Mengikut laporan yang memetik kenyataan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan, parti itu akan mengadakan taklimat khas Sabtu ini bagi menerangkan isu kerjasama dengan UMNO kepada para pemimpinnya.
Menurut beliau, taklimat itu akan disampaikan sendiri oleh Presiden Pas, Hadi Awang tetapi enggan mendedahkan lokasi dan waktu ia akan diadakan.
Katanya lagi, taklimat itu akan dihadiri pimpinan pusat, negeri dan wakil-wakil rakyat Pas serta memberi peluang kepada mereka yang keliru atau kurang jelas mengenai kerjasama dengan UMNO untuk bertanyakan soalan mengenainya.
Apakah makna berita ini?
Melalui berita ini pasti sukar untuk menafikan hakikat bahawa Pas, terutamanya Hadi Awang begitu teringin untuk menjalin hubungan dengan UMNO dan menyambut huluran tangan kerjasama yang dimulakan oleh Najib Razak.
Jika tidak ingin bekerjasama, sudah tentu Pas tidak akan mengadakan taklimatnya Sabtu ini dan memadai dengan mengeluarkan kenyataan media saja menolak pelawaan untuk menjalinkan hubungan itu.
Maka, dengan sendirinya tutup bukulah isu kerjasama yang digembar-gemburkan itu.
Untuk menolak pelawaan atau kerjasama, tidak logik pula jika Pas perlu mengadakan taklimat atau program khas mengenainya. Dengan kenyataan media saja pun sudah mencukupi.
Tetapi, dengan mengadakan taklimat kepada semua pimpinannya dan bersedia menjawab kekeliruan atau salah faham mengenainya, bermakna Hadi Awang sedang cuba meyakinkan orang lain dalam Pas mengenai hasrat yang terpendam dalam hatinya.
Sebab itulah taklimat tersebut diadakan dan Hadi Awang sendiri yang akan menyampaikannya.
Bagaimana agaknya dengan pendirian tiga pimpinan utama Pas iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man, Idris Ahmad dan Iskandar Abd Samad dalam taklimat itu nanti?
Apakah mereka akan terus kekal dengan pendirian menolak kerjasama dengan UMNO itu? (SH 04/01/2016).
Modus Operandi pun dh sama macam UMNO. Presiden panggil taklimat tertutup pasai 1MDB. Terang secara senyap-senyap.
ReplyDeleteSelamat Pegantin Baru Najib dan Hadi.
Selamat bermuta'ah. Eloklah tu sama2 gila
DeleteKetiga-tiga mereka akan tunduk kepada desakan Dewan Ulama dan ketetapan Majlis Syura Ulama yang keanggotaannya tidak termasuk mereka bertiga. PAS akan bekerjasama (bukan bergabung) dengan UMNO untuk mengagalkan Pakatan Harapan. Benci Hadi kepada Anwar terbawa hingga ke tahap ini. Kerana hasad dan khianat rakyat menjadi mangsa.
ReplyDeleteCepat sikit pas dan umno announce kerjasama. Sebab aku nak tengok bn sarawak tumbang. Bn sabah pun tunggu masa.
ReplyDeleteMaknanya tuang presideng bentang sushi kat jepung dah sah jadi tuan penasihat 25%.
ReplyDeleteHj Hadi akan guna muslihat yang sama semasa perhimpunan PAS.
ReplyDeleteMuslihat cai. Zuhdi dan Mokhtar sneak akan bangun buat cadangan kerana mengikut Islam cara terbaik ialah ikut keputusan majoriti. Undian pun di buat tapi dengan mengunakan kertas sebagai undi rahsia.
Tuan Ibrahim Tuan Man, Idris Ahmad dan Iskandar Abd Samad akan berkata ini keputusan pemimpin yang hadir pada taklimat tersebut.
tlg eja elok2 nama mokhtar tuh...s,n,a,k,e...bukan sneak sbb racunnya mengalahkan bauksit!
DeleteMungkin nak taklimatkan pasai amanat yang nak dimansuhkan.Manusia akan selalu berubah, dulu selalu ponteng tapi sekarang tak akan ponteng kerja kedua sebagai seorang penasihat.ingat lah nama-nama yang pernah tersohor pada zaman dahulukala, nama-nama ini bukanlah dikenang sebagai pemimpin berkaliber tapi mereka tetap dikenang sepanjang zaman.
