Friday, 6 April 2018

PRU 14 - DETIK PERUBAHAN DAN MENJATUHKAN HUKUMAN

Parlimen sah dibubarkan berkuatkuasa esok, tetapi yang nyatanya Najib Razak hanya berani membubarkan Parlimen setelah RoS membubarkan Bersatu terlebih dahulu.

Pengumuman dibuat pagi ini oleh Najib sebentar tadi.

Tidak cukup dengan Pakatan Harapan tidak diberi kelulusan, hanya setelah Bersatu dibubarkan oleh Ros saja yang akhirnya memberi kekuatan kepada Najib untuk membubarkan Parlimen.

Patutlah pembubaran ini sengaja dilewat-lewatkan sehingga ke hujung tempoh, tujuannya tidak lain ialah untuk memberi ruang kepada RoS mencari sebab dan alasan untuk membubarkan Bersat terlebih dahulu.
Di sebalik sering mengaku dirinya berdarah Bugis, pahlawan Bugis dan pendekar Bugis, keberanian Najib tidaklah setara mana - dengan lelaki tua berusia 93 tahun pun hatinya selalu kecut ketakutan.

Ternampak bahawa Najib tiada keberanian sebenar, jauh sekali memiliki ciri-ciri pendekar untuk berdepan dengan Tun Mahathir Mohamad yang mengetuai Pakatan Harapan secara adil dan di atas padang tarian yang sama rata.

Bagaimanapun, luahan dua bekas menteri, Dr. Rais Yatim dan Rafidah Aziz terhadap apa yang dilakukan oleh RoS kepada Bersatu ( tentunya atas tanggapan bahawa tindakan RoS itu adalah atas arahan pemimpin politik) seharusnya membuatkan Najib rasa malunya dengan dirinya sendiri.

Kata Dr. Rais, pembubaran Bersatu yang dilakukan di ambang PRU 14 adalah sesuatu yang tidak kena dan seolah-olah menyembelih demokrasi dalam negara ini.

Tak malukah Najib dengan hakikat itu?

Rafidah pula, seorang perempuan hakikatnya, meminta Najib bertarung seperti pendekar sebenar dalam pilihanraya kali ini.

Lagi sekali, tak malukah Najib, seorang perempuan seperti Rafidah,  seolah-olah menggesanya menjadi jantan dan lelaki sebenar untuk berhadapan dengan Tun Mahathir?
Kepada pengundi semua, pilihan PRU 14 ini adalah untuk kita, masa depan kita, anak-anak kita dan generasi seterusnya.

Jika kita merasakan Najib cuba memenangi pilihanraya dengan cara yang tidak adil, mewujudkan padang tarian yang tidak sama rata dan menggunakan sekian banyak instrumen kerajaan bagaikan mereka itu parti komponen BN, inilah masanya kita sebagai rakyat, pengundi dan pembayar cukai untuk menjatuhkan hukuman.

Di banyak negara lain, pemimpin seperti Najib ini sudah lama diketepikan dan tidak diperlukan, lalu jangan kita terus kaku serta ketinggalan tanpa perubahan. 

Perubahan kali ini adalah suatu kebaikan untuk kita semua. (ShahbudinHusin 06/04/2018)

37 comments:

  1. Akhirnya najib membubarkan parlimen Malaysia yang sudah nazak tempuhnya pada jam 1200hrs. Welcome to Hotel Sg Buluh, dan pastinya najib TIDAK berani lagi keLUAR NEGARA selepas pembubaran parlimen ini. FBI sudah mula mengintai2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap tak letak di sini laporan The Star itu, perlu ulang di sini sabelom ruang ini di hijak dek nate Kojolla @ Geng Najib @ dll -

      PPBM tetap bertanding, laporan The Star hari ini -

      Pribumi disputes legality of RoS notice - The Star
      Friday, 6 Apr 2018

      PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia is questioning the legality of the Registrar of Societies’ provisional dissolution notice, claiming that it is a breach of law.

