Wednesday, 15 March 2017

LUPAKAN SAJA HASRAT MAHU TUBUH PARTI BARU


Kedua-dua mereka ini, Ezam Mohd Nor dan Khairuddin Abu Hassan pernah menyertai Bersatu sebelum ini, tetapi tidak lama kemudian bertindak keluar daripada parti itu.

Ezam memberi alasan berbuat demikian kerana ingin menumpukan kepada NGO anti rasuah yang sedang diterajuinya iaitu Hisbah Centre For Reform yang berpusat di Jakarta, Indonesia.

Khairuddin pula memberi alasan kerana ingin menumpukan perhatian menyelesaikan beberapa kes mahkamah yang melibatkan dirinya dan tidak mahu kes-kes itu menjejaskan nama baik Bersatu jika dibicarakan nanti.

Okay, kita memang menghormati dan mengkagumi pendirian mereka itu. Nampak macam ada pendirian dan begitu mementingkan kewibawaan.
Alih-alih kini dikhabarkan kedua-duanya sedang merancang untuk menubuhkan sebuah parti baru dan mahu bertanding dalam pilihanraya akan datang ini.

Ezam dilaporkan mahu bertanding di Pekan, Pahang yang kini diwakili oleh Najib Razak, sementara Khairuddin menyasarkan mahu bertanding di Titiwangsa yang sekarang Ahli Parlimennya adalah Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan Kedua.

Apa cerita ni beb, belum pun parti lulus lagi tapi siang-siang dah berani sebut kawasan mana mahu bertanding?

Apa agenda sebenarnya ni?

Kepada Ezam, kenapa sekarang mahu tubuh parti baru dan bertanding dalam pilihanraya sedangkan sebelum ini keluar Bersatu kerana ingin menumpukan kepada agenda melawan rasuah?

Sudah selesaikan agenda memerangi rasuah bersama Hisbah?

Begitu juga kepada Khairuddin, sudah selesaikah segala kes-kes yang sedang dihadapi di mahkamah, maka tiba-tiba mahu menubuhkan parti baru dan bertanding dalam pilihanraya?

Jika kes-kes mahkamah sebelum selesai, tidak bimbangkah nanti parti baru itu terjejas namanya bila perbicaraan diadakan?

Sejujurnya Pakatan Harapan sekarang ini, setelah Bersatu memutuskan akan menyertainya secara rasmi, sudah menjadi gabungan yang cukup ampuh dan kuat untuk menggegar dan menumbangkan Najib, UMNO dan BN.

Tidak perlunya lagi ditubuhkan parti baru, sebaliknya lebih baik berikan saja sokongan kepada Pakatan Harapan untuk memenuhi impian menukar kerajaan yang kini menjadi dambaan majoriti rakyat Malaysia.

Menubuhkan parti baru, lebih-lebih lagi dengan awal-awal menyebut kawasan mana yang mahu ditandingi, mungkin hanya menimbulkan tafsiran kedua-dua mereka itu ada agenda lain yang mahu dicapai dan sudah pudar kekentalan dalam perjuangan mahu menyingkirkan Najib sebagaimana sebelum ini.

Oleh itu, lupakan sajalah...(ShahbudinHusin 15/03/2017)

99 comments:

  1. Hanya acah2 shj untuk menunggu dedak shj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua ekor budak tolol yg gagal berpilitik

      Dari dulu sampai skrg dok harap dedak sampai bankrap

      Nak jadi third Force kunun.. Nk jadi kingmaker kunun..

      Apa ezam kotak jambu tau pasal ekonomy???

      Masa dalam kem kewangan nak control inflasi pun susah.. Kata sokong inflasi 4%..

      Padahal di U.S inflasi hanya 2% ... Yellen baru saja naik interest rate dan habis PC di Washington..

      Ezam ada dgr PC yellen ???

      Tolol punya economist macam mp titiwangsa... Kalau lu boleh turun inflasi kami tabik! Tapi si tolol bukan nak naikkan interest rate .. Suruh gabenor turunkan interest rate ! Sampai ringgit menjunam dan impot dari siam naik dan inflasi naik..

      T...O.....L...O....L !!!

      Delete
    2. Kenapa gabenor Malaysia turunkan interest rate kalau benar GDP 4.1% ???

      HANYA SATU SEBAB

      - IKUT CAKAP KSU BEBALWANGAN DAN MENTERI BEBALWANGAN SUPAYA BURSA MALAYSIA (EQUITY MARKET) NAIK MENDADAK DAN HARGA SAHAM MENINGKAT !!!
      ( nak bagi org umno yg takde kerja happy)

      ELLOOO YOU BLOODY FOOL ..INFLATION PUN NAIK DAN RINGGIT JATUH..

      Orang Siam dan Singapok dah sapu semua hartanah dan asset Malaysia dgn harga murah.. Dek tukaran wang ringgit yg murah..

      Skrg Malaysia ada Tuan Asset/ Tanah Melayu yg baru

      Thai & Singapok !

      Delete
    3. Dunia dah nak kiamat....

      Semakin ramai manusia yang bangang dan bahlol berebut rebut nak jadi ketua nak dapatkan kedudukan untuk rembat duit dan harta rakyat....yang bersongkok, berketayap, berserban, dll perangai mereka sama sahaja.

      Bertaubatlah, kematian dan kiamat semakin hampir!!!

      Delete
    4. Kikiki ahaksss ptui..duit Malaysia makin kecik, harga keperluan melambung naik. GST kena lagi, Tak cukup dgn itu Si Sabin macai bijan perah lg dgn tambahan cukai dan penalti yg bukan2, walau pun dh bayar PCB. Golongan makan gaji di perah dan didera oleh regim bijan losemah yg bertuankan singapork komunis.. Ahaksss ptui JASA bangang dan bingai.. Ini kalilah kasi ubah PM najib dan simen kan JASA.. Ahaksss ptui busuk bau bangkai..

      Delete
    5. anon 8:27, kuatnya maki hamun orang. kau maki orang tidak menjadikan kau kelihatan bagus. kau busukkan orang tak menjadikan kau wangi. kau rendah2kan orang tidak menjadikan kau berdarjat tinggi. hati2 bila berbahasa. bahasa yang baik, nilai yang baik boleh sahaja digunakan untuk memikat hati orang lain agar memilih selain umno/bn. kalau dengan sumpah seranah agaknya berapa kerat yang akan bertukar pilihan? silap2 dari pembangkang kepada kerajaan. ikut nafsu tak kemana beb...

      Delete
  2. Owh..perkara biasa.

    Ada jawatan = masyuk

    Sebab itu menteri2 sanggup berabis duit untuk melobi asalkan jawatan mereka kekal.

    Budin selaku orh yg pernah menyokong Umngok pasti tahu sepak terajang parti politik Umngok ni.

    Nak bukti???

    Cuba buktikan 3 nama menteri yg berkhidmat untuk rakyat? Bukan berkhidmat untuk tembolok sendiri, keluarga & adik beradik sejak zaman tun madey hinggalah zaman si bijaN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon bijak..

      CARA PERLANTIKAN MENTERI..

      NAJIB AKAN TANYA SAPA BOLEH GIVE ME 15MILLIION SAYA AKAN LANTIK JD MENTERI

      CUBA TENGOK SEMUA MENTERI JUTAWAN..