ReplyDeleteSi Luncai
Si Tanggang
Mat Jenin
Pak Kaduk
Pak Pandir
Bayangkan kalau salah seorang menjadi perdana menteri.
Jgn main2 Budin.. dia ni ada power UTURN.. nanti bila dia online dgn tohan.. malu kita nanti.
ReplyDeleteKunfayakun la hang trus jadi batu..
Kalu nak sindir manusia pun. Jgn libatkan tuhan atau ayat tuhan.. Walaupun marah atau sindir jgn sama kan tuhan dan manusia.. Kun faya kun.. Hanya utk tuhan.. Walau digunakan utk sindir dlm komen utk kesalahan manusia adalah takpatut.. Ini nasihat.. Dan en shah.. Mohon lg sekali komen2 yg melibatkan tuhan ni dipadam.. *mcm yg pernah di buat sblum ni.. Sama2 jaga adab..
DeleteAda juga perubahan pada Hj Hadi setelah berbaik dengan Najib.
ReplyDeleteSelalunya Hj Hadi akan guna kuasa veto seperti yang pernah di buat sebelum ini.
Satu tip untuk pemimpin PAS yang hadir taklimat iaitu apa yang akan Hj Hadi sampaikan ialah melayu jadi bangsat jika PAS tidak tolong UMNO dan melayu akan hancur kerana PAS tidak tolong UMNO menarik sauh yang di labuhkan.
Hj Hadi akan berkata Islam yang sebenarnya ialah menolong orang yang di bencinya sebagai musuh untuk balik ke pangkal jalan sehingga sanggup meninggalkan dan mengkhianati saudara dan rakan-rakanya sendiri.
Majlis akan berakhir dengan solat hajat menyerahkan kepada Allah atas keputusan yang telah di persetujui.
Apa makna berita ini?
ReplyDeleteNak tahu.....
Maknanya Hj Hadi jadi Barua Najib !
Bukan barua..tapi bermukah dgn Najis..dulu sorok-sorok..skrg boleh buat terang-terang..kak mah tak marah asalkan bukan dgn betina..hehehe..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteJangan lupa AMANAT HAJI HADI AWANG di bkt punggol hulu Terenganu tahun 1984 :
1. Parti UMNO kafir
2. Kafir sebab mengamal perlembangan penjajah
3. Kafir sebab berkerjasama dengan MCA dan MIC
yang memang kafir.
4. Fatwa apa saja dari UMNO jatuh haram.
5. Tak payah kata yahudi, kristian dan majusi itu
kafir UMNO pun kafir sebab amal hukum penjajah.
Sekarang Allah swt telah balas dan tonjolkan si Hadi ini jadi munafik dan gila sebab dia sendiri bersusah payah kerjasama dengan umno yang dikafirkan .Saya tak tahu la sama ada Hadi ini sedar atau buat bodoh daripada amanatnya lah membuat ramai orang menjadi sesat kerana menjadi fanatik mengkafir orang lain yang tak sehaluan dengan mereka dan salah satu dari peristiwa tersebut adalah memali ,Hadi harus bertanggungjawab keatas jenazah jenazah yang terkorban yang telah fanatik dengan fatwa hadi awang sehingga boleh beriman dengan fatwa ini sehingga jadi rebelious.Ini contoh klasik ulama politik yang jual agama.Sekarang sudah la nak kerjasama dengan umno yang dikafirkan malah berbaik baik pula dengan president umno yang sah masuk akaun sendiri RM 2.6 billion ,hoi hadi lu tak ada malu ka.
Sekarang siapa yang kafir hadi?
DeleteUmno ka pas.. Semua tak kafir.. Menurut Al Quran & hadis sahih.. Org yg kafir adalah org yg tidak percaya pada Allah.. Bukan bila tak undi umno atau pas jatuh kafir.. Jgn melangkau dari apa yg tercatit dalam Al Quran dan Hadis sahih.. Kalu ada yg terlepas kata.. Mohon la maaf.. Dan islam suruh manusia silaturrahim.. Kalu umno nak bersilaturrahim dgm pas.. Itu dikira buat apa yg islam anjur.. Andai kata disebalik silaturrahim antara umno-pas ada agenda lain. Itu diluar prngetahuan kita.. Andai ada salah. Itu antara hamba dan tuhan.. Andai pertemuan umno-pas itu bawa keburukan lain.. Itu ujian utk kita lebih amal apa islam anjur.. Kesimpulan.. Islam anjur berbaik2 antara manusia walau berbeza pendapat.
