Sunday, 8 April 2018

SPR AKHIRNYA AKUR.....



SPR akhirnya akur bahawa Pakatan Harapan atau lebih tepat, calon-daripada DAP, Amanah dan Bersatu tidak perlu mendapat kebenaran suruhanjaya itu jika ingin menggunakan simbol PKR dalam pilihanraya akan datang ini.

"Kenyataan SPR telah disalah erti seolah-olah keputusan untuk penggunaan lambang PKR oleh ahli parti lain untuk tujuan pilihanraya mesti mendapat kebenaran daripada SPR.

"Ingin ditegaskan kebenaran untuk menggunakan logo PKR  oleh calon yang ingin bertanding  atas tiket parti itu adalah di bawah bidang kuasa parti itu," kata Pengerusi SPR, Hashim Abdullah dalam suatu kenyataan.

Bagaimanapun, dalam kenyataan itu juga, Hashim memberitahu, sekiranya mereka memilih untuk menggunakan lambang PKR, bermakna hanya lambang berkenaan saja dibenar untuk digunakan di sepanjang tempoh kempen diadakan.

Dengan penjelasan ini, bermakna tiada masalah langsung bagi calon-calon Pakatan Harapan yang  mewakili DAP, Amanah, Bersatu serta PKR sendiri daripada menggunakan simbol tunggal iaitu lambang parti PKR dalam pilihanraya akan datang ini.

Penggunaan simbol tunggal itu akan lebih memudahkan Pakatan Harapan berlawan, seterusnya menumbangkan Najib, UMNO dan BN kerana tiada lagi unsur-unsur kekeliruan di kalangan pengundi.

Dengan itu - LAWAN TETAP LAWAN!!! (ShahbudinHusin 08/04/2018)

63 comments:

  1. PERTAMA:
    Allahurabbi, macam-macam dugaan sengaja ditimbulkan, namun syukur, akhirnya dugaan itu dapat ditangani. Syabas Pakatan Harapan. Majulah kita ke Putrajaya! Amin, ya Allah.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Tuan-tuan tontonvi tak Pelancaran Manifesto BN??

      ******************

      Lupakan politik, saya nak cerita sikit...bukan cerita palsu...

      Tuan-tuan pernah tak dengar cerita dolu-dolu tentang sang Raja di sebuah negara yang nak sangat memakai pakaian yang luar biasa dan dilihat hebat????

      Alaaa...tak kan tau tauuu....you nii....

      You tau tak, satu hari tu tukang jahit dah tak dak idea nak buat pakaian baru dia...

      Dia ngada ngada youu....nak yang best saja...nak orang jerit jerit kat dia....

      Haaa...sayang dah ingat kan cerita tu....

      Rakyat gelak kat dia sebab dia tak berpakaian....cian dia...kena tipu....

      Semalan kan...kes ni berlaku lagi la yang...

      Bukan sebab tak pakai pakaian....you ni...ingat lucah saja......nak buat filem lucah ke you ni....eeeeee

      Semalam orang gelak dan jerit-jerit sebab orang tu cakap teran-teran....

      Nak berak agaknya.....


      Delete
    2. Tuhan ambik alih lah bro bro ... Budin dah lamo tahu .... Buat2 tak tahu jo sbb diyo geng baik mantan.

      Delete
    3. Punya la teruk pengerusi spr ni. Nak jd mcm najib jg ka. Berubah2. Nak telan dedak pun jgn la ketara sgt. Sembunyilah sikit.
      Sat lg kp ros pulak buat u-turn kenyataan media. Aduhhhh... Mcm2 depa nak sabo Pakatan.

      Delete
    4. Perlu mencelah di sini sebab berita penting:

      TMJ's poltical views against Tun M

      https://www.nst.com.my/news/politics/2018/04/354757/tmj-time-restore-system-damaged-93-year-old-individual

      Rulers are above the law. They should not engage or be drawn into politics.

      Delete
    5. Sarawak Report (SR), melalui ketua editornya Clare Rewcastle Brown membuat tuduhan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan sebanyak RM90 juta kepada PAS untuk menjauhi pembangkang adalah berdasarkan "kecurigaan yang meluas".

      Kenyataan ketua editor SR ini dibuat setelah PAS, melalui Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengancam akan mengambil tindakan saman.

      Editor portal berkenaan, Clare Rewcastle Brown menjelaskan dakwaan itu dibuat berdasarkan “kecurigaan yang meluas” jika dihalusi dan difahami membawa erti kata lain cerita tersebut ditulis berdasarkan khabar angin atau andaian semata-mata tanpa sebarang bukti yang dikemukakan.

      Bahasa mudahnya berita itu adalah sembang-sembang di kedai kopi sahaja tetapi dalam hal ini, Sarawak Report (SR) telah menjadikannya bahan artikel untuk tujuan jahat dan terancang menjatuhkan PAS.




      Maka ahli PAS 'jadian' pun membuat kenyataan "dakwaan mereka menerima wang RM90 juta daripada Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipandang sepi."

      Katanya lagi “Jika SR boleh dedah nama dan nombor akaun serta aliran kemasukan wang tersebut saya percaya individu pimpinan PAS tersebut akan bersedia memberi pencerahan dan penjelasan sama ada ia derma politik Najib kepada PAS atau untuk individu tersebut.”

      Kenyataan kedai kopi pun si 'jadi-jadian' ini anggap serius.

      Lagi malang puak-puak PAN/IKRAM.
      Raya sakan mereka menyerang PAS dengan isu ini. Mereka mengaikan apa yang dinasihatkan oleh Allah taala tentang berita daripada orang fasiq.

      Allah berfirman,
      يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِن جَآءَكُمْ فَاسِقُُ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَافَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
      “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

      Cikgu Halim kaki fitnah yang selalu menyerang PAS membuat posting dalam facebooknya..



      Wan Mohd Aman ini pun kaki fitnah kepada PAS, hari-hari buat posting menyerang PAS tak faham kenyataan "kecurigaan yang meluas" yang membawa maksud syak wasangka.



      Asal boleh hentam PAS kira rasa dia bahagia.


      Zulkiply Harun atau Greenboc juga hilang pertimbangan agama menyerang PAS dengan berita syak wasangka. Dia ni cakap agama macam ulama tapi pasal fitnah mengalahkan 'syaitan'.

      Kalau saya senarai posting cybertropper PAN/IKRAM nescaya berjela-jelalah artikel saya kali ini. Cukuplah.

      Dalam membalas posting mereka saya cakap kepada cybertropper PAN/IKRAM saya ada maklumat dimana wang RM90 juta digunakan.




      Pertama, Abdul Hadi Awang, Presdien PAS nak guna wang itu untuk membeli rumah besar dan mewah. Dia bekerja sebagai MP dan ADUN 30 tahun tak cukup duit. Walaupun ada elaun MB dan beberapa elaun lain dia masih tak cukup duit kerana suka berjoli.



      Kedua, MB Kelantan Ahmad Yaakob nak beli basikal Madone 5,9 SL basikal yang dihiasi 7 berlian supaya mudah untuk dia nak ke Masjid.



      Ketiga, Persuruhjaya PAS Terengganu, Saitiful Bahri nak tukar kereta volvo antik dihadapan rumahnya kepada model terkini, Volvo XC90 Excellence.

      Puak-puak PAN/IKRAM ni kalau kita kata mereka ini tongkat UMNO mereka marah tapi mereka tak sedar mereka buat kerja UMNO untuk buruk dan fitnah PAS.

      Saya cakap kalaulah andaian dan wasangka boleh dijadikan hujah dan bukti penyelewengan maka saya pun boleh buat begitu. Saya boleh katakan bahawa puak PAN/IKRAM dapat duit daripada DAP dan YAHUDI kerana "kecurigaan yang meluas" menunjukkan mereka boleh menjilat DAP!

      Delete
  2. Mcm mana pula kenyataan boleh disalahertikan? Aku dan sebahaguan besar rakyat tengok kat tv apa yg dia katakan. Sbb itu timbul kekecohan ini. Bila dah jd isu, dia mula kata lain. Entahlah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emmm..pekakas..x ada klas..orang yg baling x pecah gelas jd PM..taulh dia x dpt nak berkilas..
      tau dia nanti kedudukan yg ada melepas..nak sangat mkn dedak..cakap pun x agak2.
      hahahahantukplabapak..

      Delete
  3. Ingat berani sangat...kena gertak terus u turn...salahkan media plak...mcm orang politik...

    ReplyDelete
  4. Bagus lah SPR sudah perbetul makluman.
    Rakyat sudah mulai gelisah.
    Harap negara kita aman dan tertegak demokrasi.

    HIDUP PAKATAN/UNDI PKR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perbetul setelah kena gertak dgn tun.....

      Delete
  5. Hashim ni sebenarnya dia nak test market. Dia ingat semua rakyat M'sia ni bodoh ke. Kena di podah kan oleh Tun Dr Mahathir, terkedu Hashim ni

    ReplyDelete
  6. Sape kata orng tua 93 tahun tak bisa?.....pengerusi spr boleh terkencing...

    Professor kankung terkincin....najib lari bertempiaran tak cukup tanah..

    Kekekekrke...

    ReplyDelete
  7. Semua Manifesto BN yg last minit tu its like rubbish. Janji air liur saja utk sedapkan hati penjawat2 awam yg mmng nk pangkah BN/UMNO OUT!. For sure yg penyokong2 dan pementekedarah dedak2 ni alu2kan sgt tawaran si Klepto nak naikkan sogokkan BR1M, tpi mereka tk guna otak! yg nak disogok tu cuma cukup makan sekejap ajer. Ni yg mungkin GST dinaikkan lagi, harga minyak dinaikkan lagi, harga nrg2 pun akan tambah mencanak ni. Yg tu semua depa tak pikiaq. Mmng penyokong2 BN terutama penyokong umnongok ni tamaq duit serupa mcam Boss Kelpto depa.well there goes the truth, Cash is King!. si Klepto ingat dgn beri gula2 PRU dan rasuah berupa dedak2 semua kakitangan kerajaan akan undi BN/UMNO. I wish to say, rakyat2 yg sokong pemimpin rasuah, rakyat yg suka suapan rasuah mmng MORON, they deserved that kind of leadership, treachery(pengkhianat) corrupted, not trustworthy, liar, selfish and MORON Ketua Klepto Pondan and kjaan yg dayus dan haprak. Nanti klau Klepto memeritnah lagi hangpa jangan dok komplen hdiup makin susah tau!
    I called that FAKE Manifesto... piiiirrraaaah, poddddahhhh!!!

    ReplyDelete
  8. Comments from Msiakini about Si Klepto recently announced additional BR1M giv outs "The new DEDAK addicts kids....They should be born without legs...and without hand....totally no maruah...apa bangsa otak karats ini?