      KECUALI SEORANG YANG DIPUJUK UTK JD MENTERI DGN 90JUTA....YG LAIN KENA BAYAR GOD FATHER SEVELUM DAPAT JAWATAN !

      MALAYSIAKU

      p.s bekas menteri yg khidmat utj rakyat 1. Saifuddin 2. Zaid Ibrahim 3. ..

      Delete
    2. harap2 madey terbaca statement kau ni. mana tau, tersentak orang tua tu...

      Delete
    3. Thanks MalaysiaBaru,

      List tak sampai 3 orang hehe...takpe, memang realitinya susah nak menteri2 UMNgOk ni nak kerja jujur & tak kapur duit rakyat serta tender projek2 kerajaan dari zaman tun madey sampailah zamn si bijaN.

      Dulu istilah diguna pakai ialah KRONI, sekarang ialah DEDAK. 2x5 = 5x2.

      Dua orang nama menteri di atas tu adalah bukti, kalau kerja menteri jujur, tak kaya raya & riwayat jawatan menteri pun takkan lama.

      Delete
  3. Satu lagi parti baru...hmmmmmmm.....

    ReplyDelete
  4. Perjuangan dua orang ni demi jawatan ke demi negara yang tercinta? Apa-apa pun lawan tetap lawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 demi negara tercinta la..kalau tak ada cerita baru lagi akan keluar kat tv berkaitan artis bercerai.

      Masih ingat lagi ke Umie Aida pernah bagi statement, andaikata suaminya berpaling daripada perjuangan asal, maka dia akan failkan penceraian dengan suaminya.

      Masih ingat lagi ke rakyat Malaysia semua???

      Delete
  5. Dak aihhhhh..depa berdua tu bukannya nak jawatan sgt pun. Depa nak RM90 juta saja.
    Teruklah hang ni abg din (khairudin). Siapa nak undi hang kat titiwangsa tu. Yg hang pi berkawan dgn ezam tu buat apa. Dia tu bukan boleh percaya. Tak tahulah aku kotak apa yg byk sgt dia dok pi simpan di lndonesia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Ezam md nor ini elok juga keluar ppbm, buat habis beras saja. Patut nya si ezam bergabung dg ibrahim ali. Mereka ada serasi sama sama opportunis dan kuat lompat.
      Si khairudin ini saya tak boleh komen, saya tak kenal sangat dia. Dia jadi terkenal bila kahwin dg umi aida.
      Justeru itu, kawan semua bila duit dah banyak nak cepat dikenali ramai, cepat cepat keluar rm200k dapat title datuk dan rembat artis popular. Jangan ambil artis grade 2, orang tak kenal.....'abis boreh saja'....he....he....

      Delete
  6. .

    .
    Kedua-dua mereka pasti dapat lebih dari harga se orang Tuan Guru dan beberapa pimimpin dalam parti Lebai.

    Baru-baru ini Tun ada buat ulasan mengenai rasuah dan Najib. Barangkali berkaitan mereka berdua yang di rancang supaya menubuh parti baru sebaik PPBM memyertai PH.

    Cara begini amat membimbangkan kerana duit yang habis ialah duit rakyat dan tempat yang mereka ingin bertanding langsung tidak ada latar belakang dengan mereka.

    ReplyDelete
  7. Hahaha..ingatkan si Ezam nih betui-betui dah insaf..rupenyer masih lagi pegang jawatan sesumpah..Din Sotong tu tak le heran sangat..agaknyer dia tensen nengok Din Ayam asik sendawe kekenyangan kot..hehehe..

    ReplyDelete
  8. Sebentar tadi saya berbincang dengan sahabat karib saya yang merupakan adinda kepada Raja Bomoh Malaysia. Beliau juga salah seorang ahli Cabang UMNO Kuala Ketil,Sabah. Kami berbincang tentang dua orang tersebut iaitu Dato Khairuddin dan Ezam. Saya memaki hamun dua orang tersebut sambil mengetuk meja. Tetapi cuba ditenangkan oleh adinda Raja Bomoh. Beliau menerangkan kepada saya bahawa kedua-dua org tersebut berbuat demikian hanyalah gimik sahaja. Mereka ingin menubuhkan parti baru yang bakal menjadi komponen BN bagi melawan Pakatan Harapan. Yang lebih menarik lagi Dato Jamal turut berhasrat untuk menubuhkan parti baru bagi bergabung dengan BN utk melawan regim zionis DAP Pakatan Harapan nanti. Penerangan beliau amat menyejukkan hati saya tadi. Saya tersenyum bangga.

    Nukilan Ikhlas Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
    Replies
    1. Porah

      Haritu kau kata kau bincang dgn professor

      Bila aku tanya full name u apa n school apa, haram kau tak jawab

      Kaki kelentong je kau ni

      Org gila tepi jalan pun tak pecaya kat kau

      Buat semua pembaca, graduan mabok ni SAH PEMBOHONG

      Delete
    2. Newcastle konon...cakap je la dari Kota Bharu... cehhh

      Delete
    3. Adik raja bomoh? Ada ka

      Delete
    4. Kuala ketil, Sabah???????

      Geografi masuk longkang....... HiHiHiHiHi

      Delete
    5. Ye la bro. Saya cerita kat bengkel. Driver semua gelak. Ada yg sampai terduduk tu, kalau dia org yg cakap tu masuk akal la. Kalau saya cakap pun logik la. Spm cukup makan.

      Delete
  9. Khairuddin dan Ezam adalah serigala yang terpinggir dan dipinggirkan oleh kawanannya sendiri - sebagaimana Khalid Ibrahim, Hassan Ali etc. pernah lalui suatu masa dahulu.

    Tiada yang peliknya jika mereka akan membongkar segala aib dan tipu daya bekas kawanannya (Pakatan Harapan BAHARU) - kerana mereka adalah SAMA.

    Maha Suci Allahswt - Pakatan Harapan BAHARU akan runtuh melalui taring-taring yang berada didalam dan di luar, seperti runtuhnya Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat dalam tempoh tidak sampai 10 tahun (BA -1999/2004, PR-2008/2014) Selagimana tiada terlantik kuasa pemutus dari kalangan mereka.

    Soldadu2 kecil masih menari kisah 2.6b dan kisah2 lain yang tidak kurang hebatnya di kaki-kaki lima dan di alam maya hasil khabar dari lidah' penyampai para politikus berhati serigala - bahkan ada yang membawa segala tariannya hingga ke liang lahad.

    Allahuakbar - kamu benar-benar sedang menggenggam tipu daya Pakatan Harapan BAHARU laksana kamu sedang memeluk segunung emas. sedang hakikatnya kamu dihinakan Allahswt atas kezaliman yang kamu kerjakan.

    Tiada serigala yg akan dilepaskan tanpa digigit oleh serigala yang lain walaupun ia bernama Tun Mahathir sekalipun (ia akan berlaku tatkala Tun Mahathir dipinggirkan serigala2 yang lain kelak). kerana itulah resam dan fitrah alam haiwan.

    Dan tiada lidah' (penyampai) yang akan dipotong tatkala lidah' itu mulai keras dan tidak lagi menjadi penyampai pada khabar para politikus berhati serigala itu - waktu ini di empunya blog (Shahbudin) di "muliakan" dengan pelbagai gelar yg baik dan indah, tunggu sahaja waktunya lidah' ini mulai mengeras maka segala celaan akan dikalungkan kepadanya - cuba tanyakan pada lidah'2 yang telahpun mengeras dan tidak berguna lagi untuk para politikus berhati serigala.

