melayu ke?

      Delete
    14. Unknown hujah merapu. Pusing punya pusing bahasa bebunga tapi akhirnya ke situ juga, perompak tu juga yang bagus terbaik.

      Delete
    15. Unknown:-

      Erm, sahabatku John Doe - mungkin SOP yang kamu maksudkan itu terpakai untuk tuan2 politikmu.

      Jwpn:-

      Unknown kaki pusing. Selama puluhan tahun Malaysia merdeka hanya UMNO-BN yang memerintah. Maka kenyataan kamu di atas adalah olok-olokan tiada punca.

      Kalau kataku itu tidak betul, maka sila berikan satu contoh sahaja:-.

      1. Seorang Auditor General bukan kelulusan account sebelum Madinah; atau

      2. Seorang peguam Negara bukan lulusan undang-undang, atau

      3. Seorang Ketua Pengarah Kesihatan bukan lulusan perubatan.

      Jwb yg ditanya dan bukan putar belit lidah.

      Unknown:-

      Aku sudah membaca hujah balasmu di entry yang lepas - kelihatan seperti setiap dari hujahmu kian membelit batang lehermu sendiri, dan tidak mampu lagi mengangkat lisanmu demi membela tipu daya tuan2 politikmu tatkala aku memperlihatkan keadaan dan sifat sebenar mereka.

      Jwpn:-

      Kali akhir aku periksa aku dah bersumpah laknat bahawa hujahanku adalah benar dan menurut disiplin ilmu tanpa dipengaruhi apa2 kepentingan. Kali akhir aku cek jua kamu beralasan spt Nasrani apabila diminta lakukan yg sama. Kini kamu dgn muka tak malu mengeluarkan tuduhan yg sama yang kamu lari seperti penakut. Kamu memang tidak tahu malu.

      Unknown:-

      RUU 355 bakal dibentang dalam sesi parlimen akan datang (dijadualkan). In Shaa Allah disaat itulah akan kelihatan kiblatnya tuan2 politikmu dan tersingkap juga kiblatnya MP UMNO adakah redha dan undi puak kafir menjadi tempat tagihannya atau syahadah nya menjadi pegangan

      Walaupun aku tak setuju dengan pernyataan kamu yang dibuat tanpa mengikut disiplin ilmu dan berada di perangkap dosa besar 'menulis kitab dgn tangan sendiri dan mendakwanya daripada Allah' tapi aku takkan berhujah tntgnya buat kali ini.

      Kamu sendiri telah membuat anggapan bahawa ia akan dibentangkan (dan sudah tentu disempurnakan dan bukan diminta tangguh lagi) pada bulan Mac ini. Jelaslah kamu telah 'berkira-kira'.

      Maka, mari kita tunggu dan lihat apakah keputusan si khalifah pemegang kuasa pemutus ini. Next parliament session dah tak lama dah pun.

      Unknown:-

      Sahabatku John Doe - kamu tidak mampu membuktikan Pakatan Harapan plus PPBM lebih tunduk pada syariat berbanding dengan UMNO/BN.

      Jwpn:-

      Apabila aku berhujah tntg prinsip memilih di antara dua kejahatan kamu langsung tak mampu jawab dan telah memutar lidahmu mengatakan perkara yg aku tidak katakan. Tapi muka tak malu seperti kamu akan bangkitkannya lagi walaupun selepas lari dari sumpah laknat.

      Benarkah UMNO lebih mematuhi syariah?

      Sila explain 2 hadith tntg tidak akan masuk syurga pemimpin yang mati di dalam keadaan menipu rakyatnya, dan hadith Nabi tidak mengaku umat orang yang menyokong pemimpin zalim lagi penipu.

      Ketika ia ditanya dulu kamu lari dari menjawab tetapi muka tak malu kamu akan mengulanginya lagi.

      Nah silalah jwb tntg 2 hadith berkenaan.

      Delete
    16. Unknown, sila beri pencerahan.

      Hadith 1.

      Dari Anas Ra, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda : "Akan terjadi di suatu zaman atas umatku di mana para penguasa mereka seperti Singa, dan menteri-menterinya seperti Serigala, dan Hakim (para penegak Hukumnya) seperti Anjing, serta rakyatnya seperti Domba/Kambing. Bagaimana mereka para domba [para rakyat] bisa hidup diantara kerumunan para Singa, Serigala dan Anjing?" (HR. Ad-Dzahabi).

      Tidakkah berita Nabi ini telah pun berlaku hari ini. Memang sang singa sedang meratah para rakyat (bagi Unknown rakyat adalah marhaen) dengan dibantu oleh serigala dan anjing.

      Siapa nak dipercayai, Nabi saw atau Unknown yang jahil lagi sombong lagi penipu?

      Hadith 2

      Tidak ada seorang pun hamba Allah yang dipercayakan Allah untuk memimpin rakyatnya, kemudian dia mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya. Maka Allah mengharamkan syurga baginya. (Sahih Muslim nmbr 1797).

      Sudah brp banyak penipuan berlaku dalam kes 1MDB. Curi pun disebut derma. Saya dah sumpah laknat mengatakan saya percaya 2.6b adalah wang curi. Unknown telah lari dan beralasan, kini ia masih mahu tegakkan wang 2.6b itu bukan wang curi. Siapa penipu dan pemutar belit?

      Hadith 3

      ”Akan ada nanti para pemimpin yang fasiq lagi jahat. Barangsiapa yang membenarkan kedustaan mereka dan menolong kedhalimannya (atas rakyatnya), maka ia bukan termasuk golonganku dan aku bukan termasuk golongannya. Ia tidak akan sampai pada Al-Haudl (telaga)”.

      Tiada keraguan lagi Najib yang fujur itu adalah pemimpin yg fasiq lagi jahat. Dan Unknown yang membenarkan segala penipuan Najib termasuk di dalam kategori yg disebut di dalam hadith ini.

      Unknown penipu,

      Aku bersedia untuk bersumpah laknat Najib jatuh di dalam kategori hadith 1 dan 2 dan kamu Unknown jatuh di dalam kategori hadith ketiga.