      During a press conference at the Pribumi headquarters here Thursday (April 5),

      “We dispute the legitimacy and the legality of the notice sent to us,” Dr Mahathir said.

      “Whatever RoS accuses us of not complying we have already complied,” he claimed.

      Dr Mahathir said RoS used the term “temporarily disband” and not “temporarily delist” in its notice, as such Pribumi assumes that it is still a functioning party and will continue with its activities.

      He added that they will send an appeal to Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi and if it is rejected, they will appeal to the court of law.

      “We will carry on with our electoral campaign and our right to use our name and logo until such time when RoS delists us completely,” Dr Mahathir said.

      “Whatever they do to us we are going to contest in GE14, even if we have to contest as individuals,” he added.

      Delete
    2. "Parlimen dibubarkan berkuatkuasa esok, tetapi yang nyatanya Najib Razak hanya berani membubarkan Parlimen setelah RoS membubarkan Bersatu terlebih dahulu."

      Nyata sudah di rancang di War Room Umno.
      Celaka Najib (bawa malang), Kepala bapak dia (ikut cakap dia).

      Takpa, PPBM punya War Room dah bersidang saperti di laporan The Star di atas dan Pakatan Harapan punya War akan di ikrar di perjumpaan raksaksa di Pasir Gudah tak lama lagi.

      Lagi banyak dia mendera PPBM/PH, lagi ramai pengundi jelek dengan dia dan Umno/Bn dan akan mengundi PPBM/PH.

      Delete
    3. MO1 Kita sama perangai macam Namrud dan Firaun

      Delete
    4. Balik rumah pesan dgn anak2,bini2, mak, bapak,datuk ,nenek,moyang dan lain2.

      JANGAN UNDI DACING !

      JANGAN UNDI BULAN !

      Delete
    5. Kajian Intitut Darul Ehsan..Tim.Peng.Prof.Datuk Redzuan Othman bentang kajian berbanding Ogos 2017 higg Mac lalu..sokongan kpd PH meningkat..BN tepu..PAS menjunam..
      Apa mau pencacai cerita..PRU udah dekat sgt..turun lapangan sendiri tengoklh beb..apa barang sembang karang karut dlm blog..korang memang dah goblok..
      Semangat perubahan melonjak lonjak bang Shah..

      Lawan tetap Lawab!!

      Delete
    6. Mana kejora ek? Smlm lepak karaoke kat kelab vvip jgk kot..kau oder air kosong je tau kejora.jgn ikot jejak ketua pemuda parti penimbang tu ok.

      Delete
    7. Itu la yg pahlawang dan pendekakal bugis berani. Apapun kita zahirkan kebetanian kita dikotak undi.

      Delete
    8. Sebelum ini macam macam tuduhan terhadap Pas. Itu dan ini. Pas dikatakan kena tipu oleh umno BN. Ada juga yang berkata atas darat kering Pas di tipu Najib.

      Pada (Khamis) Lima April dua ribu lapan belas Dewan Rakyat tak jadi bahas usul persendirian Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang RUU 355.

      Apabila Rang undang-undang persendirian untuk mencadangkan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 tidak akan dibahaskan di Dewan Rakyat.



      Pada hal usul itu dijadualkan dalam aturan urusan mesyuarat hari ini.Tidak jadi bahas juga kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said hanya mencadangkan untuk membahaskan usul dibawa Menteri Kewangan.

      Pas sekali lagi dituduh dengan macam macam tuduhan. Ada yang berkata Pas kena kencing lagi.

      Pelbagai sindiran dilakukan, termasuk menghina Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan di hentam bertubi tubi oleh musuh politik yang mahu mmenghancurkan parti islam semalaysia itu.

      Yang paliknya, ada yang berkata Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang musuh dalam selimut pas nombor satu.

      Sehubungan dengan itu, Penulis berfikir sejenak dan dapat buat kesimpulan bahawa semua hamba syaitan adalah musuh politik Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.berhati hatilah.