    Aku tinggalkan kamu dengan peringatan yg sama dan berulang kali - mari bicara amar Maaruf Nahi Mungkar (dengan niat mahu menjadi pemerintah) setelah kamu mampu menjawab dengan lidah yang fasih siapa dari kalangan mereka yang memegang kuasa pemutus (presiden) didalam Pakatan Harapan BAHARU.

    Dan sila simpan hujah berbentuk celaan, adu domba dan fitnah atau yang bersifat lelucon (ada si polan yang gemar mengolah dan kelihatan lucu dan mengundang senyum dibibir ku).

    Salam ya salam
    Ikhlas dariku unknown aka sahabat

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are talking nonsense ....!!

      Delete
    2. sahabatku Salwah Abdat - sekiranya aku hanya "mengarut" maka katakan kepadaku dengan lidah yang lancar dan fasih jawapan pada soalan yg aku sentiasa ulanginya -

      1) Siapa diantara PPBM, PKR, PAN atau DAP yang memegang kuasa pemutus di dalam Pakatan Harapan BAHARU ??

      Dan setelah itu aku sudi pergi kepada urusan Amar Maaruf Nahi Mungkar yang sering kamu teriakkan di kaki-kaki lima dan di alam maya.

      Dan ingatlah manusia itu kebanyakan terhumban ke neraka bukan kerana sikitnya ibadah tetapi kerana urusan lidahnya (mengadu domba dan fitnah) - dan masuknya manusia itu ke syurga Allahswt bukan kerana banyaknya ibadah tetapi bersandar pada rahmatNya.

      Salam ya salam
      Ikhlas dariku unknown aka sahabat

      Delete
    3. Buat anon,

      Memang ya pun kau mengarut bak kata salwah tu

      Geli aku nak komen ayat kau yg menjual agama demi sesuap nasi

      Rohingya yg mintak sedekah kat jejantas puduraya tu pun jauh lg mulia dari kau

      Delete
    4. Patut la walaunta selalu kene bodoh dgn ayat2 agama. Agama mmg laris utk jualan dan rakyat terpana dgn ramalan2 agama.

      Akhirnya jadi hamba UMNO jugak bayar GST apa bala.. phui.. kata Islam kuat. Mimpi cirit ka hang ni.. sila matilah anon woi.. nahi mungkar kepala bana hang.. org agama kononnya nahi mungkar, tapi dlm masa yg sama berbaik ngan Bijan atas nama politik batang kontol dia..

      Delete
    5. .
      .

      00 29

      Tak ada nafsu baca komen ko.

      Delete
    6. Annoying 00:29 aka unknown aka sahabat

      Muhyiddin dan Mukhriz adalah pejuang yang terpinggir dan dipinggirkan oleh kawanannya sendiri - sebagaimana Khalid Samat, Salahuddin Ayub etc. pernah lalui suatu masa dahulu.

      Tiada yang peliknya jika mereka akan membongkar segala aib dan tipu daya bekas kawanannya (UMNO baru dan PAS) - kerana mereka bersemangat rakyat.

      Maha Suci Allah SWT – UMNO dan PAS akan runtuh melalui pejuang ‘bersemangat rakyat’ yang berada didalam dan di luar, seperti runtuhnya Semangat 46 dalam tempoh tidak sampai 8 tahun (S46 -1988/1996) Selagimana tiada mereka memikirkan perihal rakyat dari kalangan mereka.

      Rakyat umumnya sudah mengetahui kebenaran kisah 2.6b dan kisah2 lain yang tidak kurang hebatnya dalam perbualan di kaki-kaki lima dan di alam maya, hasil kebobrokan para politikus berhati serigala - bahkan ada mereka yang berperut boyot ini yang membawa segala harta curiannya hingga ke liang lahad.

      Allahuakbar - kamu benar-benar sedang menggenggam tipu daya UMNO BN PAS laksana kamu sedang memeluk segunung emas. sedang hakikatnya kamu dihinakan Allah SWT atas kezaliman dan syubhah yang kamu kerjakan.

      Tiada seorang pun rakyat yg akan dilepaskan tanpa digigit oleh serangan GST dan pengurangan subsidi dan lain-lain walaupun ia bernama Pak Pandir sekalipun (tekanan hidup ini akan terus berlaku sehingga Klepets dan serigala2 belaannya yang lain diturunkan dari kuasa kelak), kerana itulah resam dan fitrah penyamun dan penyangak.

      Sudah menjadi resmi Klepets bahawa dedak akan dipotong buat penyampai yang tidak menyokongnya tatkala lidah' itu mulai keras dan tidak lagi menjadi penyampai pada khabar para politikus berhati serigala itu. Waktu ini kamu di "muliakan" oleh Klepets dengan pelbagai gelar yg baik dan indah, tunggu sahaja waktunya lidah kamu itu mulai mengeras maka segala celaan akan dikalungkan kepada kamu - cuba tanyakan pada lidah-lidah yang telah pun mengeras dan tidak berguna lagi untuk para politikus berhati serigala.

      Aku tinggalkan kamu dengan peringatan yg sama dan berulang kali - mari bicara amar Maaruf Nahi Mungkar (dengan niat mahu menukar pemerintah) setelah kamu mampu menjawab dengan lidah yang fasih siapa dari kalangan kamu yang memegang ‘kehendak rakyat’ demi menyelamatkan negara tercinta ini.

      Dan sila simpan hujah berbentuk celaan, adu domba dan fitnah atau yang bersifat pengulangan (ada si polan yang gemar mengulang isi yang sama sehingga mengundang kebencian dihati ku).

      Salam ya salam

      Pesanan dariku unknown aka sahabat JR

      Delete
    7. hehe, unknown aka sahabat JR - kamu berbakat untuk menulis komik/cerita kanak-kanak melalui genre saduran sesebuah kisah. Sejujurnya aku terhibur dengan tulisanmu kerana ia membuatkan aku tersenyum.

      Aku juga tidak berniat untuk "memberatkan" kepadamu diatas urusan yang melibatkan AGAMA dan BANGSA - sebuah pertanyaan yg jawapannya akan memberikan gambaran pada hak ISLAM dan Bangsa Melayu.

      Aku bertanyakan persoalan diantara 4 puak yang khabarnya sedang berjuang untuk "menyelamatkan" Malaysia, siapakah diantara 4 puak itu yang memegang kuasa pemutus (presiden) ? .. dan setelah dikenal pasti barulah mereka dibolehkan untuk bicara pada urusan Amar Maaruf Nahi Mungkar dengan niat mahu mengambil kuasa pemerintahan negara ini.

      Tahukah kamu wahai unknown aka sahabat JR - tiada seorangpun dari kalangan soldadu2 kecil yg jahil lagi menyombong diri itu sanggup memberikan jawap, melainkan lidah' mereka menjadi kelu (dari menyatakan kebenaran) dan hanya mampu bergumam menahan perasaan malu berserta amarah.

      Bahkan ada segelintir yang menjawab dengan hujah yg bersimpang siur (John Doe).

      ada yang menjawab dengan cercaan dan fitnah betapa zalimnya UMNO/BN dan cenderung untuk menyatakan pengembalanya adalah pemegang kuasa pemutus (bersandar pada keahliannya). Tetapi kebanyakan dari soldadu2 kecil yg jahil itu lebih gemar hanya menyampaikan celaan. Dan ketiga-tiga golongan ini telah GAGAL sama sekali.

