Dengan 14 Ketua UMNO Bahagian, tiga daripadanya diwakili oleh Timbalan Ketua Bahagian, mendesak pertukaran serta hilang kepercayaan terhadap Mukhriz, tentu saja agak sukar bagi Najib untuk sekadar berdiam diri dan tidak memberi perhatian terhadap perkara tersebut.
Berbanding Mukhriz yang kini tinggal keseorangan dalam kepimpinan UMNO Kedah, ditambah dengan bapanya, Tun Mahathir Mohamad masih lantang mengkritik dan belum berputus asa mendesaknya berundur, Najib kini hanya ada satu pilihan saja iaitu memenuhi tuntutan kumpulan yang diketahui Ahmad Bashah itu.
Berdiam diri dan tidak memenuhi tuntutan kali ini akan berisiko mengurangkan lagi sokongan UMNO Kedah terhadap Najib kerana beliau akan dicop sebagai pemimpin yang lemah dan tidak memahami kehendak pemimpin bahagian.
Oleh itu, ada kemungkinan majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah yang baru akan diadakan seawal hari Ahad ini setelah mendapat perkenan pihak istana.
Sekurang-kurangnya dua nama sedang berebut dan melobi untuk menggantikan Mukhriz iaitu antara Ahmad Bashah Hanipah dan Ahmad Lebai Sudin.
Ahmad Bashah ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang dilantik ke jawatan itu melalui pemberian kerusi Senator selepas PRU 13 lalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar serta Adun Bakar Bata.
Ahmad Lebai Sudin pula hanya berjawatan Adun Bukit Lada, tetapi kalah dalam mengekalkan jawatan Ketua Bahagian Pokok Sena kepada Said Ali Said Rastan dalam pemilihan UMNO yang lalu.
Tetapi, pertukaran Menteri Besar Kedah ini bukan saja menjadikan "perang" antara Najib dengan Tun Mahathir menjadi lebih terbuka dan bertambah parah, malah berkemungkinan menyebabkan BN lebih mudah terlepas penguasaan negeri itu kepada pembangkang dalam pilihanraya akan datang.
Haruslah diingat bahawa faktor terpenting kemenangan BN di Kedah dalam PRU 13 lalu adalah kerana pengaruh Tun Mahathir serta janji menjadikan Mukhriz sebagai Menteri Besar jika kerajaan Pakatan Rakyat dapat ditumbangkan.
Disebabkan faktor Tun Mahathir yang ditampilkan melalui pemilihan Mukhriz sebagai Menteri Besar beserta pergolakan dalam Pas ketika itulah maka pengundi Kedah sedia kembali memberi mandat kepada BN menerajui negeri itu.
Sebab itu, dalam kempen PRU 13 lalu hanya Mukhriz yang ditonjol, dikempen dan dijanjikan sebagai calon Menteri Besar sebelum PRU 13 dan ia tidak berlaku di negeri-negeri lain.
Penyingkiran Mukhriz hanya akan memudahkan pembangkang menawan kembali negeri itu, tambahan pula tiada ternampak "aura atau nilai tambah" untuk menggamit hati pengundi, baik jika Ahmad Bashah mahu pun Ahmad Lebai Sudin dijadikan Menteri Besar.
Bagi Pakatan Harapan dan Pas, apa yang perlu mereka lakukan hanyalah sedikit berlapang dada untuk berkompromi dan membuang ego masing-masing demi mencapai cita-cita menawan semula negeri itu.
Bagi Najib pula, sengsara politiknya akan bertambah dengan penyingkiran Mukhriz ini. Ia bukan saja membentangkan kepada rakyat sikap pendendamnya terhadap Tun Mahathir, malah yang perlu didepaninya selepas ini serangan yang lebih keras daripada bekas Perdana Menteri itu.
Bermakna dengan pertukaran Menteri Besar Kedah, akan menjadikan tiga "pemimpin terbuang" berada bersama Tun Mahathir iaitu Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz dan jika mereka bergerak dengan tersusun serta terancang selepas ini, Najib bila-bila masa boleh "sesak nafas" dibuatnya.
Meskipun tanpa jawatan dalam kerajaan, rakyat akan lebih berpihak kepada mereka untuk terus berdepan dengan Najib.
