Thursday, 28 January 2016

BERAPA RAMAI SETUJU?

SPRM dikatakan telah mencadangkan tiga pertuduhan harus diambil terhadap Perdana Menteri, Najib Razak dalam kertas siasatannya berkaitan isu wang  RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh Peguam Negara, Apandi Ali. Beliau bukan saja membersihkan nama Najib daripada sebarang pertuduhan atas alasan tidak cukup bukti, malah juga mengarahkan SPRM menutup terus kes tersebut.

Tetapi isu ini telah menjadi pertikaian paling hebat dalam masyarakat di mana bukan saja orangramai membuak-buak tidak setuju dengan keputusan Peguam Negara itu, malah bekas Peguam Negara, Abu Talib Othman dan beberapa pengamal undang-undang juga mempersoalkannya.

SPRM juga dilaporkan ingin merayu keputusan Peguam Negara itu kerana menganggap susah payah mereka melengkapkan siasatan hampir tujuh bulan selama ini sebagai sia-sia saja serta dalam masa yang sama tidak mahu membuatkan rakyat terus kehampaan.

Panel Penilaian Operasi dan Panel  Khas SPRM pula mahu rakyat diberi penjelasan secukupnya berhubung keputusan itu serta menyarankan agensi penguatkuasa itu terus mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya, suatu isyarat jelas yang menggambarkan mereka juga tidak gembira kerana tiadanya pendakwaan dilakukan terhadap Najib.
Maka itu, kiranya dibuat undian, daripada 30 juta rakyat Malaysia, berapa ramaikah yang setuju Najib perlu didakwa kerana perlakuannya  berkaitan kemasukan kedua-dua wang itu tidak boleh dimaafkan serta telah mencemarkan nama baik negara?

Daripada 3.4 juta ahli UMNO, berapa ramai  yang setuju beliau harus membersihkan namanya melalui proses di mahkamah, bukannya semata-mata dibersihkan oleh Apandi Ali?

Daripada kira-kira 1.5 juta penjawat awam, berapa ramai yang setuju bahawa Najib mesti diadili di mahkamah?

Akhir sekali, tanya juga secara bisik-bisik  dan "off the record" dengan Zahid Hamidi, setuju atau tidak beliau tentang perlunya Najib dibawa ke mahkamah? (SH 28/01/2016).

41 comments:

  1. Buatlah undian dalam blog ini. Amacam... bolehh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bro. Saya undi harus diputuskan oleh makamah. tolong disegerakan dan bukan saja najib diheretkan juga kaki kaki ampu yg tidak mempunyai kualiti memegang jawatan tinggi. Mereka cuma ada kuantiti sahaja iaitu banyak bank akaun macam najib.

      Delete
    2. Boleh bro. Saya undi harus diputuskan oleh makamah. tolong disegerakan dan bukan saja najib diheretkan juga kaki kaki ampu yg tidak mempunyai kualiti memegang jawatan tinggi. Mereka cuma ada kuantiti sahaja iaitu banyak bank akaun macam najib.

      Delete
    3. Saya amat setuju najib dihadapkan ke mahkamah.
      AG Apandi bukan lagi ketua hakim negara. Jawatannya sekarang lebih rendah daripada hakim .
      Apandi hanya seorang peguam negara sahaja. Tidak ada bezanya dgn peguan peguam lain.
      Kalau ada pun bezanya. Peguam peguam lain berniaga. Tetapi peguam negara makan gaji daripada duit rakyat.

      Delete
    4. ....1001% setuju...HUKUMAN SULA JANGAN SAMPAI MAMPUIH MANDATORI lubang apa saja yg ada pada tubuh NAJIBON...nak tengok pahlawan Bugis cikit....

      Delete
  2. En Budin,
    Tak malu punya AG bidang terjun dengan pemberi dedak iaitu Najib dari pagi tadi saya buka beberapa berita potal luar negera dok high light pasal rating rasuah, terpampang nama Najib ,tp ni muka mana tau malu ,dan AG punya finding pun macam malaysia ni tak ada sistem undang undang malu saja baca ,Saya rasa sekarang ini Mafia ,kumpulan dadah colombia dan mana pun la dok minat nak buka akaun kat sini , najib kena cepat perbetul law bagi tau undang undang Apandi baca khas untuk PM najib ja kalau dak semua penyangak minat buka akaun di malaysia.

    ReplyDelete
  3. Peluang terbaik
    Zahid Hamidi nak jadi PM.
    Ada berani ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid jadi PM?
      malapetaka lagi buat malaysia.2x5 dgn najib.kaki kencing,kaki kipas,kaki ampu.Dah la samseng pulak.