      Erm, YAWAS benar-benar​telah "diperah" hasilnya sehingga disediakan kad ATM diatas nama YB demi untuk menyalurkan dana Khairat kematian - Nauzubillahimzalik.

      Salam ya salam
      Ikhlas dariku unknown aka sahabat

      Delete
    8. Wahai unknown aka sahabat syaitan kamu telampau byk mengikuti tazkirah pas.

      Kesemua hujah bro john doe bersandarkan fakta. Fakta pula diberikan pencerahan olehnya.Tidak sama dgn hujah syaitan yg sesat lagi menyesatkan seperti kamu.

      Wahai unknown aka sahabat syaitan pergilah mengaji bagi habis dahulu seperti mana pesanan Tun Mahathir barulah datang ke sini.

      Di luar sana masih ramai lagi guru guru agama yg mursyid pergilah berguru dgn mereka nescaya kau tidak akan sesat selama lamanya.

      Delete
    9. Bahkan ada segelintir yang menjawab dengan hujah yg bersimpang siur (John Doe).

      Terlebuh dulu terima kasih sdr Zack.

      Unknown aka sahabat penipu, kamu mempunyai lidah memutar belit seperti yahudi dan lidah beralasan seperti nasrani.

      Kamu yg sebenarnya bersimpang siur dan penuh penipuan. Penipuan kamu pula dipenuhi kejahilan.

      Kamu juga adalah si jahil yg menyombong diri suka berfatwa tanpa ilmu dan menjual agama melalui ilmu sastera.

      Sebab itulah kamu takut bersumpah laknat dan kemudian beralasan seperti Nasrani.

      Kamu memang seorang yg sesat.

      Kamu boleh terus lari sebab kebenaran itu sedang mengejar kamu dan hanya menunggu masa sahaja bagi yang mengejar itu sampai kepada yang dikejar.

      Kamu hanya sedang diberi tempoh.

      Delete
    10. Sahabat is talking nonsense as usual. When asked about substance, like the aramco deal, dia sengap. Bodo nak lagak pandai.

      Delete
    11. sahabatku Zack Armstrong - sudikah kamu memberikan jawapan pada persoalan yang aku utarakan ?

      1) siapakah pemegang kuasa pemutus (presiden) diantara 4 puak yang sedang "bergabung" lalu diberikan nama sebagai Pakatan Harapan BAHARU

      2) sesudah kamu kenali ketuanya, mari kita bicara pada urusan Amar Maaruf Nahi Mungkar dengan niat mahu menjadi pemerintah.

      erm, hujah sahabatku John Doe kebanyakkan benar tetapi majoritinya juga diletak di tempat yang bahtil demi membela tipu daya para politikus berhati serigala.

      Maha Suci Allahswt - lihat dirimu dan ketahuilah fitrahmu adalah sebagai pemegang kuasa pemutus (pemimpin) kepada dirimu sendiri dan itulah sekecil-kecil pemimpin.

      Kemudian lihat pula ke dalam Pakatan Harapan BAHARU dan urusan yang paling UTAMA yg wajib kamu sandarkan adalah dengan melihat siapa pemegang kuasa pemutus di dalamnya (PRESIDEN) dan kemudian barulah pergi kepada urusan Amar Maaruf Nahi Mungkar walaupun diatas niat mereka mahu menjadi pemerintah negara.

      Dan kamu benar-benar tergolong di dalam kalangan mereka yang jahil lagi menyombong diri sekiranya masih berpegang segala janji para politikus berhati serigala.

      Bahkan mereka datang kepada kamu untuk kali yang ke-3 setelah matinya Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat (aibnya tangan mereka sendiri yang meruntuhkan) dan kini mereka datang sebagai Pakatan Harapan BAHARU.

      Masihkah kamu tidak mahu mengambil sedikit pun pengajaran dari tipu daya mereka ??

      Salam ya salam
      Ikhlas dariku unknown aka sahabat



      Delete
    12. Sudah la sahabat...nak cabar orang jawab. Isu aramco pun kau tak leh jawab. Gebang tak sudah.

      Delete
    13. Awak bukan lah bijak sangat Sahabat Unknown, sesungguhnya awak ini lebih mengular dari berbahas. Berapa awak dibayar? Kalau satu sen pon tak dapat....lagi lah nampak ketidakbijakan awak.

      Delete
    14. Annoying 10:44 aka unknown aka sahabat

      hehe, unknown aka sahabat - kamu kata aku berbakat untuk menulis komik/cerita kanak-kanak melalui genre saduran sesebuah kisah. Namun, sejujurnya aku tidak mendapati apa-apa fakta sahih yang tidak boleh dinafikan dalam tulisan kamu kerana itu berhentilah dari menjual kata-kata mu.

      Aku juga tidak berniat untuk "memberatkan" kepadamu diatas urusan yang melibatkan AGAMA dan BANGSA - sebuah pertanyaan yg jawapannya akan memberikan gambaran pada hak ISLAM dan Bangsa Melayu sebenar kerana kamu hanya menegakkan benang-benang basah tuan-tuan kamu.

      Boleh dikatakan hampir semua tulisan kamu bertanyakan persoalan “siapakah diantara 4 puak itu yang memegang kuasa pemutus (presiden) ?” ..Persoalannya mengapa kamu berminat sangat dengan urusan yang tidak berkait dengan kamu? Adakah kesukaan kamu “menjaga tepi kain orang?”

      Sudah dikenal pasti tuan-tuan kamu menyimpang dari nas-nas sahih tetapi kamu masih juga enggan bertaubat, setelah itu barulah wajar untuk bicara pada urusan Amar Maaruf Nahi Mungkar dengan niat mengembalikan kuasa pemerintahan negara ini kepada yang HAK.

      Tahukah kamu wahai unknown aka sahabat - tiada seorangpun dari kalangan pejuang ‘suara rakyat’ yang mahu memberi jawapan kepada soalan kamu yg jahil lagi menyombong diri itu kerana tiada gunanya “mencurah air ke daun keladi”.

      Tidak pula lidah-lidah kami menjadi kelu (dari menyatakan kebenaran) kepada orang yang perlu diberitahu tetapi bukan kepada kamu yang hanya mampu bergumam dengan perasaan riak berserta amarah. Bahkan ada segelintir dari kami menjawab dengan hujah yg bersimpang siur agar minda kamu terus juga bersimpang-siur memikirkan kedangkalan akal kamu sendiri.

      Jawapan kami bukan dengan cercaan dan fitnah betapa zalimnya UMNO/BN tetapi lebih cenderung kepada kenyataan yang sahih, deraan sebenar yang dirasai rakyat jelata. Namun pengembala kamu yang memegang kuasa pemutus (bersandar pada hujah kamu), tidak pernah sedar akan kuasa pemutus rakyat dan kuasa pemutus MUTLAK milik Allah SWT. Dan rakyat yang jelak dengan sifat serigala ketua-ketua kamu itu bakal menghumban mereka di PRU14, insyaAllah. Tetapi kebanyakan dari pendedak-pendedak kecil yg jahil dan tidak sedar diri seperti kamu lebih gemar hanya menyampaikan celaan. Dan jelas kelihatan kamu telah GAGAL sama sekali.

