Saturday 8 December 2018

KERAJAAN PH YANG BAIK HATI.....


Walaupun sedar himpunan bantah ICERD yang kemudian ditukar kepada perhimpunan kononnya sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran adalah medan terbuka untuk UMNO dan Pas memberi tekanan serta kalau boleh untuk menggulingkan Pakatan Harapan, tetapi kerajaan tetap berlapang dada terhadapnya.


Kerajaan, melalui PDRM dan DBKL, bukan saja memberi lampu hijau kepada himpunan tersebut yang akan diadakan di Jalan Raja iaitu berhadapan Dataran Merdeka, malah dalam waktu yang sama sedia menunda himpunan hak asasi manusia di Padang Timur, Petaling Jaya yang sebenarnya telah dijadual sejak Oktober lalu lagi.


Untuk itu, himpunan hak asasi anjuran Suhakam yang sepatutnya berlangsung serentak dengan perhimpunan ICERD telah ditunda kepada esok, 9 Disember di tempat yang sama.


Semua itu dilakukan oleh kerajaan untuk memberi ruang kepada demokrasi dan hak berhimpun rakyat berjalan tanpa sebarang gangguan atau halangan.


Keadaan ini tentu saja berbeza era kepimpinan Najib Razak sebelum ini yang tidak pernah langsung memberi kebenaran kepada himpunan BERSIH daripada diadakan.


Najib, meskipun memperkenalkan Akta Perhimpunan Aman yang kononnya bertujuan memberi ruang kepada rakyat berhimpun secara aman dan menunjukkan keterbukaannya, tetapi semua permohonan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan ditolak dan tidak dibenarkan.


Tidak cukup dengan memberi kebenaran kepada perhimpunan ICERD tersebut dari segi undang-undang, semalam juga Tun Mahathir Mohamad turut mengutuskan ucapan serta doa agar himpunan itu dilangsungkan dengan aman, tidak merosakkan harta awam serta tidak menyebabkan kekotoran persekitaran.


"Cuma satu saja permintaan kerajaan, penganjur perlu membantu pihak polis dan pihak berkuasa yang lain memastikan tidak berlaku kekacauan atau kerosakan harta awam.


"Jika boleh jangan buang sampah merata-merata dan jagalah kebersihan," kata Perdana Menteri dalam satu klip video yang diedarkan.


Mana nak cari kerajaan yang baik hati seperti ini?


Boleh kita bayangkan, jika Najib masih berkuasa dan Rosmah kekal lagi bertakhta di Seri Perdana sekarang ini, keadaan yang sama sedia dilakukannya? (ShahbudinHusin 08/12/2018)

39 comments:

  1. saya nak komen panjang pun tak guna - FIRST

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa tujuan demo 812? Jawaban yg pelbagai dari hj hadi & the gang.

      Delete
  2. Saya pun tak nak komen panjang - KEDUA. Heheeee..

    ReplyDelete
  3. Yang datang ke dataran merdeka adalah dikalang yang sudah rosak hilang akal, sudah nyanyuk, dan ada juga pimpin yang seiring pencuri harta..

    ReplyDelete
  4. Pasumngok kena game.....
    Dah terbalik.. pasumngok yg buat demo.... kerajaan PH yg menjulang nama... sibingai zahid edy wang... dua2 lemban dlm politik... syok sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PASUMNGOK? memang cantik name tu, penuh makne yg sesuai sangat. 😂😂😂

      Delete
  5. Diharap sangat peserta yg hadir hari ini membantu melariskan produk jualan bumiputra yg berada di kawasan sekitarnya....ini akan memajukan ekonomi peniaga kecil bumi secara tak langsung. Hehehehe

    ReplyDelete
  6. Baru hari ni macai PH berani tunjuk muka
    Semalam memasing diam hati pedih dan luka
    Tajuk entry semalam, muka macai macam cuka
    Hari ni baru pulih, hantar komen mcm puaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. geng najis iq lembu sebab tu apa yg najibut oh tu cakap angguk aja....klu lembu memang dah lembu......tunggu masa nak masuk kandang.

      najibut oh masuk kandang.....lembu2 dia bertempiaran.....