      Tapi untuk apa, sebab track record menunjukkan kamu pasti akan lari dan beralasan.

      Larilah Unknown, lari lagi. Kebenaran itu sedang mengejarmu dan pada hari ia jatuh ke atas kamu, tiada lagi keupayaanmu untuk lari.

      Kamu hanya diberi tempoh.

      Delete
    17. nauzubillahiminzalik - mengucap panjang aku setelah membaca komentarmu wahai sahabatku John Doe

      Kegemaran kamu bersumpah tidak dapat aku menahannya dan aku tidak tergolong dari kalangan muslim seperti kamu. Hmm, mungkin kamu perlu menangani sifat buruk (gemar bersumpah sebagai hujahmu). pernah aku diberitahu kegemaran bersumpah ini adalah bisikan daripada syaitan

      Sejujurnya hadith yang kamu sandarkan ini, juga terpakai kepada tuan-tuan politikmu dan sesungguhnya kamu lebih menyedari akan keadaan dan sifat sebenar tuan-tuan politikmu. kerajaan negeri Selangor membenarkan hadith Baginda saw dan kamu tidak akan mampu membantahnya.

      Kamu mendakwa sebagaimana golongan sebelum kamu mendakwa betapa zalimnya dan mungkarnya si pemerintah (bahkan mereka jauh lebih memusuhi sipemerintah sehingga mengkafirkan).

      Maha Suci Allahswt - disebalik segala kezaliman dan kemungkaran, sejak dari takbir kalimah azan serta laungan merdeka yang pertama di tanah Melayu, sehingga saat ini, syiar Islam berkembang subur, ilmu bertebaran, rezeki melimpah ruah, bangsa terpelihara - hanya golongan yang ditarik keberkatan akan kekal merintih dan berkeluh kesah.

      Sehingga muncul generasi yang diajarkan sifat kufur pada kesulitan hidup - mereka memaki, mengadu domba serta menyebarkan fitnah terhadap umara', para ulama, para ilmuan dan kepada marhean yang tidak mengikut kepadanya. mereka juga diajar supaya kekal kufur pada segala nikmat yang masih ada untuknya - antara hujah paling klasik "ia adalah hak aku sebagai marhean" - "aku berusaha tanpa bantuan kerajaan" "aku berdiri atas kaki sendiri".

      Allahurabbi - ucapan2 demikian membuatkan hilang keberkatan terhadap segala nikmat yg ia perolehi.

      Sahabatku John Doe - tuan-tuan politikmu itu tidak bertahaluf siasyi, tidak juga diikat pada batas agama dan bangsa - sesungguhnya mereka bersama laksana kawanan binatang buas yang dikurung didalam kurungan yang sama.

      Telah aku katakan - tuan-tuan politikmu wajib melantik kuasa pemutus (Presiden) didalam Pakatan Harapan plus PPBM terlebih dahulu, bukan menunggu sehingga selesainya PRU dan mengukur kepada berapa banyak kuasa yg diperolehi.

      Cukuplah sahabatku, kamu terlalu bersusah payah didalam mempertahankan tipu daya tuan2 politikmu.

      Salam petang yang damai
      Ikhlas dariku unknown aka sahabat


      Delete
    18. This comment has been removed by the author.

      Delete
    19. This comment has been removed by the author.

      Delete
    20. Unknown yang beralasan.

      Demi Allah, kamu termasuk di dalam kategori hadith ketiga dan demi Allah kamu berlasan seperti Nasrani.

      Dan kamu yang jahil tidak boleh memahami maksud pemerintah di dalam hadith tersebut merujuk kpd pemerintah utama dan bukan orang-orang kecil atau pembangkang di negeri2 kecil.

      Disebabkan itulah singa hanya disebut sbg singular sedang serigala2 dan anjing2 disebut di dalam bentuk plural.

      Singa tidak dirujuk sbg bbrp ekor wahai si jahil. Maka satu negara hanya seekor singa. Masakan singa wujud di negeri2.

      Hadith juga merujuk kepada kalimah anjing2 utk mewakili golongan pemberi kata putus. Dan kata putus soal jenayah adalah di tangan AG dan AG di bawah pusat, begitu juga urusan SPRM dan PDRM berada di pusat dan bukan negeri-negeri. Maka hadith tersebut tidak merujuk kepada kerajaan negeri yang tidak memiliki kuasa di atas 'anjing-anjing' ini. Saya gunakan kalimah 'anjing-anjing' ini berdasarkan konteks di dalam hadith berkenaan yang merujuk kepada orang-orang yang memiliki kuasa putus dan digunakan untuk membela tuannya sang singa. Saya tidak menganjingkan AG, PDRM dan sbgnya di luar drpd konteks hadith.

      Selain itu ialah kinayah bahawa kerajaan pusat hari ini yang berkhianat dan meratah rakyatnya dengan sendiri merujukkan hadith itu ke atas pemerintah pusat dgn Najib sbg sang singa tunggal dan rakyat sbg kambing2. Masakan negeri yg kenakan GST untuk tampung duit yang dicuri oleh sang singa?

      Mahu diajak bersumpah laknat sudah beralasan. Itulah buktinya kamu ni penipu.

      Unknown:-

      Telah aku katakan - tuan-tuan politikmu wajib melantik kuasa pemutus (Presiden) didalam Pakatan Harapan plus PPBM terlebih dahulu, bukan menunggu sehingga selesainya PRU dan mengukur kepada berapa banyak kuasa yg diperolehi.


      Jwpn:-


      Unknown telah memberi fatwa.

      Sudah ku ceritakan tntg kisah Imam Malik dan kamu gagal menjawab secara berilmiah melainkan telah memfitnah imam malik mempunyai pengetahuan telah diabaiah seorang khalifah tandingan. Nyatalah kamu merasakan kamu lebih bijak dari Imam Malik.

      Telah juga kukatakan bahawa ijab qabul perlu ada majlis dan kami belum punya majlis pemerintahan. Ini termaktub di dalam kitab2 muamalah.