Bersama isu-isu 1MDB dan wang RM2,600 juta (atau RM4,000 juta?) yang tidak mungkin selesai dan akan terus menghimpit Najib, gelora yang dicipta di Kedah ini akan menjadikan Najib bertambah sengsara dalam penilaian rakyat atau pengundi biasa.
Dengan itu, cerita-cerita bahawa Najib sedang menjadi laluan selesa untuk mengundurkan diri sebelum PRU 14 tidak mungkin berlaku sama sekali.
Tahun-tahun mendatang sehingga PRU 14 pasti akan sarat dengan cerita-cerita politik berkaitan Najib, baik yang realiti mahu pun persepsi yang akhirnya bukan saja menjadikan teori RAHMAN semakin hampir menjadi kenyataan, malah akan membawa UMNO dan BN "berkubur" bersamanya. ( SH 20/01/2016).
Hendak diharapkan PAS.........hamPAS
ReplyDeleteHendak diharapkan Wan Rosli...eeee tekak geli
Dua-dua tu tak boleh pakai!
Jelas catur digerakkan oleh Zahid dan KJ. Mukhriz bukan ancaman sebenar Najib. Pengganti Najiblah yang lebih terancam oleh Mukhriz. Maka gerakan singkirkan Mukhriz tidak perlu digerakkan oleh Najib. Dengan masalah yang ada, keadaan tambah celaru dengan perkembangan ini.
ReplyDeleteNajib terpaksa pancung Mukhriz dan ini akan mengurangkan nilai politik Najib.
This comment has been removed by a blog administrator.
DeleteKata mudahnya..Umno/BN akan pupus dan perlu digantikan kesemuanya sekali.
ReplyDeletePutrajaya, Kedah,Perlis, Terengganu, Pahang, Perak, N9,Melaka,Johor, Sabah dan Sarawak.
Biar dia hancur biar dia karam. Aku dan keluarga aku tidak akan undi UMNO/BN lagi selagi najib dan semua anggota kabinet 1MDB masih ada.
DeleteAku lebih redho undi DAP walaupun ini belum pernah aku buat seumur hidup aku.
Pernahkah UMNO/BN ambil tahu kebajikan ahli ahli yang menyokong mereka selama ini? Pernahkah ketua bahagian ambil tahu hal kami?Pernahkah mereka berterima kasih kepada kami?
Mereka hanya mempersendakan hidup kami.Mereka sibuk dengan wang ringgit. Mereka sibuk mengejar kekayaan untuk diri sendiri.
Apa kah benar umno membela nasib orang orang Melayu dan rakyat selama ini?
Pergi jahanamlah dengan kamu semua.Kita sama sama akan tengok siapakah yang sebenarnya yang akan merempat selepas PRU 14 nanti.
Ke semua tu akan masuk penjara. Tunggu dan lihat saja
DeleteTiap-tiap kezaliman yang dilakukan oleh pelaku dan doa orang-orang yang dizalimi itu akan termakbul deengan segera,inilah ketentuen Allah SWT.Kepada kuncu-kuncu yang bersubahat dengan sesatu kezaliman yang berlaku jangan susah tuan/puan pun akan menerima bonosnya.Pada DSM be happy dont worry atas derama yang sedang dirancang ini.Berdikarilah anda sebagai pemimpin yang mempunyai maruah.Mungkin sedeh sikit umno sedang membina leboh raya untuk berkubur.
ReplyDeletedoa orang dizalimi makbul kebende bro??? mabuk ke hang ni.. pijak la bumi logik dan nyata sikik.. Tuhan xder masa nak dengar masalah umat, Dia sibuk dengan kerja Dia.. kita pun sibuk dengan kerja kita..xder masa nak peduli hal memasing..
Deletekalo makbul, dah lama palestine ngan syria serta afghanistan juga negara2 arab aman damai dah..
salam...
Deleteano 8:23
i beg to DIFFER
"Tuhan xde masa nak dengar masalah umat"
demi sesungguhnya Allah MAHA MENDENGAR, jd jgn kata Allah xde masa nak dengar...
"Dia sibuk dengan keje Dia"
demi sesungguhnya Allah tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur - Ayatul Qursi, Al-Baqarah
"xde masa nak peduli hal memasing"
Dia MAHA MENGETAHUI apa yang ada di hadapan dan belakang kamu- Ayatul-Qursi, Al-Baqarah
tentang perang, kita hidup di dunia MEMANG UNTUK DIUJI. Rasul s.a.w dan para sahabat juga pernah berperang. Nabi Nuh diuji dgn banjir besar yg menenggelamkan bumi.