      Erm…., 1MDB, SRC, FELDA, MARA, Tabung haji, dll. benar-benar telah "diperah" hasilnya oleh golongan perasuah yang kamu idolakan sehingga perlu dicarik-carikkan oleh kuku SPRM dan didedahkan untuk tatapan ramai, betapa bejatnya perilaku ikan bilis yang kamu lantik sebagai kuasa pemutus kecil. Kebejatan pemutus besar dikalangan kamu??? Tak perlulah aku ulas kerana sudah menjadi “rahsia umum” - Nauzubillahimzalik.

      Salam ya salam

      Pesanan dariku unknown aka sahabat JR

      Delete
    15. Bila tengok perilaku anjing yg mengorek sampah mencari makan,kesian kita tengok..tapi yg lebih kesian lagi kalo tengok org mcm unknown aka sahabat bn yg mengorek fakta sampah bersulamkan agama untuk menagih dedak...nauzubillah

      Delete
    16. 10:44 kamu juga tidak mengetahui siapa ketua yg harus dan wajib kamu tumpahkan taat setia apabila kamu berada didalam Pakatan Harapan BAHARU. maka jadilah kamu tergolong didalam kalangan mereka yang jahil lagi menyombong diri - golongan yang ditipu untuk kali yang ke-3.

      Dah percayalah Pakatan Harapan BAHARU ini akan berakhir sebagaimana hancurnya tipu daya mereka di dalam Pakatan Alternatif dan Pakatan Rakyat apabila mereka dihadapkan pada persoalan yg melibatkan AGAMA dan BANGSA - selagimana tiadanya kuasa pemutus.

      Aku tidak datang untuk "bertanding" kemungkaran siapa diantara UMNO/BN dan Pakatan Harapan BAHARU yang lebih mengancam.

      tetapi aku datang untuk membawa peringatan kerana ia melibatkan AGAMA dan BANGSA.

      Umara' yg sedang kamu cerca, adu domba dan fitnahkan sebagai seburuk-buruk pemerintah itu didatangkan kepadanya pertolongan dari Allahswt satu2nya kuasa ummah Islam (pemegang dua kunci kiblat) secara terselindung dan kini benar-benar dihadapan mata musuh' Islam.

      Bahkan pemegang kunci dua kiblat ummah itu memuliakan Umara' dengan hadir menjejakkan kakinya demi memenuhi jemputan (nikmat yang Allahswt tidak anugerahkan kepada Tun Mahathir sewaktu ia berkuasa).

      Sedang golongan yang kamu "taasubkan" didatangkan pertolongan dari puak2 yg jelas memusuhi pada urusan AGAMA dan BANGSA mu sendiri.

      Demikianlah Allahswt memberikan peringatan dan tanda kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yg mahu berfikir.

      Lucu sekali apabila kamu membantah agar tidak "menjaga tepi kain" apabila kamu tidak mampu menjawab lantaran tidak mengetahui siapa pemegang kuasa pemutus di dalam Pakatan Harapan BAHARU.

      Dan kepada sahabatku John Doe yg sangat gemar bersumpah - apa kata kamu memimpin rakan seperjuangan agar mereka melafazkan sumpah sebagaimana kamu lafazkan. namun aku minta maaf lafaz sumpahku hanya kepada Allahswt - dan ia bukan sebagai hujahku didalam urusan fardhu Kifayah.

      Salam ya salam
      Ikhlas dariku unknown aka sahabat



      Delete
    17. Dia sahabat bijan n semah badak sebenarnye

      Delete
    18. Mamat Unknown, Mamat Unknown aka sahabat, Mamat Unknown aka sahabat Jr.
      Kamu ada lah orang yang sama.
      Kamu nak tipu siapa sabenarnya? Kamu nak tipu pembaca ini semua?
      Kamu buat soalan kamu jawab sendiri. Satu karangan kutuk najib dan bn, buat pula karangan kutuk tun dan pakatan.
      Satu ekor lagi yg suka sebut 'singapork,.....ada mada kutuk najib dan ada masa kutuk tun.
      Kamu nak jadi hero filem ' manusia berdua wajah'?

      Jika manusia berdua sifat lelaki dan perempuan....
      ORANG ITU DINAMA PONDAN.

      Delete
    19. Uknown aka sahabat bn, daripada pandangan aku yg jahil ni sumpah tu bukan hujah tapi bukti untuk apa yg kamu kata..adakah hang pikir sumpah yg bro john doe lafazkan itu dengan nama org bukan dengan nama Allah..apakah maksud hang lafaz sumpahku hanya kepada Allah..cuba hang refer balik kalimah sumpah bro john doe tu baik2..sumpah itu juga dengan nama Allah dan kepada Allah..jangan beralasan jika kamu tidak berani..sumpah tidak dilarang dalam syariat, sekiranya sumpah hang dengan bro john doe tak berlaku itu hanya kerana hang tahu yang hang salah dan takut dilaknat Allah...bukan nak menyibuk tapi dah lama perati yg hang selalu dok mengelak bila diajak bersumpah sedangkan najib pun berani sumpah dalam masjid tak kenal attantuya..maknanya hang lebih penakut dari tuan politik hang...

      Delete
    20. Annoying 13:03 aka unknown aka sahabat

      HiHiHiHi….. Unknown aka sahabat, kamu sudah terbelit dengan nafsu amarah kamu sendiri sehingga tiada upaya lagi untuk melihat siapa yang kamu counter-comment pada jam 10:44. Bukankah itu komen kamu sendiri?????

      Terlalu sangat bersalahan sekiranya kamu menyangka aku tidak mengetahui siapa ketua yg harus dan wajib aku tumpahkan taat setia apabila aku berada didalam Pakatan Harapan BAHARU. Dan harus kamu tahu bahawasanya “pejuang anak bangsa” tidak tergolong didalam kalangan mereka yang jahil lagi menyombong diri. Golongan yang ditipu berkali-kali hanyalah kamu dan mereka-mereka yang menjual bangsa dan agama untuk sepotong dedak yang sedikit.

      Dan percayalah PAS UMNO BN akan berakhir sebagaimana hancurnya tipu daya mereka-mereka yang mempersendakan hukum-hukum agama apabila mereka dihadapkan pada persoalan yg melibatkan AGAMA dan BANGSA - selagimana mereka enggan kembali kepada HAK kebenaran.

      Aku datang untuk "menyampaikan" setitis kemungkaran ketua pemutus kamu, pemutus kecil diantara kamu dan syubhah pendedak-pendedak seperti kamu. Aku juga datang untuk membawa peringatan kerana ia melibatkan AGAMA dan ANAK BANGSA MU.

      Umara' yg kamu puja dan kononnya sedang kami cerca, adu domba dan fitnahkan itu sebenarnya adalah seburuk-buruk pemerintah yang didatangkan kepadanya ISTIDRAJ dari Allah SWT. Namun, manusia yang zalim dan sering berbuat mungkar yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah SWT berserta dengan mereka dan kasihNya dengan perbuatan mungkar mereka.

      Bergembiralah kamu dengan kedatangan kuasa ummah Islam (pemegang dua kunci kiblat) secara terselindung dan kini benar-benar dihadapan mata. Apakah sudah kamu melupakan ajaran Muhammad ibnu Abdullah SAW dan kamu sudah berkiblatkan Muhammad ibnu Abdul Wahab? Kenalilah siapa sebenarnya pemegang dua kunci kiblat itu yang berselindung di sebalik nama Islam.

