Friday, 13 April 2018

PESAN PRU 14 - JANGAN BERIMAN DENGAN PARTI POLITIK


Dalam persaingan politik kepartian yang sedang kita saksikan sekarang di negara kita, sebenarnya bukanlah percaturan pemilihan antara yang terbaik dalam kalangan yang baik. 


Sebaliknya, ruang pemilihan yang paling kurang mudarat antara yang mudarat. Itulah realiti yang ada. 


Jika kita cuba 'beriman' dengan segala dakwaan dan janji mereka, maka itu sebenarnya satu kesilapan yang besar. Cumanya, kita sedang mencari antara yang kurang temberang dalam kalangan yang temberang. 


Sesiapa yang bersemangat mempercayai sepenuhnya apa yang dibawa mana-mana parti, maka dia akan kecewa. Apa yang kita sedang kita saksikan dari ahli politik yang berserban sehingga yang ke kelab malam, berbohong itu seakan rukun mereka dalam berpolitik. 


Tuntutan agama ialah kita hendaklah berpegang dan berdiri atas prinsip. Sementara orang politik bicara mereka berubah berdasarkan musim undian dan kuasa yang ingin diperolehi. 


Semalam mereka halalkan, hari ini mereka mengharamkan. Semalam mereka nerakakan , hari ini mereka beri lebel syurga. Semalam mereka bantah, hari ini mereka sokong. Bukan sahaja berita media mereka putar,  nas-nas agama juga mereka pusing mengikut kehendak semasa mereka. 


Justeru, apa yang kita perlu lakukan ialah memilih yang paling kurang bahaya iaitu yang lebih dekat untuk mencapai urustadbir negara yang lebih cekap dan telus. 


Memang, sepatutnya kita mencari yang paling cemerlang dalam kalangan yang terbilang untuk diberikan tanggungjawab pentadbiran negara. 


Namun, malangnya yang tinggal kini kita mencari siapakah yang dijangka kurang merosakkan urustadbir negara jika diberikan kuasa. 


Parti-parti yang kita lihat bergegar dengan pelbagai slogan dan manifesto itu, jika kita selami dalaman mereka, kesemuanya sarat dengan pelbagai ketidaktelusan dan kerakusan terhadap kuasa. 


Individu-individu yang memimpin setiap parti itu mempunyai pelbagai kehendak dan kepentingan diri. Di samping, kita tidak menafikan di sana ramai juga yang ikhlas dalam pelbagai parti yang ada. Namun, mereka itu 'ghuraba' (orang asing) dalam lautan cita-cita politik yang sering kali mempunyai 'kehendak peribadi' yang dihiasi dengan ungkapan 'demi kepentingan rakyat'. 


Kepada Allah kita mengadu. Semoga Allah pelihara kita dari ketaksuban yang bodoh. Semoga Allah mengurniakannya kita mata nurani yang dapat membuat pemilihan yang betul. 


Kita kena memilih yang paling cekap dan amanah. Jika tiada, yang mendekati kecekapan dan yang lebih dekat kepada amanah. Jika tiada, yang paling kurang korupsi dan paling kurang dangkal dalam urustadbir. 


Namun, dalam masa yang sama, kita tidak akan mempercayai segala slogan mereka dengan sepenuh hati. 


Kita tahu di musim ini, bukan sahaja harta dunia mereka janjikan, syurga dan neraka pun mereka beri jaminan seperti mana mereka menjamin geran tanah di dunia!! 


Pohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Jadilah insan yang berprinsip dan dapat membezakan apa yang kita lihat di pentas kehidupan ini.


Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA)

Mufti Perlis.

50 comments:

  1. Kita memilih parti bukan disebabkan janji manifesto walaupun diakui itu sedikit sebanyak boleh mempengaruhi undi umum.. namun yang kita pilih adalah suatu perubahan baru sebab kita sudah menikmati baju yang sama selama 60tahun yang lalu dan baju semakin malap dan lesuh.

    Dengan harapan baju baru yang kelak kita pakai adalah baju yang menceriakan serta menampilkan siapa negara kita yang sebenarnya.. iaitu suatu baju yang menjadi identiti kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS| Seorang pendakwah bebas menangkis kenyataan seorang pimpinan PAS berhubung dakwaan malaikat boleh mengundi jika Allah izinkan.

      Pendakwah yang dikenali sebagai Abu Syafiq Al-Asy'ary itu berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi baru-baru ini sebagai mengarut dan pembohongan.

      "Malaikat mengundi? Karut. Ada dua pembohongan, pembohongan kepada Allah dan pembohongan perihal malaikat.

      "Dalam al-Quran Allah berfirman, malaikat hanya melakukan apa yang Allah perintah.

      "Ada ke Allah perintahkan untuk malaikat ini ambil IC (kad pengenalan) kita, wakilkan kita pergi mengundi?



      "Ada ke dalam al-Quran dan hadis? Macam mana kau tahu (malaikat boleh mengundi)? Kau tahu ilmu ghaib ke?" soalnya dalam satu kenyataan video di Facebook, hari ini.



      dalam.kitab imam 12 aljafari syiah wal syumul pun tarak sebut..ANA DAH CHECK..

      kitab imam 7 syiah di syria pun tak sebut


      kitan imam 5 syiah druze di lebanon pun tak sebut



      LAHANAT NI NAK SUMBAT 9bulan. tarik balik WATIKAH BERI CERAMAH



      NAK SESAT PEGI KELANTAN DARUL SESAT


      PARTY ISLE SESAT SEMALAYSIA

      Delete
    2. Beriman yang di maksudkan Mufti Perlis itu gamak nya se olah olah bertuhankan parti politik itu.