Ingat, "AKU BERSAMAAN dengan SANGKAAN HAMBAKU".
jd tolong berbaik-sangka dengan Allah,ya anon dan semua pembaca kat sini.
saya susun jari sepuluh pohon ampun dan maaf andai tersilap kata. saya jahil, kurang, lemah, hina, aib, jika tanpa Allah bersama saya...
Dah mudah untuk buat keputusan PRU nanti.. Bye bye UMNO Kedah. Tak sabar nak tengok geng Grand Alora tadi terkapar-kapar lepas keputusan PRU diumumkan.
ReplyDeleteAhmad bashah ni dah lama teringin nk jadi MB.kalau xde pertolongan tangan ghaib,tak berani.dapat peluang cantas,cantas la.
ReplyDeleteSemoga umno berkubur lepas ni
tak kelapaq tgk muka md bashah aatau mad lebai sudin jd mb
ReplyDeleteItulah dia umno mempunysi hati petut yang busuk pendengki bermusuhan sesama sendiri kerana tamak kan kuasa harta dan penuh dengan rasuah rasuah rasuah selamat berkubur umno
ReplyDeleteItulah dia umno mempunysi hati petut yang busuk pendengki bermusuhan sesama sendiri kerana tamak kan kuasa harta dan penuh dengan rasuah rasuah rasuah selamat berkubur umno
ReplyDeleteMahathir terpaksa mengorban karier politik anak nya demi menyelamatkan negara dari di tarah oleh Najib dan pemimpin UMNO. Setakat ini belum dengar yang Mukhriz menguna duit rakyat untuk program berhari-hari di luar negara atau membeli tanah dengan harga yang mahal dari harga pasaran.
ReplyDeleteMereka yang terlibat dengan dakwaan tersebut pulak yang terbabit sama menyingkir Mukhriz.
Sebenarnya dan sejujurnya bukan kehendak umno kedah pun mahu menyikir muhkriz apatah lagi akar umbi dan rakyat kedah,sebenarnya dtg dari nafsu barua barua ROSMAH yg terdapat dikedah,biar la,apa yg pasti umno akan di humban dlm tong najis yg amat sesuai dgn kepimpinan umno sekarang,ingat umno sudah jadi parti cilaka yg tidak bawa faedah pd orang melayu semacam zaman lampau setiap kezaliman akan terima balasan nya dan UMNO akan lenyap insyallah.
DeleteSebenarnya dan sejujurnya bukan kehendak umno kedah pun mahu menyikir muhkriz apatah lagi akar umbi dan rakyat kedah,sebenarnya dtg dari nafsu barua barua ROSMAH yg terdapat dikedah,biar la,apa yg pasti umno akan di humban dlm tong najis yg amat sesuai dgn kepimpinan umno sekarang,ingat umno sudah jadi parti cilaka yg tidak bawa faedah pd orang melayu semacam zaman lampau setiap kezaliman akan terima balasan nya dan UMNO akan lenyap insyallah.
DeleteSultan Kedah perlu ingat yang Majlis Raja-Raja telah bertitah supaya kemelut 1MDB perlu di selesaikan dengan segara.
ReplyDeleteIni bermakna prestasi Najib sebagai PM di persoalkan dan secara tidak langsung apa yang di bangkitkan oleh Mahathir ada kebenaran nya.
Paling mudah, Sultan Kedah tidak perkenankan calun Najib sebagai Menteri Besar dan 'minta penjelasan' mengapa Mukhriz perlu di tukar sedangkan negeri Kedah tidak ada masalah seperti Pahang (bauksit) dan Melaka (Ratu Cantik).
Najib perlu di ajar..
Ini adalah pandangan peribadi sahaja.
ReplyDeleteMB ni lebih dahulu merintis hubungan baik dgn PAS Kedah dan lebih 'populis' mulut mereka pilih jika dibandingkan DSN. Memang MB ini ada potensi mengikuti jejak Ayahanda Tun M sebagai PM masa depan atas X faktor pemimpin yang dicari dalam barisan kepimpinan sediada UMNO sekarang.