    BN MANIFESTO | No one can deny not liking cash assistance from the government.

    It was therefore not surprising for BN supporters to describe BN chairperson Najib Abdul Razak's announcement on the doubled BR1M payments as the "best thing" about the coalition's manifesto.

    While Amri Mohamad still does not qualify to receive BR1M despite Najib's latest announcement as he earns more than RM5,000, the Umno member from Malacca's Merlimau division pointed out how the payments have been doubled- Msiakini.

    Memang pemakan2 duit rasuah dan Br!m ni mana ada maruah, duit punya pasal kan serupa mcam Boss SI Lanun Klepto tu. Haram hala tolak ketepi. Yg pasti Cahs Is KIng kata Si Klepto. Terimakasih terimakasih, beri lah kami dedak lagi..kata si penyokong2 haprak. Kami tak kisah dari mana duit tu datang, dari dit curi ker, duit derma arab ke, duit cukai2 yg mana kami juga adalah pembayar2 nya. Asalkan tabur duit semua jadi. Tak gitu Wak KEngkang, LebaiModen, Org2 kg dan org2 Felda terutama di Pekan, Pahang. Ingat negara ni mak hang pak hang dan SI YP Pekan saja punya kah!... ambil duit dan kemudahan seskuka hati!. Tamak!, tak jujur! Penkhianat nbr satu dunia lah kao org ni semua, penyokong2 tegar umnongok dan BN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes..bubar saja umnobn..x boleh dperbaiki..rosak..ahli2nya semuanya lebih baik blah..join je parti parti PH..menang nti kita tengok mcmana PH..kan gitu.

      Delete
  9. Hashim pengerusi SPR ...Poodahh!!

    Kalau macam ni, apa cerita dengan PAS dan Gagasan Sejahteranya. Patutnya dorang kena la pakai logo tu. Atau pun memang dari awal lagi PAS nak tolong Najib?

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Hahahaha..man Pas out..pakai skirtlh x perlu serban..hahahaha

      Delete
  11. Antara komen2 dan pendapat netizens (dipetik dari MKINI) hari ini mengenai janji si Klepto menambah permberian BR1M..

    All these NO BRANDS supporters will REGRET later when they will have to continue to SUFFER in HIGH cost of Living....they are so dump ........they cannot do simple calculation on what GST is going to burden them , their family members, relatives and friends........BR1m is just one time payment whereas GST is on a DAILY basis whenever you go out to buy things......this simply knowledge is not able to wake them up what more to pity them when they cry High Cost Living later............Where is Najib going to get Money to PAY..........??? Answer is to get MORE TAX from the Rakyat & Increase GST rates later...... A Government who cannot " Jimat " when times are BAD is amounting to committing SUICIDE for the country/Rakyat..................!

    They give your 10 cents and steals from you RM 10. Please take the money ( if they give). It is your money. Take it, but vote "eye". Remember, IT IS YOUR MONEY. It IS NOT a gift. It is returning the money to the owner, you and I.
    Talk is easy. The only way to finance his BN manifesto, is to ask Mrs MO1 to sell all her ill gotten assets, JLow to sell all the assets stolen from 1MDB and stepson Rizal to do the same. Maybe then possible. Pensioners cannot get regular medical supplies for their chronic illnesses. They have to collect every 2 weeks, when previously it was every 3 months. Sabah Dalam and Sarawak Dalam had their "flying doctors" service stopped suddenly. Hospitals cannot perform certain test because of lack of money to buy chemicals. Shall I go on? Where got money? Talk is easy. Promises are easy to make. They have been making them for the last 60 years and where are we. From "The Asian Tigers" to "the thief who steals". That is our achievements. Yes, we are famous for all the wrong reasons.

    All these beggars are born without hand and legs so they need BRIM very badly. Better you all use condom for whole life. Useless human worse then animals

    “We are only human we prefer cash”Eh all sudden religion thingy not important anymore ?

    YANG NI PULA PENDAPAT CYBERTROOPER LANUN BUGIS, PENJAWAT2 AWAM DAN JABATAN KERAJAAN TERMASUK PENYOKONG@ TAKDE OTAK UMNONGOK - Tuan2 dapat bezakan cara fikir dan sikap pencekik2 dedak ni dgn rakyat2 yg waras dari pihak pembangkang ye huhuhuu. Mmng takde value and no facts komen2 makhluk2 dedak ni .

    The federal government also gave priority to development of the various sectors, such as education, religion, security and social-economy.By providing aid to low-income group, their spending power increases. It contributes to the economic growth of the country. BR1M enhanced Malaysian’s standard of living by the providing financial aid.

    BN will do much as the parties can help for the rakyat ang their benefits, that's why we need to continue support BN so that BN can help people.

    I believe Barisan Nasional is the remain preferred choice among the people.Besides BR1M has helps the lower income group by increase spending power.

    - Spending power? adoi lah penyokong2 haprak dan Moron ni. Sure copypaste mcam Wak Kenkang dari mana2 blog ameno ni yg cybertrooper pun agaknya ditambah dedak utk propaganda parti ameno ..

    Apa jadah spending power, duit tu th=ahan sekejap jer. Kang naik GST pula nak spend money beli spender seluar dalam baru pun fikir2 berkali2. kih kih kih kih kih.
    AKu ketawa perli dan ketawa sakit hati.. mampuih lingkup ekonomi dan ramai rakyat mampuih kebulur lah kot in 3 more years after GE14, punya pemimpin2 dan penyokong2 yg tahap mindset, atttude and ambitions cam nih...huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  12. Kalo pengerusi SPR yakin umno akan menang dia takkan u turn...peduli ape gertakan tun...

    Tanda awal umno akan kojol....muka najib mencuka...gula3 manifesto tak beri kesan ape2...

    ReplyDelete
  13. Desperate situation calls for desperate move...najib will throw everything to buy votes..mmg dah agak dia akan buat something dgn brim!! Dan melayu akan cair bila dgr berita sebegitu!!

    At least itu yg dorang rasa, melayu mudah dibeli! Betapa bangsatnya pemikiran pimimpin bangsawan melayu yg berkiblatkan duit, membangsatkan bangsa utk kekal berkuasa. Kali ni trick akan makan tuan!!! Keputusan utk menolak najib sudah sebati dlm hati dan tidak ada apa pun boleh mengubah pendirian majoriti rakyat yg sudah terkena permainan licik rejim klepto pd pru lepas. Kali ini kami tekad utk berubah!!!

    ReplyDelete
  14. Salam Din, hari ini Pakcik, mencari-cari difacebook Tun M,Tan Sri Mahyuddin Yasin & Datok sri Mukhriz kalau ada ruang Pakcik nak komen terus dekat mereka, sayang x dapat diketemui, cuma ada ruang komen secara umum, jadi melalui ruang Din ini, Pakcik harap Din dapat panjangkan kepada mereka,sebelum pengumuman menefesto pemberian Brim baru Baru olih Najib semalam Pakatan Harapan berpeluang besar memenangi Pru14, dikhuatiri pengumuman umpan Brim tersebut akan memerencatkan nya maklumlah sebelum ini setiap kali Pru penduduk kampong dengan umpan sehelai kain pelikat & kain batik bersertakan duit Rm50 undi mereka bolih bertukar tangan inikan pula dari Rm1,200 jadi rm 2,000 & akan dibayar pada bulan jun & ogos, perlu diingat bulan Jun tahun ini hari raya puasa, Harap Din dapat memberitahu mereka supaya Pakatan Harapan juga akan berbuat demikian jika Pakatan Harapan menang, setidak-tidaknya Bagi Brim tahun ini saja, bagi mengimbangi Umpan yang dsediakan olih Bn.

    ReplyDelete
  15. from TMJ khas untuk rakyat johor dan malaysia

    Pandangan ikhlas untuk rakyat Johor yang disayangi: TMJ
    ASSALAMUALAIKUM WBT.

    SAYA ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pandangan dan pesanan saya kepada rakyat Johor yang saya kasihi sekalian.

    Saya memberi nasihat dan berkongsi pendapat saya bukan sebagai ahli politik yang perlukan undian, tetapi ia datang dari hati saya sebagai seorang anak Raja yang berkhidmat kepada rakyatnya.

    Taat setia saya adalah kepada Sultan saya, negeri Johor dan rakyat saya. DYMM Sultan Johor dan saya saling berkongsi pandangan dan inisiatif apa yang terbaik buat masa hadapan negeri Johor.

    Bukan sahaja dalam segi pentadbiran kerajaan tetapi untuk memperbaikinya dan menjadi kuasa ekonomi dalam negara, menangani mentaliti ekstremis, menaik taraf sistem pendidikan dan sistem kesihatan.

    Dengan senario politik yang berlaku sekarang dalam negara, tidak kiralah parti yang memerintah atau parti pembangkang, rakyat perlu pandai menilai apa yang terbaik untuk negeri kita dan negara.

    Dalam situasi politik, rakyat hanya dengar apa yang disampaikan oleh ahli politik di dalam ucapan mereka atau di media sosial.

    Tetapi yang tahu situasi sebenar adalah DYMM Sultan Johor dan saya sendiri. Apa sahaja rahsia sulit dan agenda mereka kami tahu. Semua maklum bahawa ahli politik ini apabila inginkan sesuatu, mereka akan menabur janji-janji manis.

    Saya bukan ahli politik tetapi saya juga ada agenda saya sendiri dan agenda saya adalah untuk kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor.

    Semua maklum bahawa Umno dilahirkan di negeri Johor, di dalam istana negeri Johor.

    Saya tahu buat masa ini rakyat semua berkecil hati terhadap kepimpinan negara dan saya faham. Bagi pandangan saya, Umno perlu lebih aset daripada liabiliti.

    Ia bermakna Umno perlu bertukar cara pentadbiran dan pemikiran serta polisi terutama sekali sistem hierarki. Kita perlu lebih aset iaitu orang-orang muda yang ingin berkhidmat kepada negara dan berkongsi pengetahuan mereka yang berpotensi.

    Saya juga tidak akan lupa siapa yang merosakkan Umno, yang menjadi peneraju dan melahirkan kroni-kroni, melahirkan korupsi, melahirkan proksi dan juga siapa yang cuba menarik kuasa-kuasa Diraja termasuklah cuba untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang kami semua sayangi.

    Kedaulatan negeri Johor jangan dipersoalkan. Kami telah wujud dari tahun 1885 sehingga kerajaan persekutuan juga belajar protokol, pentadbiran dan perlembagaan daripada kami.

    Kami adalah negeri pertama yang mempunyai perlembagaan sendiri dan ia menjadi contoh kepada negara. Kadangkala kita tidak boleh menyalahkan sesebuah organisasi atau parti oleh kerana hanya seorang yang bermasalah.

