Thursday, 12 April 2018

INI LAWAK JENAKA ATAU LAKONAN MEMPERBODOHKAN RAKYAT?

Satu pesta menjual barang keperluan harian pada harga murah yang dinamakan Jualan Sentuhan Rakyat diadakan semalam di kawasan Parlimen Putrajaya.


Banyaklah barang yang dijual dengan harga lelong, antaranya ayam RM5 seekor, beras 10kg berharga RM5, daging lembu antara RM15 hingga RM20 sekilogram, selain barangan lain seperti telur, kentang, bawang, ikan, milo, susu pekat dan pelbagai lagi.


Pendeknya, semua yang dijual adalah murah-murah belaka.


Turut sama menjadi “jurujual” dan “pembantu kedai” kepada pesta jualan harga murah itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hamzah Zainuddin, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa dan Pengerusi Tetap UMNO, Badruddin Amiruldin.


Kehkehkeh....dekat-dekat nak pilihanraya ini macam-macam perangai pelik pemimpin UMNO dan BN boleh menjadi santapan kita.


Adakah ini suatu lawak jenaka  atau lakonan untuk memperbodohkan rakyat?


Kenaikan kos sara hidup yang antara lainnya adalah disebabkan cukai GST, penarikan beberapa subsidi serta kegagalan kerajaan menstabilkan harga minyak, adalah perkara nyata yang dialami setiap hari oleh rakyat di seluruh negara.


Ia bukanlah perkara main-main yang hadirnya secara bermusim.


Oleh itu, kenapa pesta jualan murah seperti ini hanya diadakan menjelang pilihanraya saja?


Apakah di ketika dekat pilihanraya saja rakyat memerlukan barangan pada harga murah, manakala di waktu yang lain mereka tidak memerlukannya?


Apakah memadai menyuapkan rakyat dengan jualan harga murah selama sehari saja dalam tempoh lima tahun?


Bagaimana dengan hari-hari yang lain, baik lima tahun sebelum ini atau lima tahun akan datang?


Jika benar ingin menolong rakyat menangani kos sara hidup yang kian meningkat, kenapa tidak diadakan jualan lelong atau harga murah ini setiap minggu dan di seluruh kawasan Parlimen serta DUN seluruh negara?


Mengadakan jualan harga murah hanya selama sehari dalam tempoh lima tahun dan kemudian membiarkan rakyat terkapai-kapai menanggung bebanan kos sara hidup selama beribu-ribu hari selebihnya, adakah ini cara pemimpin-pemimpin BN menolong rakyat dan berlagak kononnya mereka prihatin dengan kesusahan rakyat?


Tidakkah ini hanya lawak jenaka dan tidak lebih bertujuan memperbodohkan rakyat semata-mata? 


Yang para menteri dan KSN sibuk-sibuk mahu jadi "jurujual" dan " pembantu kedai" kepada jualan murah ini  untuk apa?


Itukah kerja dan peranan mereka dengan gaji puluhan ribu yang diperolehi daripada cukai wang rakyat? 


Atau sebaiknya pemimpin seperti itu dijadikan "penjual ayam" yang kekal saja selepas pilihanraya nanti? (ShahbudinHusin 12/04/2018)

87 comments:

  1. Nampak sangat dah terdesak utk meraih sokongan, tapi rakyat bukan bangang

    ReplyDelete
    Replies
    1. naib ketua pemuda pas



      kata




      malaikat akn tolong mengundi utk pas

      mlaikat akn tolong mengundi utk pas

      mlaikat akn tolong mengundi utk pas




      ini dah sah sesat


      apa ketua agma kelantan tak nak penjarakan 9bulan iblis ni



      apa kata ketua agama kelantan



      kata kata sesat yg menghina agama dan ketua agama kelantan ini tak nak sumbat 9bulan ker



      apa kata ularrrmak



      naik ketua pemuda pas dah sewel




      malaikat turun undi pas d peti undi bawak i.c




      kaaaaahhhhh

      kaaahhhhhhhhh

      kahhhhhhhhbbbhhhh

      Delete




    2. lobai sembelit moden mana ???





      itu tontontvi algermani porno dah cabut lari telorberpeloh.



      al range rover nik menyamat mau bankrap negara dgn brim 25000 seorang.


      gila nak menang punya pasal


      brim pun nak buat is politik




      #asalbukanpasumno


      undi pas mcm undi umno

      Delete
    3. buddiiin,

      makanan murah dari kilang babi china komunis kaaa???


      semua barang dapat dari megara komunis


      BANNER " HIDUP RAKYAT " PUN DI CETAK

      dicetak oleh Tex-Ebo International (Shanghai) Co Ltd.



      HARAM BABI KOMUNIS CHINA MASUK CAMPUR URUSAN PRU NEGARA



      BABE NEGARA BN MEMANG SUKA BABE KOMUNIS


      #BERAMBUSPASUMNOCHINAPOKOMUNIS

      Delete
    4. Ajaran sesat konon malaikat beratur untuk mengundi..........!!!!

      Delete
    5. Kepimpinan terbaru Otai Reformis 1998 hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

      Perkara itu dinyatakan selepas bekas pengerusi gerakan itu, Saari Sungib dan setiausahanya Abdul Razak Ismail meninggalkan gerakan itu Julai tahun lalu selepas membantah penyertaan Dr Mahathir dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

      Pengerusi barunya, Khairul Anuar Othman berkata sokongan terhadap Dr Mahathir diberikan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menerima penyertaan bekas perdana menteri itu bersama gabungan pembangkang.

      “Sebenarnya otai reformis menyokong kemasukan Tun Mahathir dalam HARAPAN sebab otai bersama pimpinan dalam HARAPAN yang mana saudara (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sendiri sokong Dr Mahathir dalam HARAPAN.

      “Jadi atas dasar Anwar sebagai mentor otai reformis yang memulakan reformasi maka atas dasar itu kami menyokong Dr Mahathir dalam HARAPAN,” katanya dalam sidang media di sebuah warung di Kuala Lumpur.

      Julai tahun lalu Saari dan Abdul Razak meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan penyertaan Dr Mahathir Mohamad bersama HARAPAN.