      Pada hemat penulis Pas seringkali tertipu dan ditipu. Mengapa tidak? Kerana orang munafik memang suka menipu.

      Sifat orang munafik apabila berjanji tidak ditepati. Apabila diberi amanah di khianati. Apabila ber cakap mereka berbohong.

      Persoalan yang timbul kini, Pas duduk dalam rumah orang. Bukan dalam rumah sendiri. Nak buat macam mana apabila tuan rumah tak nak hidang makanan waktu makan malam.

      Bolehkah kita paksa tuan rumah menghidangkan makanan kepada kita. Menang kita tidak boleh paksa tuan rumah.

      Tuan janji hendak hidang makanan makan malam.Tunggu punya tunggu hidangan tak datang juga.

      Itu adalah hak tuan rumah bukan hak kita. Kita kena keluar cari makan sendiri untuk isi perut yang lapar.

      Demikianlah dengan apa dilakukan oleh kerajaan yang berjanji hendak bahas RUU 355 pada khamis lepas.

      Pas dan para pemimpinnya yang di tuduh dengan macam macam tuduhan harus bersabar dan kena bersyukur.

      InsyaAllah, Allah bersama orang orang yang bersabar dan bersyukur.Malah nama bail pas masih terpelihara dan tidak tercelar pun.

      Pada hemat penulis dalam hal ini, RUU 355 telah dibentang, disokong dan tinggal belum dibahas, kerana ini bukan bidang kuasa Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

      Presiden Pas datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah buat tanggungjawab beliau sebaik mungkin mengikut prosedur ditetapkan pihak kerajaaan.

      Usul itu mencadangkan pindaan pada Akta 355 untuk hukuman lebih berat dikenakan ke atas pelaku kesalahan syariah.

      Ia mencadangkan hukuman maksimum terhadap pesalah syariah dinaikkan kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan , daripada 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 sebatan .

      Rakyat melihat isu ini bahawa kerajaan (tuan Rumah) lebih utamakan RUUnya sendiri berbanding RUU355 persendirian. Rakyat jelata boleh menilai hal ini.

      Itu adalah bidang kuasa kerajaan dan bidang kuasa Pas ialah membawa usul RUU 355 untuk dibentang dan dibahaskan dan dilulus untuk memperkasakan mahkamah syariah.

      Delete
    9. Umat Islam di negara ini digesa mengundi PAS pada pilihan raya umum akan datang untuk memastikan usul presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dapat dibahaskan dalam sesi parlimen akan datang.

      Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata usul itu akan dibahaskan sehingga berjaya menjadi undang-undang yang sah jika PAS diberi mandat untuk mentadbir negara ini.

      Usul Hadi antara lain bertujuan membentangkan Rang Undang-undang Ahli Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau Akta 355.

      "Kami (PAS) telah melakukan yang terbaik di mana Abdul Hadi sebagai pembawa usul ini telah membacakannya pada 6 April tahun lalu.

      "Usul ini diteruskan sehingga semalam dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang meminta penjelasan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa mungkinkah usul ini akan dibawa pada penggal sidang parlimen selepas PRU ke-14.

      "Ujar Speaker Dewan ia terserah kepada kerajaan baru yang akan memerintah kerajaan selepas daripada PRU ke 14 ini," kata Siti Zailah yang dipetik oleh Harakahdaily.

      Usul itu, katanya, tidak lagi di bawah bidang kuasa Abdul Hadi dan dan sewajarnya diberi peluang kepada mana-mana ahli parlimen untuk membahaskannya.


      Pandikar semalam menolak utuk mengesahkan apa yang akan terjadi kepada usul itu.

      Katanya, meskipun jika beliau membuat keputusan sekarang, ia mungkin tidak relevan kerana beliau tidak tahu siapa yang akan duduk di sebelah kanan (pihak kerajaan) atau yang akan duduk di sebelah kiri (pembangkang).