      Delete
    2. Buat sementara waktu saja.
      Pada Najib biarlah Zahid.
      Lepas tu, sama2lah kita keroyok dia.

      Delete
  4. PM Najib WAJIB didakwa di mahkamah. Biar mahkamah yang menentukan berdasarkan fakta fakta yang didedahkan sepanjang perbicaraan. Tapi ini tidak akan berlaku selagi Najib tidak diundurkan seketika dari semua jawatannya sekarang. Ini untuk memastikan siasatan serta pengadilan dapat dibuat secara bebas, telus dan tanpa sebarang tekanan. Panel Penasihat SPRM menyebut bahawa jika AG mendakwa Najib, beliau akan dipecat, maksudnya keengganan Najib berehat sementara dari semua jawatannya untuk benarkan siasatan dan pengadilan bebas dibuat, Najib telah menjadi penghalang dalam mencari kebenaran dan keadilan. Jadi jika inilah realitinya, berarti segala usaha menyiasat dan menyelongkar kesalahan Najib hanya sia sia kerana akhirnya Najib yang masih berkuasa akan bertindak menghalang keputusan yg adil dibuat. Najib selaku PM adalah punca sebenar kecelaruan dalam siasatan dan pengadilan. Pada saya keengganan Najib berundur sementara sudah cukup kuat membuktikan bahawa dia memang bersalah dan dia tahu jika keputusan yang adil dibiarkan dibuat, dia pasti akan terhumban ke dalam herjak besi. Najib tahu dia memang bersalah dan untuk elak dari dirinya bertukar status seorang PM kepada seorang banduan, maka mati2an dia tidak akaan berundur. Tanpa siasatan dan pengadilan pun, moralnya memang Najib telah melakukan pecah amanah dan memang bersalah. Malaysia serta rakyat negara ini sedang bertuankan seorang yg tidak amanah, tamak haloba dan pendusta besar. Malaysia akan lebih selamat dan makmur tanpa Najib. By hook or by crook, Najib perlu dijatuhkan walau dengan apa cara jua. He is totally disqualify as PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa kalaulah najib sudi berehat sementara semua skandal disiasat pun tidak ada gunanya kerana adanya AG dan TPM yang akan memangku jawatan PM yang sanggup berbohong sudah berjumpa dengan penderma mesti akan melindungi najib kerana cash is king.

      Delete
    2. Saya rasa kalaulah najib sudi berehat sementara semua skandal disiasat pun tidak ada gunanya kerana adanya AG dan TPM yang akan memangku jawatan PM yang sanggup berbohong sudah berjumpa dengan penderma mesti akan melindungi najib kerana cash is king.

      Delete
    3. Betul tu ! TPM bercakap bohong mengatakan telah berjumpa dgn si penderma walhal si penderma telah pun meninggal dunia. Wow...jumpa dalam lubang kubur kot?

      Delete
  5. Masa Akan menentukan.........
    Ia aka di heret ke mahkamah.... May be not now, but later......
    Semuanya ada tekod.Dia tak Akan kekal jadi PM.
    Esok dah jatuh..... Ditimpa tangga.
    Only time will tell..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kahkahkah...mimpi ke nkou nih??? cuba amik garpu, cucuk kedua2 bijik mata tengok!!

      Sudah jadi rahsia seluruh cakrawala, Allah Taala itu bukanlah khadam kita yang kita ni perasan semua doa2 dan permintaan kita akan dimakbulkanNya macam kunyah kacang goreng. Kahkahkah...

      Rakyat malaysia ni lembik, mudah lupa, cepat biol, berilmu lagi bangang, amal Islam pun hampeh walharamjadah, sistem2 dalam kerajaan pun semuanya nak menipu orang ramai demi menjaga penguasa-penjawat_awam-juga_sultan2.

      Tgk kes Tun Mahathir dulu2... Melayu sudah lupa??? Sekarang gila talak pulak dengan Tun Mahathir. Pakat2 comolot.. gitulah Melayu kisahnya.

      Time shall tell??? Atau Time will tell??? Apa2lah.. Yeah..statistics will never pull our leg bro.

      Sebut ayat2 agama 3x, sah boleh masuk syurga dah. Senangnya melayu nak masuk syurga..kahkahkah..

      Delete
  6. Bekas Peguam Negara Pengerusi baru di Sarawak Hidro.

    http://www.amenoworld.net/2016/01/gani-patail-pengerusi-sarawak-hidro.html

    Untung jadi Peguam Negara. Belum pencenpun dah dapat byk imbuhan pencen pun dapat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu sebab dia tutup mulut. Disumbat olih Najib dng jawatan Pengerusi.