Sepatutnya MB ni dah duduk di Putrajaya menjadi menteri penuh dan sebagai naib presiden UMNO Malaysia, bukan menjadi MB seperti sekarang.
Tindakan UMNO Kedah menyingkir MB ni akan beri laluan PAS atau ibarat menyerah kuasa Kembali negeri Kedah kepada PAS sebagai kerajaan negeri masa depan atas konsessi kerjasama politik PAS UMNO sekarang.
Maka jadilah MB ni senasib seperti TSKI berakhir sebagai wakil rakyat biasa. Jadi sudah terserlah DSN akan memastikan bilangan kerusi PAS benteng utama menjamin UMNO dan dirinya 'survive' dalam hayat kuasa politik.
Aper??? PAS nak kembali jadi kerajaan berkuasa masa depan di Kedah?? Jangan harap la dengan keadaan PAS sekarang ni.. PAS sudahpun berkubur selagi Haji Hadi masih jadi presidennya..juga walaunta2 yang sama dok bertenggek dengan Haji Hadi dan anak beranaknya.
DeleteLagi satu, mursyidul am PAS yg baru, Harun Din, langsung takde nampak kerjanya.. yg ada terus ceramah agama dan terus ceramah agama.. politik langsung x nampak bayang.. PAS makin melingkup di Kedah..malah satu Malaysia, ahli2 yang walaunta pula, semua dok senyap saja.. banyak blog2 penjilat PAS sudah lumpuh, malah sudah bertukar nada menjadi AMANAH IMAYAM pulak..
Sebenarnya PAS sudah tak relevan lagi. Golongan yang menggerakkan PAS sudah lari ke AMANAH. Tinggal yang dok berceramah pong-pang-islam-itu-islam-ini.. padahal rakyat makin susah dengan Islam ala PAS.. tak bawa rahmat lagi selepas pemergian TGNA.. skrg PAS sudah membawa celaka ke seluruh negara pulak..
Meh datang Kedah, lihat sendiri perkembangan PAS. Semua walaunta kunci mulut nak sokong PAS. Tempoh bertenang. Bagi yang aggressive, sumer dah blah pergi AMANAH. Harta2 PAS juga dipunggah ke AMANAH.. sbb yang banyak berusaha dan turun padang dalam PAS dulu adalah orang yang membuat kerja, bukan yg dok berceramah kosong atas pentas. Bila org2 yang berbuat kerja ini keluar PAS, tenaga kerja PAS dah lumpuh.. apa lagi yang ada ialah..ISLE-ISLE-ISLE.. juallah agama untuk jadi kaya..selagi buleh kaya, juallah..
Bubar jerr DUN kedah. Mukriz dan geng2 dia patut tanding calon bebas . Cash is king boleh beli sokongan pemegang jawatan parti, tapi tak boleh beli sokongan rakyat. Tunggu apa lagi mukhriz? Masa terbaik tonjolkan ketokohan ialah di saat krisis seperti ini. Lagi pun brand umno tak laku dah di kedah.
ReplyDeleteSatu cadangan yg baik. Mukhriz jumpa Sultan Kedah dan mohon perkenan bubarkan DUN Kedah.
DeleteSerah balik kuasa kpd rakyat Kedah untuk memilih kerajaan dan ketua kerajaan negeri yang baru.
Satu cadangan yg baik. Mukhriz jumpa Sultan Kedah dan mohon perkenan bubarkan DUN Kedah.
DeleteSerah balik kuasa kpd rakyat Kedah untuk memilih kerajaan dan ketua kerajaan negeri yang baru.
Umno sedang nazak Dan menanti masa berkubur. Agak mustahil sesiapapun dapat menyelamatkannya. APA perlu untuk pemimpin seperti muhriz, TSMY, shafie Dan lain2 masih dalam umno. Cari atau buat platform baru untuk menyelamatkan orang melayu Dan negara.
