Tuesday, 26 January 2016

APAKAH NAJIB BENAR2 PEDULI NASIB UMNO?


Tanyalah siapa juga pun, pasti tidak ada yang setuju bahawa pertukaran Menteri Besar Kedah ini akan menjadikan UMNO negeri itu bertambah kuat atau kedudukan kerajaan secara automatik bertambah kukuh.

Juga, tidak ada yang dapat memberi jaminan sama sekali bahawa dengan menggugurkan Mukhriz Mahathir akan menjadikan kedudukan UMNO secara keseluruhannya akan bertambah baik serta Najib serta merta lebih diterima rakyat.

Tanpa keraguan oleh sesiapa juga yang waras pertimbangannya, imej UMNO dan Najib akan bertambah buruk dengan menggugurkan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. 

Ia bukanlah semata-mata kerana Mukhriz lebih baik atau lebih diterima rakyat dan imej kepimpinannya yang tiada skandal, tetapi juga disebabkan calon penggantinya kelihatan jauh lebih buruk dan tiada apa-apa nilai tambah di mata rakyat.

Sejarah tewasnya Kedah pada pilihanraya 2008 akan lebih mudah berulang kerana pasukan yang pernah kalah dan diketuai oleh mereka yang  kalah sebenarnya lebih mudah untuk dikalahkan oleh pihak lawan.

Kenapa nama Ahmad Bashah tidak diyakini di saat-saat akhir pilihanraya 2013 dan Mukhriz segera ditonjolkan ketika itu?

Sebabnya, tentulah tidak lain kerana beliau tidak diyakini boleh menang ketika itu. 

Lalu, apakah dengan menukar Mukhriz kepada Ahmad Bashah pula, UMNO dan BN ada harapan lebih baik dalam pilihanraya akan datang?

Lantaran itu, jika Najib benar-benar memikirkan mengenai kedudukan dan masa depan UMNO, menukar Menteri Besar Kedah bukanlah pilihan yang betul atau yang lebih baik yang harus dilakukannya. 

Menggugurkan  Mukhriz hanyalah menunjukkan kebolehannya menggunakan kuasa, sambil dapat melepaskan dendam kepada Tun Mahathir Mohamad yang menjadi pengkritik utamanya ketika ini, tetapi langsung tiada kelebihan untuk UMNO dan negeri Kedah .

Pertukaran Menteri Besar Kedah sekarang tentulah juga berbeza dengan pertukaran yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri dahulu sebagaimana yang disebut oleh Mahadzir Khalid semalam.

Ketika itu bukan saja tidak ada isu mengenai imej Perdana Menteri yang terlalu buruk, bahkan calon penggantinya iaitu Sanusi Junid yang ditonjolkan untuk mengambil alih tempat Osman Aroff, juga dilihat lebih berwibawa, lebih diyakini dan lebih baik.

Falsafah melakukan pertukaran mestilah daripada keadaan yang tidak berapa baik kepada keadaan yang lebih baik. Sanusi ketika itu ditolak oleh majoriti wakil-wakil rakyat hanyalah kerana watak politiknya, bukan kerana beliau tidak baik atau tidak ada kelebihan.

Ia berbeza dengan sekarang. Menteri Besar yang baik dan disukai oleh rakyat Kedah ingin ditukar dengan yang tidak berapa baik serta pernah berada dalam pasukan yang ditolak oleh pengundi pada 2008 lalu.

Maka, adakah pertukaran itu nanti menunjukkan Najib benar-benar peduli dengan nasib dan masa depan UMNO?

Jika diimbas perlakuan-perlakuan Najib sejak menjadi Perdana Menteri, apa yang yang difikirkannya adalah lebih tentang dirinya berbanding nasib UMNO serta negara.

Kemelut yang berlaku dalam 1MDB dan membenarkan akaun bank peribadinya digunakan sebagai tempat berlabuhnya derma berbilion ringgit saja sudah cukup menunjukkan hakikat itu.

Pemimpin yang memikirkan nasib dan masa depan UMNO serta negara pasti tidak berbuat demikian dalam apa keadaan sekali pun. Maknanya, beliau melakukannya kerana memikirkan tentang dirinya lebih daripada segala-galanya.