      Kekosongan jawatan pengerusi Otai reformis kemudiannya diisi oleh Khairul manakala Akhi Nosa Iskandar pula dilantik sebagai setiausaha.

      Gerakan reformasi ditubuhkan selepas Dr Mahathir memecat timbalannya, Anwar pada September 1998.

      Saari Sungip walaupun nampak macam letak jawatan tetapi sebenarnya Saari meletak jawatan kerana "konflik kepentingan" memandangkan AMANAH menyokong kepimpinan Mahathir. Saari Sungib yang juga adalah ADUN Hulu Kelang dan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Selangor yang mana antara AMANAH yang lantang menyokong Mahathir berbanding AMANAH Johor walaupun Salahuddin ada di sana.

      Saari bukan "konflik kepentingan" tetapi "jilat ludah"

      - 20 Tahun akhir semua terdedah, terlodeh maka Allah dedahkan perjuangan Islam tempelan macam IRC/IKRAM yang tidak jitu kepada Islam sebenar akhirnya runtuh bersama matlamat kebendaan...

      Delete
    6. Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendedahkan kemelut berpanjangan pembahagian kerusi Pakatan Harapan di Selangor berpunca daripada dua faktor.

      “Kerusi ini sangkut (tertangguh) atas dua sebab. Nombor satu (kerusi) jamin menang, nombor dua jamin kalah.

      “Yang jamin menang semua nak, yang jamin kalah semua tak nak.

      “Sebab itu dia sangkut, jadi nak beri pun orang tolak dan mana yang nak ambil, semua orang tarik,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.

      Beliau berkata demikian mengulas faktor utama kepada HARAPAN mengambil masa yang lama bagi memutuskan agihan kerusi di negeri itu.

      Tarikh PRU 14 telah ditetapkan pada 9 Mei depan, namun rundingan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kalangan mereka difahamkan masih belum selesai.

      - Dulu engkau buat lari kerusi PAS, sekarang belum memang PKR nak larikan kerusi engkau..

      Delete
    7. Sebelum ini lebai mengemukan hujah kenapa Azmin Ali membakul sampahkan kajian Dr. Mazlan Ali dan mengelarkan Amanah (Pan) adalah parti 2%. Antaranya kajian itu tidak releven dan tidak mempunyai kesahan. Malah integriti Dr Mazlan Ali sendiri dipertikaikan.

      Malangnya untuk "psywar" Akbar Amanah (PAN) telah menjadikan kajian ini sebagai tajuk utama untuk edisi 87nya. Ini semua adalah untuk kerja menipu. Ahli-ahli PAN yang ada kini adalah mereka yang tertipu kononnnya PAS nak UG dengan UMNO. Itulah diratitbnya setiap kali mereka berjumpa sehingga ahli-ahli mereka hilang daya berfikir secara matang.



      Lebai setuju dengan apa yang di tulis oleh xoxo, UG menjadi umpan terbaik mereka untuk mengekalkan ahli Amanah (PAN) terus membenci golongan ulama, ustaz dalam PAS sehingga mereka anggap mereka ini menyeleweng dan ingin bersama UMNO.

      UG adalah timbul pada 2008 semasa PAS mengasa 23 kerusi parlimen walaupun DAP tak bersama Barisan Alternatif (PAS -PKR) untuk menghadapi BN pada PRU-12. Kedudukan di Selangor dan Perak membuat PAS boleh bersama UMNO atau bersama PKR dan DAP (Dinamakan kemudian sebagai PAKATAN RAKYAT).


      UG asalnya satu cadangan yang baik oleh Presiden PAS tetapi telah diguna untuk menyerang ulama dalam PAS bagi merebut pemilihan dalam PAS.

      UG telah menjadi kajian ilmiah diluar negara. Misalnya di Perancis pada Jun lepas, memuatkan empat esei. Satunya ialah "Moral Politics: Unity Government, September 16 and the Contestation of Ideas in the Malaysian Islamic Party"

      Bagaimana mereka yang luar negara tak kenal parti PAS boleh membuat kajian ilmiah tentang UG tapi malangnya ahli-ahli PAS keliru dengan UG dan menyalahkan ulama kononnya nak bergabung dengan UMNO.

      Serangan jahat untuk MEMBUNUH ULAMA dalam PAS oleh golongan IRC (IKRAM) bagi menguasai PAS sebagaimana mereka menguasai AMANAH (PAN) sekarang adalah sebab kenapa UG menjadi satu tohmahan jahat kepada ulama dan Presiden PAS.

      UG tak ada beza dengan "Konsensus Nasional" yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Tapi oleh kerana Anwar bawa perkara ini ada beberapa orang kepimpinan daripada Pakatan Rakyat telah berjumpa dengan TGNA untuk melobi TGNA bagi memberikan persetujuan mengenai satu idea yang dinamakan sebagai "Konsensus Nasional".

      Lebai juga diberi maklumat bahawa ada beberapa pimpinan PAS telah berusaha lebih awal dalam 'projek' ini. Adakah mereka telah mendapat keizinan kepimpinan tertinggi? Mereka serang UG tapi buat perkara yang sama untuk "Konsensus Nasional". Itulah perangai buruk sesetengah pimpinan PAS dulu yang kini semuanya berada dalam parti AMANAH (PAN)

      Delete
    8. Gambaran idea perjumpaan yang saya sebut itu sudah di'sebar secara tak langsung' oleh anak TGNA dalam kenyataannya.
      Anwar Perlu Jelaskan Konsensus Nasional

      Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menjelaskan format dan konsep sebenar Konsensus Nasional kepada rakyat sebelum Pilihanraya Kecil DUN Kajang berlangsung. Ini bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar mengenai persepsi tersebut dan mengelakkan pelbagai tafsiran yang boleh disalahertikan.

      Samada ia Permuafakatan Kebangsaan, Muzakarah Politik, Dialog Nasional mahupun Kerajaan Campuran atau Perpaduan, ia harus dihuraikan secara eksplisit. Jika benar ia adalah agenda besar daripada Pakatan Rakyat, maka Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menghuraikannya dengan lebih jelas.