DeleteJika berlaku penyatuan UMNO-PAS, yang paling happy dan bakal dapat durian runtuh adalah 2 orang kuat pakar perang saraf UMNO dalam PAS. Mereka ni bakal dapat imbalan yang bukan sikit. Kunci keretakan PAKATAN terutama PAS & DAP adalah peranan yang dimainkan oleh 2 "komando" saraf UMNO yang telah sekian lama berada dalam selimut PAS dalam mempengaruhi pimpinan tertinggi PAS. Malah yang merintis pertemuan PM dgn Hadi semasa beiau terlantar di hospital juga adalah salah seorang dari 2 "komanda" senyap UMNO dalam PAS ini. Tak sukar untuk kenal duri dalam daging ini. 2 orang ini bakal kaya raya dan akan mendapat anugerah projek dan kedudukan dalam beberapa koperat penting. Salah sorang dikabarkan akan dilantik memegang jawatan penting dalam satu syarikat yang digambarkan sedang mempromosi etika Islam.
ReplyDeleteLihat saja nanti andai penyatuan 2 musuh politik tradisi ini berlaku. Sejak pertemuan Hadi dengan PM Najib sewaktu Hadi terlantar di hospital, detik itulah Hadi berubah 360 degree. Kalian tahu kenapa berlaku begini?. PM Najib amat yakin "Cash Is King". Dan ingat...saat seseorang kelemasan di air, dia akan mencapai apa saja yang dapat dipaut. Cuma kesian mereka mereka yang meletak sepenuh kepercayaan kepada manusia yang berimej Islamik sedangkan dibelakang tabir ada kompromi konon atas nama Islam.
Agaknya UMNO dan mereka yang berpegang kepada perlembagaan penjajah dan bukan berdasarkan alquran tidkj kafir lagi. Mungkin UMNO yang masih mengamalkan Islam suku, sekular suku juga tidak kafir lagi. Jadi siapa yang sebenarnya kafir?. Tanyalah Hadi. Kerana survival politik peribadi, Islam cuma jadi bahan dagangan dan dilacurkan golongan ini untuk faedah peribadi dan kelompok terdekat mereka. Sedihnya..derma ramai selama ini setiap kali ceramah anjuran PAS jadi sia sia. Atas nama Islam konon tapi hakikatnya hipokrit.
Boleh agak dah sapa 2 orang tu. Sorang mempengaruhi golongan agama dan sorang lagi mempengaruhi golongan profesional dalam PAS. Dulu 2 orang ni tak berani terang terang sebab ada Tuan Guru Nik Aziz, tapi selepas pemergian Tuan Guru, tembelang 2 manusia ni makin ketara. Bijaknya kerana mereka ni melibatkan menantu Tuan Presiden yang diberi imbalan jawatan istimewa untuk melemahdan melembutkan Hadi. Dan akhirnya Hadi termakan mainan 2 orang yang berstatus Ustaz dan Doktor ni. Nak sebut ke 2 malaon ni?
DeleteTak payahlah sebut nama, semua orang dah tahu.Bayangkan cikgu2 yg jadi ketua ranting Pas boleh kena tukar 24jam kat pendalaman, tinggal anak bini, 2 ekor ni boleh relax aje kat universiti. Hadi ni mungkin bodoh sikit, dulu Anwar ada bolehlah dia bagi nasihat...Nasiblah ahli pas...lagi satu...ustaz2 Pas yg kena gam kat tv....dah bolehlah masuk tv...dah boleh jadi Ustaz Seleberiti.