      Sama ada usul itu dibawa pada sidang parlimen akan datang atau tidak adalah penting bagi PAS kerana usul itu telah dibentangkan tahun lalu dan hanya perlu dibahaskan.

      Delete
    10. Hadi juga berkata sokongan masyarakat Cina juga akan menyumbang kepada kemenangan parti itu.

      "Saya nampak bila kita tunai janji (semasa memerintah pada tahun) 1999 (hingga 2004), janjilah kita hapus cukai pintu (dan) kita bagi tanah pada orang Cina.

      "(pembinaan) rumah mayat (orang Cina Kemaman) kita selesaikan, kita telah tunjuk bukti kita tunaikan janji kita.

      "Jadi kita mahu beri lagi (mandat sebagai) kerajaan bagi kita, (upaya) kita akan buat banyak lag (kebajikan kepada rakyat),” katanya yang pernah menjadi menteri besar Terengganu selama sepenggal.

      Beliau mengesahkan PAS akan bertanding di semua kerusi pilihan raya di negeri Pantai Timur itu.

      "(Kita yakin) sebab kita punya setiap kawasan (PAS di setiap) parlimen, kita ada kawasan, (kita) ada jentera parti (di kalangan) ahli-ahli kita, ada jentera.

      "Ada parti-parti lain tak ada jentera, Umno (hanya guna) jentera kerajaan (dan parti) PKR, Parti BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) tiada jentera,” jelas beliau.

      Seperti di tempat-tempat lain, PAS Terengganu juga akan berdepan dengan pertembungan tiga penjuru dengan BN dan Pakatan Harapan.

      Delete
    11. Memang benar apa yang kamu katakan (itu pun jika nukilan diatas datangnya dari kamubukan copy~paste) .

      Hamba2 syaitan itu termasuk Najibulah Al~Razak , Azalina serta yang benar2 pendikar ...Amin serta Mulia lagi !!

      Delete
    12. Most people have heard one version or another of the following quote: “Remember, what you do now will come back and haunt you in the future. Life has a funny way of making you deal with what you make others go through.”

      The provisional deregistration of PPBM comes as a firm reminder that karma exists. In his book “Government and Society in Malaysia”, Australian political science scholar and author Harold Crouch revisited the birth of Dr Mahathir Mohamad’s Umno Baru.

      During Umno’s constitutional crisis in the late 80s, a new party called Umno Malaysia was formed under the leadership of the late Tunku Abdul Rahman with his deputy being the late Tun Hussein Onn. However, the Registrar of Societies (RoS) rejected the application for the party’s formation. Tunku and Hussein formed an alliance to go against Mahathir for his ill demeanour. The RoS is part of the home ministry, and Mahathir was the minister then. As with everything else, if asked, Mahathir would of course deny his involvement in pulling the brakes on Umno Malaysia.

      A leading Asean commentary site, Asean Today, has drawn similarities between the happenings to Mahathir today with Tunku between 1987-1990. According to the analogy, what Mahathir did to Tunku has come back to haunt him. Despite being in poor health and confined to a wheelchair, Tunku travelled the country with a determination to stop Mahathir. Tunku, too, gave scathing interviews to foreign media, very much like Mahathir in recent times.

      Tunku wrote in a highly influential weekly column, “As I See It”, in The Star newspaper. He often criticised Mahathir and his authoritarian mannerism. Following Mahathir’s Ops Lalang in 1987, the publishing permits of three newspapers were revoked, The Star being one of them. Six months later when The Star was permitted re-publication, the sitting government led by Mahathir allegedly gave strict orders to discontinue Tunku’s column.

      Mahathir was also known as a global “ambassador” for election rigging during his time. From Project IC to gerrymandering, Mahathir violated every rule in the book to continue his tyranny. Despite street demonstrations and rallies across the country, the opposition could only shed tears. Presently, Mahathir is on the opposite bench with the mammoth task of upsetting the governing coalition.