      Daripada siri-siri kenyataan media yang telah dibuat, Konsensus Nasional diutarakan ekoran daripada kebejatan politik terutamanya yang melibatkan isu ketegangan kaum khususnya di negeri Pulau Pinang dan Selangor. Malah, media antarabangsa turut melaporkan kelemahan pentadbiran kerajaan pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pelbagai aspek.

      Feb 2014
      NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ
      Ahli Parlimen Pasir Mas
      AJK PAS Pusat
      Mac 2015 lalu pada jamuan makan malam ulang tahun DAP di Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi, Lim Kit Siang berkata Pakatan Rakyat (PR) sedang berhadapan dengan perpecahan yang tidak dapat dielakkan lagi. Oleh itu Lim Kit Siang mencadangkan penubuhan satu gabungan "Selamatkan Malaysia" yang bertujuan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang Negara ini.
      Katanya kedua-dua Barisan Nasional dan PR sedang menghadapi masalah, manakala perubahan senario politik Malaysia menjadi sebagai "no man's land"

      Lim Kit SIang berkata lagi fenomena ini menjadikan masa yang amat sesuai untuk menubuhkan gabungan yang baru, dengan Perdana Menteri dan kerajaan baru. Kerajaan Baru mestilah di wujudkan sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sokongan Umno terhadap enakmen hudud yang bakal dibentang diparliemn oleh PAS.

      Pelik selepas "Konsensus Nasional" ada pula gabungan "Selamatkan Malaysia semuanya tak ada beza dengan Unity Gorvement cadangan Presiden PAS. Kenapa hanya UG sahaja nak bergabung dengan UMNO?

      Delete
    9. Dr Mazlan Ali (Penganasilis Parti AMANAH) telah membuat rumusan satu kajiannya.


      Katanya kajian yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali dari UTM sebelum ini mendapati, ramai penyokong Amanah kekal sebagai ahli PAS kerana tidak mahu menyusahkan diri mereka dengan meninggalkan parti itu. Ketika 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti itu, 10% daripada ahli PAS yang ada adalah pro-Amanah atau digelar "harumanis" manakala 20% lagi adalah golongan yang keliru dengan hala tuju PAS. Kajian itu mendapati, sebahagian besar golongan ini akan mengundi PH khasnya Amanah dalam pilihan raya umum akan datang.

      Ramai orang mengiyakan kajian ini, nanti PAS tersempit apabila PRU-14 nanti.

      Tahukah tuan-puan hari ini parlimen telah dibubar. Hanya beberapa orang yang sudah dijangka akan keluar PAS iaitu Syed Azman, Khairuddin dan 2 -3 pimpinan tak ternama. Jadi kajian Dr Mazlan Ali sudah luput ditelan masa.

      Orang dah berubah, masa sudah berlalu, pemikiran politik PAS telah berubah. Dulu orang percaya UG, tapi kita orang tapi UG adalah cerita DUSTA semata-mata yang telah menjadi seperti kita percaya wujud binatang NAGA.

      Orang PAS yang menjadi ahli AMANAH kini kembali semula kepada PAS. Baba Zul, pakar rujuk agama P{AN sudah sedar semuanya mainan dan angan-angan sahaja. Jadi apa yang dikaji oleh PKR dan PAN sebenarnya adalah pembohongan yang akan makan diri mereka sendiri.

      PAS tetap utuh dan kini bukan ahli PAS kembali kepada PAS, ahli UMNO ada yang masuk PAS. Bukan itu sahaja sokongan Cina yang dulunya semasa Pilihanraya kecil hampir kosong sokong PAS mula ingin bersama PAS.

      Itu tanda kelam untuk HARAPAN...

      Delete
    10. Apa sudah jadi KSN ? Apapun jika para pengundi Parlimen Putrajaya tidak tahu langsung adanya pesta ini, maka matlamat tidak tercapai.Pengundi ada "kuasa & hak" mahu mengundi PH.Eloklah jual lelong hari-hari, biar sampai cair hati para pengundi Putrajaya.Silakan.

      Delete
    11. Jabatan Agama Islam Perlis (JAIP) telah mengambil tindakan ke atas NGO Perlis Hope berkenaan 'promosi agresif' kegiatan kebajikan sosial di Facebook yang didakwa cenderung berfahaman Syiah.

      Pengarah JAIP Dr Hazman Hassan berkata beliau mendapati hantaran tersebut bertambah sekitar bulan September, 2016 dan memutuskan untuk mengambil tindakan pencegahan.

      "Secara peribadi saya buka satu, satu kepada posting itu misalnya ada satu posting dia kata sedekah ini dapat mengelakkan bala pada hari-hari sial.

      "Dalam kita Ahli Sunnah wal Jamaah kita tiada hari sial. Semua hari adalah baik. Apa sahaja Allah tetapkan berlaku kepada kita berlaku semuanya baik sama ada secara luaran," kata Hazman yang menjadi saksi ke 11 memberi keterangan di hadapan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Datuk Mah Weng Kwai.

      Hazman turut mendakwa hantaran Perlis Hope di FB kelihatan menunjukkan seolah-olahnya agensi kerajaan negeri seperti Baitulmal telah gagal melaksanakan tugasnya membantu orang ramai.



      Hazman juga berkata hantaran Perlis Hope itu, jika tidak disekat, ia boleh menggugat ketenteraman awam

      Pada ketika itu, Hazman berkata beliau baru tiga bulan menjadi Pengarah JAIP.

      Dalam tindak balas terhadap hantaran Perlis Hope itu, Hazman berkata beliau mendapatkan kerjasama jabatan pendidikan melalui surat bertarikh 21 September 2016 bagi menghalang Perlis Hope daripada terlibat dalam kegiatan di sekolah atas dakwaan kaitan ajaran Syiah itu.

      Beliah juga berkata mendapat maklumat Perlis Hope mahu masuk ke seolah-sekolah di Perlis atas program memberi pakaian seragam sekolah percuma.

      Hazman berkata sebelum hal itu terjadi beliau memaklumkan kepada jabatan pendidikan negeri. Bagaimanapun, Hazman turut mengesahkan tiada tindakan susulan diambil terhadap Perlis Hope.

