Selepas menimbulkan kontroversi dan kemudian mendapat perlekehan ramai berhubung kenyataannya menggalakkan rakyat melakukan dua kerja, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ahmad Maslan kini cuba mempromosi #tambahpendapatan pula.
Katanya, #tambahpendapatan dilihat merupakan pendekatan yang lebih positif dalam usaha membantu rakyat menangani beban kos sara hidup yang kian meningkat.
Saya sendiri ingin membantu rakyat menambah pendapatan dengan menggunakan tagline #tambahpendapatan dalam Twitter saya dan bagaimana agensi-agensi di bawah MITI boleh melaksanakan idea tersebut, kata Ahmad Maslan yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO.
Barangkali Ahmad Maslan berniat baik mahu membantu rakyat dalam menambah pendapatan, tetapi tentunya ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk mengorak langkah ke arah itu di ketika ekonomi begitu lembab, wang dalam poket semakin berkurang, peluang niaga terhad dan aset serta tanah negara satu persatu mulai dijual kepada negara asing?
Apa lagi yang boleh dilakukan oleh rakyat biasa untuk menambah pendapatan mereka? Apa lagi yang masih ada dalam negara untuk dikembangkan?
Dalam hal ini, apa kata Ahmad Maslan memperkenalkan program menggalakkan rakyat mencari dan mengutip derma dengan lebih agresif lagi?
Berdasarkan kejayaan Najib memperolehi derma sehingga RM2,600 juta, ia secara tidak langsung menunjukkan rakyat Malaysia berpotensi besar dalam mendapat kepercayaan mereka yang mahu memberikan derma.
Tidak pernah sesiapa dalam dunia ini yang mampu mendapat kepercayaan begitu tinggi sehingga ada yang sedia memberikan derma sebanyak itu dan ini memperlihatkan ia boleh dikembangkan sebagai sumber baru bagi rakyat menambahkan pendapatan.
Program ini boleh diperhebatkan dengan menggalakkan lagi rakyat mencari derma bukan saja di dalam negara, tetapi mesti berani melangkah sehingga di luar negara. Bermakna bukan saja glokal, tetapi juga global.
Dalam masa yang sama, berdasarkan kejayaan Najib yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana pihak di dunia ini, Ahmad Maslan juga boleh menjadikan Perdana Menteri sendiri sebagai "duta produk" untuk beliau berkongsi rahsia bagaimana untuk meyakinkan orang-orang kaya menghulurkan derma mereka.
Sudah tentu ramai yang ingin tahu bagaimana Najib boleh begitu berjaya dalam mendapatkan derma sedangkan Tun Mahathir Mohamad yang lebih dikenali di kalangan negara-negara Arab hanya mampu memperolehi sumbangan kitab-kitab saja ketika berusaha mencari dana untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa dahulu.
Mat oh Mat...mari kita cepat-cepat beralih kepada #cariderma untuk menambahkan pendapatan rakyat yang semakin sengsara di bawah kepimpinan Najib ini. (SH 05/01/2016).
Setuju 100% dgn idea admin, hasil dermalah yapiem jadi kaya-raya sehingga taja menteri main golf kat US & beli simulasi golf berjuta-juta. Rakyat terus derma supaya pemimpin melayu boleh terus joli katak, tak percaya tanyalah kat che mah kita. Segala cukai tu juga derma dari rakyat kpd pemimpin utk kesenangan mereka secara paksa.
ReplyDeleteJom rakyat Malaysia kita ramai ramai keluar minta derma. Mula mula di rumah Najib lepas tu ke semua rumah menteri menteri 1MDB.
DeleteJom semua. Tiap tiap hari kita keluar minta derma.Kita pun boleh main golf di New York.
Kenapa kerajaan & 1MDB tak mintak derma untuk menyelesaikan masalah hutang RM 42 billion. Kenapa aset negara harus digadai untuk tujuan itu. sepatutnya kerajaan & 1MDB berniaga untuk tambah pendapatan. Ini tidak, berniaga ke laut, hutang membukit. Ini dinamakan bisnes gila babi.
ReplyDeleteKerja pun gaji tak berapa sen. Dulu alhamdullilah cukup makan, cukup pakai, cukup untuk hantar anak anak ke sekolah dan rumah pengasuh, cukup untuk balik sambut hari raya di kampong halaman.
DeleteSekarang dah hampir papa kedana. Elok sangat kita keluar minta derma macam Najib. Elok sangat kita sambut cabaran mat maslan.
Isnin hingga Jumaat kita buat kerja macam biasa.
Sabtu dan Ahad kita keluar minta derma.Kalau najib dengan Mat Maslan tak buka pintu pagar rumah. Kita panjatlah beramai ramai. Najib dengan Mat Maslan tak boleh marah, Kalau marah kena jual.
Banyak pajak gadai dan pajak gantung yang mahu mereka berdua ni.
Jelas kepimpinan yang ada sekarang sudah tenggelam punca untuk menghadapi krisis ekonomi ini. Pelbagai idea merapu keluar dari otak yang kosong. Ketika zaman DrM memimpin dan apabila negara diserang oleh penyangak matawang pelbagai langkah diambil untuk menstabilkan ekonomi. Rakyat berasa confident ketika DrM menjadi nakhoda ketika laut bergelora.
ReplyDeleteTapi bila lanun mengambil alih kapal inilah akibatnya...
Bila lanun mengambil alih layar dikembangkan dan sauh dilabuhkan macam mana kapal tak tenggelam. Gila punya pahlawan bugis
DeleteEhh..betulah apa pahlawan bugis cakap.