DeleteTuan2 diatas mohon jgn buat tafsiran sendiri.. Kalu apa yg tuan2 dakwa itu benar akan dikatakan mengata.. Kalu tak benar akan dicatit sebagai fitnah. Mungkin apa yg kita tafsir tu salah.. Dan mungkin benar. Tapi itu tak bermakna kita boleh kutuk org.. Hari ni kita rasa mudah nak kutuk org.. Bimbang besok tak larat nak tanggung dosa org
DeleteIni bukan citer dlm kelambu ag...ALLAH nak buka hijab ''isi hati'' hadi awang yg sebenarnya.
ReplyDeleteSaya rasa presiden pas ni nak tebus dosa dia dgn umno sebelum terlambat takut tak masuk syurga..ingat amanat dia dulu..mengkafir kan umno...
ReplyDeleteAmbo pege sokmo pado amanat Tok Guru Haji Adi..dari dulu sapa ke lor nie..pah dio jugok hok yg suroh istiqomah..pah tu dio pulok hok yg ngenak..bakpo Tok Guru wei..ambo keliru doh nih!
ReplyDeleteLebai malang sudah sampai di putarjaya untuk menasihat pak kaduk di putrajaya.
ReplyDeleteJika kerjasama atas nama 'bangsa dan agama' ini terlaksana kita harus ucap tahniah kepada geng UG yang rata-rata ustaz segera seperti Nasharuddin Mat Isa, Hassan Ali, Zuhdi, Nik Abduh etc. Moga Haji Hadi dan Haji Haron Din boleh hidup bahagia dan mati dengan tenang. Mereka yang berselindung di sebalik agama menasihati jemaah ada wasatiyyah sedang mereka berlebih-lebih dalam tindak tanduk dan bermewah-mewah hasil sumbangan dan derma saudara seumat, mereka inilah munafiq paling besar
ReplyDeleteHj Hadi atau PAS ikhlas ke atau tidak.idea bersama dgn UMNO hanya setelah sokongan dan kedudukkan tergugat.
ReplyDeleteSaya tak hairan jika benarlah apa yg dikata jelas menunjukan pemimpin pas lah yg beria2 utk bersekutu dgn umno najib tu dan dgn itu pas menuju kehancuran n perpecahan itulah parti islam pendirian parti Dap tu lagi baik n konsisten
ReplyDeleteSaya tak hairan jika benarlah apa yg dikata jelas menunjukan pemimpin pas lah yg beria2 utk bersekutu dgn umno najib tu dan dgn itu pas menuju kehancuran n perpecahan itulah parti islam pendirian parti Dap tu lagi baik n konsisten
ReplyDeleteEh... Eh ....
ReplyDeleteHaji Hadi dah lupa ka amanat dia dulu atau amanat tu senyap-senyap dah bertukar.
Kalau PAS nak bekerjasama dengan UMNO pun, bukan melalui Haji Hadi sebab amanatnya itu.
Sapa-sapa boleh bagi pencerahan...
Kalau betul Hadi nak jalin hubungan dengan orang yang tenat, sama ada kerana mahu menolong orang yang sedang nazak ataupun nak dapat manfaat daripada orang yang cukup terdesak. Kalau nak tidur sekatil dalam masa begini, syok kah untuk hadi ataupun najib yang lebih syok ? Umum sudah tahu yang buat bising dalam Pas akan senyap macam orang Umno sendiri seperti terbukti dalam PAU dan perjumpaan tertutup Najib.
ReplyDeleteJadi kesimpulannya ialah memang Umno dan Pas itu secocok dan boleh tidur sama.
melihat senario skrg dan jika ianya berterusan sehingga PRU 14 PAN akan untung sabut di kawasan parlimen majoriti melayu di bandar dan pinggir bandar yg mana pengundi bukan melayu peratusannya dlm 30% hingga 40%..kekuatan PAN adalah kerana kelemahan UMNO dan pendekatan pelik PAS yg gopoh dan kelam kabut dlm usahanya membenam PAN.
ReplyDeleteNamun sekiranya dlm 2 thn ini PAS berubah dpd segi kepimpinan dan kembali membuat pusingan 360° maka yg paling tenat adalah UMNO.
mungkinkah ini adalah strategi blue ocean yg dilakarkan oleh PAS dan PAN utk membenam UMNO.akhirnya PAS meletakan posisinya di kawasan melayu dan PAN dgn bantuan undi bukan melayu menyapu sebanyak yg boleh di kawasan urban dan semi urban.