    Saya tidak lupa pada tahun 1992 ketika saya kecil dahulu dan nakal di sekolah, cikgu akan bercakap kepada saya, “Awak jangan main-main, awak tu kerabat diraja. Jika saya mengadu kepada Mahathir, habis awak.” Begitu juga dengan kisah Prebet Adam di mana Almarhum Sultan Iskandar iaitu datuk saya yang tidak ada peluang untuk mempertegakkan diri kerana ketika zaman itu tiada kemudahan internet, semua media dikawal oleh kerajaan.

    Media mengeluarkan kenyataan kononnya prebet Adam mengamuk apabila mendapat tahu adik beliau dibunuh oleh Sultan Johor ketika itu. Sedangkan Prebet Adam tiada adik lelaki dan hanya ada adik perempuan yang meninggal dunia ketika berumur dua tahun dalam tragedi rumah terbakar.

    Saya juga ada berjumpa dengan seorang individu berasal dari Kedah pada tahun lepas.

    Beliau yang bercerita kepada saya yang beliau berjumpa dengan Prebet Adam dan Prebet Adam menceritakan bagaimana dia dipaksa sepanjang 10 hari di dalam bilik sel yang gelap oleh anggota polis untuk mengaku yang Sultan Johor membunuh adiknya.

    Inilah yang sanggup dilakukan oleh kepimpinan tertinggi kerajaan ketika itu demi mendapatkan kuasa sepenuhnya di dalam negara.

    ReplyDelete
  16. Pandangan ikhlas untuk rakyat Johor yang disayangi: TMJ

    Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang.

    Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan tiga orang anak yang ‘billionaire’.

    Nasihat saya kepada rakyat Johor, jikalau kita tidak suka sesuatu dengan kerajaan, laungkan suara kita untuk pastikan mereka tahu apa yang kita inginkan. Anda semua mempunyai DYMM Sultan Johor dan saya di mana kami boleh sampaikan suara rakyat kepada kerajaan yang memerintah dan kepimpinan tertinggi dalam negara.

    Jangan sesekali anda sangka yang kami tiada inisiatif untuk memperbaiki sistem yang berada di dalam kerajaan.

    Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati.

    Jikalau anda mahu berperang atau mahukan pertembungan antara kerajaan negeri Johor dan kerajaan persekutuan ia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah.

    Jikalau kami mampu melahirkan ramai lagi anak muda yang ada potensi, sanggup berkhidmat kepada negara dan kami boleh pastikan yang dia mampu mewakili kerajaan, kita boleh mengubah segala-galanya daripada dalam.

    DYMM Sultan Johor dan saya mempunyai agenda dan perancangan tersendiri. Agenda utama kami adalah untuk negeri Johor tetapi apa cara untuk kami sampai ke Putrajaya, kami tidak boleh kongsikan kepada anda semua.

    Ia adalah sulit dan rahsia. Saya bukan ingin menyokong mana-mana parti politik tetapi untuk mengubah nasib negara dan memperbaiki sistem, bukan untuk menjatuhkan kerajaan. Kita perlu mengubahnya daripada dalam.

    Jadi, saya dan negara-negara jiran kami berpandangan, jika kapal ini telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin yang baharu.

    Duduk di dalam kapal yang sama, dan membimbing nakhoda tersebut dan beritahu ke mana kita mahu pergi. Cukup ini sahajalah yang dapat saya kongsikan bersama rakyat.

    ReplyDelete
  17. Pandangan ikhlas untuk rakyat Johor yang disayangi: TMJ
    Tetapi rakyat Johor perlu percaya kepada visi DYMM Sultan Johor dan saya sendiri. Tidak perlu banyak perkara untuk dijadikan contoh. Cukup satu perkara kecil sahaja yang boleh saya beritahu anda semua untuk dijadikan sebagai contoh.

    Apa yang anda lihat dengan apa yang saya lakukan dalam pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah sama apa yang kami akan lakukan di pentadbiran peringkat tertinggi.

    Bola sepak hanyalah minat saya. Pada 30hb Jun 2016, saya ada mengeluarkan satu kenyataan dalam laman rasmi JOHOR Southern Tigers yang mengatakan kami akan memusnahkan apa yang anda bina dan kami akan bina yang lebih baik.

    Ia adalah satu pembayang apa yang ingin saya lakukan kepada sistem pentadbiran FAM ketika itu. Saya tidak kongsikan perkara ini kepada ramai pihak tetapi hari ini saya akan kongsikan kepada semua.

    Misi saya ketika menyertai FAM adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan struktur sedia ada. Ia juga untuk menukar struktur perlembagaan dalam FAM bagi memastikan kuasa Presiden FAM dan Persatuan Bolasepak adalah terhad.

    Mereka hanya menjaga Jawatankuasa Tatatertib, pengadil dan pasukan kebangsaan. FAM juga tidak lagi memberi arahan dan terlibat dengan apa yang berlaku kepada pasukan, kelab, kewangan dan pentadbiran liga.

    Apa yang saya lakukan adalah saya mengubah perlembagaan di mana kami melabur kepada FAM, melabur kepada semua pasukan dan kami menjaga kepentingan Malaysian Football League (MFL).

    Ini adalah sebab mengapa saya keluar daripada FAM kerana kuasa tiada kepada Persatuan Bolasepak sama seperti di negara-negara luar. Kuasa berada pada badan berkecuali yang menguruskan liga seperti LaLiga (Sepanyol), Seria A (Itali), English Premier League (England), Bundesliga (Jerman) dan sekarang di Malaysia adalah MFL.

    Tetapi jangan salah tafsir dengan menganggap Presiden FAM sebagai proksi. Beliau bukan proksi tetapi adalah individu yang layak dan boleh bekerjasama dengan MFL.

    Ini diibaratkan seperti latihan saya sebelum agenda saya yang lebih besar di peringkat tertinggi melibatkan pentadbiran sistem negeri dan kerajaan.

    Tuan-tuan dan puan-puan, saya datang daripada keluarga dan hidup di dunia yang anda tidak boleh lihat dan dunia itu dikawal rapi. Anda lihat bagaimana pergerakan sesuatu rejim dan organisasi sulit mengawal dunia.

    Kami juga mempunyai sistem yang sama tetapi kami organisasi yang berbeza. Jika anda lihat bagaimana organisasi sulit mengawal negara-negara besar daripada sebuah tanah kecil di Timur Tengah dan inilah yang kami lakukan di sini untuk mengawal takdir sesebuah negara.

    Ia telah dilakukan sejak zaman nenek moyang saya dan kami akan meneruskannya untuk rakyat bagi ‘restore the order’ apabila ia terkeluar daripada ‘order’ tersebut. Itulah tanggungjawab kami dan ia akan sentiasa menjadi tugas kami.

    Sekarang ini, di dalam negara situasi politik agak berkucar-kacir. Tetapi ia tidak semestinya adalah pengakhiran dunia (kiamat).

    Inilah masanya untuk ‘restore the order’ dan melaksanakannya kepada sistem yang telah dirosakkan oleh individu yang berumur 93 tahun ingin menjadi Perdana Menteri sekarang ini.

    Jangan tertipu, buka mata anda, gunakan akal fikiran dan ikut bayangan yang akan saya berikan kerana saya tahu apa yang anda tidak tahu.

    Anda perlu percaya kepada saya kerana saya tahu apa yang ingin saya lakukan. Inilah masanya untuk bumi selatan mengawal sesetengah situasi dan memulihkan semula ‘order’ yang telah dirosakkan oleh individu yang tamakkan kuasa dan duit.

    ReplyDelete
  18. Pandangan ikhlas untuk rakyat Johor yang disayangi: TMJ
    Jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan apa yang anda dengar semalam di Pasir Gudang. Negeri Johor tidak akan pernah lupa kepada individu yang ingin membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang telah wujud sejak 1886 dan berangan mahu menarik kuasa Sultan Johor yang memerintah serta memperkecilkan perlembagaan negeri Johor yang telah wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia.

    Ingatlah wahai rakyat Johor yang saya kasihi sekalian. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

    Selagi rakyat Johor bersatu bersama-sama dengan kepimpinan DYMM Sultan Johor termasuk saya, pelbagai perkara yang kita mahukan boleh dicapai untuk masa hadapan anak cucu cicit kita.

    Jangan kita berpecah belah dan mudah dipermainkan dengan anasir-anasir luar yang mahu menghancurkan kedaulatan negeri ini. Lihatlah apa yang telah saya lakukan terhadap bola sepak.

    Bola sepak ini hanyalah latihan. Ia ibarat saya ke ‘driving range’ sebelum pertandingan golf sebenar.

    Jangan tukar kapal jika enjin masih berfungsi dengan baik. Jangan menukar nakhoda kapal tetapi benarkan sultan saya dan saya membimbing nakhoda tersebut demi anda.

    Ubah dan pertingkatkan apa yang perlu diubah dan apa yang perlu dipertingkatkan untuk negeri dan negara yang tercinta.

    DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

    ReplyDelete
  19. Janji Manifesto BN Lebih Menyeluruh, Semua Negeri Dapat
    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) malam ini mengumumkan janji yang lebih bersifat inklusif kepada semua rakyat, apabila janji Manifesto BN dilihat lebih menyeluruh dan boleh dinikmati semua negeri, sekaligus mencapai tahap lebih baik daripada apa dikecapi rakyat sekarang.

    Manifesto yang dirangkumkan membabitkan semua aspek termasuk ekonomi,infrastruktur dan pendidikan yang bermotifkan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman sejahtera jika dibandingkan dengan manifesto Pakatan Harapan.

    Antara manifesto yang dijanjikan BN bagi seluruh negeri:

    1.Aku janji Johor: Lebuhraya PLUS dari Yong Peng ke JB, dibesarkan daripada empat kepada enam lorong sebab terlalu sesak.

    2. Aku janji Melaka: BN janji akan membina lebuh raya dari Kuala Linggi-Masjid Tanah-Klebang-Teluk Mas di Melaka.

    3. Aku janji Sabah dan Sarawak: BN janji hak penyeliaan kawalan elektrik dan gas akan dikembalikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.

    4. Aku janji Negeri Sembilan: Malaysian Vision Valley, di Negeri Sembilan akan diperhebatkan sebagai projek ikonik.

    5.Aku janji Terengganu: Bina Lebuhraya Tepuh-Kuala Nerus-Kelantan secara berperingkat.

    6.Aku janji Kedah: BN akan bangunkan zon ekonomi khas di Bukit Kayu Hitam.

    7.Aku janji Perak: Sebuah lapangan terbang baharu akan dibina di Seri Iskandar dalam tempoh 5 tahun.

    8.Aku janji Perlis: Projek pembangunan lembangan Sungai Perlis, dari Kangar ke Kuala Perlis akan dilaksanakan – Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

    9.Aku janji Wilayah Persekutuan: Bina lebih banyak projek urban renewal dan redevelopment seperti RUMAWIP .