      Mahathir relied on Malay supremacy and used favouring the Chinese community as an excuse to force Tunku to resign. Tunku’s fairness towards all races was cunningly centrifuged to form a toxic poison. Today, Mahathir is heavily relying on the same Chinese community for support.

      Macroscopically, the Chinese seem to be rallying behind him, but only the election results will reveal the true story. Analysis of the Teluk Intan (42% Chinese voters) and Sungai Besar (31% Chinese voters) by-elections showed that some of the Chinese votes swung back to Barisan Nasional (BN). In East Malaysia, Sarawak elections painted a similar picture.

      Mahathir is still bent on carrying out his race-based policies by even having a specific section in the election manifesto to woo the Indians. Recently, an international research firm, Fitch Group, gave the manifesto a thumbs down. Selangor state government think tank Darul Ehsan Institute (IDE) also recently stated that the manifesto does not seem to wield any influence on voters. Furthermore, the Indian section of the manifesto received flak for copying the Malaysian Indian Blueprint (MIB) of the BN federal government.

      Samy Vellu was blamed for the travesties endured by the Indian community, which is wholeheartedly accepted by Pakatan Harapan and its supporters. Meanwhile, when Najib said he was unaware of the 1MDB dealings and operations, people went ape.

      History is the best teacher. Errors of the past are the wisdom and success of tomorrow. Malaysia’s father of independence passed on at the age of 87, with Mahathir very much in control of the government.

      But do as you might, one cannot go against the law of nature.

      Delete
    13. TiPas tertipu,tertipu tetiPas..
      TiPas tertipu lagi...horeyy..👏👏👏👏👏👏👏

      Delete
  2. PPBM tetap bertanding, laporan The Star hari ini -

    Pribumi disputes legality of RoS notice - The Star
    Friday, 6 Apr 2018

    PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia is questioning the legality of the Registrar of Societies’ provisional dissolution notice, claiming that it is a breach of law.

    During a press conference at the Pribumi headquarters here Thursday (April 5),

    “We dispute the legitimacy and the legality of the notice sent to us,” Dr Mahathir said.

    “Whatever RoS accuses us of not complying we have already complied,” he claimed.

    Dr Mahathir said RoS used the term “temporarily disband” and not “temporarily delist” in its notice, as such Pribumi assumes that it is still a functioning party and will continue with its activities.

    He added that they will send an appeal to Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi and if it is rejected, they will appeal to the court of law.

    “We will carry on with our electoral campaign and our right to use our name and logo until such time when RoS delists us completely,” Dr Mahathir said.

    “Whatever they do to us we are going to contest in GE14, even if we have to contest as individuals,” he added.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "even if we have to contest as individuals,”

      The resolve is clear. The determination is solid.

      Bangga aku dengan pendirian Tun, PPBM dan Pakatan Harapan. Jangan Najib ingat dia boleh menang dengan mendera PPBM. Nanti rakyat akan bangkit, menanyakan pasal apa Umno di benarkan tak ada pilihan pemimpin mereka. Tak ikut Perlembagaan mereka.

      Delete
    2. Mahathir: I am truly worried for this country

      Dr Mahathir Mohamad has now accused Prime Minister Najib Abdul Razak of killing democracy.

      According to him, the current prime minister is not too fond of the system of democracy and is attempting to eliminate the opposition.

      “I am worried because I know Najib will not tolerate any opposition, he does not like the system of democracy. Now we are seeing him trying to stop the opposition from contesting, particularly me.

      “He is trying to get rid of me. If he dares, he will arrest me,” the Pakatan Harapan chairperson told a press conference in Kuala Lumpur this afternoon.

      Delete
  3. Besok kalau PH kalah, TM ada alasan konkrit. Partinya d haramkan.
    Pembubaran ni memberi political mileage pada TM.
    Tapi saya respek dgn percaturan politik TM.
    Tahniah Tun, lwn tetap lwn. Kami d Sabah dlm parti warisan Sabah berkerja keras untuk kalahkan BN.

