Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia
Bagi mereka yang pernah mengikuti kursus kepimpinan anjuran UMNO atau kendalian Biro Tatanegara (BTN), tentu biasa dengan lirik lagu di atas ini.
Sebenarnya ia adalah lirik lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) yang merupakan lagu wajib didendangkan kepada kepimpinan UMNO setiap kali mereka menghadiri kursus bagi menyemai semangat perjuangan dan cintakan negara.
Lagu itu juga bertujuan menerapkan semangat mempertahankan setiap inci hak dan kedaulatan negara daripada tergadai ke tangan asing.
Oleh kerana kepimpinan UMNO selalu disumbatkan ke telinga mereka dengan lagu tersebut tersebut, termasuk Najib Razak yang mungkin turut puluhan kali hadir dalam kursus kepimpinan UMNO atau anjuran BTN, harapan kita tentulah sedikit-sebanyak bait-bait lagu itu meresap dalam jiwa mereka.
Namun perkembangan yang berlaku dalam penyelesaian hutang 1MDB baru-baru ini jelas memperlihatkan lirik lagu tersebut sudah menjadi umpama "hampas" atau "sampah" belaka.
Puluhan tahun menyanyi dan menghafal lagu Warisan itu, akhirnya aset dan tanah milik negara tetap tergadai juga.
Barangkali sudah sampai masanya bagi UMNO dan BTN membuang segera lagu Warisan itu dan menukarnya dengan lagu lain untuk setiap kursus anjuran mereka mulai sekarang.
Mengekalkannya lagi sudah boleh dianggap suatu penghinaan kepada lagu tersebut yang terang-terang sudah dicabuli keindahan makna dan liriknya.
Zahid Hamidi yang sedang mengendalikan kursus Keris 2314 untuk kepimpinan UMNO di seluruh negara bagi menghadapi pilihanraya akan datang mungkin patut memulakan langkah segera ke arah itu.
Pilihlah apa saja lagu lain yang sesuai, malah kalau susah sangat ambil saja lagu Putus Terpaksa yang menjadi juara Gegar Vaganza baru-baru ini. Lagi pun ramai yang "kaki karaoke" yang sedang gila mendendangkan lagu tersebut dalam bilik-bilik gelap ketika ini. (SH 02/01/2016).
Saya cadangkan umno menjadikan lagu kebangsaan negara china sebagai ganti lagu anak kecil main api....apa beza Malaysia dgn tanah besar china sekarang ni?
ReplyDeletelagu ziana zain lagi bagus
Deletemasih sesuai untuk puak lolombu
ReplyDeletekalau lagu gali lobang tutup lobang pun sesuai jugak untuk lagu baru umno.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletepilihan untuk umno di sini
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=4IicuTexDiE
Dah lama sepatutnya UMNO tukar dengan lagu penyamun yang menuju ke gua.
ReplyDeleteRasanya ada jugak yang keluar air mata bila seni kata 'Bumi di pijak milik orang'
Siapa yg jual kalau bukan Najib sendiri
DeleteKita kan gagah di nusantara
ReplyDeleteKita kan gagah di pentas dunia
Ya, nombor tiga rasuah ...
lebih mulia mati kerana najib dari mati kemalangan jalan raya....sila beri pendapat anda
ReplyDeleteBiar kali ni jet yg membawa najib jatuh ke lautan India
DeleteMarsh sngat tu.
DeleteLagu yang patut menggantikan lagu warisan adalah lagu "enjit2 semut". Lagu tu amat sesuai sekali untuk ahli2 UMNO kerana liriknya amat senang dan amat mudah untuk diingati. Lagipun ianya tak ada seruan yang sukar untuk dihayati mahupun dilaksanakan oleh ahli2 UMNO terutama pemimpin2 mereka. UMNO adalah parti nyanyok yang sudah tak relevan lagi kepada rakyat terutamanya bagi orang melayu sebagaimana "lagu warisan" itu tidak lagi relevan kepada UMNO.
ReplyDeleteNick.
Cape Tiger.
Lagu Ali Baba dgn 40 Penyamun lagi bagus. tapi tuakrlah wajah mereka dulu dan skrip sebenar zaman semasa. Mainkan. Anak umur dua tahun pun dah boleh nyanikan dan nanti bila mereka dewasa akan ingat lagu warisan ini dan mereka dan penyamun harta negara yang menyebabkan kena tanggung hutang sampai tak tahu bila?Kalau Marcos ketika berhutang RM27billon zaman 70'an rakyat Filipina terpaksa tanggung sehingga tahun 2027, tak tahu pula rakyat Malaysia sampai tahun berapa?