      Ada pula jawpaanmu bahawa khalifahmu memiliki kuasa pemutus dalam urusan RUU355 adalah kelentong sebab dia masih tidak putuskan kerana takut kpd MCA dll. Kuasa pemutus apa minta tangguhan.
      Kamu tidak boleh menjawab dan hanya memutarkan lidahmu. Kini kamu keluarkan sekali lagi fatwa. Tak apa kita tggu dan lihat hal ini.

      Soalanku, wahai si perasan bijak sila beri dalil kepada fatwamu itu mengikut disiplin ilmu?.

      Silakan.

      Delete
    21. Unknown si penipu yg beralasan telah berkata:-

      Kegemaran kamu bersumpah tidak dapat aku menahannya dan aku tidak tergolong dari kalangan muslim seperti kamu. Hmm, mungkin kamu perlu menangani sifat buruk (gemar bersumpah sebagai hujahmu). pernah aku diberitahu kegemaran bersumpah ini adalah bisikan daripada syaitan.

      Jwpn:-

      Disebabkan jahil sombong, Unknown berkata pula orang yang gemar bersumpah adalah kerana ada bisikan syaitan.

      Unknown telah memfitnah AlQuran khususnya ayat yang telah mensyariatkan mubahalah.

      Malah kenyataan general Unknown juga telah memfitnah undang-undang keterangan Islam yang bersumberkan AlQuran dan hadith yang menyebut 'walyamin a'la man ankar' yg bermaksud 'dan sumpah ke atas siapa yang menyangkalnya'.

      Si jahil ini akan hentam keromo apa saja demi membela tuan politiknya sang singa tanpa sedikitpun rasa takut kpada Allah. Benarlah ia punya sifat anjing spt yang disebut di dalam hadith 1 di atas.

      Sila berikan dalilmu dari mana kamu kutip hukum yang mengatakan bersumpah mubahalah ataupun sumpah keterangan (kedua2nya bersifat sumpah pembuktian kebenaran) adalah daripada bisikan syaitan.

      Si jahil ini benar2 merasa aman dari kemurkaan Allah dan ia benar-benar sedang diberi tempoh.

      Delete
  36. jika ditanya en.somi dia akan kata itu semua fitnah jahat dari yahidi. Akan disokong oleh parti lobai donia.

    ReplyDelete
  37. Sesiapa bole bagi pencerahan tak tentang kemenangan bn di tanjung batu dan kenapa pkr dan dap masih bertanding menentang antara satu sama lain..nampak gaya bn boleh menang lagi klu pembangkang masih tak bersatu..malang sungguh

    ReplyDelete
  38. ..Tak hairanlah najib yakin BN bole menang pilihanraya nanti sbb bn menang setiapkali pilihanraya kecil yg diadakan..ada sesiapa boleh komen berkaitan hal Ini? Tq

    ReplyDelete
  39. kumpulang pencuri ahli baba dan ketua, MELAYU di kecing lagi dan lagi belum kucup puas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo ko lari dp pencuri ko akan bertemu dg bapa segala kroni

      Delete
  40. Biar saya jawab pasal bn menang tg datu. Bn menang bukan sebab najib. Sebab late adenan. Pkr dan dap bukan a force to be reckoned with.

    Sarawakian terpinga2 rupanya Bustari involve dan tahu pasal samunan 1MDB oleh najib. Pernah diketahui taib juga ada implicated dalam penjualan saham bank utama group viz jho low's involvement, nik etc etc.

    Now sarawakians tahu mengapa pan borneo contract di beri pada bustari. Mengapa shorefield dapat evergreen contract for RES. All bustari brothers have houses in perth australia.....think.

    Thus sarawak is a fixed deposit state for najib. Namun, kuasa Allah jangan dilupai. Sepandai tupai melompat, satu hari jatuh ke tanah jua,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tks for d info. Having BN won the elections during this critical period, its really beyond my comprehension

      Delete
    2. Shit covered sarawak, could smell much much earlier. Tapi Sarawak tetap mahu jadi fixed deposit BN. Mereka dibasuh minda bahawa support BN ok, jgn support UMNO suda..kan?
      SUPPORT FOR ANY, ANY, ANY BN COMPONENT IS ,IS ,IS ,IS A SUPPORT for UMNO,for NAJIB, for Klepto.
      GET IT?

      Delete
    3. Got to go to the kampongs and low income areas to explain as much as possible.

      If not, no chance to win.

      Delete
  41. Bersatu....high time to send your emissaries to meet abg how. Trust me. Set up someone from state to meet your Bersatu chairman. Act fast. If you choose to remain unassertive...nothing more can be said.

    ReplyDelete
  42. Tan Sri Dr Madinah Mohamad

    Berlaku adil semasa menjalankan tugas, Kalau tidak, kamu akan disumpah oleh 30 juta rakyat Malaysia

    Ingatlah, siksaan Allah untuk orang yang zalim itu PASTI.

    Berhati-hatilah semasa menjalankan tugas. Kalau tidak, kamu akan dikambing hitamkan oleh kumpulan tertentu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak adil, bukakkan rahsia apa yang Ambrin Buang kata di laporan nya ke atas akaun 1MDB yang Najib gigil baca hingga OSA kan.

      Mesti tak berani punya. Kontrek di beri ha nya 2 tahun, beb.

      Delete
  43. I have come to a conclusion....

    Najib is under Rosmah's spell. No reasonable man will do what najib is doing. A strong spell casted onto him had caused him to react unreasonably.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong cadangkan apa yang perlu di buat, brader.

      Delete
    2. Bro 12.21,

      Dicadangkan tiap2 malam diadakan bacaan surah Yaasiin antara maghrib ran isya'. Sebolehnya 40 orang atau lebih. Berdoa agar najib terjaga dari sihir2 yang jahat. InsyaAllah, kita perolehi kejayaan.

      Delete
  44. Budin..kena lar lantik ketua odit yang mesra UMNO..pasni banyak lagi kes2 yg perlu di odit..selain 1MDB, kes FELDA, MARA, Tabung Haji, dsb...kan?