DeleteBiar Bumi terbelah dua, tanah sebelah dah dijual kepada negara china
melihat mood rakyat sekarang dan defisit keyakinan terhadap kepimpinan secara ikhlasnya saya menasihati ahmad maslan supaya tumpukan pada 1 jawatan iaitu jawatan dlm parti sahaja kerana krisis keyakinan mulai merebak biak dan memerlu pejuang serta ahli fikir seperti tuan untuk kembalikan kegemilangan perjuangan UMNO.jgn bergoyang kaki..menunding jari..memberi arahan dpd jauh tapi tidak memahami atau dlm mod denial syndrome.jgn terlalu mengharap kerjasama UMNO PAS akan menyelesaikan segala masalah.terpenting jgn buka mulut.
ReplyDeletebila dah pandai tutup mulut tutuplah platform media sosial tu buat sementara.lupuskan aura negetif.dah celaru haru biru kerana trying too hard to justify 3.85.takut2 ahli UMNO sendiri buat laporan polis menuduh tuan yg arif cuba sabotaj parti tanpa niat..atau ada rakyat malaysia membuat laporan polis bahwa tuan 3.85 salahguna media sosial utk sakitkan hati dan mental rakyat.
ReplyDeleteKerajaan Barisan Nasional yang berbelanja boros sehingga duit habis dijoli....dia perkenalkan cukai GST kononnya baik untuk rakyat kerana barang mahal jadi murah.
ReplyDeleteBila kerajaan tak mampu turunkan harga barang keperluan dan perkhidmatan dicadangkan pulak buat dua kerja dalam sehari.
Memang patut timbalan menteri itu dikutuk dan dicelakakan oleh rakyat kerana tujuan rakyat memberi kuasa bukan untuk jadi penyamun yang berselindung disebalik nama perdana menteri dan menteri kewangan tapi menguruskan ekonomi jadi lebih berkembang supaya pendapatan rakyat juga meningkat dan mampu berbelanja.
Ayat yang selalu keluar dari mulut menteri dan timbalan menteri nya menyakitkan hati rakyat. Harga ayam naik, jangan makan ayam....makan ikan. Harga tol naik, keluar rumah awal pagi, guna jalan yang tidak ada tol. Ini sebahagian contoh yang menggambarkan betapa celaka menteri yang berkhidmat dalam kerajaan BN.
Rakyat pilih mereka supaya berkhidmat untuk rakyat tapi setelah dapat kuasa mereka pulak jadi raja dan rakyat pulak dijadikan hamba......celaka sungguh pemimpin Barisan Nasional !!!!!
Harga ikan naik. Jangan makan ikan. Makan batu.
DeletePundek punya mat maslan
ReplyDeleteAhmad Maslan maksud kan ialah supaya gaji pekerja di tambahkan.
Sepatutnya #TambahGaji lebih tepat, bukannya #TambahPendapatan.
Saya ni bukan setakat satu dua kerja malah macam macam kerja dah buat nak cari makan. Nak banding dengan 2.6 billion derma tu dengan apa yang saya dapat dari Damiana ni, bagai langit dengan bumi jauh bezanya. Orang macam saya ni siapalah yang nak derma banyak tu Tuan Shahbudin oiii. Apa pun Si Damiana ni dah ringankan sikit beban hidup saya.
ReplyDeleteApa yang saya nampak mat maselan ini #Tambahbodoh dan #Tambahbangang.Nak tambah pendapatan dengan otak pak kaduk dan pak pandir alamatnya jadi lebai malang la jawapnya.Kita rakyat bukan hamba ekonomi kepada ekonomi negara yang gagal pimpinan pak kaduk.Macam ni punya cadangan dia eloklah tu, kita dah jumpa mat jenin moden.
ReplyDeleteHahaha...isu Derma bebetul lawak antarabangsa dari lanun antarabangsa...hihihi...tambah lawak no.3 dunia...risywuah! Apaa punyaa turr...
ReplyDeleteAda lagi cadangan yg lebih bagi tambah pendapayan atau buat dua kerja ia itu jadi peminta sedekah buat lepas kerja temparnya dekat masjid depan pejabat menteri kerana mereka ni banyak duit buat tiga (3) empat(4) kerja itu lebih mudah tanya menteri bangang tu
ReplyDeleteAda lagi cadangan yg lebih bagi tambah pendapayan atau buat dua kerja ia itu jadi peminta sedekah buat lepas kerja temparnya dekat masjid depan pejabat menteri kerana mereka ni banyak duit buat tiga (3) empat(4) kerja itu lebih mudah tanya menteri bangang tu
ReplyDeleteLebih Mat Maslan jawab isu tambah pendapatan drp jawab isu2 1MDB dan 2.6 bil. Sendiri bikin isu, sendiri boleh jawab drp org lain bikin isu aku pulak kena jawab.
ReplyDeleteBETUL TAK?
Mengapa Mat Maslan tak mahu jual seluar dalam? Berganda untungnya. Yang pakai seluar dalam saiz XXLL boleh derma kat Mat Maslan
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAmerika sama Clinton apa kelas dibanding dengan Msia dan Najib ? Kitakan 10x lebih bagus. Nak kutip derma kita no 1. Nak buat business beruk kita no 1. Nak pilih orang bangang letak dalam jawatan penting kita jugak no 1.
ReplyDeleteClinton tu kutip derma merata-rata. Kita kutip satu satu tempat dah 10x ganda. Kalau merata dah lebih berkali ganda mak oii !