      Delete
  7. Berasap telinga najib Dengar. Badut Dah ambik costume Kat lokman Adam ke, Aku tak pegi la badut. Aku ade anak bini nak kena bagi makan, kalau Aku pegi pun, Sape nak repair lori Yg Ko panggil Basikal tu. Driver Basikal pun ade anak bini nak bagi makan. Aku tanya jugak dia org pegi ke tak. Jawapan dia ko boleh agak kan. TaK payah cakap la. Buat sakit hati Ko je. Go on clown . Berjuang utk Tin Milo...

    ReplyDelete
  8. Faham ke apa itu ICERD? Kalau tak faham, apa yang kamu sebuk sangat nak berhimpun? Saya percaya kalau ditanya pada perserta perhimpunan apa dia itu ICERD, saya yakin tidak saorang pun tahu. Kalau kita kata mereka bodoh, sudah tentu mereka marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohd arshad tolong komen baik sikit,,, semua yang datang tu telah baca, faham dan hadam makna ICERD,, sebab tu mereka datng,,, tak macam saya tau kamu,,, mereka yang datng tu semua yang hebat, pengajian tinggi ilmu melangit... contoh sebelum ini semua alim ulama tidak pernah tahu bahawa dalam alquran ada perkataan melayu yang asal mala,uu.... tapi mereka ini dapat mentafsir dengan begitu bagus, kalah almarhum tuk guru nik aziz,,,, hebatkan..... sebab tu kalah PAU baru baru ini....

      Delete
    2. Wanazman Wanazmansgrambai

      Aduhai...ICERD tu peraturan guidelines la apa yang nak susah sangat nak ikut.
      ...macam peraturan jalanraya ada lampu merah..lampu kuning..lampu hijau. malas aku nak cerita panjang2.. baca dan paham apa itu ICERD.

      Delete
  9. cool.. cayalah Tun.

    ReplyDelete
  10. itu lah pemerintahan yg baik......beri peluang utk rakyat nak berdemo......contoh terbaek dr PM TM.....syabas......yg naik nama pemerintah sekarang di mata dunia..........syabas ngo pas n umno membawa nama negara kehadapan bersama pemerintahan sekarang......syabas.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Give and take..takde sapa yang rugi baik kerajaan mau pun pembangkang...

      Delete
  11. Ingat pesan Tun M. Jaga kebersihan dan jangan buang sampah merata.

    ReplyDelete
  12. Perhimpunan ICERD di atas adalah langkah awal bakal bersekutunya dua pasukan bathil di kalangan umat Melayu-Islam iaitulah UmNo dan PAS.

    Apabila mereka bersekutu dan persekutuan mereka disertai pula oleh pasukan bathil yang lain, maka mereka akan membawa PERTEMPURAN dengan Pasukan Panji Hitam @ Pasukan Tun Mahathir ke KLIMAKS.

    Apabila PERTEMPURAN KLIMAKS itu berlangsung mereka akan tewas mutlak dengan berkibarnya panji hitam menjadi tanda pasukan-pasukan bathil yang bersekutu tersebut telah tewas mutlak.

    Teruskan segala perancangan kalian untuk menjatuhkan Tun Mahathir. Kalian bakal tewas mutlak pada PERTEMPURAN KLIMAKS tersebut kelak, asal jangan kelak kalian katakan John Doe tak payung.

    2019M / 1440H in shaa Allah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perancangan kalian itu adalah dalam perancangan Allah...kejatuhan atau kemenangan pehak mana pun adalah dalam perancangan Allah juga...takde kena mengena hebatnya manusia...tiada manusia yang hebat kerana keHEBATan itu sifat Allah .... manusia bersifat tiada daya ...LahaulawalaQuwataillabillahilalihilazim

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Hehehe.. Demikianlah Allah sentiasa membongkarkan orang-orang jahil yang mahu menunjukkan ilmu bukan demi kebenaran sebaliknya demi mempertahankan pendustaan. Kejahilan mereka itu pasti akan terkantoi.