DeleteRelevenkah lagi "kesetiaan kepada parti" pada masa INI dimana umno dipenuhi dengan "pemakan dedak"...
iye ke umno dah nazak di kedah. ni pendapat hang saja. aku tak nampak pun. tak dak pemberontakan dalam parti pun yang aku tengok. yang dok melahu dan melalak cuma puak yang memang tak sokong umno dari dulu lg. katanya semua rakyat kedah tolak dah umno. tak dak pun aku tengok. mcm biasa saja geng umno. yg dok melompat sakan memang puak pembangkang yg tobat tak sokong umno. memang la rakyat kedah tolak dah umno tapi puak ni saja
DeleteMenang jadi arang..kalah jadi abu
ReplyDeleteSiapa pun yang akan menguasai Kedah pasca PRU14, yang pasti ianya samada Umno atau Pas dan tidak yang lain. Dalam kata lain siapa pun yang bakal menang lalu bersorak selepas PRU14, tidak ada nilai nilai yang akan tergadai. Amin.
ReplyDeletesesuatu yg diduga hanya menanti saatnya.ketika ini overconfident tersergah dikalangan kumpulan pro najib.jgn pula ia sebenarnya countdown kepada kejatuhan kepimpinan atasan UMNO.
ReplyDeleteNampaknya apa saja yang dilakukan Pakatan lambat laun jadi popular dan jadi ikutan.
ReplyDeleteBila Pakatan mula beri 2 meter padu air percuma (2MPP), ia di kopi oleh bantuan rakyat satu malaya (BR1M).
Begitu juga bila Pakatan perkenalkan langkah kajang 1, ia kini bakal di copy and paste jadi langkah kokdiang 1.
Kalau boleh sudah tentu apa saja jadi milik sendiri tak mahu ianya di tiru oleh pihak lawan. Cara berkesan ialah Pakatan daftarkan semua itu jadi trade mark.
kalau kita ada anak bernama parti amanah, sudah tiba masanya mereka melahirkan anak bernama parti tulus-ikhlas, ha ha
DeleteUndi tak percaya disegi undang2 tubuh negeri hendaklah dari kalangan majoriti ahli DUN. Perlantikan MBpun dari Sultan atas dasar kepercayaan majoriti dikalangan ahli DUN. Hilang kepercayaan dikalangan ahli UMNO tidak boleh di takrifkan sebagai hilangnya kepercayaan majoriti dikalangan ahli DUN yang mana Sultan terdorong utk melantik MB yang baru kerana kehilangan kepercayaan dikalangan ahli parti adalah urusan parti semata-mata bukanpun urusan Sultan dan perlu diselesai dikalangan ahli UMNO dalam AGM partinya tanpa membabitkan pentadbiran negeri.
ReplyDeleteMungkin bagi sebahagian pemimpin UMNO mereka merasa dah hebat,bagi sebahagian kami yg tinggal diluar negara mereka tidak lebih dari 'Jaguh Kampong'Mereka hanya boleh jadi ketua kampong dan tak boleh jadi pemimpin Nasional atau dikenali di peringkat International.Apa masalah DS Mukhriz?Rakyat Kedah sokong beliau.Yg calon nak sgt jadi MB tu,entah siapa siapa.Tak kenal pun.
ReplyDeleteJangan silap menilai mereka, carcamabra dan lawak mereka bertaraf internasional.Didunia Rasuah no 3, pengaliran keluar wang haram no 5.Derma mungkin no 1 kot
DeleteIya Tuan 08.22.Lama dulu kalau pemimpin dtg ke Negara ini,adalah kami menyambut kedatangan mereka di Airport atau di lobby hotel.Sekarang malas lah,kami sibuk tak ada masa.I am busy...
DeleteApe yng ko mengarut ni malindo.mabuk ketum ke
DeleteAnon 08.48.Yang saya maksudkan,kami dah tak berapa layan pemimpin yg tak betul bila mereka datang melawat di negara yg kami tinggal.Read the line bro takkan bahasa melayu pun susah sgt nak faham.
DeleteTinggal 2-3 bulan lagi, lepas tu blog-blog (pencacai@penjilat umngok) sahaja yang boleh diakses.Lain-lain blog akan disekat kerana menganggu proses pembodohan rakyat.
ReplyDeleteInilah malaysia negaraku yang dikatakan demokrasi ala najib.
DeleteRakyat terbeban yang menjadi hamba ekonomi kepada ekonomi yang gagal tadbiran umngok, sekalian rakyat terbeban jangan risau.Dalam umngok jika seorang pemimpin (punyai kekuatan kepimpinan) itu disingkirkan ianya akan memberi petanda bahawa proses pembelahan parti umngok sedang berjalan.Sudah pernah berlaku bila DSAI disingkirkan telah membelah umngok - pkr.Kalau senyap-senyap selepas penyingkiran itu hanya sekadar mencantas dahan yang menggangu carcamabra pucuk no 1.