    ReplyDelete
  45. Sesungguhnya Allah telah membangkitkan Muhammad secara benar, dan diturunkan kepadanya Quran, dan antara yang telah diturunkan kpdnya adalah ayat berkenaan hukum rejam, maka kami (sahabat) telah membacanya, menyedarinya dan memikirkannya, maka Rasul sendiri telah merejam (penzina) dan kami juga merejamnya selepas itu, maka aku bimbang sekiranya berlalu zaman, akan timbul mereka yg berkata : Kami tidak dapati hukum rejam di dalam Kitab Allah, maka jadilah mereka sesat dgn meninggalkan kefardhuan yang diturunkan Allah, sesungguhnya rejam adalah haq dalam kitab Allah, (dikenakan) bg penzina muhson dari kalangan lelaki dan perempuan.." ( Riwayat Buhkhari hadith no 6829 dan 6830, Kitab al-Hudud dan juga bab2 lain; Muslim no 4394 ; Abu Daud 4418; at-Tirmidzi 1432; Ibn Majah 2553; Tuhfatul asyraf, Imam al-Mizzi 10508)

    ReplyDelete
  46. Hadis diatas kononnya atas nama Umar. Kalau dah turun wahyu pi mana ayat tu? Sapa yg bagi hilang? Manusia ka Allah? Kalau manusia yg buang ayat tu maka quran tk lengkap. Tp Allah jamin akan menjaga Al Quran. Kalau Allah yg hilangkan ayat tu bermakna hukum tu dah mansuh. Pasaipa nk pakai lg?
    Kenapa hadis ni mengatasi Al Quran? Bukankah kitab hadis tu ditulis lebih 200 tahun selepas kewafatan nabi? Kalau ada org sanggup menipu atas nama nabi, takdakkah ada org yg sanggup menipu atas nama Umar? Kenapa kalimah manusia mengatasi kalimah Allah?

    Imam an-Nawawi menghuraikan athar ini menyatakan bahawa memang ayat rejam telah dimansukhkan, tetapi hanya dimansukhkan pada LAFAZNYA SAHAJA, MANAKALA HUKUMNYA TETAP KEKAL. Maka kisah Umar ini, yang mana beliau menaiki mimbar lalu berucap di hadapan para sahabat tanpa ada sahabat lain mengingkarinya, ini adalah dalil jelas thabit ijma' sahabat terhdp hukuman rejam, walaupun lafaz ayat telah dinasakhkan. Malah Imam Nawawi menyatakan, Umar telah dapat melihat menjangka akan ada kumpulan yang mengingkari rejam samada secara karamah ataupun dari Rasululah sendiri.( al-Minhaj Syarh Muslim, hlm 192).

    Hujah ini dengan sendirinya meletakkan kalimah manusia mengatasi kalimah Allah. Dan aku meletakkan kalimah Allah mengatasi kalimah manusia. Adakah aku org yg engkar?

    ReplyDelete
  47. Banayk sangat keluar Firman atau Hadith, tak smpai ke mana.

    Kena ambik tindakan atau lakukan sesuatu.

    Yang tak betui, ketukkan kepala depa (secara lisan) supaya yang lain tahu sapa dan mana yg tak betui.

    Ingat, tujuan blog ini sudah tentu buikan untuk bincang Firman atau Hadith.

    ReplyDelete
  48. Kikikikiki... ketua Audit ada PHD ok la tu.... ketua audit negara ajerrr... dolu dolu mamak lantik menteri kewangan lulusan sejarah tulin kikikiki... genral degree klas 3 plak tuuu.... video ibrahim.ali cakap.. repeat 1 penggal.. bukan pakai semester punnn... kikikiki...tu pasal FOREX smpi la ni tak settel.. suma sapu bawah tikar jamban... kah kah kah.. BMf mintak jer Petronas Bailout abis citer... kikikikiki... kroni dan anak2 didolu dolukan.... bodooo bodooo. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini Anjing Najib @ Kejora yang main ulang komen dia tak habis habis. Otak kecil, tak banyak isi, masuk sini ha nya nak coba porak perandakan keadaan.

      Delete
    2. Bangang manalah pulak nak samakan lantikan menteri dengan Ketua Audit Negara ni!!!!

      Allahyarham Ghafar Baba tak ada pun ijazah, namun dilantik Timbalan Perdana Menteri sebab lantikan politik tak perlu itu semua. Begitu jugalah lantikan menteri...

      Ini macam bangan pun ade ke?????

      Delete
    3. Sudah masuk manusia bangang
      Otak kecil tak banyak isi
      Konon biar blog tunggang-langgang
      Akhirnya diri sendiri yang kena maki

      PADAN MUKA!!!!!!

      Delete
  49. Tak ada latar belakang ilmu congak satu hal budin tp yg lebih diyakini ialah laporan audit 1mdb terus di'seal'.

    ReplyDelete
  50. Berani Kah isteri melawan cakap suaminya?,,,shurga isteri terletak pd suaminya...faham faham jelah kesudahanya...

    ReplyDelete
  51. Kikiki... dah bangang akademik klas 3 jer.. jawatan menteri kewangan lagi.... kah kah.. dulu Daim yg diam ada cakap aljubooru ni teori ekonomi makro pun tak paham... ni kan pula ekonomi kompleks... kikiki .... menteri kewangan selesai isu Forex settel bawah tika jamban... MBf bailout dr Petronas... IMF jadi ikutan.... dah la bodoh ekonomi ajaran pluralisma jadikan ikutan... kikikiki.. pasal tu anak didik pun rosak akhlak dan moral ... ice cream dkm jamban.. pelingkup kerajaan negeri dng projek x masuk akal... bodo bertingkek tingkek menteru kewangan mamak yang dulu.. bodo punya minteri....

    JOM UBAH dan SIMEN....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Copy paste dari Anon 13:10

      Bangang manalah pulak nak samakan lantikan menteri dengan Ketua Audit Negara ni!!!!

      Allahyarham Ghafar Baba tak ada pun ijazah, namun dilantik Timbalan Perdana Menteri sebab lantikan politik tak perlu itu semua. Begitu jugalah lantikan menteri...

      Ini macam bangan pun ade ke?????