      Memang ramai yang buat begitu, terutma nya penganut2 Umno, yang memuji muja parti depa sejak lebih 60 tahun dulu. Di seluruh pelusuk kampong dan bandar, sabelom ada PAS.

      Salepas ada PAS pun, masih ramai saperti itu. Fikir lah, bergaduh antara penganut2 Umno dan PAS, hingga ada dua mesjid, dua imam di beberapa kampong.

      Kot ada yang menanggap parti politik nya nombor dua taraf nya selepas Tuhan. Bukan kepentingan negara, Perlembagan negara, kepentingan Melayu, dsb nya.

      Pakatan Harapan, terutama nya PKR, Amanah dan PPBM, rasa yya tak begitu. Depa parti2 baru. Malahan, PPBM bukan pun parti, sebab di bubar, di buli dek gomen Umno hamjadah (pinjam perkataan Najib).

      Ramai berpendapat lebih ramai rakyat yang pandang tinggi PH, di banding dengan Umno yang di bawah pimpinan "pencuri, perompak dan lanun Najib" (kata kata Tun M).

      Bagus lah, peluang PH ke Putrajaya ada lah cerah.

      Delete
    3. Isu kelulusan RUU Antiberita Tidak Benar di parlimen beberapa hari lepas menjadi isu hangat yang diperkatakan oleh media dan juga pemerhati politik. Sebagai pembangkang, PH menjalankan tugas mereka dengan ‘cemerlang’ apabila membangkang apa sahaja yang dicadangkan oleh pihak kerajaan termasuk RUU ini. Berbagai alasan mereka kemukakan, seolah-olah penyebaran berita palsu adalah satu perkara yang normal dan tidak patut dibendung.

      Suka untuk dinyatakan bahawa kemungkinan sebab sebenar mereka menentang RUU ini adalah kerana mereka sendiri banyak menggunakan kaedah penyebaran berita palsu dalam permainan politik. Tanpa menafikan pihak pemerintah juga pernah menggunakan kaedah serupa, tetapi mereka lebih selamat kerana berada di posisi penguasa.

      Isu yang boleh dijadikan contoh berita palsu adalah berkenaan berita bahawa Tabung Haji (TH) mengalami masalah kewangan serius untuk membayar balik dana kepada pendeposit. Isu ini dibawa oleh YB Rafizi Ramli. Menurut beliau, TH akan menghadapi masalah dalam membayar kepada kesemua pendeposit apabila mereka mengeluarkan simpanan secara serentak.

      Akibat terkeliru dengan berita tersebut, seramai 3,954 pendeposit TH telah mengeluarkan simpanan mereka dan 3,105 daripadanya terlepas giliran peluang menunaikan haji. Tentu sekali keadaan tersebut akan menyebabkan ketidakstabilan TH. Ironinya, Rafizi sendiri ketika itu tidak mengeluarkan simpanan beliau yang berjumlah kira-kira RM500,000. Apabila dipersoalkan, beliau berlepas diri dengan mengatakan tiada siapa yang menyuruh pendeposit mengeluarkan simpanan mereka.

      https://www.nst.com.my/news/nation/2018/04/352017/rafizis-tabung-haji-claims-example-why-we-need-fake-news-law

      http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/03/12/tabung-haji-depositors-withdrew-millions-after-rafizis-posting-on-fb/

      Susulan kenyataan kontroversi itu, pihak TH telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi. 7 Februari lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur memerintahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dibicarakan atas tuduhan memfitnah Tabung Haji (TH) di laman Facebooknya 2 tahun lalu. Keputusan itu dibuat beberapa jam selepas naib presiden PKR itu disabit bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) berkenaan kes National Feedlot corporation (NFC).

      http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/02/07/rafizi-bakal-dibicara-atas-kes-fitnah-tabung-haji/

      Isu ini hanyalah salah satu contoh mengapa perlunya undang-undang mengekang berita tidak benar daripada terus berleluasa. Banyak lagi contoh yang boleh dinyatakan. Jika diizinkan, perkara ini akan diperluaskan dari semasa ke semasa.

      Delete
    4. "Pada tahun 1990, Barisan Nasional memenangi 53% undi dan 70% kerusi manakala gabungan PAS-Semangat-DAP memenangi 40% undi dan 20% kerusi. Itulah “wake-up call” untuk Umno dan DAP dan mereka menyedari bahawa orang Melayu menentukan siapa yang membentuk kerajaan. Oleh itu, jika Umno mahu terus memerintah, ia mesti terus mendapat sokongan orang Melayu. Dan jika DAP mahu membentuk kerajaan, ia perlu berbuat demikian melalui orang Melayu. DAP, sendiri, tanpa orang Melayu, tidak boleh pergi ke mana-mana. Sindrom Ali Baba, yang merupakan sebahagian daripada budaya korporat Malaysia, kini perlu diperluaskan kepada politik.