Lebih jelas lagi, bagaimana Najib mempertahankan dirinya dalam kedua-dua isu tersebut juga memperlihatkan hakikat yang sama. Beliau seolah-olah tidak peduli apa akan jadi kepada UMNO, negara dan penilaian rakyat kerana yang penting baginya ialah bagaimana untuk menyelamatkan kedudukan dirinya semata-mata.

Dengan segala kuasa yang ada padanya, memang sehingga ini Najib kelihatan selamat, tetapi apakah UMNO dan negara juga turut selamat melalui perlakuan-perlakuan untuk menyelamatkan dirinya itu?

Apakah juga UMNO lebih selamat dalam pilihanraya akan datang?

Pasti tidak ada yang dapat memberi jawapan positif mengenainya, malah lebih ramai yang mengatakan UMNO dan negara akan lebih selamat jika tanpa Najib sebagai pemimpinnya.

Begitu juga dalam kes pertukaran Menteri Besar ini. Najib bukanlah memikirkan tentang UMNO dan negara dalam keinginan berbuat demikian. Beliau hanya memikirkan tentang dirinya yang ingin menunjukkan kuasa dan membalas dendam kepada Tun Mahathir.

Wakil-wakil rakyat Kedah yang menolak Mukhriz juga berbuat demikian hanyalah kerana mereka tahu Najib ada dendam yang ingin dilangsaikannya terhadap Tun Mahathir. Apa yang berlaku selepas itu bukan lagi dalam pertimbangan mereka untuk memikirkannya.

Yang difikirkan mereka, sama seperti Najib, hanyalah kepentingan diri semata-mata. (SH 26/01/2016).

23 comments:

  1. Dah kering airmata, sudah kering kata2..sudah letih beratus2 blog memberi pandangan dan nasihat.. baik pembangkang mahupun penjilat..

    Najib tak peduli semua ni.. bini puaka dia pun 2x5.. apa yang depa harap ialah mati reput semasa jadi PM..

    Jika turun takhta, kene sediakan team TPM yang boleh selamatkan derang dari didakwa. Sama mcm Mahathir turun dulu la, dapat team Pak Lah yg memang sporting. Hasilnya rakyat sudah lupa apa yang Mahathir buat dan kini sudah suci dari segala dosa. Malah dimarahi pulak jika dibangkit2kan kesalahan Mahathir.

    Najib pun tunggu masa2 beginilah. Inilah sikap Melayu kita Budin. Ramainya bersikap cinchai ja.

    Kompeni Melayu lantik Engineer pun, x payah disiplin tinggi2, cukup takat bodek, x dak diploma pun ramai jadi Senior Engineer. Jangankan boleh berbahasa Inggeris dengan kompeten, langsung x tau pun x apa. Ada yang bagi post engineer dulu, study kemudian. Manager pun, 2x5. Apatah lagi jawatan menteri, MB dll.

    Apa lagilah membuatkan Melayu boleh dihormati? PAS pun SRP, LCE lingkup, kendian gi amik degree Asia Barat. Balik Mesia, lebong je lebey. Serban berbakul pun, perut boyot. Berperut boyot ni, abih citer, sumer dia telan. Nak harap apa lagi Melayu kita ni??

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya, pemecatan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah yang bakal berlaku adalah keputusan yang amat tepat oleh Perdana Menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tepat, kalau tidak Najib akan bersama Anwar dalam penjara.Penyamun dan Peliwat.

      Delete
    2. Bila keluar saja daripada penjara nanti dia berjalan pun terkengkang kengkang. Berak pun sangat senang.

      Delete
    3. Peliwat bapak kau...

      Delete
  3. Saya bersetuju pendapat 8.48. Lagi mudah pengundi buat keputusan masa PRU nanti. Kalau masih tiada perubahan sampai masa mengundi, pengundi Kedah tak perlu fikir panjang nak mengundi siapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. undi PAS dan Amanah. Buat apa nak undi be end lagi.