      Delete
    2. Anon 14:45

      Posting JOM UBAH dan SIMEN... ni tak sama tapi hampir serupa dengan yang sebelum ini bro.

      Jangan dilayan dia ni.... Lagi dilayan, lagi naik daun

      Delete
    3. Sebelum jadi minteri kewangan ...di lantik jadi mintiri pendidikan... kikikiki klas 3 jadi mintiri pendidikan.... apa yg di didiknyer. ..
      Jadi Chanslor UIA lagi... genral degree pun jadi chanslor UIA.....masa di UIA... dilantik Amina Wadud dari USA sebagai tenaga pengajar sekejap... bila rakyat Malaysia tahu Amina Waddud pernah jadi Imam.di masjid USA... disini bermula gerakan pluralisma agama di mulakan... di ujudkan krusi Prof Al Faruki akhirnya mati dibunuh di USA sbb Al Faruki dikenali pengamal LGBT dan Gay..... dilantik Prof Imran AlHossain sebagai oenceramaj jemputan UIA dari USA terkenal dengan pluralisma agama... ni mintiri yang dilantik masa mamak jadi PM 22 tahun... habis lingkup dasar pendidikan negara dan ekonomi Malaysia. ...... skg anak didik berakhlak dan.moral rendah ... askim jamban di Sgor... Selangor jahanam... syarikat 2 ringgit telan 32 billion GLC selangor.....

      JOM UBAH selangor... Selamatkan Selangor

      nak fakta lagi....?

      Delete
    4. Asyik sebut general degree Kelas 3 - di zaman Anwar Ibrahim general degree ada kelas ke?

      Aku rasa mengarut saja si anjing Najib @ Kejora nih.

      Delete
  52. Jangan kata Najib tak rancang - dia rancang lantikan bini si Somi tu.

    Rancangan dia dulu: kalau Donald Trump naik takhta di terima rakyat saperti biasa, kot dia nak bisik mintak Donald gunalan "pengaruh" nya supaya DoJ senyapkan kes rampas harta anak tiri dan kroni2 dia.

    Tapi malang, Donald kena sembur kiri kanan, Mahkamah Federal US pun tak benarkan Immigration Executive Orders dia di laksanakan. Jadi, mana Najib nak harapkan sangat Donald tolong kes yang DoJ kata berkaitan "misappropriation of 1MDB funds and money laundering."

    Jadi, dia beranikan diri, suruh anak tiri dia lawan DoJ yang nak sita asset dia. Di buat sminngu lalu. Dahtu, takut nanti nama MO1 di istiharkan di masa perbincangan kes anak tiri dan kroni2 dia itu.

    Takut pulak di sahkan jugak di mahkamah bahawa MO1 pun sama membuat atau yang "key operator" kapada "misappropriation of 1MDB funds and money laundering itu.

    Kalau begitu, tentu pihak berkenaan di US atau di Malaysia nak korek akaun 1MDB lagi. Termasuk laporan bekas AuG Ambrin Buang yang di rahsiakan itu.

    Jadi, Najib pun lantik lah seorang yang dia boleh percaya akan pegang rahsia itu bermati2an. Apa tah lagi bila Somi si polan itu terang terang kata depan khalayak ramai dia sanggup mati untuk Najib.

    Jadi, lantikan Najib itu ada dalam rancangan. Bukan dia buat dengan sewenang wenang nya aje, beb.

    ReplyDelete
  53. U HELP ME..I HELP U..tak gitu syahdu ayat tu..

    ReplyDelete
  54. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  55. di malaysia everything is possible

    ReplyDelete
  56. pasai apa blog nie banyak komen, tengok blog2 lain tak dak byk lagu nie, hang baguih la che din

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang pi masuk blog2 pendedak dan pencacai Najib memanglah tak de orang komen .

      Majoritinya ketandusan idea , tiada memberi manafaat , lebih banyak auta dari fakta . Blogger2 bangang ( pinjam ayat Najib ) ni terpaksa menulis walaupun berita di bawa saperti hampas kerana sudah di beri dedak .

      Apabila tak ada yang menjenguk kat blog2 mereka , mulalah dia dating kat blog ini untuk memberi ' khutbah ' mereka .

      Contoh nya macam anon 22:01 kat bawah ni !

      Delete
  57. Mahathir Hanyalah Penyebab Kehancuran Dalaman DAP
    Bukan satu rahsia bahawa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad kini telah bersekutu dengan Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang. Mereka yang dahulunya adalah musuh politik, kini berkongsi satu sasaran yang sama iaitu mahu menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional walaupun pada hakikatnya, idealogi mereka masih berlainan.

    Untuk membolehkan Mahathir bersekutu dengan Kit Siang, pelbagai perkara dijanjikan Mahathir kepada Kit Siang termasuklah jawatan Timbalan Perdana Menteri atau mungkin sahaja akan menyokong penuh hasrat Kit Siang untuk menyaksikan bakal Perdana Menteri dari Pakatan Harapan adalah dari DAP. Mahathir tidak ambil peduli semua itu asalkan hasratnya mahu menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional, terlaksana.
    Bijaknya Mahathir merencanakan pelan politiknya sehinggakan ahli politik vateran DAP begitu mudah terpedaya dengan janji-janji palsu Mahathir. Masa depan Pakatan Harapan masih belum dapat dipastikan, secara tiba-tiba, parti yang dilihat cukup dominan dalam Pakatan Harapan, bergolak dari dalam hanya kerana kegilaan Kit Siang menagih janji dari Mahathir.

    Satu demi satu perkara menimpa dalam DAP sehinggakan ahlinya sendiri sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan Kit Siang, individu yang menubuhkan DAP pada 1966. Selama 51 tahun DAP bergerak dibawah telunjuk Kit Siang, secara tiba-tiba, sewaktu seluruh parti politik sedang bersiap sedia untuk mengharungi Pilihan Raya Umum, suara Kit Siang semakin dipinggirkan oleh ahlinya sendiri.