      Pilihan Raya Umum Ke-14 akan diadakan pada 9 Mei 2018. Tetapi ini sebenarnya adalah pilihan raya Umno dan PAS yang ke 15 (begitu juga dengan MCA dan MIC). Pilihan raya pertama diadakan pada 27 Julai 1955 apabila Umno memenangi 34 kerusi, MCA 15, MIC dua dan PAS (masa itu dipanggil PMIP) hanya satu. Malah Parti Perikatan Umno, MCA dan MIC memenangi hanya 81% undi tetapi hampir 100% daripada kerusi (atau 51 kerusi daripada 52).
      Dua hari selepas PRU14 yang akan berlangsung pada 9 Mei 2018, iaitu pada 11 Mei, Umno akan merayakan Ulang Tahun ke-72 penubuhannya pada 11 Mei 1946.
      Realiti politik Malaysia dari awal lagi adalah sentiasa menjadi gabungan parti yang dipimpin Umno berbanding PAS. Pada tahun 1959, Perikatan memenangi 51% undi dan 71% kerusi, berbanding PAS yang memenangi 21% undi dan 12% kerusi.
      Pada tahun 1963, Malaysia dibentuk dan pada Pilihan Raya Umum 1964 Perikatan memenangi 58% undi dan 85% kerusi manakala PAS memenangi 15% undi dan 9% kerusi. Barisan Sosialis lebih baik daripada PAS dengan 16% undi tetapi memenangi hanya 2% kerusi.
      Pendek kata, politik Malaysia selalu menjadi ‘Malay game’ antara gabungan yang dipimpin Umno dan PAS, dengan parti bukan Melayu yang lain hanya memainkan ‘supporting role’.
      PRU14 pada dasarnya adalah antara BN, PKR dan PAS
      Tidak sehingga Singapura dipisahkan dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 – dan apabila Singapura berubah menjadi Pulau yang dipimpin oleh Cina – politik Malaysia mula berubah. Tiga bulan kemudian, pada 11 Oktober 1965, kerajaan PAP Singapura membentuk DAP, dengan tujuan untuk menjadikan ‘negeri-negeri Cina’ iaitu Pulau Pinang, Perak dan Selangor, dan mungkin juga Johor, menjadi sebahagian daripada ‘Chinese Sphere of Influence’.
      PAP tidak berminat dengan tanah Melayu atau apa yang boleh dianggap sebagai ‘negeri-negeri miskin’. Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor menguasai 90% ekonomi Malaysia. Oleh itu, dengan Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor sebagai sebahagian daripada ‘Chinese Sphere of Influence’ Singapura, ia lebih kurang memberi kawalan kepada Cina terhadap Malaysia dan Singapura.
      Walau bagaimanapun, sebelum itu, mereka perlu merobohkan penguasaan politik Melayu kerana keputusan pilihan raya terdahulu menunjukkan bahawa sesiapa yang menguasai undi Melayu mengawal Malaysia.
      Empat tahun kemudian, pada pilihan raya umum Mei 1969, yang merupakan kemunculan pertama DAP sejak dibentuk pada tahun 1965, impian ‘Sphere of Influence’ hampir berlaku apabila Parti Perikatan memenangi hanya 44% undi dan dengan hanya 51 % kerusi.
      1969 membuktikan bahawa anda perlu memusnahkan penguasaan politik Melayu jika anda mahu memerintah Malaysia kerana walaupun dengan kurang daripada 50% undi anda masih boleh membentuk kerajaan – selagi undi itu adalah suara Melayu dari tanah Melayu.
      Pada tahun 1990, DAP ‘flirted’ dengan Semangat 46, yang mempunyai pakatan dengan PAS, hanya untuk menguji. Pada masa itu mereka bukan lagi Parti Perikatan tetapi Barisan Nasional, yang ditubuhkan pada tahun 1973. Barisan Nasional memenangi 53% undi dan 70% kerusi manakala gabungan PAS-Semangat-DAP memenangi 40% undi dan 20% kerusi.

      Delete
    5. Itulah “wake-up call” untuk Umno dan DAP dan mereka menyedari bahawa orang Melayu menentukan siapa yang membentuk kerajaan. Oleh itu, jika Umno mahu terus memerintah, ia mesti terus mendapat sokongan orang Melayu. Dan jika DAP mahu membentuk kerajaan, ia perlu berbuat demikian melalui orang Melayu. DAP, sendiri, tanpa orang Melayu, tidak boleh pergi ke mana-mana. Sindrom Ali Baba, yang merupakan sebahagian daripada budaya korporat Malaysia, kini perlu diperluaskan kepada politik.