ReplyDeleteSesetgh pimpinan masih perasan UMNO kuat dan takkan kalah, masing masing berebut jawatan dan habuan.
ReplyDeleteRakyat dah meluat, tunggu masa je nak bagi jatuh.
Mana boleh Umno kalah,selagi ditaburkan duit tetap menang.Orang Melayu pantang nama duit dan tetap akan sokong
ReplyDeleteSalam semua. DPD komen tu komen ni meh kita buat kerja. Jadi Fren Ku Sufian di fb. Tengok ape kita boleh buat. Minta share share jer dulu. Tackling a big project. Merealisasikan pencarian khalifah Umar untuk pru 14. Tk.
ReplyDeleteSalam semua. DPD komen tu komen ni meh kita buat kerja. Jadi Fren Ku Sufian di fb. Tengok ape kita boleh buat. Minta share share jer dulu. Tackling a big project. Merealisasikan pencarian khalifah Umar untuk pru 14. Tk.
ReplyDeleteSebenarnya nak kata PAS bodoh tu tidak betul memandangkan cara Umno Kedah atur strategi yang sekarang telah luas membuka pintu kepada PAS untuk masuk semula merebut negeri Kedah. Inilah padah bila ada yang hendak rebut jawatan MB sampai sanggup gadai parti. Takkan otak dah basah kuyup sampai tidak berfungsi dengan baik ?
ReplyDeleteSatu cara untuk menghalau Mahathir dari terus menjadi ahli UMNO. Bila Mahathir bukan jadi ahli UMNO, ahli-ahli yang hanya mendengar kata-kata pemimpin UMNO sahaja, tidak akan ambil peduli apa yang Mahathir perkatakan selepas Mahathir bukan lagi atau telah keluar dari UMNO.
ReplyDeleteJika pemimpin UMNO yang berjawatan MB pun boleh di tendang, apa lagi setakat Ketua-Ketua Bahagian. Jangan lah anggap diri itu sebagai pejuang kalau penakut dan terus berdiam diri melihat segala kemungkaran dalam UMNO.
UMNO Kedah mengambil tindakan begini atas alasan dulu pun Mahathir pernah buat cara yang sama. Jadi bagi mereka tidak salah sedangkan mereka lupa, apa akibat nya pada UMNO apabila Mahathir buat begitu. UMNO jadi begini kerana Mahathir dan sekiranya di ulang lagi, kesan nya dua kali teruk dari kesan yang sekarang. Malah berpanjang-panjangan. Yang tetap jadi mangsa ialah rakyat dan anak-anak kita jika dibiarkan UMNO terus berkuasa.
Bersabarlah YAB Mukriz. Bersabarlah Ayahanda Tun Mahathir Mohamad.
ReplyDeleteRakyat akan ajar anjing anjing tu bila PRU 14 nanti.
ya sabar la tun, gerakan utk ajar anjing2 ni dh bermula. ingat tu, titik mula adalah di kedah!
Deleteya tun ajar juga anjing-anjing yang suka mengadudomba dan pmemfitnah . ha ha ha . ada kederat lagi ka org tua tu. Dulu hampa maki kata mahazalim la, firaun la macam macam. aikkk la ni bukan main sopan puji dia. Ada makna tu ada makna tu. ha ha ha ha
DeleteCara mudah nak pegang jawatan ialah sebelum PRU dengan cara pejatuh/tendang orang lain..sesuai dgn fitrah kumpulan Alif Min Nun tendang Wau..hehehe..
ReplyDeleteDulu kata kita ajar umno dlm pru13. Umno jadi kain kapan la. Pupus la dlm pru13. Alih-alih menang besar pulak dlm pru13. siap tambah kerusi parlimen lagi. la ni mcm tu jugak nak ajar umno dlm pru14 pulak. Sedar dak ka mabuk ketum kot. Pru15 la pulak kita perjatuh umno tak gitu hehhe
DeleteBiar apa pun terjadi janji kita sokong parti Islam.......daripada beri kepada pengkhianat bangsa agama dan negara...
ReplyDelete