    10.Aku janji Pahang : BN juga akan menambah peruntukan untuk menambah bilangan rumah mampu milik, kos rendah dan generasi kedua FELDA di Pahang.

    11.Aku janji Pulau Pinang : BN juga berjanji untuk menyediakan sebanyak 65,000 unit rumah mampu milik di Pulau Pinang.

    12.Aku janji Kelantan: Percepatkan pembinaan lebuhraya dari Gua Musang ke Kota Bharu – Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

    13.Aku janji Selangor: Janji BN untuk menyelesaikan masalah air di Selangor jika berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

    Dalam manifesto BN juga, BN akan memastikan sistem pendidikan negara sesuai dengan masa depan dalam konteks revolusi industri 4.0 untuk lahir lebih ramai anak-anak kita yang mahir dalam bidang terbaharu .

    Dalam pada itu, BN memberi jaminan anak muda bawah 30 tahun akan mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat belajar.

    Selain itu, perkasa sumbangan PKS, memperbanyakkan RTC dan UTC selain industri halal.

    Jika dilihat parti pembangkang sebagai satu pakatan yang tidak berpegang teguh kepada pendirian yang tetap apabila sering membuat U-TURN bila berjanji dengan rakyat. Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan malam ini adalah satu akujanji yang akan ditunaikan berbanding manifesto pembangkang yang penuh dengan janji popular dan tidak realistik.

    ReplyDelete
  20. Pasukan BN Lebih Kuat Daripada Pasukan Pakatan Harapan
    Pembentangan Manfesto Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Umum ke 14 sebentar tadi menampakkan bahawa Barisan Nasional masih kekal komited membela nasib kira-kira 32 juta orang rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan idealogi politik.

    Dalam pembentangan itu tadi, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memperlihatkan sisi kekukuhan Barisan Nasional apabila kesemua 13 Presiden dan Pengerusi parti komponen Barisan Nasional bersama-sama Datuk Seri Mohd Najib dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berdiri lebih sejam untuk menyampaikan amanat dan aku janji penting Barisan Nasional untuk semua rakyat Malaysia.
    Banyak untuk di gariskan apa yang telah dijanjikan oleh Pengerusi Barisan Nasional berkenaan di hadapan kira-kira 40 ribu orang yang membanjiri Axiata Arena, Bukit Jalil. Paling mencuri tumpuan adalah pengumuman khas dari Datuk Seri Mohd Najib mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang dinaikkan dari RM 400 ke RM 800 untuk pembayaran bulan Jun dan Ogos yang akan datang.

    Jika mahu dibandingkan dengan cara Pakatan Harapan mengumumkan manifesto mereka pada 8 Mac yang lalu, Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan kepimpinan Pakatan Harapan hanya duduk sambil dikelilingi oleh pemimpin bawah Harapan. Malah, semasa dia mengumumkan manifesto berkenaan, dia kerap kali lupa dan kerap menanyakan apa yang ingin disampaikan kepada para pemimpin yang menemaninya.

    Jika diteliti kepada apa dibentangkan oleh Pakatan Harapan sebelum ini, walaupun ianya memakan sehingga 194 muka surat, terlalu kurang mereka meletakkan agenda memperkasakan rakyat dengan menambah bantuan kepada rakyat yang memerlukan jika di bandingkan dengan apa yang dibentangkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebentar tadi.

    Malah, beliau turut memfokuskan manifesto mengikut negeri dengan kesemua 14 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, turut menerima berita baik hasil daripada pembentangan manifesto berkenaan.
    Tinjauan rambang mendapati, rata-rata pengguna laman sosial Facebook dan applikasi Whatsapp menyambut baik pembentangan berkenaan yang disifatkan jauh lebih baik jika dibandingkan dengan manifesto Pakatan Harapan yang lebih menjurus kepada politik semata-mata.

    Inilah yang telah berjaya dibuktikan oleh pasukan Barisan Nasional yang benar-benar menjulang kemahuan rakyat daripada menjulang kemahuan peribadi sesetengah pemimpin yang ada di dalam Pakatan Harapan

    ReplyDelete
  21. BR1M Tambah Jadi RM 2000 Buat Pembangkang “Mati Kutu”
    RAKYAT Malaysia tersenyum lebar dan amat gembira dengan pembentangan Manifesto Barisan Nasional Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14) oleh Pengerusi Barisan Nasional(BN) Datuk Seri Najib Razak terutama berkenaan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

    Namun perlu diingatkan bahawa perkara tersebut hanya akan menjadi realiti sekiranya rakyat Malaysia memilih BN lagi untuk menerajui negara kita.

    Sebenarnya seluruh rakyat Malaysia terkejut dengan pengumuman Datuk Seri Najib tersebut memandangkan ianya tidak ada dalam dalam manifesto asal yang diedarkan kepada wartawan.

    1. Menaikkan kadar BR1M daripada RM1200 kepada RM2000 bagi isi rumah berpendapatan bawah RM3000.

    2. Menaikkan kadar BR1M dari RM900 kepada RM1500 bagi isi rumah berpendapatan bawah RM4000.

    3. Menaikan kadar BR1M dari RM450 kepada RM600 bagi individu bujang pendapatan RM2000 ke bawah.

    4. Menambah kategori penerima BR1M bagi isi rumah berpendapatan 4000-5000 dengan bayaran sebanyan RM700 setahun.

    5. Anak-anak penerima BR1M yang masuk universiti akan mendapat RM1500 sebagai bayaran bantuan kemasukan ke IPT.

    Apa yang pasti, pembangkang “mati kutu” dengan pengumuman tersebut. BR1M pernah menjadi topik hangat dimana Mahathir mendakwa ia suatu bentuk rasuah yang diamalkan kerajaan pimpinan BN. Malah Azmin bersetuju dengan dakwaan Mahathir tersebut dan berkata program BR1M suatu bentuk sogokan.

    Namun memandangkan BR1M begitu dekat dihati rakyat maka mereka akur untuk meneruskan BR1M namun jumlahnya dikatakan jauh lebih rendah daripada jumlah BR1M yang diberikan oleh kerajaan BN sebelum ini.

    Kini Datuk Seri Najib mengumumkan kenaikan yang amat tidak disangka-sangka. Perkara ini sudah tentu menyebabkan pakatan pembangkang “mati kutu”. Perlu diingatkan bahawa janji BN adalah janji yang ditepati.

    #BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat

    ReplyDelete
  22. Saya kurang pasti sama ada pengerusi SPR seorang PTD saperti ROS.

    saya, selaku mantan PTD amat berasa kecewa n malu dgn prestasi serta 'proffesionslism' yg d pamerkan olih mereka. 'it is slowly deteriorating n moving into mediocrity'.

    saya pernah menyarankan 3 panduan/gesaan kpd pentadbiran baru d putrajaya kelak :-

    1)menyuntik semula semangat juang d kalangan k/tangan awam n kenaikan pangkat wajib berdasarkan 'merit based' (80%) n bukan time based.

    2)sungguhpun kumpulan bijak pandai amat d perlukan, namun kita jangan sesekali abaikan input drpd kumpulan bijaksana.

    3)segala dasar2 wajib berteraskan kpd konsep/pendekatan mesra rakyat (people friendly).

    Insya'allah , saya yakin jika ia nya d ambilkira, pentadbiran baru akan pasti dpt memberi sumbangan yg bermakna utk mengembalikan Negara k era kegemilangan.

    ReplyDelete
  23. MANIFESTO BN : KEKAYAAN DI KONGSI BERSAMA RAKYAT BUKAN BERSAMA KRONI
    Dalam ramai rakyat yang tidak cukup maklumat membuat bising berkenaan kutipan cukai GST, ramai juga pakar memberi maklum balas secara profesional bahawa kutip cukai secara GST adalah “the now thing“.

    Ia adalah kutipan cara telus dan bersasar.

    Para profesional ekonomi menyatakan 140 buah negara yang rakyat berjumlah hampir 4 billion pastinya tidak akan salah dalam memilih cara kutipan cukai GST.

    Jika Malaysia melalui Pembangkangnya mahu menghapuskan, ia adalah satu kobodohan yang amat nyata.

    Kesemua negara yang telah melaksanakannya mahu pun negara yang paras ekonominya lebih teruk dari Malaysia telah mendapati ia sistem mudah dan straight forward.

    Maka amat pelik jika Pakatan Harapan yang ramai golongan profesional tidak memikirkannya.

    Pada manifesto Barisan Nasional, antara terasnya adalah “Ekonomi Keperluan Rakyat”.

    Ia betul betul satu manifesto yang “rakyat centric” berpaksi kepada rakyat dan kesejahteraan mereka.

    Pembenci Najibnomik nombor satu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad amat membenci akan cara Datuk Seri Najib Razak mengembirakan rakyat dengan pelbagai manfaat dan faedah.

    Ini kerana kerja mahu menjatuhkan Najib untuk kepentingan peribadinya semakin gagal jika rakyat menyayangi Najib.

    Mahathir mengelar pemberian kerajaan kepada rakyat bersasar terutamanya B40 dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) telah di gelar olehnya sebagai “dedak”.

    Ini kerana cemburu dan malu ketika dia menjadi Perdana Menteri tidak melakukannya.

    Mahathir mengejek cara Najib membahagikan kekayaan negara kepada rakyat sebagai ‘Cash is King‘.

    Malah pada satu ceramah Mahathir menghukum penghantaran rakyat miskin dan imam susah mengerjakan haji sebagai haram.

    Mahathir malu di zamannya hanya beberapa kerat kroninya sahaja melapah kekayaan negara.

    Itulah sebenarnya “dedak” dan “Cash is King“.

    Najib berjaya mengagihkan kepada 7 juta rakyat BR1M bernilai hampir 6 Billion lebih atau kurang.

    Jika Mahathir menyatakan apa yang dapat kepada rakyat susah sebagai rasuah dan dedak, apa pula ungakapan yang sesuai dengan Mahathir memberi wang rakyat sebagai “bailout” kepada anaknya dan kroninya?

    Haram atau halal wang rakyat di alih kepada anak dan kroni?

    Patutlah Mahathir kini menjadi bahan lawak rakyat dan ramai sudah menganggapnya nyanyok.

    Hanya yang memuja semberono sahaja masih berpaut kepadanya, entah atas apa sebab kita pun tidak tahu.

    Pusingan wang di ground kepada rakyat di sasar untuk priuchasing power mereka dan pergerakan ekonomi bawahan.

    Apabila rakyat berbelanja, ia dapat kepada pekedai dan pemborong dan mereka kemudian membayar cukai.

    Inilah manifesto Barisan Nasional, ia berpaksi rakyat bukan berpaksi kroni dan anak.

    Kekayaan negara semestinyalah dapat kepada rakyat.