      Panel sambung sidang

      Sesi siasatan hari ini ditangguhkan pada jam 4.30 petang dan Mah berkata panel siasatan itu akan bersidang semula tiga hari lagi pada 15, 16 dan 17 Mei 2018 ini.

      Suhakam sedang menyiasat sama ada Amri dan dua lagi individu hilang secara "dipaksa atau tanpa kerelaan", seperti yang ditakrifkan Konvensyen Antarabangsa Bagi Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED).


      Dua lagi kes individu hilang yang sedang disiasat adalah paderi Joshua Hilmy dan isterinya, Ruth Sitepu.

      Bagaimanapun , inkuiri bagi kehilangan paderi, Raymond Koh, ditangguhkan selepas polis mendakwa seorang suspek.

      Delete
  2. KSU pun akan bertanding dalam PRU14?

    ReplyDelete
    Replies


    1. dulu KSU AIR TENAGA



      nak kena campak dalam empangan semenyih




      TAKN NAK MASUK PRU KER KSU???


      CAKAP MCM POLITIK


      BODOOO LAAA RAKYAT KALAU TERMAKAN JUALAN MURAH 5TAHUN SEKALI UTK MAKAN 2MINGGU SAJA



      NAK COVER JUALAN MURAH KENA UP


      GST 9%


      DULU MANIPESTOL NAJIB PRU13 TAKDE CUKAI TAMBAHAN

      BILA MASUK 2TAHUN PRU ADA 2015 BAPOK BNAJIB PENIPU NI BEDAL RAKYAT 30JUTA DGN GST 6%


      CILAKA LAHANAT BNUMNO PENIPU


      MANIPESTOL DIA BUAT MAIN MAIN


      BETUL PERANGAI LANUN BUGIS BNAJIB NI


      NAK MENANG PUN CARA LANUN BUGIS JAJAH MELAKA...


      TOLAK KAPAL NAHKUDA BAPOK !!! TUKAR ENJIN DI JOHOR DARUL FOREST CITY !!!!

      Delete
    2. Amat tepat komen Mohd Taib tuh. Pendek, menyucuk, mengorek dan menyudok pemikiran (dan kepala sekali) si Najib dan Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Kerajaan, bos terulung perkhidmatan awam.

      Sebagai Kerua PTD, dia bos segala perkhidmatan (services), termasuk Polis, dan Tentera. Segala kementerian, jabatan dalam seluruh perkidmatan Kerajaan (government service) di negara ini. Sepatut nya memberi tauladan yang baik. Malang nyak, sebalik nya.

      Alahai, takkan lah dia tak nampak bahawa buat jualan murah sekali sabelom PRU14 itu berunsur politik. Jika dia di kerah PM Najib pun, dia boleh kasi helah tak ikut serta.

      Ini lah yang di katakan ampu teramat sangat. Hingga terjejas integriti atau maruah PTD. Ini lah jenis orang di lantik Najib ke jawatan yang paling penting di perkhidmatan kerajaan. Dia tahukan akan dapat ampu-an teramat sangat, pada bila2 masa.

      Memang perlu Najib di ganti. Jugak KSU nya.

      Delete
    3. TMJ pon buat sama kat Aeon teberau JB. Telanjur dah menyeru rakyat Msia kekalkan pemerintah yg ada sekarang jadi jika pemerintah kalah maknanya secara tidak langsung dia pon kalah juga dari segi moral dan etika. Hidup Najib ...eh salah Hidup TMJ....

      Delete
    4. Kalau betul dia "dah menyeru rakyat Msia kekalkan pemerintah yg ada sekarang". dia dah nyata melibatkan diri dalam politik.

      Sila lihat komen komen mlaysiabaru dan saya membincang perkara berkaitan ini di bahagian bawah comment section pos Budin ini.

      Delete
  3. Replies
    1. Sangat sokong cabaran ini.

      Malang nya, mereka kot takda lagi di Putrajaya lepas Pru14.

      Mana lah nak harap mereka jual 1 selama bulan pun.

      Delete
    2. Sesiapa yg undi jg bn dan pas, insan itu telah menjual maruah dan melambangkan pemikiran yg mati. Mungkin ada tp rasa dah tak ramai. Hari mengundi nnt depa jd minoriti terpinggir.

      Delete
  4. Jual murah pun salah...
    jual mahal pun salah...
    apa la korang nie...
    Tapi yg jual mahal tu geng korg jugak punya kerja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ECRL 55b


      pajak tanah 99TAHUN


      BAYAR BALIK 230B ?

      TEMPOH 134 TAHUN ?


      KALAU BAYAR TUNAI 55B CHINA KOMUNIS KATA BOLEH TAPI SELEPAS 99TAHUN ???


      KAHHHH KAAAAAH KAAAAAAAHHH

      NAK JUGAK DUIT RIBA KOMUNIS LAHANT NI

      KAMI NAK ANAK ANAK NAJIB BAYARKAN SPAI LANGSAI !!!!

      DI SRI LANGKA KERAJAAN TAK BAYAR UPAH BINA PELABUHAN NILAI 28BILLION. SUDAHNYA DI PAJAK PELABUHAN KPD KOMUNIS SELAMA 999 TAHUN ????


      INI KER KERJA BODOOO BUGIS


      TERINGIN NAK NAIK KETAPI MCM D SWISSZERLAND


      BONGOK

      #bNAJIBAPOKPONDAN

      Delete
    2. Aman,

      Aku setuju degan komen mb di atas.

      Aku tak pernah menjawab komen kamu. Di pagi ini kali pertama aku buat, terasa perlu sebab hampir semua komen kamu tidak membina atau constructive.

      Boleh keluarkan pendapat bercanggah (dissenting) dengan aliran pemikiran di blog ini tapi kamu beri lah fakta2 yang tepat, alasan dan hujah yang munasabah.

      Bila kamu buat begitu, kamu kan di hormati, komen kamu tidak perlu di sentuh, di ketawakan atau di keji.

      Coba lah buat begitu, ok?

      Jangan lah lagi komen saperti

      "Jual murah pun salah...
      jual mahal pun salah...
      apa la korang nie...
      Tapi yg jual mahal tu geng korg jugak punya kerja..."