      Di masa yang sama, golongan seperti kamu "taasubkan" kedatangan pertolongan dari puak2 yg jelas memusuhi pada urusan AGAMA dan BANGSA mu sendiri apabila dengan rela hati menyerahkan maruah diri kamu kepada komunis China dan pernah bersahabat dengan Korea Utara.

      Ingatlah cerita Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud sehingga begitu sombong dia dengan Allah SWT, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan tentera Allah yang paling hina yakni seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. Demikianlah Allah SWT memberikan peringatan dan tanda kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yg mahu berfikir.

      Aku tidak ketawa pun apabila membantah kamu agar tidak "menjaga tepi kain" Pakatan Harapan BAHARU. Adakah aku bertanya siapa bakal pemutus kuasa baharu kamu sekiranya Najib gagal menjadi MP di Pekan? Adakah aku bertanya siapa bakal pemutus kuasa baharu kamu sekiranya Hadi gagal dalam pemilihan Muktamar PAS? Mudah-mudahan kamu faham bahasa untuk tidak mencampuri urusan orang lain. FULLSTOP.

      Salam ya salam

      Pesanan dariku unknown aka sahabat JR

      Delete
    21. Anon 14:17

      Jangan serkap jarang.

      Aku menulis sebagai unknown aka sahabat JR untuk mematahkan setiap hujah yang cuba disampaikan oleh unknown aka sahabat BN yang cuba mengelirukan dengan gaya bahasa sasteranya.

      Aku juga pernah menggunakan nama 'orang kampung tanam kangkung' satu masa dulu.

      Untuk pengetahuan kamu.... AKU BUKAN orang yang sama dengan sahabat BN.

      dari unknown aka sahabat JR

      Delete
    22. Betul tu anon 14:17,walaupun semua unknown tapi yg tak leh pakai sekoq jer iaitu unknown aka sahabat..dia ni salah sorang pencacai jibbo tegar

      Kipidap bro uknown aka sahabat JR..

      Delete
    23. Unknown pendusta dan penipu di atas nama agama. Jahil seperti lembu tapi sombong. Lidah berbelit spt yahudi dan beralasan spt nasrani.

      Itulah kebenarannya.

      Delete
    24. Unknown pendusta dan penipu di atas nama agama. Jahil seperti lembu tapi sombong. Lidah berbelit spt yahudi dan beralasan spt nasrani.

      Itulah kebenarannya.

      Delete
  10. Lobai hadi = Yaser Arafat
    Masa muda..fuhhhhh..bukan main hentam umno. Dah tua...berpeluk mcm Yaser Arafat berpeluk dgn PM Israel.
    Menginiayakan penyokong2nya selama berpuluh tahun.

    ReplyDelete
  11. Saya nak tubuh NGO Gerakan Ehwal Belia Bangang (GEBANG). Sahabat...nak join? Boleh kita gebang sama sama.

    ReplyDelete
  12. Memang ada baca tadi. Selain melawan rasuah. Mereka juga mensasarkan generasi Muda. Jadi kalau betul2 iklas dgn niat. Ape kate teruskan, betul tu niatnya. Cuma cara yg tak kena. Kat dlm ppbm pun boleh buat benda tu. Yg penting niat, bukan utk kepentingan diri. Kalau buat dari parti yg kukuh, dikenali walaupun baru mcm bersatu, dia dgn sendiri nya akan lebih kuat lagi. Tun mempunyai penyokong yg tersendiri. Jadi guna la.. bukan Otai je. Golongan muda pun ramai.

    ReplyDelete
  13. Dan sebelum tidor, macam khairuddin ni saya tak kenal sgt. Tak tau pendirian politik dia mcm mane. Saya kenal pun lepas dia kritik kerajaan. Tapi izam ni saya tau juga la sikit, org kuat anwar masa zaman reformasi. Walaupun tak aktif, tapi mengikuti aktiviti masa tu. Pernah dtg berceramah kat tempat saya sekali. Dia ni kira mcm pas la. Tak tau apa pendirian dia. Masa anwar baru kena tangkap ,dia antara org yg sanggup mati la utk anwar. Bila org lantik jadi senator, mcm tak cukup pentas dia kutuk bekas bos dia. Seolah olah nampak, boleh dibeli. Tu belum cerita pasal kotak lagi. Ada ok, takde pun tak rugi. Jadi bergabung dgn dia utk tubuh parti satu kesilapan. Pada mereka berdua, fikir la betul2. Cukup apa yg ada, cuma kuat kan lagi. Bila.terlalu banyak. Takut berbalah sesama sendiri. Sekarang cukup kita bagi pas je yg buat pembangkang kelam kabut. Tak payah nak tambah lagi. Tak caya tunggu pas masuk umno. Sabah serawak, mic , mca dan gerakan akan berbalah, terutama isu 355.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezam dan Khairudin ni, wujud pun xder pekdah. X wujud lagi bagus.

      Pergi tersepak, pulang terlanggar. Takat geli2 boleh la.

      Delete
  14. Lupa plak. Assalamualaikum semua. Selamat malam. Jumpa esok lepas sarapan.

    ReplyDelete
  15. .
    .

    Maka benar lah kata pro Najib yang mengaku ramai jutawan melayu di lahirkan oleh Najib secara senyap.

    Mereka tidak ketahui yang lahir jutawan tersebut ialah perasuah.

    Yang sanggup menerima upah untuk mempertahankan MO1.

    Masa akan sampai apabila parti baru ini bergabung dengan PIGS.

    ReplyDelete
  16. Dulu saya amat hormat kepada Khairuddin Abu Hassan ni,tetapi sekarang tidak lagi.Saya menghormati beliau disebabkan beliau kelihatannya begitu menghormati dan menyayangi Tun.Tetapi sekarang apa yang saya nampak beliau sudah tidak menghormati Tun lagi, sebaliknya menjadikan Tun seperti budak suruhan....mengarahkan Tun supaya mengikut kehandak beliau....contohnya beliau tidak bersetuju apabila Tun melantik TS Mahyiddin Yassin menjadi Presdent BERSATU.

    Specis seperti ini Alhamdulillah jika sudah tidak ada disisi Tun pun,buat menyebok dan menyemak saja,tidak memberi apa2 manafaat pun ,menyusahkan Tun adalah.Jadi dengan kata lainnya baiklah dia pergi jauh2!!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ke yang tidak bersetuju Tun lantik TS Muhyidding jadi Presiden?! Jadi dia nak siapa jadi Presiden @ takkan dia sendiri kot?