      DAP guna logo PKR Mata Lebam untuk menipu orang Melayu agar mengundi mereka kerana tanpa Tsunami Melayu DAP tidak boleh berkuasa
      Dan itulah sebabnya mengapa PRU14 akan menjadi pilihan yang paling penting dalam sejarah 63 tahun pilihan raya Malaysia. Buat pertama kalinya dalam sejarah, orang Cina bersatu (menurut DAP 90% orang Cina berada di belakang mereka) manakala orang Melayu teruk berpecah kepada Umno, PAS, PPBM, PKR, PAN dan beberapa parti serpihan lain.
      Sekiranya Barisan Nasional yang dipimpin oleh Umno akan digulingkan, ia perlu dilakukan sekarang. Jika pada 9 Mei 2018 ia tidak berlaku, maka itu tidak akan berlaku untuk masa yang lama. Pilihan Raya Umum pada 9 May bukan mengenai kesinambungan politik Perdana Menteri Najib Tun Razak, seperti yang dikatakan oleh beberapa orang. Ia adalah mengenai kelangsungan hidup politik Melayu. Dan inilah yang DAP tidak mahu orang Melayu sedar.
      Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberi gambaran bahawa PRU14 adalah perlawanan antara Mahathir-Najib. Sebenarnya ia adalah pertarungan antara Umno-DAP. Sekiranya Mahathir berkata ia adalah mengenai menyingkirkan Najib kerana jenayah dan menyelamatkan Malaysia, ia berbunyi mulia dan orang Melayu akan mempercayainya. Tetapi jika dia mengatakan bahawa ia adalah untuk menggulingkan Umno bagi menggantikannya dengan DAP, Mahathir akan berhadapan dengan kebangkitan Melayu.
      Sebenarnya, Mahathir dan Pakatan Harapan memberitahu dua cerita berbeza kepada rakyat Malaysia. Kepada orang Melayu, mereka mengatakan bahawa ia adalah untuk menyingkirkan Najib bagi menyelamatkan Umno. Sekiranya Umno jatuh maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Jadi mereka perlu menyelamatkan Umno – dan untuk itu Najib mesti digulingkan.
      Kepada orang Cina, mereka mengatakan untuk kuasa politik Melayu berakhir, dan bagi DAP untuk mengambil alih, mereka mesti menyingkirkan Umno. Dan untuk itu, mereka perlu mendapatkan orang Melayu mengundi Pakatan Harapan kerana kuasa politik terletak di tangan orang Melayu.
      DAP perlu bekerja keras menjual logo PKR Mata Lebam kepada penyokong Cina mereka
      Dan itulah sebabnya roket DAP mesti direhatkan (dikuburkan) dan tidak muncul dalam PRU14 kerana roket itu dikaitkan dengan PAP, Singapura, penguasaan politik Cina, dan sebagainya. Dan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu, roket itu digantikan dengan mata, simbol PKR dari Mata Lebam atau mata hitam Anwar.
      Hari Pencalonan hanya 16 hari dari sekarang pada 28 April 2018. DAP, PKR, PPBM dan PAN akan bertanding di bawah simbol Mata Lebam PKR (ironinya, termasuk Mahathir). Bagi semua calon Barisan Nasional, Najib akan menandatangani Surat Watikah. Bagi calon PKR (bermaksud DAP, PPBM dan PAN juga) Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menandatangani Surat Watikah mereka. Dan Abdul Hadi Awang akan menandatangani Surat Watikah untuk calon PAS, sudah tentu.

      Delete
    6. Bagi Barisan Nasional dan PAS ianya agak mudah, bagi calon ‘PKR’ itu menjadi rumit. Wan Azizah bukan pemimpin Pakatan Harapan. Beliau adalah Presiden PKR. Dia juga bukan PM sementara atau calon PM. Tetapi ‘kuasa’ untuk mencalonkan calon-calon dan menandatangani Surat Watikah berada di tangannya.
      Dari segi perundangan, semua calon yang bertanding dalam pilihan raya di bawah simbol PKR dan dengan Surat Watikah PKR adalah calon PKR. Mereka bukan Pakatan Harapan, DAP, PPBM atau calon PAN. Malah, Pakatan Harapan tidak wujud secara sah. Oleh itu, adakah Mahathir – yang bukan ahli mana-mana parti politik (sejak PPBM telah dibatalkan pendaftaran) dan oleh itu Calum Bebas (calon bebas) – yang akan menjadi Perdana Menteri jika ‘PKR’ memenangi kerusi yang paling banyak di Parlimen?
      Secara teknikal, Presiden PKR, Wan Azizah, yang memutuskan siapa yang menjadi Perdana Menteri memandangkan partinya memenangi paling banyak kerusi.
      Bolehkah Pakatan Harapan protes? Pakatan tidak wujud. Bolehkah PPBM protes? PPBM tidak lagi wujud. Bolehkah DAP protes? DAP tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Bolehkah PAN protes? PAN tidak akan memenangi mana-mana kerusi kerana ia tidak mempunyai locus standi untuk membantah. Hanya PKR kumpulan B Azmin Ali yang boleh membantah jika dia dan orang- orangnya tidak tersingkir dalam pilihan raya umum seperti apa yang dirancang Wan Azizah (ya, jangan memandang rendah “Fan Lady”).
      Sebagaimana yang Wan Azizah mengaku pada Ogos 2014, dia tidak keberatan menjadi boneka
      Ini adalah susunan yang sangat berisiko bagi DAP dan PPBM. Satu-satunya harapan mereka ialah Wan Azizah dan / atau PKR tidak melakukan rampasan kuasa undang-undang. Sekiranya DAP dan PPBM membantah dan memutuskan untuk ‘meletakkan jawatan’ dari PKR, PKR masih boleh melakukan perjanjian dengan DAP, PPBM dan penentang PAN – dan akan ada banyak lagi. Akhirnya, DAP, PPBM dan wakil wakil rakyat akan diminta memilih untuk kekal berkuasa atau meletak jawatan dan dihantar semula sebagai pembangkang. Kebanyakan akan memilih PKR daripada kerjaya yang tamat.
      Sebagai alternatif, DAP boleh bersetuju bahawa Wan Azizah bukannya Mahathir menjadi Perdana Menteri. Bagaimanapun, dengan bilangan kerusi yang terbesar, ia akan menjadi seperti Perak pada tahun 2008 apabila DAP melantik Menteri Besar PAS yang memberi perkhidmatan kepada DAP dan menjawab DAP. Ia akan kembali kepada perkiraan Ali Baba dengan DAP sebagai Perdana Menteri de facto dan Wan Azizah sebagai boneka wayang DAP.
      DAP tahu Mahathir tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Isu pembatalan pendaftaran PPBM dan bilangan kerusi yang diabaikan adalah satu isu. Yang lebih penting ialah kesihatan fizikal dan mental Mahathir. Mahathir baru-baru ini dimasukkan ke hospital lagi – iaitu 48 kali dalam tiga tahun. Di samping itu Mahathir mempunyai masalah ingatan yang serius dan tidak dapat memberi tumpuan. Ada yang mengatakan Mahathir tidak konsisten dan terus melakukan U-turn. Sebenarnya dia lupa apa yang dikatakan dan dilakukannya. Dan bagaimanakah seorang Perdana Menteri boleh bekerja 4-3 sedangkan pemimpin lain bekerja 24-7?