    Lebih memburukkan keadaan, selain daripada Dinasti Lim yang cukup berkuasa di dalam DAP, tiada lagi pemimpin yang mampu menggantikan tempat Lim Kit Siang mahupun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. DAP sebenarnya cukup-cukup ketandusan pemimpin yang boleh membawa kestabilan dalam parti seperti mana yang dilakukan oleh Mediang Karpal Singh sebelum ini.

    Kini, dengan campur tangan dalaman Mahathir, DAP benar-benar goyah, bukan kerana Lim Kit Siang yang seperti orang “angau” mengejar kuasa, tetapi DAP sendiri berhadapan dengan krisis kepimpinan yang agak kronik. Semuanya disebabkan oleh corak pentadbiran DAP sendiri yang mengamalkan sistem autokratik dengan jawatan Lim Kit Siang sendiri tidak boleh disentuh langsung.
    Menambah kekusutan apabila ahli politik vateran seperti Lim Kit Siang boleh terpengaruh dengan pujuk rayu dan janji-janji manis Mahathir yang diketahui umum, hanya mampu berjanji namun semuanya tidak mungkin akan ditepati. Apa yang Mahathir mahukan, ada mana-mana pihak yang sanggup menjadi kuda tunggangannya untuk mencapai apa sahaja hajat yang beliau ingini.

    ReplyDelete
  58. RUU 355: Iktibar daripada iblis
    TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
    Para ulama tafsir meriwayatkan makhluk yang bergelar iblis pada asalnya sangat dihormati oleh para malaikat yang sangat taat kepada Allah, kerana iblis itu kuat beribadat, berada di dalam syurga, pernah melihat neraka dengan seksaannya dan diberi kelebihan berdialog di hadapan Allah.

    Para malaikat hanya melihat sifat zahirnya sahaja tanpa mengetahui sifat buruk yang tersirat di dalam hati iblis, iaitu perangai takabur yang merasa dirinya mengetahui segala-galanya dan dirinya melebihi daripada yang lain. Maka terserlah kebodohan iblis kerana mengangkat diri sendiri yang dimuatkan dalam bakul sendiri.

    Sifat buruk ini dizahirkan apabila Allah SWT yang mencipta makhluk manusia bermula dengan Adam AS. Allah SWT berfirman:

    ﴿وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ٣٠﴾ [البقرة: 30]

    (Dan ingatlah apabila Allah berkata kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak ciptakan makhluk yang menjadi Khalifah di atas muka bumi”. Para malaikat berkata: “Adakah Engkau ciptakan makhluk yang akan melakukan keburukan di atasnya dan menumpahkan darah, pada hal kami ini sentiasa bertasbih, memuji dan memujaMu (wahai Tuhan kami)”. Allah menjawab: “Aku lebih tahu di samping adanya apa-apa yang kamu tidak tahu”). (Surah al-Baqarah: 30)

    Manusia yang dijadikan Allah mempunyai ciri-ciri naluri, jasad, roh, sifat kendiri dan bermasyarakat yang menjadikan mereka mempunyai kelebihan yang tidak ada pada makhluk yang lain.

    Namun kelemahan mereka dibantu dengan hidayah daripada Allah, bukan sahaja hidayah sifat naluri, perasaan dan akal yang berbeza dengan makhluk yang lain. Allah mengurniakan hidayah al-Din (hidayah agama) melalui kitab yang diwahyukan kepada para rasul yang dilantik daripada kalangan manusia. Allah SWT berfirman:

    ﴿۞وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَٰهُمۡ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلۡنَٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِيرٖ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِيلٗا٧٠﴾ [الإسراء: 70]

    (Dan sesungguhnya kami telah muliakan anak-anak Adam (manusia) dan kami tanggungkan mereka berada di darat dan laut, serta kami berikan rezeki kepada mereka daripada segala yang terbaik dan kami berikan kelebihan kepada mereka mengatasi kalangan makhluk yang kami ciptakan dengan kelebihan yang dijadikan keistimewaannya). (Surah al-Isra’: 70)

    ReplyDelete
  59. Allah SWT telah menamatkan syariatNya dengan diwahyukan Al-Quran dan diutuskan Nabi Muhammad SAW berkonsepkan penerimaan untuk beriman secara anjal (fleksibel) sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya:

    ﴿وَٱلَّذِيٓ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ هُوَ ٱلۡحَقُّ مُصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِعِبَادِهِۦ لَخَبِيرُۢ بَصِيرٞ٣١ ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٞ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡهُم مُّقۡتَصِدٞ وَمِنۡهُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٰتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡكَبِيرُ٣٢﴾ [فاطر: 31-32]

    (Dan ajaran yang telah kami wahyukan (Al-Quran) kepadamu (wahai Muhammad SAW) ialah yang benar, lagi membenarkan kitab lain yang sebelumnya yang ada di hadapanmu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui (berkenaan kamu) lagi Maha Melihat. Kemudian kami warisi kitab yang kami pilih kepada orang-orang yang kami pilih di kalangan hamba-hamba kami (mereka ialah umat Islam). Maka kalangan mereka ada orang-orang yang menzalimi dirinya sendiri (kerana mengerjakan maksiat), ada kalangan yang sederhana (amalannya) dan ada yang sangat maju mengerjakan kebajikan dengan izin Allah. Demikian itulah kelebihan yang sangat besar fadilatnya). (Surah Fatir: 31-32)

    Dalam ayat ini, Allah SWT meletakkan konsep beriman kepada kitab-kitab Allah secara umum sama ada golongan yang beramal atau tidak beramal dengan kitab-kitabNya atau golongan yang tenggelam di dalam maksiat, mereka semua telah dijanjikan oleh Allah akan mendapat kelebihan sehingga selepas kematiannya. Namun, mereka yang menolak ajaran kitab-kitab Allah secara ingkar tidak termasuk di dalam orang-orang yang mendapat kelebihan ini.