      Kehebatan atau keagungan di dalam bahasa Arab adalah disebut 'Izzah. Allah telah menyebut dengan terang di dalam AlQuran bahawa Dia memberikan kehebatan@keagungan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dia juga memberikan kehinaan kepada sesiapa yang ia kehendaki.

      Agung dan hebat ialah sifat Allah, dan sifat ini turut dikurniakan kepada hamba-hambaNya. Malah umat Melayu sendiri mempunyai seorang raja terulung yang diberi gelaran Yang DiPertuan Agung. YDPA adalah seorang manusia. Yang khusus bagi Allah ialah sifat Yang Maha Agung.

       Ù‚ُÙ„ِ اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù…َالِÙƒَ الْÙ…ُÙ„ْÙƒِ تُؤْتِÙŠ الْÙ…ُÙ„ْÙƒَ Ù…َÙ† تَØ´َاءُ Ùˆَتَنزِعُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒَ Ù…ِÙ…َّÙ† تَØ´َاءُ Ùˆَتُعِزُّ Ù…َÙ† تَØ´َاءُ ÙˆَتُØ°ِÙ„ُّ Ù…َÙ† تَØ´َاءُ ۖ بِÙŠَدِÙƒَ الْØ®َÙŠْرُ ۖ Ø¥ِÙ†َّÙƒَ عَÙ„َÙ‰ٰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِيرٌ

      "Katakanlah; Ya Allah Yang Memiliki segala kerajaan. Engkau yang memberikan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendakic DAN ENGKAU YANG MEMBERIKAN KEHEBATAN @ KEAGUNGAN KEPADA SESIAPA YANG ENGKAU KEHENDAKI dan Engkau yang memberikan kehinaan kepada sesiapa yang dikehendakinya....(hingga akhir).. " (Ali-Imraan : 26).

      Nah, ayat yang jelas bahawa Allah sendiri memerintahkan manusia mengakui bahawa Dia yang memberikan keagungan @ kehebatan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

      Maka mengatakan bahawa tiada manusia yang hebat adalah menyalahi ayat di atas. Ada manusia yang memang ditakdirkan Allah menjadi manusia yang hebat, cuma kehebatan manusia itu sendiri bukan datang daripada dirinya sendiri sebaliknya ia berlaku melalui qudrah dan iradah Allah.

      Jelas... Bagi mereka yang berfikir menggunakan akal.


      Wallahu a'lam.

      Delete
    4. Pembetulan: tertinggal sepotong daripada ayat.

       Ù‚ُÙ„ِ اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù…َالِÙƒَ الْÙ…ُÙ„ْÙƒِ تُؤْتِÙŠ الْÙ…ُÙ„ْÙƒَ Ù…َÙ† تَØ´َاءُ Ùˆَتَنزِعُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒَ Ù…ِÙ…َّÙ† تَØ´َاءُ Ùˆَتُعِزُّ Ù…َÙ† تَØ´َاءُ ÙˆَتُØ°ِÙ„ُّ Ù…َÙ† تَØ´َاءُ ۖ بِÙŠَدِÙƒَ الْØ®َÙŠْرُ ۖ Ø¥ِÙ†َّÙƒَ عَÙ„َÙ‰ٰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِيرٌ

      "Katakanlah; Ya Allah Yang Memiliki segala kerajaan. Engkau yang memberikan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang merampas kerajaan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki, DAN ENGKAU YANG MEMBERIKAN KEHEBATAN @ KEAGUNGAN KEPADA SESIAPA YANG ENGKAU KEHENDAKI dan Engkau yang memberikan kehinaan kepada sesiapa yang dikehendakinya....(hingga akhir).. " (Ali-Imraan : 26).

      Wallahu a'lam.