      Tidak ada sebab langsong, Sarawak nak bagi orang Sabah jawatan Pengerusi tu kalau bukan mainan politik Najib. Sekarang rahsia Najib selamat dari Gani patail.

      Delete
  7. 30juta kata setuju tak adanya AG nak dakwa pun,sebagai rakyat apa pilihan yang kita ada? Nak tunggu PRU14 lambat lagi...

    ReplyDelete
  8. Saya setuju mesti di adili di makahmah. Bukti terlalu terang. Orang buta dan pekak pun tahu ada kes.

    ReplyDelete
  9. Bro Din manusia ni memang susah bila kena suap banyak sanggup jadi bodoh dan buat keputusan seperti tidak berpelajaran.Cash betul betul king. Tuhan pun auta sudah.

    ReplyDelete
  10. Bro Din manusia ni memang susah bila kena suap banyak sanggup jadi bodoh dan buat keputusan seperti tidak berpelajaran.Cash betul betul king. Tuhan pun auta sudah.

    ReplyDelete
  11. Saya setuju mesti di adili di makahmah. Bukti terlalu terang. Orang buta dan pekak pun tahu ada kes.

    ReplyDelete
  12. AG kata dia gunapakai perlembagaan. Tapi ada pandangan pakar undang-undang pertikai tindakan peguam negara ini. Sebagai rakyat Malaysia yang bukan mahir undang-undang, tapi tetap punyai hak kebebasan untuk mengetahui kebenaran kerana realitinya telah ujud sumber maklumat media massa dalam dan luar negara yang pertikai intergriti PM kita dan sistem perundangan negara.
    Rakyat cintakan negara bukan nak buat huru hara. Tapi kalau kepimpinan kerajaan sekarang seperti mahu mengelak atau seperti mahu melarang orangramai dari terus berkata-kata,dah tentu isu sebegini dianggap telah gagal ditangani dengan bijaksana!!!

    ReplyDelete
  13. SPRM boleh siasat Peguam Negara..ada unsur2 rasuah dan habuan yang diterima oleh Peguam Negara..Jika tidak SPRM, siapa lagi yang boleh Siasat SPRM. Takkanlah pula Peguam Negara itu orang yang Maksum,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini aku setuju.
      SPRM patut siasat PN, A@Pandir.
      Kalau Najib boleh disiasat,
      takkan dia tidak boleh disiasat.
      Siasat juga keluarga dia,
      kalau-kalau ada dapat projek
      yang berunsurkan tidak sihat.

      Delete
  14. "Friendly speaking", bila SPRM cadang nak buat rayuan ke atas IP IPnya yang di kelasifikasi sebagai NFA, jelas menunjukkan ada something wrong dgn AG ini. Kalau tengok raut wajahnya dlm gambar pun kita dapat kesan AG sendiri "CELARU" fikirannya dalam kes kendalian SPRM ni.

    Sama-sama kita doa minta bantuan Allah untuk menunjukkan yang benar itu memang benar manakala yang BATIL itu betul-betul BATIL.

    ReplyDelete
  15. Mahkamah?

    Hellooooooo This is Malaysia !!

    Najib cuma tidak mahu di heret ke mahkamah setiap minggu dan menjadi sasaran kemera repoter. Jika tidak tak ada masalah pergi mahkamah. Dalam 60 hari kes selesai. Peguam Negara pun boleh di atur..

    ReplyDelete
  16. Pn ros sedang menyorok ke sekarang.open back the bloking bloq or you saleh cruok will be in the block soon.ahhh aku nak marah.ini bkn lg demokrasi tp momokrasi.keselamatan negara konon padahal keselamatan najib n koncu.baik buka semula sblum ada yg jd tak selamat nanti(eh ini nak masuk kategori apa hasutan.ugutan.org hutan).ha ha lawak 1malaysia nak dibodohkan najib

    ReplyDelete
  17. Sebagai seorang manusia, kita kena faham bahawa kita akan diadili di mahkamah dunia dan di mahkamah kubur.Biar pun kita sudah diadili dimahkamah dunia, didapati bersalah dan menerima hukuman belum tentu kita terlepas hukuman alam kubur.Jika ada pilihan, buat apa hukuman semasa hidup, baguih lagi diadili dialam kubuq.

    ReplyDelete
  18. Bersetujukah anda?

    Saudara admin, bersediakah anda blog anda bakal dikenakan tindakan dihalang menyiarkan tulisan anda?