      Delete
  4. Lebih tepat lagi kalau najib lantik ahmad maslan jadi MB Johor. Sebab ahmad maslan budak cerdik cgpa pun 3.85. Menteri menteri2 lain mana ada pencapaian dan kelayakan akedemik mcm dia.Bukan kah najib selalu kata pencapaian diutamakan?

    ReplyDelete
  5. Niat pemimpin umno ni tak lain tamak kuasa tamak nak kumpul duit dan harta dengki penyangak itu lah dia pemimpin umno dari perlis hinggalah ke sabah yg dipanggil ulamak pun sama je lagi cepat umno hancur lagi baik aaamiiiiin

    ReplyDelete
  6. Niat pemimpin umno ni tak lain tamak kuasa tamak nak kumpul duit dan harta dengki penyangak itu lah dia pemimpin umno dari perlis hinggalah ke sabah yg dipanggil ulamak pun sama je lagi cepat umno hancur lagi baik aaamiiiiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tamak kuasa. Tapi Gila kuasa.Bila dah berkuasa bermacam macam lagi gila akan sampai.Sehinggakan PM pun dah jadi gila. Sebab barua barua dia yang ada semuanya gila

      Delete
  7. Betul2...najib pun bukannnya abih belajar pun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia abis belajar kat Port Dickson

      Delete
  8. Saudara SH,paparan anda selepas bercuti mengandungi seribu pertanyaan dan jawapan.Kemungkinan bagi parti UMNO dan ahli-ahlinya sudah terasa besar kepala dengan pemimpin yang memerintah sekarang rasa bongkak dengan langkah mereka.Rakyaat tak dapat buat apa-apa kuasa ada dalam tangan mereka.Dan juga kemungkinan inilah perjalanan terakhir sebagai parti yang memerintah.Sekarang ini rakyaat sudah membuka mata dengan parti baru Amanah dan akan bertambah lagi cerdik pandai yang bersama-samanya bagi pru14 nanti.

    ReplyDelete
  9. Get real people, ni term last untuk umno/bn. Kalau najib turun sekarang pun, next leader kena pertahankan rekod umno. Nak pertahan macam mana? Kalau next leader kata ini semua salah najib, bagi lah peluang sekali lagi pada kepimpinan baru, orang akan tanya balik, apasal pemimpin2 umno pertahankan dia selama ni? Dulu pak lah turun agak cepat, but damage done, PRU 13 kalah lagi banyak kerusi parlimen, terengganu tinggal nyawa nyawa ikan, kedah dapat balik sebab mukhriz dan TDM bagi full support ( tu pun tak dapat majoriti 2/3). Dulu tak ada isu 1mdb, derma, TH dan TRX, duit RM jatuh, swasta buat VSS. Mukhriz, TSMY, dan geng2 buat lah parti baru, start fresh, ramai yang dah frust dengan umno akan ikut. Kalau tak, undi orang2 ni pergi kat pembangkang. Umno tak boleh diselamatkan lagi, full stop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MMg betul. Umno tak boleh di selamatkan lagi.
      They are still in power only because opposition is so stupid. Nek Kipas clueless is opp leader. Pkr is still stuck on free anwar. tak tahu ke anwar no longer selling point?

      Delete
  10. Pak Din,
    Saya dengar ada dua versi dalam isu MB kedah ini,
    1.Ada komplot untuk mematikan terus kerjaya politik Muhkriz ,sebab beliau memberi ancaman kepada bukan setakat Najib malah Zahid dan Hishamudin bila mana PAU umno diadakan nanti selepas PRU 14(wah mcm yakin menang)kerana menurut sumber populariti Mukhriz semakin meningkat dan generasi baru.Kemudian ada mangkok hayun dari kedah pun bercita cita nak jawatan naib presiden . kah kah kah terpalik dgn skandal Yapiem lepaih tu Tabung haji ada muka depa nak sua kat orang ha ha ha lawak keling.Mungkin lanun lanun yakin sebab dengar cerita akta NSC membantu.