      Delete
    7. Diamlah lebai malang drp parti kapiaq!!!

      Delete
    8. Diamlah lebai modern drp parti kapiaq!!!

      Hang pi tunggulah malaikat yg turun mengundi tu sorang sorang.

      Gila punya orang.

      Delete
    9. Dulu kalau tuduh-tuduh tanpa bukti adalah kerja UMNO. Apa tak dituduhkan Tok Guru Nik Abdul Aziz oleh UMNO terutamanya zaman Mahathir. Hari-hari TV3 suku ni fitnah tanpa bukti kepada TGNA.

      Kini apa yang dibuat oleh UMNO misalnya pasal AMANAT, SOLAT 2 IMAN dll bukan lagi UMNO yang jaja tapi dijaja oleh parti AMANAH (PAN).

      Mereka akan bawa macam-macam cerita nak suruh orang percaya. Mereka ulang-ulang sehingga perkara fitnah itu semacam benar. Ini sebenarnya apa yang dibuat oleh Mahathir dan UMNO dulu.

      Sebelum ini Mahfuz kata PAS Terengganu terima duit. Bodoh Mahfuz kalau dia kata PAS Selangor tu kita mungkin boleh percaya, UMNO bagi duit suruh lawan dia, Kalau pertandingan 3 penjuru di Terengganu UMNO, HARAPAN dan PAS akan menguntungkan PAS. Tapi kalau di Selangor akan menguntungkan UMNO.

      Kenapa Mahfuz bodoh?

      Hari ini Husam Musa pula buat cerita fitnah untuk serang PAS Kelantan. Anda boleh baca fitnah baru Husam yang disiarkan oleh Malaysia kini.


      Tokoh pembangkang Kelantan Husam Musa hari ini mengutus surat kepada menteri besar sementara Datuk Ahmad Yakob supaya membekukan kelulusan balak di negeri itu.

      “Pada hemat saya, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 7 April 2018, YAB dan kerajaan sementara ini seharusnya mengelak daripada sebarang komitmen baharu, meliputi kelulusan pembalakan membawa ikatan kontrak melepasi tempoh Kerajaan YAB yang sudah berakhir.

      “Mengikut semangat undang-undang, dengan pembubaran sesebuah DUN, seorang menteri besar dengan sendirinya menjadi 'menteri besar sementara tanpa kuasa eksekutif sehinggalah kerajaan baru dibentuk dan ketua eksekutif baru dilantik',” menurut Husam dalam surat itu.

      Salinan surat itu turut dimajukan kepada media hari ini.

      Husam mengeluarkan surat selepas mendakwa difahamkan Ahmad memanggil Jawatankuasa Kecil Perhutanan bermesyuarat pada hari Isnin, 16 April depan.

      “Saya juga difahamkan ada kertas cadangan untuk meluluskan permohonan-permohonan melibatkan hutan simpan dengan keluasan yang amat besar pada mesyuarat itu,” dakwanya.

      Sementara itu, dalam surat sama, Husam berkata, jika kelulusan tidak boleh dielakkan, pembangkang hendaklah dirunding bersama kerana kemungkinan mereka akan akan membentuk kerajaan baru.

      “Mereka terpaksa memikul beban apa yang diputuskan sekarang,” katanya.

      Selain itu, katanya, jika kelulusan diteruskan, satu klausa hendaklah dimasukkan untuk menyatakan kelulusan itu boleh ditarik balik oleh kerajaan baru.

      Husam mendakwa pendapatnya itu selari dengan pandangan pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari, bekas menteri Tan Sri Rais Yatim dan peguam hak asasi manusia Datuk Dominic Puthucheary.

      “Saya dengan ini, mencadangkan YAB membatalkan mesyuarat berkenaan atau mana-mana mesyuarat yang membawa kesan seperti itu.

      “Saya juga ingin menegaskan, jika mesyuarat berkenaan diteruskan, saya mohon untuk hadir memerhati perjalanan mesyuarat itu bersama peguam saya atas kapasiti sebagai pembangkang di negeri ini,” katanya.

      Salinan surat itu turut dihantar kepada penasihat undang-undang negeri Kelantan semua pengerusi parti pembangkang negeri Kelantan.

      Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi kerajaan sementara Kelantan berkaitan permohonan dan dakwaan Husam itu.

      Note: Pasal nak buat fitnah mudahnya. Aku boleh kata Husam dan Mahfuz ni GAY. Tu mereka sedang berdangkap... Gambar sebagai saksi. Kalau Salah sila saman.

      Delete
    10. Semua orang tahu bahawa PAN ada ramai pimpinan tapi tak ada ahli bawahan yang mudah disebut sebegai jentera parti. Sehingga hari ini ahli PAN tak lebih daripada 30,000 orang seluruh Malaysia. Bilangan ini hanya 0.03% daripada ahli PAS.

      Semasa rundingan PAN hantar pimpinan hebat tapi kerana mereka tak ada hujah untuk menunjukkan fakta mereka boleh menang jadi PAS hanya dapat 27 kerusi parlimen lebih sikit daripada parti baru Bersatu. PAN adalah parti tercorot dalam Harapan.

      PAN tukar strategi hantar tokoh dan individu yang biasa di media untuk masuk parti lain dengan tujuan untuk mendapatkan bilangan kerusi lebih.

      Strategi ini telah dihidu... Jadi PAN guna individu lain untuk membela. Tapi semuanya orang dah kenal sebagai individu PAN. Baca berita Malaysiakini di bawah.