      Tahu lah kamu bahawa jual murah tu tak salah, jika tujuan nya bukan politik. Kalau tak faham, baca lagi pos Shahbudin di atas tuh.

      Yang lian2 kau kata itu tak perlu di komen- nyata ha nya tuduhan, takda fakta, alasan atau hujah.

      Delete
    3. Komen ko membina la sangat

      Delete
    4. bukit aman ni betul degil

      org tua nasehat dia melawan


      komen kau MAN , mcm budak tadika mungkin kau ni budak sekolah lagi kut..

      atau kau tak nak buat dosa komen lebih lebih

      TAPI MAN , ABDA YG LEBH TUA DARI KAMU BERI NASEHAT... APA SALAH KAU KATA TQ SAYA PERTIMBANGKAN..


      man ,man , tunjuk la sikap yg kami pasukan harapan boleh hormat kamu sbg seorang insan bukan sbg binatang MCM KEJORA...

      Delete
    5. aman yg dah tak aman.....mentality lembu!

      Delete
    6. Pak man,,,kalau nak jual Murah pn,,,ape ke jadah nya pak2 menteri perlu jadi jurujual...
      Kuasa yg ada kat dorang bukan untuk dorang jd jurujual..
      Sepatutnya dorang guna kuasa tu utk pastikan para peniaga tidak ambik kesempatan keatas pengguna.

      Delete
    7. Nampak sgt dah terdesak. Sanggup jual anak bini sikit masa lg. Ayoyoo. Apa sdh jd bn! Klu nak buat jualan murah knp hanya dkt masa mengundi? Knp x buat dr mula2 dpt mandat. Knpx10?

      Delete
    8. Haha... sangat2 bernas la komen korg nie

      Delete
    9. Man..dah pakai skirt serban belum..

      Delete
    10. Aman yg tak man..yg jual mahal tu bukan saja cina DAP atau cina MCA/Gerakan.. Yg melayu meniaga nasi tepi jalan pun jual mahal lah bongok!

      Delete
  5. Jual murah pun salah...
    jual mahal pun salah...
    apa la korang nie...
    Tapi yg jual mahal tu geng korg jugak punya kerja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. abe mae

      jual buntut tak murah

      KEJORA DAH GIAN MENJUBO SEJAK AKHIR NI

      apa kata korang LELONG JUBO MASING MASING


      kiokiokiokiokiokiokkkkkkkk


      #BERAMBUS BARUAH UMNO PAS CHINAPOK KOMUNIS

      Delete
    2. Kak ijat tak ikut jualan Murah ke pak man.?

      Delete
    3. seperti biasa, timbul lagi sorang hamba abdi MO1 bernama Aman. Nak tanya ni aman. Kenapa dibuat jualan murah tu? hobi ke? sebelum ni cakap kos sara hidup ok je?

      Delete
  6. Lakonan 5 tahun sekali...kalo.panggil calon dan umno cuci jamban pon dia akan datang dl keadaan terdesak.....

    ReplyDelete
  7. "Lelong,lelong!" dia melolong
    Hajat sebenar nak mintak tolong
    Undi lagi jawatan prolong
    Boleh lagi menjadi polong!

    Tetiba baik jadi peramah
    Dengan rakyat sanggup berkhemah
    Cakap lembut beserta lemah
    Makanan ada sama dijamah..

    Kalau boleh nak bagi percuma
    Asal rakyat sokong bersama
    Lepas menang pe'el yang lama
    Dia sihat rakyat selsema!

    Masa inilah nak prihatin
    Rakyat dibelai macam pengantin
    Bersih tandas bukannya rutin
    Sapu sampah memungut tin!

    Ada sampai tunggang basikal
    Masuk kampung membawa bekal
    Umum bantuan si ibu tunggal
    Lepas undi janji tak kekal!

    Ada pulak menyuap makanan
    Orang tua tak boleh jalan
    Ambil gambar dia perkenan
    Keluar paper sampai sebulan!

    Gotong royong membersih kubur
    Baju lusuh kasut pun kotor
    Masuk kampung naik motor
    Kereta mewah di dalam stor!

    Itu tanda undi nak tiba
    Bagi saja apa di minta
    Dia pun lama dah raih laba
    Walau buruk dunia dah kata!



    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah puas melelong tanah pesaka bangsa kpd China Komunis, kini Najib & UMNO berlakon nak tunjuk baik konon jual murah barang pasar & keperluan rumah. Itu sementara saja, almaklumlah kempen p/raya. Lepas tuu, kalau menang nanti (SELISIH), gst tentu melambung naik macam janji PRU 13 (janji tak naikkan harga).

      Berwaspadalah semua rakyat Malaysia.....!!

      Delete
    2. Saya sentiasa tertarik dengan cerita melelong tanah pesaka bangsa Melayu (penduduk asal negara ini) kpd Cina Kominis.

      Hingga terjejas kedaulatan negara ini, kata Tun M.

      Bedebah pihak berkenaan tak memikirkan kepentingan masa depan bangsa dan negara.

      Termasuk yang di Johor tuh.

      Delete
    3. 700,000 unit kondo harga tinggi di maksudkan untuk pembeli dari China Kominis, kata agensi berita Bloomberg. Di sebut dek Tun Dr Mahathir.

      Gila punya kerja. Purata 4 orang se keluarga, 4 x 700,000 = 2.8 juta orang Cina Kominis masuk dan mendiami Johor.

      Mesti lah di beri kebenaran duduk tetap (permananet residence) bagi menarik pembeli.

      Mengkut peraturan sedia ada, sesiapa yang mendapat status itu dan mendiami negara ini selama 10 tahun layak memohon kerakyatan. Saya tahu beberapa orang yang begitu dapat kerakyatan dalam tahun ke 11.

      Tak faham ke Umno Johor? Atau di rodok hidung depa, di pasang tali bubut dan di heret supaya setujukan projek itu?

      Dengar khabar beberapa orang kuat Umno Johor tak minat menjadi MB sebab itu. Kesian, berapa teruk kena enggeh saja. Termasuk pemimpin Umno yang di KL.