    Iblis yang ingkar kerana sifat takabur yang ada di dalam dirinya tidak mengikut perintah Allah supaya hanya sujud menghormati ciptaan Allah iaitu Adam AS (makhluk manusia). Perintah yang lebih mudah daripada RUU 355. Oleh kerana sifat takabur dalam diri iblis itu, dia merasa dirinya melebihi daripada semua orang lain, seolah-olah tahu semuanya sehingga mencabar ilmu Allah. Firman Allah:

    ﴿وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ٣٤﴾ [البقرة: 34]

    (Dan ingatlah apabila Tuhan Mu berkata kepada para malikat: “Sujudlah kamu semua kepada Adam”. Lalu mereka semua sujud melainkan iblis. Dia enggan dan takabur, lalu dia termasuk di kalangan mereka yang ingkar). (Surah al-Baqarah: 34)

    Allah menyebut pula dalam surah yang lain:

    ﴿قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِي مِن نَّارٖ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِينٖ١٢﴾ [الأعراف: 12]

    (Allah berkata: “Apakah yang menghalang kamu daripada sujud?”. Dia (iblis) berkata: “Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku daripada api dan Engkau ciptakan dia daripada tanah“). (Surah al-A’araf: 12)

    Iblis telah menggunakan kaedah Qias dan Maqasid Syariatnya sendiri menyebabkan pertimbangan yang salah kerana perbezaan unsur api dan tanah. Adapun para malaikat yang mulia menunjukkan sifat tawaduknya di hadapan Allah:

    ﴿قَالُواْ سُبۡحَٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ٣٢﴾ [البقرة: 32]

    (Mereka berkata: “Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami! Kami tidak ada ilmu melainkan sekadar yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau sahaja sebenarnya Tuhan kami Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana). (Surah al-Baqarah: 32)

    Perbincangan sifat tawaduk dan takabur dibahaskan dalam lapangan ilmu akhlak yang dinamakan juga ilmu tasawuf. Dalam kitab,إيقاظ الهمم disebut kata-kata Imam Malik RA.:

    من تصوف ولم يتفقه فقد تزندق. ومن تفقه ولم يتصوف فقد تفسق.

    (Sesiapa yang bertasawuf sahaja tanpa feqahnya, dia menjadi zandiq dan sesiapa yang berfeqah sahaja tanpa taswufnya dia menjadi fasiq).

    ReplyDelete
  60. Ilmu Islam itu mencakupi tiga bahagian mengikut soalan Malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW di hadapan para sahabat R.A. iaitu Islam (rukun syariat), Iman (rukun aqidah) dan Ihsan (rukun sifat mulia daripada hati) terhadap Allah, sifat yang menggerakkan hati dan yang memerintah kepada akhlak mulia kepada akal dan jasad.

    Sesiapa yang memisahkan ketiga-tiga perkara ini atau mana-mana yang kecil sahaja sudah cukup akan menjadi pengikut syaitan.

    Firman Allah SWT yang menegaskan tentang konsep beriman kepada ajaran Islam secara menyeluruh:

    ﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ٢٠٨﴾ [البقرة: 208]

    (Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam itu semuanya, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata kepada kamu). (Surah al-Baqarah: 208)

    Konsep beriman kepada semua ajaran Islam dan bercita-cita menegakkannya wajib berada dalam diri setiap muslim. Walaupun kemampuan adalah ukuran pelaksanaan, namun tidak harus menafikan beriman kepada hukum Islam dalam perkara yang tidak menjadi kemampuannya dari segi pelaksanaan.

    Contohnya seseorang yang tidak ada kemampuan untuk menunaikan haji menjadikan haji tidak diwajibkan ke atas dirinya pada masa ini, tetapi haram dia menegaskan hukum haji tidak wajib secara dasarnya.

    Begitulah juga ketidakmampuan untuk melaksanakan undang-undang jenayah yang dinaskan di dalam Al-Quran kerana tiada kuasa politik, tidak menasakhkan hukum wajib beriman kepadanya, bahkan ianya menjadi kewajipan untuk diperjuangkan, menjadi cita-cita dan keazaman yang diberi pahala walaupun tidak melaksanakannya.

    Inilah yang diamalkan oleh Amirul Mukminin Saidina Umar bin Al Khattab RA yang tidak menjatuhkan hukuman terhadap orang miskin yang mencuri kerana kedudukan ekonomi di zaman kemelesetan, namun suasana ini tidak boleh menjadi nas untuk membatalkan hukuman terhadap orang kaya yang melakukan kesalahan jenayah mencuri.

    RUU 355 adalah permulaan bagi melaksanakan sebahagian daripada syariat Islam yang adil kerana dapat menghapuskan halangannya, walaupun ianya dalam perkara yang tidak ada nas daripada al-Quran dan Hadis. Para ulama Usul Fiqh menetapkan kaedah:

    مالا يتم الواجب إلا به فهو واجب

    (Apa-apa yang tidak disempurnakan yang wajib melainkan dengannya maka ia menjadi wajib).

    Sebagai contoh di zaman terkini yang menetapkan pasport haji dan visa, maka pasport dan visa menjadi syarat wajib yang berikutnya walaupun tidak disebut dalam nas kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW. Beginilah betapa syariat Allah dapat menjadi hidayah di sepanjang zaman dan semua tempat.

    Sistem kehakiman menjadi sebahagian daripada jalan menegakkan keadilan syariat Islam yang mewajibkan pindaan Akta 355 untuk meninggikan kedudukan Mahkamah Syariah yang dipenjarakan oleh penjajah dahulu. Mereka yang menghalangnya adalah menjadi wakil kepada penjajah terhadap umat Islam.