    2.Versi kedua sebab Mukhriz seperti Sanusi jenia species yang bukan origenal UMNO baru iaitu melanun, masa tinggai 2 tahun pi jumpa minta projek tak layan atoq meeting mintak projek MB tak mai susah la ,Buat nya PRU 14 kerajaan pusat pun kalah dan kedah pun kalah tak mampouih ,masa tu ingat ramai la ketua bahagian muflis , silap silap ramai masuk jail pasai songlap ,lepas tu mai pulak bala ahli dan penyokong dok mai mintak duit pasai dah biasa dah jadi budaya masa tu ramai ketua bahagian resign jadi tok siak lagi selamat , jadi Mukhriz kena berhenti la hantaq pi pusat suruh dok diam diam ,Masa Muhkriz baru jadi MB banyak projek dia rancang Rubber city di utara kedah ,Industri produk perubatan diselatan .airport internasional di kulim sampai penang boleh demam kalau jadi, tapi semua ini nampak macam pusat buat lewat saja awat takut kut nanti MB kontrol atau Najib N Geng ada tenung kut , jadi pasai tu depa kata mukhriz terpaksa di tamat kan biasa Bro ini la UMNO era moden.

    ReplyDelete
  11. Apa pulak tak kuat ? Dengan duit juta dari Arab, Umno akan menjadi lebih kuat ..... dari semut !

    ReplyDelete
  12. Ini cuma wayang umngok.dari dalam dan luar sama ada pencen umngok berganding bahu untuk menyelamatkan seorang umngok daripada seluruh amngok terburai pecah tong taik.penyingkiran umngok itu umpama naik turun tangga, tangga sudah tersedia cuma tinggal melangkah naik tangga.Tapi nak menangani isu pelik bin ajaib jibby adalah lebih penting dari isu-isu yang lain.istimewanya jika jibby tenggelam maka tengelamlah semua amnok,maka tidak menjadi masaalah jika diturunkan 2-3 orang untuk umngok mencari kelegaan akibat terkantoi tercirit birit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas lah baca komen umngok2 ni
      kalau nak bg pendapat guna la bahasa berhemah
      bahasa yg kau guna tu bukan di sini tempatnya tapi dlm rumah kau saja

      Delete
  13. Pakatan harapan jangan layan isu-isu rekaan amnok.hanya ketua tong taik saja perlu diturunkan untuk tengelamkan tong taik.Ahli amngok nak singkir ahli atau nak keluar masok amngok bukan perkara penting.Isu besar mereka boleh perlekehkan rakyat seperti rakyat hanya bersekolah setakat dibelakang jamban.Resmi umngok potong tangan atau kaki bila dikejar singa, walaupun tempang tapi dapat melengahkan singa dqn tidak mati dibaham singa.

    ReplyDelete
  14. Najib ni tidak risau pasal pilihanraya yang akan datang, sebab didalam kepala dia sudah ada perancangan yang besar untuk menyelamatkan dirinya dan keluarga serta para menteri dan ahli umno yang menyebelahinya. Beliau sudahpun merancang jika UMNO dan BN kalah didalam pilihanraya yang akan datang, dia akan terus mengistiharkan Malaysia dalam darurat. UMNO akan membuat huru-hara sambil disokong oleh PDRM. ATM pun akan menyokongnya sebab para Jeneral hari ini adalah orang2nya sejak dari zaman dia sebagai Menteri Kewangan. Dia adalah 'The Omen' anak syaitan yang lahir dalam keluarga Pemimpin Malaysia. Bukan mudah untuk menjatuhkannya. Rangkaiannya yang bersamanya telah lama tersusun dan banyak terlibat dalam pelbagai Konspirasi Rahsia. Sebab itulah dia memerlukan Wang yang Banyak untuk menjayakan kerja2nya. Mahathir sendiri tidak mampu untuk menjatuhkannya. Hanya ALLAH SWT lah lawannya. Bukan manusia2 biasa seperti kita, bukan. Tidak mungkin sama sekali.

    ReplyDelete
  15. Salam. Sapa lah yg terlebih cerdik pandai kata najib istihar darurat kalau bn kalah. Nmpk sgt penulis tu mcm selalu lepak kedai kopi sembang pandai pasal politik tp tak reti lansung pasal undang2. Komen tu biarlah guna akal yg waras bkn mcm budak terencat akal. Itu namanya komen seperti pengkhianat negara lagaknya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...