      Nisbah Melayu:Cina di Johor, malah di Malaysia, akan rosak teruk akibat projek itu. Lebih amat teruk daripada apa yang di gelar "Projek IC Sabah" yang menuduh Tun Mahathir melakukan nya.

      Delete
    4. Kepala hotak mereka yang menuduh begitu. Tun M dah kata dia ada meluluskan IC kapada orang di Sabah tapi ha nya lebih kurang 100,000 orang sahaja selama 22 tahun dia merintah.

      Itu di lakukan secara terbuka, mengikut peraturan imigeresen biasa - mereka yang dah tinggal di Sabah berpuluh tahun.

      Dan telah di perkatakan di RC untuk Projek IC Sabah itu dek saksi salepas saksi bahawa ada korapsi di lakukan Pegawai Pendaftaran Sabah melibatkan pengeluaran ratusan ribu IC. Pesalah telah di tangkap, di ISAkan di masa itu.

      Tambah pula ada penipuan - sindiket mengeluarkan IC palsu (fake ICs) beratus ribu. Sindiket telah di pecahkan, ahli2 nya di tangkap dan di hukum.

      Tapi perbuatan Melayu yang di Johor itu mengkagumkan. Langsung takda ingatkan masa depan bangsa Melayu yang jumlah nya akan "cair" akibat penambahan 2.8 juta Cina Kominis itu kapada kaum Cina. Ini yang di katakan Melayu lupakan diri.

      Aku Bugis, kata Najib, seolah olah mengatakan dia bukan Melayu. Jahanam lah kepentingan bangsa Melayu selagi Najib tak di singkirkan dari jawatan PM nya.

      Delete
  8. low mentaliti punya pemimpin.

    betul kt wardina... kita dh bosan dgn pemimpin bodoh menglembu.

    kerja kau membuat dasar dn strategi mengawal harga barang dn membantu rakyat buat sibuk nk jadi jurujual sehari... ambik gambor dn sebar kebodohan tu.

    ali hamsa kerja jaga perkhidmatan awam agar terbela bkn jual ayam. nk jual ayam pencen la.

    lps ni puak lobai pulak jual kupiah lusuh singgit satu.

    mo1 yg jual lelong negara kau tk peduli butakn mata dn hati. kerja kau pastikn kedai 1msia tu tk rugi mcm keluhan mydin.

    anyway mungkin masing2 dh rasa akn pencen politik lps kalah nnti... belajar2 jual ayam

    ReplyDelete



  9. TUN MAHATHIR SEORANG YANG MAHA HEBAT


    1.menyatukan pembangkang yg tolak dedak umno
    2. menggerakkan unity di kalangan ahli
    3. menundukkan keraguan thdap niat murni beliau sehingga ostad badrol amin pun terima taubat tUn
    4. memastikan DAP turut bersama BENDERA anwar ibrahim
    5. memakai lencana party anwar ibrahim
    6. mengakui kesilapan lampau yg dibuat kerana desakan pihak polis
    7. mengetuai pembongkaran 1mdb dan pelirda felda
    8...... byk ... betul... budin...

    ReplyDelete
  10. Aku haram kan undi aku serta seluruh keluargaku utk UMNOBN pd PRU13 yg lepas. Selepas BN menang, menteri2 di lantik dan di bayar gaji puluhan ribu oleh rakyat utk memikir, menggubal dasar2 dan memantau harga brg2 tidak naik melambung tinggi demi keselesaan rakyat. Dgn membuat jualan lelong sehari dan sebulan sebelum PRU14, secara tidak langsung mantan menteri2 ini mengakui kegagalan mereka. Ada kah kita hendak menyokong mereka lagi???
    Aku serta seluruh keluargaku mendoakan selepas PRU14 ini, menteri2 ini (serta KSU) akan menjadi peniaga pasar sepenuh masa. Masa itu kita tengok boleh ke mereka ini buat jualan lelong setiap hari.

    ReplyDelete
  11. menteri2,pm dan tpm, kereta resmi kerajaan dah hantar balik ka lom?selangor dan penang dah settle!

    ReplyDelete
  12. KSN should be hauled by PH if PH gain power.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat senarai org2 yg perlu diajar nnt. Jgn tertinggal kpn, kpsprm, ag, kp ros, panglima atm, ksp ksu kettha dll. Mrk tidak blh berckp perkara yg menjurus dan bernada politik. Mrk mesti berkecuali dan kelihatan berkecuali.

      Delete
  13. Setelah dewan bubar sepatutnya sudah tidak ada status MP...tunggu kuasa dari rakyat tapi ahli politik masih berlagak seperti ada kuasa...

    ReplyDelete
  14. Tak apalah mereka nak jual murah walau sehari pun. Yang pasti rakyat yang datang mesti cerdik. Beli saja barangan berharga murah tu, tapi terus sokokong PH. PH dah jani bila menang GST akan dihapuskan, maknanya harga barang akan lebih murah bukan untuk sehari tapi setiap hari. Lepas PRU14 nanti kita tengok Tengku Adnan, Datuk Hamzah dan lain-lain pemimpin BN/UMNO akan jadi peniaga: jual ayam, sayur, beras dan keperluan lain tentunya dengan harga yang tidak murah lagi. Rakyat pun tak akan beli daripada mereka. Bankrap nampaknya. Sebab jual harga lebih murah daripada kos. Ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrk jual ayam kat bkt bintang dan lrg hj taib.

      Delete
  15. mentaliti perompak dan penyamun. dgn rakyat sendiri pun sanggup nak rasuah ayam, ikan.

    ini la yg dipertahankan oleh geng najis dan pejuang najis! mentaliti najis!

    fake tengku! does he want to follow the real tengku from johor? 1 million bro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dad, bukan saja Ku Nan yg berpangkat Tengku tu Fake!. Malah everything about Umno/BN dan Kepala Lanun tu memang fake!.. jangan lupa juga Fake Nose si Semah the Bomoh Nasi Kangkang tu huhhuhu

      Delete
  16. ...itulah tahap pemikiran mereka. Otak ada, aqal tiada. Malang sungguhlah nasibmu..... Celaka didun ya dan di .......