      Delete
    2. susah ke nak baca apa yang diharapkan oleh khairudin dan ezam dalam berpolitik? khairudin antara otai bersama tun sebelum bersatu ditubuhkan lagi. aleh2 bila bersatu tertubuh di mana tun letakkan kedudukan khairudin? khairudin ni orang politik, bekas ketua bahagian beb! bila keluar umno adlaah harapan dapat kedudukan tinggi dalam bersatu tapi...hampeh! pengorbanan duniawi tidak mendapat imbuhan duniawi yang setimpal. rugi beb, rugi!! kalaulah dapat jadi timbalan presidenpun masih ok lagi... ezam pulak, dari awal dah tahu cara dia berpolitik. mula tu sanggup mati kerana anwar. simpan kotak hikmat sampai sendiripun tak jumpa sudahnya. rahsia sampai sekarang. (koordinat tempat tanam kotak tu tak sempat simpan kot). lepas hidu peluang bersama umno kelihatan berbau harum, mula merenggangkan diri dengan pkr. tak lama lepas tu mula kutuk dan maki hamun bekas big bos sendiri, akhirnya tinggalkan pkr. masuk umno dan dapat imbuhan duniawi jadi senator. lepas senator apa? takkan pejuang berani mati dalam pkr bila duduk dalam kerajaan setakat jadi senator? aim besar tentulah ada tapi nampaknya peluang kecik sangat aka sempit. apa lagi, lompatlah. masa bersatu baru ditubuh adalah keinginan meletakkan diri dalam perjawatan kepimpinan bersatu. tapi ehmmm....tun tak berapa suka cara ezam berpolitik maka tiadalah tempat special untuk ezam. jadi apa tunggu lagi, merajuklah....
      aleh2 kedua-duanya nak tubuh parti baru bagi melayan pru14 nanti. so, bila parti baru tu ditubuhkan oleh mereka berdua maknanya seorang jadi presiden dan seorang lagi timbalan...kan dah dapat jawatan utama tu...aduyaiiiii...

      Delete
    3. Bukankah siKhairuddin ni sejak awal2 lagi menolak sebarang jawatan dalam PPBM?..katanya beliau hanya akan menumpukan kepada kes 1MDB dan untuk menjatuhkan Najib sahaja...

      Rasanya disini tidak timbul sama ada beliau dipinggirkan atau pun tidak oleh Tun...disamping beliau pun harus menyedari kedudukan diri sendiri??...

      Kalaulah ditakdirkan Khairuddin ini dilantek menjadi presdent atau timbalan presdent, adakah beliau berupaya untuk mengepalainya??...persoalanan ini harus dijawab terlebih dauhulu sebelum menuding jari kepada Tun..

      Delete
  17. Ezam & khairudin ni boleh belajar buat parti daripada Nazri

    PARTI SAMPAI PAGI

    ReplyDelete
  18. kedua-dua mereka pasti mati sebelum bertanding akibat tercekik bungkal dedak derma MO1..

    ReplyDelete
  19. Pertama kaki 2 orang tolol dlm dunia nih

    Ezam kotak dan ummi kalutluddin

    ReplyDelete



  20. Exam ada 6 kotak maklumat berkaitan dg Salah laku Mahathir dulu, mungkin dia sedang berunding tawar menawar untuk menjual maklumat tersebut kpd pehak yg berkepentingan....
    Jangan marah ye



    ReplyDelete
  21. Ini dua worang tarak pikir lain selain dari kepentingan diri sendiri saja..bila tak puas hati bikin baru punya parti..dey baccha..ini bukan tupperware punya parti kasi hepi2...agenda rasuah kasi makeup saja supaya tak nampak sangat hati yg keciwa..untuk meraih simpati dan nak glamour aje..tiap2 kali nak pru memang ada set2 makhluk begini..

    ReplyDelete
  22. KIDIN KOTAK NAK TUBUH PARTI BARU
    AUTA SANA GORENG SINI ORG DAH BABULU
    DULU MASYUUUKK SELALU SKG X LAKU
    APA NAK BUAT ANAK BINI TAK MISS SYOORUU

    KIDIN KOTAK NAK TUBUH PARTI BARU
    KESANA KEMARI GENDANG DIPALU
    TEBAL KAN MUKA BUAT2 JE LA TATAU
    MANA TAU BOLE JADI BARUA BARU....

    KIKIKI....

    ReplyDelete
  23. yang korang naik sasau cam anjing tersepit ekor apasal kah kah kah komen korang dah lebih teruk dari kata-kata si Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang lahanat dua ekor tu.. nampak sangat pengutuk ezam, pengutuk najib, pengutuk ahli agama dah sama macam si keluarga lim anak doktor perawat khinzir a.k.a babi tu.. kah kah kah agaknya korang pun dah nak jadi ahli keluarga lim jugak ke ?? bangang dari dulu sampai sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ya nak

      Insyallah bawah lim negara akan selamat

      Bukan macam egen singapok Najib yg bagi tinggi jatuh sampai habis hartanah aset Malaysia di sapu singapok dek matawang Malaysia murah menjunam

      Delete
    2. Eh, biar betul...bukan ke ko yg bangang..kalo kluarga lim makan khinzir, itu perkara biasa..diaorg tu cina..tapi kalo najib makan komisen ngan derma imdb jho low, tak pe ker..skang ternyata ko le yg bangang...

      Delete
    3. kesian kpd anon 8.00...akibat banyak makan dedak...sel2 otak tak bersambung...tu jadi bangang tak bertempat...kesian...makan laaa dedak banyak2...

      Delete
    4. Lim guan eng menang kes saman dgn utusan. Aik, kate dap jahat. Apasal boleh menang kes saman pulak ni. Utusan dah la kena minta maaf. Kena siar di halaman 2 plak tu. Dpt pampasan lagi. Tapi asal tak keluar kat tv3 ye.

      Delete
    5. eh eh eh...apa yang malaysiabaru ni komen? najib agen singapura? bukankah dap tu adalah adik beradik sebapa dengan parti pemerintah singapura, pap? jangan merepek la beb, lawak kau tak sampai la...

      Delete
  24. Uraikan bezanya dap dgn MCA n gerakan?

    ReplyDelete
  25. MCA Dan Gerakan mengaku tuan tanah Melayu, Dap neverrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang masuk penjara dok pertahan melayu kena rogol di melaka sapa yer??? MCA dan gerakan ker???

      Delete
    2. Yang roboh gerai melayu tu sapa??
      Yang melanon kayu2 balak tu sapa

      Delete
    3. Yg pernah mintak jawatan tpm sape.

      Delete
  26. Sapa broker tanah di China?

    ReplyDelete
  27. Sila kunjung ke blog celah gelagar.

    Picture paints a thousand words

    ReplyDelete
  28. MCA Gerakan mahu ikut cakap Melayu, Dap neverrr

    Sebab ini negeri Melayu

    ReplyDelete
  29. 08.00, Jangan macam tu. Dia cari makan kita kena faham.

    ReplyDelete
  30. Bersambung.

    Bukan ramai pun less than 5% saja. Dah nak pupus dah.

    ReplyDelete
  31. Pasal dedak beb. Kemaluan pun sanggup dijual !

    ReplyDelete
  32. Benar neg. melayu, sebab tu melayu jenis bangsat yg lantik cina mca jadi broker. Ada juga melayu bangsat bersuhabat menjual hak melayu spt. di Johore dan negeri negeri lain jugak. Melayu jenis ni lagi teruk dari dap. Sekurang kurang cina dap membela nasib bangsa dia. Tapi melayu bangsat ni sedang memperbodohkan dan menjual bangsa dia.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Melayu bangsat boleh dimaafkan, tetapi Jenis melayu barua memang tak boleh maaf langsong

      Delete
    2. untunglah dap, rupanya ada melayu yang dah declare jadi barua dia. berapa ntah bayaran? kalau percuma, sah melayu tu jenis sel otak tak berhubung...

      Delete
  33. http://theunspinners.blogspot.my/2017/03/parti-ciput-chairman-perasan-boss.html?m=1

    link atas returned of kabali.....who's the big boss. ..?
    ......parti ciput nak jadi big bossof the pigs....

    kidin kotak tu lupa kan la.... cuma ada potensi jadi barua....