DeleteSyk strategik kerajaan niaga berhutang
ReplyDeletePelan rasionalisasi tutup kecurian duit hutang jadi kebanggaan
Bumi dipijak jadi milik orang
Last2 tergadai warisan harta benda kepada tsunami negara Cina
Pada endapat saya cadangan utk hapuskanlagu warisan tu memang sesuai sekali dan ia perlu di ikuti dgn menghapuska Umno itu sendiri termadok pemimpinnya ug ada sekarang yg telah menggadaikan tanah sejarah Tudm Sg Besi itu yg lebih baik kerana memalukan Bangsa Melayu tetapi Orang Bugis Dan Jawa akan bangga diri katanya Melayu telah ditipu he he he he
ReplyDeletePada endapat saya cadangan utk hapuskanlagu warisan tu memang sesuai sekali dan ia perlu di ikuti dgn menghapuska Umno itu sendiri termadok pemimpinnya ug ada sekarang yg telah menggadaikan tanah sejarah Tudm Sg Besi itu yg lebih baik kerana memalukan Bangsa Melayu tetapi Orang Bugis Dan Jawa akan bangga diri katanya Melayu telah ditipu he he he he
ReplyDeleterasenya lagu i fak u , u fak mi lagi ummmmphhh utk UMNO
ReplyDeleteLagu2 sesuai utk united mengampu najib or
ReplyDelete1. Duit duit dimana kau duit
2. Kalau aku kaya
Lagu kangkung remix paling sesuai.
ReplyDeleteKangkung dulu naik skang dah turun 5 x
Bila naik kerajaan dipersalahkan
Ini tidak adil 2 x
Be End
ReplyDeleteLagu ini okay kot:-
ReplyDeleteKicik kicik lembu jaga
Sudah besar masuk UMNO
Mesti cepat jadi ketua
Baru boleh jadi kaya
Kicik kicik punya cerita
Kalau dulu hanya paper
Sekarang zaman sosial media
Tengok nasib siapa kena
Dengar sini kita cerita
Pose, snap, click, send,
Like, comment, jangan condemn
Photo bomb dalam selfie
Puji, maki ,Visit IG
Ratus ribu puluh juta
Baru sama Nora Lisa
Makcik UMNO pun gatal berfacebook
IG pun ada!
Walaupun muka penuh bedak sejuk
Kicik kicik punya cerita
dalam poket ratus juta
Mahu ajak tonton movie
Kurang lebih Lamborghini
Insta famous demand tinggi
Feeling macam selebriti
Rileks goyang kaki
Upload saja duit mari
Kecik kecik main Friendster
Besar sikit Facebook pula
Ahmad Maslan Selfie.. wajib!
Jangan lupa follow.. ok!
unfollow.. ok!
#Hashtag banyak kata poyo
Throwback! Followback!
Dah berpunya kata solo
Kicik kicik punya cerita
Dekat timeline nak sweet sweet
Ini semua retis tweet tweet
Yang follow cari penyakit
Dah viral troll berbukit
Bila tonton mata sakit
Semua trending putar belit
Yang like otak sempit
Ops! Dah tercuit
Kacang bukannya lupa kulit
Kulitnya dah banyak penyakit
Hijab tutup, hijab bukak
Kona sini, kona sana
Yang fanatik kroni dia,
Mmm.. biasalah orang UMNO
HOI HOI YA HOI (LAGU PENYAMUN) - P. RAMLEE
ReplyDeleteHoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi
Hoi ya hoi ya hoi ya hoi
Hoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi
Hoi ya hoi ya hoi ya hoi
hoi hoi ya hoi
Kita semua gembira hoi hoi ya
pulang dapat harta
Uang berbilion cincin permata
Mari kita lekas ke gua
bawa harta semua
janganlah tunggu lama2
simpan lah segera
hoi hoi ya hoi
Kita semua gembira hoi hoi ya
pulang dapat harta
Uang berbilion cincin permata
Uang berbilion cincin permata
Uang berbilion cincin permata
budak botak main api..
ReplyDelete