    ReplyDelete
  17. Tak fahamkan opinions tu fake news ke, khuatir jugak bila baca

    Malaysia's anti-fake news legislation becomes law, is now enforceable
    The Straits Times

    Berita berikut dari agensi berita antarabangsa, tapi mugkin fake news ke?

    Zimbabwe Buys Four Boeing 777 Aircraft From Malaysia Airlines
    Bloomberg

    Risau juga dah ada kaitan Malaysia dengan Zimbabwe. Kalau dengan Robert Mugabe yang kena nyah dari jawatan nya itu, lain le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan Fake News....!!

      abda...

      Si Muka Roti nan muka tak sudah tuu yg sebenarnya Fake Tengku. Dia bawa berita fake news konon ROSmah beri penangguhan 1 tahun lagi 'pemilihan umno' yg dah putus darah pd 18/4/2018.

      Delete
    2. How the world views about Tun Mahathir's comeback:

      KUALA SIN, Malaysia (Reuters) - Prime Minister Najib Razak won Malaysia's last general election, despite losing the popular vote. Since then, he has been embroiled in a corruption scandal that has been investigated in a half-dozen countries.

      Mahathir told CNN he doesn't mind "being used by the opposition" to oust Najib, who for years has been embroiled in accusations that hundreds of millions of dollars were stolen from state investments.
      The US Justice Department filed lawsuits in 2016, amended earlier this year, to recover more than $1.7 billion that prosecutors said were laundered through a Malaysian sovereign wealth fund headed by Najib.

      Besides the United States, several other countries are investigating state investment fund 1Malaysia Development Berhad (1MDB), which Najib founded. US justice officials said that between 2009 and 2015, more than $3.5 billion from 1MDB was misappropriated by high-level officials of the board and associates.
      Najib has been accused of siphoning money from the investment fund after $681 million was transferred into his accounts. He has consistently denied any wrongdoing and said the money was donated by a member of the Saudi royal family.
      The 1MDB scandal, rising costs of living and a growing rift among the country's multiracial, multi-religious populace have been often blamed on Najib's party, and the question now is, can Mahathir, the former leader, help the opposition boot the ruling government from power?

      Yet the avuncular leader with an aristocratic pedigree was still expecting to cruise to another election victory in polls.

      Now, all bets are off.

      That's because his former mentor and prime minister for 22 years, has agreed to join a fractured opposition alliance and head the government again if it wins. He would be the world's oldest prime minister if that happened.

      Delete
    3. Oooooops, Kawan ingat "yg dah putus darah" tu tadi ia lah dia. Kalau betul pun, memang dah lama, ye tak ye.

      Bukan serang peribadi tapi, malom lah, bila baca laju, kemudian baru sedar Umno yg dah putus darah pd 18/4/2018.

      Ya, Othaman, memang ramai orang kata dia tu bukan Tengku, tapi Teuku, nama biasa di gunakan di Aceh. Di Malaysia ramai yang tak tahu, ingat dia keturunan raja.

      Tapi jenis penipu macam boss dia, gamak nya dia, bila dah ada kuasa, beri tahu Pengarah Pendaftaran benarkan nama dia di tulis Tengku dalam KP nya.

      Di suatu masa dulu ada yang mintak pangkat Dato nya di masukkan ke nama nya dalam KP baru yang di pohon nya. Di luluskan, saya lihat sendiri begitu.

      Gamak nya ramai lain yang buat demikian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran pusat keluarkan arahan tak benarkan begitu lagi.

      Macam macam mentaliti korapsi begitu.

      Delete
    4. The pertinent words by Reuters are

      "was still expecting to cruise to another election victory in polls."

      Even a past tense there.

      Jadi, tak risau lah kita.

      Delete
  18. bayar gaji mahal hanya kerja lelong ayam

    ReplyDelete

  19. PH will claim BN cheated, says Salleh
    Free Malaysia Today

    Dah terasa guilty conscious ke dia?

    Walau belom apa2 lagi pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moral of the story:

      Jangan banyak sangat menipu.

      Dan jangan selalu sangat.

      Ok, ini opinions - boleh di anggap depa fake news ke?

      Ada sesiapa nak keluarkan pendapat, banyak terima kasih.

      Pssst, Kojolla @ Geng Najib @ mcm mcm lagi tak payah kasi pendapat la.

      Delete
    2. Nak tunjuk suci tu. Mmg dah rancang nak menipu. Org x kata dia dah terasa akibat peebuatan sendiri.

      Delete
  20. Contohi lah TMJ.

    saya berharap tiap2 hari akan d ada kan temasya yg serupa d semua 'mega food store' d seluruh negara sahingga lah k hari pengundian.

    ia nya bukan rasuah tapi 'sedekah' drpd pendapatan n harta yg melimpah ruah.

    jika najib n rosmah mencontohi nya (tak kira sama ada mereka mengguna kan wang 'lebihan 1MDB ), sudah tentu ia nya akan mendtgkan keuntungan luar biasa kpd tuan punya 'mega store'.

    tapi tak semesti nya ia nya akan d terjemahkan(translate) kpd undi utk UMNO/BN. serupalah bagi TMJ. sedekah 1 juta (mungkin akan lebih drpd itu olih kerana ia nya amat popular)) mungkin akan mengembalikan semula status drpd 'zero' kpd 'hero'. tapi adakah pengundi akan mendengar nasihat yg tlh d beri ?

    pd pendpt saya ,TAK MUNGKIN !

    wallahu'allam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bib bro....

      TMJ got huge backlash from the rakyat over his loudmouth against Tun M. So now he is redeeming his tarnish image. It is now fast becoming the 'talk of the town' here in JB.

      I sincerely hope he learns his lesson well.

      Delete
    2. We need to keep pointing out that Rulers (including CPs) are above the law. They should not engage in politics (or be drawn into it).

      No matter how many times he said he is not.

      The CP of Pahang is an example of a good CP.