    ReplyDelete
  34. Dorang berdua ni nak test market...mana tau ada parti2 nak offer mereka berdua jadi org penting mereka....tapi bagi saya orang tiada prinsip dan katak macam mereka ini umpama sampah sahaja...ada atau takda tak memberi kesan...umpama melukut ditepi gantang jer....katak yang tiada prinsip akan lemas sendiri!

    ReplyDelete
  35. Ezam dan Khairuddin bebas buat apa yang mereka nak buat. Akhirnya rakyat yang akan menilai dan Allah yang akan menghukum.

    Masih ingat Ibrahim Ali dengan Perkasanya?

    Slps Tun M tinggalkan hubungan dnegan Perkasa, pertubuhan ini jadi hidup segan mati tak mahu.

    Skrg baru Tok Him tahu dan sedar kekuatan dan kegemilangan Perkasa semasa penubuhannya dulu bukan berpunca drpd dirinya tapi daripada Tun M.

    Ezam? Dari dulu semasa di masuk PPBM saya dah kata orang sebegini patut diketepikan sahaja.

    Bgus juga mereka asaskan parti sendiri. Selepas ini boleh terus tutup pintu kepada mereka (kalau parti tersebut benar2 ditubuhkanlah, kekadang gebang je lebih sbb nak ukur kedalaman air sebelum meranduknya).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bro john doe. Ingat dulu mereka antara yg paling kuat menganggu pergerakannya pembangkang masa tun masih dlm umno. Sejak tun dah keluar. Tak tau ujud lagi ke entah kena. Tok him pun ada la sekali dua muncul dgn pendirian yg hmmm. Katak, biasa la tak stabil. Name pun umpan ikan longkang. Asik lompat je kan. Kejap nak join tun, kejap nak bertanding, mcm pas, menganggu je.

      Delete
  36. Patut tak tubuh pun bersatu dan pan, masuk jer dap semua

    ReplyDelete
  37. Apa aura 2ekor ni nk tubuh parti baru?
    Kalau dalam politik pun setakat suam -suam kuku tak payahlah nak buat parti baru.
    Buat parti tarparwaer lg baik.
    Sedangkan TM,mahyuddin dan muhkriz pun menghadapi jalan berliku utk diterima dan mendapat sokongan rakyat.
    Cermin muka dulu dan jangan pecahkan undi.
    Kalau nak jatuhkan BN, kembalilah kepada Bersatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr anon,

      Pndpt saya:-

      Saya melihat Ezam sbg seorang oopurtunis yang akan bersama sesiapa shj yang memberi tmpt kepadanya. Ia tiada sebarang pendirian dan hanya mencari tempat semata-mata dengan menjual cerita-cerita dongeng dan penglipur lara utk naikkan imej dirinya.

      Cuma Ezam lupa pepatah Cina yang mengatakan seseorang yang mahu menjadi kawan kpd semua pihak akhirnya tiada siapa yang mahu berkawan dengannya.

      Disebabkan kaki mencari peluang Ezam telah ditolak oleh semua pihak, maka ia tiada pilihan lain kecualilah bersara saja daripada politik dan hiduplah dgn maruah yg masih berbaki.

      Rupanya ia tidak mampu berbuat demikian sbgmn yg dilakukan oleh Ruslan Kassim yang bersara terus drpd limelight politik selepas 'insaf'.

      Ezam sama seperti Ibrahim Ali, cuma bezanya Ibrahim Ali sudah ada Perkasa sedangkan Ezam belum ada apa-apa platform lain.

      Perkasa ini pun punca kekuatan asalnya ialah Tun M. Hari ini Perkasa jenuh merayu orang menjadi ahlinya selepas ia memilih utk tidak bersekutu dgn PPBM pimpinan Tun. Padahal ketika Tok Him bersama Tun M berduyun-duyun orang mengisi borang keahlian pertubuhan ini.

      Khairudin pula saya kenal secara peribadi dan berani katakan ia seorang yg kuat memegang prinsipnya dan dan seorang yang memang jujur dan tidak akan berundur daripada apa yang ia percaya adalah apa yang betul. Wang dan jawatan takkan mampu membeli maruah dirinya.

      Cuma masalah Khairudin ialah ia terlalu keras memegang prinsipnya walaupun ia melihat prinsip itu tidak diterima oleh majoriti dan pada ketika ia punya ruang utk beralah demi 'a greater good'.

      Saya berani katakan alasan Khairudin yang sebenar ialah TS Muhyiddin. Khairudin dikenali tidak gemar kepada TS Muhyiddin di atas bbrp alasan dan setahu saya semua alasan itu tidak melibatkan kepentingan diri Khairudin.

      Ia tidak mampu beralah dengan keadaan dan betolak ansur tapi itulah dirinya yg sebenar.

      Masih ingat TS Jaafar Albar?Ciri2nya ada pada Khairuddin.

      Sama spt Jaafar Albar yang tidak mampu meninggalkan sebarang kesan dan pengaruh di luar payung Tunku Abdul Rahman demikianlah saya melihat Khairudin tidak akan mampu memberikan sebarang kesan atau mendapatkan sebarang pengaruh di luar payung Tun M.

      Sama2lah kita melihat.

      Delete
  38. Sia2 pengorbanan Khairuddin selama ini kepada Tun....hidup mati bliau bersama Tun!!....sehingga ramai rakyat yang mengenang segala jasa dan budi Tun turut merasa simpati dan bangga diatas segala pengorbanan beliau....tetapi sayang rupa2nya pengorbanan itu tidak ikhlas ,sebaliknya ada hasrat yang tersembunyi dan beliau cuba menekan Tun dari segenap sudut!!....

    Saya turut mendoakan semuga Tun tidak terpedaya lagi dengan specis laknat ini.

    ReplyDelete
  39. Salam shah:Begini sajalah saya nak beritahu-Hisbah Centre For Reform di tubuhkan oleh Bapak Sapto Waluyo,beliau dari Parti Keadilan Sejahtera(PKS)seorang yg bercita cita tinggi dan bersedia cari celah utk survival politik beliau sama saperti Ezam.saya kenal siapa Sapto Waluyo.Dia sanggup jatuhkan siapa saja asalkan cita2 tercapai.Bagi kami di Indonesia beliau bukan siapa2.Ezam pernah berjanji dengan Bersatu atau Tun Mahathir bahawa dia ada networking di Indonesia.Hisbah Reform Centre hanyalah di anggotai oleh tak lebih 20org.Ezam bukan Chairman Hisbah Reform Centre.Jika EZAM nak berdepan dengan saya silakan.Pesan buat ezam,jangan buat cerita yg tak betul dengan Tun Mahathir soal Indonesia.Saya adalah rakyat Malaysia paling lama tinggal di Indonesia(20tahun)dan saya dilantik menganggotai dewan tertinggi satu NGOIndonesia yg ada ahli sah 15juta.Saya boleh buktikan dan pernah disiar di TV Malaysia perlantikan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jjgn layan budak gila nih...
      Cakap merapu..

      Delete
    2. Maaf 16.08.barangkali anda termakan dedak.Reply anda tidak pada fakta,barangkali anda juga saperti Ezam.Itulah kebanyakan yg sering melaung pejuang bangsa tapi hanya suara yg bergegar.Tun M yg dah berumur juga yg berjuang bermatian.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...