      Delete
    5. Maksud ayat quran ini takpun membenar manusia taksub dengan manusia lain....jangan merasakan diri kita lebih tinggi dari orang lain...ianya boleh menerbitkan raSa SOMBONG..makin berilmu makin merasa rendah diri di sisi Allah...ibarat padi, makin berisi makin menunduk

      Delete
  13. macam dah jadi majlis penyucian penyamun dan perompak dengan bacaan mentera oleh tok lebai wala'un al-mala'un

    ReplyDelete
  14. geng najis keje kebun....tapi sampai sekarng dok tang tu......sebab iq lembu!

    klu melayu sejati, sekarang dah jadi toke kebun, tapi dia...mmmmm......lembu najibut oh!

    ReplyDelete
  15. Paham ke tak paham apa itu ICERD...kalau cakap bodoh UMNO dan PAS ni otak letak kat lutut... bangsa melayu sendiri tertindas dibumi sendiri...lihat lah di kawasan bandar-bandar rumah2 kedai dimiliki kaum lain..melayu tak mampu miliki rumah atau kedai di kawasan bandar..hanya mampu berpayung atau berkhemah ditepi jalan...tak itu nama nya diskriminasi di bumi sendiri...dimana nak mengadu...kerajaan UMNO menindas bangsa melayu hingga jadi bangsat.
    Bangsa melayu sendiri malas nak membaca dan fahami apa itu ICERD bila ada isu main2 ikut jer yang memalukan bangsa melayu tak paham undang2 dan peraturan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe biarlah depa nak berhimpon moga2 lepas ni setiap waktu maauk sholat akan penuh masjid2 dan surau hendaknya seperti mana dalam perhimponan itu...dan dah tunjuk kat satu dunia betapa hebatnya bangsa melayu bab membuang masa akan lahirlah ilmuan2 professor2 dari orang melayu yang boleh mencipta berbagai-bagai benda yang boleh membawa manfaat seluruh dunia.hidup me layu×3.

      Delete
  16. Hari ni baru tunjuk muka beberapa malaun
    Semalam menyorok, agaknya dok kira elaun
    Mereka semua adalah hulubalang mahafiraun
    Yang beri gelaran itu adalah si mat sabun

    ReplyDelete
  17. Awang kualaberang tak payahlah tunjuk hero
    Dulu kau tu adalah pengampu Najib otak zero
    Kaki bodek projek tipu org Hulu ini bagero
    Laa ni mengampu PH, lagak hebat konon Zorro

    ReplyDelete
  18. Si 'dad' tak payahlah menyondol siang hari
    Rekod kau suka menyondol di waktu dinihari
    Bila entry Budin kena batang hidung sendiri
    Kau pun menyorok cari peluang nak cabut lari

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he...lembu sudah balik masuk kandang

      Delete
  19. Buat KM kau tak perlulah membebel panjang
    Tak guna depan khalayak kau nak telanjang
    22 tahun Dr M jd PM tempoh paling panjang
    Yang dpt habuan anak & kroni dia memanjang

    ReplyDelete
  20. Najib sanggup byr berjuta ringgit kepada Arul Kanda bangsa Lain untuk menipu bangsa melayu UMNO dan PAS percaya 1MDB. Melayu tipu melayu.

    ReplyDelete
  21. Ku sangka sungguh bagai di kata ...akan terhimpun seramai setengah juta .

    Tapi ku pulang sedikit hampa ..
    Para peserta setakat 100 ribu sahaja .

    Di mana Geng Najib , di mana justice leaque ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100,000 byk juga tu tpi manakan sama dgn himpunan Bersih satu(500k) Bersih 2 dan Bersih 3 pun.lebih kurang 300k perserta2 penyokong PH. Hehe himpunan ICERD ni kira gagal lah tak capai bulangan yg diharapkan, tu pun sbb Ketua PAS umumkan Kelantan cuti Peristiwa kerahkan org2 kelante bodoh mcam lembu tu pakat turun kl, diberi inspan kat hotel2,bas free. Umno pun sama agaknya, sediakan inapan hotel dan bus free. Dgr kata yg paling ramai penyokong luar umno turun kl.org2 kg, felda dan penyokong2 umno dari Pahang. Hehe tentu defak Jibmah dan defak Zahid jawa la tu
      So confirm klu tak kerana curi umum kelante tu, agaknya pulohan ribu saja y yg berjaya dikumpul.Pasumnongok tu hahahaha. Your plan failed la Hadi and Zahid huhuhu