    Jika tidak bersetuju,bermakna anda bersetuju najib seorang diktator!

    ReplyDelete
  19. x payah bincang dngn peguam negara..tangkap je peguam negara..siasat peguam negara.

    ReplyDelete
  20. Yg ketara yalah perubahan wajah TPM Zahid kebelakangan ini adalah ala-ala wajah Khir Toyo hidung makin mancung muka berkilat masa zaman gemilang dulu.. Cucuk vitamin ke?

    Kena bersiap siagalah dengan imej baru dan kurangkan gedebe sikit kerana yg tinggal satu langkah lagi.

    ReplyDelete
  21. Pagi jumaat ni marlah kita ambil iktibar dari seorg menteri kapir laknatullah dari jepun yg sanggup letak jawatan kerana dakwaan rasuah alangkah tinggi moral maruah bangsa ni salah atau tidak itu urusan lain yg penting maruah ugama bangsa dan negara fikir2kanlah aaaaammiiiiinnnnn

    ReplyDelete
  22. Pagi jumaat ni marlah kita ambil iktibar dari seorg menteri kapir laknatullah dari jepun yg sanggup letak jawatan kerana dakwaan rasuah alangkah tinggi moral maruah bangsa ni salah atau tidak itu urusan lain yg penting maruah ugama bangsa dan negara fikir2kanlah aaaaammiiiiinnnnn

    ReplyDelete
  23. Menarik cerita di blog transformasiumno.blogspot.my! Kalau ada kebenaran, bertambah rancaklah strategi perkongsian kekayaan negara

    ReplyDelete
  24. Tapi Abu Kassim, Ketua Sprm telah berjaya di turn-over olih Najib dan macai2nya.

    Kassim dlm kenyataan resmi berkata Sprm bersetuju dengan keputusan Apandi & mengatakan keputusan tu tak bolih di challenge. Berbeza dengan pandangan dua bekas Hakim iaitu Mohd Noor dan Gopal Sri Ram yg mengatakan keputusan tu bolih dicabar kalau Apandi membuatnya dengan niat buruk.

    Kasim juga telah mengarahkan macainya untuk membuat laporan polis utk menyiasat siapa antara pegawainya yg telah memberitahu berita portal yg Sprm telah mencadangkan 3 pertuduhan terhadap Najib.

    Inilah Abu Kasim yg sebenarnya. Seorang yg strategik dlm 'branding' dan 'positioning' dirinya sehingga dilantik Ketua Sprm. Membawa image mencegah rasuah without fear or favor utk tuntunan orang awam. Tapi sangat licik macam menteri Umno juga utk kekal dlm jawatan,

    ReplyDelete
  25. Saya hanya nak kata pada AG ini....."awak jawab di padang mayshar nanti".

    ReplyDelete
  26. Najib tipu rakyat Malaysia. Apandi juga menipu rakyat Msia.

    Najib cakap dia tak tahu RM42million masuk dlm akaun dia dari SCR. Apandi cakap sebab itu tak bolih dakwa Najib. Sprm cakap bolih dakwa Najib dibawah sek.403 Kanun Keseksaan.

    Mari kita tengok sek. 403 Kanun Keseksaan utk mengetahui pembohongan Apandi. Kanun Keseksaan dlm menerangkan sek.403 memberi illustrasi dipara (f) seperti berikut:

    ' A menjumpai sebentuk cincin tanpa mengetahui siapa empunyanya. A kemudian menjual cincin tu tanpa berusaha untuk mengetahui siapa empunyanya. A telah melakukan kesalahan dibawah seksyen ini'.

    Dalam kes Najib, dia mendapati RM42 million dimasukkan dlm akaun dia. Dia cakap dia tidak mengetahui siapa yg masukkannya. Tapi dia pakai kesemua RM42million tu tanpa berusaha untuk mempastkan siapa tuanpunya yg memasukkn duit tu'. Jelas dia telah melakukan kesalahan dibawah sek.403. Walau pun Najib cuba menipu dgn mengatakan tak tahu siapa beri duit RM42million, dia gunakan juga.

    Yang paling malang, apandi sudah kencing satu rakyat msia dgn pembohongannya mengatakan tiada jenayah telah dilakukan olih Najib.

    ReplyDelete
  27. Pak P4ndir moden dan Pak K4duk,
    2x5 sama teruk,
    Akibatnya nama negara busuk...

    ReplyDelete
  28. Bg sesiapa yg berfikir utk tukar gomen bila pru 14....anda hanya blh berfantasi....there will be NO general election ......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...