    ReplyDelete
  61. Orang bukan Islam tidak boleh menentang, kerana ini bukan urusan mereka. Adapun penganut Islam yang jahil adalah berdosa kerana tidak belajar. Manakala orang yang tahu tetapi menentang juga, bacalah firman Allah SWT:

    ﴿وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِيٓ ءَاتَيۡنَٰهُ ءَايَٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ١٧٥ وَلَوۡ شِئۡنَالَرَفَعۡنَٰهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُۥٓ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُۚ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ ٱلۡكَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُكۡهُ يَلۡهَثۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَاۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ١٧٦ سَآءَ مَثَلًا ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَا وَأَنفُسَهُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ١٧٧ مَن يَهۡدِ ٱللَّهُ فَهُوَ ٱلۡمُهۡتَدِيۖ وَمَن يُضۡلِلۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ١٧٨﴾ [الأعراف: 175-178]

    (Bacalah kepada mereka (kumpulan ahli kitab) cerita orang yang kami kurniakan kepadanya ilmu berkenaan ayat-ayat kami, tiba-tiba dia melapahkan dirinya daripada kitab itu, lalu syaitan menggoda di belakangnya (berlagak laksana pengikut), maka jadilah dia di kalangan orang-orang yang sesat. Kalau kami kehendaki nescaya kami tinggikan kedudukannya, tetapi dia mahu kekal di dunia ini, lalu dia mengikut hawa nafsunya. Maka bandingannya seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya sama ada engkau membawa sesuatu kepadanya atau tidak. Begitulah bandingan puak yang mendustakan ayat-ayat Kami. Bacalah kepada mereka cerita-cerita (yang menjadi pengajaran) supaya mereka berfikir. Alangkah buruknya contoh mereka yang mendustakan ayat-ayat kami, sebenarnya mereka menzalimi diri mereka sendiri. Sesiapa yang Allah memberi hidayah kepadanya nescaya dia mendapat petunjuk (ke jalan yang benar) dan sesiapa yang Allah jadikan dia sesat, maka mereka menjadi orang-orang yang rugi). (Surah al-A’araf: 175-178)

    Di antara sifat yang tidak layak mendapat hidayah itu adalah takabur. Sifat inilah yang ada pada iblis yang sangat berilmu, mampu menyaksikan kebesaran Allah dan melihat syurga dan neraka. Sifat inilah yang meletakkan diri sendiri sangat bijak, seolah-olah orang lain semuanya bodoh.

    Peristiwa memperjuangkan RUU 355 menempa sejarah kerana melibatkan semua kalangan umat Islam, semua wajah yang berada di medan para ulama, ahli politik, NGO, para pengamal undang-undang, ilmuan, para mahasisiwa, media, seniman, pasukan keselamatan, jentera kerajaan dan rakyat di semua lapisan. Maka yang terpisah daripadanya laksana kambing yang terpisah daripada kawanannya yang mudah menjadi mangsa serigala liar yang berkeliaran.

    “Inilah Penyelesaian Kita”

    ABDUL HADI AWANG
    Presiden PAS
    24 Jamadil Awal 1438 / 21 Februari 2017

    ReplyDelete
  62. kalau sudah begitu bagai dikata
    sekuburkan saja mereka berdua

    janji sudah diikat ikrar sudah dibuat..
    talkin mereka disatu lahad.

    begitu taksubnya manusia sesama manusia...bila kuasa mengatasi segala...hilang pegangan hilang akidah...hilang maruah...hilang agama....

    betapa dasyatnya kuasa dunia...nampak gayanya iblis dan setan pun terpaksa surrender...jatuh tempat nombor dua....iblis dan setan pun tak mampu nak tandingi keiblisan yg dimiliki manusia...silap silap dajjal almasehi pun cancell trip nak turun kedunia...kalau dah begini punya cara...silap silap dajjal juga akan diperkuda....change your destination dajjal while you still can....choose other destination..amazon maybe...? but not malaysia....

    ReplyDelete
  63. Yang saya tahu ialah saya perlu menghormati tuan empunya blog. Jangan sia-siakan ikhtiar tuan empunya blog. Dalam hal ini saya selalu memberi komen berdasarkan tajuk yang beliau utarakan. Lagi pun apa yang diketengahkan oleh Shahbudin serentak dengan nadi yang berdenyut dalam badan saya.

    Sudah pasti lah saya tidak akan berkunjung ke blog Shahbudin kalau rentak yang dimainkan tak ngam dengan jiwa raga saya.

    Begitu banyak sekali wadah di luar sana yang saya rasa x serasi, maka tidak lah saya mahu berkunjung atau beri komen apa-apa pun. Saya x mahu lah beri komen demi komen semata-mata. Apa-apa pun itu wadah kamu, kamu berhak wujud, saya hormati wadah kamu walaupun saya rasa janggal untuk berkecimpung.

    Saya dah naik fed up dengan kewujudan leluas komen-komen yang x langsung kena-mengena dengan tajuk dalam perbincangan.

    Akhir kata saya berasa simpati dengan Shahbudin kerana seolah-olah daya ikhtiar beliau x dihormati langsung oleh pengomen-pengomen blog ini. X lain dan x bukan fenomena ini serlah di seluruh Malaysia - gunakan kuasa apabila kita ada kuasa, walaupun sedikit.

    Kalau saya orang Islam saya akan berasa malu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen yg tak elok tu semua dari pendedak..kalo dah makan dedak mana ada sifat malu..harap maklum ye tuan..

      Delete
    2. X masuk akal untuk mengomen hingga x kurang daripada 2 atau 3x nukilan asal tuan empunya blog yang tidak ada kena-mengena langsung dengan tajuk dalam perbincangan. Tiada apa yang sesiapa dapat selain pembaziran. Seperti orang lain saya jua menyarankan supaya membuka blog sendiri daripada menculik atau menyabotaj wadah orang lain.

      Saya 23:52.

      Delete
  64. kalau sudah begitu bagai dikata
    sekuburkan saja mereka berdua

    janji sudah diikat ikrar sudah dibuat..
    talkin mereka disatu lahad.

    begitu taksubnya manusia sesama manusia...bila kuasa mengatasi segala...hilang pegangan hilang akidah...hilang maruah...hilang agama....

    betapa dasyatnya kuasa dunia...nampak gayanya iblis dan setan pun terpaksa surrender...jatuh tempat nombor dua....iblis dan setan pun tak mampu nak tandingi keiblisan yg dimiliki manusia...silap silap dajjal almasehi pun cancell trip nak turun kedunia...kalau dah begini punya cara...silap silap dajjal juga akan diperkuda....change your destination dajjal while you still can....choose other destination..amazon maybe...? but not malaysia....

    ReplyDelete
  65. apa apalah hadi....selagi pas bersama umno....jgn harap pas akan berjaya....jgn harap pas akan disokong....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...