      Seorang pensyarah universiti Dr Rozaimi Ramle menzahirkan rasa kegusaran beliau selepas wujud desas-desus bekas penganalisa politik dan ekonomi Wan Saiful Wan Jan yang baru menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mungkin tidak akan menjadi calon pilihan raya akan datang ini.


      "Saya tidak mengenali Wan Saiful Wan Jan secara peribadi, namun saya mengikuti rapat tulisan dan ucapan beliau menganalisa isu-isu ekonomi dan politik negara.

      "Bagi saya, keputusan beliau meninggalkan NGO yang beliau pimpin sebelum ini dan memilih menjadi ahli politik kepartian sepenuh masa demi negara perlu dihargai," kata Rozaimi dalam suatu hantaran di Facebook.

      Mengulas, desas-desus mengenai bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) itu, beliau berkata penglibatan tokoh-tokoh muda dalam
      proses perubahan amat penting.

      "Penglibatan tokoh-tokoh muda, berwibawa dan segar tanpa ada beban (baggage) kesilapan zaman silam amat penting bagi memastikan kejayaan agenda perubahan (islah) ke arah kebaikan yang didakwa dan cuba dibuat oleh Pakatan Harapan (HARAPAN).

      - Bila PAN tidak menjadikan Islam sebagai dasar parti sampai bila-bila PAN tak boleh menyelesaiakan masalah mereka..

      Delete
    11. Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) hadir memberi keterangan dalam sidang siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai kes kehilangan Amri Che Mat, pengasas NGO Perlis Hope dan dua individu lain.

      Bagaimanapun, ketika inkuiri berlangsung, percubaan Siti Kasim yang mewakili Majlis Peguam membangkitkan unsur ekstrem dalam fahaman Sunni sewaktu soal balas dengan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin itu telah mencetuskan ketegangan.

      Dalam hantaran terbaru Asri di Facebook, sarjana Islam itu dipercayai cuba menggambarkan pengalaman beliau bersoal-jawab dengan peguam hak asasi manusia, Siti Kasim pada sesi inkuiri Suhakam itu.

      "Saya tidak hairan apabila menerima beberapa soalan 'tidak cerdik' dari seorang yang pernah membicarakan tentang Tuhan dan 'getaran'.

      "Jika dalam bab ketuhanan yang merupakan asas kewujudan insan dia gagal berfikiran seimbang, apatah lagi bab yang lain," kata Asri.



      Tanpa menyebut nama, beliau menzahirkan rasa hairan terhadap seseorang dengan latar belakang undang-undang tetapi disifatkan beliau sebagai dangkal.

      "Namun, saya agak hairan apabila seorang yang berlatarbelakangkan undang-undang seperti dia itu sangat dangkal tahap pengetahuan asas bagi istilah-istilah yang dia gunakan sendiri.

      "Dia bercakap dengan istilah yang dia sendiri tidak faham. Kemudian dia beraksi untuk memberikan tafsiran berkaitan agama," kata Asri.

      Asri turut mempersoalkan kenapa pertubuhan berkaitan undang-undang memilih seorang yang 'ganjil' sebagai wakil mereka.

      "Apakah jika hanya kerana seseorang itu 'ganjil' pada penampilan dan songsang pada pemikiran maka dia pun ditabalkan oleh pertubuhan yang berkaitan undang-undang sebagai wakil mereka.



      "Sudah tiada orang lainkah yang mempunyai nilai pekerti dan kesopanan sebagai manusia berpendidikan untuk diwakili? Sudah habiskah rakyat dalam negara ini?" Soal beliau lagi.

      Ekoran hantaran FB Asri itu, tidak lama kemudian peguam Siti Kassim memuat-naik hantarannya pula dipercayai ditujukan kepada Mufti Perlis itu.

      "Ada orang tu bila kalah dalam sidang, dia balik dok ngumpat-ngumpat dekat FB dia .

      "Terserlahlah pekung habit pembulinya - dia tak dapat menang hujah, dia pun main mengejek dan tohmah orang yang dia tak boleh nak jawab dalam sidang.

      "Itu kah yang konon intelektual sangat. Low class punya level adalah," tulis Siti Kassim.

      'Wanita dangkal'

      Ini bukanlah kali pertama Asri membidas Siti Kassim. Tahun lalu, Asri ketika mengulas mengenai kontroversi 'Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin' turut menempelak Siti yang disifatkan sebagai wanita dangkal atas laporan kenyataan beliau tentang kewujudan tuhan .


      "Dukacita apabila media mengutip berita 'bomoh' yang penuh khurafat dan memalukan masyarakat bertamadun, dan seorang wanita dangkal minda yang entah apa latarnya.

      "Seorang membuat 'kerja' yang melambang masalah akal yang serius.

      "Seorang pula membuat kenyataan tentang agama, tuhan dan pelbagai lagi yang juga melambangkan kedangkalan pengetahuan dan ketandusan kepercayaan terhadap konsep ketuhanan,"

      Delete
    12. Kita memilih yg kurang mudarat. Yg paling mudarat ialah yg berbohong, menipu dan mencuri hak negara dan rakyat i.e. kes 1mdb. Kedua ialah menggunakan agama utk kepentingan diri sehingga menyesatkan org lain.