    ReplyDelete
  24. YANG PASTI NAJIB TIDAK AKAN ‘U-TURN’ SELEPAS BENTANG MANIFESTO BN
    Lebih dari satu jam Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berdiri untuk mengumumkan Manifesto BN bagi PRU14 akan datang. Tidak seperti pihak pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mengadakan sidang media untuk mengulas manifesto mereka baru-baru ini.

    Tidak sampai 17 hari membentangkan Manifesto PH, pemimpin pembangkang telah melakukan ‘U-Turn’ terhadap apa yang mereka bentangkan itu. Amat kelakar dan tidak pernah konsisten dengan apa yang mereka sendiri katakan.

    Ia berbeza sekali dengan pendirian dan cara Najib dan BN. Bukan sahaja berani menjanji pelbagai inisiatif yang cukup ‘menyelerakan’ kualiti hidup rakyat, malah BN juga tidak akan sesekali melakukan ‘U-Turn’ kepada apa yang telah dijanjikan kepada rakyat.

    Berikut merupakan lima ‘U-Turn’ Pakatan Harapan terhadap janji-janji dalam manifesto mereka sendiri dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas dilancarkan:



    1. Menghapuskan Tol

    Dalam Janji 6 : Menghapuskan Kutipan Tol, Pakatan Harapan berikrar untuk mengambil alih setiap konsesi tol dengan matlamat untuk menghapuskan kutipan tol. Namun dalam sebuah sidang akhbar di Parlimen beberapa hari lalu, Dr. Mahathir mengumumkan hanya tol dalam bandar akan dimansuhkan secara berperingkat, itu pun mereka akan akur pada kontrak yang telah dipersetujui.



    2. Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

    Menghapuskan GST merupakan janji pertama yang ditawarkan dalam manifesto Pakatan Harapan. Namun dalam sidang akhbar yang sama, Dr. Mahathir berkata cukai tersebut hanya akan dimansuhkan secara berperingkat. Berperingkat bagaimana yang dimaksudkan, tiada siapa yang tahu.



    3. Agenda Melayu

    Walaupun agenda Melayu dimasukkan dalam manifesto mereka, pemimpin Melayu Pakatan Harapan ternyata terlalu lemah untuk mempertahankannya setelah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan lantang menegaskan parti itu akan terus berpegang kepada konsep Malaysian Malaysia. Malaysian Malaysia bertentangan dengan agenda Melayu kerana ia mengutamakan prinsip kesamarataan. Bagaimana agenda Melayu mahu dilaksanakan dalam Malaysian Malaysia?



    4. Janji Populis

    Manifesto Pakatan Harapan dikenali sebagai manifesto yang sarat dengan janji-janji populis dan tidak realistik. Malah perkara ini turut dikritik Dr. Mahathir dalam temu ramahnya bersama akhbar Sunday Times Singapura. Beliau mendakwa janji-janji populis tersebut sukar untuk ditunaikan tetapi terpaksa dimasukkan kerana ada parti dalam Pakatan Harapan yang berideologikan sosialis.



    5. PTPTN & Pendidikan Tinggi Percuma

    Walaupun menjadi peneraju perjuangan menuntut pendidikan percuma semasa Pilihan Raya Umum Ke-13, janji tersebut dibatalkan untuk manifesto kali ini. Malang buat aktivis mahasiswa yang bermatian menyokong mereka dahulu, impian memperoleh pendidikan percuma hanya tinggal mimpi indah buat mereka. PTPTN sebaliknya dikekalkan.
    Berbanding Kerajaan BN, sebanyak 99.4 peratus telah dilaksanakan oleh kepimpinan Najib. Ini sudah cukup membuktikan bahawa Najib dan BN tidak akan pernah sesekali melakukan ‘U-Turn’ kepada apa yang telah mereka janjikan.

    Justeru, siapakah yang patut untuk kita angkat sebagai kerajaan selepas ini? Fikirlah sendiri dengan sehabis baik dan jangan menggunakan emosi atau perasaan marah dek kerana terpedaya dengan fitnah-fitnah pembangkang di media sosial.

    ReplyDelete
  25. PEMBANGKANG PALING TAKUT DENGAN MANIFESTO #HEBATKANNEGARAKU BN
    GENDANG PERANG telah dipalu. Semboyan askar telah dibunyikan. Sekarang BN hanya ada satu jeneral perang iaitu Datuk Sri Najib Razak.



    Selepas 5 tahun memegang kuasa, sekarang ini Najib menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat untuk mereka tentukan. Ternyata Najib bukan seorang diktator atau penguasa yang kejam.



    Kali ini BN akan bertempur dengan musuh yang agak sukar. Mana tidaknya, musuh tradisi iaitu PAS masih mahu menentang BN, juga musuh hakiki iaitu DAP pula sudah mendapat bantuan daripada bekas pemimpin paling lama dalam BN.



    Sekiranya BN kembali dipilih oleh rakyat dalam PRU14 kali ini (Insya-Allah boleh), maka ia menandakan bahawa Najib benar-benar pahlawan terhebat yang dibantu Pemilik Kuasa.



    Bagi tujuan itu, maka BN melancarkan manifeso yang hebat untuk rakyat pada malam tarikh pembubaran Parlimen iaitu 7 April 2018.



    Inilah komitmen dan janji Najib melalui BN kepada rakyat. Rakyat akan terima semua kenikmatan itu dengan satu syarat iaitu kembalikan kuasa yang ada di tangan rakyat (undi) buat BN.



    Manifesto ini mampu membuatkan hidup rakyat di Malaysia melonjak ke suatu tahap yang lebih selesa dan hebat tidak lama lagi. Sebab itulah Perdana Menteri amat-amat berharap agar rakyat dapat menyedari hakikat ini.



    Perkara inilah juga yang menjadi mimpi ngeri buat pembangkang. Mereka tidak akan mampu memberi atau menjanjikan manifesto sehebat BN ini. Serius, mereka tiada keupayaan walaupun bersama mereka terdapat seorang bekas Perdana Menteri. Namun dari zaman berbeza.



    Dengan rekod 99.4 peratus aku janji Kerajaan Persekutuan yang telah siap dilaksanakan, maka ini sudah menjadi kayu ukur terbaik bahawa rakyat bakal menikmati janji-janji BN yang ada di dalam manifesto tersebut.



    Yang pasti, Najib dan BN tidak pernah mengamalkan prinsip “U-Turn” seperti mana yang diamalkan oleh pemimpin Pakatan Harapan.



    Justeru amat patutlah untuk rakyat terus memilih BIRU dalam PRU14 kali ini. Percayalah, Pakatan Harapan amat takut dengan manifesto BN pimpinan Najib.

    ReplyDelete
  26. HARI HARI MAHATHIR BERCAKAP UNTUK LINDUNGI WAJAH LIM KIT SIANG, BOSS SEBENAR PH
    Lihatlah permainan politik di antara Tun Mahathir dengan Lim Kit Siang.

    Dalam perjanjian setan yang di metrai secara sulit antara dua tokoh dinosor ini ada lah membantu satu sama lain untuk matlamat masing masing.

    Orang putih kata “You scratch my back , I’ ll scratch your back” – maksud mudah nya “kau garu belakang aku , aku garu belakang kau”

    DAP yang mengetahui Tun Mahathir amat desperado mengejar cita cita peribadi nya dan bukan untuk negara , meminjam kan diri nya untuk Mahathir pergunakan “sementara” sahaja.

    DAP tahu apa Mahathir mahu lepaskan , lakukan dan ubahkan dalam masa singkat jadi Perdana Menteri sementara dan ia tiada kaitan pun dengan negara atau bangsa, jika ia berkenaan itu, DAP tentu tidak izinkan.

    Mahathir pula dalam perjanjian setan ini , perlu membawa seramai mungkin undi melayu kepada kaki DAP.

    DAP umpama tuan yang melontar kayu untuk anjing peliharaan kejar dan bawa ke kaki tuan nya , itu peranan Mahathir.

    Sambil itu Lim kit Siang juga harus memainkan peranan nya dengan berdiam diri dan membuat Tun Mahathir sebagai “head honcho”.supaya boleh pedaya Melayu yang menyangka Melayu yang “top” dalam Pakatan Harapan.

    DAP berharap Tun Mahathir boleh membawa Tsunami Melayu seramai mungkin untuk di bawa ke rumah penyembelihan sebaik sahaja Mahathir sudah “tiada”.

    Lihat lah selain Tun Mahathir siapa lagi yang berani lawan Lim Kit Siang.

    Kini Melayu boleh lihat sendiri hari hari Mahathir muncul dengan pelbagai auta dan temberang nya.

    Ini ada lah ploy melindungi wajah “taiko” sebenar Pakatan Harapan apabila Mahathir sudah di “sideline” kan atau sudah mendapat apa yang dia mahu.

    Di Mana kekuatan DAP apabila mahu “enforce” kehendak nya? ia itu ugutan tarik diri dari Pakatan Harapan.

    Dengan ugutan DAP tarik diri semua dalam PH akan takut tidak menjadi kerajaan lagi jika PH berkuasa.

    Ini lah cara DAP, ini juga cara mendiang Lee Kuan Yew mengguna kan Yusof Ishak untuk pikat Melayu Singapura

    Melayu perlu hati hati dengan DAP.

    Pelanduk terlupa jerat , jerat tidak pernah lupa pelanduk.

    ReplyDelete
  27. “DAP MELIWAT LOGO PKR UNTUK MANGSAKAN PENGUNDI”
    Pembangkang tetap pembangkang, bahaya mereka tidak pernah padam seperti bisa ular yang tidak pernah hilang walaupun menyusur di celahan akar.



    Walaupun di atas kertas pada PRU14 ini tiada lagi logo DAP yang cukup bahaya itu, namun ia tidak bermakna kejahatan DAP sudah tiada.



    Apabila Pakatan Harapan bersepakat untuk menggunakan hanya logo dan simbol PKR dalam PRU14 kali ini, maka di situ bahaya yang amat besar mula timbul.



    DAP tetap jahat. Setelah logo dan simbol PKR lulus untuk digunakan mereka, maka kepimpinan DAP telah pergi bertemu Penasihat DAP seumur hidup iaitu Dr Chen Man Hin.



    Mengikut sumber, selepas Lim Kit Siang bertemu Man Hin yang juga pengasas parti itu, dia juga telah pergi menjelaskan kepada penyokong-penyokong DAP (dari kalangan orang Cina) bahawa DAP terpaksa memakai logo PKR atas alasan ramai orang Melayu taboo dengan logo Roket mereka.



    Oleh yang demikian, DAP terpaksa menggunakan logo PKR hanya semata-mata mahukan undi bangsa Melayu.



    Dalam bahasa mudahnya, jika satu undi kita beri kepada PKR, bermakna satu undi jugalah kita sudah beri kepada DAP yang akan mewujudkan agenda “Malaysian Malaysia”.