    ReplyDelete
  4. Inilah masanya sbgai rakyat & warga yg merdeka jiwa utk melakukan perobahan demi masa depan generasi abak cucu dan negara trcinta ini. Lihatlah apa yg dilakukan regim UBN kpd PPBM dan PH. Tidak trbetik ke dhomir kt utk mngatakan salah kpd agensi yg menjadi perkakas pmerintah. Ayuh sama2 kita berikan undi kita kpd PH di PRU14������

    ReplyDelete
  5. Yakinlah PH bakal menang besar. Mahathir Anwar bijak. Polisi mereka invest in human capital. Bayangkan Mahathir Anwar telah wujudkan tidak kurang dari 100,000 orang golongan professional penyokong tegar setahun x 22 tahun x 5 average pengundi sekeluarga = 11 juta undi solid.

    ReplyDelete
  6. Mana ada perasan malu jenis ni!! Lagi bertambah panas, menyampah, sakit hati tengok si pendekar bugis tak de telor!! Aku langsung dah tak boleh terima manusia jenis ni!!

    ReplyDelete
  7. Pendekar bugis kaki kepit berani slps bersatu dibubarkn dan sebelum bro Anwar dikeluar.Ini mentaliti sipengecut bugis...ayuh kita jatuhkan penyamun

    ReplyDelete
  8. sian mak badak..korang x rindu ker kat dia? hahaha

    ReplyDelete
  9. Tindakan pahlawan yg sungguh memalukan... Setelah gagal memburukkan PH siang dan malam, akhirnya terpaksa melakukan taktik kotor membubarkan PPBM. Tindakan ini seumpama memberikan kad merah kepada separuh pemain lawan dan kemudiannya membenarkan pihak yg satu lg membawa masuk pemain simpanan mrk sekali ke tengah padang.
    Kepada GN dan rakan sekutunya. Tahniah atas kejayaan anda. Makanlah duit haram tu nanti. Lepas tu tuai hasilnya di kemudian hari.

    ReplyDelete
  10. mana mak badak? xnk tunjukkan baju mahal mahal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak badak tengah melahap quinoa...sb tu sihat mengembang

      Delete
    2. Bukan setakat baju yang mahal2 sehingga terpaksa berhutang dengan Jakel . Bukan sedikit tetapi sumber dalaman Jakel berkata berjumlah RM45 juta . Alasan mak badak bagi , Najib yang guna perbelanjaan untuk membeli barang2 bagi hadiah termasuk karpet masjid dan surau . Tetapi tak pernah lihat Jakel promosikan karpet . Dulu mak badak dapat karpet free dari Deepak , Sayang Deepak dah bankrap .

      Oh ya , sejak 1MDB tup meletup , mak badak sudah tidak lagi menunjuk nunjuk koleksi beg birkin dia . Juga tidak pernah Nampak mak badak memakai jam RM650 ribu lagi . Selain itu tidak pernah ternampah mak badak gunapakai 'blue diamond' hadiah dari anak angkat kesayangan ,Low Taik Jho . Fake news ke itu yang dibawa olih DoJ ?? Sebalik di dalam kertas tuduhan sama , Leonardo dicaprio dan Miranda Kerr sudah pun menyerahkan hadiah masing 2 .

      Delete
    3. Sorang kolumnis kata:

      BN is now a caretaker government

      This means no use of gov't property or funds during campaigning.

      mak bafdak boleh pakai jet eksekutif gomen ke?

      Kaluu tak boleh, amacam rakyat nak cium tangan.

      Ooops, nyaris stop kat cium aje tadi.

      Delete
  11. Saya tk setuju...najib mmg pendekar bugis...tp pendekar bgs yg pengecutlah
    Wakaakaakkaa...

    ReplyDelete
  12. Ayuh sama sama kita kempen untuk BN..
    Buanggg Najis Buanggg Najib.