      Delete
    13. Konin... lu bual warong la

      Delete
  2. party isle sesat semalaysia


    pis pus pas

    ReplyDelete


  3. ADA ORG UMNO DAN PENYOKONG BERIMAN DGN

    MANIPESTOL NAJIB DI PRU 13

    " TIADA CUKAI TAMBAHAN "
    KERA JAAAN AKAN TURUNKAN CUKAI


    SELEPAS PRU 13. 2015 SEMUA RAKYAT TAK KIRA PUAK UMNO ATAU YG MENYOKONG MANIPESTOL UMNO KENA


    G S T 6 %


    PENYOKONG MANIPESTOL NAJIB KENA


    KELENTONG


    KENA KENCING !!!!!!


    bodooo bahlol punya penyokong bNAJIB


    #bNajibapokpondan

    ReplyDelete


  4. budin


    dengar khabar ada kawasan PPBM tak naik pos PRU ?

    di putrajaya satu HARAM bendera pun tarak

    di TITIWANGSA pun sama ?


    ketua bahagian PPBM DI PUTRAJAYA DAN TITIWANYSA DAH KENA DEDAK 14JUTA DGN TOK NAN DAN TOK JOE JAMBUL ?????



    mc takde pengalaman PRU jeer puak PPBM niii...

    mari sini kami bagi latihan di JANDA BAEK mcm mana nak pacak bendera


    sedih dwengar dari insider kami PANTATJAYA DAN TETEKWANGSA akan di berinlaluan free utk UMNO???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg mae

      Tu tak ambil upoh pasang bendera ko?

      Delete
    2. Abg mae,, sibuk ambik upah kupas sabut kelapa guna Gigi,,,ganti berok..😁😁😁

      Delete
    3. Sedap dengor "latihan di JANDA BAEK" tuh, mb.

      Kalau ada unsur unsur yang di buat sesetengah parti politik di Amerika atau Eropa, bagus.

      Kempen si bodoh bangang Donald Trump pun ada dirty tricks dept depa - berkerja degan puak dirty tricks dept Russia, di kenali sebagai "collusion with Russia", sekarang dah jadi siasatan Special Prosecutor Robert Mueller III.

      Depa Umno/Bn pun ada dirty tricks dept saperti yang memadamkan lampu masa menghitung undi di Pru13.

      Harap PH punya "Dirty Tricks Dept" akan "one- up (lebih berkesan)" dari Umno/Bn punya.

      Pasukan pacak bendera boleh ada 2 tugas. Yang satu lagi ia lah bawak bomo melesapkan bendera depa. Mcm di video yang viral agak nya aritu.

      Di malam hari ke, di siang hari pakai silap mata ke. Jaga, jangan ada yang lalu pakai talipon berkamera, hehe.

      Delete
    4. KAMI AKAN TURUN ESOK KE PTTJAYA DAN TTKWANGSA


      JAM 7.00 AM SAYA SAMPAI KE SANA KALAU TAKDE SATU POS HARAPAN


      MEMANG KENA TIBAI PKMAK KB PPTJAYA DAN TTKWANGSA !!!


      KAMI AKAN CAMPAK 10 000 BENDERA DI DI PADANG FUTSAL KG BARU ESOK


      Kalau korang tak dtg memang babi laaah... betul korang nak bagi UMNO MENANG FREE !!!


      PTUUIIIIIIIH !!??

      baek bagi AMANAH PAN jer tanding


      ptuuiiiiiihhhh

      Delete
    5. Kot depa tunggu hari penamaan calon.

      Bukan kah SPR kata boleh pacak bendera ha nya salepas penamaan calon? Kalau betul, SPR tak ambik tindakan ke atas Umno/Bn boleh bikin pengundi jelek dengan depa dan undi PH.

      Mungkin juga ada yang ingat (ada yang dah kata di blogs) bahawa jumlah bendera TIDAK = jumlah undi.

      Delete
    6. PPBM boleh pakai logo dan bendera ke? Di benarkan SPR pengampu Najib nakkan terus pegang jawatan Pengerusi SPR ke?

      Kalau ada/ dibenarkan pasang bendera, saya cadangkan PPBM berkerjasama dengan PKR le. Pahal pun, dah setuju pakai logo PKR.

      PKR ada grassroots supporters yang rmaai dan di luas kawasan di Semenenjung, saperti di PRU13 yang mereka hampir menang, dapat kalahkan Najib di undi popular4.

      Boleh lah pacak bendera "bersama", walau pun anggota2 PKR di jangka lebih ramai dalam pasukan pacak bendera itu.

      Delete
  5. Cuba kita kaji perkataan cash is king. Org yg menyata begini pasti org yg biasa membuat apa saja tak kira cara yg dipilih itu halal atau tidak asalkan dia mencapai tujuannya. Jika kita fikir dg lanjut, kesan drp ini, banyak yg tak baik drp yg baik. Ia menjadi satu budaya yg boleh menjahanamkan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Istilah "King" yang di gunakan nya pun membayangkan otak tak betul. Pemikiran kuno, di zaman Raja berkuasa di atas segala gala nya.

      Mana boleh. Takda Raja macam itu sekarang. Walau pun di negeri di selatan Semenanjong. Sekarang ha nya ada "Raja Berperlembagaan" atau Constitutional Monarch, Bahasa Inggeris nya. Macam di UK. Bertindak "di atas nasihat PM". Bertanggung jawab mematuhi undang undang bagi kelakuan peribadi nya.

      Jadi, Najib tak boleh langsung berpegang kapada pendirian "Cash Is King". Itu telah menyebabkan nya "mencuri, merompak dan melanun".

      Moga2 DoJ akan keluarkan Kenyataan Akhbar berkenaan siasatan 1MDB mereka saperti dibuat pada 15 Jun 2017, kali ini memberi nama penuh "MO1" dan menyatakan jenayah yang di lakukan nya.

      DoJ telah beberapa bulan lalu menyatakan mereka tukar fokus dari menyiasat 1MDB secara umum kapada "the criminal aspects" penyiasatan itu.