    Ternyata DAP semakin jahat dan tidak ikhlas.



    Jika tidak, kenapa DAP hanya menggunakan logo dan simbol PKR di Semenanjung sahaja, sedangkan di Sabah dan Sarawak tidak pula berbuat demikian?



    Selain itu, DAP semakin bertambah jahat dengan menggunakan strategi ini.



    Sudah tentu apabila hanya logo PKR sahaja yang digunakan, maka terselindunglah monopoli DAP di dalam gabungan blok pembangkang itu.



    Ini kerana DAP sedar bahawa mereka tidak mampu jawab jika rakyat memprsoalkan DAP adalah parti dominan dalam Pakatan Harapan (yang haram itu).



    Ya, terlalu bahaya DAP sekarang ini. Sama bahaya ketika ia mula-mula ditubuhkan untuk menjadi agen PAP dahulu.



    Jika pengundi terbuai dengan isu-isu yang viral dan bertindak memangkah ikut emosi, maka masalah besar menanti kita semua sekiranya takdir memberi kemenangan buat mereka. Ucap Nauzubillah…

    ReplyDelete
  28. DAP GUNA TEKNIK PENYAMARAN DALAM PRU14
    AKHIRNYA, blok pembangkang terpaksa juga memilih untuk menggunakan logo dan simbol salah satu parti dalam Pakatan Harapan untuk PRU14 ini. Semuanya gara-gara PPBM yang melakukan salah.

    Kata sepakat antara mereka telah memilih PKR sebagai logo dan simbol bagi mewakili calon-calon Pakatan Harapan. Walhal, penguasa sebenar adalah DAP.

    Inilah kali pertama dalam sejarah negara logo dan simbol Roket tidak digunakan oleh DAP untuk bertanding merebut kerusi pilihanraya.

    Ia adalah suatu keputusan terburuk da terhina bagi sebuah parti ‘chauvinis’ itu seinggakan pengasas mereka berasa kecewa dan berang.

    Namun dari sudut pandang berbeza, sebenarnya DAP juga menyukai keputusan untuk menggunakan logo dan simbol PKR ini, lebih-lebih lagi bagi pertempuran di Semenanjung Malaysia.

    Dengan harapan mereka mahu menakluk Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, sambil mengekalkan Pulau Pinang – strategi menggunakan logo dan simbol PKR ini tidak mustahil mampu menipu serta memperdaya para pengundi di kertas undian nanti.

    Sebagai sebuah parti warisan kepada PAP Singapura yang mahu mewujudkan “Malaysian Malaysia”, sudah tentu matlamat akan menghalalkan cara mereka.

    Para pengundi akan ditipu dan dikelirukan seolah-olah ‘dipukau’ ketika mahu memangkah nanti.

    Namun pada hakikatnya, DAP tidak sesekali akan memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh PKR melainkan hanya mahu menggulingkan Barisan Nasional sahaja.

    Selebihnya DAP akan terus istiqomah dalam agenda jahat mereka. Yang penting mereka menang, tidak kiralah ‘kepala’ siapa harus mereka pijak atau ‘nyawa’ siapa harus mereka bunuh.

    Sekiranya mendapat kuasa, mereka (DAP) akan menuntut segala pengorbanan ini daripada kepimpinan Pakatan Harapan.

    Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi PH terpaksa akur kerana dia sudah tiada sebarang parti untuk membuktikan kekuatannya.

    Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail pula sudah diberi hak semasa PRU14 iaitu keizinan menggunakan logo serta simbol parti mereka.

    Manakala Mohamad Sabu dari PAN pula sekadar mengikut telunjuk DAP sampai bila-bila.

    Akhirnya DAP akan membuat ‘demand‘ terhadap perjuangan ini. Soal rakyat diketepikan dahulu, yang penting semua pemimpin dalam Pakatan Harapan harus ‘bayar kembali’ pengorbanan DAP ketika PRU14 ini.

    Maka, siapa yang berkuasa sebenarnya sekarang ini? Yang pasti bukan lagi rakyat!

    ReplyDelete
  29. MAHATHIR BERSIKAP PERKAUMAN
    KUALA LUMPUR: MIC mengibaratkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ular lidah bercabang susulan ucapan beliau semalam yang menggunakan istilah ‘keling’ dalam ceramah di Muar, Johor, sekali gus mengguris perasaan serta memperlekehkan martabat masyarakat India di negara ini.

    Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S Vell Paari, mengaitkan perbuatan Dr Mahathir dengan satu kisah ular yang mematuk seorang gadis yang memberi perlindungan kepada haiwan berbisa itu ketika musim sejuk.

    “Apabila gadis itu bertanya mengapa dia dipatuk, ular itu pun menjawab, sudah menjadi sifat semulajadinya untuk berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengingatkan masyarakat India supaya tidak termakan dengan kata-kata Dr Mahathir yang sama seperti ular dalam kisah itu, sehingga masa depan anak-anak tergadai di tangan pemimpin yang bersifat perkauman.

    Bagaimanapun, beliau tidak terkejut dengan ungkapan ‘keling’ yang keluar daripada mulut Dr Mahathir kerana sikap perkauman sudah menjadi sifat semulajadi bekas Perdana Menteri itu.

    “Dr Mahathir ketika dan selepas bergelar Perdana Menteri berulang kali menunjukkan bahawa beliau langsung tidak menghormati masyarakat India di negara ini.

    “Dr Mahathir pernah melakukan perkara sama pada tahun 2016. Hakikatnya, pada 6 Ogos 2016, Pengerusi HINDRAF (Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu), P Waythamoorthy, yang kini sudah menjadi rakan baik Dr Mahathir, pernah menempelak beliau kerana menggunakan perkataan ‘keling’.

    “Selain itu, Lim Kit Siang (Ketua Parlimen DAP) juga pernah menggelar Dr Mahathir sebagai pembohong, bersikap perkauman dan musuh terbesar Malaysia,” katanya

    Justeru, Vell Paari mengingatkan masyarakat India di negara ini supaya jangan lupa penderitaan sepanjang 22 tahun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri termasuk layanan terhadap golongan itu sebagai warganegara kelas ketiga di tanah air sendiri.

    ReplyDelete
  30. GST DIKEMBALIKAN KEPADA RAKYAT
    WALAUPUN ditohmah, tetapi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah satu contoh mudah, bagaimana pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) memberi banyak manfaat kepada rakyat yang layak menerusi pendekatan bantuan tunai atau subsidi bersasar.

    Apatah lagi, kadar GST di Malaysia bukan sahaja antara terendah di dunia, bahkan mempunyai senarai panjang barang dan perkhidmatan dikecualikan cukai itu terutama melibatkan barangan yang banyak dibelanjakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

    Sebab itu, biar pun digembar-gemburkan Pakatan Harapan diketuai DAP sebagai ‘cukai yang menekan’ kerana sama-sama dikenakan GST seperti golongan kaya, namun jumlah GST yang dibayar mereka pastinya tidak sebesar golongan lain. Misalnya dalam situasi berikut:

    Situasi A

    Mariana berpendapatan bersih RM8,000 sebulan

    -RM1,000 pertama dibelanjakan untuk barangan tidak dikenakan GST

    -RM1,000 simpanan

    -RM6,000 perbelanjaan lain yang dikenakan GST

    -Jumlah GST sebulan RM360, setahun RM4,320

    Situasi B

    Mukhris berpendapatan bersih RM2,000 sebulan.

    -RM1,000 pertama dibelanjakan untuk barangan basah seperti ikan dan sayur, petrol, susu anak (tiada GST).

    -RM1,000 kedua perbelanjaan beliau dikenakan GST.

    -Jumlah GST sebulan RM60, setahun RM720

    Mukhris mendapat BR1M 2018 = RM2,000 bersamaan RM166.65 sebulan.

    Itu baru BR1M, belum dikira elaun atau bantuan lain kerajaan termasuk kepada isi rumah. Andai Mukhris adalah nelayan, dapat lagi elaun bulanan RM200. Kalau penoreh atau pesawah juga ada bantuannya.

    Jangan lupa subsidi lain daripada kerajaan dengan yang utama seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan serta pertanian dan manfaat ini kebanyakannya diterima semua golongan.

    Biar pun janji Pakatan Harapan populis, tetapi banyak muslihatnya. Sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) cukup responsif dan hasilnya, jumlah BR1M dinaikkan sekali ganda mulai bayaran pertengahan tahun ini selain memperkenalkan kategori baru buat isi rumah berpendapatan bawah RM5,000.

    Harus diingatkan, BR1M bersifat serampang dua mata, selain penerima beroleh manfaat, pendekatan bantuan tunai juga terbukti merancakkan ekonomi setempat dan negara amnya.

    Akhirnya golongan peniaga dan yang tidak menerimanya juga mendapat manfaat tak langsung menerusi kemakmuran negara. Jadi, manifesto menghapuskan GST yang beria-ia diperjuangkan Pakatan Harapan diketuai DAP untuk siapa sebenarnya?

    Maka, rakyat Malaysia yang berpeluang memberi mandat, hati-hati dengan jarum halus mahu menghapuskan GST. Tanya dulu siapa penerima manfaat terbesar jika cukai itu dimansuhkan?

    ReplyDelete
  31. Pakatan Harapan perjuang rakyat.

    Bersatu kita teguh..
    Bercerai kita roboh..
    Rakyat jgn lg bertangguh..
    Undi nanti hendaknya bersungguh..
    UMNOBNPAS kita kasi jatuh..
    Pakatan Harapan berdiri kokoh..
    Kleptokrasi kita hentam tutuh..
    Demokrasi kita junjung utuh..

    Undilah Pakatan Harapan!
    Untuk tiada lg resah keluh
    Sesungguhnya Rakyat itulh jaguh..
    Suaranya umpama guruh..membuat puak puaka keparat klepet gigil kepala berpeluh peluh..

    Lawan tetap Lawan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakatxx harapxx nie ujud ke?

      Delete
  32. MANIFESTO BN: WARGA EMAS ITU BOLEH ‘TUTUP BUKU’ SUDAH…
    Selesai sudah majlis pelancaran Manifesto BN bagi PRU ke-14 semalam. Apa yang jelas, manifesto yang diumumkan Pengerusi BN, Dato’ Seri Najib Tun Razak itu dilihat mampu membuat puak Pakatan Harapan ‘terkedu’, berkerut dahi.

    Tidak perlu lama, warga emas yang diyakini ‘dalam diam’ memenuhi ‘jemputan’ Najib turut mengikuti majlis pelancaran manifesto BN semalam. Jika tidak, mana mungkin dia terus mengulas tentang ‘culaan kasar’ belanja untuk melaksanakan manifesto itu berjumlah ‘RM300 bilion’, bukan?