    ReplyDelete
  13. malang sungguh nama bugis semakin hari semakin hina disebabkan MO1

    ReplyDelete
  14. "Dinegara lain pemimpin saperti Najib sudah lama diketepikan" atau dikuburkan

    ReplyDelete
  15. Lagi tanda Najib sudah gigil lutut.

    belom apa apa pun dah cakap

    PM gives early reminder election results not based on popular vote - M'kini

    Even before the election date is set, the PM plays down the significance of the popular vote.

    Macam mana dia tak but gitu, sebab di Pru13 dah kalah popular vote, kena tsunami Cin, dapat keputusan yang paling teruk dalam sejarah.

    Mungkin Tsunami Melayu jugak di Pru14. Sebab terbaru - mendera, perli dan bully PPBM.

    ReplyDelete
  16. Aku dah kata dah. Bersatu mesti bawak RoS / bos2 nya ke mahkamah.

    Sebanyak mana yang boleh. Kali ini mintak judicial review -

    Bersatu files judicial review over ROS' provisional dissolution move

    Parti Pribumi Bersatu Malaysia yesterday filed a judicial review application in response to the Registrar of Societies’ (ROS) decision to dissolve the party temporarily.

    The application, among others, seeks a declaration from the court that the party had complied with the Section 14(2) notice of the Societies Act and that it can contest in the 14th general election as a valid political party...

    ReplyDelete
  17. Parlimen disolved tom Satrd. My doa and wish that after the result of GE14, may Najib, BN and UMNO..oh yes plus Mr Rosmah also be dissolved from running the country again. Amin, Ya Rabbal Alamin. Ya Allah engkau lah pembela orang2 yg teraniayia. Ramai sungguh rakyat2 yg tak berdosa menderita bukan saja dengan GST/harga barang2 naik, malah peminpin2 dan parti2 pembangkang yg berhempas pulas tanpa rasa jemu dan kecewa memerangi kekejaman Lanun Bugis dan amenongok, mereka2 ini semua telah dianiayai PM/Kerajaan dgn macam2 taktik jijik tanpa sekelumit perasaan malu dan bersalah langsung! Patut la si betina tak guna ROS tu baru2 ni umumkan pengharaman parti Bersatu atas arahan permainana jijik Boss Sang Kleto, sbb ini adalah salah satu tindakan terdesak Lann Bugis utk melumpuhkan gerakan Parti bersatu pimpinan Tun M yg dilarang dari berceramah. Pondan dan pengecut sungguh pinky Lips Bugis Pirate ni ..... tak malu sehinggga it takes an ex woman Minister to challenge him to act as a man face to face with Tun M , instead of his famous chicken antic, using backdoor and dirty tricks.. ABUP! selamat berjuang Tun M, dan PH. Do not despair, at least you guys fought in gentleman manner, even if we do not succeed to bring down the haram Kelpto Leader and his goons. But nevertheless, in faith to Allah we shall prevails. Lawan tetap lawan! Taqbir. Amin

    ReplyDelete
  18. Bagi yang belom membaca nya (termasuk saya) berita ini panas, nyata menyebabkan Najib, lain2 pemimpin Umno muram, muncong, ketat muka, stress, berkedut di muka dan sebagai nya -

    In IDE's survey, Dr M more popular for PM than Najib
    Published on 5 Apr 2018, 7:39 pm | Modified on 5 Apr 2018, 9:04 pm

    GE14 | A majority of respondents to Selangor think tank Institut Darul Ehsan's latest survey chose Pakatan Harapan chairperson Dr Mahathir Mohamad as their prime ministerial candidate after the 14th general election.

    According to the survey findings, 61 percent of 4,920 respondents picked Mahathir, over 39 percent who said Najib should remain as prime minister...

    Hilang nafsu makan le malam ini.

    mak badak? Tanya lah Si Kacak, pakar berkenaan dia!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...