      Delete
  22. Itulah Dad, nak menyondol pun tengoklah masa
    Masa menyondol pun kenalah ada timbang rasa
    Jgn bantai je, mentang-mentang dah ada kuasa
    Peringatan awal: Jgn menyondol di bulan puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kelakar, sapa pula yg menyondol samdul!. Kau ka ug menyondoj kat sini, bongok. Ini blog Tuan Budin, so biasa la klu penyokong2 Tun M dan PH kumpul kat sini. Kau tu anti Tuan Budin, Tun M dan anti PH. So tou are invafer and outsider here man!.

      Delete
    2. klu dah lembu, apa yg dia tau.......apa lagi klu tanya apa dia icerd......sampai berak hijau, terkebil2...

      ehh...hari ni najibut oh kena bungkus plastic oren.....dah rindu nak masuk dalam ke?

      Delete
  23. Betul tu Dad. Pemyokong2 PAS dan umno di himpunan ICERD mmng mcam lembu dicucok hidung. I saw in FMT and Mkini portal, sedih tgk muka2 ansk2 muda, mmng muka bodoh mentaliti tribal and feudal. Peserta2 ini mmnf twkah dibrainwash OAS dan umno, bahawa ICERD tu nk hapuakan hak melayu, gugat Islam konon. Pastu Lebai Hadi kata isu mempwrtahanksn hak Melayu dan Isksn satukan Org2 umno dan PAS. Wakaka, awatla bsghak. Habis yg memetintah ni kjaan PH bukankah majoriti MP2 dan pemimpin sdalah Melayu dan Iskam. PM pun Melayu, kjaan da kata tak ratifyksn ICERD. habis apa lagi yg puak2 ni nk perjuangkan. Hutang2 dan ekonomi negara yg lemah masa PRU14 tu pun adalah masaalah yg ditinggalkan kjaan BN dan ex PM yg duly. Baru 7 blb kjaan baru memerintah. Twtapi puak2 melayu yg hadiri perhimpunan ICERD tu tak sabar2 nk tunggu ekononi kita pulih. Ada yf komplen, semasa kjaan lana ekonomi twrok, tpu pukig kjaan baru pun wkonomi masih twrok. Yg pekajar2 pyla tak puas hati abb dipaksa juga bayar hutang PPTN. Habis? Nama pub hutanf, kena la,bayar balik. Ura2 kjaan ari tu nk buat OCB utk penghutang2 PPTB yg bergajo 2k ke atas bernula dari potongan gaji sebanyak RM40 saja sebuman, itu pun bising2. HP baru boke beli, bayaran internet,top up hp, Astro bulan2 bole bayar bulan2 lebih fari RM49 dan lebig RM100. Nk bayar hutang PPTN RM40 tak mau pula. Yg tau nk free hands our, BR1M, duit minyak motorfree mcam yf disogoj kjaan BN dulu.
    Itu abb melayu ni jadi malas dan tak nk berdikari. Hingha klu bole semua nk ditanggung kjaan dan nk free. Tgk bangsa ading, mereka tau tak byk dot keustimewaan dan bantuan kjaan. Tetapi mereka tetap berjaya, baik dlm bidang pelajaran,pekerjaan dan perniagaan.malah cuksi2 yg kjaan kurip pun sebahagian besar dibayar oleh2 org2 cina. Habis, melatu ni nk makan free saha kah (free loaders)
    Betol kata Tun M melayu takkan berjaya klu malas, harap tongkat(bantuan) seumor hidup.Lagi satu Melayu ini telah diterap sindrom rasuah sejak didedak Najib dan umno. Malah melayu2 ni tak kisah rasuah asal bole hidop. Gitu ye peserta2 dan penyokong yf hadie ICERD hari ni. Konon melayu dan islam perlu bersatu tolaj ICERD. Bersatu apa? Bersatu sokong peminpin2 mcam najib dan Zahid jawa kuat sapu duit dan kuat merasuah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...