      Delete
    2. Mana Aman?

      Woii..bang mae mu dgn ahli2 pas tu bodoh nak mampus.

      Ada ker mu pi percaya yg malaikat akan turun mengundi pas.

      Tak lama lagi umat lslam nak sambut puasa dah. Boleh ke malaikat di langit turun ke bumi bagi tahu depa dah nampak anak bulan.

      Yg dok curi dengar rahsia Allah di langit tu lblis.

      Yg dok kena panah dgn petir pun lblis

      Lembu kerbau pun tak bodoh mcm mu lah abe mae.

      Delete
    3. Abg mae,, sibuk ambik upah kupas sabut kelapa guna Gigi,,,ganti berok..😁😁😁

      Delete
  6. Pilih yg paling kurang memberi mudarat pd rakyat

    ReplyDelete
  7. UMNOBNPAS boleh jln..kehujung langit seksli pun x apa..
    Penyokong pembodek pengampu penggipas pentaksub yg masih rabun penyelewengan kewangan..penyalahan kuasa..memperalatan agama..Rasuah dlm pelbagai bentuk..mempersendakan Rakyat dgn GST..pendek kata penyagak2 ini menjahanamkan Rukun Negara..alamat hancuss tanah air ku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahli2 UMNOBNPAS..jgnlh terus buta..buta mata buta hati..apa masih diri kalian x sedar kr beb..kemanakah jatidiri..memuja ketua2 kalian pembawa tindak tandukan serta kata2 ucspan songsang lalu mengenepikan akl sihat kalian yg akn memakan diri kalian..sesal x sudah hingga 5thn lg..

      Delete
    2. Udahlh..jgn bg mereka laluan menang pd PRU14 mejelang nnti..buatlh perubahan..UMNOBNPAS x sesuai di abad ini beb..umpama peralatan rosak lusuh buruk karat..dpandang jelek..digunapakai hampa..tiafa manfaatnya bhai..

      Delete
    3. Udahlh..jgn bg mereka laluan mrnang menjelang PRU14 nnt..buatlh perubahan..UMNOBNPAS x sesuai di abad ini beb..umpama peralatan rosak lusuh buruk karat..dpandang jelek..dguna pakai hampa..tiada manfaatnya..
      Pilihlh..berikan undi anda utk Pakatan Harapan dbwh lambang Keadilan..bg menjana perubahan menjadikan Malaysia Baru..
      X gitu Bang Shah..

      Lawan tetap Lawan!!

      Delete
    4. Memang amno & pas dah umpama golok kayu

      Tetak tak makan jual tak laku

      Jual timbang kat kedai besi buruk pun xmau

      Melainkan kak semah sesuai dijadikan santapan buaya2 di zoo negara - yg tu boleh kira timbang

      Delete
    5. Mcm abe mae tu jugok..
      Celako punya abg mae..

      Delete
  8. iman apa lagi ada pada umno?

    mamat kelab malam dah kantoi....tetiba yang ganti menteri lembu....adooiiii

    sampah di ganti sampah......signal umno dah nak bungkus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amno sebenarnya dah lama mati

      Umpama org yg bela saka

      Tbaring tinggal tulang

      Nak buat apa pun dah takleh dah

      Namun nafsu makannya 3 besen bubur pun dia boleh habiskan

      Ayuh kita jadikan PRU ni sebagai penetas atap rumahnya supaya saka tu boleh terbang keluar dan rohnya boleh pergi dengan aman

      Delete
    2. Hahahahahantusaka bro..hahahakena panggil raja bomoh malaysia tu..jibros! jampi jgn x jampi..kalo nak menang lg..hihihihi

      Delete
  9. Woiiii...abg mae

    Mano mu?

    Mu mari terbit kat sini laaaa.
    Mmg aku nak bergocoh dgn mu.

    Berok mu ni abg mae..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZackAr mstrong...
      Mu dh makan ubat ke blum?

      Delete
  10. Maka gigil lah lutut Tengku Palsu Teuku Adnan pula, takutkan ahli2 Umno yang paling tadah di Pru14 -

    Don't sabotage, Umno reminds members

    Umno has reminded all its members to refrain from sabotaging the party, supporting its adversaries or committing any other related offences in the run-up to the 14th general election on May 9.

    Its secretary-general Tengku Adnan Tengku Mansor said all party members, including those holding positions at any level, were bound by the Umno constitution and code of ethics and should not violate the party rules.

    “Any member of the party found guilty of committing acts defying the party rules can be expelled or suspended from the party immediately,” he said in a statement here today.

    Tengku Adnan said he hoped that all Umno members would give their undivided support and carry out their responsibilities to ensure a Barisan Nasional victory in the general election.

    - Bernama

    Siapa nak paling tadah ke PH, silakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa yg sanggup nk tadah lagi la dipersilakan

      Delete
    2. Tadah mende gakkk ameaa ngok?? Jubor mu ko?

      Delete
    3. sentiment ratio menunjukkan PH ketinggalan...ade sesiapa boleh komen..???

      Delete
    4. Siapa cakap sentiment ratio PH ketinggalan?

      Tak percaya. Mungkin mengarut.

      Sesiapa nak keluarkan pendapat yang tak sealiran dengan sentimen umum di blog ini perlu keluarkan bukti, fakta dan hujah yang boleh di percaya.

      Kalau tak, itu berupa propagada BN sahaja.

      Tak bijak kalau keluarkan propaganda BN atau kata kata yang nampak sebagai propaganda BN dengan tidak siasat siapa kata, bukti, alasan dsb nya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...