    Pada hemat penulis, reaksi spontan warga emas itu tentang belanja ‘RM300 bilion’ berkenaan jelas menandakan daya pemikirannya sudah merosot teruk. Dia tidak lagi ‘setajam’ dulu. Akalnya tidak lagi ‘ligat’ seperti dulu…

    Suka penulis ingatkan kepada warga emas berkenaan dan konco-konconya supaya berhati-hati ketika berhujah menjelang PRU ke-14 ini. Rakyat di negara ini bukan bodoh untuk diperbodoh-bodohkan lagi seperti yang dia pernah lakukan kira-kira 22 tahun yang lalu.

    Cuba cari sendiri fakta daripada Bank Negara Malaysia atau laporan-laporan kewangan negara. Cuba perhatikan sendiri fakta-fakta mengenai jumlah KDNK, kadar nisbah hutang negara yang terkawal dan trend tahunan kewangan negara kita.

    Jangan terkejut jika fakta-fakta berkenaan menunjukkan perkembangan positif ekonomi negara di bawah pentadbiran Najib. Jika tidak, takkanlah firma-firma kewangan terkemuka di peringkat antarabangsa memberi pengiktirafan hebat terhadap Malaysia, bukan?

    Jadi, jika apa yang dicula warga emas itu bernilai RM300 bilion, apa masalahnya? Manifesto yang dilancarkan Najib semalam bukan perlu dilaksanakan dalam tempoh setahun, bukan? Ianya akan dilaksana dalam tempoh 5 tahun atau kira-kira sepenggal, bukan?

    Dalam tempoh itu, sudah tentulah terdapat perancangan yang mantap daripada kepimpinan Najib untuk merealisasikan aku janji yang diumum. Sebagai seorang lulusan jurusan ekonomi, majoriti rakyat di negara ini yakin dengan kemampuan beliau.

    Warga emas itu perlu akur bahawa Najib bukan seperti dia yang dulu hanya bergantung penuh pada sumber minyak negara. Jika Najib mampu menangangi ‘down turn’ ekonomi dunia sebelum ini, maka pastinya beliau mampu memberikan lebih apabila ekonomi dunia kembali stabil dan meningkat.
    Kepelbagaian sumber ekonomi negara dan rakyat yang dicetus oleh kepimpinan Najib di era ini telah menampakkan hasil-hasil positif. Langkah beliau yang memacu Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi kini berada di landasan yang tepat. Kenapa? Cemburu?

    Jika warga emas itu tidak yakin dan tidak mampu memacu ekonomi negara seperti Najib, maka tidak perlulah bermimpi untuk duduk di kerusi Perdana Menteri semula. Zaman ini, warga emas itu tidak lagi boleh berharap pada sumber minyak, tapi perlu benar-benar kreatif dan mahir ekonomi untuk menguruskan negara.

    Soal RM300 bilion itu, tidak perlulah warga emas itu berkerut dahi fikir daripada mana BN mahu dapatkan. Berdasarkan kadar KDNK dan perkembangan ekonomi negara, bukan saja RM300 bilion, malah demi negara, mungkin lebih daripada jumlah itu dapat disediakan BN.

    Apatah lagi jika tidak ada bajingan-bajingan yang suka memburuk-burukkan negara dan menjaja cerita palsu bagi menakut-nakutkan pelabur, penulis yakin ekonomi negara akan terus berkembang pada kadar yang lebih menakjubkan.

    Justeru itu, penulis menyarankan supaya simpan saja ‘mimpi’ untuk jadi Perdana Menteri buat kali kedua itu di dalam ‘peti besi’. Kuburkan saya harapan palsu itu. Atau lebih melegankan lagi, kembalilah ke tikar sejadah sebagaimana yang dinasihatkan PAS.

    Atau dalam bahasa mudahnya, ‘tutup buku politik, buka kembali buku menuju akhirat’. Bukankah itu lebih baik untuk warga emas itu?

    ReplyDelete
  33. MANIFESTO BN AMBIL KIRA KEBAJIKAN WARGA EMAS. PAKATAN? TAKDE, WALAUPUN RAMAI YG TUA BANGKA
    ANTARA fokus Manifesto BN yang bakal dibentangkan Perdana Menteri di Bukit Jalil malam nanti adalah tentang kebajikan warga emas. Menurut data Jabatan Perangkaan, kualiti hidup yang meningkat di negara ini disamping kemudahan perubatan bersubsidi antara paling tinggi dunia menyaksikan negara merekodkan jumlah warga emas seramai 2.8 juta orang pada tahun 2016.

    Termasuklah diantaranya Mahathir dan Hasmah – masing masing berusia 93 dan 92 tahun.

    Ini menunjukkan keprihatian BN terhadap warga emas ni walaupun ada diantara mereka yang menentang dasar-dasar kerajaan termasuk berkaitan perubatan.

    Mahathir saja sebagai contoh dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini dilaporkan berpuluh kali masuk ke IJN. Jangan berdiri lama sikit, bercakap lama sikit, mulalah. Sehinggakan para doktor di Institut Jantung gamaknya cemas kalau dengar Mahathir berceramah.

    Pasal lepas tu, terpaksa meninggalkan pesakit yang lain untuk memberi keutamaan kepada dia.

    Malah boleh dikatakan, disebalik hampir kesemua anak-anaknya yang berstatus jutawan itu, Mahathir boleh dikatakan sebagai warga emas yang paling banyak mendapat keistimewaan dari subsidi tinggi perubatan di negara kita.

    Anehnya dalam manifesto Pakatan yang dilancarkan awal bulan lalu, langsung tak menyentuh tentang golongan tersebut walaupun mereka dibarisi majoriti pemimpin yang termasuk dalam golongan itu. Anwar, Kit Siang – kesemuanya telah menjangkau usia 70-an, termasuk Mahathir sendiri yang jauh lebih tua dari itu.

    Banyak manifesto mereka ni sekadar nak menyaingi atau meniru apa yang dilakukan pentadbiran sekarang tanpa memikirkan tentang kebajikan rakyat secara keseluruhannya.

    ReplyDelete
  34. POLITIK TUN M KIAN MELALUT
    KETIKA menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad di­sanjung dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang sentiasa berhati-hati apabila ber­kata-kata dan sentiasa teliti dalam tindakan.

    Pelbagai pihak sama ada da­lam mahupun luar negara amat me­­ngagumi beliau, malah musuh-musuh politik ketika beliau berkuasa juga tidak mampu me­num­bangkannya, tetapi kini Dr. Ma­hathir sudah berubah watak.

    Daripada seorang bertaraf negarawan, Dr. Mahathir yang mencecah usia 93 tahun semakin tidak keruan dalam berkata-kata dan tindakan politiknya. Langkah keluar masuk UMNO dan kemudiannya bagaikan ‘bercerai talak tiga’ dengan parti yang cukup banyak berjasa dalam karier politiknya apabila menubuhkan PPBM menyebabkan beliau semakin ‘melalut.’

    Dr. Mahathir sudah tidak lagi berhati-hati dalam berkata-kata mahupun teliti dalam tindakan. Dendam politik yang membuak-buak dalam dirinya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan beliau bagaikan hilang pertimbangan.

    Sememangnya hak Dr. Mahathir dalam usia 93 tahun untuk terus berpolitik walaupun mungkin dalam kalangan ahli politik sedia ada belum tentu dapat mencapai usia sedemikian, tetapi janganlah ‘melalut sangat’ sehingga perasaan hormat terhadap ketokohan beliau bertukar menjadi kebencian.

    Apa yang mengecewakan, ka­lau setakat mengkritik dasar-da­sar kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengapa kerana Dr. Mahathir kini berada dalam Pakatan Harapan diketuai DAP, tetapi janganlah membuat kenyataan politik yang menghina rakyat.

    Tidak cukup lagikah dengan menyamakan bantuan kepada rak­­yat seperti BR1M sama taraf dengan makanan haiwan apabila menyifatkan ia sebagai dedak dan menjatuhkan hukum jemaah yang menunaikan ibadat haji dengan menggunakan wang 1MDB tidak akan mendapat haji mabrur.

    Tidak cukup lagikah ‘mengumpul dosa’ apabila menyatakan Najib tidak menyembah Tuhan tetapi menyembah cash? Tidak puaskah lagi melemparkan tuduhan bahawa kerajaan akan me­nipu dalam PRU-14 melalui undi pos? Seronok sangatkah mahu melihat UMNO tumbang?

    Kenapa perlu meneruskan ke­­celuparan dengan menghina rak­yat Sabah dan Sarawak pula de­ngan menyatakan mereka pemalas dan mempunyai mentaliti rendah? Kenapa bersekongkol de­ngan pemikiran jumud sekutu dalam Pakatan Harapan mahu mem­batalkan projek mega yang bertujuan membangunkan ekonomi orang Melayu di Pantai Timur?

    Hakikatnya terlalu banyak per­buatan Dr. Mahathir yang me­nunjukkan beliau sudah kehila­ngan arah dalam berpolitik, tetapi malangnya ketentuan sikap dan tindakan beliau itu tidak semena-mena mengheret rakyat.

    Dr. Mahathir sanggup menghina mereka apabila menerima bantuan rakyat. Dr. Mahathir sanggup memperlekehkan mereka kerana terus setia bersama BN dan Dr. Mahathir sanggup bercita-cita menghalang projek yang jika dilaksa­nakan bo­leh memberikan manfaat kepada bangsanya sendiri.

    Kalau demi menjaga hati dan membalas budi DAP kerana menyokong pencalonan beliau sebagai Perdana Menteri dengan tidak lagi menentang konsep Malaysian Malaysia, silakan sahaja, itu hak beliau tetapi janganlah melakukan tindakan yang mengundang petaka kepada rakyat khususnya orang Melayu.

    Sepatutnya dalam usia sedemikian dan amat berpengalaman dalam berpolitik, Dr. Mahathir tidak mudah ‘melalut’ ketika berkata-kata dan bercelaru dalam tindakan. Namun malangnya, Dr. Mahathir bagaikan ‘seorang tua di kaki gunung’ yang cukup beremosi dalam menjalani sisa-sisa kehidupannya.

    Tetapi Dr. Mahathir bukannya ‘seorang tua di kaki gunung’, sebaliknya beliau seorang bekas Perdana Menteri yang anak-anaknya bertaraf bilionair dan seorang yang dipotret cukup cinta kepada bangsanya melalui puisi-puisinya yang akhirnya dianggap hanyalah satu sandiwara.

    ReplyDelete
  35. Sudah pasti kita tidak mampu menghalang Dr. Mahathir untuk tidak terus ‘melalut’. Siapalah kita untuk menasihatkan seseorang yang bertaraf negarawan, te­tapi sebagai rakyat Malaysia dan orang Melayu, kita berhak menolak politik ‘melalut’ beliau, apatah lagi Dr. Mahatir bersekongkol dengan bekas musuh-musuh politiknya yang sekadar menerima beliau sebagai alat bagi meraih sokongan orang Melayu.