      Delete

    3. RULERS ARE NOT ABOVE THE LAW

      HIS MAJESTY THE PAHANG RULER WAS ONCED HAULED UP TO THE SPECIAL COURT FOR A CIVIL CASE

      NO ONE IS ABOVE THE LAW IN MALAYSIA

      THEY ARE NOT ABOVE POLITICS EITHER

      SOME RULERS DO MAKE POLITICAL COMMENTS OR SEEN TO BE MAKING ONE EVEN THOUGH THEY MAY NOT BE POLITICAL IN NATURE

      RULERS ARE NOT ABOVE THE LAW!!!

      RULERS MUSTB BE ABOVE POLITICS !!

      Delete
    4. Yes, you are right there. They are not above the law in their perconal and private matters, like bank loans for which they are responsible.

      It needs to be determined if engaging in politics is something in their official capacity or not. If not, it's a question whether they are liable for prosecution, say, under the Anti-Fake News Law.

      In the UK, the Queen has been reported in the papers as being concerned that the Crown Prince, Prince Charles, not raise any controversies for fear that the British monarchy would one day disappear.

      There has been public criticims against the British monarchy for a long time already.

      Delete
    5. D INDONESIA MEREKA BEZAKAN D ANTARA 'POLITIK TEORIS' DGN 'POLITIK PRAKTIS'. TAPI JURANG PEMISAHAN D ANTARA NYA AMAT NIPIS.(D DIVIDING LINE IS VERY SLIM).

      SEBAGAI MISALAN, GEN GATOT (MANTAN PANGLIMA TNI), TLH TERPERANGKAP N TERPAKSA D 'NON AKTIFKAN' (D SINGKIR) OILH PRES JOKOWI LEBIH AWAL.

      BERWASPADA SEMUA !(TERMASUK PENGHUNI ISTANA).

      Delete
    6. Negara2 lain yg lebih besar keluasan & jajahan takluknya, lebih mantap & kukuh ekonominya hanya MAMPU ada 1 (satu) raja saja, seperti....
      Jepun,
      United Kingdom,
      Denmark,
      Thailand,
      Sweden,
      Spain.

      Malaysia negara kecil punya 9 raja....!!

      Delete
  21. Kini Rakyak the boss!!

    Kini kita the bos..
    seketika ini mereka akan lakukan perkara2 yg mengejutkan dan melucukan
    Kini kita the boss..
    mereka akan sembah dan menyembah menagih meraih semaunya dgn lakonan tahap badut hingga memperbodohkan diri mereka bg mendapat jawatan..laba..kedudukan serta kuasa..
    Kini kita the boss..
    tiada simpati jg tolak ansur bg puak2 puaka ini untuk mewakil kita lg setelah kebobrokan pemerihtahan yg dilakukan serta mempersetankan kita semata2 kepentingan mereka..
    Kini kita the bos..
    Pd puak puaka ini..boleh jlnlah!!
    Kini kita the bos..
    Kita jayakan PH dibwh lambang Keadilan..kita gagalkan UMNOBNPAS PRU14 kali ini..

    Lawan tetap Lawan!!

    ReplyDelete
  22. Berlatihlah jadi pembantu kedai. Memang tak layak jadi pemimpin pun.

    ReplyDelete
  23. Bebal punya pemimpin. Nie hujung-hujung kampung tak mau buat ka? Penoreh, pesawah, kerja kampung...
    Hampeh

    ReplyDelete
  24. Eh,ALi Hamzah boleh diarah jual ayam? Jika begitu apabila kerajaan baru didirikan, ALi Hamzah boleh diarah pergi cuci jamban di tandas awam DBKL!!

    ReplyDelete
  25. Sekarang musim ahli politik bn keluar untuk menjual maruah untuk meraih undi dan simpati.

    ReplyDelete
  26. Sebenarnya kami tidak bodoh.... Orang bagi kita perlu ambil... Disebabkan kami tidak bodoh,ini bukanlah terjemahan kpd pemangkahan bee end..

    ReplyDelete
  27. Hadoii! Inilah tahap iq pemimpin umno yg simply could not find constructive ways to win voters heart!! Sebaliknya menimbulkan rasa benci yg membuak buak kerana merasakan diri mereka diperbodohkan oleh tindak tanduk badut badut umno ini.

    Mengadakan jualan murah bererti mereka mengakui hakikat bahawa mereka telah gagal dlm mensejahterakan rakyat!! Mengadakan jualan murah berdekatan dgn tarikh plahanraya btul btul insulting people' intelligent kerana beranggapan rakyat itu bodoh dan akan terpedaya dgn gula gula plahanraya!!!

    Apa yg mereka buat selama ini??? That's right!!! They have done nothing except been busy protecting najib and 1mdb scandals!!!

    Mereka mereka ini tidak layak utk jadi pemimpin! Mereka hanya layak jadi badut dlm kapal layar ekonakmati jer!!! He2 he2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul macy. Bila rakyat membangkitkan soal kos sara hidup, macai2 mereka terus menyalak mengatakan kfc penuh, starbuck sesak, mana ada rakyat tejejas... Tup2 pemimpin kesayangan mereka buat jualan sentuhan rakyat. Huhuhu

      Delete
    2. Waaa, Macy, saya tertarik dengan kata kata itu - "mereka mengakui hakikat bahawa mereka telah gagal dlm mensejahterakan rakyat!!

      Amat setuju 1. mereka gagal 2. dlm mensejahterakan rakyat!!

      Mereka ingat rakyat ni kucing kurap aja semua nya. Di tipu daya, bohong karenah, boleh di beli dengan BRIM dan, yang di Putrajaya, di suap dengan jualan murah ikan ayam.

      Di Johor pulak, dengan barangan di supermarket.

      Apa nak jadi dengan kita rakyat biasa di Malaysia ini kalau Najib berterusan sebagai PM.

      Delete
  28. Pak2 menteri ni semua ciplak idea (JJ)
    Jamal jamban..
    Awal2 lagi JJ dah buat ni semua..
    Apa le menteri ni semua,,x ada idea lansung,,nasib baik JJ ada..😩😩😩😩😩😩

    ReplyDelete
  29. Wei lol..UMNO dah jadi parti lelong...parti jualan murah...
    Hakikatnya pemimpin BN masih lagi belum sedar tentang kepayahan @ kesusahan rakyat....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...