    Penulis percaya semakin ramai yang sedar Dr. Mahathir bukanlah lagi tokoh dikagumi seperti mana ketika beliau menjadi Perdana Menteri sehingga dianggap ‘Bapa Pemodenan’, sebaliknya beliau kini menjadi ‘Bapa Pembangkang’ .

    Sesungguhnya penulis bersim­pati dengan Dr. Mahathir. Ini ke­­rana dalam keadaan tubuh se­makin dimamah usia, beliau ma­hu terus menimbus segala kebai­kan dan jasanya yang pernah ditabur kepada negara dan ba­ngsanya melalui tindakan politik yang dianggap sudah melampaui batas.

    Kalau dikaji kenyataan dan tindakan beliau, sementara beliau begitu seronok bersahabat dengan DAP, PKR dan PAN, pihak-pihak lain termasuk rakyat yang dibantu oleh kerajaan tidak akan terlepas daripada serangan kecamannya.

    Semua itu berlaku hanya dise­babkan Dr. Mahathir sudah dikuasai nafsu amarah politik yang keterlaluan terhadap Perdana Menteri, sebab itulah sesiapa sahaja yang bersama kerajaan akan menjadi sasaran kenyataan ‘me­la­lut’ beliau.

    Kita tidak pasti bilakah Dr. Mahathir akan insaf dan sedar bahawa apa yang sedang beliau lakukan adalah tidak betul. Tetapi apa yang pasti Dr. Mahathir sudah terpengaruh dengan politik Pakatan Harapan sehingga beliau dilihat begitu mudah mengikut ­rentak politik tidak matang kelompok tersebut yang semakin kemaruk kuasa.

    Percayalah, kecelaruan tindakan dan fikiran politik Dr. Mahathir akan berterusan sepanjang PRU-14 berlangsung. Ramai sudah menjangkakan lebih banyak kenyataan kontroversi akan dilontarkan kerana bekas Perdana Menteri itu tidak mempunyai modal lain memandangkan beliau sendiri telah menyatakan janji-janji pilihan raya Pakatan Harapan sukar dilaksanakan. Inilah bahananya apabila dendam politik menguasai diri.

    ReplyDelete
  36. Najib your days are numbered!the 'CLOCK' is TICKING!....

    TICK......TICK,,,,,,TICK.......TICK......TICK......TICK...

    ReplyDelete
  37. maaf jika saya berkongsi pendapat :-

    bolg ini jelas tlh d rampas (hijack) oilh Pejuang Rakyat, gang najib , lebai mordern n kejora (JASA ?).

    amat sedih jika admin masih tak sedar atau pun tidak mahu ambil kisah.

    ReplyDelete
  38. Jangan Risau Tun , Kalau Lambang Mata Dajjal Ditolak SPR, Lambang Kuda Ada

    Kata orang, susah untuk menyembunyikan asal usul kita. Sembunyi macam mana sekalipun, satu hari pasti kerkeluar asal usul. Begitu juga dengan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohammad.

    Tun Dr Mahathir semalam menggunakan istilah yang dianggap memperlekehkan orang India dalam kecamannya terhadap Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR).

    Tun Dr Mahathir menggunakan istilah itu ketika mengulas laporan yang mendakwa Pakatan Harapan perlu mendapat kebenaran SPR untuk menggunakan satu logo yang sama untuk kesemua parti komponennya. Kata beliau,
    Pagi ini kita dengar konco-konco termasuk pengerusi SPR berkata kononnya untuk guna satu simbol kita kena merangkak dan menyembah orang ini untuk mendapatkan kebenaran. Saya nak guna perkataan keling. Orang keling kata, 'podah'. Mana undang-undangnya, peraturan ini baru dibentuk pagi ini.
    Tun Dr Mahathir tidak perlu gundah gulana. Mengikut SPR, sekiranya calon pilihan raya tidak mempunyai parti, beliau boleh memilih untuk menerima watikah yang sah dari parti yang sedia ada atau menggunakan lambang-lambang alternatif seperti di bawah.

    Saya cadangkan calon-calon parti yang tidak berdaftar, seperti PPBM menggunakan lambang kuda sebagai lambang mereka. Kalau hendak cadangkan lambanh carrot tidak ada pula di bawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu nak ajak orng berlawan,tapi kamu ikat tangan mereka !where got road!kata orng kg!

      Delete
  39. yup!i do agree with you tuan!

    ReplyDelete
  40. Adakah Mahafiraun Sudah Bertukar Menjadi Maharajalawak?
    Pengerusi Empirical Malaysia, Anina Saadudin melemparkan persoalan apakah Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir yang dahulunya digelar Mahafiraun oleh pembangkang kini sudah bertukar menjadi Maharajalawak?

    Ini jelasnya berikutan tindak tanduk Dr Mahathir itu sendiri yang sejak akhir-akhir ini kerap membuat kenyataan yang tidak masuk akal.

    “Hati saya merasa tidak sedap sejak akhir-akhir ini apabila Dr M kerap membuat kenyataan yang tidak lagi berbunyi seperti Mahathir. Aspek penilaiannya dan pertimbangan kewajaran Dr M kerap membingungkan.

    “Sesekali saya terfikir apa sebenarnya yang berlaku kepada Dr Mahathir hari ini.

    Adakah Dr M masih sihat dan mampu berfikir seperti dulu hinggakan penilaian beliau terhadap sesuatu isu seperti tidak masuk akal dan mencurigakan?”, katanya dalam catatan terbarunya di laman facebook.

    Terkini jelas beliau, Dr Mahathir telah memfitnah Menteri Besar Kedah telah menjual tiga buah pulau di Langkawi kepada pihak dari China ketika berucap di Yan, Kedah 2 hari lalu.

    Soalnya bagaimana Dr Mahathir mendakwa beliau tahu tentang penjualan tersebut sedangkan beliau sendiri tidak tahu nama pulau-pulau tersebut.

    “Dr Mahathir juga tidak lagi bercakap berdasarkan “logical reasoning” seperti kebiasaan beliau dahulu. Beliau gemar membuat andaian-andaian berdasarkan imaginasinya ketika berucap.

    “Maafkan saya, ianya sudah seperti seorang datuk yang cuba menghiburkan cucu-cucunya. Saya bukan memperlehkan beliau tetapi anda nilaikanlah sendiri.

    “Beliau juga kerap melakukan “slapstick joke” ketika berucap dengan mengejek dan melakunkan watak-watak tertentu yang membawa kepada gelak ketawa hadirin”, ujarnya.

    Soal Anina lagi adakah ini watak yang mahu dipertontonkan oleh Dr Mahathir kepada rakyat sebagai “calon Perdana Menteri yang sudah berubah” pada PRU 14?

    “Adakah ini caranya Dr Mahathir mahu dikenang oleh rakyat Malaysia apabila beliau sudah tiada suatu hari nanti?”, soalnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. anina nilah kutuk najib siang malam!chekgu bard! 'KESIAN MEREKA'....

      Delete
  41. Dr Mahathir: Kritikan TMJ Bantu PH Jadi Lebih Popular
    Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kritikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) terhadap beliau secara tidak langsung membantu Pakatan Harapan (PH) lebih dikenali rakyat.

    “Ia berkesan untuk menjadikan Pakatan Harapan lebih popular. Anda sudah lihat komen di dalam Instagram dan Youtube, itulah komen rakyat. Saya rakyat juga, tetapi saya tidak mahu komen,” kata pengerusi PH itu dalam program “Fund raising luncheon: The Battle for Johor” di sini, hari ini.

    Turut hadir ialah Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Semalam, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa Dr Mahathir bukan mahu menyelamatkan negara, tetapi bekas perdana aktif berpolitik kerana bimbang dengan masa depan anaknya.

    “Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara, tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang.



    “Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan 3 anak ‘billionaire’,” tulis TMJ di Facebook Johor Southern Tigers malam tadi.

    Tanpa menamakan Dr Mahathir, Tunku Ismail berkata, bekas perdana menteri itu bertanggungjawab memansuhkan kuasa sultan, rujukan jelas terhadap pindaan Perlembagaan pada 1990-an.

    Hari ini, Dr Mahathir berkata, mereka yang berminat menjadi ahli politik perlu bersiap sedia dikritik.

    “Sekarang ini ramai mahu sertai politik, anda tahu jika sertai politik, anda mendedahkan diri anda dengan pelbagai gelaran keji.

    “Saya sudah digelar dengan mahazalim, mahafiraun, diktator dan pelbagai nama yang tidak enak lagi. Jika sertai politik, mereka akan dapati semua gelaran keji ini akan menjadi nama baru anda.

    “Saya nasihati siapa yang tidak tahan digelar dengan gelaran keji, jangan ambil bahagian dalam bidang politik.”

    ReplyDelete
  42. Budak Musibat ini tak abis2 nak melaga-lagakan orang. Banyak kali dia guna pihak istana (macam najib) untuk dakyah menakutkan-nakutkan atau ugutan. Kali ini diciplak kopipes dakyah basi lapuk pulak.

    ReplyDelete
  43. Sebelah sana sudah takut
    Pegang kuasa mau terbantut
    Masa bubar muka pun kecut
    logo PKR dia terkentut!

    Macam biasa cai menjerit
    Komen sampah di dalam parit
    Hilang dedak bertambah perit
    Pakatan menang dia tercirit!

    Memang ramai takut Tun menang
    Tamat sudah 'bersenang lenang'
    Air mata jatuh berlinang
    Layang2 dah putus benang!

    Segala 'isu' cai pekena
    Termasuk 'isu' dari istana
    Fokus satu yg lain di mana
    Raja2 nasihat,kenapa tak guna?

    Biar rakyat yg tentukan
    Walau dijanji bintang bulan
    'Dacing' berkibar namun tertekan
    Orang cemuh ditepi jalan!

    Semalam lalu di Kampung Baru
    Bendera Dacing berkibar di situ
    Isyarat lucah orang dah tiru
    Isyarat tangan di luar pintu!

    Betapa semangat rakyat membuak
    Pada Dacing mereka dah muak
    Benci sungguh barisan pelawak
    Menyampah teringat anak Keruak!

    Memang benar Pak Rahman kata
    Budin dihijack beruk dan ungka
    24 jam tidak membuta
    Buat 'analisa' mengira angka!


    ReplyDelete
  44. Gambar Tun M masih tak boleh ke d gunakan Pakatan Harapan utk berkempin??
    Huurmhh... gamboo..foto je puun dah kecut teloq..?? Apa namaa... panglima bugis apa barang nk besilat dgn orang tua pun takoot???
    porraah.. CHiiit!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...